Zaman Tadika

Aku ingat lagi bila mak aku tanya aku pada suatu malam tu,

”Adik!Adik nak kena pi tadika minggu depan. Adik nak pi tak?”

Aku kata,”Tak mau”.

“Adik kena pi la tadika. Nanti masuk tadika adik boleh jadi pandai. Adik dapat ramai kawan. Adik nak pi tak?”

Aku kata,”Adik tak mau pi jugak”.

Mak aku pun diam jer lah.

Minggu yang dinanti-nantikan telah tiba. Abah aku kejutkan aku bangun pagi mandi. Tak pernah aku bangun awal macam tu selama nih. Mengantuknya Allah sajalah yang tahu. Abah aku dah ready dah air panas untuk mandi. Lepas tu aku pakai baju dengan seluar baru. Bawa beg baru. Mak aku dah sedia bekas makanan dengan air. Haha! Lucu pula aku fikir bab bekas makanan nih.

Lepas tu ayah aku hantar aku pegi tadika tu. Ramainya orang dekat situ. Ayah aku suruh aku masuk dalam bilik tu. Aku pun masuk. Lepas tu duduk ramai-ramai dengan budak yang semua sebaya umur dengan aku. Lepas tu guru besar tadika aku tu pun berceramah lah dekat kami. Mungkin pasal sebab apa masuk tadika kut. Entah, aku tak dengar pun. Aku pandang sekeliling. Aku mula rasa bosan. Tempat apalah yang ayah aku hantar nih. Aku bosan. Lepas tu aku dengan selambanya keluar dari situ. Haha! Ayah aku nampak aku keluar.

Lepas tu ayah aku kata,”Awat adik keluaq?”

Aku kata,”Adik nak balik lah. Tak seronok lah dekat dalam tu”.

Terus abah aku marah. Lepas tu dia suruh aku masuk balik. Aku pun masuklah balik. Haha!. Aku selalu gelak sorang-sorang bila teringat pasal kes nih.

Semasa aku tadika nih,macam-macam pengalaman aku dapat. Apa yang aku ingat, masa rehat aku akan dapat secawan air teh O dengan 3 keping biskut Marrie atau roti empat segi a.k.a roti mayat. Tapi aku minum air teh jer. Yang biskut tu aku patah-patahkan jadi kecil lepas tu aku baling dekat luar bagi ayam makan. Haha!

Benda yang paling aku benci dekat tadika nih ialah waktu sukan dengan melukis. Aku nih masa kecil-kecil memang benci sangat sukan nih. Bawa bola golf dalam sudu la. Pecah belon guna punggung la. Tapi bila pikir-pikir sekarang bukannya susah pun. Mungkin masa dulu keyakinan diri tu masih tak ada lagi. Hehehe! Benda paling aku suka dekat tadika nih masa belajar matematik dengan bahasa jawi.

Di waktu tadika nih timbulnya sifat pembohong aku. Bohong budak-budak. Bila bangun pagi jer kata demam. Badan panas. Tapi tak pernahnya mak ayah aku percaya. Haha!

Dan yang paling seronok bila bas sekolah meninggalkan aku. Kiranya kalau bas tu terlupa nak ambil aku, secara automatiknya aku cutilah. Tak payah pegi tadika. Hehe!

Tapi, apa-apapun ini adalah dunia awal aku dan boleh kata aku rindu sedikitlah pada dunia nih.

Guru besar tadika aku dah meninggal dah dan masa dia meninggal ada artikel muka depan surat khabar lagi. Sebab tak silap aku dia ni penah ajar Dr Mahathir. Kami panggil dia Pak Umaq! Menangis aku bila baca berita tu dekat surat khabar. Walaupun dia garang gila. Semua budak-budak takut dengan dia. Tapi bila dah besar nih rasa sayang pada guru tu sangat menebal.

Al-Fatihah untuk beliau! Amin!!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku mengagumi kehebatan memori ko sal tadika.. ak xingt sgt pun pengalaman ak, blur2 je..

    ni sume salah ko, panggil aku oma..

    BalasPadam
  2. haha3
    pengalaman yang best mesti ingat...

    huhu3..
    dah ratus kali panggil ko Oma
    last2 jadi kenyataan
    huhu3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama