Sabtu, 26 Julai 2008

Bday Boy Yang Ke-20!!

Haha!! Tengah dlm mood happy time create the story!



Ermmm, okay!! Sebelum aku merepek ker meraban or apa yang ada kene mengena dengan perkataan2 tu...aku nak say thanks a lot pada saper2 yang wish dkt aku..yang edit pic aku n send dkt mespes...yang send image kek la apa la...thanks sangat2...terharu giler aku!



Okay! Aku nak citer dkt korang pengalaman aku menyambut besday aku yang ke-20( aku still macam age 15 ekk) dkt hostel uitm nih! Waktu aku celebrate besday ke-19 pun dkt uitm juga tapi untuk yang ke-20 nih lain sikit.Story dia bermula macam nih....



Waktu tu jam menunjukkan tepat pukul 12 malam...so, aku ingat member-member hostel aku nih just wish besday guna mulut n sms jer lah kan...tapi xkisah...asal diorang ingat pun dah kira syukurlah...



Lepas tu aku pergi bilik member aku.tengah best main UNO.roommate aku naik atas ke bilik aku..kononnya nak tgok movie.katanya...aku malas la nak ikut.so still main lagi.5-6 minit macam tu tiba-tiba ada orang call.rupa-rupa jiran bilik call.aku angkat jer terus dia bising-bising minta charger hp dia dekat bilik aku.aku suruh la dia pegi amik.dia kata pintu kunci.aku cakap mintalah kunci dekat roommate aku.aku xpegang kunci.dia kata roommate aku cakap kunci ada dekat aku.aku bengang betul masa tu.aku kata tak tahu!!aku letak jer handphone.....



Pastu baru best nak sambung balik main UNO alih2 jiran aku call lagi.....aku bengang punya pasal ditambah desakan junior yang suruh aku naik jer tgok ada hal kat atas....so aku naik la...sambil mulut xhenti2 bising aku menuju bilik aku dgn pantas....aku buka tombol pintu bilik aku....senang plak dibuka...tak kunci plak...pelik betul aku...dalam masa yang sama aku memang bengang sebab kata diorang pintu bilik kunci...so,aku rasa nih mesti pasal diorang malas nak ambik sendiri nih...



MEMANG BENGANG GILA lah masa tu!!!!!aku pun serbu bilik jiran aku tu n cadang2 nak wat sentap la...buka2 jer pintu bilik diorang..asla gelap...tiba2 jiran aku yang sorang tu menjerit n tarik aku masuk bilik......fuhh...terharu aku time tu....



Diorang nyanyi lagu epy besday n ada kek depan tu....memang xsangka la aku diorang dah prepare awal2 cuma yang susah nak wat aku naik atas bilik tu jer lah...haha3....memang terharulah masa tu....dari marah tahap gila2 terus xjadi marah......tertipu juga aku akhirnya!!



Thanks 4 da Sather,Perchap, Amah n Chendol dan saper2 yang terlibat tanpa sedar atau diluar sedar.....Thanks sangat2.......Kenangan semua nih!!!Thanks a lot!!!! Sayang korang semua!!!



P/S: 20 HANYA ANGKA

Rabu, 9 Julai 2008

Murah! Ulat! Panas!

Musim buah sudah tiba! Kalau korang perasan lah sekarang nih sepanjang-panjang jalan mesti korang akan nampak banyak penjual dengan lori masing- masing menjual buah-buah yang korang suka contohnya macam rambutan, tembikai, pisang, dan banyak lagilah.


Tapi apa yang aku nak cerita nih pasal buah yang ramai orang suka makan, ramai orang yang tak suka makan dan ada yang sampai tak boleh nak hidu langsung pun bau buah nih. Mesti korang tahukan nama buah nih. Rasa-rasa korang buah apa? Ya, betul! Mestilah raja buah Malaysia tak lain tak bukan durian.


Hari pertama kuliah bermula, ditakdirkan kelas aku pukul 6.30 petang. Jadi, amatlah membosankan sebab tak tahu apa nak dibuat sementara menunggu kelas aku tu. Tiba-tiba member aku ajak aku keluar beli barang. Mulanya aku tak nak ikut sebab nak jimat duit tapi dah bosan tahap maximum so keluar jer lah.


Lepas dah habis beli barang sajalah pusing – pusing jauh sikit. Tiba – tiba dekat tepi jalan tu ternampak orang menjual durian. Masing – masing bertanya sesama sendiri , “ Nak makan durian tak?” Aku no hal lah. Lagipun memang aku suka durian.


Mula-mula jumpa seorang nih menjual durian. Sekilo RM2. Fuh, mahal tu! Aku dengan member mencari durian yang sebiji RM1. Pakcik tu dah melambai – lambai dah suruh cuba. Tapi sebab rasa – rasa mungkin ada yang lebih murah jadi teruskan mencari lagi. Jumpa pula penjual yang ke-2. Sekilo RM2. Sama juga. Mencari lagi. Jumpa lagi. Sekilo RM2 juga. Haih, semua sama jer. Apalagi, berhenti jer lah dekat tempat yang ke-3 nih.


Dekat situ ada 3 jenis durian. Durian A 1kilo RM2. Durian B RM10 sebakul( ada dalam 3-4 pangsa ). Durian C sekilo RM5. Jadi, mari kita lihat pro dan kontra setiap jenis durian nih. Durian A adalah yang paling murah berbanding durian C dan lebih kurang sama harganya dengan durian B tetapi mempunyai risiko kerana mengikut lidah penjualnya ada buah yang tak berapa elok. Durian B juga agak murah berbanding durian C tetapi jika dilihat dari luar memang nampak tak elok. Lagipun kulitnya sudah merekah. Durian C pula terlalu mahal. Sekilo sudah RM5. Buahnya sudahlah besar.Yang nak makan 3 orang. Kalau satu buah berat sudah 3 kilo sudah RM15.


Jadi, selepas berbincang dalam masa yang singkat dan kata putus sudah dicapai. Durian A menjadi pilihan. Kami membeli 3 pangsa buah durian. Kami dah suruh penjual tu kopek sedikit buah durian tu sebab nanti senang sikit kami nak makan. Ketiga-tiganya mempunyai isi yang kuning, lembut dan menyelerakan. Apa lagi. Masuk terus dalam kereta dan terus pergi mencari port nak makan durian nih. Tak sabarnya aku nak menikmati buah – buah durian nih.


Dah sampai tu kami terus turun dan dengan sepantas kilat mengopek buah durian tu. Buah pertama agak sedap lah. Tapi, setiap seorang dapat makan seulas jer sebab bila habis bahagian pertama, dikopek pula bahagian kedua sudah buruk. Buka pula buah kedua. Ulasnya kecil-kecil jer. Buah yang kedua nih tak berapa sedap dab macam buah yang pertama. Hanya bahagian pertama yang elok. Bahagian lain hampeh!


Sekarang tinggal satu jer lagi buah duriang. Kami sepakat berdoa agar buah ketiga ni eloklah hendaknya. Haha! Patutkah aku ketawa atau melompat? Betapa malangnya nasib kami apabila buah ketiga itu bukan saja buruk kesemua bahagiannya tetapi kami dapat hadiah bonanza lagi à seekor ulat buah yang memang besar bewarna merah dalam buah durian itu.


Fuh, pertama kali aku jumpa ulat dalam buah durian nih. Dah lah besar gila. Member aku yang sorang nih sebab terlalu tension dipijak ulat tu sampai dua kali tapi tak mati pun ulat tu. Isi perut dia terkeluar tapi gembira jer aku tengok ulat tu mengesot keluar dari buah. Haih, memang tak puas langsung sebab dari 3 buah yang kami beli, setiap sorang dapat makan seulas setengah jer. Melayang RM10.


Geram tak terkata sebab dah rasa tertipu dengan penjual tu. Kami lalu balik dekat tempat kami beli buah tadi. Bila dekat dengan tempat tu masing – masing menjerit ,” Penipu, semua buah buruk”. Haha! Lega sikit rasa sakit hati!


Lepas tu kami terjumpa balik penjual pertama yang melambai – lambai suruh kami cuba durian dekat kedai dia. Masing – masing tanya nak cuba nasib lagi tak? Aku dah kata kalau nak makan lagi aku tak kisah tapi aku nak makan depan – depan penjual tu. Kalau diorang nak tipu pun susahlah sebab diorang juga yang akan pilih buah nak bagi kami makan. Diorang pun setuju.


Jadi, buat kali keduanya pergilah mencuba nasib makan buah durian lagi sekali. Kali ni kami nak makan buah durian yang sekilo RM4 pula. Buahnya besar – besar. Buah pertama yang dibuka isinya kuning giler. Berebut aku dengan member aku makan buah durian nih. Fuh, nikmat betul buah nih. Isinya yang lembut dan betapa manisnya buah tu hanya lidah aku dengan member – member aku saja yang tahu. Aku tak peduli dah dekat kereta dgn motosikal yang lalu lalang dekat jalan tu. Yang aku tahu cuma satu, inilah durian yang aku cari. Lepas tu masa makan untuk buah yang kedua plak. Fuh, isinya putih, manis tapi sedikit pahit. Aku suka juga buah jenis nih. Tunggu lagi? Bedal sudah! Haha!


Fuh, memang kenyang gila masa tu. Berulas – ulas ditelan. Semuanya RM17. Haih, kalaulah aku dengan member aku tak berhenti makan dengan penjual penipu tu sebelum nih yang mana kami kena bayar RM10 untuk 3 buah yang buruk, boleh dilihatkan betapa jimatnya kalau terus makan dengan kedai nih.


Selepas tu, kami pun baliklah ke campus. Dan malam itu masing – masing mengalami kepanasan badan gara – gara raja buah Malaysia nih, buah durian. Haha!



P/S: Petua orang tua – tua kata..kalau nak hilangkan panas badan sebab makan durian.tuang air dalam kulit durian tu pastu minum..berkesan ker tak? Wallahuallam!

Air Mata

Kalau saya jadi air mata
Saya ingin lahir di mata awak
Saya ingin hidup di pipi awak
Dan mati dibibir awak
Tapi kalau awak jadi air mata saya
Saya tak nak menangis
Sebab saya tak nak kehilangan awak

Aku jumpa benda nih dekat majalah mana ntah. Kalau korang, korang nak jadi air mata yang macam nih juga ker?


P/S: Aku tak suka jadi air mata sebab bila orang menangis, selalunya cepat – cepat dia akan sapu air mata tu dengan tangan atau tisu.

Selasa, 1 Julai 2008

Tamatlah Kerjayaku Sebagai Toy's & Stationery Staff

Hari ini aku bangun awal gila. Pukul 6.20 pagi dah bangun dah sebab hari ni aku kerja pukul 8.00 pagi. Hari ni dari pukul 8.00 pagi sampai 12.00 tengahari kena check stock. Aku pegi keje pukul 7.30 pagi. Sampai sana aku terus masuk dan letakkan senarai list toy’s untuk dicheck sebab semalam tak sempat.



Deparment Toy’s aku berjalan lancar walaupun ada kesilapan code sikit-sikitlah(macam mana tak silap..barang sama..nama barang samaharga sama…alih-alih barcode lain). Apa-apapun kesimpulannya berjalan lancarlah tanpa banyak masalah yang memeningkan.



Beralih kepada department stationery, bahagian - bahagian yang aku dengan kak yati check semua okay. Masalahnya, cuma tempat kerja bekas staff yang berhenti tu jer, si Hani yang membawa masalah besar. Barang-barang tidak mengikut susunan. Sejam lebih jugalah aku dengan kak yati bertungkus lumus buat benda tu sambil dibantu cashier – cashier yang ditugaskan. Memang penat jugalah ditambah dengan artist + deejay = aku menyampah mamat nih yang ditugaskan check stock dekat department stationery. Dia bising pasal 3 kali dia kira dapat jumlah yang tidak sama dengan yang ditulis dalam kertas. Aku macam nak maki dia pun ada. Buatlah kerja hang. Kalau dah silap betulkanlah. Orang lain tak kecoh yang hang plak melebih – lebih. Nasib ramai supervisor masa tu. Kalau tak memang aku dah maki dah. Kak Yati pun bengang jer dengan dia.



Dalam masa yang sama, dekat almari kaca pen jenama Zebra, ada seorang perempuan Cina ni..nama dia May Wa macam tu lah bunyinya. Dia nih kalau cakap..suara dia punyalah kuat..tu belum dengar dia bising ker marah lagi..aku tak tahulah macam mana rasanya. Dah banyak hari dah dia datang situ..dia terkejut aku dah kira siap jumlah pen dia dalam almari tu tanpa ada salah pun. Terdiam dia. Haha! Kalau tunggu dia buat alamat sehari pun tak siap macam dia buat check stock untuk rak pen dia jer. Aku buat setengah hari jer. Dia dua hari baru siap. Haha!



Lepas tu aku rehat pukul 1 tengahari. Aku rehat dengan Lin dengan akak sorang tu. Diorang baru tahu aku nak berhenti kerja. Terkejut masing-masing. Kami makan nasi ayam hari nih. Sembang macam-macam dengan diorang. Aku ceritalah pasal staff artis+deejay yang buat aku bengang tu dekat diorang. Diorang pun cakap diorang tak suka mamat tu. Ramai tak suka dia sebab kecohlah berlagaklah..Hurmm, patutlah! Haha!



Lepas tu aku ikut diorang jalan – jalan kejap. Habis rehat, aku masuk balik ke department aku. Alhamdulillah, semua dah siap. Semua sudah diaudit. Gembiranya hati. Tetapi, ingat kerja dah settle. Alih-alih kena keluarkan balik pen-pen dalam kotak yang aku simpan dalam stor dan masukkan balik dekat rak-rak jenama pen tu. Nasib ada 3 orang cashier tolong. Kalau tak mahu terterap aku depan rak pen tu. Haha!



Aku siapkan semua sebab tak tergamak aku nak suruh dia habiskan kerja dekat situ sebab banyak lagi dia kena buat. Ada lagi dalam 15 minit macam tu untuk tibanya pukul 5.00 petang atau erti kata lainnya waktu terakhir aku kerja dekat situ. Aku mula rasa lain sangat-sangat. Adakah aku patut gembira sebab hari ini tamatlah kerjaya aku sebagai toy’s & stationery staff? Atau adakah patut aku sedih sebab aku berhenti kerja demi pelajaran aku? Atau adakah aku hanya perlu buat selamba jer? Tapi masalahnya tak boleh.



Secara jujurnya aku teramat sedih nak tinggalkan department aku dengan teman-teman sekerja yang dah macam keluarga aku sendiri. Tambah - tambah sedihnya tu sebab kasihan lihat Kak Yati kerja seorang-seorang jer. Staff baru masih belum ada lagi dan ini bermakna dia harus sentiasa kerja dengan shif full dan masuk hari nih dah 5 hari dia berkerja shif full dengan tak dapat nak cuti sebab kekurangan staff. Tapi apa boleh buat. Aku berhenti pun sebab nak sambung belajar. Tapi, memang aku kesian tengok Kak Yati kerja sorang-sorang.



Aku ambil masa yang terhad tu untuk borak – borak dengan Kak Yati. Buat lawak sikit bagi di happy. Dalam seronok bersembang-sembang dengan Kak Yati tu, tiba-tiba Mr Oie(aku xtahu ejaan dia macam mana) datang dekat aku.



Dia tanya aku ,” Hari nih U last day ka?”


Aku pun cakap ,”Ya, hari nih I last dekat sini”.



Tetapi yang buat aku terkejut badak tu(aku tak tahu pun macam mana badak terkejut tapi hentam kromo jer lah)…tiba-tiba dia menghulur tangan. Aku pun salam lah tangan dia.



Lepas tu dia kata” study elok-elok arr”.



Aku pun hanya anggukkan kepala. Mungkin sebab terkejut lagi sebab susah nak tengok orang tua nih cakap macam nih. Hahaha!



Jam loceng pasaraya pun dah bunyi. Aku rasa berat sangat nak tinggalkan tempat tu. Kak Yati pun hulurkan tangan. Dia kata jangan lupa dekat dia pula. Siap jemput aku pi kenduri adik dia kawin lagi. Tapi bulan 10 nih aku rasa UiTM tak cuti masa tu. Jadi, aku cakap dekat dia masa hari rayalah aku pergi rumah dia. Dia kata no hal lah. Lagipun masing-masing ada no telefon.



Lepas tu aku pergi jumpa akak-akak electrical. Diorang pun terkejut sebab aku cakap hari nih hari last aku kerja. Diorang pun borak-borak kejap dengan aku pastu wish aku belajar elok – elok. Thanks coz tolong ikat pen hari tu. Kalau tidak tak tahulah macam mana jadi hari nih. Haha!



Lepas tu member aku datang pastu ajak aku pegi bawah kejap. Dekat bawah aku jumpa Mary, seorang India yang pertama aku jumpa melatah. Sebab setahu aku orang Melayu jer suka melatah. Haha! Dia terkejut bila dia tahu aku nak berhenti. Lepas tu dia kata dia sedihlah hilang kawan. Lagipun ramai member-member dia nak berhenti. Aku kata apa susah. Handphone kan ada. Pastu dia bagi pen dgn kertas. Aku bagi jer nombor aku. Lepas nih aku rindulah dengan panggilan Raja Samy(nama penyanyi ker pelakon ntah) yang Mary selalu sakat aku tuh dan tak dapatlah aku nak sakat dia supaya melatah. Haha!



Lepas tu aku pergi jumpa Abang Wan. Abang Wan tengah buat kerja masa tu. Aku panggil Abang Wan. Dia toleh. Aku hulur tangan lepas tu aku kata aku nak balik dah. Lepas tu Abang Wan hairan. Dia tanya sebab apa. Ialah. Tak pernah-pernah aku macam nih kan. Aku pun cakaplah hari nih hari last aku kerja. Lagipun aku tahu esok dia cuti. Takut – takut tak sempat nak jumpa dah. Muka dia pun berubah. Terkejut dia. Aku ingat ker dia dah tahu.



Dia cakap, “ awat berhenti? Dapat kerja tempat lain ker?”


Aku bagitahu aku nak sambung belajar.


Lepas tu dia cakap, “ Jumpa lagi tau”.


Aku pun senyum jer lah.



Haih, pasnih dia seorang jer lah lelaki dekat floor tu. Kena tutup pintu sorang-sorang. Haha! Tak pa! Tunggu Bang Wan kahwin nanti kita jumpa lagi!!Kahwin jangan lupa panggil tau!



Melangkah aku keluar dari situ dengan seribu satu pengalaman. Syukur pada Allah sebab dia beri aku peluang untuk kerja dekat situ. Macam – macam aku belajar dekat sini tentang diri aku, diri orang, kehidupan, pengorbanan, kegembiraan, kesedihan, join mengumpat(haha)…macam-macamlah.



Hari Khamis nih aku nak pergi lagi sekali sebab nak bagi baju. Aku akan ambil kesempatan hari tu untuk jumpa dengan member – member yang tak sempat aku jumpa dan yang aku dah jumpa. Aku memang rindukan korang, rindukan suasana kerja yang kadangkala seronok, yang kadangkala suram, yang kadangkala memeningkan, yang kadangkala membuatkan aku gila, makan nasi lemak dengan korang semua dan yang pasti aku takkan lupakan semua kenangan ini.



Aku tak dapat tulis lagi sebab mungkin dah sangat panjang dan aku rasa sangat sedih lepas aku menulis semua nih!!



SAYANG KORANG SEMUA STAFF PASARAYA BILLION CAWANGAN MBAS 2008.




P/S: SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN TETAPI SEGALA KENANGAN SENTIASA AKAN TERPAHAT DI DALAM INGATAN BUAT SELAMA – LAMANYA.