Khamis, 28 Ogos 2008

Ramadhan Tiba Lagi!!

Okay! Di waktu dan kesempatan yang aku ada nih aku mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang barakah nih kepada semua rakan dan manusia yang beragama Islam.


So, harap - harap korang puasa penuh lah bagi siapa yang mampu. Jangan memonteng! Jadilah contoh yang baik pada kank - kanak dan mualaf yang baru belajar nak puasa!


Janganlah nanti korang tersenarai dalam umat yang bakal naik Van Jenazah...dibawa 'melancong' sekitar bandar...


Janganlah jadi macam umat yang bersembunyi di sebalik pintu kedai - kedai makan semata - mata kononya ada gastrik..


Dan janganlah ada yang mukanya dilihat sedang membeli no ekor di kedai2 judi berhampiran..


Apa-apa pun selamat berpuasa semua!!Marilah lakukan ibadah sebanyak mungkin!

P/S: SELAMAT BERAMAL!!

Ahad, 24 Ogos 2008

Bomoh! Pawang! Dukun! Doktor Tradisional! Bolehkah Dipercayai?



Haha! Pic ni aku jumpa waktu aku search dekat Yahoo! Bomoh Hujan Ulu Tembeling nama dia! Entah betul entah tidak!








Yang aku peliknya pasal apa masyarakat Malaysia nih tak dapat nak buang BOMOH @ PAWANG @ DUKUN nih dalam hidup mereka?


Aku tak lah cakap semua bomoh nih jahat. Ada yang memang bagus contoh menyembuhkan penyakit - penyakit akibat gangguan makhluk halus ni macam ustaz - ustaz. Cuma yang aku nak kongsi dekat sini pasal benda - benda yang jahat nih. Contohnya macam manusia yang jumpa bomoh nih untuk jadi cantik, nak kaya cepat, minta nombor ekor, nak aniaya orang....dan yang lagi peliknya tu manusia yang macam ni akademiknya sangat bijak tapi...entahlah!!


Yang bestnya kenangan yang paling aku tak dapat lupa dalam sebulan lepas tak silap aku. Dekat pasar malam Alor Gajah! Masa tu petang lagi. Aku dengan member - member aku kuarlah membeli - belah dekat situ. Tengah best tengok apam balik la, laksa la, buah rambutan lah...tiba - tiba aku ternampak segerombolan manusia berkumpul ramai - ramai dekat satu sudut berhampiran pasar malam nih. Akudengan member-member aku nih pun pergi lah tgok.Memang ramai orang.Tetiba aku terdengarlah suara seorang lelaki nih.



Lelaki berkopiah putih berkata,"Mari - mari sini adeekkkkkkkkkkkkkkkkkkk......Ya mari - mari sini abanggggggggggggggg......mari - mari sini kakakkkkkkkkkkk.....pakcik makcikkkk semuaaaaaaa....."(loghat kelantan + siam) Tapi katanya orang Melaka. Wallahuallam!



Aku pun pelik juga. Apa benda lah yang dia kecohkan. Rupa - rupanya yang ramai manusia dekat bumi nih serbu dekat orang tua nih pasal nak tengok seorang lelaki yang nak jadi wanita. Caranya, lelaki tu kena masuk dalam satu khemah yang disediakan. Aku dapat tahu pun sebab curi dengar dari mak cik dan pak cik dekat situ berborak. Sebelum tu, lelaki tadi diikat dan dimasukkan dalam karung guni sebelum dimasukkan dalam khemah tu.


Wah, macam best jer. Laki nak jadi wanita. Cuma masuk dalam khemah tu jer? Kalau boleh jadi Brad Pit dengan cuma masuk dalam khemah tu jer..fulamakk!! Best tu!


Jadi, aku dengan member aku pun tercangaklah dekat situ nak tengok apa kesudahan 'drama' nih. Kesan effect dari bomoh moden si pakcik kopiah putih nih agak best lah. Bila dia cakap jer pastu dia wat bunyi angin ribut melalui mikrofon dan secara automatik khemah tu akan bergegar - gegar. Dalam masa yang sama dia cerita pengalaman dia pergi Indonesia la Grik la. Dan dalam masa yang sama dia bercerita dia menjual ubat - ubat yang kononnya boleh mengelakkan kena santau la darah tinggi la kencing manis lah.


Ayat - ayat dari mulut bomoh moden nih memang manis dan power la wa cakap lu. Buktinya bukan moyang - moyang dengan datuk nenek jer yang beli ubat dia..tapi pakcik-pakcik dengan makcik-makcik yang umur dalam 30 lebih pun turut berebut -rebut membeli. Cayalah!


Yang paling buat aku tergelak besar jugalah dekat situ bomoh moden nih bukan sebarang bomoh. Dari ubat santau sampai ubat jerawat dengan kurap pun dia ada. Haha! Dia dengan bangga cakap guna ubat tu jerawat semua hilang.Paling aku best sekali pasal bomoh moden nih sebab dia ada dua pembantu. Dua - dua lelaki. Dan seorang pembantu nih muka dia banyak jugalah jerawat dan kesan-kesan jerawat zaman silam dia(memang berlubang jugalah muka mamat tu). Aku ingat ker tak adalah orang nak beli. Alih - Alih berebut juga membeli. Yang membelinya semua berjerawat belaka. Aku bukan tak bagi beli tapi diorang ni tak nampak ker pembantu bomoh moden tu. Muka dia pun penuh jerawat.Kalau betul boleh hilangkan jerawat confirmlah muka dia licin. Tambah-tambah jadi pembantu tok bomoh. Confirm stok ubat hari - hari ada.


Disini, aku dapat lihat manusia senang dikaburi hanya melalui kata - kata yang manis. Kira macam tangkap leleh lah juga.Satu ubat dijual dalam RM10 macam tu. Dan hari tu saja dengan modal bercakap tak silap aku lebih dari 40 botol jugalah dijual. Wah, senang betul bomoh moden nih dapat duit. Cepat kaya tu!!



Okay, berbalik pada lelaki yang nak jadi perempuan tu tunggu punya tunggu akhirnya bomoh moden nih berkata,"Dengan nama Allah yang maha besar..Aku mahu kau keluar dari khemah nih dengan sempurna. Jika dilahirkan lelaki, maka keluarlah dengan lelaki. Jika dilahir perempuan, maka keluarlah perempuan." Pandai bomoh nih guna ayat - ayat sambil diselit nama Allah.



Macam tu lah bunyinya...aku dah lupa!!Lepas tu khemah dibuka. Semua orang ternanti - nanti! Haha! Seperti dijangka! Indah khabar dari rupa! Masuknya lelaki dan keluarnya pun lelaki! Haih, musnah impian aku nak jadi Brad Pit. Haha!



P/S: Manusia Senang Ditipu!!

Sabtu, 23 Ogos 2008

Kedah VS Selangor Piala Malaysia 2008!!

Siapalah yang nak menang Piala Malaysia tahun nih?


Adakah Kedah lagi sekali akan membawa pulang piala?


Atau Selangor akan merampas kembali piala nih?


Sama-sama kita nantikan pada malam ini pukul 8.30 malam.



P/S: Pulun Kedah Pulun!!



Jumaat, 22 Ogos 2008

Sambutan Kemerdekaan Ke-51


Sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara ke-51 yang bakal berlangsung tidak lama lagi sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa gembira serta bangga kita sebagai warganegara Malaysia tercinta ini.


Tema kemerdekaan tahun ini ialah ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. Setiap kali tibanya sambutan kemerdekaan, ia secara tidak langsung mengembalikan nostalgia saat – saat tanah bertuah ini bebas daripada cengkaman penjajah Inggeris. Televisyen dan radio pula berlumba – lumba menayangkan dan menyiarkan drama, klip – klip video Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan kemerdekaan, serta lagu – lagu patriotik terutamanya lagu nyanyian Allahyarham Sudirman.


Cuma kemerdekaan yang ke-51 ini dirasakan bagai hilang seri, hilangnya semangat untuk menyambut hari keramat ini dikalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Buktinya lagi beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari yang penuh bersejarah itu tetapi mana perginya sambutan – sambutan tanggal bersejarah ini?




Sangat susah sekarang hendak melihat bendera Malaysia berkibar di bangunan – bangunan kerajaan, di atas kereta dan dimana – mana sekalipun melainkan sekolah dan tempat yang sedia ada bendera Malaysia di pasang.


Apa yang aku nampak dan membuatkan hatiku tersentuh hanyalah iklan Petronas yang di lakonkan oleh Aflin Shauki dan kanak – kanak lelaki yang berlakon dalam drama Bong sahaja.


Mana perginya sambutan – sambutan yang lain? Contoh membuat bendera terbesar ker? Bendera terpanjang ker? Yang asyik dibisingkan ialah tentang politik, politik dan politik. Aku sangat bosan dengan hal ini. Macam tidak ada lagi benda yang boleh difikirkan dan dibuat.


Entahlah! Apalah nasib Negara tercinta aku ini di masa akan datang! Wallahualam.



P/S : Hargai, Lindungi & Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki Sekarang

Khamis, 21 Ogos 2008

Wish!!!!

1.Jumpa Kekasih Tercinta!!


2.Jumpa Adik Tersayang!!


3.Mencipta Racun Yang Dapat Melenyapkan Lipas Dari Muka Bumi Nih!!


4.Mengembara Satu Dunia!!


5.Grad Bersama Rakan-Rakan Seperjuangan!!


6.Pegi Mekah Buat Haji Dengan Keluarga Tercinta!!


7.Dapat Kumpul Semua Duit Kertas & Syiling Yang Wujud Dekat Muka Bumi Nih!!


8.Nak Jumpa Firaun. Bini Firaun Aku Dah Jumpa!Haha!!


9.Ada Syarikat Sendiri!!


10.Miliki Keluarga Yang Bahagia Sehingga Akhir Hayat!!



P/S:Kejayaan Bermula Dari Angan-Angan

Rabu, 20 Ogos 2008

Majlis Konvo!!

Pada 18 Ogos 2008 bersamaan hari Isnin, bertempat di Skudai, Johor berlangsungnya majlis konvo bagi pelajar – pelajar peringkat Ijazah. Abang aku adalah salah seorang yang terlibat dalam majlis tu.


Apa yang nak aku kongsi dengan korang bukanlah pasal abang aku cuma apa yang aku belajar pada hari itu ialah gembiranya bila tengok mak dan ayah sendiri gembira dengan kejayaan anak masing – masing. Paling buat hati aku tersentuh bila melihat ayah aku pakai topi konvo abang aku. Juga seronok melihat graduan – graduan bersama rakan masing – masing berkongsi kejayaan bersama- sama.


Dekat sini juga buat semangat aku berkobar – kobar untuk menamatkan pelajaran aku dengan sebuah kejayaan. Tak sabar aku nak merasa pakai jubah dan topi tu. Mungkin ada segelintir akan berkata,” Apalah yang ada pada sebuah jubah dan topi.”


Tetapi, bagi aku macam – macam ada pada sebuah jubah dan topi tu. Dan aku berharap aku dapat bersama – sama berkongsi kejayaan tu bukan saja bersama keluarga tersayang tapi juga bersama rakan – rakan seperjuangan. Moga hari itu akan tiba!!! Sama – sama kita doakan!!

Nasi Lemak Kopi O Di TV9

Aku minta maaf sangat - sangat sebab dah lama tak menulis dekat blog nih sebab sekarang memang aku sangat sibuk. Cuma aku agak bersyukurlah sebab sekarang aku tengah bercuti seminggu. Alhamdulillah!


Okay! Aku tak nak buang masa korang membaca dan seperti yang di janjikan aku nak cerita pasal aku pergi buat research dekat tv9 untuk assignment aku. Group assignment aku dapat Talk Show untuk assignment dan kami sepakat memilih rancangan Nasi Lemak Kopi O sebagai bahan research kami.





Aku dgn group aku bertolak pukul 7.30 ptg pada Khamis 31 Julai hari tu.Kami seramai 5orang dan aku satu-satunya lelaki tunggal dalam group tu. Fuh! Agak gelisah jugalah memikirkan macam mana nanti sebab kami akan tidur dekat rumah Amalina, salah seorang budak perempuan dalam group aku nih.


Selalunya kalau aku tumpang tidur pun rumah member lelaki dan ada juga geng lelaki tapi kali nih memang sejarah dalam hidup sendirilah. Bergerak secara solo! Haha! Alhamdulillah layanan yang diterima dari keluarga dia amat menggembirakan. Dah rasa macam rumah sendiri plak. Haha!


Keesokannya aku dan lain – lain terpaksa bangun awal pagi. Dalam pukul 4.30 pagi macam tu. Fuh, memang tak cukup tidur. Ngantuk gila!I Ini semua pasal nak bertolak awal sebab rancangan tu mula pukul 8 pagi. Takut tak sempat Mata masing – masing lebam jer. Sempatlah menjamah satu dua roti bersapu coklat.


Tertidur aku dalam kereta tu. Sedar – sedar dah sampai dekat bangunan tv3 tu! Yang bestnya kali nih senang pula lepas dari pegawai keselamatan dekat situ. Selalunya, macam – macam kerenah yang aku kena hadapi.


Kami berlima pun masuk la ke tempat rancangan tu bakal berlangsung. Tak sangka kami semua jadi audience rancangan nih sebab yang sebetulnya setakat nak tengok macam mana production team talk show nih bekerja.





Syukur dan tersangat gembira sebab dapat tengok secara live bagaimana program nih dijalankan. Pengacara pada ari tu ialah Aziz Desa dan Nik Saiyiddah ( Mek ). Memang kurus betul sekarang Mek nih! Tercabar aku nak kurus macam dia!


Dalam 2 jam jugalah program nih berlangsung! Lepas habis rancangan tu macam biasalah kan. Student yang baru nak ‘up’ nih bergambar dengan Aziz Desa, hos rancangan nih. Selepas tu penat jugalah menunggu nak interview editor rancangan nih sampai tak sempat aku pergi solat jumaat( tapi memang aku target nak ponteng pun ). Haha!





Lepas tu sempat jugalah bergambar dengan pemilik Aura Seri. Cantik orangnya!!





Alhamdulillah, semuanya selesai hari itu juga! Yang tinggal sekarang untuk menyediakan satu report yang bagus dan presentation yang hebat sahaja. Doakan kami semua Berjaya yer!!