Isnin, 29 September 2008

Raya Dulu Dgn Raya Sekarang!

Bila dah besar nih raya aidilfitri bagi aku lebih kepada berkumpul bersama semua family sebab masing - masing dah susah nak berjumpa..bila dapat berborak bersama-sama tu rasa fun gila. Yang dapat dikekalkan dari dulu sampai sekarang ialah membuat biskut, kek dan ketupat beramai - ramai. Duit raya still dapat tapi tak banyak macam dulu.

Kalau raya dulu best. Nak main mercun ker bunga api ker memang seronok sebab member-member ramai. Boleh baling mercun dekat member2. Ada yang lari lintang pukang. Ada yang nangis report mak ayah.

Paling best time terawih. Masa tu berebut - rebut lawan saper lagi banyak rakaat. Haha. Yang seronoknya kalau moreh dengan masjid ni tak sedap aku dengan member akan tukar pergi masjid lain. Kalau sedap kekal la dekat situ sampai habis. Kadang2 xsolat terawih pun. Duduk bersembang dengan member2. Bila nampak bilal jer lari sembunyi. Haha!

Lagi best pasal zaman dulu femes dengan kad raya. Dekat sini aku dgn member2 sekali lagi akan berlawan saper plng banyak kad raya untuk membuktikan saper ada lagi ramai member. Haha. Lepas dah dapat banyak2 aku akan gantung dkt dinding untuk buat hiasan. Tapi skrg dah xmerasa dah semua tu. Ada2 tapi xsebanyak dulu. Bosan tul raya skrg.

Pasal baju pun jadi. Semua menggayakan baju masing2 dengan bangganya di pagi raya. Ingat lagi zaman aku dulu saper yang anak2 orang kaya tu tak habis2 menunjuk2 kasut yg bila berjalan ada lampu menyala tu. Haha! Macam aku nak bakar jer kasut diorang.

Tapi kalau pasal rancangan Tv dari dulu sampai skrg sama...tak habis2 nyanyi.konsert MEGA aidilfitri la..rock raya la..apa la...bosan!!

Cuma yang beruntungnya aku masih ada keluarga!!So, raya masih lagi seronok!! Macam mana dengan yang dah xder keluarga? Mungkin diganti dengan keluarga yang baru....

P/S: Raya Tetap Raya

Sabtu, 27 September 2008

Balik Kampung! Bas ! Apek Busuk!

Huhu! Tengah semangat nak beraya ni kan! Tak tau lah korang buka blog ker tak.
Anyway, setiap tahun raya akan datang. Tak sekali ker maybe 2 kali. Dan setiap tahun pasti ada pengalaman yang berbeza bila balik kampung.



Pengalaman balik raya yg memang aku tak dapat nak lupa xsilap aku masa aku darjah 6 lepas UPSR. Masa bulan puasa tu aku duduk dengan kakak aku. Kira lagi seminggu nak beraya aku dari Perak balik Kedah naik bas dengan kakak aku.



Biasalah budak-budak kan. Banyak songeh! Memang letih giler naik bus dari satu stesen ke satu stesen. Akhirnya dari Perak pegi ke Kedah naik bus apa ntah. Masuk je dalam bus ada dua tempat kosong. Kakak aku duduk tepi orang lain. Aku plak duduk tepi apek tua mana ntah. Aku pelik juga asal tempat tepi apek nih kosong tapi sebab dah tak der tempat terpaksa la duduk.



Mula - mula duduk tu okay lagi. Tetiba aku terbau satu bauan yang amat memual + meloyakan + menjijik kan. Fuhhhh!! Bau ala - ala stokin basah yang diperah selama sebulan. Adoi!! Gila sial bau bangkai anjing pun elok lagi aku rasa. Aku nih dah lah pening duduk dalam bus tu. Ditambah dengan bau yang sangat celaka tu. Aku pun pelik. Dari mana datangnya bau sial nih.



Aku tanya akak aku ada bau tak? Kak aku cakap ada. Pastu dia tunjuk dekat apek sebelah aku tu. Sudahhhh!!! Patutlah xder orang nak duduk tepi ko Apek!! Rupanya ko berbau. Ya Allah! Apalah dosa aku hari tu? Setakat kejar ayam dekat kampung takkan macam ni balasannya?? Adoi, aku pun minta la tisu dekat akak aku untuk menutup hidung. Tapi bau apek yang memang tahap babi nih tak dapat dibendung. Aku 4 kali rasa nak termuntah. Teringat ustazah aku cakap kalau muntah batal puasa. Tapi kalau aku muntah nih kira sengaja ker tak? Haih, tak boleh muntah nih. Kang xpasal2 batal puasa aku!!



Bila apek cina ni bergerak ke kanan ke bangun ker...bau dia yg memang tahap anjing nih makin menusuk hidung. Bluekkkk!! Hampir2 termuntah aku dibuatnya. Kakak aku boleh plak gelak2 kan aku. Haha! Lepas tu Apek cina ni buka plak kasut dia. Hanjinggg!! Bau dia masyaallah memang tahap gampang!! Aku dah pusing menghadap kakak aku dah. Semua orang dalam bus tu tgok jer aku!! Argghhh, aku xpeduli! Diorang nak gelak ker apa ker janji aku kena bertahan sebelum aku muntah!!



Yang aku bengang gila dengan Apek durjana nih, bila dia batuk kita bleh dengar bunyi kahak dia.. bau mulut dia pun dah mengalahkan bau najis...adoi,aku pelik tu apek nih..dia ni xmandi setahun ke?gigi xpernah gosok seumur hidup ke? atau pakaian xpenah dibasuh sejak dibeli?



Akhirnya perjalanan yang durasinya hanya 2 jam aku rasakan bagai berjam - jam lamanya. Alhamdulillah lepas sampai aku dapat menghirup udara segar. Kakak aku xhabis2 ketawakan aku. Sampai dirumah satu family gelakkan aku! Malangnya nasib di waktu itu!!



P/S: Elakkan Dari Duduk Tepi Apek Tua Sewaktu Di Dalam Bas!!

Khamis, 25 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!!

Selamat Hari Raya Diucapkan Pada Korang Semua!

Semoga Perjalanan Korang Selamat Sampai Ke Destinasi Yang Dituju.

Aku Dah Sampai Umah Dah.Haha!


"BERHATI-HATI DI JALANRAYA"


Ampun dan maaf andainya kira ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin



P/S: Jangan Lupa Kasi Aku Duit Raya!!

Sabtu, 20 September 2008

10 Perkara Yang Memalukan!!

1. Terjatuh dari kerusi(kaki kerusi lembik) sewaktu di cafe, kedai makan atau restoran!

2. Terjatuh atau tersadung di tangga atau sewaktu berjalan!

3. Terlepas angin dengan kuatnya dan disedari orang ramai!

4. Kereta yang dipandu mati di depan traffic light dan hon kereta dari belakang berbunyi bertalu-talu!

5. Bercerita atau menegakkan sesuatu fakta dengan penuh confident tetapi akhirnya tersalah atau tersilap memberi fakta!

6. Tahi hidung terkeluar tanpa disedari!

7. Berbual dengan member dan akhirnya tersedar berborak seorang diri sedangkan member-member yang lain di belakang membelek barang!

8. Dengan yakin dan beraninya menegur manusia yang disangka dikenali tapi akhirnya tersalah orang!

9. Tersilap memakai kasut atau selipar yang berbeza sewaktu ke kelas!

10. Membuat lawak atau mahu orang ketawa tapi semua orang diam membisu!!

Apa perkara yang memalukan korang??Silalah kongsi!!

P/S: Kadang - Kadang Benda Yang Memalukan Ini Amat Menggembirakan Hati!!

Sabtu, 6 September 2008

Tips Kejutkan Orang Supaya Bersahur!!

Puasa dah pun muncul tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time
paling crucial sekali.
Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)



Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur...ini antara
caranya!!


1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan!


2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil
nama dia...


3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...


4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...


5. tutup kipas/air cond



tapi kalau still tak ada effect..cuba try cara nih plak!!


1. jerit nama dia kuat kuat...


2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit


3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang


4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam


5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi!tsunami!tsunami!


6. jerit api! api! api!


7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit



tapi kalau still tak ada effect gak...aku syorkan korang wat benda nih!!


1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...


2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!



tapi kalau still tak ada effect gak...ni je lah cara terakhir!!


1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya



P/S: SELAMAT BERSAHUR!!