Rabu, 29 Oktober 2008

Tipu Kana Tipu Kiri The Movie



Sempena Deepavali ari tu...aku dengan member - member aku kuar lah melepaskan tension masing2 dekat mana lagi kalau bukan MP kan....yg tu jer antara tempat yg best dekat sini..

Nasib la kereta dah ada orang sponsor..so jimat budget disitu..sampai dekat sana...mula-mula sekali ialah pergi jalan-jalan cari makan.. makan dekat satu tempat nih..xlah sedap sangat tapi dah perut lapar...service caj dia pun agak mahal la..

Lepas tu cadang nak tgok wayang...citer apa la nak tgok waktu tu..ada citer Max Payne, Senario The Movie, Seval(blockbuster movie nih), dgn Tipu Kanan Tipu Kiri. Selepas perbincangan selama kira - kira 5 minit akhirnya semua setuju nak tgok film Tipu Kanan Tipu Kiri nih.

Biasalah,kononnya nak suppport movie melayu kan...fuh, citer nih dengar katanya selama 5 minggu lebih tayangan dekat Indonesia. Bunyi macam gempak gila plak movie nih. Ramai jugalah orang yang tgok movie nih. Mengikut screen senarai tempat duduk depan cashier tu, ada lah dalam 20 orang lebih. Kira hebat ker tu?

Fuh, sblum masuk tu member aku sowang nih kenalah tahan dek pekerja GSC nih sebab bawa camera. Chanteqq U'olss..Biru matanya...nama dia plak Prakash..Haha..kira dia diva la dekat situ..xleh blah betul sebab mata biru..sempatlah ramai2 gelakkan dia..

Dengan harga tiket RM9,akhirnya tayangan pun bermula..rupa2nya pelakonnya ramai datangnya dari Indonesia..pelakon melayunya cuma Hans Isacc, Natasha Hudson n Sazzy Falak. Okay, no hal lah kan. Dari mula sampai last citer nih apa yang dapat disimpulkan cerita nih langsung tak menjana minda aku n da gang.

Dengan pengarah film nih diimport khas dari India menjadikan film ini ibarat film Hindi + Indon = film bodoh tahun ini. Dengan pakaian dan make-up nya yang terlalu 'up 2 date' ditambah dengan script nya yang betul2 menggunakan bahasa melayu baku serta plot2 crita ni yang sungguh lemah..aku bagi -5 bintang la untuk movie nih.

Tapi keistimewaan movie nih banyak juga lah kalau korang nak tahu..film nih ibarat High School Musical jugalah...ada dalam 2-3 lagu dalam movie nih bakal hits...antara lirik lagu dia yang aku ingatkan bunyi dia macam nih --> LIHAT MATAMU...LUPUSLAHHH SEGALANYAAAAAA..gila sedap lagu tu...aku n da gang ramai2 nyanyi lagu tu..memang layan lah otak..lepas tu ada satu lagi lagu tema film ni Tipu Kanan Tipu Kiri + Hip Hop India...gila rancak..memang dasyat la wa cakap lu...

Baju2 dalam film nih bleh buat film nih menang oscar Props terbaik kut...macam aku cakap baju2 dia up to date kan...Natasya Hudson yang pegang watak sebagai orang miskin datang dari kampung pun leh pakai baju giler branded..memang power la movie nih...Make up diorang pun cun2...memang xdapat nak digambarkan dengan kata2...

Watak yang paling meloyakan dalam film nih mestilah watak Mr Fiq lakonan Azwan Ali...adoi macam nak terajang jer muka dia bila tgok dia berlakon dalam film nih..gila bosan..ditambah dgn watak Wulan lakonan minah indon mana ntah..adoi,aku tak tahu la apa sebenarnya film nih nam sampaikan..cuma hero dlm movie nih agak best la...yang tua jer...

Mengenangkan RM9 aku..rasa rugi giler tgok film bodoh nih..cuma yg bestnya film nih sebab mampu buat aku n the gang gelak besar dalam panggung macam nak gila sebab film nih lebih kelakar dari citer Scary Movie..itu jer...Aku rasa film Seval lagi best(jangan main2..poster dia menunjukkan aksi Hero menunggang ayam ibarat menunggang kuda).

Nak dijadikan cerita lepas kuar dari wayang tu terserempak la dengan pondan india...kekwat betul mamat tu...pandang jeling2 plak...dia ingat dia cantik kut..tapi mengenangkan cakap member aku bahawasanya hari itu ialah hari dia(deepavali)..so biar jer lah! Apa kata korang tgok movie nih!! Mana tahu tetiba korang kata best ker!!

P/S : Jom Tengok Filem Seval.

Khamis, 23 Oktober 2008

Hari Pengeboman Aku!!

Fuhhh!!Minggu nih adalah minggu yang sangat gila babi punya best lah dalam bulan nih sebab pada hari selasa bersamaan dengan pukul 2.30 petang aku dapat mengebom kumpulan2 yang buat presentation advertising.


Kalau minggu lepas aku & da group beserta dua group lain dibom hebat...so inilah masanya untuk revenge balik kejahatan diorang minggu lepas. Group aku n sorang member dari group lain yg di bom iaitu nookieman telah berpakat untuk menghancurkan kumpulan 6 atau kumpulan paling last sekali kerana group diorang hampir2 menghancurkan group2 lain dgn pertanyaan yg ada juga yg masuk akal dan ada yang langsung xmasuk akal.


Kami memilih port paling belakang dari semua dan mula merancang soalan2 yg bakal diajukan bermula dari awal pagi lagi. Awal pagi lagi. Bersemangat sungguh kami nih rupanya!


Bermula dgn group ke-4....soalan2 yg ditanya memang membuat mereka ada kalanya pening kepala seperti kami pada minggu lepas dan ada juga soalan yg menolong. Alhamdulillah diorang mampu menangkis soalan2 dari kami yg sangat berbisa walaupun ada juga yg terkantoi. Apa2pun tahniah untuk group ni.


Group ke-5 plak soalan2 yg ditanya tidaklah terlalu merbahaya sangat dari aku n the geng sebab group diorang banyak membantu group2 minggu lepas tapi ada jugalah terlepas soalan2 kontroversi. Tahniah untuk group nih.


Sekarang tibalah masanya group 6 untuk menerima pembalasan. Semua group dari 1st sampai ke-5 berkumpul dan bersatu padu untuk bertanyakan soalan yang memeningkan(tapi masih lagi relevan dan tidak merepek) kepada group yg last nih. Persembahan dimulakan dengan lagu Star Wars. Dengan blazer dan pakaian yg agak menarik disertakan dengan seorang ahlinya dari UAE..persembahan diorang agak hebat..tapi bila bermulanya sesi soal jawab..kumpulan ini ibarat keadaan Jepun sewaktu perang dunia kedua..dibom bertalu2 hingga semuanya terkelu..Semuanya membalas balik soalan2 dari group akhir ini.apa2pun tahniah kerana korang mampu menghadapi bukan setakat bom tapi juga tembakan sniper dan bazooka walaupun ada kalanya korang juga terkena tembakan raifal bertalu-talu.


Penghabisan pembentangan nih berakhir dengan penuh kejutan dan kontroversi. Apa2pun biarlah ia menjadi lipatan didalam sejarah masing2!!


P/S: Hari Ini Dalam Sejarah.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Situasi Minggu Nih!

1. Dekat CC ada budak yang tidak dikenali tiba2 meminta nak meminjam pen dari aku. Confident plak budak nih. Tadi pandang aku macam nak makan orang jer! Aku bagi jer lah pinjam. Dia memberikan sebuah senyuman penuh makna. Tetiba rasa kaki macam lembik dan terduduk(hakikat memang aku duduk atas kerusi pun masa tu).

2. Makan dekat cafe dengan group kelas aku. Cafe bawah blok aku nih ibarat cafe orang bawahan. Dengan bisingnya dan xder privacy. Kesian dekat diorang ni aku amikkan lah makanan dekat diorang. Xsampai hati plak tgok diorang berebut dengan lelaki2 kelaparan dkt cafe tu. Masa nih rasa macam teringin plak nak ada some one special. Kalau ada lepas tu dapat plak buat benda2 macam ni...fuh, bestnya!

3. Print assignment. Macam aku cakap sebelum nih...memang ramai manusia berperangai macam pompuan bodoh tadi yang baru datang xsampai seminit tetapi bising mengalahkan ibarat beratur selama 10 hari. Dan untuk pengajarannya kita bagi dia "nasihat yang paling baik" supaya dia sedar mulut dia patutnya xperlu bersuara di waktu2 kritikal macam tu.

4. Main game dekat laptop. Waktu nih adalah waktu yang paling bagus untuk meng nyah kan stress yang dihadapi tapi melihat member aku yg gila game ni. Aku rasa dia lebih stress bermain game.Game yang dimainkan untuk minggu nih ialah game Hell Kitchen, Buble Fish, Metal Slug, Command Conquer dan macam2 lagi. Keindahan tercipta apabila nama berjaya dimaktubkan di dalam high scores game.

5. Minggu meminjam dan dipinjam. Minggu2 last nih memang padat dgn presentation dan menjadi lumrah aku meminjam barang dan barang aku dipinjam oleh orang lain. Dan sekarang barang yg belum dipulangkan ialah kemeja biru member aku dan camera aku yg dipinjam masih belum dipulangkan.

6. Keadaan bilik ibarat tsunami + taufan. Kerana terlalu mengejar masa membuatkan katil aku sangat semak buat pertama kali dalam sejarah. Buku, baju, seluar dan beg dicampak jer tanpa dilipat. Keadaan sungguh menyedihkan.

Inilah antara situasi yang dihadapi pada minggu ini!!

P/S: Kita Merancang Tapi Tuhan Menentukan.

Seminggu Yang Memenatkan!!!

Assalammualaikum semua!


Sorry buat korang tertunggu2 entry baru aku atau terindu2 dkt aku..hehe!
Ok!Macam yang aku cakap ari tu aku masih hidup dan sekarang tekanan dari assignment dan test pun makin menghilang! Dalam masa seminggu dua nih aku tersangat2 sibuk dengan tugasan menyiapkan assignment dan pada waktu yang sama terpaksa menghadapi kuiz yang amat menyemakkan ruang otak aku.


Bermula pada 11 Oktober atau bersamaan dengan hari Ahad aku dah mula sibuk menyiapkan satu assignment iaitu menyiapkan log book, booklet dan power point untuk presentation! Macam2 lah yang terjadi dalam proses membentangkan hasil kerja kitaorang nih dan hanya ahli kumpulan masing2 jer yang tahu apa masalahnya. Aku masih lagi memikirkan siapa betul dan siapa yang salah!


Lepas tu pada hari Selasa pula busy dgn assignment advertising pada petang tu. Nasib soalan2 yang bernas,yang agak bodoh dan agak memeningkan dapat dijawab oleh aku dengan kepala yang hampir meletup. Adess! Habis jer presentation untuk Advertising, pada malamnya pula ada test untuk Modern Issues. Adoi! Memang letih la lepas rushing nak prepare presentation tadi lepas tu kena plak study untuk malam tu. Nasib berkat membaca dan saling bantu membantu sesama rakan akhirnya test dapat disiapkan dengan bergayanya.


Esoknya tu memang xder presentation tapi still edit untuk assignment Publishing plak. Pada hari berikutnya tu aku dan group aku tunjuk dkt lecture assignment tu sebab takut kalau salah kang kena potong markah. Keputusannya kena edit lagi sikit. Lepas tu nak print plak. Masa nak print nih lah tetiba muncul ramai jer manusia entah dari mana yang nak print juga assignment. Terpaksa lah beratur. Cuma yang menyakitkan hati aku nih adalah minah bodoh mana yang perasan dia hot bising2 dekat belakang aku.


Ada ker patut si pan_at nih cakap,"Banyaknya diorang nih print. Aku nak print frontpage jer nih."
Aku pun apa lagi. Naik angin jugalah. Teruslah sound,"Datang lambat buat cara datang lambat. Aku beratur lagi lama dari kau tak bising pun."


Puas hati!!Lepas dah present tu berehat kejap. Esoknya ada plak test broadcasting. Nasib malam. Ada 6 bab kena study. Seperti biasa berkat perkongsian ilmu sesama rakan soalan2 quiz itu dapat dijawab dengan jayanya.


Akhirnya semua dapat diselesaikan dalam masa seminggu. Fuh!Letih sungguh!Aku nak makan satay.



P/S: Final Exam Plak Lepas Nih.