Jumaat, 28 November 2008

7 Penipuan Orang Tua Terhadap Kanak - Kanak Ribena

Aku merasakan waktu kita kecil dulu adalah waktu kita sangat senang dan selalu ditipu oleh orang tua atau ibu bapa sendiri.

1)Makan buah limau jangan sampai tertelan biji. Nanti tumbuh pokok limau dalam perut.
Risau aku sewaktu pertama kali tertelan biji limau sampai bising – bising dekat rumah mengatakan pokok limau akan tumbuh dalam perut aku nanti

2)Jangan makan kepala ikan sebab nanti kita akan cepat lupa.
Aku memang takut nak makan kepala ikan. Ialah dah orang kata cepat lupa. Tambah – tambah sebagai seorang pelajar banyak yang kita kena ingat. Tapi bila aku dah besar dan bila aku makan tak jadi apa-apapun.

3)Jangan menyanyi di dapur ketika memasak sebab nanti kahwin dengan orang tua.
Pernah nasihat kakak aku jangan nyanyi waktu memasak. Nanti kahwin dengan orang tua kerepot tak ker malang. Tapi rupa – rupanya orang tua tak nak orang yang memasak tu leka atau alpa sehingga lauk yang dimasak hangus.

4)Berkhatan atau ‘masuk jawi’ dalam bahasa Kedah menyakitkan ibarat kena hiris dengan pisau.
Ramai kanak – kanak terpedaya dengan ayat – ayat dari lelaki dewasa nih (tapi aku tak terpedaya dengan benda nih). Akibatnya ramai yang berlari – lari memanjat pokok, menangis dan sebagainya akibat ketakutan yang melampau. Hakikatnya, bukan sakit pun tapi seronok sebab dapat banyak duit masa kenduri nanti.

5)Bila lalu dekat pokok besar waktu malam selepas pulang dari mengaji Al- Quran atau kelas tambahan kena minta izin tumpang lalu sebab pokok tu ada penunggu.
Aku tak pasti yang nih. Aku merasakan ini semua penipuan tapi ada orang kata betul. Tapi pernah jugalah aku buat. Aku rasa sama jer tahap ketakutan dia. Wallahuallam.

6)Mengelak dari membeli mainan yang agak mahal dengan mengatakan akan datang lain kali atau pergi ke tempat lain dengan menyogokkan mainan yang lebih bagus dari mainan tadi.
Hakikatnya ibu bapa merasakan benda nih tidak penting kepada kanak – kanak. Dalam masa yang sama wang yang ada boleh di beli untuk benda yang lebih diperlukan. Akibatnya, aku kempunan untuk bermain mainan terbabit. Adoi!!

7)Jangan keluar rumah atau terlalu nakal nanti ada hantu atau orang gila datang dekat dengan kamu atau mereka menculik kamu.
Sebenarnya, orang tua atau ibu bapa anda sudah mengalami fasa keletihan sewaktu menjaga anda dan dia mengeluarkan kenyataan itu untuk menakutkan anda. Aku rasa benda nih agak berjaya dilakukan pada aku sewaktu di usia 5 tahun kebawah.

P/S : Aku Tak Suka Ditipu Tapi Kadang – Kadang Suka Menipu.

Tak Faham Dengan Sikap "Segelintir Manusia"!!

Aku tak faham kenapa segelintir manusia yang aku kenal suka sangat memperlekehkan sesama manusia??

Aku tak faham kenapa apa yang aku tulis dekat blog menjadi isu segelintir manusia nih?

Adakah artikel yang aku letakkan dekat blog aku nih memendek atau menyingkatkan umur segelintir manusia nih?

Adakah aku pernah bising dengan apa yang segelintir manusia nih tulis dalam blog masing-masing?
Jawapannya tidak sama sekali melainkan jika segelintir manusia nih yang cuba mencari pasal.

Aku tidak pernah bising jika artikel yang segelintir manusia ini menggunakan seratus peratus bahasa melayu baku, sajak, puisi ataupun menceritakan pasal kehidupan harian mereka tetapi kenapa segelintir manusia nih masih belum sedar dengan diri masing-masing???

Aku memang tak faham dengan sikap "segelintir manusia" ini!!!

Isnin, 24 November 2008

Nasib Aku Tak Tegur...Kalau Tak.......?

Hari ni tetiba mak aku nak sangat makan kentang goreng. Aku bukan nak cakap aku nih baik tapi sebab kasih dan sayangnya aku pada mak aku yang sorang nih..jadi aku meredahlah hujan membeli sebungkus kentang untuk digoreng dengan motosikal kesayangan aku tuh.

Sampai dekat tempat yang dituju dan dengan pantasnya aku bergerak masuk ke dalam menyerbu bahagian frozen. Akhirnya aku menjumpai kentang yang ku cari selama nih. Tahniah untuk diriku sendiri. Apa aku merepek nih?

Okay! Lepas tu aku amik jugalah sebungkus keju chesdale sebagai pemuas nafsu makan aku diwaktu cuti yang riang ria nih. Tibalah masanya untuk aku membayar 2 benda nih dekat kaunter cashier berhampiran. Aku kira - kira semua dalam RM13.40 dengan sebungkus kentang RM8.50 dan keju aku RM4.90 dan aku pun dah siap sedia dengan wang RM15 dekat tangan aku.

Lepas cashier tu kira - kira semua, aku tengok dekat skrin harga tu semua RM10.40 dan aku merasa sangat musykil. Nak bagi tahu dia salah kira ker tak nih? Nanti dia juga yang rugi. Tiba - tiba suara syaitan kedengaran di telinga aku,"Baik hang blah ja..sapa suruh dia cuai sangat..sudah..jom balik".

Aku tak dengar pula suara jin baik suruh aku buat baik. Jadi, aku pun pulang dengan hati yang gembira dan sampai dekat umah. Tetiba aku rasa bersalah pula dekat cashier tu. Ialah, dah aku tak bagitahu dia salah kira. Lalu aku tengok balik dekat resit dan melihat harga kentang tadi. Cisss!! Rupa - rupanya kentang RM5.50 jer. Aku rasa aku tengok tadi macam RM8.50. Adoi!!

Nasiblah aku dengar "suara syaitan" tu tadi. Buat aku baik pergi tegur cashier tu salah...tak pasal-pasal aku plak yang malu. Nasib tak tegur!!

P/S: Fuh!! Selamat Dari Mendapat Malu Atas Kesilapan Diri Sendiri!!

Jumaat, 21 November 2008

Antara Rasuah Dan Nilai Kemanusiaan

Ahmad mempunyai sebuah syarikat serta 500 orang pekerja. Dan pada satu ketika syarikat Ahmad mempunyai masalah yang cukup besar dan ada seseorang cuba merasuah Ahmad untuk menyelamatkan syarikatnya untuk kepentingan si perasuah tadi.

Hati Ahmad berbelah bahagi dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Jika Ahmad terima rasuah dari si perasuah tadi, maka syarikat dia akan selamat dan kehidupan 500 pekerja Ahmad akan terjamin. Tetapi, jika Ahmad tidak terima rasuah itu, maka syarikat beliau terpaksa gulung tikar dan nasib 500 pekerjanya terumbang ambing kerana masing – masing kehilangan kerja.

Perlukah Ahmad melanggar etika hidup dengan mengambil rasuah demi rasa kasihnya pada pekerja – pekerjanya? Atau perlu setia dengan etika ini walaupun beliau akan kehilangan semuanya sekali?

Bagaimana jika anda di tempat Ahmad?

P/S : Takutnya Situasi Macam Nih.

Rabu, 19 November 2008

Tips - Tips Melupakan Bekas Kekasih Anda!!!

Macam mana nak lupakan orang yang tersayang atau erti kata lain pakwe/makwe/pengarang jantung/darling/mama/papa atau apa-apapun panggilan korang pada bekas kekasih korang?

Okay, kepada lelaki misteri yang minta aku tulis artikel berkenaan benda nih…macam mana aku nak cakap ekk? Aku cuba syorkan benda – benda dibawah nih untuk kau ikut.

Kalau akulah kan…aku akan gunakan beberapa cara nih untuk melupakan insan terbabit :

1. Pastikan anda memadam segala jenis sumber – sumber yang dapat menghubungkan kembali kita dgn insan terbabit. Contohnya, mendelete lalu menspam beliau dari akaun myspace, friendster, facebook ataupun yahoo messenger anda.

2. Pastikan nombor telefon beliau didelete dari memori telefon anda atau jika anda takut beliau menghubungi anda ketika anda sudah mendeletekan nombor telefonnya, salinlah nombor telefon beliau atau tukarkan nama beliau daripada “Sayang” kepada “Jin” atau “Hantu” untuk menakutkan anda dari membalas atau menjawabnya.
3. Bakar semua surat-surat, kad ucapan atau gambarnya sebagai tanda anda mahu memadamkan dia dari memori anda 100%. Jika anda tidak sampai hati mahu melihat wajahnya terbakar, anda boleh masukkan kedalam beg plastik hitam lalu mengitarkan semula bahan – bahan tadi di dalam tong kitar semula. Pastikan anda memasukkan “sampah” ke dalam tempat yang betul(bahagian kertas). Dalam masa yang sama anda akan dilihat sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap penjagaan alam sekitar. Baguskan?
4. Cepat – cepatlah cari yang baru. Ialah buat apa tunggu lagi sedangkan si dia mungkin sudah bahagia dengan yang pacar/cowok yang baru. Mahu lihat sajakah bro?
5. Penuhkan hari anda dengan aktiviti – aktiviti yang menyeronokkan bersama teman – teman anda. Contoh bermain futsal, bowling, snuker, go-kart, berkelah, melancong atau apa saja. Bila penat atau letih anda akan mudah tidur dan ini menyebabkan anda tidak sempat untuk memikirkan si dia. Lama kelamaan si dia akan lupus dari ingatan anda. Kalau anda tetap tidak boleh tidur, telanlah ubat tidur 10 atau 20 biji untuk mengantukkan mata anda.
PASTIKAN ANDA MENDAPAT NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MELAKUKAN AKSI INI!!
6. Banyak – banyaklah berdoa kepada yang di atas sana agar ditenangkan hati dan dilapangkan fikiran. Hanya dia tempat kita memohon pertolongan. Mana tahu rajin berdoa silap – silap bukan saja dapat melupakan si dia tetapi diberi pula seorang insan yang baru untuk menyinari hidup anda.

Jadi, ini antara tips untuk lelaki misteri. Terpulanglah pada anda nak ikut ker tak petua – petua nih. Semoga Berjaya!!!

P/S : Jangan Salahkan Aku Jika Tips – Tips Yang Diberi Membuatkan Hidup Anda Makin Parah!!Haha!!

Sabtu, 8 November 2008

Antara Video Cam Dengan Broadband...Mana Satu Yang Aku Patut Beli?

Aku tengah musykil memikirkan yang mana satu patut aku beli nih...bleh tak korang bagi pendapat korang yg bernas untuk membantu aku membeli apa yang perlu dulu antara kedua-dua nih.




Kalau aku beli video cam :

Kelebihan : 1. Tercapai cita2 aku nak benda nih
2. Aku memang minat dan nak belajar guna benda nih

Keburukan : 1. Modal nak digunakan untuk membeli benda nih tinggi
2. Mungkin orang akan pinjam dan berlaku kerosakan disini





Kalau aku beli broadband :

Kelebihan : 1. Dapat buat bisness
2. Mungkin modal beli broadband dapat balik
3. Jimat duit tak payah pergi cc

Keburukan : 1. Persaingan bisness nih ramai
2. Nak kena bayar yuran tiap2 bulan
3. Membuat berat badan aku naik sebab asyik menghadap laptop

Macam mana nih? Mana satu patut aku beli?



P/S : Keliru Antara Dua

Rabu, 5 November 2008

Perlu Ker --> Ramah! Senyum! Sombong! Tegur!

Aku tertarik dengan entry terbaru member aku si Dickie berkenaan attitudes budak2 junior part 1 yg ditulis dkt blog dia...

Maybe betul apa yang dia cakap dan maybe salah kan..itu pandangan masing2...kadang2 memang dah lumrah atau masing2 dah tahu....ialah..masa part 1 masing2 xkenal dunia sebab dekat tempat baru..masih samar2 dengan cabaran dan halangan masing2 dkt sini..tapi dah 4-5 sem duduk sini..saper2 yg dah jadi senior akan tahu kita dalam satu sem ada dekat 4-5 bulan...1-2 bulan tu adalah waktu untuk kita dengan junior bagi salam dkt kita...tegur2...kalau ko minta stok makanan dia semua pun dia bagi...
masuk bulan ke-3 segelintir dah mula show off diri....perkataan assalammualaikum tu dah susah nak dengar.....masuk bulan ke-4 dah pelik dah....mana junior nih...ialahkan..dah junior pun macam senior....so dkt sini kita sendiri dah tahu lumrah junior macam tu kan cuma kesilapan sesetengah diorang nih adalah diorang terlupa yang diorang tu still junior..maybe tu jer lah kut..

Jangan risau lah senior2......semester nih kau tengok part 1 yang perasan bagus tu duduk semeja dekat dining sambil mengutuk, mengumpat n melahar2 korang...jangan risau la..semester depan korang tgoklah berapa orang nak kekal dekat posisi masing2 dekat meja dining tu..kalau semua kekal alhamdulillah...kalau tetiba ada seat kosong tu buat lah sujud syukur ker kenduri kesyukaran ker dkt blok masing2...

Pandangan aku ada sesetengah Junior nih akan culture shock sebab keadaan...contohnya waktu pertandingan drama blok...tetiba jer nama dia naik...dan dia waktu rasa dia sangat femes ibarat baru menang anugerah pelakon filem bumi terbaik seantaro dunia...waktu tu lah diorang mula lupa diri n perasan bagus..tapi bukan semuakan..ada segelintir jer yang macam okay....tapi yg xdapat nak kawal situasi tu paham2 jer lah kan?

Aku sangat respect dengan junior yang kamceng dengan senior2 blok tambah2 yang boleh masuk dgn mt-mt blok...pandai korang cari peluang kan? Itu hak masing2 lah kan tapi yang rasa xbest tu dah korang baik dgn diorang korang dah rasa korang berkuasa...ialah apa2hal dah ada backup..tapi korang lupa senior korang ramai...tapi itu hak korang...

Pasal speaking2 plak nih...ntah..kalau aku bengang aku kutuk jer balik...ialahkan..tengah2 panas terik pun kau leh speaking ibarat ko dekat London..patutnya ko cakaplah Arab ker(ialah baru feel dkt gurun sikit)...macam member aku cakap..kengkadang diorang nih rasa diorang jer kut tahu speaking sampai dengan makcik yang belum confirm sekolah habis ker tak pun korang bedal cakap English..lepas tu kalau makcik tu xpaham korang gelak2 n sindir dalam English..kalau korang nak speaking sangat...time korang pegi pasar ari selasa dengan khamis tu...korang cari pakcik yg jual puding roti dgn aneka kek cheese tu..hah,korang speaking la dgn dia sampai muntah..maybe korang nak improve English tapi carilah tempat yang sesuai kan?xsalah speaking cuma kenalah sesuai dengan waktu dan keadaan.

Lagi satu pasal sesetengah junior yang memanglah mak ayah korang kaya,ada title dato, ada syarikat n maybe mak ayah korang jadi angkasawan ker kan?saper tahu..tapi jgnlah show off sangat kekayaan ko tu..sederhana sudah..betul juga cakap member aku..kalau dah kaya sangat study la dkt England ker Antartika ker...nih Uitm pun korang nak berlagak..pendapat aku lah kan..aku rasa agak malulah kalau korang berlagak kaya keterlaluan dkt sini..ialahkan..dkt sini ada anak nelayan,penoreh getah n saper2 yang xberapa kaya tapi setaraf dengan korang..belajar satu tempat..patutnya korang malu sebab korang ada kelebihan..patut bleh belajar tmpt lagi bagus tapi itu hak korang juga...duit mak ayah korang kan..senior xleh masuk campur..hidup nih demokrasi.

Tapi apa2pun jangan jadi macam senior korang part 2 ker part 3 yang sesetengah aku kenal nih...kadang2 aku rasa baik korang xpayah tegur senior korang kalau korang adalah dalam kategori :
1: Mulut korang xbleh bercakap
2: Korang memang susah nak senyum
3: Korang bukan peramah

Ntah, aku rasa golongan nih sangat menyakitkan hati. Sebab aku pernah lah junior2 nih bertegur dengan aku bagai nak rak. Tetiba satu waktu aku jadi macam orang asing. Jumpa bukan setakat tak tegur..senyum pun tak...seriously aku cakap kalau macam nih lah perangai korang jangan tegur aku dari awal dowh..aku xsuka manusia macam nih...
Meletihkan dan menyakitkan hati..maybe sekarang korang hebat tapi maybe satu masa nanti korang akan di bawah plak..

P/S : Hidup Nih Ibarat Roda..Kadang2 Dibawah..Kadang2 Diatas

Sabtu, 1 November 2008

Buku! Games! Choki-Choki! Masa Tidur! Tenaga!

Asyik2 mata aku tgok buku...
asyik2 tgok buku...
buku tebal-tebal...
banyak perkataan...
banyak terms....
tulisan halus-halus...
asyik2 hitam putih...
kadang-kadang warna biru....
sakit mata aku waktu final exam nih..


Kandungan gula dalam darah aku meningkat..
Gara-gara Choka-choki....
RM1 = 5 batang choka choki..
ada yang coklat..
ada yang susu..
Zafa Book Store pembekal utama..


Hell Kitchen, Sally Salon, Freeding Frenzy...
ini game yang menenangkan otak aku...
yang sedihnya xder orang mampu mencabar highscore aku untuk 3 games nih..
woi Pecap...
kalahkanlah aku cepat...
ari tu riak sangat...
aku main sekali jer game tu terus highscore...
ko main banyak kali tak menang2 lagi??


Masa tidur tak menentu...
baru tidur tapi sedar2 dah pukul 7 pagi...
asal waktu begitu cepat beredar meninggalkan ku...
dikau tidak sayangkah padaku waktu?
aik,apa aku merepek nih..


Tenaga aku semakin hilang....
bila exam nak habis...
letih arrr.....

P/S: Tak Sabar Tunggu Cuti Sem