Minggu Yang Istimewa......Thanks My Big Family.....

Sangkaan awal bahawa hidup aku akan berakhir di depan pintu pagar rumah meleset sama sekali. Syukur sangat - sangat. Haha. Rupanya minggu nih aku memang enjoy habis bersama rakan - rakan kelas aku.

10 hari cuti ‘istimewa’ yang dinikmati bermula minggu lepas adalah sangat bermakna dalam diari hidup aku. Adakalanya aku terasa terlalu gembira. Adakalanya aku rasa terlalu sunyi. Kadang – kadang aku tak rasa aku ada perasaan. Meneruskan kehidupan seperti biasa hingga kadang – kadang perasaan bosan itu muncul tiba – tiba tanpa diundang. Sementelah apabila diri diserang selesema, batuk, pening kepala atau apa sahaja yang menjurus kepada demam dan tidak semena – mena otak sangat ligat berfikir kea rah penyakit selesema BABI. Syukur Alhamdulillah diri masih selamat dari virus sial itu.

Untungnya perasaan bosan ini turut dikongsi bersama tiga orang sahabat yang memahami dan secara tak langsung menyertai dan juga mencadangkan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kesihatan jasmani terutama mental. Menonton dua filem dalam satu minggu di panggung wayang bukanlah satu rekod dunia tetapi aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang sangat menggembirakan bagi aku.

Tambah – tambah ditemani oleh rakan – rakan yang sekepala dan tidak berkira hinggakan kadang – kadang aku merasa sedikit kekok. Menonton bersama dengan Jue Marcela dan Mun Carla untuk filem Harry Potter manakala bersama Deja Moralez untuk filem Ice Age 3 adalah dua pengalaman yang agak gila dan kecoh juga sebenarnya :-


Harry Potter : Dari semester lepas menanti filem nih dan Alhamdulillah dapat jadi antara orang terawal dekat Melaka menonton file mini. Sebelum menonton aku dikhabarkan file mini mengecewakan. Tetapi selepas menonton, aku rasa sangat seronok dan tidak sabar menanti filem Harry Potter yang seterusnya. Mungkin filem Harry Potter sekarang semakin anti klimaks atau dalam erti katanya tiada ‘Happy Ending’ tetapi bagi aku ini adalah satu yang menarik. Filem kali ini langsung tidak bosan seperti filem sebelum nih dengan aksi lucu Won Won a.k.a Ron dan juga cerita yang lebih menyeluruh tentang Tom Riddle a.k.a Voldermort. Adegan magis juga lebih banyak untuk filem kali nih. Cuma agak menyedihkan ialah pengetua sekolah kesayangan aku iaitu Dumbledore mati di dalam filem kali ini. Tetapi, rasa – rasanya mungkin beliau akan hidup kembali di filem berikutnya.



Ice Age 3 : Filem animasi ini tersangat mencuit hati hingga aku ketawa tanpa dapat ditahan – tahan lagi. Sangat lucu. Aksi Sid dengan ‘3 anaknya’, keletah Buck yang gila dan tidak kurang juga dengan watak Ellie dan Manny. Adegan yang paling melucukan sewaktu mereka semua melalui satu kawasan bergas hijau di mana suara mereka berubah dan masing – masing ketawa bagai nak mati. Sangat lucu.

Sepanjang cuti juga diambil peluang sebaik mungkin untuk mencuba menukar selera dengan melepak di kedai – kedai makan selain Kedai Mamak di depan campus yang tahap kebersihannya meningkat sedikit dari gred C kepada B juga adalah satu kepuasan diri sebenarnya. Pitstop @ Bistro, Ikan Bakar Duyung, kedai makan bawah pokok Alor Gajah, Old Town Coffee, Tom Yam Siam, dan banyak lagi membuatkan duit yang dilaburkan untuk menjamu selera sangat berbaloi. Mari Jalan – Jalan Cari Makan kejap :-

Pitstop @ Bistro = makanan western yang sangat sedap dan yang penting ada potongan harga untuk pelajar sebanyak 10%. Jika anda mahu makan makanan western atau berangan mahu menjadi ‘mat @ minah saleh’ dan disini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Makanan yang di syorkan adalah Irish Chicken Cheese. Sangat sedap dan mengenyangkan.

Ikan Bakar Sungai@Muara Duyung = bagi peminat makanan Seafood, selalunya Ikan Bakar Umbai selalu diagung – agungkan dekat negeri Melaka ini tetapi rasanya kedai kan bakar yang ini lagi sedap dan harga pun berpatutan. Kalau tidak takkanlah orang besar Uitm makan dekat sini. Pemandangan pun cantik.

Kedai makan bawah pokok Alor Gajah = rasanya mungkin biasa saja tapi harganya murah walaupun makanan diambil dalam kuantiti yang banyak. Kedai ini berdekatan dengan Pejabat Pos. Jika anda mahu makan banyak dengan membayar pada harga yang sikit dan ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Tom Yam Siam(tepi Haniff Corner) = makanannya sedap dan saya berkesempatan mencuba satay ayam di sini. Kuah kacangnya boleh tahan sedap dan jika anda bernasib baik mungkin dapat mendengar masalah dari salah seorang pekerja wanitanya. Hehe.

Lama tak menaip panjang dan jari ini terasa sedikit kaku dan sekarang sedang menanti hari kebesaran diri sendiri dengan penuh kesabaran dan seribu satu persoalan.

P/S : Terima Kasih Sangat – Sangat Kepada Sahabat Bertiga. Nanti Gua Update Sambutan Hari Kebesaran Gua Pula.

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. harry potter x besh sgt lh cz xda klimaks pn. cinta ja lebih. lawak xle dipertikaikan lah. mmg lwk! huhu.
    ice age 3 aku tgk 2x kowt!
    biasa: rm10
    3D: rm18
    hahaha. aku menontonnya semasa ketiadaan duit pinjaman ya? kaya kan aku?
    woh! ank byk mkn noh! huhu!
    aku dh grad pn x pna p tmpt2 begitu.
    nt banja aku setibanya aku di melaka. haha!

    *xlepak gn becker n syafil ka? mereka di melaka xclap aku dis week*

    BalasPadam
  2. naper ak tak dapat kegembiraan itu. tolog

    BalasPadam
  3. lain orang lain pndapat.

    theme harry potter dah smart, tapi itulah, filem x sehebat novel.



    aih.

    ps: tapi aku dh trsuka ginny sikit2. ;p

    BalasPadam
  4. Pikato Ezora : bagi aku best sebab realiti kehidupan...bukan semua berakhir dengan Happy Ending...aku lepak dengan budak kelas aku..

    I-Sya : hehe...

    Omarkhayam : carilah kegembiraan itu..pasti akan bertemunya..insyaallah

    Ezul : itu sudah pasti...filem tidak dapat menandingi buku setebal lebih dari 500 muka surat..
    P/S: Aku masih sukakan Miss Ginger..haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama