3R = Raya - Raya Remaja

Walaupun sudah terlewat namun Penulis rasa masih belum terlalu lewat(saja mahu sedapkan hati sendiri) untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan - rakan penulis, rakan - rakan blog dan tak lupa juga kepada pengunjung - pengunjung blog Penulis ini(kenapakah Penulis tersangat formal di hari raya ke-7?)

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada 4 orang insan yang tinggal di bumi Malaysia yang masih sudi menghantar kad raya kepada penulis termasuk seorang rakan blogger - Pearls(terharulah tu).

Tahun nih penulis telah menunaikan janji kepada diri sendiri mahu membuat biskut raya dan penulis berjaya menghasilkan 5 jenis biskut beserta sebiji kek coklat. Nama biskut yang diberi ialah :-

Biskut Dayang Senandung : Biskut nih tak berapa nak jadi rasanya akibat penipuan buku resipi

Biskut Kelapa Hut : Sudah Sold Out!!

Biskut Kacang : Sedap Nih....(rangup)

Biskut Chocolate Star : Sedap Tak Terkata Nih(sekali makan mau 5 keping lagi)

Kek Cawan : Rasa kek cawan

Kek Coklat : Sold Out!!!

Tetiba penulis rasa mahu membuat bisness pula tahun depan(hanya angan - angan dan jangan ambil serius apa yang direpekkan oleh penulis ini).

Berkenaan hari raya tahun nih, penulis sangat gembira kerana jadual penulis sangat padat sebab :-

Raya Ke-1 hingga Raya Ke-4 = Tidak Sempat Mengembara Mengutip Duit Raya Kerana Sibuk Melayan Tetamu Di Rumah. Nasib Penulis Baik Kerana Kebanyakan Tetamu Mengamalkan Budaya Cina Iaitu Memberi Duit Raya Kepada Penulis Kerana Masih Belum Bekerja Dan Berkahwin. Kayo Den Kayo!!

Raya Ke-5 = Yeah...ini adalah hari penulis mengembara berjumpa dengan rakan - rakan penulis. Dari 12 tengahari hingga ke 12 tengah malam penulis menjelajah ker Sungai Petani, Yan serta Kuala Ketil. Setiap satu destinasi sangat jauh tetapi mengujakan penulis sendiri. Dapat berjumpa dengan Akram, Pak Tam, Nizam, Farid, Boy dan Salfa ditambah dengan gelagat member baik penulis, En. KAJAI dan En. Hafiz sangat menghiburkan. Peristiwa malam itu di Red Island Cafe sangat memalukan dan tidak dapat penulis lupakan sampai bila - bila(kalau ada masa penulis akan menulis berkaitan peristiwa terbabit). Terima kasih semua.

Raya Ke -6 = Penulis sangat sibuk melawat rumah member baik yang paling lama dalam sejarah iaitu sejak sekolah rendah, En. Luqman. Menghabiskan semangkuk besar bihun di hadapan beliau yang sedang berpuasa menjadikan penulis berasa diri ini sangat kejam. Hahahaha(gelak baik). Kembali ke rumah dan rakan baik ku juga iaitu En. Hambali datang ke rumah dengan semangat yang membara(pulun sungguhlah dia pakai baju masscom..haha). Selepas itu pergi ke rumah terbuka member En.Luqman bersama dengan kakak beliau. Sekali lagi mengisi perut dengan bersungguh - sungguh. Selepas itu, menghabiskan masa pergi ke Tesco, Radix Chicken dan 7E mencari barang sebelum mereka berdua beraya di rumah aku plak. Sungguh enjoy kali nih. Terima kasih wahai kalian - kalian yang terlibat.

Raya Ke - 7 = Akhirnya, baru penulis berkesempatan untuk online dan menulis di blog yang hampir menjadi fosil akibat lama tidak diupdate...petang tadi Encik Afzal pula datang rumah penulis. Selepas itu kami berdua mengembara ke rumah En. Hambali yang kononnya mahu belanja kami KFC. Ceit!! Akhirnya hajat En. Hambali untuk bermain bowling bersama kami berdua tercapai juga. En. Hafiz pun tumpang sekaki bermain di game kedua. En. Hafiz juga sangat bermurah hati membelanjakan duit beliau untuk membeli wafer kepada kami. Trimas En. Hafiz.

Raya yang sangat meriah dan padat tahun nih. Apapun selamat hari raya semua......tata!!


P/S : Maaflah Piqah Tak Dapat Pi Umah Hang...Takdak Transport Nak Pi...Tunggu Lah Aku Kaya Nanti...Aku Beli Keta Pastu Aku Pi Umah Ang Noh...


11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. rajennyer buat biskkut raya...i nak buat but of coz lah kan....penyakit malas melanda diri =)

    BalasPadam
  2. br nak sentap.
    nasib baik last skali ada pesanan dr penulis. haha.
    yo lah. yo lah.
    nt dh kayo, mai umah aku, bg aku duit raya. yeay! yeay! :)

    BalasPadam
  3. lama x comment blog ko.. okay la bye...

    P/S: selamat hari raya

    BalasPadam
  4. Muhammad Afif : benda dah kalau suka memang rajinlah..kalau xsuka memang tak buat

    pikato ezora : aku mai umah ang tapi ang la kena bagi aku duit raya...ingat nak pi umah ang free ka?

    danny : slmt

    BalasPadam
  5. ye ..bule tahan kejammnye makan bihun dgn riangnya didpn kwn berpuase... hehhehehhe

    BalasPadam
  6. tua2 bangka mcm ko pn stil dpt dwet rye ke? x leh jd ni

    BalasPadam
  7. wow... jadual raya mengalahkan menteri!

    emm.... kompom nak bisnes taun dpn? nak oder....
    =)

    BalasPadam
  8. pikato ezora : bila plak aku kaya pokcik oit??fitnah jer ang nih

    pikato ezora lagi : hafiz lah a.k.a makan ikan louhan...haha

    makcu : hahaha..tgh2 makan tanya dia asal tak makan..tiba2 dia cakap dia puasa...haha

    mamma mia! : aku muda remaja kut.,.sebab tu dapat duit raya..jeles la tu...

    wai : haha..ilmu xcukup lagi...xleh nak meniaga lagi..haha

    BalasPadam
  9. Salam Penulis..
    Ada nama Pearls di sana.
    Thanks..
    Suka..

    Banyaknyer dapat duit raya..

    Boleh shoppin sakan..

    Hehe..

    Ceritanya begitu meriah sehingga pembaca boleh merasakan kemeriahan raya penulis.

    Semoga terus ceria..

    Kalau business jalan, ku nak sedikit biskut.
    Hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama