Bersalah & Bersuka Ria

Penulis merasa sangat bersalah pada seorang rakan penulis iaitu si Deja Rozalez dan perasaan ini turut dikongsi oleh seorang lagi rakan penulis iaitu si Geena Moralez pada PGL(Pra Graduan Lunch) minggu lepas. Kami berdua sangat terkejut dan agak kesal tetapi kami berdua juga tidak menyalahkan diri masing – masing seratus peratus kerana kami juga beranggapan ini semua kerana faktor keadaan dan masalah komunikasi masing – masing.

Kami berdua sangat – sangat teruja untuk bertemu dan bergambar sesama sendiri pada hari itu dan juga telah menyimpan satu tempat duduk khas untuk si Deja Moralez tetapi kami terkejut apabila beliau memberitahu kami yang beliau berada di tempat lain. Pada permulaannya, PGL ini dilaporkan akan diadakan di sebuah hotel dan kemudian dilaporkan diubah kepada Hotel Seri Malaysia dan akhirnya lokasi sebenar ialah Dewan Seri Negeri Melaka(info diperoleh melalui cakap – cakap mulut sahaja). Penulis dan rakan penulis si Geena Moralez pula sangat – sangat terlupa untuk memaklumkan perubahan lokasi itu kepada teman kami ini kerana masing – masing mendapat info yang agak lewat.

Jadi, teman penulis si Deja Rozalez yang dihantar oleh bapanya ke lokasi yang salah ini dengan bergaya sekali dengan potongan rambut baru dan baju yang cantik terpaksa pulang menaiki bas dengan perasaan yang kecewa bercampur sedih dan marah kerana situasi ini. Kami berdua pun tidak mampu berkata apa – apa lagi selain meminta maaf walaupun kami tahu benda ini memang agak menyakitkan hati dan kami juga sedar jika kami berdua berada di tempat beliau pun mungkin perkara yang sama juga kami akan lakukan.

Bertuahnya kami kerana si Deja Roralez ini akhirnya memahami perkara ini dan kami sangat – sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana mengerti situasi yang kami sedang hadapi. Alhamdulillah.

Penulis juga mengucapkan ribuan maaf kepada teman penulis juga iaitu Ali Jowo kerana memberitahu di saat – saat akhir tentang pemergian penulis ke Majlis PGL itu dengan sahabat lain iaitu Jue Marcela dan bukan bersama beliau dan si Joel Shendi. Jangan berkecil hati yer korang.

Pada pertengahan minggu ini, selepas dikejutkan dengan insiden yang memeningkan kepala dan banyak membazirkan masa penulis akhirnya dapat juga penulis menyiapkan assignment bersama Mun Carla dan melepaskan lelah di badan dengan berlibur di luar sana bersama teman – teman penulis iaitu si Joel Shendi dan si Ali Jowo.

Menjamu selera di Pit Stop pada waktu malam adalah pengalaman pertama penulis kerana sebelum ini selalunya di waktu petang saja. Berjumpa pula dengan jiran sebelah di sana. Makan dengan lahapnya. Nikmatnya cheese dan chocolate shake. Nikmat!! Tetapi, lebih nikmat jika keluar bersama orang tersayang dengan suasana sebegitu rupa. Bila agaknya?

Kemudian menikmati pemandangan bandaraya Melaka dengan Eyes On Malaysia. Apa yang penulis mahu katakana melainkan kebosanan kerana kurangnya pemandangan menarik di sini. Penulis cuma nak merasai pengalaman sahaja sementelah masih belajar di Melaka ini. Kemudian, penulis menjadi orang gila hingga sanggup berbaring di bahagian rumput untuk mengambil gambar – gambar rakan penulis ini. Coolllll!!!Penulis suka buat benda yang kadang – kadang gila tetapi yang penting penulis memang suka buat tanpa perlu dipaksa. Sebagai kenangan, penulis yang memang pengumpul key-chain ini membeli sebuah key-chain sebagai tanda kenangan.

Sekali lagi cita – cita penulis untuk bermain bowling di MITC berjaya dikabulkan pada malam itu. Tempatnya sangat mengujakan dan meriah cuma bola bowling sedikit berminyak. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat penulis untuk memberikan tentangan sengit kepada mereka dan akhirnya penulis Berjaya mendapat tempat ke-2 dari 3 peserta. Hahahaha. Ali! Kau bukan tandinganku. Kahkahkahkah(gelak riak).

Kemudian, kami yang sudah kepenatan pergi menjamu selera di kedai berdekatan Alor Gajah. Pengalaman hari ini bermula dengan insiden yang memeningkan kepala hingga kepada aksi menghiburkan diri sangat mengujakan dan penuh bermakna. Moga kegembiraan pada malam hari seperti ini akan datang lagi menjengah kehidupan penulis di masa akan datang.

P/S : Seronok Jadi Student. Semua Benda Yang Berbayar Mesti Ada Diskaun Dengan Adanya Kad Pelajar.

P/S Khas : Wahai Joel & Jowo…..Bila Nak Masak Ayam Pansuh Nih…Tolong Tunjukkan Demo Dengan Segera Sebab Kehidupan Di Melaka Bakal Berakhir Dalam Beberapa Hari Sahaja Lagi. Mari Pergi Cari Buluh Cepat!!!!


3 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Salam Hans,
    mcm2 nama kwn2 you..
    chanteQ2 belaka..

    student memang best..
    ader jer diskaun..

    kalau dh keja, mimpi jak ar.
    huhu..

    BalasPadam
  2. LotsOfLove-Pearls : Aku simpan jer lah kad matrik tu...nyamar jadi student...haha

    BalasPadam
  3. bkn dlm bank anda ada rm6.70 ka?
    *aku masih ingat kata2 ank itu*
    cis!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama