Drama Blog Minggu Ini : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering Part 1

Tajuk Drama : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering

Klasifikasi : PG13

Bahasa : Melayu Rojak

Watak - Watak :-

Yob Sumo = Pak Yob

Arief = Arf

Izzad = Rodrigo Alfonso

Chah = Laura Zo Ho Liau

Afiq = Chef Cik Do

Piqah = Chef Fazura Martinez

Tedi = Kucing

Kisah bermula di suatu hari yang sibuk dengan keletah manusia – manusia yang membanjiri jalan – jalan di segenap penjuru Bandar Dato Hans Kota Keseksian menyelesaikan urusan harian masing – masing. Di sebuah deretan rumah kedai yang tersergam indah mewarnai bandar ini terdapat dua syarikat yang mengusahakan perniagaan catering untuk majlis – majlis pernikahan, persunatan, pertunangan dan cukur jambul iaitu Pak Yob Catering dan Arf Curry Catering yang sentiasa bersaing secara kurang sihat dalam merebut pelanggan. Kedai mereka berdua sebelah menyebelah sahaja. Boleh juga dikatakan mereka sebagai jiran jika kedai itu adalah rumah.

Syarikat mereka berdua memang menjadi buah mulut ramai orang di majlis kenduri kahwin kerana kesedapan makanan yang mereka sajikan. Asyik – asyik syarikat mereka sahaja yang dipilih dan ini membuatkan mereka berdua menjadi rebutan untuk setiap majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Pak Yob Catering mempunyai seorang tukang masak lelaki yang handal iaitu Chef Cik Do lulusan universiti dari England dalam bidang kulinari. Tidak kurang hebatnya dengan Arf Curry Catering yang mempertaruhkan kehebatan tukang masak wanita iaitu Chef Fazura Martinez lulusan universiti dari Italy juga dari bidang kulinari. Masing – masing mempunyai kehebatan dalam masakan tertentu.

Mengenai Pak Yob, beliau adalah seorang yang kuat makan lalu beliau berazam mahu membuka sebuah syarikat berpaksikan pada makanan dan akhirnya beliau berjaya membuka Pak Yob Catering. Walaubagaimanapun, beliau adalah seorang manusia yang sangat kedekut. Manakala Arf pula manusia yang tidak suka mamak – mamak menguasai pasaran makanan di Malaysia lalu berusaha untuk menghapuskan dominasi mamak dalam bidang ini lalu terciptalah Arf Curry Catering. Beliau seorang yang tidak banyak cakap tetapi selalu bertindak di luar batasan.

Seorang pelanggan bernama Rodrigo Alfonso serta tunangnya Laura Zo Ho Liau datang untuk menilai sebut harga dan senarai menu yang sesuai dengan tema perkahwinan mereka. Laura Zo Ho Liau tertarik dengan dekorasi kedai Pak Yob lalu mereka masuk dan berjumpa sendiri dengan Pak Yob. Pak Yob menerangkan secara terperinci tentang apa yang mereka mahu tahu. Adalah dalam 60 minit sehingga Rodrigo Alfonso mampu tidur seketika….

Pak Yob : Macam mana? Jadi tak nih?

Laura : Harga tak leh kurang ker?

Pak Yob : Tak blehhhh!!!

Laura : Hurmmm....Kitaorang fikir dulu yer encik. Eh, asal you tidur nih sayang? Malu I tau.

Rodrigo : Sorry Lalink…I tak cukup tidur semalam(sambil mengesat air liur di mulut dengan tangan).

Pak Yob(berkata di dalam hati) : Letih aku cakap pastu tak jadi pula. Macam nak pelempang jer minah nih(sambil menarik muka masam).

Laura : Kami jalan – jalan dulu pakcik. Kang kami datang balik.

Pak Yob : Tahun bila pula nak datang?(nada kecewa)

Laura : ....(tidak dengar Pak Yob merungut)

Mereka kemudian pergi ke kedai sebelah iaitu Arf Curry Catering. Kali ini Rodrigo pula tertarik dengan kedai itu tapi bukan kerana hiasan dalamannya tetapi kerana Chef Fazura Martinez yang persis pelakon Latifah Omar sehingga dicubit manja oleh tunangnya…

Arf : Selamat datang. Ada apa – apa yang boleh saya bantu?

Laura : Kami nak……..(menceritakan seperti tadi)

Arf : Syarikat saya menawarkan..bla bla...udani carpet...pizza....bla bla...(menceritakan berbagai – bagai)

Laura : Harga macam mana?

Arf : Harga adalah…….jangan risau..boleh runding...(sekian – sekian harga)

Laura : Kami fikir dulu yer.

Arf : Tak jadilah tu!(mencebik bibir)

Rodrigo : Eh, bukan encik. Nak kira budget cukup ker tak.

Arf : Yerlah tu!

Chef Fazura Martinez : .....(memuncungkan bibir cuba menggoda Rodrigo)

Rodrigo : Kita ambik catering nih lah Lalink. Okay? (sambil mata tidak berkelip memandang Chef Fazura Martinez)

Laura : Bincang luarlah sayang!

Lalu si Laura dan Rodrigo pun berbincang – bincang dan akhirnya keputusan dibuat……

To Be Continue.......


Persoalan Disini Ialah Siapakah Yang Mereka Akan Pilih? Cuba Teka Dan Tekaan Anda Akan Diletakkan Disini:-

Arf Curry Catering = Pak Cik Kordi, Ghostone, Piqah

Pak Yob Catering = Afiq

Kedua - Duanya = Yul

Dua - Dua Tak Dipilih = Nadhirah Nor

Anda Pilih Siapa = ?

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alamak.. Continued ke? Aiseyyy.. Tapiiii.. Muncung bibir jek laki boley trgoda ek??? Hurrmmm..

    BalasPadam
  2. boleh lak bersambung..arief vs yob??haha..mmg menarik..

    BalasPadam
  3. la..to be continued la pulaks!gaa!!!cepat sikit updatew!!

    BalasPadam
  4. pakcik kordy. sianlah dia, dah la duda, anak ramai pulak tu.. (menambah cerita, ahaha)

    BalasPadam
  5. Farhana : adess...mana ku tau..itukan cerita dongeng je farhana

    Iyllienaz : hahha..kang aku tulis semua kang panjang sangat plak

    Lord Zara : perempuan telur bakal ada..jangan risau

    Pakcik Kordi : Next week la pakcik

    Afiq : mentang2 ko chef dia..haha

    Hapeace : hahaha..tersedak2 si pakcik tu

    BalasPadam
  6. hahaha..

    seperti biase ..

    mmg mental!!!!

    ak rase kan..

    diew x plih sape2 kowt..

    hmm..

    bukan2...

    pilih...

    Arf kowt...

    cz ade yg cun d situe!

    BalasPadam
  7. uits..
    baru nk lyn.
    ley continue plak.
    huhuhu..
    cpt2 la update hans!!!

    (;


    p/s:pilih dua2 xley..bg adil r..;p

    BalasPadam
  8. uits.
    bru nk lyn continue la pulak.
    aishh..
    cpt2 la update hans!!!

    p/s:plh dua2 xley?adil r ckit..;p

    BalasPadam
  9. Proffy : hahaha...ok la tu

    Ghostone : ahahhaha...banyak la ko

    Yul : hahahaha...kita tgok betul ker x...

    BalasPadam
  10. aku pileh nak sepak ko sedass boleh??apsal sambung weh..xcited ne bace..sedeayh ah gniee

    BalasPadam
  11. dua2 x dpilih..last2x pnggil chef wan
    agaga~

    BalasPadam
  12. Chokio_Nia : haha..nama pun drama..adalah sambungan dia..ekekek

    nadhirah nor : tudia..chef wan busy kut..haha

    BalasPadam
  13. pelantin tu tak jadi kawin.. kenduri batal ohh :)

    BalasPadam
  14. aku rase aku daah kerap gile dtg jenguk sini. tp ari nia ku baru praasan nama aku.. hahaha..

    sambung arr weii.. sambung2..

    BalasPadam
  15. Chah : hahaha..ko memang..nanti2...

    BalasPadam
  16. pergh.
    persis latifah omar?
    bukan persis nur fazura shariffudin? haha.
    mestilah aku pilih arf catering.
    dh nama fazura martinez keja sana. hihi. x)

    BalasPadam
  17. Piqah : hahaha..okay..kita tgok depa pilih sapa

    BalasPadam
  18. susah ngat aihh
    kite wut gotong-royong je nk x???
    pnggil sume blogger soh tlg masak
    ;DD

    BalasPadam
  19. nadhirah nor : malas..aku nak makan jer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama