Khamis, 26 Februari 2009

Pabila Melihat Gambar!!!!

Arggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh(menjerit sepuas-puasnya)!!!!!!

Aku menjerit kerana kemaluan yang amat sangat melihat gambar – gambar waktu mms part 1 dulu atau lebih tepat lagi ialah zaman jahiliah. Trimas pada Mama Yokies kerana atas hasil usaha anda yang sangat gigih itu akhirnya dapat aku melihat gambar – gambar zaman jahiliah dulu. Hahahahaha(gelak orang gila).

Aku sebenarnya menyampah yang amat sangat melihat gambar zaman – zaman firaun aku dulu tu. Adoi!!!!! Menyakitkan mata aku sungguh!! Aku rasa macam nak bakar jer laptop atau pc yang menunjukkan gambar – gambar tu. Wakakaka!!(gelak sambil memegang pistol)

Sebab apa ekk aku jadi macam tu? Sebab gambar – gambar tu menunjukkan zaman kegemukan aku yang maha dasyat(tahap dewa – dewa daging). Aku rasa macam bukan aku jer dalam gambar tu.Itu orang lain!!!!!!(pandang tempat lain sambil bersiul – siul)

Dulu masa aku sekolah menengah dalam tingkatan 3 hingga tingkatan 4..waktu tu adalah tahap kemuncak kepada berat badan yang maksimum. Mungkin 90KG keatas atau lebih. Masuk jer tingkatan 5 aku kurus sikit bermula bulan puasa(saja sedapkan hati..haha). Orang adalah tegur kata nampak makin kuruslah, hensem lah, comel lah...(aku saja menambah..diorang kata makin kurus jer...hahahaha).

Waktu tu Tuhan jerlah yang tahu rasa gembiranya hati nih macam nak terbang jer masuk syurga. Masa tu best jer tengok angka penimbang dari 90kg menjadi 76kg macam tu. Tengok dalam gambar pun dah rasa bangga jer sebab kurus. Hahahaha!!!(gelak perasan)

Bila masuk U pun dalam berat 76kg macam tu. Tak rasa plak diri nih gemuk sangat sebab ada yang lagi gemuk. Kahkahkah(gelak bangga). Aku sangat berterima kasihlah pada dining yang menyediakan makanan pada waktu tersebut sebab waktu mms makanan sangat-sangatlah tak sedap. Maka berat aku turunlah lagi kepada 72kg macam tu. Waktu tu dah rasa diri sangat kurus dah. Gembiralah aku bila waktu mengambil gambar tiba masa tu!!! Kuikuikui.....

Tapi sebab satu insiden baru – baru nih dimana Mama Yokies dengan sengaja telah membuka gambar – gambar zaman jahiliah aku tu menggunakan pendrive dan menunjukkan pada classmate lain untuk membalas dendam pada aku...hahahhahaha(gelak dewa kejahatan).

Deja Gonzalez : Patutlah aku tak kenal ko masa part 1....hahahahaha

Azfar Castino : Nih ko ker??? Bapak besar dowh.....Betul ker nih ko???

Yati Luciana : Gilerrrr ahhh weihhh...Ko tak makan ker???

Geena Moralez : Besarkan ko dulu????

Amalina Portava : Korang fokus perut saper nih???

Mama Yokies : .................(bibir menunjukkan senyuman jahat)

Wiya Kimara : ....................(berpakat dengan Mama Yokies)

MALUUUUUUUUUUUUUUUUU dan BENCIIIIIIIII pada gambar zaman jahiliah dulu tapi bila aku fikir balik...aku pun tak sedar macam mana dari saiz GERGASI a.k.a OGRE boleh bertukar menjadi saiz sekarang yang aku sendiri sedap mata memandang dalam cermin. Hahaha(gelak perasan lagi).

Melihat gambar – gambar tu pun membuktikan sebenarnya kita tak perlukan pun pil – pil kuruskan badan seperti satu iklan dekat TV tu,”PERUT ANDA BUNCIT DAN BERSELULIT???”(kurang ajar kan iklan nih???hahaha). Yang penting tekadkan hati dan berusaha selagi mampu untuk mencapai apa yang kita nak(tetiba roh Fadzilah Kamsah meresap masuk dalam tubuh aku). Hahaha.

Berat dan saiz badan yang dulu sangat menakutkan aku yang sedang memandang gambar – gambar zaman Firaun itu sendirian. Cukuplah 12 tahun menternak lemak – lemak tepu itu dan aku rasakan biarkan lemak – lemak itu pergi membawa haluan sendiri. Apa yang pasti aku gembira dengan diri aku sekarang. Hehehe!!!

P/S : Tengah Mencari Bahan – Bahan Bukti Untuk Mengenakan Mama Yokies Kembali!!! Siap Ko Mama Yokies!!! Hahahaha!!!(Gelak Kesyaitanan)

Rabu, 25 Februari 2009

Pabila Hujan Menitis......

Minggu Khamis lepas aku lepak depan tasik dengan beberapa orang member sambil menghadap juadah – juadah yang diborong dekat pasar. Tengah best borak – borak tiba – tiba hujan plak. Nasib tempat lepak dekat dengan satu pondok tu. Berteduhlah kami semua beramai – ramai dekat situ. Nama jer pondok tapi tetap basah juga sebab tempias air hujan.

Rasanya dah lama aku tak main hujan!! Rasanya dah lama aku tak mandi air hujan!! Rasanya dah lama aku tak bau air hujan!!! Aku teringin nak melakukannya serentak walaupun tahap kesihatan aku adalah tahap berjaga-jaga(separa demam). Aku suka air hujan tu membasahkan diri aku. Aku tak tahu kenapa tapi air hujan tu seakan - akan aromatherapy pada aku waktu tu.
Aku sangat teringin mahu mandi air hujan macam zaman bebudak dulu.

Waktu dulu kalau mandi hujan kantoi dengan mak ayah memang nahaslah. Tak dapat habuan mesti kena dengar leteran punya. Tambah – tambah kalau main hujan waktu dalam perjalanan balik rumah dari sekolah. Esoknya pergi sekolah dengan kasut yang lembap sampai melahirkan bau stoking yang memang aku tak sanggup pun nak hidu.

Aku ingat lagi ada satu petang tu hujan turun tersangat lebat. Rumah aku tak ada siapa – siapa pun. Aku dah mandi dah masa tu tapi sebab aku fikir bila lagi nak dapat peluang macam nih..MANDI HUJAN PUAS – PUAS BERJAM – JAM..nak tunggu dah besar??Tapi mesti tak sama macam waktu kita kecil. Aku dah tak peduli walaupun waktu tu kilat dengan guruh seakan – akan berperang sesama sendiri. Aku redah jer mandi hujan depan umah sorang – sorang. Lepas tu penat mengeringkan lantai rumah. Haha.

Aku dapat satu kepuasan waktu mandi hujan masa tu. Walaupun minggu selepas tu aku demam agak teruklah tapi aku tak menyesal langsung. Aku tak tahu sebab apa aku tak pernah menyesal pun tapi mandi air hujan waktu tu memang indah. Kuasa air hujan yang Allah turunkan tu memang hebat.

Teringin plak aku nak wat kerja gila nih dekat sini dalam masa terdekat nih. Ajak ramai – ramai budak kelas mandi air hujan pun best juga. Tapi nak ker diorang?? Haha...

Seronok jadi budak – budak waktu macam nih. Jadi budak tak payah nak fikir pasal apa – apapun. Fikir seronok...seronok..dan seronok jer.

P/S : Indahnya Hidup Kanak – Kanak..................

Rabu, 18 Februari 2009

Pabila HOT Girl......

Tengah aku layan lagu – lagu yang aku baru cilok dari member – member aku nih tiba – tiba aku teringat pasal seorang Chinese girl yang gila punya hot masa Valentine hari Sabtu tu. Macam manalah aku tak kata dia hot..dengan skirt dia yang memang tahap kepupusan kain ditambah bajunya yang juga kepupusan benang tu memang menjadi tumpuan mata semua manusia dekat situ tidak kira laki ataupun perempuan.

Kisah bermula apabila beliau keluar dari sebuah bilik karaoke dengan megahnya bersama seorang member yang ‘alim’ sikit(kira biasa-biasa jer lah)..mungkin mahu pergi tandas agaknya. Beliau menggunakan seluruh asset yang beliau ada untuk menarik tumpuan makhluk tuhan yang lain memandang pada beliau tanpa mengelip mata walau sekali pun. Dengan lenggang lenggok pinggulnya ditambah pula kulitnya yang putih gebu disertakan dengan rambut rebonding yang bagai diterbangkan angin sikit – sikit tu memang membuatkan semua orang terkaku seketika.

Mungkin beliau mahu memberitahu pada semua yang memandangnya bahawa ada 3 sebab kenapa perlu melihatnya dengan perasaan kagum :

1) Sebab beliau adalah HOT
2) Sebab beliau sangat HOT
3) Sebab beliau memang HOT

Bangga sungguh riak wajah beliau ketika berjalan melintasi semua mata – mata yang melirik kepada beliau sambil berborak – borak dengan rakannya.

KETANGGGGGG!!!!

Si Hot Girl tadi tiba – tiba tergolek jatuh menghempap beg baju rakanku. Rakan beliau pula terjerit kecil. Muka si hot girl tersangat merah bagai udang yang dibakar. Mulanya semuanya tergamam dengan situasi tadi tapi lepas tu masing – masing menekup mulut.
Mungkin kerana terlalu merasakan diri beliau tersangat hot makanya tanpa sedar beliau telah terlanggar dinding dengan kuatnya hingga jatuh tergolek. Tiba – tiba cop Sirim di dahi beliau yang sebelum ini tertampal HOT GIRL sudah terkondensasi ke langit dan tiba – tiba muncul cop sirim terbaru, DUMB GIRL.

Nasib rakannya masih mempunyai sifat setiakawan dengan membantu beliau bangun dan terus blah dari situ dengan sepantas kilat. Aku dan rakan – rakan??? Gelak besarlah...tunggu lagi!!!

P/S : BILA BORAK JANGAN LUPA PANDANG DEPAN YER!!!

Khamis, 5 Februari 2009

Plastik VS Sampah

Hari nih bersamaan 5 Februari 2009 tepat pukul 2.00 petang, aku bersama 3 ahli kumpulan audio dan video(deja rozalles, geena moralez dan amalina portava) serta seorang lagi rakan kami, Ain pergi mencari kawasan chalet yang sangat berdekatan dengan kampus kami yang dikhabarkan angin sangat cantik lagi mewah bak syurga dengan menaiki sebuah kereta sewa bernama Kancil dengan semangat yang sangat berkobar – kobar.

Tujuan kami semua mencari chalet itu adalah untuk melihat kesesuaian lokasi pengambaran video kami. Selepas penat berpusing, tunggang terbalik, terbang, mengesot dan sebagainya maka berjumpalah kami semua dengan tempat yang dimaksudkan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut masing-masing....Wahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!(bentuk mulut mengikut struktur mulut badak air menguap). Perkataan kedua yang juga keluar dari mulut masing-masing....Cantikkkkkknyeeeerrrrrr!!!!!

Tempatnya memang cantiklah gua cakap sama lu tapi sebelum sampai chalet tu ada satu rumah nih(berdekatan chalet tu) menjual kuih bakar dengan harga RM2 lebih sebungkus. Ada seorang lelaki dan juga seorang wanita dalam lingkungan 40-an dalam rumah itu. Kami memberi salam dan bertanya lebih lanjut pasal chalet itu. Apa yang aku perasan, riak wajah mereka yang agak menakutkan tu sangat merasakan aku seperti di dunia lain(atau mungkin diorang terkejut memandang Dato SRK depan mata diorang kut). Kahkahkahkah(gelak perasan). Akibat kelaparan yang maha dasyat ditambah desakan usus perut aku yang mengugut akan melarikan diri jika aku tidak makan makanya aku terpaksalah membeli sebungkus dan menghabiskan kuih bakar itu dengan sepantas mungkin. Sedap juga!! Nyum nyum!!

Chalet itu rupanya kepunyaan orang lain lalu kami berlima pun pergilah mengembara meneroka khazanah alam di situ untuk mencari pemilik hartanah chalet tersebut. Wah, memang mengagumkan. Hutan buatan manusia yang memukau. Ada tasik kecil yang ditemani sekawan bunga teratai menyerlahkan suasana kampung yang sangat mendamaikan. Kami semua mula membayangkan adegan – adegan yang mampu dirakamkan untuk assignment kami ini. Semua ciri – ciri yang ada pada chalet ini memang dah sangat sesuai dengan apa yang kami semua cari – cari selama nih.

Pappppppp!!!(nyamuk durjana mati dilenyek tangan aku). Sial punya nyamuk!!! Darah aku juga ko nak sedut. Mentang – mentanglah aku baru makan kuih bakar yang manis tu. SUKALAH ko dapat menghisap darah aku dan GEMBIRALAH aku dapat membunuh ko. Hahahahaha(gelak jin). Adoi!!! Banyak betul nyamuk!!Cilakakkk!!! Tiba – tiba di satu rumah kami terpandang seorang makhluk Allah sedang mengorek tanah dan membersihkan pokok bunga di laman rumah tersebut.

Amalina Portava : Assalammualaikum , pakcik!(dengan nada yang maha lembut)

Pakcik : ..............(diam sambil memerhati dengan pandangan Puaka Niyang Rapik)

Amalina Portava : Tumpang tanya....pakcik tahu tak siapa pemilik tempat nih.(nada maha lembut juga)

Pakcik : Sayalah pemilik tempat nih...(muka kerek)

Sudahhhhhhh!!! Aku dah dapat membayangkan dah azab nak bercakap dengan orang macam nih. Aku nak bersalam dengan pakcik tu. Tapi tangan dia sangat kotor dengan tanah – tanah pasu bunga tadi. Kalau mengikut cara aku sekeluarga selalunya kalau tangan kami semua kotor, kami akan membersihkan dulu tangan sebelum bersalam dengan orang terbabit. Tapi sebab pakcik nih memandang aku semacam jer dan sebelum dia menghulurkan tangan dia dulu sebaiknya biarlah aku yang muda nih hulurkan. Terpaksalah bersalam dengan tangan pakcik tu walaupun tangan dia kotor. Kalau tak bersalam nanti dikatakan aku berlagak pula.

Pakcik : Kamu nih tahu tak kalau masuk tempat orang nih kenalah bagi salam. Sebut assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kalau sebut assalammualaikum jer dapat 10 jer pahala. Kalau sebut assalammualaikumwarahmatullah dapat 20 pahala. Kalau kamu sebut assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dah dapat 30 pahala. Saya nih jawab dapat 1 pahala jer. Tak kisah sangat.

Semua : owhhhh....(tak tahu apa dah nak cakap)

Pakcik : Kamu tahu tak orang yang menghulur tangan tu dapat 10 pahala??Orang yang menyambut dapat 1 pahala jer.....

Semua : .............(terkaku...tetiba masing – masing teringat subject CTU)

Aku : ........(bukankah aku sudah hulurkan tangan dengan penuh kemesraan tadi??atau mahukah tangan beliau yang penuh dengan tanah tu dicium dan dijilat untuk memuaskan hati beliau???)

Pakcik : Kamu semua dari mana???(nada suaranya sangat membuat aku menyampah).

Deja Rozalles : Kami nih pelajar dari Uitm.....(belum habis cakap)

Pakcik : Owh,kamu dari Uitm sini ker? Mana bukti yang menunjukkan kamu nih student Uitm?

Semua : .........(masing – masing mengeluarkan kad pelajar)

Pakcik : Maksud saya mana surat pengesahan dari pensyarah kamu?? Course apa kamu semua nih???(gaya menyampah)

Aku : Kami semua student komunikasi dan media pakcik. Datang sini sebab nak tanya pakcik pasal harga chalet. Kalau boleh nak bincang lebih mendalam sebab kami nak gunakan lokasi nih untuk buat pengambaran.(nada suara aku sangat baik dan lembut..xpernah – pernah aku macam nih)

Pakcik : Saya tahu tapi mana surat kamu untuk membuktikan kamu student Uitm? Kad pelajar jer belum cukup bagi saya. Mana surat yang membuktikan kamu buat research?? Patutnya kamu datang sini kena bawa surat. Kena ada pensyarah dengan kamu sekali!!!(mukanya macam meminta kaki aku menapak di muka beliau)

Amalina Portava : Bukan macam tu pakcik. Kami datang sebab nak survey dulu. Nak tanya pasal alamat dan lain – lain lagi. Sebab kalau tak ada semua tu macam mana kami nak buat surat nak minta pengesahan dari pensyarah.(nada suara memang sama lembut macam mula – mula tadi).

Pakcik : Itulah masalah budak – budak universiti kamu nih. Sorrylah, kalau saya kata budak – budak universiti kamu nih 3rd class. Termasuklah dengan pensyarah – pensyarah kamu sekali. Universiti lain senang jer. Saya tak ada masalah pun tapi kalau dengan Universiti kamu memang banyak masalah.(muka penuh keriakan dan keegoan).

Deja Rozalles : Bukan macam tu pakcik. Kami datang nih sebab nak survey dulu. Kami pun baru tahu pasal chalet pakcik nih. Jadi, sebab tu lah kami ingat nak jumpa pakcik dulu bincang....(nada suara juga sangat lembut)

Pakcik : Itu saya tak nak ambil tahu. Itulah saya kata. Universiti lain semua boleh buat tapi universiti kamu jer yang ada masalah. Pensyarah universiti lain boleh jer jumpa saya. Sewa semua chalet nih. Buat seminar lah, kem motivasi lah...kamu yang dekat nih pula yang banyak songeh...ikut saya amik brochure.(gayanya meminta aku menerajang mukanya).

Owh, shit!!!!......tetiba aku rasa macam roh Mona Fendy dah memasuki badan aku dan aku sedang mencari pisau, parang atau gergaji untuk membahagikan tubuh si tua nih kepada 18 bahagian. Apa hal tetiba kau berleter, berceramah dan mengutuk benda yang tak sepatutnya kau cakap pada bakal pelanggan kau???? Adakah ini cara kau melayan bakal pelanggan yang mahu memberikan kau rezeki? Atau adakah si tua nih adalah MELAYU YANG LUPA DIRI???? Sementara menunggu si tua tu datang dengan brochure nya....

Aku : Saper - saper yang tak tahan tu korang duduklah dekat belakang. Nih tempat dia...kita terpaksalah ikut gaya dia(berbisik – bisik kepada lain – lain).

Tiba – tiba si tua tu muncul dengan beberapa helaian brochure di tangan beliau.....

Pakcik : Ambil sorang satu brochure nih. Brochure nih budak Poli yang buat. Cantik diorang buat nih. Saya tak suruh pun diorang buat tapi dah diorang nak buatkan. Bagus diorang tu.

Aku : Owh...........(muka maintain senyum dan mulia)...(ada aku kisah ker???)

Deja Rozalles : Pakcik...nih semua package – package yang ada dekat sini ker?(bertanya dengan penuh merendah diri)

Pakcik : Saya sediakan package – package tu jer. Kalau kamu semua tak nak kamu boleh sewa resort lain. Kan banyak lagi resort dekat luar tu.....(masa nih hati aku membuak – buak mahu bagi penumbuk dekat muka dia)...lagi satu kalau kamu nak tempah 1 bilik dua orang jer..tak boleh lebih dari dua orang...kalau lebih kena sewa lagi chalet yang lain..lepas tu saya tak nak laki dengan perempuan duduk sekali dalam satu chalet melainkan kalau suami isteri.

Aku : Yer lah Pakcik..kami cuma nak buat pengambaran dekat sini jer..itulah sebab kitorang datang nih nak tanya pakcik pasal benda nih..nak bincang apa yang patut...(aku dah ke aras paling tinggi dalam arena hipokrit a.k.a plastic..tetap maintain dengan nada yang lembut dan muka yang manis lagi bercahaya kemuliaan walaupun hati macam nak bagi kame kame ha jer dekat si tua nih).

Pakcik : Apa-apapun saya nak surat pengesahan...lepas tu kamu bawa sekali pensyarah kamu...baru kita boleh bincang apa yang patut dibincang...apa – apa hal call saya..dekat brochure tu semua ada...(muka yang menjengkelkan)

Semua : Terima kasih yer pakcik. Maaflah menganggu tadi(sangat plastic yer disini).

Kami semua pun diam jer dalam perjalanan untuk ke tempat parkir kereta sewa kami tadi. Masing - masing menutup mulut takut ada CCTV dekat tempat tu. Hahaha(gelak gila). Lepas keluar jer dari kawasan chalet semua menjerit kegilaan. Rupanya, semua menahan kemarahan yang amat sangat. Yang aku tak tahan tu......

Deja Rozalles : Ko dengan Amalina hebatlah weih!! Relax jer aku tengok. Aku tension jer tadi tapi aku ikut jer lah rentak orang tua tu.

Aku : Hahaha....ko ingat aku sabar sangat ker? Tadi tu berlakon jer. Ikut hati aku nih mau gaduh jer dengan orang tua tu..tapi kita semua dekat tempat dia. So, ikut jer lah gaya dia!! Lagipun, biarlah kita balik dari tempat dia dengan keadaan yang bermaruah. Kalau gaduh – gaduh satu hal plak. Kang kecoh satu dunia kita juga yang malu.

Geena Moralez : Aku memang dah tak tahan dengan orang tua tu. Sebab tu aku dengan Ain dekat belakang. Korang rajin jer melayan orang tua tu bercakap..tambah – tambah si Deja nih.

Deja Rozalles : Ehh, mana ada.....

Ain : Eh. korang rasa brochure tu cantik ker?

Amalina Portava : Cantik ke apanya...gambar pecah kut!

Ain : Itulah kan. Aku rasa aku buat 100 kali cantik dari nih kut!!

Semua : TAHU TAK PER!!

Ain : Gila ahhh orang tua tu..aku rasa dia cuba melepaskan kemarahan dan kebosanan dia dekat kita sebab dia dah lama tak jumpa manusia kut..tempat tu kan tersorok jer..susahkan nak jumpa orang.

Amalina Portava : Hans!!! Lepas nih call jer lah terus resort dekat PD tu.

Aku : Wokay!!!!

Geena Moralez : Setuju!!!

Deja Rozalles : Okay!!!

Aku : Eh....chalet nih macam mana? Korang tak nak ker??

Geena Moralez : KO GILAAAAAAAAAAAAAAA???

Deja Rozalles : TAK NAKKKKKKKKKKKKK!!!!

Amalina Portava : CANCELLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku : Muktamad???

Semua : MUKTAMADDDDDDDDD!!!

Aku : Hahahahahaha!!!!

P/S : Kepada pembaca – pembaca blog ini yang mempunyai perwatakan dan nilai – nilai murni seperti atau seakan – akan serupa dengan watak PAKCIK diatas, saya sangat – sangat mengharapkan anda berubah menjadi manusia yang lebih dihormati supaya tidak dipandang seperti sampah di mata makhluk tuhan yang lain!!

Ahad, 1 Februari 2009

5 Ways To Be Rich!!!

1)Lahir di kalangan orang kaya(dah melepas dah).

2)Kahwin dengan orang kaya(mungkin kalau ah ditakdirkan).

3)Menang loteri(haram lah plak benda nih).

4)Menjadi ahli sukan atau celebriti yang terkenal(aku dah jadi dah..kahkahkahkah).

5)Membina empayar perniagaan(ada saper2 nak jadi rakan kongsi??huhu).

P/S : Nih Aku Belajar Dekat Seminar Usahawan Dekat Bukit Tinggi, Pahang. Nanti Aku Cerita Lebih Lanjut Sebab Gambar Tak Dapat Lagi.