Perangai aku agak pelik bila tiba sahaja waktu peperiksaan. Risau menghadapi peperiksaan? Itu bukan pelik tapi itu realiti kebanyakkan manusia tidak terkecuali aku sendiri.
Tetapi, apa yang peliknya disini ialah aku akan menyembunyikan buku – buku yang penting ke dalam loker dan mengunci ‘mereka’ rapat – rapat apabila tiba waktu peperiksaan sehinggalah tiba waktu yang perlu untuk buku ini digunakan. Kenapa aku tersangat pelik nih? Ini adalah salah satu strategi untuk menghalang ‘perompak buku bertauliah’ dari ‘meminjam tanpa memulangkan’ buku aku atau lebih tepat dikatakan sebagai PENCURI BUKU.
Mungkin sebab aku sudah terkena maka aku sangat berhati – hati apabila tiba sahaja waktu peperiksaan. Aku dah penat merasa risau sebab tak ada buku nak digunakan untuk mengulangkaji pelajaran kerana dicuri. Alhamdulillah, semester ini hanya satu buku sahaja yang hilang dan syukur ianya hilang sebelum waktu peperiksaan. Kalau tak.....???? LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!
Ramai juga sahabat aku yang hilang buku yang sama untuk semester kali nih. Kadang – kadang aku rasa aku tahu siapa ‘perompak buku bertauliah’ tu tapi bila aku dan rakan – rakan yang senasib menjalankan siasatan tidaklah pula berjumpa dengan bahan bukti yang dicari. HEBAT!!! ‘Perompak Buku Bertauliah’ memang hebat!!
Kepada ‘perompak buku bertauliah’ yang mempunyai akal dan perasaan sebagai seorang manusia(jika anda masih lagi seorang manusia)...tolonglah hentikan tabiat buruk anda. Jika anda boleh pergi ke kuliah tanpa membawa buku langsung itu bermakna anda seorang yang sangat bijak. Jadi, kenapa anda tiba – tiba memerlukan buku untuk mengulangkaji pelajaran? Anda kan seorang yang BIJAK!!!!!
Kalau anda tidak ada wang apalah salahnya jika anda meringankan mulut dan merendahkan diri anda seketika meminjam sekejap daripada rakan anda dan mengulangkaji lebih awal dengan membuat nota secepat mungkin? Kenapa perlu ‘MERAMPAS’ harta orang lain????
Ingatlah ‘perompak buku bertauliah’!!!! Kalau dah namanya ‘merompak’ mestilah apa yang dirompak itu haram belaka. Kalau buku yang kau rompak mestilah ilmu yang kau dapat itu tidak berkat kesemuanya. Apabila ilmu yang dipungut tidak berkat maka kehidupan pun tak akan aman. Rezeki yang kau dapat apabila bekerja nanti pun tak halal!!!
Kadang – kadang aku pelik dengan si ‘perompak buku bertauliah’ nih. Mereka tak ada apa – apa perasaan ker bila merompak buku – buku manusia lain?? Mana pergi perasaan BERSALAH mereka? Aku tahu si ‘perompak buku bertauliah’ nih tak pernah membaca blog aku tetapi aku sangat – sangat mendoakan agar mereka yang sealiran perangainya dengan makhluk yang bernama ‘perompak buku bertauliah’ nih agar segera insaf dan bertaubat. Jangan Pentingkan Diri Anda Sahaja!!!!!
Hari bukannya selalu cerah dan hidup ini tidaklah selalu indah. Hari ini mungkin si ‘perompak buku bertauliah’ bergembira dengan ‘hasil rompakan’ mereka. Tetapi, esok lusa mungkin si ‘perompak buku bertauliah’ ini akan hilang sesuatu yang lebih berharga dalam hidup mereka. Insyaallah!!!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Pernah Atau Bakal Menghadapi Situasi Seperti Ini Diminta Agar Berhati – Hati Dan Menyimpan Buku – Buku Anda Di Tempat Yang Selamat.


