Ahad, 28 Jun 2009

Gambar - Gambar Sekitar Majlis Kahwin + Reunion Kelas PGM SMTK 04/05

Kami dengan 3 buah kereta berhenti kejap sebab nak tunggu Asma tapi alih - alih dia suruh kami semua gerak dulu. Hang tau tak panas Asma????


Konvoi 4 Kereta Kerabat PGM Tiba Di Rumah Pengantin Dengan Semangat Yang Membara...Yeahhh!!! Sabar yer mak Anis Syahirah!! Kami semua memang macam nih. Hehe!!



Lepak dalam umah pengantin kejap. Mula - mula semua malu - malu tapi selepas itu masing - masing macam tak sedar sebenarnya mereka berada di rumah orang dan bukannya dirumah sendiri atau kelas. (Lyn, Anis, Khairunisa, Wan, Mariam, Hans, Bob, Pjai)



Pengantin yang sangat berseri - seri pada hari itu, Cik Baizoh yang ramah melayan kami semua. Pening Cik Bai menjawab soalan - soalan panas dari kami semua. Dah macam dalam rancangan Melodi pula.



Bersama - sama mengambil seri daripada pengantin. Mana tahu dapat keberkatan. Boleh kahwin awal. Jangan marah noh En. Shahir sebab saya duduk tepi isteri Encik. Haha. (Anis, Khairunisa, Wan, Mariam, Ida, Baizoh, Hans, Pjai, Bob)


Kegembiraan jelas terpancar di wajah Raja Sehari nih. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.



Budak kelas PGP dan lain - lain pun datang juga. Senyum! 1! 2! 3!



Siapa berani culik pengantin? Langkah mayat kami berdua dulu. Bob dan Pjai umpama abang dan adik. Yang mana adik yang mana abang? Faham - faham sendirilah.


Akhirnya, gambar Asma dapat dirakamkan disini. Asyik hang ambil gambar kami semua. Bagi orang lain pula ganti hang. Hehe. (Wan, Asma, Bob, Pjai, Hans, Mariam)


Sakan sungguh pengantin makan. Sempat lagi memberi pose senyum tu. Cayalah!!



Selepas selesai menikmati juadah dari menu - menu yang sangat sedap dan menyelerakan. Kami semua memang dah lapaq gila pun. Jadi, bertambah sedaplah makanan - makanan nih. Renyih sakan hang pa semua noh lepas dah kenyang.



Kalau tak kami semua nak balik dah tapi pasal minah sorang yang bernama Yanti nih terpaksalah kami semua patah balik teman dia makan. Hang seronok apa Yanti? Senyum - senyum pulak..Hahaha..

Anda Masih Belum Mampu Menjadi Icon Yang Kami Cari!!!

Hahahaha....Serius aku sangat happy hari nih. Walaupun tak dapat ke audition ke-2(kalau dapat pun aku memang tak leh pergi..study belum habis) tapi seronok sebab dapat pengalaman baru dan rakan - rakan baru.

Dan yang mengejutkan tu tiba - tiba ternampak wajah yang sangat familiar iaitu si Taqi. Haha. Tahniah pada kita dua weih sebab sanggup menghabiskan masa berjam - jam dekat Regency Hotel. Dengan perut yang kosong tetapi nasib keadaan hotel tidaklah sesejuk mana.

Apa yang aku pelik sangat tuh bila aku dengan Taqi berborak jer mesti si abang cameraman tu usha macam tak puas hati. Aku peduli apa. Aku usha dia balik. Akhirnya, dia cuak dan pandang tempat lain. Mau tau lah. Haha.

Aku dapat berita pasal ekonomi. Fuh, haram tak best berita tu. Aku rasa aku langsung tak nervous sehinggalah aku masuk ke dalam bilik tu. Tiba - tiba kena duduk dekat satu meja besar. Perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Aku bagitahulah aku masih belajar lagi. Lepas tu diorang tengok aku lain jer. Selepas tu disuruh baca berita. Berita pertama berjaya dibaca. Masuk ke berita kedua tetiba aku menjadi nervous yang teramat.

Haram jadah sungguh. Masa nih lah nak nervous lah, nak berak lah, nak makanlah...memang celaka tul. Akhirnya, dia beritahu aku bahawa,"Anda Masih Belum Mampu Menjadi Icon Yang Kami Cari Tetapi Anda Masih Boleh Memperbaiki Di Masa Hadapan. Cuba Lagi. Terima Kasih!!" Hahaha!!

Aku pun senyum dan keluarlah dengan biasa. Nak kata sedih tu sumpah tak. Alhamdulillah dah dapat pengalaman berharga nih dan dapat kawan - kawan baru. Amacam Taqi? Apa cerita hang dalam bilik tu? Hahaha.

P/S : Gembira Gambar Poskad Ku Dipuji Oleh Akak RTM. Haha!!

Sabtu, 27 Jun 2009

Aku Rindu Sangat Kenangan Tadi..Sumpah Sangat Rindu!

Seperti yang aku rancang sejak dari bulan Mei lagi, akhirnya konvoi beramai - ramai untuk ke majlis perkahwinan rakan sekelas PGM SM Teknik Kangar 04/05 2005 di Jitra telah menjadikan mimpi aku satu kenyataan yang sangat bermakna buat aku.

Tentunya aku sangat - sangat berterima kasih pada Cik Bai yang sudi menjemput kami semua memeriahkan hari perkahwinan beliau yang memang cukup meriah dan indah. Tidak lupa juga kepada rakan aku yang baik, Encik Pijai yang sudi menyusahkan diri beliau menjemput aku dari Bukit Kayu Hitam ke Alor Setar. Sumpah aku sangat terharu!!!!!

Menunggu rakan - rakan lain yang turut serta juga agak memakan masa. Ada yang datang dari Perlis, Perak dan juga dari daerah - daerah di negeri Kedah ini. Ini satu perjalanan yang amat mengujakan aku. Menunggu rakan - rakan yang hampir 3 tahun tidak bersua muka. Sangat mengujakan kerana kami semua masing - masing rapat belaka bagaikan sebuah keluarga yang besar.

Dari sebuah kereta bertambah sebanyak sebuah lagi di Shahab Perdana dan disusuli pula lagi sebuah kereta di Kedah Medical Centre dan sebuah lagi di Jitra. Insiden seperti tersesat dan salah sebuah kereta tertinggal atau ditinggalkan memang sentiasa berlaku. Ia agak melucukan juga.

Akhirnya, kami tiba di rumah pengantin yang amat sibuk pada waktu puncak ketika itu. Masing - masing berdebar mahu melihat si pengantin yang jika diikutkan memang tidak berhubung sejak keputusan SPM diumumkan. Wow!! Sungguh memukau. Sangat cantik. Sentiasa ramah seperti dahulu tetapi dengan gaya yang lebih matang.

Kami semua berkumpul sekali dan berborak - borak dengan pengantin sambil mengambil gambar. Sedar tidak sedar sudah lebih sejam berborak dan kami memberi peluang pula kepada tetamu lain untuk berborak dengan pengantin. Haha!!

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Perut masing - masing belum diisi. Tunggu lagi!!! Yeah, makanan sangat sedap. Kami berborak sambil makan di mana meja masing - masing berdekatan antara satu sama lain. Sangat seronok. Banyak sangat benda diborakkan hingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Masa amat mencemburui kami.

Walaupun bukan semua yang dapat hadir tetapi yang datang amat membuatkan penat lelah aku menghantar sms dan menelefon serta menjawab panggilan korang berbaloi :-

Pjai : Sangat berterima kasih pada hang. Hang memang member yang baik. Diharap sabar menghadapi dugaan mendatang. Aku sentiasa menyokong hang.

Bob : Sudah 3 tahun tak jumpa tapi masih sama seperti dulu. Mungkin sedikit kecil tetapi perangai tetap ganas. Kurangkan merokok. Haha.

Ida : Lama juga tak jumpa. Makin cantik. Cuma tak dapat borak lama sebab hang ada hal. Nanti borak lain. Haha.

Wan Nur Hanis : Sedikit lain. Mungkin sebab agak lama tak jumpa. Apapun hang tetap cool weih. Haha.

Asma : Masih kelihatan rock. Hehe! Teruskan usaha hang meneruskan tradisi kelas kita dalam bidang makanan. Hang lah harapan kami semua. Hehe.

Anis Syahirah : Maaf kalau kurang berborak dengan hang. Segan sebab mak hang. ada. Haha. Makin berisi sekarang. Gembira kerja dekat Taska agaknya.

Mariam : Seronok dapat sembang lama dengan hang. Sedikit simpati sebab hang sentiasa ketakutan dalam kereta sewaktu perjalanan pergi dan pulang. Haha.

Liyana : Makin lawa hang sekarang. Untung pesakit dapat nurse macam hang. Hehe.

Rosyanti : Wajah hang sangat lain pada mulanya. Tetapi, selepas diamati tak lah jauh beza sangat. Tak ubah macam dulu juga masa jadi pengawas. Haha. Tapi aku sangat - sangat kagum dengan keupayaan hang membawa kereta kerana suka memotong lori. Sangat ganas beb. Sumpah aku kagum.

Khairunisa : Antara kita semua hang ja yang tetap maintain sama. Cuma cermin mata jer bertukar. Haha. Gembira dapat jumpa hang.

Sumpah aku sangat gembira weih dapat menghabiskan masa aku dengan korang semua hari ini. Aku rasa sekejap sangat. Macam - macam kita borak dari air liur Abu masa eksprimen Biologi , kisah lucu Dania dengan payung Donald Duck nya, sampailah kepada amali PGM waktu Faiz masak yang tiada siapa berani mahu makan. Semua itu mengimbau kembali kenangan silam yang manis yang memang tiada galang gantinya.

Terima kasih sangat - sangat kerana korang sanggup bersusah payah datang demi nak jumpa antara satu sama lain. Sayang korang semua weh!!!

Kepada Cik Baizoh dan suaminya, saya ucapkan semoga kamu berdua berbahagia sehingga akhir hayat dan insyaallah hingga di syurga. Amin!

P/S : Kepada Rakan - Rakan Yang Bawa Camera...Sila Emailkan Gambar Kita Semua Dekat Email Aku. Trimas!!

Aloq Staq Menjerit!!!!

Yeah.....Penulis bukannya seorang yang suka keluar malam kecuali ketika berada di Melaka kerana kebosanan yang melampau dan sewaktu mempunyai sejumlah wang yang agak banyak. Jadi, pada malam ini penulis berkesempatan meninjau panorama Bandaraya Alor Setar yang dilimpahi dengan limpahan cahaya lampu neon yang begitu memukau mata penulis yang ligat memerhati keadaan sekeliling.

Walaubagaimanapun, keindahan yang baru disaksikan sebentar tadi lebur apabila mata penulis secara sengaja bertembung dengan beberapa pasangan kekasih yang sedang memadu asmara di bangku - bangku yang disediakan untuk orang ramai melepaskan lelah. Sangat jelas aksi romantik mereka di mata penulis. Paling mengecewakan semua pasangan yang penulis lihat sudah semestinya sebangsa dengan penulis.

Walaupun kedudukan penulis adalah di atas jalan raya menunggu lampu merah bertukar menjadi hijau tetapi aksi mereka dapat dilihat dengan jelas melalui kedudukan penulis dan pengguna - pengguna lain. Aksi mereka sangat MEMALUKAN!!


P/S : Penulis Hanya Mampu Melihat!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Mengurat Operator TM Net

Yeah....Connection Internet membuat hal lagi tadi jadi aku tanpa segan dan malunya terus mendail nombor keramat Tm Net untuk memulihkan kembali sambungan internet dial up tercinta ini.

Aku terpaksa menunggu lama sebelum talian dihubungkan kepada operator Tm Net sambil dihiburkan dengan muzik yang sangat rancak. Akhirnya, panggilan disahut. Macam - macam yang ditanya kepada aku.

Kadang - kadang mendengar beliau menyanyi dan mengeluh kepeningan dalam menyelesaikan masalah yang aku sedang hadapi. Akhirnya sambungan internet kembali beroperasi dengan jayanya.

Yeah, seronok sungguh mabuk lagi petang tadi. Pergi hospital dan bergelak ketawa bagai nak gila seperti biasa. Kemudian makan di depan Menara Alor Setar. Tak tahulah sedap kerana lapar atau memang sedap atau tuan punya kedai mengguna Pelaris. Harap memang betul - betul sedap.

Selepas itu aku dan Am pergi melepak di rumah seorang lagi rakan iaitu si Apiz. Lagi sekali bergelak ketawa bagaikan sudah 100 tahun tidak berjumpa. Bercerita pasal masa lepas dan masa hadapan. Sesekali bertukar - tukar cerita pasal rakan - rakan yang lain sambil mengumpat rakan - rakan kelas meraka(termasuk Pikato Ezora...Hahaha).

Akhirnya, aku pulang ke rumah dengan mengenang memori manis ini untuk disisipkan di dalam diari hidupku.

P/S : Menunggu Hari Sabtu Dengan Penuh Sabar. Mungkinkah Akan Terjadinya Reunion Kelas 5 PGM Smtk Batch 04/05?

Rabu, 24 Jun 2009

Mabuk Yang Memenatkan Tapi Best!!!

Sudah lama tidak jumpa member aku yang gila - gila lagi jebon iaitu si Am walaupun jarak rumah hanyalah sepanjang jarak Kedah ke Kutub Utara sahaja. Jadi, aku berjanji mahu menemani beliau pergi membuat medical check up dan ke bank.

Walaupun terlepas menonton rancangan Ewah-Ewah di TV3 tetapi aku tetap menepati janji aku dengan bangun tersangat awal dari biasa. Haha!! Perjalanan diteruskan dengan perut yang diisi dengan udara sekeliling.

Destinasi Pertama : Bank Islam
Jam : 10.45 pagi

Yeah, dari jauh sudah kelihatan manusia - manusia yang mengeluh kepenatan dan kebosanan kerana terpaksa beratur panjang. Nombor giliran adalah 1212 manakala nombor sewaktu itu adalah 1140. Wah!! Sangat sesak di dalam. Jadi, pergi dulu ke hospital.

Destinasi Kedua : Hospital Besar Alor Setar
Jam : 11.00 pagi

Melihat makcik bercakap dengan telefon sambil dihadapannya terdapat satu amaran - KAUNTER TUTUP. Tidak peduli dengan semua itu kerana beranggapan beliau mendail nombor telefon bomba atau polis lalu bertanya pada beliau bila kaunter akan kembali beroperasi. Owh, tidak!!!! Pukul 2 petang.

Kembali ke Bank Islam
Jam : 11.20 pagi

Beratur dan kadang kala menggantikan jawatan Pakcik di kaunter pertanyaan dengan membantu pelanggan - pelanggan Bank Islam. Berdiri dari awal sampai akhir sambil ketawa bagaikan sedang menonton Wonder Pets.

Destinasi Ketiga : Rumah Sendiri
Jam : 12.30 tengahari

Mengalami sakit perut yang amat luar biasa lalu cepat - cepat mencari jalan penyelesaian. Makan mee goreng yang sangat sedap hasil air tangan mak sendiri. Berborak lagi sambil gelak ketawa bagai nak gila. Kadang - kadang berbincang tentang masa hadapan. Haha!!

Destinasi Keempat : Hospital Kembali
Jam : 2.00 petang

Seperti biasa mengalami masalah JANJI MELAYU. Kaunter dibuka pukul 2.10 sedangkan masa yang dijanjikan adalah pukul 2.00 dan malang menimpa apabila rakanku yang jebon ini lupa membawa surat tawaran. Terpaksalah mencetak surat tawaran untuk menyelesaikan urusan. Malu mahu keluar sebab berada di barisan depan sekali tetapi sentiasa bermuka senyum dan keluar dengan gelak ketawa tanpa menunjukkan apa - apa perasaan.

Destinasi Kelima : CT Plaza
Jam : 2.25 petang

Mencetak salinan tawaran di cyber cafe berhampiran sambil mencari tandas berdekatan kerana kesakitan perut yang sangat - sangat luar biasa. Keadaan tandas sangat celaka lagi celaka tetapi kerana tidak tahan dengan dugaan maka semuanya terpaksa diharungi dengan cekal dan tabah. Bodoh punya tandas!!

Destinasi Keenam : Kedai Gambar
Jam : 2.45 petang

Mencuci gambar passport. Risau dengan keadaan rambut yang tebal tetapi redah sahaja. Mengharapkan gambar yang terhasil mampu menjelmakan kegembiraan dihati kecil ini.

Destinasi Ketujuh : Hospital lagi
Jam : 3.00 petang

Terpaksa menceritakan dari awal dan akhir sambil membuatkan kakak kaunter supaya yakin dengan semua penjelasan kami. Akhirnya, kami dibenarkan untuk membuat medical check up. Masa yang diambil sangat lama. Bergelak ketawa lagi tanpa perasaan malu dengan orang sekeliling dengan menjadikan pesakit - pesakit dan kakak kaunter sebagai mangsa bahan gurauan. Perut sudah sakit kerana asyik ketawa. Tetapi, esok kena datang lagi sebab ada proses yang belum sempat disiapkan.

Destinasi Kelapan : Kedai Gambar lagi
Jam : 5.10 petang

Mengambil gambar sambil berdebar - debar melihat hasilnya.Yeah, wajahku di dalam gambar nampak sangat baik dan naif. Hahaha!!

Destinasi Kesembilan : Shahab Perdana
Jam : 5.30 petang

Mengharungi kesesakan jalan raya seumpama berada di New York. Akhirnya, bas Transnasional di pilih untuk pulang ke Melaka. Keadaan jalan raya di sini ibarat baru dilanda gempa bumi. Sangat berbahaya!!

Destinasi Kesepuluh : Rumahku Syurgaku
Jam : 5.50 petang

Basah kuyup dilanda hujan. Rasa badan dicucuk dengan jarum dan batu sewaktu rakanku memecut motosikal beliau untuk cepat sampai ke destinasi. Sudah lama tidak mandi hujan. Rasa seronok dan tidak kisah sama ada akan demam atau tidak.

P/S : Mabuk Lagi Esok....Yeahhhh!!

Sabtu, 20 Jun 2009

The Sinking Of UiTM Melaka!!!

Ini semua terjadi gara - gara satu list panjang mengenai warga - warga Uitm yang tidak mendapat hostel untuk semester hadapan.

Untuk menyedapkan hati penulis dan rakan - rakan senasib maka penulis cuba membuat andaian sendiri iaitu mengatakan unit pejabat kolej asrama tersilap dalam hal ini.

Ini mungkin terjadi kerana beberapa kemusykilan yang sangat musykil iaitu :-

1) YDP blok tidak mendapat hostel. Apa kejadah semua ini?

2) Mt(x2) blok juga tidak mendapat hostel. Apakah kegilaan ini?

3) Komander tidak mendapat hostel. Ini sangat pelik.

4) Pertama kali dalam sejarah list pelajar tidak mendapat hostel dikeluarkan. Selalunya list yang dikeluarkan adalah list pelajar yang mendapat hostel. Pelik nih.

5) Pelajar yang tidak memohon langsung mendapat hostel. Lagi pelik nih.

Perkara ini mungkin terjadi kerana :-

1) Makcik pejabat kolej asrama menaip sambil melihat sinetron Upik,Abu & Laura di tv3.

2) Makcik pejabat kolej asrama menaip sambil mengumpat

3) Makcik pejabat kolej menaip dalam keadaan yang mengantuk

Diharapkan memang betul senarai list yang dikeluarkan itu adalah satu kesilapan.

P/S :Mari Sedapkan Hati Masing - Masing...Yeah!!!

Sabtu, 13 Jun 2009

Surat Khabar Lama!!! Apa Khabar!!!!

Stesen Tv Malaysia kini tidak kira milik kerajaan ataupun swasta kebanyakkannya sudah dipenuhi oleh iklan - iklan yang berbentuk P.S.A(Public Service Announcement).

Salah satu yang menarik perhatian penulis ialah salah satu iklan yang memaparkan 3 bangsa di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Iklan bermula apabila seorang lelaki melayu mengangkat surat khabar lama dan diletakkan di hadapan rumah. Kemudian kedengaran dari jauh suara seorang cina melalui pembesar suara dari van beliau yang berbunyi,"Surat khabar lama".

Kemudian datang pula seorang India ke rumah si lelaki Melayu nih. Mereka menahan lori lelaki cina tersebut. Mereka berkata,"Apa Khabar?" tetapi dibalas oleh lelaki Cina itu,"Surat Khabar Lama".

Selepas lelaki Cina itu dinasihati maka beliau tidak menyebut,"Surat khabar lama" tetapi dengan perkataan baru,"Apa Khabar" berulang kali.

Penulis sebenarnya faham apa yang cuba disampaikan oleh orang yang mengarahkan iklan ini tetapi caranya sangat tidak kena atau lebih senang penulis katakan sebagai iklan yang tidak menunjukkan ciri - ciri profesional langsung.

Terlalu cetek sangatkah idea mereka hingga menggambarkan pengutip surat khabar lama itu sangat bodoh?

Adakah mereka sangat - sangat kekontangan idea??

Bagaimana pandangan anda yang pernah melihat iklan ini?

P/S : Bosan Dimomokkan Dengan Iklan Sebegini.

Rabu, 10 Jun 2009

Kisah 3 Mak Cik

Situasi 1

Cik Jenab : Anak ko UPSR dapat berapa A Senah?
Cik Senah : Bolehlah cukup - cukup makan.
Cik Bedah : Cukup makan tu berapa Senah. Anak aku 5A.
Cik Jenab : Anak aku pun 5A.
Cik Senah : Anak aku lulus jer.
Cik Jenab : Lulus jer?
Cik Senah : Yer...........(berlalu pergi)

Situasi 2

Cik Jenab : Eh, Bedah! Anak ko dapat masuk SBP ker MRSM?
Cik Bedah : MRSM. Anak ko Jenab?
Cik Jenab : Alhamdulillah. Anak aku dapat masuk SBP. Anak ko Senah?
Cik Senah : Anak aku dapat sekolah dekat – dekat rumah jer lah(mata berair).
Cik Jenab : Okay lah tu dari tak dapat masuk mana – mana kan?
Cik Senah : Yer.........(berlalu pergi)

Situasi 3

Cik Jenab : Anak aku dapat 9A PMR.
Cik Bedah : Anak aku pun sama. Anak ko Senah?
Cik Senah : Anak aku dapat 3A jer.
Cik Jenab : Yang lain apa? B?
Cik Senah : Lulus jer lah(sambil berlalu pergi).
Cik Bedah : Entah lulus ker tidak Cik Jenab oit.
Cik Jenab : Gagal lah tu.

Situasi 4

Cik Jenab : Anak ko dapat berapa SPM?
Cik Bedah : 4A jer. Anak ko Jenab?
Cik Jenab : Lebih kurang anak ko lah Jenab. Dia dapat 5A.
Cik Bedah : SPM hari tu susah aku rasa. Anak kau Senah?
Cik Senah : Biasa – biasa jer lah. Malaslah aku nak bagitahu.
Cik Jenab : Bagitahu jer lah Senah. Dengan kami pun nak berahsia.
Cik Bedah : Tak ada A ker Senah?
Cik Jenab : Takkan tak ada. Satu ker dua A Senah?
Cik Senah : 11A1 jer. Okaylah. Aku banyak kerja nih. Nanti kita borak lagi yer(berlalu pergi).
Cik Bedah : .......(mulut terlopong)
Cik Jenab : .......(mata terbeliak)

Hidup Tidak Perlu Terlalu Membangga Diri Kerana Kehidupan Ini Masih Panjang Dan Macam – Macam Boleh Terjadi Di Kemudian Hari.

P/S : Suka Watak Cik Senah.Hehe!!