Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM. Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!!
Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat(Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan(Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung.
Macam biasa, aku sangat suka teknik penggunaan kamera dan sinematografi setiap filem arahan beliau kerana bagi aku ia amat unik dan mengagumkan aku. Ternyata Khabir tidak mensia - siakan keistimewaan yang sentiasa ada di dalam filem - filem beliau ini kerana memanfaatkan sudut kamera dengan sebaik mungkin seperti adegan di dalam bonet kereta. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam bahagian ini.
Dan satu lagi yang aku suka tentang filem ini kerana jalan ceritanya tidak membodohkan atau stereotaip seperti filem 'prof' Razak Mohaideen kerana jalan ceritanya memang sangat mengagumkan dan komedi yang cuba dipaparkan dalam filem ini tidak memaksa penonton untuk ketawa kerana dengan sendirinya penonton akan tertawa dengan setiap dialog yang disampaikan oleh para penontonnya terutama dialog dari Aflin, Que Haidar dan Sathia. Cuma sedikit kecewa kerana terdapat satu watak sampah @ sakai dalam cerita ini pada permulaan cerita iaitu manusia yang tidak sedar diri. Tetapi, yang bagusnya watak di dalam filem ini memang sesuai dengan watak sebenar beliau yang memang dikenali orang sebagai manusia yang bodoh. Hahaha.
Kepada korang semua yang belum menonton filem ini, aku rasakan tak rugi untuk menghabiskan duit untuk menonton filem ini. Dan kepada pencinta filem Melayu yang tidak mahu dibodohkan dengan filem - filem kosong seperti 'Prof' Razak, inilah masanya untuk anda menyokong filem tempatan. Semoga filem ini box office. Amin!!!
P/S : 4 Setengah Bintang....
P/S Lagi : Filem Yang Hebat Tetapi Penonton Kurang...Apa Sudah Jadi Dengan Penonton Di Malaysia??