Isnin, 28 September 2009

Mahu Angka 10 Menjadi 11 Secepat Mungkin

Sudah nampak masa yang pendek akan menjadi panjang atau masa yang singkat menjadi lama kerana bulan 10 ini adalah penentu segala - galanya.

Sibuk dengan assignment, report, ekspo dan presentation. Semakin dekat semakin banyak dugaan.

Doakan penulis dan rakan - rakan berjaya mengharungi semua ini dengan jayanya. Amin!!

P/S : Tengah Serabut Kepala

Sabtu, 26 September 2009

3R = Raya - Raya Remaja

Walaupun sudah terlewat namun Penulis rasa masih belum terlalu lewat(saja mahu sedapkan hati sendiri) untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan - rakan penulis, rakan - rakan blog dan tak lupa juga kepada pengunjung - pengunjung blog Penulis ini(kenapakah Penulis tersangat formal di hari raya ke-7?)

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada 4 orang insan yang tinggal di bumi Malaysia yang masih sudi menghantar kad raya kepada penulis termasuk seorang rakan blogger - Pearls(terharulah tu).

Tahun nih penulis telah menunaikan janji kepada diri sendiri mahu membuat biskut raya dan penulis berjaya menghasilkan 5 jenis biskut beserta sebiji kek coklat. Nama biskut yang diberi ialah :-

Biskut Dayang Senandung : Biskut nih tak berapa nak jadi rasanya akibat penipuan buku resipi

Biskut Kelapa Hut : Sudah Sold Out!!

Biskut Kacang : Sedap Nih....(rangup)

Biskut Chocolate Star : Sedap Tak Terkata Nih(sekali makan mau 5 keping lagi)

Kek Cawan : Rasa kek cawan

Kek Coklat : Sold Out!!!

Tetiba penulis rasa mahu membuat bisness pula tahun depan(hanya angan - angan dan jangan ambil serius apa yang direpekkan oleh penulis ini).

Berkenaan hari raya tahun nih, penulis sangat gembira kerana jadual penulis sangat padat sebab :-

Raya Ke-1 hingga Raya Ke-4 = Tidak Sempat Mengembara Mengutip Duit Raya Kerana Sibuk Melayan Tetamu Di Rumah. Nasib Penulis Baik Kerana Kebanyakan Tetamu Mengamalkan Budaya Cina Iaitu Memberi Duit Raya Kepada Penulis Kerana Masih Belum Bekerja Dan Berkahwin. Kayo Den Kayo!!

Raya Ke-5 = Yeah...ini adalah hari penulis mengembara berjumpa dengan rakan - rakan penulis. Dari 12 tengahari hingga ke 12 tengah malam penulis menjelajah ker Sungai Petani, Yan serta Kuala Ketil. Setiap satu destinasi sangat jauh tetapi mengujakan penulis sendiri. Dapat berjumpa dengan Akram, Pak Tam, Nizam, Farid, Boy dan Salfa ditambah dengan gelagat member baik penulis, En. KAJAI dan En. Hafiz sangat menghiburkan. Peristiwa malam itu di Red Island Cafe sangat memalukan dan tidak dapat penulis lupakan sampai bila - bila(kalau ada masa penulis akan menulis berkaitan peristiwa terbabit). Terima kasih semua.

Raya Ke -6 = Penulis sangat sibuk melawat rumah member baik yang paling lama dalam sejarah iaitu sejak sekolah rendah, En. Luqman. Menghabiskan semangkuk besar bihun di hadapan beliau yang sedang berpuasa menjadikan penulis berasa diri ini sangat kejam. Hahahaha(gelak baik). Kembali ke rumah dan rakan baik ku juga iaitu En. Hambali datang ke rumah dengan semangat yang membara(pulun sungguhlah dia pakai baju masscom..haha). Selepas itu pergi ke rumah terbuka member En.Luqman bersama dengan kakak beliau. Sekali lagi mengisi perut dengan bersungguh - sungguh. Selepas itu, menghabiskan masa pergi ke Tesco, Radix Chicken dan 7E mencari barang sebelum mereka berdua beraya di rumah aku plak. Sungguh enjoy kali nih. Terima kasih wahai kalian - kalian yang terlibat.

Raya Ke - 7 = Akhirnya, baru penulis berkesempatan untuk online dan menulis di blog yang hampir menjadi fosil akibat lama tidak diupdate...petang tadi Encik Afzal pula datang rumah penulis. Selepas itu kami berdua mengembara ke rumah En. Hambali yang kononnya mahu belanja kami KFC. Ceit!! Akhirnya hajat En. Hambali untuk bermain bowling bersama kami berdua tercapai juga. En. Hafiz pun tumpang sekaki bermain di game kedua. En. Hafiz juga sangat bermurah hati membelanjakan duit beliau untuk membeli wafer kepada kami. Trimas En. Hafiz.

Raya yang sangat meriah dan padat tahun nih. Apapun selamat hari raya semua......tata!!


P/S : Maaflah Piqah Tak Dapat Pi Umah Hang...Takdak Transport Nak Pi...Tunggu Lah Aku Kaya Nanti...Aku Beli Keta Pastu Aku Pi Umah Ang Noh...


Sabtu, 12 September 2009

Persoalan Yang Tak Mampu Dijawab??

Al-kisah berbunyi......

Seorang anak yang tidak mengganut sebarang agama langsung kerana pening memikirkan yang mana satukah agama yang sesuai untuknya. Sejarah kehidupannya sangat tragis. Si ibu dan si ayah bercerai sewaktu beliau berumur 2 tahun. Ibunya yang berasal dari Filiphina kembali kepada agama asal manakala si ayah tetap dengan agama Islam.

Kedua - duanya lepas tangan di dalam penjagaan anak mereka. Lalu, anak ini dibesarkan di sebuah gereja. Dia ada meminta untuk dibesarkan di tempat penjagaan Islam tetapi segala panggilan dan surat - surat langsung tidak diendahkan.

Sekarang, beliau masih mencari - cari kebenaran setiap agama. Beliau percaya setiapa agama mengajar penganutnya membuat amal kebaikan. Dan beliau telah pergi ke semua bangunan - bangunan setiap agama untuk berdoa kepada Tuhan supaya menunjukkan jalan kebenaran yang harus dipilihnya.

Semua melayan beliau dengan baik di setiap tempat ibadah yang beliau pergi kecuali masjid. Apabila beliau ke masjid, ramai mempertikaikan perkara ini. Beliau menuduhnya yang bukan - bukan sedangkan niatnya hanyalah untuk berdoa kepada Tuhan yang beliau masih tidak temui.

Apabila beliau dalam kesusahan, beliau cuba meminta bantuan dari organisasi Islam tetapi tidak dilayan dan terpaksalah beliau meminta dari organisasi bukan Islam. Dia merasa bersyukur kerana organisasi bukan Islam ini sudi membantu beliau. Beliau tidak kisah jika organisasi Islam tidak membantunya tetapi beliau mempersoalkan kenapa orang Islam sendiri yang menghadapi kesusahan tidak dibantu oleh organisasi Islam sendiri sedangkan orang itu memang betul susah dan akhirnya organisasi bukan Islam juga yang membantu orang itu.

Beliau mempersoalkan kemanakah perginya wang - wang yang didermakan atau sumbernya dari hasil zakat masyarakat Islam lain? Beliau juga hairan kenapakah orang - orang Islam yang kaya tidak cuba membantu bangsa mereka yang miskin dengan duit mereka sendiri. Bukankah Islam itu menggalakkan bantu membantu?

Beliau tidak menyalahkan agama kerana beliau percaya semua agama mengajar penganutnya kebaikan tetapi beliau kesal dengan sikap penganut agama ini yang sentiasa berburuk sangka kepadanya. Dan beliau masih mencari kebenarannya.....dan entah bila beliau akan menjumpai kebenaran itu!!Beliau juga belum pasti!!

P/S : Islam Itu Indah Dan Berbeza Dari Agama Lain Cuma Sayangnya Segelintir Penganutnya Tidak Menunjukkan Islam Itu Berbeza Dari Agama Lain.

P/S Lagi : Pandanglah Islam Itu Dari Suduh Kebenaran Dan Janganlah Menilai Islam Itu Dari Segi Penganutnya Kerana Bukan Semua Mengamalkan Islam Yang Betul - Betul Islam

Jumaat, 11 September 2009

Susah Mahu Jaga Hati Semua Orang

Kadang - kadang kita tak sedar kita membuatkan orang lain terasa hati dengan kita.

Dalam masa yang sama, mereka juga tidak sedar yang mereka juga membuatkan seseorang sedih dengan sikap mereka.

Ada ketikanya benda ini terjadi kerana keadaan atau salah faham sesama sendiri.

Perlukah meluahkan isi hati kepada orang lain jika perkara itu masih belum sahih akan kebenarannya?

Dan ketika mendengar benda seperti itu, perlukah melenting bagaikan orang gila yang tidak tahu berfikir?

Sangat susah mahu menjaga hati semua orang.

Walaupun kadang - kadang dirasakan perlu untuk menjaga hati seseorang tetapi dalam masa yang sama seolah - olah terasa sudah berputus asa.

Hati manusia adalah objek yang sangat kompleks.

P/S : Hanya Mengikut Rentak

Rabu, 9 September 2009

Dua Filem Yang Wajib Ditonton Oleh Anda

Alhamdulillah, penulis berkesempatan untuk menonton dua film dalam masa dua hari pada minggu ini dan sangat – sangat bersyukur kerana film yang dipilih untuk ditonton memang langsung tidak mengecewakan penulis. Kedua – dua film itu adalah Final Destination 4 yang sedang hangat ditayangkan sekarang dan Orphan yang sudah lama ditayangkan tetapi penulis hanya berkesempatan menontonnya pada petang kelmarin.





Kepada peminat tegar film Final Destination pasti sudah mengetahui jalan ceritanya yang menjurus kepada seseorang yang mendapat bayangan masa depan mengenai ajalnya sendiri dan cuba mengelakkan kematian itu tetapi akhirnya satu demi satu akan mati seorang demi seorang melainkan jika mereka dapat menghentikan rantaian kematian itu.

Kisah ini bermula di sebuah litar perlumbaan kereta lumba dimana seorang lelaki mendapat bayangan kematian jika beliau masih berada dan menonton perlumbaan itu disitu. Jadi, akhirnya beliau dapat keluar dari tempat itu bersama rakan – rakan sebelum mereka menjadi mangsa kematian seorang demi seorang.

Tetapi, selepas itu mereka diuji mengikut urutan kematian masing - masing apabila kematian tidak jemu – jemu datang kepada mereka. Film ini sesuai kepada mereka yang berani untuk melihat cerita – cerita yang memaparkan kematian yang tragis dan menjijikkan. Dari segi teknologi grafik yang dipaparkan, ada adegan – adegan yang dipaparkan betul – betul kelihatan seperti realiti. Ada juga yang kurang menyengat sehingga membuatkan aku tergelak besar seorang diri dan tiba – tiba aku tersedar orang sekeliling memandang aku pelik kerana mereka menjerit melihat adegan itu.

Kepada sesiapa yang meminati cerita seperti ini segeralah menyerbu panggung wayang berdekatan anda dan disini penulis sangat – sangat berterima kasih kepada Ali Jowo, Mayu dan Joel kerana menyertai penulis menonton film ini walaupun ada exam keesokan hari. Hehehe.





Berbalik kepada film kedua iaitu Orphan, penulis memberi 5/5 + 5 bintang kepada film ini kerana jalan cerita dan watak – watak yang dilakon oleh pelakon – pelakon dalam film ini sangat berkesan dan membuat penulis sangat teruja terutamanya watak Esther , Ibu Max dan Max. Bunyi muzik latar film ini sangat bagus sehinggakan bunyi cermin pun mampu membuatkan penulis terkejut atau cuak.

Film ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John(suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max(kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel).

Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam.

Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – aksi yang menakutkan serta menyeramkan yang penuh dengan kejutan. Kepada anda yang belum menonton, penulis mengesyorkan anda agar menonton di wayang berdekatan untuk merasainya sendiri kerana menonton di wayang lebih menghiburkan dari segi sistem bunyi dan kepuasan berbanding dengan membeli vcd atau dvd original atau cetak rompak. Terima kasih kepada Deja Moralez kerana sudi menonton bersama penulis.

P/S : Diharap Penulis Mempunyai Peluang Untuk Menonton Filem Hebat, Gamers Selepas Ini!