Jumaat, 23 Oktober 2009

Bersalah & Bersuka Ria

Penulis merasa sangat bersalah pada seorang rakan penulis iaitu si Deja Rozalez dan perasaan ini turut dikongsi oleh seorang lagi rakan penulis iaitu si Geena Moralez pada PGL(Pra Graduan Lunch) minggu lepas. Kami berdua sangat terkejut dan agak kesal tetapi kami berdua juga tidak menyalahkan diri masing – masing seratus peratus kerana kami juga beranggapan ini semua kerana faktor keadaan dan masalah komunikasi masing – masing.

Kami berdua sangat – sangat teruja untuk bertemu dan bergambar sesama sendiri pada hari itu dan juga telah menyimpan satu tempat duduk khas untuk si Deja Moralez tetapi kami terkejut apabila beliau memberitahu kami yang beliau berada di tempat lain. Pada permulaannya, PGL ini dilaporkan akan diadakan di sebuah hotel dan kemudian dilaporkan diubah kepada Hotel Seri Malaysia dan akhirnya lokasi sebenar ialah Dewan Seri Negeri Melaka(info diperoleh melalui cakap – cakap mulut sahaja). Penulis dan rakan penulis si Geena Moralez pula sangat – sangat terlupa untuk memaklumkan perubahan lokasi itu kepada teman kami ini kerana masing – masing mendapat info yang agak lewat.

Jadi, teman penulis si Deja Rozalez yang dihantar oleh bapanya ke lokasi yang salah ini dengan bergaya sekali dengan potongan rambut baru dan baju yang cantik terpaksa pulang menaiki bas dengan perasaan yang kecewa bercampur sedih dan marah kerana situasi ini. Kami berdua pun tidak mampu berkata apa – apa lagi selain meminta maaf walaupun kami tahu benda ini memang agak menyakitkan hati dan kami juga sedar jika kami berdua berada di tempat beliau pun mungkin perkara yang sama juga kami akan lakukan.

Bertuahnya kami kerana si Deja Roralez ini akhirnya memahami perkara ini dan kami sangat – sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana mengerti situasi yang kami sedang hadapi. Alhamdulillah.

Penulis juga mengucapkan ribuan maaf kepada teman penulis juga iaitu Ali Jowo kerana memberitahu di saat – saat akhir tentang pemergian penulis ke Majlis PGL itu dengan sahabat lain iaitu Jue Marcela dan bukan bersama beliau dan si Joel Shendi. Jangan berkecil hati yer korang.

Pada pertengahan minggu ini, selepas dikejutkan dengan insiden yang memeningkan kepala dan banyak membazirkan masa penulis akhirnya dapat juga penulis menyiapkan assignment bersama Mun Carla dan melepaskan lelah di badan dengan berlibur di luar sana bersama teman – teman penulis iaitu si Joel Shendi dan si Ali Jowo.

Menjamu selera di Pit Stop pada waktu malam adalah pengalaman pertama penulis kerana sebelum ini selalunya di waktu petang saja. Berjumpa pula dengan jiran sebelah di sana. Makan dengan lahapnya. Nikmatnya cheese dan chocolate shake. Nikmat!! Tetapi, lebih nikmat jika keluar bersama orang tersayang dengan suasana sebegitu rupa. Bila agaknya?

Kemudian menikmati pemandangan bandaraya Melaka dengan Eyes On Malaysia. Apa yang penulis mahu katakana melainkan kebosanan kerana kurangnya pemandangan menarik di sini. Penulis cuma nak merasai pengalaman sahaja sementelah masih belajar di Melaka ini. Kemudian, penulis menjadi orang gila hingga sanggup berbaring di bahagian rumput untuk mengambil gambar – gambar rakan penulis ini. Coolllll!!!Penulis suka buat benda yang kadang – kadang gila tetapi yang penting penulis memang suka buat tanpa perlu dipaksa. Sebagai kenangan, penulis yang memang pengumpul key-chain ini membeli sebuah key-chain sebagai tanda kenangan.

Sekali lagi cita – cita penulis untuk bermain bowling di MITC berjaya dikabulkan pada malam itu. Tempatnya sangat mengujakan dan meriah cuma bola bowling sedikit berminyak. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat penulis untuk memberikan tentangan sengit kepada mereka dan akhirnya penulis Berjaya mendapat tempat ke-2 dari 3 peserta. Hahahaha. Ali! Kau bukan tandinganku. Kahkahkahkah(gelak riak).

Kemudian, kami yang sudah kepenatan pergi menjamu selera di kedai berdekatan Alor Gajah. Pengalaman hari ini bermula dengan insiden yang memeningkan kepala hingga kepada aksi menghiburkan diri sangat mengujakan dan penuh bermakna. Moga kegembiraan pada malam hari seperti ini akan datang lagi menjengah kehidupan penulis di masa akan datang.

P/S : Seronok Jadi Student. Semua Benda Yang Berbayar Mesti Ada Diskaun Dengan Adanya Kad Pelajar.

P/S Khas : Wahai Joel & Jowo…..Bila Nak Masak Ayam Pansuh Nih…Tolong Tunjukkan Demo Dengan Segera Sebab Kehidupan Di Melaka Bakal Berakhir Dalam Beberapa Hari Sahaja Lagi. Mari Pergi Cari Buluh Cepat!!!!


Isnin, 19 Oktober 2009

Papadom Memang Macam Papadom...Sedap!

Yeah, Penulis sangat sibuk dengan jamuan makan , makan dan makan pada minggu ini selepas dua hari penat di booth Buletin Utama sempena Ekspo Media di Dataran Keris Alor Gajah minggu lepas sehingga kulit penulis yang memang sedia 'cerah' ini menjadi lebih 'cerah' daripada biasa.

Alhamdulillah, berkat broadband salah seorang sahabat baik saya iaitu Yatie Luciana @ Daydek maka dapatlah saya mengepost entry baru kali ini. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat penulis iaitu Erna Teteye dan Anis kerana sudi mengambil penulis untuk mengketedarah segala jenis makanan sempena Open House Uitm Khas Untuk Budak - Budak NR.

Disini juga penulis sangat - sangat mengucapkan jutaan terima kasih kepada salah seorang lagi sahabat baik penulis iaitu Jue Marcela kerana sudi menggerakkan tisu - tisu badan anda untuk sama - sama menyertai penulis dan rakan - rakan lain seperti Yatie Luciana, Atul Lucas dan Khaider Vendura untuk menonton filem hebat Malaysia tahun ini iaitu Papadom. Sebelum tu Trimas pada Dato Khaider Vendura kerana membelanja kami semua A&W. Trimas!!



Filem ini mengisahkan mengenai Saadom yang mempunyai seorang anak perempuan, Mia dan kematian seorang isteri(Khiriah). Beliau bermula dari bawah dalam perniagaan Nasi Kandar Saadom bersama isterinya hinggalah akhirnya restoran beliau dikenali ramai dan berpuluh - puluh cawangan dibuka sehingga menyebabkan beliau terlalu sibuk dan seolah - olah tidak mempedulikan anak perempuanya.

Kematian isterinya akibat kemalangan juga menyebabkan beliau berasa bersalah dan sejak dari itu beliau sangat - sangat mengambil berat tentang anak perempuan Mia lakonan Liyana Jasmay. Walaupun anaknya sudah meningkat remaja tetapi beliau masih melayan Mia seakan - akan Mia masih lagi kanak - kanak. Disini pelbagai konflik serta adegan lucu sentiasa berselang - seli hingga membuatkan penulis langsung tidak mengantuk serta sentiasa bergelak ketawa.

Filem ini juga tidak memaksa penulis untuk ketawa kerana dengan sendirinya kita akan ketawa kerana kelucuannya dan mesej juga sangat hebat. Kepada bapa - bapa diluar sana, diharap lihatlah filem ini dan bukannya penulis mahu anda membiarkan anak anda bebas tetapi dalam waktu yang sama biarlah anak anda belajar membuat keputusan sendiri kerana apabila anak - anak anda mengalami kesedihan atau kegagalan, itu adalah salah satu pengalaman yang mereka perlu rasa kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai.

Dan kepada anak - anak yang sedang membaca blog penulis ini, apabila anda sudah diberikan kebebasan maka hargailah perkara ini dan pandai - pandailah memilih kawan dan mengatur kehidupan anda. Jangan lalai dengan kegembiraan duniawi saja.

Apa - apapun tahniah kepada Afdlin Shauki kerana filem ini sangat hebat bagi penulis dari segi isi, jalan cerita dan segala - galanya dan tahniah juga kepada pelakon - pelakon yang terlibat dalam cerita ini terutama Que Haidar, Khiriah, Liyana Jasmay, Farid Kamil dan juga Afdlin sendiri kerana lakonan anda sangat - sangat hidup. Penulis berharap Afdlin kembali dengan filem yang lebih hebat selepas ini ataupun tidak setaraf dengan filem Papadom.

Papadom sangat best. 5 bintang!!

P/S : Tunggu Film Pisau Cukur Lakonan Fazura.

Khamis, 8 Oktober 2009

Audition Pembaca Berita Buletin Utama di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka Pada Minggu Ini

On 10 & 11 Oct 09 from 10am-10pm at Dataran Keris, Alor Gajah Melaka!


Aktiviti Booth Buletin Utama pada :




Hari Sabtu @ 10/10/2009

Kami menyediakan permainan dan kuiz - kuiz menarik kepada pengunjung - pengunjung kami seperti :

1) Kuiz Buletin Utama
2) Tiru Gaya Karam Sign Walia + Pantun Rekaan Sendiri Yang Paling Kreatif
3) Pembaca Berkepala Lima
4) Soal Menyoal

P/S : Hadiah - Hadiah Menarik Disediakan Untuk Pemenang Setiap Permainan


Hari Ahad @ 11/10/2009 :

11.00 am - 1.00 pm : Audition Penyampai Berita Buletin Utama Sesi 1

1.00 pm - 1.30 pm : Sesi Kuiz Buletin Utama Di Dataran Keris Stage

2.00 pm - 3.00 pm : Sesi soal jawab, autograph dan photography

3.00 pm - 5.00 pm : Audition Penyampai Berita Buletin Utama Sesi 2


Only at Buletin Utama Booth for this week at Dataran Keris, Alor Gajah Melaka Special event brought to you by Semester 6, Dip. Komunikasi & Media, UiTM Lendu, Melaka & Majlis Perbandaran Alor Gajah.

P/S : Jumpa Di Sana! (^_^)Y

Selasa, 6 Oktober 2009

'Jom Serbu Ekspo Komunikasi 2009'

Tempat : Dataran Keris Alor Gajah, Melaka
Tarikh : 10 & 11 hb Oktober 2009
Masa : 10 Pagi - 10 Malam

Datang Beramai - Ramai Ke Booth Buletin Utama Untuk Berjumpa DenganPembaca Berita Dan Wartawan Buletin Utama Di 'Jom Serbu Ekspo Media2009'

Akan Ada Audition Pembaca Berita.

Anda Juga Berpeluang Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik Bagi Setiap Pertandingan Yang Disediakan.

P/S : Jumpa Di Sana