Isnin, 30 November 2009

Hari Yang Serba Tak Kena......

Ini entry gua yang ke-200 tapi gua rasa tak perlulah gua nak megah sebab entry gua dah banyak. Kalau entry nih ada nilai di pasaran ada juga sebab gua nak megah kan? Jadi, abaikan saja angka tersebut.

Gua sudah merancang semalam mahu keluar menyelesaikan beberapa perkara dengan member gua iaitu En. Hambali. Gua cadang mahu memotong perkhidmatan Dial Up dan mahu melanggan perkhidmatan Wimax. Tetiba gua malas mahu bangun. Kepala gua tetiba pening. Fikir punya fikir kasihan pula pada En. Hambali kerana sudah beriya - iya bangun pagi dan sms gua tanya mahu pergi atau tidak.

Lalu, selepas gua makan nasi berserta daging goreng kunyit dan kerabu perut yang sangat sedap lagi mengasyikkan tu maka gua bertolaklah bersama beliau pergi ke bangunan TmNet. Gua sudah ambil nombor serta borang. Gua sudah isi. Tiba - tiba gua rasa gua malas mahu potong dial up selepas En. Hambali memberi pandangan beliau. Betul juga kata - katanya sebab kalau guna kena bayar dan kalau tak guna tak kena bayar. Jadi, hajat gua terbantut di situ.

Selepas itu, En. Hambali mengajak gua pergi ke Bangunan Zakat mahu meminta zakat untuk pelajar - pelajar. Gua memang dah lama cadang mahu ambil borang jadi gua ikut saja. Sampai - sampai di sana rupa - rupanya mereka mahukan surat tawaran. Gua pula mana tahu dapat ker tidak lagi. Gua tanya lagi kalau dapat sambung macam mana pula? Mereka kata gua punya borang kena hantar sewaktu minggu pertama Januari. Gua rasa kalau gua dapat sambung belajar rasa - rasanya awal bulan pertama gua sudah dekat Shah Alam. Adoi, melepas lagi!

Gua temankan En. Hambali pula pergi Ilmu Baru untuk belajar memandu kereta. Alhamdulillah, beliau sudah daftar dengan seorang apek cina. Gua ajak dia pergi Pitstop Wimax. Gua tanya diaorang ada tidak coverage dekat Shah Alam sebab member - member gua yang guna kata ada tapi ikut tempat juga. Mereka tunjuk dekat gua peta dekat Shah Alam. Rupa - rupanya tak ada coverage. Coverage full hanya di Lembah Klang. Gua tak berani ambil risiko jadi gua tak berani mahu angkat bawa balik itu broadband. Jadi, gua balik jer lah rumah gua.

Gua rasa gua hanya membuang masa seharian sahaja hari ini. Gua sangat letih tapi bila gua buka mukabuku dan terpandang gambar member gua di edit menjadi Shrek gua kembali ceria. Gua penatttttttttttttttt! Tolonglah bawa gua pergi jalan - jalan wahai rakan - rakan berdekatan. Gua mahu hilangkan tensi gua. Gua mahu senyum lebar. Gua taknak tensi - tensi maaaaaa!!

P/S : Otak Gua Kurang Betul Sewaktu Gua Taip Entry Ini.......Gua Letih!!

*Tensi Gua Kurang Sedikit Sebab Rumah Gua Buat Kenduri Bihun Sup. Bila Gua Tengok Pakcik Makcik Makan Dengan Gembira Gua Pun Rasa Gembira*

Ahad, 29 November 2009

Kenangan Di Rumah Sewa

"Asal dengan kau nih Hans ? Asyik - asyik cerita pasal hidup kau jer. Asyik - asyik cerita pasal rakan - rakan kau jer", kata sebilangan manusia. Adoi, pelik betul aku. Dah nama blog aku suka hati akulah nak cerita pasal apapun. Bukan aku paksa suruh komen jauh sekali membaca. Terpulanglahkan sebab benda nih bukan wajib dibaca. Jadi, kalau lu tak suka gua pun tak mahu cakap banyak. Sendiri mahu ingatlah.

Aku mula menjadikan hostel atau asrama sebagai rumah kedua bermula di waktu tingkatan satu sehinggalan semester 5 di kampus. Akhirnya, masa dan keadaan telah mengajarku untuk mencuba tinggal di rumah sewa pula. Apapun, aku rasa aku tak menyesal langsung tinggal di rumah sewa. Kebebasan memang terasa sangat - sangat waktu tu ibarat burung yang sudah lama di penjara di dalam sangkar emas dan akhirnya dibebaskan. Walau apapun pandai - pandailah kita menghargai kebebasan tu. Antara kenangan - kenangan yang sukar aku lupakan sewaktu berada disini ialah :-

1) Hari pertama aku seorang jer berada dirumah sebelum petang itu saudara Acid datang menemani aku sebab saudara Kuri tak jadi datang awal. Nasib kau datang kalau tidak agak cuak juga mahu tidur malam - malam di kawasan rumah yang waktu tu masih sunyi dan tiada lampu jalan.

2) Hari itu juga aku bertemu dengan seorang jiran sebelah. Namanya Suhail. Seorang yang bijak dan agak baik mengikut pandangan aku yang tidak mengenalinya secara teliti. Datang memberi salam dan bertanyakan khabar lalu bertanya kepada aku,"Sebelum nih tak pernah tengok pun dekat hostel ker dekat dewan makan ker." Aku hanya senyum sahaja tapi di dalam hati aku,"Budget kau femes ker apa aku nak kenal kau?" Hahaha.

3) Lepas tu aku berehat - rehat sekejap di ruang tamu dan tiba - tiba Suhail nih bawa pula budak - budak rumah dia datang rumah aku. Aku nih kan insan yang pemalu lagi baik hati(hahaha) dan terasa sangat malas mahu membuka pintu. Tetapi, rasa macam tak baik pula kalau aku buat endah tak endah jer lalu pergilah bertemu mereka dan mengunjungi sekejap rumah mereka. Mak ayah mereka pun ramai. Aku rasa seperti batu pula sewaktu di situ dan mungkin aku lebih suka berbual dengan orang tua lalu bersembanglah dengan ayah - ayah mereka. Haha.

4) Mencuci semua bahagian rumah dengan saudara Acid. Sangat seronok dan gembira aku membersihkan rumah. Memang bersih sebersih - bersihnya. Malam itu pula membaca Yassin sempena hari pertama dan warga pertama yang tinggal dekat rumah itu. Yang 'bagusnya' tu kitaorang hanya baca Yassin tapi tak solat pun sebab tak tahu kiblat dekat mana. Adoi!!

5) Keesokkannya jiran sebelah rumah(ini rumah lain) pula datang dengan ayah mereka. Berita baik kerana mereka adalah wanita dan mula membayangkan proses tukar menukar makanan akan berlaku. Haha. Cuma satu peristiwa memalukan berlaku apabila ayah salah seorang jiran perempuan ini bertanyakan arah kiblat di mana. Tak ker kantoi dengan pakcik tu. Adoi, sebab malu sangat aku pun call sahabatku si Fazura Pikah bertanyakan arah kiblat sebab beliau pun pernah menetap di taman ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar selepas itu.

6) Dari rumah yang kosong bertukar menjadi penuh dengan macam - macam benda seperti dapur, peti ais, komputer, tv dan sebagainya dan sebab itu bil elektrik agak tinggi. Haha. Seronok sewaktu pergi membeli bantal dan tilam di Mydin bersama jiran sebaris tetapi jauh di situ. Macam tak percaya pula aku dengan tenangnya mengangkut bantal dan tilam dekat dalam Mydin tu sampai makcik - makcik datang tanya harga tilam tu. Bukan cantik pun tilam tu. Haih!

7) Melepak dekat kedai mamak adalah antara kegiatan yang menarik juga. Lepas puas main kad pakau apa entah yang ada colouring, royal flush, pair apa tulah...kitaorang selalunya akan pergi lepak dekat mamak dalam pukul 1 pagi atau 2 pagi. Waktu nih kalau nak tengok mamak lalok memang best lah. Lain yang dipesan lain pula yang dibawa.

8) Pergi menonton wayang satu rumah naik kereta awek seorang budak rumah aku. Mula - mula nak tengok G.I.Joe tapi tiket full macam waktu aku nak tengok film 2012. Lepas tu terpaksalah tengok film Land of the Lost ker apa entah yang pelik - pelik jer cerita dia. Habis tu, kereta pula kena saman sebab letak tempat salah. Aku dan beberapa orang lagi dah kata parking dekat dalam tapi degil. Akhirnya, terpaksalah kongsi - kongsi bayar.

9) Teringat waktu memasak maggi. Waktu tu masing - masing masak dan aku yang memang dah lama tak masuk dapur nih pun nak masak maggi. Aku tengah best jer memasak waktu tu sampai saudara Kuri datang dan duduk sebelah aku seolah - olah aku sedang dalam rancangan 1001 Babas. Saudara Kuri nih gila - gila remaja sikit dan aku tetiba rasa cuak. Aku kalau cuak nih mulalah apa aku buat semua tak jadi. Maggi yang aku buat tu sebenarnya hancur rasanya tapi sebab ego aku yang tinggi ditambah aku tak nak malu jadi aku makan dengan slumber jer lah. Konon - konon sedap tapi hakikatnya haram tak. Haha. Hish, seksa kut aku nak habiskan tetapi lepas - lepas tu aku masak kalau ada orang dekat sebelah pun aku tak kisahlah.

10) Pergi tengok G.I.Joe dengan saudara Acit,Jumud dan Sengkul naik 2 buah motosikal dari Lendu ker GSC Dataran Pahlawan. Gila best! Waktu tu diorang semua makan dekat satu kedai nih. Aku memang meragui tahap kebersihan dia dan tiba - tiba terpandang tikus dalam kedai terus aku tak jadi makan. Diorang semua sebab dah order terpaksalah makan tetapi nampak gaya macam tak sedap. Tak tahulah aku. Lepas tu diorang bawa aku pusing - pusing dekat Ocean. Aku pelik apalah diorang nak buat nih. Rupa - rupa saja - saja pergi tengok Mak Nyah bersepah di situ. Macam celaka!! Cuak kut. Buat maknyah - maknyah tu kejar tak ker pasal. Adoi!

11) Waktu balik tu tengah menikmati pemandangan alam tiba - tiba ada sekumpulan mat rempit merempit dekat sebelah aku dan dan saudara Acit. Kitaorang pergi sebelah taknak campur. Tiba - tiba dari belakang saudara Sengkul dan Jumud mengikuti rapat mereka seolah - olah mereka pun merempit sama. Sangat lawak kut. Budget diorang rempitlah. Haha. Malam tu juga berlaku tragedi motosikal G.I.Joe apabila saudara Sengkul dan Jumud terbabas di jalan raya akibat jalan yang berbatu dan berpasir. Nasib terbabas betul - betul di kawasan lampu isyarat sebab ada lori 18 tayar ker berapa tayar dekat belakang. Kalau tidak entahlah. Mungkin hilang 2 orang housemate kut. Adoi!

12) Bertengkar dan ditegur oleh seorang manusia di dalam rumah akibat tidak membasuh bekas - bekas makanannya yang aku langsung tidak sentuh makanannya langsung. Katanya, duduk di rumah sewa kena bertolak ansur. Aku juga dituduh mengambil kesempatan dan tidak membuat kerja rumah. Siap cakap mahu tendang aku lagi(ingat aku nak duduk diam kalau kena tendang). Haha. Waktu tu aku sedang menonton Pilih Kasih dan agak emo juga. Aku malas mahu bertekak sebab nak duduk rumah sewa bukan sehari dua tapi 5 bulan jadi aku sabar ajalah. Nasib rakan - rakan lain memahami dan menyokong aku. Diorang tahulah aku pun selalu bersihkan rumah. Takkanlah waktu ada budak tu baru aku nak bersihkan rumah. Macam tak ikhlas pula. Haha.

13) Saudara Kuri dan Saudara Acit terlupa bawa kunci. Jadi, masing - masing call aku, Sengkul dan Jumud pada pukul 3 pagi tapi tidak berangkat. Maaflah, kami semua tidur mati. Walaupun mereka berdua sanggup datang belakang rumah dan ketuk tingkap bilik tetapi lagi sekali aku meminta maaf. Aku langsung tak sedar. Haha.

14) Seronok dapat melihat kepakaran Chef Jumud memasak karipap, donat coklat dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, aku rasa masakannya memang sedap. Aku juga menjadi tukang hantar karipap untuknya(satu rumah jer aku hantar). Haha.

15) Stok maggi diserang semut sewaktu cuti H1N1. Terpaksalah aku membersihkan dapur seorang diri hari tu dan menyelamatkan maggi yang masih belum dicemari semut - semut. Tiba - tiba bila ada seorang budak rumah cakap aku makan semua maggi tu aku sangat - sangat panas. Ingat aku tak ada duit ker nak makan nasi? Hari - hari aku keluar kut makan luar. Memang ada aku masak maggi juga tapi taklah banyak sangat. Setakat 3-4 bungkus untuk seminggu okay apa? Yang lain aku masak nasi dan goreng telur atau ayam. Sakit hati juga aku kadang - kadang dengan orang yang cakap lepas nih.

16) Rumah diserang banjir bukan semulajadi. Kejadian berpunca dari pam tangki air berbentuk bola dan terapung(yang imbang air macam dekat toilet tu..aku tak tau nama dia..lemah sikit bab - bab nih) yang rosak. Aku dan saudara Sengkul dikejutkan oleh Saudara Kuri. Saudara Kuri nih suka melawak jadi aku ingatkan memang dia bergurau. Rupa - rupanya betul. Nasib bilik aku baru dimasuki air sedikit. Bilik saudara Jumud yang basah teruk. Kasihan mereka.

17) Rumah dimasuki pencuri. Sebuah laptop hilang dan laptop itu bukan ahli rumah tetapi jiran yang datang membuat assignment bersama saudara Aden. Wah, aku yang tak tahu apa - apa nih pula kena ikut Aden pergi balai polis. Petangnya polis datang dan menyoal siasat kitaorang. Garang nak mampus polis tu tetapi sampai sekarang tak tahu siapa yang curi. Seronok salah seorang polis tu marah si Sengkul dengan cakap loghat negeri 9,"Potik topi tongah menyalo jang,". Panas jer saudara Sengkul siap sumpah - sumpah lagi. Haha.

18) Kejadian kecurian itu juga menjadi 'femes' akibat kehebatan memberku saudari yatie a.k.a daydek yang menulis tentang kejadian kecurian itu di muka buku beliau. Ramailah yang sms dan call tanyakan kitaorang semua. Budak - budak rumah panas jer sebab tak tahu siapa yang bagitahu. Aku buat muka tak bersalah jer tapi akhirnya aku mengaku juga sebab aku tahu diorang bukan marah jenis mahu gaduh - gaduh. Haha.

19) Teringat lagi bawa biskut raya dan biskut aku paling hebat tahun nih iaitu biskut kacang. Saudara Kuri masih meragui kehebatan aku di dalam arena pembuatan biskut sehingga diyakinkan saudara Jumud dan Acid kesedapan biskutku. Akhirnya, beliau berkata biskut ku sedap dan tidak henti - henti makan. Aku merasa seperti mendapat pujian dari Chef Wan pula dikala itu. Haha.

20) Kami juga ada mencipta panggilan sendiri untuk jiran - jiran wanita kami seperti Tuter, Ulat Nangka dan sebagainya. Selalu bertukar - tukar makanan dan mereka selalu pinjam barang dari rumah kitaorang. Awal - awal aku duduk rumah sewa tu ada seorang budak nih dah kasi nasi dengan ayam masak lemak dah. Baik tul tapi masakan diorang tak setaraf chef Jumud. Haha. Paling aku tak tahan tu kitaorang bagi makanan apa entah dekat diorang. Tak silap aku dadih dan diorang balas dengan buah pulasan yang dibuang kulit. Gila kitaorang kutuk kaw - kaw kut. Haha.

21) Seronok bila dapat pergi makan nasi lemak dekat kedai Mak Jan pagi - pagi gila tu. Aku pergi dengan saudara Acit dan Kuri. Saudara Jumud tidak mahu bangun. Haha. Saudara Sengkul pula tiada dirumah. Adoi. Bilalah lagi ada peluang dapat makan dekat situ.

22) Lupa plak. Lagi satu pasal kes lelaki tua dekat myspace yang add aku. Ada aku buat entry yang sudah - sudah pasal MNASH tu. Kaki penghasut ialah saudara Acit dan Jumud. Tukang gelaknya adalah saudara Sengkul. Sudara Kuri aku tak pasti tahu ker tidak berkenaan lelaki tu bernama MNASH tu.

Apa - apapun langit tidak selalunya cerah dan hari tidak selalunya indah. Biasalah kehidupan mesti ada suka dukanya. Apapun aku gembira tinggal dengan mereka semua. Boleh keluar pagi - pagi. Tak payah risau tengok jam pukul 11 malam ker tak lagi sebab pagar Uitm akan tutup pukul 11 malam. Tak perlu sangat nak bawa kad matrik kemana - mana melainkan tengok wayang atau main bowling. Insyaallah dengan dunia yang semakin hari semakin canggih seperti canggihnya muka buku dan telekomunikasi maka silaturahim tu akan sentiasa berkekalan. Insyaallah! Terima kasih semua budak - budak rumah sebab bersusah payah, jasa baik korang dan bersuka ria dengan aku selama ini. Akan kukenang semua tu.

P/S : Minta Maaf Pada Semua Yer. Tidak Semestinya Apa Yang Aku Buat Atau Pandangan Aku Itu Betul. Anda Bebas Memberikan Pendapat Anda Sendiri.

Kau Yang Gelabah Bikin Kitaorang Cuak Akhirnya......

Kisah bagaimana aku tetiba boleh terjebak untuk duduk rumah sewa pada semester akhir ini. Aku dan rakan - rakan lain tahu pengambilan budak - budak junior untuk semester ini sangat ramai tetapi kitaorang bebudak lelaki nih masing - masing keras hati. Semua buat tak tahu jer dalam mencari rumah sewa. Masing - masing berani mati nak duduk secara haram dekat hostel masing - masing.

Waktu tiba cuti semester sedang gembira beristirehat di rumah sehinggalah tiba - tiba pada suatu hari aku dihujani panggilan telefon yang bertalu - talu dari nombor yang sama, Sido(bukan nama sebenar). Beliau menjadi salah seorang PM yang bertugas menjadi junior - junior yang baru mendaftar. Aku dan rakan - rakan yang lain ada menyuruh beliau menyimpan bilik - bilik kosong untuk kitaorang semua walaupun tahu perkara itu tak akan menjadi kenyataan.

Aku bertanya kenapa yang beliau sangat teruja mahu menelefon aku dikala itu. Dia dengan cuak dan risaunya memberitahu jumlah pelajar baru yang mendaftar adalah ramai dan diluar jangkaan kami semua. Jadi, memang tiada bilik kosong untuk kami semua. Ah, sudah!! Macam mana nih? Mula terfikir nasib di masa depan. Mana mahu duduk? Boleh kalau mahu duduk secara haram tetapi sangat tak selesa. Bilik dah memang kecil dan sudah ada 4 orang. Kalau menambah lagi memang ruang bergerak sangat terbatas. Si Sido memaksa aku menyuruh SiAcid mencari rumah sewa hingga aku terpaksa menenangkannya seketika. Setiap masa sms aku mahukan status terkini pasal rumah sewa sampai naik rimas juga aku kadang - kadang.

Kemudian, Si Acid pula menelefon aku bertanyakan adakah Sido telah memberitahu hal - hal tersebut. Aku mengiyakan sahaja dan memberitahu Acid jikalau dia mahu mencari rumah sewa aku mahu sertai beliau. Kemudian aku menelefon Si Sengkul untuk pastikan adakah beliau juga mahu menyertai aku duduk di rumah sewa. Sengkul seperti tidak pasti.

2-3 hari juga perkara ini berlanjutan dan agak merimaskan kepala otak aku yang sedikit berserabut di kala itu. Akhirnya, Si Acid menelefon aku dan berkata bahawa beliau sudah mencari rumah dengan Si Sido. Bancian telah dibuat dan rumah telah dipilih. Harga juga sudah dirunding. Masing - masing telah menyatakan kepastian mahu tinggal sekali dan tidak akan mungkir janji. Aku dan Si Acid juga ada memberitahu jika tidak mahu duduk dengan kami maka bagitahu cepat - cepat supaya boleh mencari orang lain tetapi alhamdulillah masing - masing kata mahu dan tidak ada apa - apa bantahan. Acid mendahulukan duit beliau dahulu untuk membayar deposit rumah untuk 2 bulan. Jumlah yang agak banyak.

Jadi, kami semua sudah tidak risau lagi cuma berasa janggal sebab pertama kali tinggal di rumah sewa. Sesampainya aku di Melaka di dalam perjalanan yang mengambil masa 9 jam itu maka aku masuklah kedalam hostel untuk mengambil kunci rumah daripada Si Sido. Waktu itu, Si Sido nih kulihat aneh sedikit perangai. Macam mahu tak mahu saja duduk rumah sewa. Aku masih tak mengesyaki apa - apa sebab masih penat dan kurang tidur sewaktu di dalam bas.

Menunggu Acid disamping berkali - kali diasak oleh pemandu teksi yang tidak sabar - sabar itu membuatkan aku sangat letih hingga aku berkata mahu membayar teksi itu dengan bayaran yang lebih asalkan dia sanggup tunggu. Akhirnya, Acid tiba dengan motosikalnya. Dibantu oleh Acid dalam menunjukkan lokasi rumah dan akhirnya itulah rumahnya. Cantik sewaktu awal diketemukan. Haha.

Kemudian, petang itu Si Sido berkata dia tidak mahu duduk rumah sewa. Dia mahu duduk secara haram. Waktu itu hanya aku dan Acid sahaja yang tahu. Acid sangat marah. Aku masih tenang walaupun sedikit terkejut dan agak risau memikirkan sewa rumah yang harus dibayar jika Si Sido mahu berundur. Apabila berjumpa dan bertentang mata lain pula jadinya. Aku pula yang teremo lebih kerana sifat kebudak - budakan Si Sido ini. Dengan tersenyum - senyum tanpa rasa bersalah beliau berkata tidak jadi tinggal di rumah sewa.

Aku mulalah mengungkit siapa yang mula - mula sekali bikin cuak, bikin gelabah dan menyuruh mencari rumah sewa. Kemudian, beliau berkata beliau akan bayar sewa rumah tetapi beliau tetap mahu tinggal di hostel. Aku memang panas gila waktu tu dan tak boleh nak cakap apa - apa sebab geram. Aku juga rasa agak malu sebab aku dah bagitahu Acid yang Si Sido memang akan tinggal sekali tetapi tak sangka pula begini jadinya. Aku hanya suruh dia fikir semasak - masaknya. Si Acit lagilah marah sehingga merah - merah muka beliau. Cuak jer aku nak tegur masa tu.

Akhirnya, beliau tetap dengan keputusannya dan membuatkan aku dengan Si Acid sangat marah padanya. Nasib tiba - tiba Allah membuka pintu hati saudara Jumud mahu tinggal dengan kami berlima dan hilanglah kerisauan aku untuk membayar sewa rumah sekaligus menyelamatkan semua penghuni dari membayar sewa rumah yang akan menjadi mahal jika hanya 5 orang sahaja yang tinggal.

Apa - apapun aku tidak mahu menyimpan dendam. Walaupun perasaan marah tu ada tetapi aku masih membalas mesej - mesej Si Sido tetapi itupun selepas 2 bulan. Hahaha. Sangat bengang sebab beliau yang gelabah dan bikin semua cuak tetapi akhirnya beliau yang taknak duduk rumah sewa. Bak kata Si Acid, soal duit nih bukan boleh dibuat main!

Jadi, korang semua jika sudah bersetuju mahu duduk rumah sewa maka penuhilah janji itu dan kalau tidak dapat memenuhi janji itu cubalah menyelesaikannya dengan cara yang elok.

P/S : Nasib Bebudak Rumah Lain Tak Buat Macam Si Sido Nih...Kalau Tidak Kesian Si Acid!

**Sayang Plak Aku Dengan Iklan Nexcare Jerawat Dekat Nuffnag Nih. Setiap Masa Dia Menapak Dekat Blog Aku Nih. Haha.

Sabtu, 28 November 2009

Rumah 1133 - Rakan Saya Siri Akhir

Dah lama aku simpan gambar - gambar yang tak berapa nak menarik nih(hahaha) dan hampir terlupa pula nak habiskan siri rakan saya yang ke-10. Lupa nak suruh rakan rumah sewa aku mengambil gambar hadapan rumah ini dan lampu - lampu yang mewah di bahagian ruang tamu. Huhuhu!


1) Hari Rumah Sewa dibersihkan. Waktu tu aku dah balik dah tapi kira okay arr tu. Mula - mula datang aku dan Acid dah bersihkan. Siap banjirkan rumah lagi masa hari pertama. Haha. Kalau korang perasan dekat tepi pagar itu ada satu benda yang sukat elektrik yang digunakan. Benda tu berguna sewaktu nak dekat hujung bulan sebab kitaorang semua akan cuba congak bil elektrik berdasarkan cara kiraan bil yang disediakan. Huhu.

2) Keadaan lantai sudah tidak menarik kerana tikar getah dibuang sewaktu rumah dilanda banjir. Banjir berpunca dari tangki air yang bocor dan bukannya kerana hujan. Haha. Kawasan ini sentiasa digunakan oleh rakan serumah aku iaitu Chef Jumud dan Chef Kuri untuk menyiapkan juadah makan malam. Aden dan Acit juga selalu gunakan ruang ini untuk memasak mee segera. Aku gunakan ruang ini hanya pada awal bulan dan sewaktu cuti H1N1 sahaja sebab waktu tu aku jer tak nak balik rumah. Huhu.



3) Bilik aku dan seorang lagi rakan iaitu Sengkol. Pilih ini dipilih oleh aku kerana Sengkol mahu bilik yang ada tingkap supaya beliau mudah bangun. Kononnya cahaya akan menerangi bilik dan membangunkan beliau secara automatik tetapi itu semua dusta belaka. Haha. Bilik ini juga sentiasa selamat daripada bencana alam yakni banjir yang bukan semulajadi itu serta daripada kecurian yang berlaku di rumah. Berkat juga bilik nih. Huhuhu. Itu tilam aku. Rindu tul tetapi aku tinggalkan dekat situ sebab tak mampu nak bawa balik naik bas. Nasib tilam tu aku beli yang paling murah. Hehe.


4) Aku tak tahu nih komputer siapa tapi rasa - rasanya mereka tengah khusyuk membersihkan rumah sebelum kunci diserah kepada pemilik asal.


5) Nih aku tak tahulah apa sebab pintu bilik aku jadi macam nih sebab aku sudah balik. Diberitakan rakan bilik aku mengamuk pada suatu malam. Mungkin tekanan melampau telah membuatkan beliau bertindak di luar batasan. Hahaha. Lepas nih Tuan Rumah Sewa cari kau lah Sengkul.

6) Itu adalah dua budak rumah sewa aku. Yang berbaju biru itu adalah Saudara Kuri dan yang memakai cermin mata itu adalah Saudara Sengkul. Waktu nih juga aku sudah balik menikmati masakan emak tercinta di rumah. Haha.


7) Ini sewaktu menyambut hari - hari akhir Saudara Acit(tengah) di Melaka. Cess, padahal rumah dekat masjid tanah jer pun. Huhuhu. Disebelah Acit adalah Saudara Aden.



8) Saudara Chef Jumud(berbaju putih) sedang diberi tunjuk ajar oleh Saudara Chef Kuri. Aku tak tahu apa yang dibikin mereka. Kedua - dua mereka handal juga memasak tetapi yang paling handal dan sedap semestinya masakan dari Chef Jumud. Jiran sebelah dan jiran di depan pun puji masakan beliau. Yang memujinya pula ialah wanita. Maka, memang sedaplah masakan beliau itu.


9) Hari meraikan gua yang sudah mahu pulang keesokkan harinya. Hari tu bagaikan syurga makanan. Ada dua rumah lagi panggil gua pergi makan. Semua gua rembat jer. Haha. Thanks semua rakan - rakan rumah.

P/S : Ini Baru Sinopsis Nih. Pasnih Gua Cerita Dengan Lembih Menyeluruh.

Jumaat, 27 November 2009

Apabila Mr & Mrs Lembu Menangis


Raya korban hari ini bagi aku tak meriah sebab tradisi kawasan rumah aku nih raya kedua baru acara 'penghantaran lembu ke alam barzakh' bermula. Jadi, esok barulah meriah rasanya. Hari ini bagi aku sangat bosan. Aku ponteng solat sunat hari raya tapi tak kisahlah sebab sunat jer pun. Alhamdulillah solat jumaat aku berjaya pergi dengan cepat dan pulang dengan awal. Adil kan pergi awal balik pun awal.

Aku masih belum mendapat informasi berapa ekorkah Mr & Mrs Lembu yang bakal dipertaruhkan di medan perjuangan mereka esok. Kadang - kadang aku bersemangat untuk pergi melihat lembu - lembu itu untuk hayat mereka yang terakhir tetapi selalunya aku tidak mampu melihat semua kerana kepala aku bakal kepeningan dan aku merasa sedikit loya apabila terbau darah lembu yang tetiba aku rasa sangat busuk.

Ada lembu yang darahnya masih boleh diterima hidungku dan adakalah ada yang membuatkan aku menyerah diri dan pulang ke rumah dengan menyerbu katil untuk membaringkan diri aku yang sedikit 'lalok' akibat kepeningan kerana bau darah Mr & Mrs Lembu. Itu tak apa lagi. Aku hanya buat tak tahu sahaja.

Tetapi, pada suatu tahun sewaktu berlangsung juga acara yang sama iaitu menamatkan riwayat lembu - lembu ini. Aku sangat teruja mahu melihat lembu - lembu ini. Ialah, ada kadang - kadangnya lembu ini terlepas dan mengejar orang - orang yang mahu menyembelihnya dan perkara itu agak lucu sebab tak tahu siapa sebenarnya nak dikorbankan. Haha. Cuma ada sekali itu tetiba aku terpandang lori yang membawa lembu - lembu itu dan mereka masih di atas lori itu.

Aku terlihat mata seekor lembu yang menitiskan air mata dan tiba - tiba hatiku tersentuh. Pandangan lembu itu sangat sayu. Mungkin memikirkan nasib anak - anak di kampung halaman yang ditinggalkan. Mungkin juga lembu itu berfikir mampukah anak - anaknya menghadapi cabaran di masa akan datang tanpa dia di sisi mereka. Dan kulihat lembu itu menyerah diri kepada manusia tanpa melawan dan beliau mati dengan aman dan tenang.

Aku sangat sedih dan sewaktu membawa pulang daging lembu aku bercerita kepada emak tentang hal tersebut. Tiba - tiba mak aku berkata bahawa jikalau aku sedih maka tidak bolehlah sekalipun memakan daging lembu tersebut. Lalu sebagai alasan untuk malas melihat lembu disembelih dan untuk bermanja - manjaan di atas katil maka aku menggunakan alasan ini.

Jadi, tugasku setiap tahun hanya pergi mengambil daging lembu sahaja dan boleh makan daging lembu tanpa ada apa - apa perasaan bersalah pada mereka. Kepada Mr & Mrs Lembu yang masih selamat buat masa ini janganlah kalian bersuka ria. Esok dan lusa masih ada. Hahahahahaha(gelak jahat)

P/S : Tak Sabar Mahu Makan Mee Kuah. Esok Mesti Dapat Bahagian Tulang Lembu. Nyum Nyum!!

P/S Lagi : Saksikan Episod Akhir Nur Kasih Pada Pukul 9.00 Malam Ini Di TV3 Untuk Menjawab Semua Persoalan Anda. Apalah Nasib Gua(Adam) Pada Episod Akhir Ini? Haha

Lagi - Lagi P/S : Click Nuff Gua Dengan Rajin Yer...Hahaha...

Segeralah Kamu Semua Bertaubat Wahai Mr & Mrs Lembu Sekalian!

Dah tahu tetengah malam hari raya Aidiladha nih mesti ramai yang tengah menganyam ketupat atau pun membersihkan rumah tambah - tambah yang menjadi mangsa banjir baru - baru nih. Mesti ramai yang tak akan online dalam 2-3 hari nih.

Aku hanya nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha pada semua rakan - rakan blog disini. Jadi, diharap anda semua makan dengan secukupnya dan jangan terlebih cukup pula tambah - tambah kepada sesiapa yang ada darah tinggi tu berhati - hatilah dalam mengambil makanan berdaging ini.

Disini juga, aku nak memberi amaran keras kepada sesiapa yang berminat atau berimaginasi mahu mengumpul duit raya. Jika ada kanak - kanak datang meminta duit raya akan kuberikan 'duit jari berlima' kepada mereka. Hahaha.

Dan kepada Mr & Mrs Lembu sekalian. Aku terharu dengan pengorbanan korang meninggalkan sanak saudara semata - mata untuk berkorban kepada kami semua. Semoga anda mati dengan tidak sia - sia esok(manalah tahukan tetiba sembelih hidup lagi...macam mana nak makan).

Jangan lupa pergi solat sunat Aidiladha dan solat jumaat sekali yer. Tata.

P/S : Terfikir Mahu Ponteng Solat Sunat Hari Raya Atau Solat Jumaat Atau Pergi Kedua - Duanya Atau Ponteng Kedua - Duanya....Hurm!!

*Nuffnag Aku Kuar Iklan CIMB Bank......Adoi....Tak Faham Aku!!!

Khamis, 26 November 2009

Dan Sebenarnya..............

Kisah berlaku sewaktu darjah 1. Gila lama punya sejarah tetapi ini adalah kisah benar. Perhatian!! Kanak - kanak dibawah umur dilarang membaca. Kanak - kanak terlebih umur yang tidak mengandung atau yang tidak ada lemah jantung sahaja boleh membaca benda ini.

Waktu tu subjek English dalam kelas dan Teacher Zariha(bukan nama sebenar) sedang khusyuk mengajar di papan hitam dengan kapur yang berwarna - warni. Tiba - tiba perutku memulas. Ahhh, tidak!!!! Aku tak suka membuang fosilku di tandas sekolah yang sangat menjijikkan tu. Aku cuba menahan sehabis mungkin. Kerutan mula memenuhi dahiku yang licin dan bebas dari jerawat ketika itu.

Akhirnya, aku mengangkat tangan tanda menyerah diri. Ku minta izin dari beliau untuk ke tandas. Setibanya di pintu tandas yang tertutup kesemuanya tu aku buka satu persatu. Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Aura ketakutan mula menyelubungiku! Perkara ini membuatkan bulu romaku meremang. Aku sangat takut melihat najis dari manusia yang aku tak tahu bersepah di salah satu tandas dari tiga kesemuanya. Sakit hati betul!!

Tandas kedua pula paip airnya rosak. Tandas ketiga pula okay dan agak bersih tetapi akibat trauma ketakutan sebentar tadi maka hajat aku terpaksa dihilangkan. Aku kembali ke kelas. Segala yang diajar oleh Teacher sangat - sangat tidak dapat ditangkap oleh aku. Teacher perasan akan perubahan tingkah lakuku ditambah dengan kerutan di dahi. Lalu dia bertanyakan padaku tentang kesihatanku. Aku pun berpura - pura berkata bahawa perutku sakit.

Lalu aku disuruh pergi ke bilik sakit bersebelahan kelas dan diberi duit 50sen untuk membeli roti. Waktu itu 50 sen adalah nilai yang agak tinggi bagi aku. Mula - mula aku sangat seronok dapat berehat - rehat dan berbaring - baring di bilik sakit itu sambil melihat akak misi menjalankan tugas. Tidak semena - mena perut aku diserang lagi. Aku cuba berjalan - jalan dan membuat pelbagai aktiviti untuk cuba melupakan kesakitan itu.

Aku sudah tidak mampu lagi menahannya dan kugagahkan juga pergi ke tandas akibat panggilan alam itu. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Akhirnya, aku berjaya menyiapkan tugas asasi setiap manusia di alam fana ini. Aku kembali ke kelas 5 minit sebelum subjek English tamat dengan penuh keceriaan.

Teacher memandangku dengan penuh keajaiban!

P/S : Tak Suka Tandas Sekolah!

P/S Lagi : Akhirnya Nuffnag Aku Dah Kuar Iklan Disney...Hahaha

Rabu, 25 November 2009

Asal Lah Aku Tak Basuk Kaki?? Kan Dah Kantoi!! Adoi!!


Kisah nih berlaku sewaktu aku di tingkatan 2. Masa tu aku bersekolah dekat SMKA Kedah. Aku di dalam kelas Bahasa Arab pada hari tu. Kelas nih berada sejam di waktu akhir hari persekolahan. Aku berasa sangat bosan mendengar apa yang di ajar si Ustaz Basri waktu tu. Jadi, aku pun mengambil buku aku dan melukis orang – orang lidi.

Macam – macam aksi aku lukis. Ada yang tengah terbang. Ada yang tengah berlawan. Siap keluar api – api lagi(lukisan adalah sangat buruk dan lebih teruk dari kanak – kanak tadika). Dan yang paling tak leh blah tu aku lukis orang lidi perempuan yang memakai tudung tapi bajunya hanyalah bra dan seluarnya pula adalah seluar dalam beserta kasut tumit tinggi(lagi sekali ditegaskan lukisan adalah orang lidi sahaja).

Lepas tu aku tergelak – gelak kecil dan perkara itu disedari salah seorang sahabat baik dari sekolah rendah sehingga sekarang, En.Luqman. Perbualan yang sangat perlahan pun bermula dikala itu :-

Luqman : Hang buat apa weih?(berbisik – bisik)

Aku : Hang tengok nih? Cun tak? Hahaha!(berbisik – bisik)

Luqman : Nak hareee(haram)..tak leh blah!Haha!(berbisik – bisik)

Ustaz : Tu kenapa bising – bising tu..(bercakap lembut)

Aku : Eh, tak ada apalah Ustaz.

Pembelajaran diteruskan dan aku berlakon kononnya memberi sepenuh perhatian padahal aku masih melukis orang – orang lidi itu. Tengah khusyuk aku melukis tanpa sedar Ustaz Basri ada di belakang aku dan memerhatikan aku melukis.

Ustaz : Eh, cantiknya awak melukis Hanis!

Aku : Eh, mana ada Ustaz…Saya saja – saja lukis.(Tahap Kritikal Punya Cuak)

Ustaz : Bak kejap buku awak tu.

Aku : Eh, tak payahlah Ustaz…(mati aku….malu giler lah kalau diorang tengok)

Ustaz : Eh, benda baik tak baik simpan. Kongsilah dengan rakan kamu. Cantik lukisan kamu nih…(mendesak – desak)

Aku pun terpaksalah bagi buku tu dan Ustaz Basri mengangkat buku tu tinggi – tinggi dan menunjukkan hasil karya aku yang agung tu pada satu kelas. Semua gelakkan aku macam nak mati. Waktu tu aku rasa aku dah menandingi Saiful Apek dari segi populariti.

Ustaz : Baiklah. Kamu tahu salahkan lukis benda – benda macam tu. Jadi, Ustaz nak kamu pergi ambil wuduk.

Aku : Baiklah……(muka malu dah tak tahu macam mana nak cakap)

Pergilah menuju dekat tandas berhampiran. Setibanya di dalam sana, aku mulalah berwuduk hingga sampai ke bahagian terakhir iaitu kaki. Perbualan dengan diri sendiri pun mula berlaku :-

Aku : Ish, kang basuh kaki nih nak pakai stoking plak. Basah kang nanti berbau plak. Tak payah lah basuh.

Aku Lagi : ……(memandang cermin sambil mengangguk tanda keyakinan yang menebal)

Sampainya di kelas, aku cepat – cepat ketempat duduk tetapi hasrat itu terbantut kerana Ustaz memanggil aku kepadanya :-

Ustaz : Dah wuduk dah?

Aku : Sudah Ustaz.

Ustaz : Betul nih?

Aku : Betul Ustaz. Buat apa saya nak tipu?

Ustaz : Awak basuh ker tak kaki awak tu?

Aku : Mestilah basuh Ustaz.

Ustaz : Tak basah pun seluar kamu!

Aku : …….(tetiba muka terkantoi)

Sekali lagi diketawakan beramai – ramai di dalam kelas. Ustaz pun menyuruh aku pergi sekali lagi dan kali ini aku betul – betul berwuduk yang lengkap dan terpaksa memakai stokin dengan kaki yang basah. Kembali kedalam kelas semula dan Ustaz memberi buku lukisan orang lidi tu kepada aku kembali.

Sejak dari itu, aku masih melukis orang lidi dan kadang – kadang ada juga orang lidi berunsur lucah seperti itu tetapi semestinya bukan lagi pada waktu matapelajaran Bahasa Arab.

P/S : Kalau Tahu Dah Lama Aku Basahkan Kaki Seluar Tu. Kantoi!

Fakta Tambahan : Gambar Tu Dari Atuk Google Tapi Lebih Kurang Aku Lukis Jer.

Selasa, 24 November 2009

Cerita Panjang Doraemon!


Siapa yang tak kenal Doraemon? Angkat tangan!! Eh, lupakan jer lah. Bukan aku nampak pun korang angkat ker tak kan? Tapi, setahu aku rata - rata manusia dekat Malaysia nih sangat kenal dengan watak kartun Doraemon dan rakan - rakannya yang lain seperti Nobita, Sizuka, Sinyu dan Giant.

Doraemon nih adalah robot masa depan yang dihantar kepada Nobita yang pemalas lagi jahat untuk membantu beliau menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Doraemon nih adalah robot kucing yang sering disalah anggap sebagai serigala kerana ketiadaan telinga akibat digigit tikus. Doraemon sebuah robot yang sangat baik namun terlalu mengikut kata - kata Nobita. Walaupun beliau tahu Nobita sentiasa melakukan kesilapan sewaktu menggunakan barang - barangnya yang berteknologikan masa depan namun beliau tetap tidak putus asa membantu Nobita yang malas dan tidak mahu berubah itu.

Komik Doraemon nih ada berbagai versi. Daripada kisah pendek(seperti yang ditayangkan di televisyen), kisah doraemon bersaudara dan juga Cerita Panjang Doraemon. Aku lebih suka membaca dan membuat koleksi untuk Komik Cerita Panjang Doraemon yang mempunyai 24 buah kesemuanya :-

1) Nobita & Dinosaur

2) Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas

3) Penjelajahan Alam Misteri

4) Kubu Hantu Di Dasar Laut

5) Penjelajahan Sarang Hantu
6) Perang Di Angkasa Lepas

7) Nobita & Panglima Besi
8) Penunggang Dinosaur

9) Kelahiran Negeri Jepun
10) Bintang Misteri

11) Negara Lagenda

12) Negara Awan
13) Istana Emas Putih

14) Tiga Sekawan Pahlawan Pedang Impian

15) Kisah Penciptaan Dunia

16) Keretapi Ekspress Galaksi

17) Penjelajahan Di Bandar Alat Mainan

18) Penjelajahan Laut Selatan

19) Pengembaraan Di Angkasa Lepas

20) Lagenda Raja Matahari

21) Nobita & Pahlawan Burung

22) Negara Robot Nobita

23) Nobita & Pesuruh Angin

24) Ruang Masa Kucing Anjing


Aku lebih suka baca Cerita Panjang Doraemon berbanding kisah pendek sebab disini aku rasa lebih puas kerana dapat berimaginasi, dapat melihat sajak atau puisi yang pelik, dapat melihat semangat setiakawan dan paling penting watak Nobita itu digambarkan lebih kuat dan tidak terlalu bergantung pada Doraemon.


Aku sudah mengumpul hampir separuh dari jumlah komik nih dan ada juga bertanya kenapa aku minat Doraemon? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin didedahkan sejak kecil kut! Apa - apapun kartun Doraemon karya asal Fujiko nih tetap menyeronokkan walaupun dibuat pada tahun 1970.


P/S : Juga Minat Animasi Lain!


P/S Lagi : Jadi Dah Fahamlah Kut Pasal Iklan Aku Tu?Jangan Tanya Lagi Yer!

Sapa Punya Nih? Baik Hang Pa Semua Mengaku Cepat!!

Tiba - tiba aku bersifat nostalgia pula memalam buta nih. Kononnya taknak makan nasi malam tadi sebab nak kurangkan berat badan. Tapi, tadi aku dah bedal 2 biji telur goreng dengan nasi seperiuk(baki - baki jer) dengan penuh khusyuk dan tawadduk lagi tadi. Fuh, hebat betul cara diet aku nih. Ada sesiapa nak cuba? Haha.

Jarang buat mukadimah - mukadimah meraban seperti di atas. Okay, berbalik pada tajuk di atas. Kisah nih berlaku semasa aku form 4 sewaktu tinggal di asrama Sek.Men.Teknik Kangar. Maklumlah, waktu tu masing - masing junior lagi(sekolah teknik ada tingkatan 4 & 5 jer). Setiap bilik ada dalam 20 orang. Kiranya waktu tu masing - masing tengah bersiap nak pergi dewan makan dan surau untuk menunaikan solat Maghrib. Tengah khusyuk aku berhias - hias di depan almari yang tak bercermin tu tiba - tiba terdengar satu tempikan kuat dari bawah," Woiiiiiiiii, sapa - sapa yang ada dekat atas tu turunnnnnnnn.....aku kata turunnnnnnnnnnnnn.....cepat turunnnnnnnnnnn!!"

Adoi! Apa kes pula nih? Masing - masing bertanya sesama sendiri dan segelintir muka menunjukkan perasaan cuak yang menebal(termasuk aku). Kami pun beramai - ramai lah turun ke bawah dan menuju kepada suara yang memekik tu. Situasi yang genting pun berlaku :-

Budak 1 : Kenapa pakcik?

Pakcik : Nih sapa punya kerja nih? Hang pa nih awat perangai loq luck sangat nih?

Budak 2 & 3: Benda apa pakcik? Kami tak faham?

Pakcik : Tu hang pa tengok tuh....sapa yang meludah tadi dekat tepi tingkap nih?Baik hang pa mengaku sapa yang buat kalau tak semua satgi aku bagi penampaq sekoq - sekoq!!!

Budak(semua) : ........(masing - masing menyuruh masing - masing mengaku)

Pakcik : Cepatlah!!!!Sapa yang buat nih????Pelaq betoi hang pa nih!!! Cuba kata kalau tadi aku kena ludah hang pa tu!!! Macam mana????

Budak 4 : Cepatlah weih...sapa yang buat...mengakulah!!(seorang budak yang agak poyo menunjukkan sifat kebodekannya)

Budak(semua) : ...............(diam membisu)

Pakcik : Baik!!!Kalau hang pa semua tak mau mengaku tak pa!! Sekarang hang pa semua beratoq(beratur) dari depan sampai belakang!!Cepat!!!

Aku : ........(dajei lah orang tua nih...aku dah lah lapaq nih...pukui brapa dah nih...satgi dewan makan tutup macam mana...babi....bodoh punya tua)

Budak(semua) : ........(semua beratur sambil riuh - rendah)

Aku : Sapalah punya kerja nih kan? Haram jadah toi!!(berbisik - bisik dengan rakan)

Budak 5 : Mana nak pi tau. Nasib kita duduk paling belakang.(berbisik - bisik juga)

Aku : Eh! Ar ar kan!!Kita duduk dekat belakang. Nasib - nasib.

Pakcik : Yang belakang tu dok bising pasai apa? Aku bagi penampaq satgi baru hang pa tau? Perangai sekoq - sekoq macam pelaq. Mak bapak hang pa tak ajaq ka?

Aku : Perangai dia serupa dajei tak sedaq..(berbisik - bisik)

Budak 5 : Dah lah juling...(berbisik - bisik)

Aku & Budak 5 : Hahahaha(ketawa tak berbunyi)

Masing - masing pun menunduk dan mencalit air liur yang berkahak hijau tu seorang sedikit dengan jari masing - masing. Alhamdulillah, apabila sampai giliran aku dan beberapa lagi rakan di belakang....masing - masing dah tak bertemu dengan kahak dah sebab orang - orang depan dah sapu semua dengan jari diorang. Hahahaha!

Pakcik : Lain kali kalau hang pa semua dok buat perangai lagu nih lagi....lagi teruk aku ajaq hang pa semua....Ingatlah sikit!!Hang pa tu dekat atas!!Aku dekat bawah!!Jangan suka - suka hati mak bapak hang pa ludah ludah!!

Budak(semua) : Maaf yer pakcik!(Tak Ikhlas)

Masing - masing naik atas bilik dan menyerbu tandas untuk menyamak jari masing - masing dari kahak yang dilaknati tu. Didalam tandas :-

Budak 8 : Kurang ajaq betoi lah! Kalau aku tahu sapa yang buat tu memang matilah dia!!

Budak 9 : Nasib aku dekat belakang..Hahaha!

Aku : Aku pun...hish...haram betoi!Geli aku!!Kalau ayaq liyoq(air liur) saja tak pa jugak. Nih siap dengan kahak lagi!!

Budak 5 : Sebab tu tadi aku pi duduk belakang. Kalau tak aku dekat depan tadi. Haha.

Budak 10 : Macam manalah aku nak makan weih? Aku tak dak selera lah! Haram jadah betoi juling tu!!

Masing - masing tak ada selera pada hari tu dan apabila tibanya malam semuanya mengembara ke bilik - bilik lain mencari makanan.

Fakta Tambahan : Pakcik Itu Bukan Pak Guard Tetapi Suami Kepada Warden Perempuan Yang Menjaga Budak - Budak Lelaki Dan Si Peludah Masih Belum Dapat Dikenal Pasti Sehingga Kini.

P/S : Maaf Jika Cerita Kali Ini Terdapat Unsur - Unsur Perkataan Yang Tidak Beradab Tetapi Itulah Hakikatnya!

P/S Lagi : Sila Click Iklan Nuffnag Tu...Sudah Berbulan - Bulan Aku Bersusah Payah Nak Buat..Akhirnya Atas Tunjuk Ajar Cik Pearls Berjaya Juga Aku....Haha

Isnin, 23 November 2009

Masakan Siapa Yang Paling Sedap?

Seringkali perkara ini menjadi perbualan ataupun mungkin kadang – kadang pertikaian untuk membuktikan gender manakah yang lebih hebat di dalam arena masakan. Ada yang berkata kaum wanita lebih hebat di dapur kerana mereka memang dilahirkan untuk menguasai kemahiran itu. Tetapi, kebanyakan lelaki mempertikaikan perkara itu kerana pada masa kini sangat susah mahu bertemu dengan wanita yang pandai memasak hatta menjerang air sekalipun belum tentu mereka tahu melakukannya. Satu lagi yang menjadi bukti kepada kaum Adam apabila mereka membangkitkan tentang majoriti chef yang bertugas sama ada di hotel – hotel tidak kiralah yang berbintang ataupun tidak hinggalah di gerai – gerai kecil kebanyakkan besarnya dikuasai oleh kaum Adam berbanding kaum Hawa.

Walaupun diakui chef atau tukang masak lelaki memang hebat memasak berbanding wanita masa kini dan masakan mereka juga bukan setakat tangkap muat kerana kualiti rasa mereka diakui memang sedap berdasarkan lidah – lidah pelanggan masing – masing tetapi tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa masakan ibu jugalah yang paling sedap dan cukup citarasanya di dunia ini. Bagi sesiapa yang telah berkahwin, kebanyakkan mereka akan menyenaraikan masakan ibu dan isteri masing – masing adalah yang paling sedap dan menyelerakan. Kalau ditanya perkara ini kepada chef – chef yang hebat juga akan menyatakan perkara yang sama. Kata mereka,”Saya memang bekerja setiap hari memasak untuk orang lain tetapi bila saya di rumah saya mahu rasa air tangan isteri tidak kiralah apapun rasanya”.

Kita juga tidak lari dari hal ini. Masing – masing akan berkata masakan emak masing – masing adalah yang paling sedap. Kadangkala bila kita berpeluang untuk merasai betulkah sedap masakan ibu mereka tetapi rasa – rasanya biasa saja. Masih belum setanding dengan masakan ibu kita. Itu adalah satu keistimewaan setiap ibu yang ada di dunia ini. Apa – apa yang dimasak mereka sangat sedap walaupun benda itu hanya nasi putih atau pun telur goreng yang kita mampu lakukan sendiri.

Penulis terfikir hal ini sewaktu melihat emak penulis menggoreng mee yang sangat mewah(macam – macam ada dalam mee). Sewaktu itu, penulis memerhati ibu penulis mengambil satu mangkuk yang berisi taugeh dan mengambil taugeh sedikit demi sedikit dan memasukkan ke dalam periuk dengan cermat dan tersusun. Penulis menegur dengan berkata,”Kenapa tak masukkan terus jer semua taugeh – taugeh tu. Bukankah lebih senang dan cepat?”

Tetapi emak penulis hanya buat tak tahu sahaja dan meneruskan aksi memasaknya itu. Tiba – tiba penulis tersedar bahawa itulah rahsia sedapnya sesuatu menu atau sajian yang dimasak oleh emak sendiri. Emak boleh sahaja campak taugeh itu jika dia mahu tetapi dia tidak berbuat demikian kerana air tangan ataupun sentuhan tangan itulah yang membuatkan sesuatu makanan tu sangat istimewa dari segi rasanya.

Kesimpulannya, anda akan memuji masakan emak anda sedap walaupun menu itu hanyalah sekadar menu biasa sahaja yang mungkin anda pun boleh lakukan sendiri kerana emak anda memasak dengan penuh kasih sayang. Jadi, penulis beranggapan walaupun makanan yang di masak oleh chef – chef lelaki memang hebat dan sedap tetapi masih belum mampu menandingi masakan emak penulis. Penulis rasa anda semua pun berfikiran seperti penulis. Betul tak?

P/S : Hargai, Hormati Dan Sayangilah Wanita Yang Anda Panggil Mereka Sebagai Emak/Ibu/Ummi/Mama Atau Apa Sahaja Panggilan Anda Kerana Mereka Memang Wanita Yang Hebat.

Ahad, 22 November 2009

Lawak Aku Tengok Budak - Budak Sekolah Nih..Hahaha

P/S : Hang pa semua serupa baru habis belajaq Ijazah plak baling - baling beg(topi takdak nak baling)...Awat Aku Tak Nampak Pun Beg Ada Roda Dibaling Dalam Ini Gambar? Haha



P/S : Yang Nih Aku Pun Selalu Buat Dulu...Hahaha...

P/S : Nih kalau zaman aku belajar dok buat lagu nih pastu balik rumah...mampuih kena ligan satu kampung dengan mak aku nih...Hahaha


P/S : Hahahaha...serupa aku menang merentas desa plak(pernah ker menang?of courselah tak..haha)


P/S : Selamat Majulah Korang Lepas Nih...UPSR Tu Tak Ada Apa - Apa Sangat. Siapa - Siapa Yang Tak Dapat 5A Tu Jangan Sedih. Peluang Banyak Lagi Lepas Nih.

Sumber Gambar : Atuk KOSMO


P/S : Aku paling suka gambar nombor 1. Serupa macam orang dah graduate jer...haha

Boleh Tak Kalau Gua Nak Stop Berblog?




Boleh tak???
"Boleh ker tak boleh(x3)", gaya seperti Datin Wanabe

Sabtu, 21 November 2009

Gemuk = Gajah...Tapi Gajah Kiut Kutttt....



Gua baru balik dari makan kenduri dekat rumah baru jiran gua dulu. Akak dia kahwin hari nih. Selamat pengantin baru yer. Memang dah lama tak jumpa beliau. Jadi, waktu lepas makan tu sempatlah borak – borak sekejap dengan beliau. Rupanya sekarang beliau sedang belajar dekat Utem. Dekat jer lah dengan Uitm aku dulu tapi aku baru dapat tahu. Hahaha.

Beliau tu aku mula kenal dari kecil – kecil lagi sebab kitaorang duduk rumah Mak Lang(pengasuh kitaorang). Lebih kecik dari kanak – kanak ribena. Mungkin boleh diklasifikasikan sebagai kanak – kanak sugus(sugus kecil kan?). Waktu sekolah menengah pun ada satu sekolah tapi gua dan beliau tak sama umurlah. Apa – apapun beliau sangat ramah sebentar tadi. Terharu kejap gua.

Dan tadi juga gua berjumpa dengan 2 orang jiran lama gua yang sudah lama tak bertemu. Mereka berdua nih adik beradik. Yang abangnya tu tua setahun dari gua. Adiknya gua tak pasti tapi yang gua tahu sudah lebih 10 tahun gua tak jumpa adik dia. Gua suka buli si adik nih dulu masa gua tinggal dengan pengasuh kitaorang(ingat Gua baik ker?). Haha.

Abang dia plak baru 7 tahun gua tak jumpa. Tapi si abang nih sangat berbeza. Dulu sangat kurus kut tapi tadi gua jumpa dia kejap tadi beliau sangat berisi. Gua teruslah mengklasifikasikan abang dia sebagai gemuk(tapi sebenarnya taklah boroi apa..orang kata berisi macam chubby2 tu lah). Hahaha.

Teringat waktu gua sewaktu baru nak belajar A, B, C. Bila gua pergi main dekat depan rumah si abang nih, beliau selalu menyakat gua dengan membuat bunyi gajah. Tapi, waktu tu hati gua masih kudus lagi. Lagipun, dia baik jer dengan gua cuma selalu suka menyakat gua jer. Kalau hati gua waktu tu macam sekarang nih memang sah dah lama beliau kena dengan caci maki gua. Hahaha.

Tetiba teringat semua nih masa bersalam dengan dia. Gua teringin sangat mahu tanya dia tapi dia tengah makan. Kalau tidak mesti gua dah tanya,”Siapa Gajah Sekarang?”

Hahaha!

P/S : Gembira Juga Bila Ada Reunion Semula Jadi Nih!!

Jumaat, 20 November 2009

Aku Pelik Asal Mat & Minah Saleh Kata Kau Busuk???


* Inilah buah yang paling sedap dan indah sekali dekat dunia nih bagi aku.

* Jadi, aku sangat bengang dengan Mat & Minah Saleh bila menunjukkan riak wajah yang menjengkelkan bila terbau durian. Cess! Keju korang lagi busuklah pada durian dan belacan kitaorang. Haha.

* Aku juga sangat marah bila durian dijadikan salah satu makanan dalam rancangan Fear Factor. Kuang ajaq toii depa nih!!

* Betul juga teori orang Jepun. Rakyat Malaysia pening bila baca buku dalam kenderaan yang bergerak sebab suka makan benda yang berbau. Haha.

* Dulu masa aku kanak - kanak ribena memang aku tak suka gila durian. Sebab apa aku tak pasti?

* Mungkin sebab bau atau mungkin masa mula - mula makan..aku dapat buah yang tak sedap.

* Sekarang....ambik kau...aku sangat - sangat hantu durian mengalahkan hantu batu a.k.a ghostone(kau ingat kau sorang jer ker hantu dekat sini?). Hahaha.

* Bagi aku durian yang paling sedap adalah Durian Kampung dan durian yang paling tak best adalah durian Siam.

* Pengalaman aku makan durian waktu aku belajar dekat Sek.Men.Teknik Kangar dulu paling best. Warden - warden asrama aku yang kejam tu rajin buat makan - makan nih dan antaranya ialah makan durian. Sorang bayar sikit jer tapi dapat ambil sebiji ker atau dua biji buah(yang aku tau aku makan lebih dari satu malam tu..haha). Dan memang panas gilalah malam tu tapi sebab sedap punya pasal tak kisahlah. Janji puas.

* Pastu masa bekas MB Perlis si Shahidan Kassim buat majlis apa entah dekat Stadium Utama, Kangar (belakang skolah aku jer stadium nih) tu. Yang aku tau, aku rembat dua polisterin kut waktu beratur tu. Makan pulut dengan durian ditambah dengan santan tu sangat - sangat menyelerakan aku. Sedap - sedap!

* Masa dekat Uitm pun ada juga makan durian. Mula - mula beli durian dekat satu gerai nih. Menyesal beli murah sebab alih - alih 90% buah tu buruk. Siap ada ulat besar kasut kut(saja kasi metafora sikit..haha) keluar dari buah tu. Penipu punya pakcik penjual durian.

* Jadi, sebab tak nak kempunan punya pasal sanggup pergi gerai lain. Dan sebab nak elakkan sejarah mungkin berulang(Tomok nyanyi kut lagu nih..haha), semangat makan dekat situ juga. Gilah best. Buah durian waktu tu buat aku macam dalam syurga(walaupun aku tak pernah masuk syurga lagi tapi apa aku tahu syurga tu sangat indah) dan aku tak peduli dah kereta - kereta yang lalu tepi aku. Haha.

* Dan sebab apa tiba - tiba aku cerita pasal durian? Sebab sekarang aku tengah makan durian. Gila sedap weih. Isinya yang kuning dan lembut. Fuh, terangkat beb! Razman nak lah tu...Hahaha...Nasib Gabriel Pakcik Kordi tak makan durian sebab beliau makan rumput jer. Selamat durian gua!

P/S : Selamat Menjamu Selera Dengan Durian

Rakan Saya Siri 7,8 dan 9


Member aku yang nih pula asalnya dari Serdang. Nama dia Amalina tapi aku panggil dia Amalina(sama jer). Nama femes dia Ayam Colek(padahal dia salah sebut Ayam Golek) tapi gelaran yang paling femes untuk dia ialah Duyung Tasik Tun Fatimah. Hahaha!! Aku kenal dia masa part 2 tapi mula rapat masa part 4 waktu dia jadi salah seorang group aku.

Pandangan Pertama : Sopan, Tertib, Lemah Lembut dan Bersifat Keibuan Sikit.

Pandangan Sekarang : Senang mabuk(maksudnya blur), selalu juga tersasul dan sangat senang tidur(haha). Dia juga sangat serupa seperti ayahnya sebab terlalu mengambil berat sesuatu perkara.

Aku sangat – sangatlah berterima kasih dan meminta maaf atas beberapa perkara :-

  1. Thanks sangat – sangat sebab sudi drive dan join kitaorang berempat makan dekat Seoul Garden masa part 4. Kalau tak ada kau masa tu memang tak dapatlah diorang bertiga tu nak rasa makan dekat situ. Cuma kau makan sangat sedikit lorr…haha.
  2. Thanks lah bersusah payah tumpangkan kitaorang dekat rumah kau masa buat assignment Nasi Lemak Kopi O. Yang best tu masa tengok filem Apa Kata Hati pepagi buta dekat umah kau. Haha.
  3. Tahniahlah sebab kau bersemangat bangun awal pagi ikut kitaorang pergi buat assignment Publishing. Awal kut kita semua bangun waktu tu. Tak silap aku pukul 5.30 pagi kan? Haha.
  4. Thanks juga sebab bersusah payah buat assignment publishing yang kita sangat – sangat rushing tu sampai nak mandi pun kena cepat – cepat. Dan kau antara menjadi penyelamat untuk presentation Publishing untuk terangkan fungsi – fungsi mesin tu. Walaupun kau amik part yang patutnya aku kena present tapi tak kisahlah. Haha.
  5. Terima kasihlah sebab menceriakan hidup kitaorang dengan lawak – lawak natural ko yang sikit – sikit blur, tersalah cakap dan paling best waktu lalu dekat jambatan Tun Fatimah tu. Ada dua benda yang ko cakap aku tak boleh lupa. Pertama, ko mengaku yang Duyung Tasik Fatimah tu adalah kau dan kedua biawak dalam tasik tu ko kata buaya. Hahaha.
  6. Aku nak minta maaflah pasal kes nama kau tak ada dalam video klip Pada Syurga Di Wajahmu. Seingat aku 1st time aku termarah kau waktu tu siap kau ada nangis – nangis juga. Waktu tu memang penat gila. Apa – apapun aku sangat – sangat minta maaf pasal benda tu..
  7. Lepas tu terima kasih sebab sanggu datang dari tempat kerja kau masa bulan puasa hari tu sebab nak tolong aku yang baru pertama kali berhenti dekat Hentian Duta sebab sekarang bas ekspress dah tak berhenti dekat Pudu. Walaupun kau bagi aku info yang salah tapi kau tetap tunggu aku dekat Hentian Putra. Nasib jumpa kau dan dapat berbuka puasa walaupun sangat lewat masa tu(7.40 malam). Haha.
  8. Thanks juga sebab sudi pergi stesen bas Alor Gajah sekali waktu aku rajin balik masa bulan Puasa hari tu.Haha.
  9. Aku pun nak minta maaf jugalah pasal aku bawa kau dengan kak Mun gunakan jalan ‘Shortcut’ untuk balik ke blok. Haha. Jalan tu aku budget dekat jer tapi rupa – rupanya lagi jauh. Kesian gila korang dua penat.
  10. Nak berterima kasih juga dekat kau sebab join aku dengan kak Mun ponteng kelas Afiq. Siap sembunyi – sembunyi dekat kedai Intekma tu taknak bagi orang lain nampak. Lepas tu lepak dekat pondok depan Tasik tu alih – alih hujan. Hahaha.
  11. Terima kasih juga sebab walaupun lepas tu ko dah group dengan Deja tapi kedua – dua group kita nih sangat – sangat bekerjasama. Masing – masing ada tolak ansur dan saling Bantu membantu.
  12. Tak lupa juga terima kasih selama nih turut serta pergi lepak dekat Mcd, Mamak, tengok wayang dan lain – lain lagilah. Aku akan ingat semua tu tambah - tambah dekat mana - mana tempat pun ko mesti akan tidur dengan senangnya. Haha.

Aku sangat – sangat gembiralah dapat member yang lucu macam kau. Tak ada lagi member aku yang boleh tidur waktu berdiri atau waktu tengah seronok berborak. Kau memang cool Amalina.!!Hahaha. Apa – apapun aku minta maaflah jika ada salah silap dan harap agar kau pun gembiralah bersahabat dengan aku. Insyaallah, nanti kalau ada rezeki jumpa lagi dekat Shah Alam dan rajin – rajinlah tegur yer. Kimsalam dekat family kau dan bagitahu adik kau yang seorang tu. Kau cakap dengan dia jangan malu – malu sangat sebab lagi dia malu lagi orang kata bukan – bukan. Suruh dia confident sikit. Apa – apa hal mesej saja. Bye2!



Member aku nih asal dari Pahang. Nama dia Aisha tapi aku panggil dia Yokies(hahahaha). Saja aku letak gambar perempuan melayu terakhir kau nih(budget nak letak muka kau yang macam orang gila tu tapi tak jadi...haha). Dia ada seorang kakak dekat sana. Dia memang rapat gila dengan kakak dia. Hahaha. Kenal dia masa part 2 sebab dia pun antara mangsa – mangsa shuffle yang masuk dalam kelas aku dan mula rapat masa part 4 sebab dia juga jadi salah seorang ahli group aku. Walaupun aku dengan dia suka mengutuk sesama sendiri tapi masih sekepala juga. Haha.

Pandangan Pertama : Nampak baik, lemah lembut dan pendiam.

Pandangan Sekarang : Semua di atas adalah dusta belaka sekarang. Hahaha. Gilalah kau nih. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Mulut kau sangat laser dan berbisa weih. Paling best waktu ngumpat akak kau dengan shahrul. Hahaha.

Aku sangat – sangatlah berterima kasih dan meminta maaf atas beberapa perkara :-

  1. Thanks sebab sudi jadi group assignment aku dari part 4 sampai part 6. Bersusah payah pergi Nasi Lemak Kopi O, Majalah Forward dan macam – macam lagilah.
  2. Thanks juga sebab sanggup memegang watak perempuan simpanan 1 dalam video klip tu. Lakonan kau sangat mantap weih. Hahaha. Teringat Aziz Desa kata muka kau macam pelakon. Tak leh blah tul pakcik tu(walaupun betul apa dia kata tapi aku tetap membangkang). Hahaha.
  3. Paling best bila tiba waktu buat dosa mengutuk akak kau. Kau konon pura – pura taknak kutuk dia tapi alih – alih kau lagi teruk. Siap kata dia katak. Kau sangat kejam dowh. Hahaha.
  4. Mula – mula aku keluar makan dengan korang masa pergi Seoul Garden tu, aku budget kau makan sikit tapi nahhh….sekali kau dengan Wiyah yang tak berhenti – henti. Makan ker melantak kau nih?
  5. Thanks juga bersusah payah kita pergi cari kedai makan sebab nak shooting gambar untuk Booklet Publication kita. Nasib jumpa kedai makan makcik tu. Slumber jer makcik tu kasi kita ambik semua. Haha.
  6. Aku paling panas dengan kau masa kelas Fazlul ker Afiq yang kau nak balas dendam dekat aku tu. Tension sebab kau asyik kena dengan aku jer. So, hari tu kau bawa gambar – gambar MMS part 1 lepas tu kecoh – kecoh dalam kelas. Sangat sengal disitu…panas panas!! Hahaha!
  7. Paling seronok dapat buat jingle dengan kau. Pertama masa buat jingle Lipton tu. Bersusah payah kita ramai – ramai rakam jingle dekat tangga Batu Caves tu dengan hp. Dan jingle kedua tu masa buat jingle Body Wash untuk subject Advertising dekat kelas tu. Memang best weih. Lawak jer suara sorang – sorang.
  8. Aku pun nak minta maaflah masa pergi TV3 semester nih yang lepas interview Kamaruddin Mape tu aku terus tinggalkan korang sebab aku ikut orang juga. Aku ingat korang tak kisah. Alih – alih dapat berita korang sentap dengan aku lah pula kan. Itu memang aku betul – betul minta maaf dan mungkin itu salah persekitaran waktu tu.
  9. Aku pun tension juga dengan kau nih. Waktu tengah setup booth tu..ada ker patut pergi call pakwe akak kau? Gilalah, sumpah aku tak suka tengok mamat tu weih so mood sangat – sangat tension waktu tu. Haha. So, lain kali kalau kau susah atau ada apa – apa kena tolong pun jangan sesekali ko call dia weih(call Shahrul tak per..haha)
  10. Aku pun nak ucapkan terima kasih atas jasa kau menyelesaikan masalah group assignment kita untuk flash. Ketangkasan kau banyak – banyak membantu melicinkan kerja kita(hahaha..tahniah lagi sekali untuk kau).
  11. Paling lawak masa kita ramai – ramai keluar pergi Seremban dengan bekas skandal Gina. Ada patut Apek tu kata aku couple dengan kau. Gila apa aku couple dengan kau.!!Hahaha. Paling tak boleh blah cara kau baling bola bowling. Superb dowh…haha!
  12. Aku nak tanya satu jer..mana pergi janji – janji manis kau nak bawa masak lemak ikan patin ker apa yang dulu kau kata nak bawa sangat tu? Cess!!
  13. Thanks sangat – sangat bersusah payah selama 3 hari waktu dari mula – mula setup booth sampai habis.

Apa – apapun gembira dapat menjadi salah seorang kawan kau weih. Dan aku harap kehidupan kau dan akak kau akan bertambah rapat(just kidding). Hahaha. So, aku minta maaflah sesangat atas apa – apa salah aku dan terima kasihlah bersusah payah dari part 4 sampai part 6 dengan aku dalam setiap group assignment. Nanti tegur – tegurlah dekat Shah Alam. Apa – apa hal mesej saja lorr..tata Yokies!Kimsalam dekat Shahrul weih. Hahaha.


Member aku yang nih plak oghe Kelate nih. Mokcik nih nama dia Zawiyah tapi aku panggil dia Wiyah. Nama femes dia si Cecep(Aisha bagi bukan aku..hahaha). Kenal dia pun masa part 2 juga dan dia nih pun macam Aisha. Mula rapat pun masa part 4 juga sebab mula jadi salah seorang ahli group assignment aku.

Pandangan Pertama : Sangat pendiam, lemah lembut dan islamik.

Pandangan Sekarang : Masih sama seperti di atas tetapi nak kata diam tu tak lah sangat. Selalu tersalah cakap dan sangat mengambil berat sesuatu perkara walaupun perkara tu kecil jer.

Aku sangat – sangatlah berterima kasih dan meminta maaf atas beberapa perkara :-

  1. Thanks sebab sudi jadi group assignment aku dari part 4 sampai part 6. Bersusah payah pergi Nasi Lemak Kopi O, Majalah Forward dan macam – macam lagilah.
  2. Mula – mula aku keluar makan dengan korang masa pergi Seoul Garden tu, aku budget kau makan sikit tapi nahhh….sekali kau yang tak berhenti – henti. Makan ker melantak kau nih? Dan sorrylah semester nih tak sempat nak pergi sana lagi sekali. Aku terlupa giler weih. Haha.
  3. Thanks juga bersusah payah kita pergi cari kedai makan sebab nak shooting gambar untuk Booklet publication kita. Nasib jumpa kedai makan makcik tu. Slumber jer makcik tu kasi kita ambik semua gambar makanan dia. Haha.
  4. Thanks juga join aku dan yang lain survey tempat untuk shooting video clip tu. Aku tahu kau penat tapi aku pun penat juga. Hahaha.
  5. Trimas lah semester nih sanggup tulis nama aku waktu korang buat assignment apa dalam kelas Translation. Masa tu aku tak pergi kelas. Thanks sangat – sangat weih.
  6. Trimas lagi sebab sudi tolong belikan aku tiket bas masa part 5 dan datang dekat dining blok aku semata – mata nak bagi tiket tu. Terharu weih. Haha.
  7. Terima kasih jugalah sebab semester nih masa nak balik cuti raya dengan cuti semester nih kau sudi join aku balik. Kali pertama dengan Kak Farah. Kali kedua dengan Erlin. Haha. Pasal pakcik bas marah aku tu memang dia marah ker? Lantak dialah.
  8. Thanks jugalah sanggup join aku dengan yati pergi buat clearance hari Isnin lepas exam translation tu. Gila best kan buat clearance hari tu. Jumpa Sahak lah semua. Eh, kau ada kan gambar yang kita ambil lepas buat clearance tu? Nak weih gambar tu..Haha..
  9. Aku pun nak minta maaflah masa pergi TV3 semester nih yang lepas interview Kamaruddin Mape tu aku terus tinggalkan korang sebab aku ikut orang juga. Aku ingat korang tak kisah. Alih – alih dapat berita korang sentap dengan aku lah pula kan siap nangis - nangis. Itu memang aku betul – betul minta maaf dan mungkin itu salah persekitaran waktu tu.
  10. Aku pun nak minta maaflah kalau susahkan kau kena call orang nih lah orang tulah sampai habis kredit kau. Haha.
  11. Terima kasih sangat – sangat sebab sudi bersusah payah, bergelak ketawa dan bersuka ria membuat assignment dengan aku. Paling best korang sanggup jalan kali datang rumah Yatie. Haha. Thanks weih.
  12. Nak minta maaf jugalah kalau selama nih aku dengan Aisha mengutuk kau bila kau selalu tersalah cakap. Biasalah tu. Sapa suruh kau asyik selalu jer salah cakap kan. Haha.
  13. Satu aku perasan pasal kau Wiyah, kau terlalu ambil berat pasal sesuatu perkara. Sikit – sikit mesej, call atau tanya sampai pepagi buta pun sanggup tu. Haha. Penat aku melayan tapi apapun thanks sebab sangat – sangat ambil berat pasal assignment.
  14. Last sekali thanks lah bersusah payah pergi beli barang – barang booth, tolong hiaskan dan paling best tu naik bas Uitm ramai – ramai tetapi pakai baju TV3. Hahaha. Jatuh sekejap imej di mata khayalak ramai. Haha. Apa – apapun ko memang slumberlah Wiyah!

Nak buat macam manakan…pejam celik pejam pejam dah 3 tahun. So, aku harap kau gembiralah berkawan dengan aku sebab aku pun gembira dapat jadi kawan kau. Kalau ada salah silap tu aku minta maaf. Kalau ada apa – apa hutang tu harap halal lah yer. Jumpa lagi dekat Shah Alam. Tegur – tegurlah dekat sana dan moga – moga ko berjaya selepas nih. Kalau berjaya jangan lupakan aku pula. Nanti jangan lupa bawa aku pusing – pusing Kelantan weih. Assalammualaikum. Bye2!

P/S : Tamat Sudah Bha Siri Rakan - Rakan Saya..Pada Yang Saya Tak Tulis Pasal Anda Tu Janganlah Berkecil Hati Yer...Lepas Nih Gua Mau Cerita Pasal Rumah Sewa Gua Plak....Kalau Gua Rajin...Hahaha!