Adoi!! Tawakkal jer lah.
Doakan hasilnya cantik dan menarik.
Senyum Ada Makna Tuu...
Rupa – rupanya ulat beluncas yang di cari. Sangat banyak juga dan susah jugalah nak dijumpai. Sebab warnanya sama dengan warna daun. Aku pun tumpang sekakilah menjejaki si pemakan daun nih. Hasilnya ada dalam 16 ekor jugalah kami dapat dan kumpulkan dalam tempurung kelapa. 14 ekor berwarna hijau dan 2 ekor berwarna coklat.
Mula – mula ambil seekor dan
Gila kuat ulat beluncas nih makan. Habis pucuk – pucuk daun hilang gara – gara menjadi santapan mereka. Warna ulat nih memang menarik tetapi bila tengok dekat mata ulat beluncas nih…adoi…gerun pun ada dan lucu pun ada. Huhuhu.
Teringat pula kes budak asrama jumpa ulat beluncas nih dalam sayur sawi dekat dewan makan. Terus, aku tolak sayur ke tepi. Hahaha. Apa – apapun mencari dan memusnahkan ulat beluncas semalam adalah pengalaman yang sangat menghiburkan.
Maaf kepada Ulat Beluncas kerana terpaksa menghapuskan kau. Siapa suruh ibumu bertelur di pokok bunga itu. Salahkan ibumu. Hahaha.
P/S : Gambar Tak Cantik. Maklumlah Camera Telefon Zaman Pak Kaduk. Huhuhu!

Gua tengah confuse sama ada perlu masuk kad pengenalan atau setakat sentuh aja. Rupa – rupanya untuk kes gua hanya sentuh jer. Tak ker pasal gua kena tunggu lama sebab gua lembab mahu ambil nombor dekat situ. Hahaha. Selepas tu gua pun pergilah bersandar dekat dinding. Dekat mana gua duduk mesti dekat situlah manusia nak lalu! Tak faham betul gua. Adakah gua terpakai susuk secara tidak sengaja hingga semuanya tertarik untuk lalu atau merempuh tempat gua berdiri tu?
Muslimah 1 : Eh, itu ada tempat kosong tu weih!
Muslimah 2 : Mana?
Muslimah 1 : Itu hah. Jom lah duduk dekat situ.
Muslimah 2 : Hang geraklah dulu.
Muslimah 1 : Jom lah pegi sekali.
Tetapi, sampai kesudah diorang tak bergerak hingga tempat tadi dapat pada orang lain. Setiap kali ada tempat kosong mereka berdua akan bercakap benda yang sama. Gua rasa nak duduk tapi bila tengok macam diorang nak pergi duduk gua bersandar jer lah lagi dekat dinding tu sampai gua rasa diorang nih hangat - hangat tahi ayam jer jadi gua pun pergilah duduk dekat kerusi tu.
Gua sangat selesa duduk sambil dihujani deruan angin yang dingin berpunca dari penghawa dingin yang melekat di dinding. Budak perempuan dua orang tu tengok jer gua duduk dekat situ. Gua peduli apa! Kalau gua tak duduk pun bukan lu berdua mau duduk pun. Lepas tu ada pakcik tepi gua asyik hendap - hendap jer borang gua. Gua saja jer sembunyi - sembunyi borang gua kasi dia kesukaran sikit. Hahaha.
Akhirnya, segala urusan gua dekat
Selepas nih gua kena sibuk pula uruskan pasal rumah sewa. Fuh! Nasib member – member gua banyak tolong. Thanks pada korang berdua. Rehat kejap! Chow!
P/S : Minggu Depan Mahu Lawan Bowling. Balas Dendam Bakal Berlaku!
P/S Lagi : Sedihnya Duit Nuff Aku Tak Bergerak! Haih!
Sampai sahaja di
Gua pergi X-Ray badan gua dulu. Selalunya tak lama sangat tunggu tapi hari nih sangat lama. Letih berdiri sebab semua kerusi penuh dengan orang. Sampai giliran gua jadi gua cepat – cepatlah masuk. Gua dipaksa doctor membuka baju. Gua tengok depan gua ada dua orang lagi tak buat x-ray so gua malaslah nak buka baju tapi doctor tu asyik paksa gua jer buka. Pelik betul. Akhirnya gua buka jugalah. Sampai giliran gua tiba – tiba ada perempuan nak buat x-ray juga. Wah, malu I tau doctor! Sampai hati U biarkan tubuh I terdedah kepada si wanita itu. Tapi, gua buat biasa jer lah. Budak perempuan tu bukan cun pun tapi kalau buang kepala dia mungkin dia akan menjadi antara makhluk yang seksi di mata gua. Hahaha.
Lepas habis tubuh gua ditatapi oleh doctor wanita itu maka gua pun keluarlah menunggu keputusan. Sekali lagi sangat letih berdiri. Setengah jam baru gua dapat lihat x-ray gua. Akhirnya, pergi buat ujian air kencing pula. Keadaan tandas hospital adalah menyedihkan. Nasib lelaki tidak perlu duduk untuk kencing. Jadi, tiada masalah bagi gua. Pantas jer gua keluar dengan bekas yang berisi bahan mineral daripada badan sendiri. Alih – alih minah yang tak cun tu pun ada dekat belakang gua. Habislah maruah gua tercemar sebab minah tu sudah tengok air kencing gua dekat kaunter urin tu. Apalah minah tu. Air kencing gua pun mau tengok!! Sempatlah gua merepek dengan member gua berkenaan kisah air kencing dan tahi sehingga ruang menunggu itu gamat dengan ketawa kami berdua. Mana tak ketawa bila terbayang jika air kencing di dalam cawan plastic itu tertumpah dan terkena borang medical check up tu. Tapi, urusan di sini sekejap saja sebab tak sampai 5 minit pun dekat kaunter nih.
Selepas tu gua pergi pula kaunter untuk ukur tinggi, berat dan penglihatan. Lama gila gua tunggu. Nasib member gua ada menceriakan keadaan. Kalau tidak gua boleh mati bosan lama – lama tunggu dekat
Pukul 2 gua dah dekat hospital balik dan gua ambil angka giliran untuk pemeriksaan terahir dengan doctor. Nombor giliran gua 1206 dan nombor sekarang adalah 1108. Gua kena tunggu lagi 90 orang lebih sebelum dapat jumpa doctor. Bermacam – macam yang gua borak sama dengan member gua, si Am sampai naik mengantuk. Dari perkara yang berfaedah sampailah kepada perkara – perkara yang laqa semuanya dibualkan. Perkara lucah juga kerap menjadi perbualan kami untuk memeriahkan suasana. Akhirnya selepas 1 jam lebih gua tunggu, dapat juga gua jumpa doctor dan masa untuk menyelesaikan benda itu hanya 5 minit. Akhirnya, gua pulang ke rumah selepas seharian menghabiskan masa di hospital daripada pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Letih betul dan terima kasih kepada member gua iaitu si Am kerana sudi menemani gua ke
P/S : Tak Dapat Pergi Bank Nak Bayar Yuran. Adoi!!
P/S : Click Nuff Gua Selalu Yer!
Avatar mengisahkan seorang bekas tentera laut, Jake Sully yang cedera dan lumpuh dari pinggang hingga ke bawah. Beliau dipilih untuk menyertai program Avatar bagi menggantikan kembarnya yang terbunuh. Mereka mengembara ke Pandora, sebuah planet hutan yang dipenuhi dengan pelbagai makhluk yang aneh dan pelik, ada yang cantik dan ada juga yang menakutkan serta bengis. Planet Pandora ini merupakan sebuah kediaman untuk makhluk bernama Na’vi iaitu golongan primitif planet itu yang lebih bijak dari manusia.
Program Avatar adalah program yang dicipta pihak manusia iaitu dengan mereka cipta sebuah makhluk yang sama seperti Na’vi dengan mencampurkan sel manusia dan sel puak Na’vi tetapi mengikut sel – sel manusia yang terpilih dan hanya manusia yang terpilih itu sahaja boleh mengawal makhluk itu melalui otak di dalam sebuah bekas yang ditutup. Jadi, ini memberikan Jake peluang untuk berjalan semula kerana dia dijanjikan jika program ini berjaya pihak program Avatar akan menanggung segala kos pembedahan kakinya. Jake Sully diarahkan supaya menemui puak Na’vi dan
Dengan ketinggian puak Na’vi adalah tiga meter serta mempunyai ekor dan berkulit biru bersinar, puak ini hidup dengan aman dalam dunia mereka yang dianggap suci dan tidak tercemar itu. Namun, apabila pihak manusia dari program Avatar meneroka lebih dalam sehingga mengganggu serta sanggup memusnahkan tempat tinggal mereka semata – mata untuk merampas bahan mineral dan sumber galian yang bernilai tinggi jika di jual di Bumi, maka pihak Na’vi mula mengamuk dan
Di sini Jake Sully terpaksa memilih sama ada untuk mengkhianati bangsa manusia atau terpaksa berjuang bersama puak Na’vi untuk menyerang manusia. Untuk lebih lanjut, sila menonton di pawagam berhampiran anda.
Bagi penulis, jalan ceritanya sangat menarik. Adegan cinta yang datang secara tiba – tiba di antara Jake Sully dan gadis Na’vi itu sangat mengujakan walaupun mereka berwajah unik kebiru - biruan. Aksi gadis itu mengajar Jake Sully tentang budaya mereka dalam adegan – adegan tertentu juga sangat menarik.
Kesan khas filem ini amatlah mengagumkan penulis. Dari rekaan set hutan yang sungguh hebat, wajah – wajah haiwan yang pelik serta struktur fizikal puak Na’vi yang unik adalah amat membanggakan. Tidak seperti kesan khas dalam filem G.I.Joe ataupun Final Destination 4 yang kurang menarik, Avatar merupakan filem yang mampu menunjukkan kesan khas yang hidup dan seolah – olah benda itu wujud. Penulis sangat teruja dan teringin mahu bertemu dengan hutan yang indah seperti di dalam filem ini.
Dari segi politik, cerita ini mungkin boleh di samakan seperti Palestin(puak Na’vi) serta
Imaginasi yang tinggi yang di ilhamkan dari setiap orang yang terlibat dalam filem Avatar adalah amat tinggi dan mengagumkan.
Apa – apapun tidak salah jika penulis katakan bahawa filem Avatar lebih baik dan bagus dari filem 2012. Pengarahnya juga menjanjikan jika filem ini box office maka akan ada sekuel ke-2 untuk filem ini.
Penulis tidak sabar menanti sekuel filem seterusnya.
Dari skala 5 bintang, penulis memberi 5 bintang.
Dari skala 10 bintang, penulis memberi 9.99 bintang.
P/S : Yang Pasti Anda Tidak Akan Merasa Rugi Melaburkan Wang Saku Pada Filem Hebat Seperti Ini. Selamat Menonton!
Aku sudah tengok siaran langsungnya pada hari Sabtu lepas dan sebentar tadi ada siaran ulangan dan aku ternampak footnote dibawah yang menunjukkan mesej – mesej sms dari peminat Idola Kecil 2. Macam – macam yang aku baca dan aku rasa sangat terkejut dengan komen – komen negatif dari mereka.
Kebanyakkan mesej ditujukan kepada adik Azam yang berbunyi seperti ini,”Adik nih cutelah. Boleh tak jadi adik angkat akak/abang?Plzzzzzzzzz.” Si Azam nih tak dinafikan memang comel dan bila besar nanti memang ada rupa cuma yang aku pelik dengan manusia – manusia yang hantar sms macam nih. Budak tu masih kecil lagi kut. Lebih baik korang bagi kata – kata semangat dari nak buat adik angkat la berangkat – angkatlah.
Kemudian, banyak mesej yang mempertikaikan adik Syafienaz diundi keluar dan minta dia di masukkan balik. Aku pun terkejut hari tu dia disingkirkan sebab suara dia memang merdu juga tetapi adab pertandinganlah ada menang dan kalah. Patutnya masing – masing terimalah keputusan juri. Pasal adik Sam keluar pula tu juga menjadi isu. Kata mereka kenapa pihak Idola Kecil tidak menolak permintaan Sam tu. Nak buat macam mana dah dia nak keluar. Bukan dipaksa jadi terima jer lah keputusan Sam sebab dia tahu apa yang dia buat. Tetapi, suara Sam memang power lah sebagai seorang yang bukannya Melayu. Kagum juga aku dengan dia.
Kemudian banyak mesej yang mengesyorkan sepatutnya adik Maulud atau adik Nurul di buang kerana kononnya si Maulud tu over dan si Nurul pula suara tak sedap. Apa salahnya Maulud over. Lagipun, dia
Paling aku tersentuh dengan satu sms yang menyuruh Maulud dengan Nurul disingkirkan. Punyalah tak ada hati perut dan busuk hatinya dia hantar sms macam nih,”Kenapa Fienaz yang keluar? Patutnya Maulud yang over tu dengan Nurul yang suara tak sedap tu keluar. Dahlah mata Nurul tu juling”.
WTF kau suka – suka jer nak hina ciptaan Allah!!
Memanglah dia juling tetapi bukan dia yang minta.
Tolonglah manusia – manusia yang menghabiskan duit sms yang bukan – bukan atau menghina sebentar tadi. Mereka semua tu berbakat dan ada kelebihan masing – masing. Bab suara sedap ker tak itu ditentukan juri. Juri yang pilih mereka masuk dan mereka cuma bertanding secara sihat. Korang boleh nak sokong atau minat siapa – siapa pun korang nak tapi janganlah kutuk, hina atau
Cuma lihat persembahan dan kalau suka beri tepukan atau doakan kejayaan. Kalau tak suka diam sudah. Jangan sokong kerana mereka cute atau comel sahaja. Lihatlah pada bakat mereka dan jangan sesekali menghina kekurangan yang ada pada mereka. Mungkin kau yang sms tidak juling tetapi belum tentu anak – anak kau atau cucu – cucu kau akan mempunyai mata secantik kau juga. Fikirlah dulu sebelum menghina!
Mungkin korang nampak macam aku nih peminat fanatik si adik Nurul tu tetapi sebetulnya aku sangat menyokong si adik Dayana. Bagi aku semua bagus – bagus dan bagilah sokongan pada semua. Jangan menghina tak tentu pasal.
Apa – apapun, selamat berjuang pada semua adik – adik cilik Idola Kecil 2.
P/S : Lepas Tengok Sms Biadap Tu Terus Aku Tutup TV….Kurang Ajar Betul Orang Yang Hantar Sms Macam Tu!
Pertanyaan : Dengar Katanya Cik Zatil Nak Bertunang Esok? Betul Ker?