Banyak Aku Nak Cakap Nih!

Aku mahu lihat wayang. Aku terpandang filem Ju On yang baru. Setakat nih semua film dia aku dah tengok dan semua seram - seram belaka. Jadi, ada tak siapa - siapa yang dah tengok? Boleh bagi tahu aku filem nih mengecewakan atau tidak?

Aku sangat berkeinginan untuk makan besar. Kalau boleh semua mahu makan. Maklumlah, berat badan dah turun balik. Hahaha. Seronoknya kalau dapat makan besar nih. Bila agaknya tu?

Aku rasa nak balik rumah masa Chinese New Year nanti. Korang tolong doakan assignment tak banyak atau tak ada langsung waktu tu. Hahaha. Boleh aku balik rumah dengan aman.

Aku mahu beli beg. Rasa rimas pula bawa fail jer. Ada beg senang sikit nak buat kerja lain seperti mengambil nasi di restoran Ummi atau memegang barang - barang tertentu.

Aku sudah buat keputusan mahu ambil Mandarin. Mungkin susah tapi aku akan cuba. Kalau aku boleh jadi hebat bahasa Mandarin lepas nih senang sikit nak dapat barang murah. Hahaha.

Hari pertama bawa motosikal dan waktu pulang boleh pula tersesat. Dua tiga kali aku lalu tempat yang sama. Malu pun ada tapi buat bodoh sudah. Bukan diorang kenal pun siapa aku yang kacak nih. Hahaha.

Bila semakin meningkat umur maka makin terasa segan untuk minta duit dekat mak ayah. Semua benda yang aku nak buat perlukan duit. Duit buku saja dah berapa. Nasib ada member aku si Pikah. Dapat juga jimat duit sikit. Jadi, apa - apa pun cubalah survive dengan duit yang ada. Insyaallah! Duit menang contest hari tu pun tak guna lagi. Hahaha.

Lagi satu kepada follower yang baru dan sudi follow blog aku yang meraban dan caca merba nih, kalau boleh tinggalkan komen anda. Kalau nak komen sekali jer pun seumur hidup pun tak apa. Sebab mahu link anda kerana kadang - kadang bila click dekat followers tu tak pula keluar link korang.

Dan sorry banyak - banyak sebab tak dapat nak blogwalking. Susah! Broadband bukannya laju. Nak post entry nih pun berpuluh kali aku fresh. Harap korang jangan terasa hati yer. Sumpah aku minta maaf sangat banyak - banyak. Aku terharu sebenarnya tambah - tambah korang setia komen blog aku walau aku tak sempat langsung komen blog korang. Thanks sangat - sangat weih. Sayang korang. Hahaha.

Duit nuff aku naik 25sen. Hahaha!

P/S : Doakan Kebahagiaan Aku Dekat Sini

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam.. mmg bnyk ckp betul.. start ari 1st jmp blog ni, everyday sy buka.. sbb ada something yg slalu buat sy gelak.. hilang smua serabut dlm otak.. :-)

    BalasPadam
  2. semoga lu berbahagia hans
    ehehehe

    pandai2 la lu bajet duit..
    aku paham sebab aku ex-student gak
    rajin2 la tlis blog
    kot2 ko leh wat duit cm hanis zalikha
    ahaha

    erk888.blogspot.com
    dizisgude.blogspot.com

    BalasPadam
  3. jangan sumpah2 weh..nanti kena mkn sumpah..ilnag lak s0rang kawan bl0gger ku...heee

    BalasPadam
  4. JU ON biasa2 je.

    aku rasa cam rugi menontonnya di pawagam..haha

    BalasPadam
  5. Sekali seumur hidup? Hahaha.. Aku dh bnyk kali dah ni.. Caner? Ahaks..

    Rajin ko update kan skarang hans.. Huhu..

    BalasPadam
  6. wah..banyaknyew benda nak beli!tapi rasanya kalo beg tu mmg sgt2 perlu la kot..

    BalasPadam
  7. patot tadi masa aku dok kat bus stop, nmpak org yg sama jalan situ 4kali..kau rupenya..haha

    BalasPadam
  8. boleh jadi penceramah bebas mcm ni..
    haha

    BalasPadam
  9. owh..tape nok..phm mslh bodben..yeke??huhu....weh..cmne ko kururs??aku nak kurus gak!

    BalasPadam
  10. salam hans;

    takpe aku faham.aku pon student gak dulu.err restoren ummi kat seksyen 7 tu ek?wakaka..feveret tuh klu time2 luch makan kat situ.try la g tomyamku.com tak silap kat belakang restoren ummi.kengkadang de promosi.hahahaha..seyesh;)

    semoga tabah di sana, bro..perghh tak bole bla ayat aku;)

    BalasPadam
  11. insya Allah ko akn bhgia,.

    ak pon amik mandarin gk,.,
    last2..x ingt ape pon,.
    reti mmbilang je,.
    kui2

    BalasPadam
  12. Ada satu yang ko lupa nak cakap ..''ko tak teringin nak kawen ke?.. heh he !

    BalasPadam
  13. ko dah tgk sherlock holmes?
    besh kan?
    aritu aku pon nak tgk ju on tapi aku terbeli tiket vampire assistance lak~
    wekekekee~
    besh gak ar~

    BalasPadam
  14. naik 25sen. esok naik rm25.. pstu naik rm250.. pstu rm2500.. pergh.. dh kaya, g beli hadiah bsday sndri k!

    BalasPadam
  15. nak makan besar ko kawen ler
    haha

    BalasPadam
  16. owh puas hati kan dapat cakap byk..huhuhuhu

    hope apa yang ko nak tu akan dapat... :)

    BalasPadam
  17. upgrade berokben la..haha...duit lagi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama