Tahniah Pada Calon - Calon Yang Menang Bertanding Untuk Jawatan MPP

Tahniah pada member gua yang menang bertanding jawatan MPP dekat Uitm Merbok, Kedah. Hahaha, mulut gua memang masin. Dia taknak menang tapi gua kata dia mesti menang punya. Sebab bila kita nak kan sesuatu selalunya kita tak akan dapat. Kalau dapat pun itu namanya rezeki. Tetapi, kalau kita tak nak atau cuba elakkan sesuatu mesti benda itu akan datang kepada kita. Apa - apapun tahniah sekali lagi kepada Umar @ Fitri. Hahaha.

Untuk calon - calon fakulti gua....gua tak tahu pun sapa yang menang. Gua pun tak kisah. Semalam kena undi 2 orang daripada 5 orang. Gua memang nak mengundi pun cuma gua paling semangat nak undi semalam sebab lepas mengundi dapat air kotak ice lemon tea. Itu memang salah satu air favourite gua tu so rugilah kalau tak pergi kan.

Ada 5 orang yang bertanding. 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Kesemuanya menjalankan promosi masing - masing dengan menampal poster. Tetapi, gua tertarik dengan poster yang tidak ada gambar. Cuma ada kertas A4 putih beserta nama yang ditulis menggunakan marker hitam. Ada dua orang calon buat macam tu tetapi seorang daripada calon itu akhirnya keluarkan poster gambar juga.

Memang ada orang akan kata mengapa mahu undi mereka kerana nampak seperti mereka tidak bersungguh - sungguh tetapi bagi aku cara itu unik. Lagipun, manifesto masing - masing semuanya merepek bagi aku. Mahu beri parking kereta pada pelajar lah, hilangkan palanglah dan macam - macam lagi tu memang retorik semata - mata. Hahaha.

Tahun depan lu suruh gua bertanding? Lu gila? Gua tak minat benda - benda macam nih. Gua tak ada masa nak fikirkan pasal parking kereta pelajar - pelajar. Gua pun tak ada kereta. Hahaha. Lagipun, menjadi orang biasa lebih indah bagi gua buat masa sekarang. Jadi, bagi sesiapa yang menang silalah tunaikan manifesto anda. Kalau tak dapat tunaikan siapa suruh anda beriya - iya buat manifesto yang bukan - bukan.

Semoga berjaya semua MPP baru.

P/S : Kelas Cancel. Best Betul Tidur Tadi!

P/S : Rajin - Rajinlah Click Nuff Aku Yer. Lama Tak Promote Nuff Nih. Hahaha!

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tingat masa study dulu

    BalasPadam
  2. paling x best time ni...mesti ada je org yg sibuk nak ajak kita berbual, soh undi tu, undi ni...borin2...

    BalasPadam
  3. aku undi calon yang paling cun je zaman dulu2...heh senang.

    BalasPadam
  4. masa aku terjah Nuff ko tertido... so tak dpatla aku klik.... hehe.

    BalasPadam
  5. ececey..
    betul ke tak minat langsung dgn MPP..
    =P

    BalasPadam
  6. redning : hahaha

    siti nurie : tahu xper..nampak sangat plastik giler

    hafizchan : hahaha...aku undi orang xder muka

    faiz : soib sob sob T_T

    zack : betul la tak minat...xsuka la aku benda2 macam tu

    BalasPadam
  7. dy0rang janji nak naiktaraf wifi kt setiap k0lej..lepas ni kal0 ku merayau2 kat bl0g maknanya dy0rang tunaikan janji la..

    kal0 ku diam tu..maknanya di0rang tu penipu belaka

    BalasPadam
  8. siyesli, apsal la calon2 skang die bg budak2 tahap bwh umur, xde pengalaman hidup n xnah hidup susah, n jenis bertanding sbb nak glemer je... wtf weyh... camne nak mewakili pelajar...
    so, xpe la kan ak xvote sape2 utk tanda protes...

    BalasPadam
  9. aku percaya kalau ada calon radikal seperti

    *saya akan memecat encik f***i

    mesti semua orang teruja.

    BalasPadam
  10. hahaha..

    ko letak name ak???

    kuikuik..

    anyway..

    thanx again!!!!!

    BalasPadam
  11. ta saba na sambong dgree... :))
    na gak jd calon MPP ni..
    :P:P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama