Apabila Kau Sedar Kau Bukanlah Berseorangan...

Sewaktu kau berada di dalam rumah seorang diri sama ada di tinggalkan rakan - rakan atau keluarga ataupun memang kau mahu duduk seorang diri dirumah tiba - tiba terdengar bunyi aneh di bahagian dapur. Kedengaran bunyi air jatuh berguguran daripada sinki air di dapur. Jelas juga bunyi seperti orang sedang mengetuk - ngetuk garfu di pinggan. Apabila kau melihat jam di dinding, waktu menunjukkan pukul 11 malam. Kau cuba mengingati hari apakah pada hari ini? Khamis!! Yeah, hari Khamis! Kau sekali lagi melihat jam di dinding. Tiba - tiba bulu roma kau mencanak naik serta merta. Kau berasa hembusan angin sayup - sayup merentasi di tepi telinga kau. "Kenapakah suasana pada malam ini tidak seperti malam - malam yang lain?" kata kau sambil tertanya - tanya. Tiba - tiba kau terdengar bunyi televisyen dari luar bilik kau. Adakah rakan - rakan atau keluarga kau sudah pulang? Tidak pula kedengaran bunyi kereta mereka dari luar. Kau terus berlari keluar menuju ruang tamu. Tetapi, tidak ada sesiapun di situ. Televisyen juga tidak dibuka. Kau berasa pelik. Dari mana datangnya bunyi yang kau dengar tadi tetapi kau cuba mengendahkannya. Kau menuju pula ke tandas untuk membuang air kecil serta memberus gigi. Sewaktu kau sedang memberus gigi, kau perasan ada satu bayang - bayang melintasi pintu bilik air kau yang tertutup rapi berulang kali. Wajah kau mula berubah. Kau sudah tidak seberani tadi. Perasaan ketakutan kembali menghantui kau. Kau keluar dari tandas perlahan - lahan dan dengan sepantas kilat kau berlari ke bilik kau. Kau kembali ke meja yang menempatkan komputer kau dan cuba menenangkan hati dengan bermain game di laman masa kini iaitu facebook. Di hadapan meja kau ialah sebuah cermin besar yang menunjukkan pintu bilik kau yang sedang terbuka. Tiba - tiba kau terlihat pintu bilik kau terbuka dan tertutup berulang - ulang kali seolah - olah ada orang yang cuba bermain - main dengan pintu itu. Kau sudah tidak mampu menahan perasaan takut lagi. Kau berlari mengunci pintu dan terus menutup lampu bilik. Kau berlari ke katil dan terus menyelubungi diri kau dengan selimut. Kau lupa menutup komputer kau di atas meja. Tiba - tiba komputer kau berbunyi lagu - lagu berformat mp3. Kau makin terasa seramnya. Tiba - tiba lagu - lagu yang sedang berkumandang di dalam laptop kau berhenti. Kau berasa pelik. Kau cuba melihat apa yang berlaku disebalik selimut yang membaluti tubuh kau. Tiba - tiba, pintu bilik kau diketuk bertalu - talu. Kau mula menangis sehinggalah kedengaran suara rakan atau keluarga kau yang menyuruh kau membuka pintu. Kau berasa gembira kerana akhirnya rakan - rakan atau keluarga kau telah pulang ke rumah. Jadi, kau tidak perlu berasa takut lagi untuk menghadapi suasana yang menyeramkan itu. Kau membuka pintu dengan lajunya tetapi tiada orang pun di depan pintu itu. Muka engkau berubah. Tiba - tiba kedengaran suara sayu daripada belakang kau,"Awak cari saya kerrrr?Saya dekat belakang awak nihhhhh." Kau berpaling ke belakang perlahan - lahan dan terus...........(lu fikirlah sendiri) P/S : Sempena Malam Jumaat Marilah Kita Sama - Sama Menikmati Kisah Ini Sebagai Hiburan Di Kala Malam Yang Sunyi. Selamat Membaca Dan Terhibur. Amacam? Best Tak Kisah Nih? Hahaha.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hahha... kalau kat umah aku kat Pahang, memang selalu aku lepak atas atap kul 1 2 pagi... Tapi takde pape pon~

    BalasPadam
  2. rajin mengusik orang ye..
    cuba ko tengok bawah katil ko kot kot ada antu jo on tu hehe.

    BalasPadam
  3. hans..eny sorang2 ney..takot taw..mai sini teman mai!

    BalasPadam
  4. uikkk, awak kan, isshhhh...tak boleh nak habiskan baca n3 ni..SEREMMM, tak tau apa endingnya, esoklah sambung..

    BalasPadam
  5. cehhh
    banyak sangat tengok cite jangan tegur ni
    erk888

    BalasPadam
  6. cehh....ko jgn wat cite2 yang menyeramkan erkk..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama