Khamis, 11 Mac 2010

Demi PTPTN….(Part 2)

Gua pergi jumpa budak rumah gua sebab gua bagi kunci motor gua dekat dia. Gua tanya mana motosikal gua. Dia kata ada dekat fakulti. Adoiiiiiiiiiiiiii!!!! Gua ingat dia datang dengan motor gua. Gua dah nampak dah azab depan mata gua.

Gua pun berjalan mengharungi panas terik matahari pergi ke fakulti. Tersilap pula pilih jalan jauh. Gua macam nak gila berjalan dari ATM Bank Islam melalui fakulti engineering, medic, sport science sampai akhir sekali tiba dekat fakulti gua.Peluh jangan nak cakaplah tambah – tambah waktu naik tangga Batu Caves dekat fakulti Sport Science tu. Serupa gua masuk marathon pun ada. Gua rasa kaki gua macam dah tak wujud. Letih gila babi punya.

Gua ambil motosikal gua pastu gua rempitlah balik rumah. Tiba – tiba baru teringat pendrive gua ada dekat Yatie. Walaweh, apakah dosa yang telah aku lakukan hari nih???Aku tawakal jer lah balik rumah. Nasib ada seorang budak rumah sedang tidur. Aku pun buka laptop terus minta dekat dia pendrive. Mula – mula dia taknak bagi sebab katanya nak pergi kelas lah discussionlah. Tapi, aku terpaksa tebalkan muka jugalah minta. Aku kata sekejap jer. Tak lama. Aku nak pergi print jer dekat CC Astaf Jahanam tu lepas tu aku balik rumah. Akhirnya, dapat juga pendrive dan bergegas ke CC tanpa pakai helmet pun.

Sampai dekat CC tu, aku pun print lah tapi si owner CC yang celaka nih suka bikin hati aku panas. Sebab aku fikir aku tak ada banyak masa jadi aku malas nak bertekak sebab kalau aku bertekak dengan dia macam hari tu mau dekat 15 minit. Aku pun lepas print terus bayar. Sebab sekeping 40 sen dan aku print lebih kurang 43 helai so aku budget semua sekali dalam RM17. Aku tengok si owner yang mangkuk nih terkial – kial kira pakai calculator dan tiba – tiba dia kata semua sekali RM13. HAHAHAHAHAHA. Pergi matilah kau kira salah. Kalau kau baik tak apa juga aku nak cakap kau salah kira. Lagipun memang kau suka ambil untung lebih. So, aku buat bodoh jer lah bayar. Selamat RM4.

Pastu balik rumah kasi pendrive dan aku terus susun borang yang aku print tadi. Adoii!! Bodohlah owner CC tu. Sukahati dia jer susun – susun borang PTPTN aku. Dahlah aku tengah kejar masa. Nak kena pula susun balik sebab dah tunggang terbalik. Lepas tu member aku Wiyah sms tanya asal aku balik cepat. Aku pun minta tolong dia sign untuk ayah dan mak aku. Nasib dia mau tolong. Aku bukan taknak sign sendiri tapi sebab memang tak boleh. Nak reka pun boleh tapi sumpah memang akan kantoi sebab cara aku tulis adalah sangat unik.

Jadi, bergegaslah pergi KFC seksyen 7.Sampai dekat Traffic Light, sedang motor aku bergerak tiba – tiba datang lori dari hadapan.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!...........

To Be Continue…

8 ulasan:

  1. uish..panjang benar cte ko kali ne...btw apsal ko tak beli printer sniri je??bukan lagi murah ke??

    BalasPadam
  2. adohyai..apa plak masalahnya ni hans? xsabar nk bc next n3

    BalasPadam
  3. wei..gua dh leh agk dh..
    paper pt lu tue smua msti hancus kna pjak dek lori tue..kn2

    BalasPadam
  4. betol ke name cc tu astaf jahanam?haha-kelakar dooo-
    mmg jahanam lah cc tu pasni-kalo kira2 pun dah silap2-haha-layan doo citer ni-siap bersambung lagik tuu-the series betol lah-haha ;D

    BalasPadam
  5. hahaha..
    cc astaf jahanam..
    memg jahanam la kan..
    cpat part 3 lak..
    :)

    BalasPadam
  6. cis.. men sambung sambung plak..
    x aci la..

    BalasPadam
  7. main sambung2 entry ko skang ek hans
    aku baca dari part 1 tu...
    PTPTN memang cam haremm sket
    silap simple pun nak kecoh2

    BalasPadam
  8. lori tu ......................



    komen aku pun sambung gak kat part 2 nanti

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com