Kenapa Saya Gelarkan Mereka Sebagai Betina? Harap Para Wanita Jangan Emo Dengan Saya.

Ramai suruh gua update pasal pengalaman gua menonton film Kick Ass pada hari Jumaat yang lepas. Mereka nak tahu kenapa gua gelarkan segelintir remaja perempuan di belakang gua sebagai Betina. Adakah saja - saja gua gelar sebagai betina? Kasar sangatkah perkataan yang gua tujukan pada mereka? Relevankah perkataan itu dengan perbuatan mereka? 

Sebelum itu gua minta maaf awal - awal kerana mungkin ada orang akan menganggap ini hanya perkara remeh atau biasa - biasa saja. Nak buat macam mana. Kita sama hanya berlandaskan perkataan manusia. Hakikatnya kita berlainan dari setiap segi. Jadi, gua harap anda menghargai pemikiran gua dan jika tidak bersetuju pun gua tak boleh nak kata apa - apa kerana gua juga tidak sempurna.

Jika sesiapa sudah menonton film Kick Ass pasti anda akan terlihat adegan - adegan seksual dan yang seumpama dengannya bukan. Dari permulaan cerita lagi 3atau 4 orang remaja wanita di belakang gua nih asyik bising - bising. Gua tidak ambil kisahlah waktu tu sebab gua tengah bermanja - manja dengan pop corn TGV yang sedap lagi manis bersama Ice Lemon Tea. Kisah bermula apabila keadaan wayang digelapkan dan muncul iklan - iklan trailer dengan sound yang menakjubkan. Sekali lagi mereka bertiga itu menjerit dan membuatkan gua terkejut. Okay, mungkin sebab sound effect buat mereka terkejut. Tak ada hal lah.

Kemudian filem bermula dan apabila ada aksi - aksi lucu semua ketawa. Tetapi, durasi ketawa mereka sangat panjang walaupun scene film yang lucu sudah lama berakhir. Tidak kisahlah itu semua. Sampai ke satu scene yang memang agak ngeri dan mereka berulang kali menyebut perkataan 'SHIT' dengan nada yang kuat. Gua terasa sangat annoying dengan 3 remaja wanita nih(waktu ini masih belum layak digelar betina). Haih, baru 1st time jejak kaki dekat TGV ker? Gua dulu 1st time tengok wayang pun taklah macam nih. Okay, tak apa! Mungkin tengah excited.

Apabila tiba babak - babak menunjukkan lelaki yang hot seperti badan berketul - ketul dan berurat, lagi sekali wanita - wanita ini menjerit. Adoyai! Gua ada member gila - gila juga tetapi taklah sampai tahap macam nih. Kalau setakat menjerit sebab kagum ker tak kisah sangat. Ini boleh pula dia berangan - angan lucah dengan berborak dengan member dia. Cakap nak kuat plak. Dari sini gua dah boleh klasifikasikan dia sebagai betina dah tapi tidak secara keseluruhan.

Tiba - tiba ada pula babak yang  menunjukkan aksi - aksi erotik. Sekali lagi remaja - remaja wanita ini menjerit. Kemudian mereka berkata, "Adoi, malunya weih. Dah lah sini ramai lelaki. Malulah weih." Owh, dari satu sudut gua berbangga kerana mereka ada perasaan malu cuma dari satu suduh yang lain gua sangat menyampah kerana mereka bercakap dengan kuat dan berulang - ulang seolah - olah mulut mereka adalah pita perakam yang dimainkan semula. Apakah motif kau bercakap kuat - kuat di kala penonton lain ghairah berdiam diri melayan fantasi masing - masing? Gua sangat tak faham. Waktu ini gua sudah mengklasifikasikan mereka sebagai betina. Kerana apa? Kerana sifat malu mereka bagaikan tiada.

Kemudian, bila tiba aksi yang penonton lain menghayati dengan kesedihan dan tiba - tiba mereka ketawa dengan kuat. Sumpah gua rasa mereka nih sangat pelik. Mungkinkah teori gua bahawa mereka pertama kali menonton wayang di panggung wayang adalah betul? Gua rasa kadang - kadang mereka ini seperti mahukan perhatian sahaja. Sudahlah bila terkejut, kaki mereka tidak boleh duduk diam. Bukan setakat kaki, mulut juga berbunyi. Memang buat gua 'SELERA' tengok wayang waktu tu.

Film tamat dan masa untuk melangkah keluar. Gua perhatikan mereka dan terkejutnya mereka bertudung. Kepada yang bertudung bukan gua nak kata kamu semua jahat. Sumpah tidak. Cuma gua rasa kecewa dengan betina - betina itu. Serius mereka sangat mengjengkelkan. Kawan gua disebelah juga mengalami sedikit tekanan perasaan gara - gara sikap mereka yang memalukan itu.

Jadi, inilah sebab - sebab gua menyamakan mereka dengan betina. Minta maaf jika anda juga para wanita disana ada melakukan perkara - perkara seperti ini di panggung wayang. Orang lain gua tak tahu apa perasaan mereka tetapi bagi gua, sebagai wanita melayu ditambah dengan bertudung dan kemudian tanpa rasa segan silu bercakap kuat - kuat berkenaan seks dikala suasana sunyi yang memuatkan ramai orang...sangat memalukan.

Begitulah kisahlah dan kepada sesiapa yang merindui entry - entry gua yang panjang sebelum ini, ini gua hadiahkan entry yang agak panjang. Selamat membaca sehingga habis.

P/S : Tinggalkan komen anda. Tak kisahlah menyokong atau menentang. Janji anda mampu luahkan perasaan anda lepas membacanya. Assalammualaikum.

42 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. 1. annoying gila kot buat cmtu. mengacau org lain jeeee! sakit hati bila baca.

    2. kau pki tudung, pastu kau kata malu. lenkali jgn tgk wayang cerita cmtu kalau malu. what theeee gi tgk cerita cmtu.

    BalasPadam
  2. HAHAHA...

    aku gelak sebab aku rasa depa tu memang 1st time tgk wayang..

    hahaha

    BalasPadam
  3. Aku paham sgt prasaan ko...
    Sbb tu aku ske tgk wyg sorg2 during weekdays...
    Kdg2 member2 aku sndiri pn prangai cam betina...

    BalasPadam
  4. nur : itu la pasal

    wan : haha..aku rasa betul lah tu

    langit : hahha...dah ari minggu jer free

    x-po : mana leh lempang anak orang suka2..lagipun xbaik lempang wanita la...benda kalu guna kekerasan mana nak ubah...kena guna cara baik

    BalasPadam
  5. maaak aaaaiii... nyampah nye ngan spesies orang cam tu. gedik terlebih!!!

    BalasPadam
  6. pelik betul, putus urat sedih gamaknya klu 24 jam nk bergelak je tau

    BalasPadam
  7. stapler je mulut depa tuh. wakaka!

    BalasPadam
  8. dah macam cerita p.ramle ler...musang berjangut tapi ko punya tajuk aku kasi hans berjangut..

    BalasPadam
  9. oke, i tak pernah follow your blog but bila terjumpa you punya blog nak nak entri ni, i terus gelak dan wajarlah kot you gelar diorang tu mcmtu. rasa mcm pelik pulak diorang mcmtukan. i tgk wayang pun excited jugak, tapi tak lah sampai part sedih pun gelak. gila lah babe! haha.

    BalasPadam
  10. aku pernah tulis pasal ni.

    tp ada komen yg aku dapat mengatakan.. itu bukan masalah.

    tapi bg aku mmg masalah. kalau dah suara dia je dalam panggung.. gelak mengilai.. siap tendang2 kerusi lagi.

    huh

    ya! layak panggil betina!

    BalasPadam
  11. hanie : nasib ada faham apa yg gua rasa

    nursarah : memang lah orang gi wayang bawa stapler...haha

    pena : entah ada ker tak perasaan sedih tu..haha

    riz : hahaha

    juaini : haha..thanks sudi comment

    si tedi : yups...kita bayar...mereka bayar..so biar sama2 selesa lah kan...sokong anda

    BalasPadam
  12. diam diam dah le...
    balik rumah cerita

    BalasPadam
  13. puteri nk ckp; PUTERI MALU TOL bile bce entri bi...yela...mrka tuh wakil pd wanita.... puteri bukn nk kte puteri baik sgt... tp... puteri sgn bile jmpe girl2 cm tu... pnah skli... tga mkn kt kdai...sblh mja ade dak skola gurl laki kmpuln...
    bising sgt.... abg puteri ckp kn...''adik malu lah pompuan mcm ni,ko jgn gini dik..jge maruah tu''
    abg puteri ingtkn putri....tp sbgai wnita putri malu ade wnita yg awk glrkn btna.... sdh sgt dunia skrg...

    BalasPadam
  14. memalukan sungguh mereka ni!
    macam ayam kg masok bndr pon ade gak.
    hmmm

    BalasPadam
  15. malu itu sebahagian daripada iman...

    BalasPadam
  16. ahha.
    prempuan tu tak respect org lain yg tgk wyg.
    keji.
    hohO~

    BalasPadam
  17. mereka2 jenis begini mmg wujud.
    lalu tempiasnye terkena kepada mereka yg baek2.
    terpulang pada kita bagaimana untuk menilai individu :)

    jgn salah nilai~

    BalasPadam
  18. lempang je bro...

    BalasPadam
  19. annoyingnyeeee..mmg 1st time tu..malu tp pesal plh tgk film tu..ta phm

    BalasPadam
  20. kena tambah tuh hans...bukan cukup sekadar BETINA jer..... tapi betina gediqqqq

    BalasPadam
  21. annoying memang tak best tgk kalao ada org bising.

    lebih baik drng tgk di rumah masing2.

    itupun sekiranya mereka sedar mereka yang jenis macam mana. Hanya menganggu ketenteraman orang awam.

    BalasPadam
  22. mmg patut pun hans..tue gediks + ngengadas...nxt time lempang je...

    BalasPadam
  23. pesal lu tak sekeh je bro? hahaha...ngok betul la 'betina; nih!

    BalasPadam
  24. erk yg pasal gelak kuat tu aku selalu gak la terbuat sbb aku gelak mmg la kuat hehe..kdg2 x terkawal wakaka..tp bab2 malu kunun tgk adegan2 ehem2 tu x penah la lgi buat..gpun selalu tgk cete lawak plus antu je kt panggung ekeke

    BalasPadam
  25. maaf.. saya tak terkata dengan entry awak kali nie. Bukan sebab marah, tapi malu kerana saya juga adalah dari kalangan kaum hawa.. Memalukan kerana mereka juga sebahagian drpd masyarakat saya, kaum saya, bangsa saya dan seagama dengan saya. Terbukti kaum hawa hari ini semakin berani.. keterlaluan berani..

    BalasPadam
  26. tu betina..klu pompuan tu mcm mane hans..haha..xpakai tudung then bising2 ke?hahha

    BalasPadam
  27. perempuan yg suka cakap SHIT tu anggap diri dorang cool habis kot..nampak up lebih dari org lain..

    oh my..pliss la..

    BalasPadam
  28. kalo hans tayang six pack aku rs mau lg meroyan dorg...kehkehkeh

    BalasPadam
  29. Subhanallah....astaghfirullah...

    nampaknya yg islam hanyalah tudung itu sahaja.KALAU lah masuk syurga,MUNGKIN hanya tudung itu sahaja..

    BalasPadam
  30. hehehe luahan hati antara yg terbaik pnah aku baca...
    syabas atas kesabaran bro. bagus tu. sabar sebahagian drp iman.
    tapi sabar pun berbatas kan?

    tu baru sikit bro. aku lagi ramai jumpa betina. kat opis aku, bersepah. bukan takat mulut atas je bunyi, bawah depan belakang pun kalo boleh bunyi sure bunyi jugak!

    i like you article, keep it up ya!

    BalasPadam
  31. dorang saja tu nak tunjuk dorang havoc dan gila-gila.

    salah tempat kak. nak jerit-jerit g kat karoke. seswai

    BalasPadam
  32. ahahaha
    aku rasa diorng nk ngorat ko la weyh
    mnx perhatian
    yelahh SRK depn mata
    ahahaha
    x pun teori kedua
    diowng sebenarnye sesat
    ingt masuk dlm gua a.k.a rumahh diorng
    batakklahh diowng ni weh
    papepun byk manusia byk ragam...
    senyum saja sude

    BalasPadam
  33. alamk...sedihnya..pas baru baca artikel about gadis bertudung gak...alahai..susahnya jadi pompuan ni..

    BalasPadam
  34. badan dah matang. otak belum matang. :)

    BalasPadam
  35. Kalau jumpa diorg lagi, kimsalam ek.

    Siannn...

    BalasPadam
  36. leganya masa tu aku tade, kalo tak siaplah kena sound.

    baik diorg buat maraton tengok wayang kat umah dari sakitkan hati org lain kat wayang, giler ke hape!

    BalasPadam
  37. huhu..sangat annoying..
    zmn skrg. mmg dh ada mcm2 jenis wanita, betina, gadis..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama