Tajuk nak panjang macam buat essay. Hahaha. Okay, pagi tadi gigih lah bangun awal bersiap - siap pakai pakaian yang aku tak suka walaupun pakaian itu membuatkan aku kacak dan tampan. Tak lain tak bukan seluar slack hitam, baju kemeja serta kasut kulit hitam. Betapa tak sukanya aku sampai aku tidak memakai tali leher. Serius aku rimas. Cuma yang membuang kerimasan aku apabila mesti akan ada memuji kekacakan aku berpakaian formal. Thanks pada rakan - rakan dan walaupun saya selalu mendengar pujian seperti itu namun saya tetap akan menghargai segala pujian. Siapa tak gembira kalau dipuji hensem berkali - kali. Itu tandanya aku memang kacak. Okay, tamat sudah sesi mengukuhkan lagi fakta bahawa aku kacak.
Okay, sampai dekat sana memang penat lah cari kelas kosong sebab nak buat benda alah tu. Alih - alih memang kelas semua full so terpaksa tunda ker hari Sabtu. Haih, kacau betul aku nak tidur - tidur di hari Sabtu. Lepas tu pergi merakam video pengenalan diri pula dekat studio masscom tu. Settle satu kerja. Alhamdulillah. Lepak - lepak dekat cafe dengan mengketedarah cekodoh dalam 10 biji sambil melihat orang lalu lalang dan berkongsi info - info terkini akhirnya tiba waktu untuk pergi ke kelas elektif. Cadang macam nak lari balik jer sebab malas nak menyanyi, berpantun dan bersyair depan ramai orang. Entah, rasa tak suka plak.
Tetapi, akhirnya tadi aku menyanyikan lagu Man Bai - Kau Ilhamku di hadapan khalayak kelas yang kebanyakannya budak semester 1 dan tanpa disedari mereka turut menyanyi sekali. Owh, akhirnya aku mengaku suara aku sedap. Sebelum nih aku kurang yakin tetapi selepas mendapat sambutan yang memberansangkan sebentar tadi dan tiba - tiba mula berangan - angan mahu menerbitkan album. Ada sesiapa mahu beli? Hahaha.
Dan tadi juga hujan lebat. Nasib waktu aku nak balik hujan sudah berhenti. Jalan sedikit licin. Aku membawa secermat mungkin. Sampai di bulatan persimpangan yang berdekatan dengan seksyen 2 tu, aku menekan brek untuk memperlahankan motosikal aku dan tiba - tiba ketidak stabilan berlaku. Motosikal aku berpusing ke kanan ke kiri ala - ala Adnan Sempit. Alhamdulillah aku bawa perlahan jadi aku dapat mengawal tanpa aku serta motosikal aku terjatuh. Sedikit trauma kerana bas rapid KL di sebelah dan paling bersyukur kerana di belakang tiada kereta langsung. Jika tidak mungkin blog ini akan terkubur terus tanpa ada sebarang update terbaru.
Jadi, inilah kisah tuang punya blog pada hari ini. Esok ada writing test for mandarin serta presentation Management. Doakan kejayaan aku. Assalammualaikum.
P/S : Makan Burger Kejap.
Perhatian : Sesiapa Yang Mahu Iklankan Produk Anda Bolehlah Berhubung Dengan Saya Melalui Email hanis_narnia@yahoo.com
Perhatian : Sesiapa Yang Mahu Iklankan Produk Anda Bolehlah Berhubung Dengan Saya Melalui Email hanis_narnia@yahoo.com
selamat panjang umur
BalasPadamberger... sedapnya.. ni buat lapo perut ni..
BalasPadamalhamdulillah selamat!
BalasPadamnsb bek hg bawa pelan...
BalasPadamhoh~ syukur panjang lagi nyawa ko.
BalasPadamheee,,
BalasPadamkompem.
mst suara awak pon cm man bai
:)
naz : sayang juga ko dkt aku yer?hahaha
BalasPadammr syah : cess...burger aku juga ko kisahkan..aku?hahah
si tedi : itulah...kalau tidak kesian lah hadiah tempat pertama contest si Hitam takder orang nak tuntut...ekekeke
Wan Nur Hanis : Nasib weih....alhamdulillah
Mimpi : tunggu ko kasi hadiah besday aku...
Anisa : macam Man Bai tercekik...haha
ati2 hans.. jaga diri
BalasPadamalhamdulillah selamat ...
BalasPadamgudluck 4 mandarin n management...
BalasPadamwat ala kadar cukop...
ko da skor kan...
hahahaha
haha..lepas ko nyanyi terus ujan ek hans..
BalasPadamwah.. mau terbit album ek? aku book satu.. tp mau free, boleh? ala2 promosi la :p hehehe
BalasPadamtu la lenkali time bawak motor jgn berangan2 nk jd artis :p heheh
take care beb!
ir ir ir~
BalasPadamko sengal.
slamat gk ko ye..
huu~