Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 18

Siti Nurbaiyah menekan brek basikalnya bersungguh - sungguh. Mereka berhenti tepat - tepat di hadapan muka lembu tersebut. Lembu itu kelihatan tergamam. Kemungkinan sedikit trauma dengan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi itu. 

Di bahagian kiri lembu itu terdapat seorang lelaki berusia di dalam lingkungan 20 tahun berbangsa India sedang khusyuk menjaga lembu - lembu peliharaannya itu. Berkulit sedikit gelap, lelaki tersebut begitu asyik memerhatikan setiap lembu - lembunya yang leka meragut lembu di tepi jalan itu.


Siti Nurbaiyah : Abang Raja! Abang Raja! Apalah letak lembu nih tengah - tengah jalan macam nih. Bahayalah! Nasib orang tak langgar tau. Kalau terlanggar macam mana?

Raja Mogan : Kamu rupanya Baiyah. Aiyo! Apa bikin petang - petang bawa ini basikal laju - laju? Ini lembu tarak salahlah Baiyah. Kamulah ada bikin salah juga dalam ini hal.

Siti Nurbaiyah : Abang Raja! Minta tolong alihkan lembu nih ketepi boleh tak. Kitaorang nak pergi hujung kampung sana tu kejap. Cepatlah Abang Raja.

Raja Mogan : Wah, siapa itu budak belakang basikal juga ada duduk tu Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Itukan Myra. Tak kenal ker? Ker buat - buat tak kenal?

Elmyra : Entah Abang Raja nih. Takkan tak kenal Myra kut?

Raja Mogan : Ini hari nampak banyak cantiklah Myra. Ada serupa itu Preity Zinta juga dalam filem Kya Kehna.

Elmyra : Haha. Ada - ada jer lah abang Raja nih.

Siti Nurbaiyah : Preity Zinta tu Preity Zinta juga abang Raja! Lembu nih bila nak dialihkan. Karang bukan setakat lembu nih jer saya sembelih! Dengan abang Raja sekali pun saya sembelih buat sup tulang karang.

Raja Mogan : Amboi, adik manisss! Banyak garang ini hari yer. Kejap - kejap. Ini lembu biar abang Raja kasi settle semua.

Siti Nurbaiyah : Eh, Myra! Itu macam Pakcik Rosman jer.

Elmyra : Mana? Mana? Kau biar betul Baiyah!

Siti Nurbaiyah : Ituuuu!! Yang naik motosikal depan sana tuh.

Elmyra : Alamak! Dia lah tu Baiyah. Mati aku!! Macam mana nih??

Siti Nurbaiyah : Kalau kau mati....aku pun mati juga sebab aku bersubahat dengan kau! Kejap - kejap! Fikir - fikir!! Adoi!! Otak aku buntulah. Matilah kita!!!


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 19
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. abg raja tue ko ek??
    hekhek...

    BalasPadam
  2. Kau nak bukukan ke cerita ni kalau dpt offer?

    BalasPadam
  3. ha! kantoi! pak cik rosman! ha! eh! ape2pun abang raja ni mmg lawak? ade plak pretty zinta? hehe

    BalasPadam
  4. salam....dah lama tak jengah2 blog ni..maklumlah pergi bercuti...hehe...

    alamak..banyak episode dah tertinggal...banyak nak kene baca ni

    BalasPadam
  5. haha..slindung blkg lmbu tu..

    BalasPadam
  6. Maka...lengkaplah sudah... 1 MALAYSIA...suma ada...bgs2..
    tahniah pada pnulis...slain daripada best...drama ni de konsep tsendiri..:)

    pkcik jahat datang dah....

    den ni: Nur Amani..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama