Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 7

Pagi itu seperti yang dijanjikan Danish menunggu Elmyra serta Siti Nurbaiyah di hujung simpang sebelum ke sekolah. Sedang leka Danish menunggu mereka tiba - tiba Danish disapa daripada belakang oleh seseorang.

Siti Nurbaiyah : Oit, Danish! Kau tunggu siapa dekat simpang nih? Kau tunggu Myra ekkkkk. Haha. Kantoi!

Danish : Ar ar! Dia suruh aku tunggu dekat sini. Tapi sampai sekarang masih tak sampai - sampai lagi pun. Bukan korang dua selalu bersama ker? Mana Myra?

Siti Nurbaiyah : Myra tak sihatlah hari nih. Tadi aku pergi rumah dia. Pastu mak dia kata Myra demam. Jadi, tunggu apa lagi? Moh lah cepat kita ke sekolah. Kang kena denda dengan makhluk biru pula nanti. Susah!

Danish : Makhluk biru? Siapa tu?

Siti Nurbaiyah : Kau ikut jer aku. Nanti kau fahamlah. Cepat - cepat! Kang lewat!

Danish : Okay! Jom kita gerak.


Mereka memang sudah lewat tiba ke sekolah. Jadi, sewaktu mereka berdua sampai di pagar sekolah dan kelihatan 2 orang pengawas sekolah berbaju biru, Atan dan Mei Ling sedang bertugas. Mereka menahan Danish dan Siti Nurbaiyah daripada masuk ke dalam sekolah.

Atan : Kenapa korang berdua lambat datang ke sekolah pagi nih?

Danish : Er...Er.....

Atan : Kau nih Baiyah. Selalu datang lambat. Apa pula alasan kau hari nih?

Siti Nurbaiyah : Aku ada masalah sikit tadi. Rantai basikal aku jatuhlah Atan. Nasib budak nih tolong aku.

Atan : Betul ker nih?

Mei Ling : Sudahlah tu Atan. Lepaskan jer lah diorang. Lagipun, diorang bukan lewat sangat pun.

Atan : Tak boleh!! Tugas harus dijalankan dengan amanah. Tulis nama korang berdua dekat buku nih.

Siti Nurbaiyah : Ahh, poyolah kau nih Atan. Bagilah pen kalau yer pun. Kalau tidak macam mana aku nak tulis nama aku dalam buku sakti kau nih.

Atan : Hah, kau! Tulis nama kau juga dalam buku nih.

Danish : Er..Er...Baiklah.


Selepas menulis nama mereka di dalam buku yang mencatatkan nama - nama pelajar yang datang lewat ke sekolah maka Siti Nurbaiyah dan Danish pun berjalan menuju ke tempat meletak basikal di hujung sekolah.

Siti Nurbaiyah : Aku benci si Atan tu. Poyo! Skema! Mei Ling okay jer. Dia yang lebih - lebih. Tak guna punya makhluk biru.

Danish : Owh! Itulah makhluk biru yang awak maksudkan tu Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Mamat skema tu lah makhluk biru. Haih, aku benci dia. Tak habis - habis cari salah aku. Apa dia tak puas hati dengan aku pun aku tak tahu.

Danish : Sabar Baiyah. Aku pun kurang berkenan dengan sikap dia tu. Poyo semacam jer. Tapi, entah - entah dia suka dekat kau tak? Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Jangan nak memandai - mandai buat gosip liar. Tahulah aku nih idola ramai jejaka. Eh, apa aku merepek nih. Aku ingat aku nak ajar dia lah Danish. Biar dia tahu langit tu tinggi ker rendah.

Danish : Eh, kau biar betul Baiyah. Kau nak buat apa?

Siti Nurbaiyah : Hahaha. Aku dah dapat idea. Siaplah kau Atan skema. Biar kau rasa balasannya!!

To Be Continue......

P/S
Nantikan 
Episod 8 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Tengahari Atau Petang Esok. 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. drama bersiri ke ni? http://aggreable.blogspot.com/2010/05/work-wihout-holiday.html

    BalasPadam
  2. hakhak!!!!
    sesi mmbalas dendam...
    waiting.....

    BalasPadam
  3. haha,skema gila atan..mesti tulis nama dlm buku 555

    apa la baiyah akan buat
    buang angin basikal atan kot,hak3

    BalasPadam
  4. adeihh.. penat aku tunggu sambungan nih tiap2 hari. cam jauh lagi jer. hoho

    BalasPadam
  5. sdp2.. aku xsbr tggu smpi ending.. teruskan2..

    BalasPadam
  6. hans.. meh bisik kat aku ape rancangan si baiyah tu hehe

    :) cepat2 sambung!!

    BalasPadam
  7. huh! nk balas dendam plak si baiyah ni? hehehe ape la dia nk buat? pancitkan tayar atan ape? hehe

    BalasPadam
  8. dah kelik kelik nunang... :D

    hans... myra demam sebab kena bantai ngan pak tiri dia ekh...?? iskkkhh..

    BalasPadam
  9. haha..best!banyak pulak watak baru ni!hehe

    BalasPadam
  10. cepatlah abeskan. mcm bace novel bersiri plak dahh
    huhuhu

    BalasPadam
  11. wah..seronok gak baca citer ni..nak tau gak apa baiyah nak wat kat atan

    BalasPadam
  12. cepat2 sambungan nye...
    dah tak cukup masa ni...
    dah nak publish dah..
    hahahaha~!
    $70000 cukup la enk sbgai permulaan..
    lari budget err kalau invest lelebih!
    hahahah~

    BalasPadam
  13. heee..cam best jer..hu4..baiyah ader plan~

    BalasPadam
  14. peh..skrg dh tulis novel erk

    BalasPadam
  15. hah dah episod 7..aku baru nak baca ni byk tertinggl dah ni....teruskan menulis..hihihi

    BalasPadam
  16. fuhh blog novel nih.. cayalah.. keep it up bro!

    MSR @Blogger

    BalasPadam
  17. heheh.. makhluk biru.. pengawas rupanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama