Drama 21 Hari Di Slot Cerekarama TV3 Sangat Best...No Happy Ending...Aku Suka!

Aku baru selesai menonton drama 21 Hari di slot cerekarama TV3 yang bermula pada pukul 10.00 malam dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. Drama ini menampilkan lakonan hebat Jasmin Ahmad, Lisdawati, Eizlan Yusof dan Fizz Fairuz serta pelakon cilik yang memegang watak sebagai Adilla.

Drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri(Jasmin dan Eizlan) yang kehilangan anak perempuan mereka(Adilla) di pasaraya kerana ghairah membeli - belah sehingga tidak sedar mereka kehilangan anak mereka. Kemudian, anak mereka ini bertemu dengan seorang wanita yang psycho(Lisdawati) yang menyangka budak ini ialah anak beliau dan membawanya pulang ke rumah. Di sini budak perempuan tadi bertemu pula dengan bekas suami wanita psycho tadi(Fizz Fairuz) yang kaki judi serta kaki botol.

Lalu, budak ini dipaksa mengemis bagi mendapatkan wang untuk bekas suami kepada wanita psycho dan secara tidak langsung budak ini didera dari segi mental sehingga fobia dengan orang - orang sekeliling. Walaupun akhirnya budak perempuan ini berjaya di selamatkan namun sudah terlambat kerana dia sudah tidak mengenali ibu bapanya lagi kerana dia hanya teringatkan kepada wanita psycho yang disangka betul - betul sebagai ibunya kerana wanita itu sangat menyayangi dan melindunginya sewaktu dia hilang selama 21 hari itu. Kesimpulannya, si ibu(Jasmin) tetap kehilangan anaknya walaupun anaknya ada di depan mata. Sangat sedih!

Yeah! Tiada penamat kegembiraan seperti drama - drama Melayu sebelum ini. Aku suka drama ini kerana mesej yang cuba disampaikan sangat jelas. Ramai ibu bapa menganggap perkara ini remeh sehinggalah apabila hal ini terjadi terhadap diri mereka sendiri. Selalunya jika kita membeli - belah di pasaraya tambahan pula jika waktu itu sangat gah dengan jualan murah yang melampau pasti pengumuman tentang kanak - kanak hilang acap kali kedengaran.

Kadang - kadang pelik juga aku. Membeli - belah sampai tak ingatkan anak sendiri ker? Apabila hilang meroyan sana - sini kerana katanya sayang. Jadi, kalau sayang kenapa anak sendiri diabaikan sewaktu membeli - belah? Bagi aku jika rasa diri tak mampu untuk menjaga anak sewaktu pergi membeli - belah maka janganlah bawa anak - anak mengikut membeli - belah sekali. Takut kes - kes macam nih terjadi. Kalau hilang tetapi dijumpai di kaunter pengumuman anak hilang masih bagus lagi. Jika terus hilang? Macam mana?

Jika diculik sindiket kemungkinan besar kanak - kanak ini yang asalnya sempurna akan berubah menjadi cacat kerana selalunya kaki atau tangan akan dikudungkan. Atau seperti cerita tadi, anaknya trauma sehingga tidak mampu membezakan yang mana satu ibunya yang betul. Jadi, apa gunanya jika anda terjumpa kembali dengan anak anda tetapi anak anda tidak mengenali anda? Ibarat terasa jauh walaupun hakikatnya di depan mata.

Drama ini memang bagus untuk dijadikan teladan buat ibu bapa yang kerap cuai menjaga anak - anak mereka sewaktu membeli - belah atau di mana - mana sahaja. Tahniah untuk penulis skrip, pengarah, pelakon serta semua krew produksi yang terlibat dalam menjayakan drama 21 Hari ini. Drama yang bagus.

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yep.
    bagus la tu.
    haha.
    tengok 15 minit je tadi.
    ;)
    well.
    suka bila drama macam ni lain ending dia.
    ;)

    BalasPadam
  2. sedikit influence dari movie changeling lakonan A.Jolie. Ada sedikit semangat Filem tu, walau tak ketara

    BalasPadam
  3. OOoo.. da lame xtgk tv..hu3x.

    BalasPadam
  4. bagus lah hidup tak selalu indah macam novel haha

    BalasPadam
  5. x tgk pn td...
    hekhek

    BalasPadam
  6. dah tengok tadi..
    mmg best, i like..
    hope ada g cita2 berkualiti mcm ni.. sedarkan masyarakat..

    BalasPadam
  7. tak tengok la plak.. pe aku wat tadi??? heheee

    BalasPadam
  8. agak disturbing tgk budak tue kena cekik... siot tumeo khl

    BalasPadam
  9. aku harus tgok kat youtube ni
    =)

    BalasPadam
  10. ohohhohohohohhoho mimie adalah tensen bila ending sebegini. tapi terlayan juga ceriter nie.. main main tukar channel ngan tv 2 sebab tv 2 ada pelakon kegemaran mimie - steven seagal

    oouucchhh... :D

    BalasPadam
  11. salam. lama tak beri komen. tak suka ending mcm tu. tak best... tapi pengajaran ada, terutama pada kaum2 ibu...

    BalasPadam
  12. mmg bkn hepi ending.kena ingt btl2 pd mereka2 yg bwk anak2 berjalan.

    BalasPadam
  13. weh aku suke happy ending.
    huuhuh
    ntah arr.
    rase cam puas bile tgk happy ending walaupon cam cliche sket kan.
    heheheh

    BalasPadam
  14. aku tengok dalam 15 minit sebelum iklan pertama, aku dah tukaq. bosan!

    BalasPadam
  15. sapa2 ada link cerekarama 21 tu yer??share2 ckit..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama