Selasa, 1 Jun 2010

Review Novel : Chef - Sebuah Diari Kehidupan


Akhirnya aku jumpa juga kulit muka depan novel Chef- Sebuah Diari Kehidupan yang dicetak pada tahun 2007 nih. Aku ambil masa 2 hari atau kalau campur masa aku baca tu sebenarnya tak sampai seharilah. Hahaha. Lagipun aku sibuk berblog sekarang. Novel nih ada 398 muka surat dan berharga RM27.00.

Rupa - rupanya ini adalah kisah benar Chef Zul itu sendiri. Bahasa yang digunakan dalam novel ini tidaklah seperti karya Hlovate tapi uniknya novel nih sebab dia adalah pengalaman hidup yang dilalui oleh Chef Zul sendiri. Siapa sangka daripada bersekolah agama dan pondok kemudian hanya memasak untuk kenduri kahwin sahaja tetapi akhirnya menjadi chef dan telah merantau ke banyak tempat.

Sayang Chef Zul tak keluarkan novel nih lebih awal. Kalau aku terbaca novel nih waktu aku form 5 sah aku tak ambil masscom. Hahaha. Gurau jer tetapi memang best. Mengimbau balik sikit - sikit apa yang aku belajar masa aku ambil Pengurusan Makanan dekat sekolah dulu. Tentang bakteria, cara potong ikan jadikan filet, nama keju dan macam - macamlah.

 Ini Gambar Chef Zul

Bagi aku novel nih best tetapi bagi anda semua tak tahulah. Bagi aku novel nih mengajar aku satu perkara. Walaupun ilmu kau mungkin tidak banyak tapi kalau kau rajin berusaha, sanggup bersusah payah dahulu, berani bertanya dan tak menyombong diri pasti kau akan berjaya. Aku suka sebab aku pernah belajar dan minat juga bab masakan nih. Cuma tak pandai masak jer. Hahaha. Apa - apapun aku dah letak kulit depan novel nih. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah pergi beli yer. Selamat Membaca!

P/S : Sedang Membaca Novel Nama Di Atas Kertas. Baru 10 Muka Surat Tapi Memang Seram Habis. Aku Bila Baca Suka Membayangkan Imej Watak - Watak. Cerita Pula Bab Bunuh - Bunuh. Tikam Pisau Dekat Leher Lah Matalah. Fuh! Cuak Jer!

7 ulasan:

  1. nak beli nama atas kertas!! cambest!

    BalasPadam
  2. Aku tetap suka baca Atas Nama Cinta...

    BalasPadam
  3. suke baca novel rupanya... ulat buku lah nie.. takpe.. jangan jadi ulat errr.. ulat.. errr.. sendiri sambung..hihiiikk

    BalasPadam
  4. ko xpyh surh aku bli lgik novel na..ahhahah

    BalasPadam
  5. minat sungguh ank dengan novel.
    komik baru baca sekali dah jual kat aku. HAHA.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com