Temuramah Istimewa Bersama Si PAUL Menjelang Kemuncak Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010

Assalammualaikum! Sekali lagi anda bersama saya Hans dalam rancangan Cakap Banyak Macam - Macam Ada! Sebelum ini saya pernah membawa anda semua mengikuti temuramah saya bersama si sotong bernama Paul pada perlawanan separuh akhir antara Germany dan Spain.

Kali ini sekali lagi saya berkesempatan untuk menemuramah si Paul sebelum perlawanan akhir bermula dalam masa 6 jam dari sekarang. Jadi, ayuh melihat hasil interview saya bersama si Paul.


 Nama I'ols Paul Yer You'ols Sekalian!


Aku : Haih, Paul! Apa khabar? Kenal saya lagi tak?

Paul : Eh, You nih yang interview I hari tu kannn? Rindulah You!

Aku : Saya lah tu! Ini mesti awak dah lupakan saya nih!

Paul : Alah You nih!! Tak suka tauuuu! Mana boleh I lupakan wajah kacak You nih!! Lepas pertemuan kita hari tu setiap malam I mimpikan You tauuu! Kenapa You datang jumpa I pepetang buta nih?? You pun rindukan I kannn?

Aku : Erkk! Kenapa saya nak jumpa awak? Saya tak boleh nak jumpa awak ker? Okaylah! Kalau macam tu saya baliklah!

Paul : Alah You nih! Janganlah merajuk! I tak reti nak pujuk You! Lagipun I hanya mampu duduk dalam bilik I jer. Dunia You dan I berbeza! Dunia You tak ada air. Nanti kalau You lari macam mana I nak kejar? Jangan merajuk yer cayang! Muahh!

Aku : Okay! Tak jadilah nak merajuk! Saya nak tanya awak satu perkara nih.

Paul : You nak tanya I apa wahai si kacak? I sedia menjawab segala persoalan You. Demi You akan I redah lautan yang luas.

Aku : Erkk! Dah habis ker bermadah? Saya nak tanya awak nih memang yakin ker Spain menang pagi nih?

Paul : Youuuuu! Manalah I nak tahu siapa yang menang! You ingat I nih tukang tilik ker?

Aku : Bukanlah maksud saya nak tuduh awak tukang tiliklah...

Paul : Habis tu You ingat I nenek sihir? Eeeeeeeeeeeeeeeeeee..Tak suka! Tak suka! Tak suka tawwww!

Aku : Awak nih!! Saya belum habis cakap lagi! Semalam kan ada perlawanan antara Germany dengan Uruguay bagi penentuan tempat ke-3. Awak tengok tak?

Paul : I tidurlah You! Ngantuklah! Tak kuasa I nak tengok bola pepagi buta! Nyampah tauu!

Aku : Awak tahu tekaan awak betul lagi! Germany dapat tempat ke-3!

Paul : So??? Ada I kisahhhhh??

Aku : Wah, sombongnya awak sekarang!! Tak apalah! Saya nak balik dulu!

Paul : Eh, Youuuuu! Janganlah merajuk! I gurau - gurau manja jer lah tadi tuuu! Alah! Janganlah touching dengan I! Senyum cikit!

Aku : Okay! Awak tahu awak ada pesaing sekarang! Ada seekor burung yang ramal pasukan Belanda menang pagi nanti.

Paul : Burung mana tu yang cuba nak rampas populariti I nih? Tak guna punya burung! I jumpa dia I cili - cilikan mulut dia! dengan tangan I yang banyak nih! Menci I tauuu macam nih!

Aku : Hurmmmm! Awak tak mahu tukar pilihan awak ker? Masih nak pilih Spain untuk perlawanan malam nih?

Paul : Demi You pastilah I akan sentiasa pilih Spain! I takkan pilih Belanda! You jangan risaulah!

Aku : Kalau saya sokong Belanda macam mana?

Paul : I pilihlah Belanda. Demi You seorang I sanggup lakukan apa sahaja.

Aku : Kalau macam tu nanti lepas final saya akan datang sekali lagi jumpa awak. Okay! Jumpa lagi!

Paul : Eh, Youuu! Nak pergi mana tuuu? Eh, I belum habis cakap lagi nihhhh! Eh, youuuu......!


Itu tadi lintas langsung yang saya bawakan khas untuk anda semua pembaca setia H.P.B Blog. Masih terlalu awal! Pelbagai ramalan dibuat! Apa - apapun semua boleh terjadi kerana bola itu bulat.

Pemenang piala dunia 2010 pastilah pasukan yang kurang melakukan kesalahan dan bijak mencuri peluang. Jadi, selamat menonton perlawanan akhir piala dunia 2010 antara Sepanyol dan Belanda.

P/S : Mana Nak Cari Vuvuzela Nih?

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha....seperti biasa...saya menyokong Belanda....

    btw...aku prefer a gud game this morning....

    BalasPadam
  2. haha .best gile interview ko ngan paul .

    BalasPadam
  3. haha..sila berikan saya masa untuk gelak..

    kakakakakkakakakh..
    adoi..pandai ko nie..

    ha,aku sokong Belanda...

    Bro,awat tak tanya bila Malaysia nak masuk? kan bagus..hahaha

    BalasPadam
  4. hahahaha....

    Paul rasa tercabar la pulak kn..

    BalasPadam
  5. leh kawan ngan lan pet pet ni lam citer zoo hahah

    biler haiwan bersuara

    BalasPadam
  6. aku masih confius ni paul ni sotong yg perwatakan sotong gak ker???? adoi btol2 dasar sotong!


    hahahahahahahahahahhahahahahha

    BalasPadam
  7. paul tu cam auww auuww arr haha..benci siot...

    BalasPadam
  8. gaya cara cakap paul tu macam gedik je..haha

    BalasPadam
  9. gelak aku baca komen anon kat atas tu..haha

    BalasPadam
  10. paul paul ...; p

    femess dah ko ....kem salam kat paul ...

    BalasPadam
  11. erm... pasukan kegemaran ku tewas... lama dah... sigh

    BalasPadam
  12. cam kimak jerk ko nyer interview nih...cis...muahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama