'Air Tajam' Memang Sedap

Waktu aku kecik - kecik dulu aku sangat suka minum 'air tajam'. Apa itu 'air tajam'? Hah! Kalau nak tahu 'air tajam' tu adalah air bergas atau berkarbonat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sebut air bergas nih dengan nama 'air tajam'. Mungkin sebab bila minum banyak - banyak tekak rasa pedih jer kut. Apa - apapun, memang aku amat gilakan air nih waktu  zaman kanak - kanak sugus dulu.


Mak aku dulu memang tak bagi aku minum 'air tajam' nih. Dapat tahu memang cari nahas. Tu bila balik sekolah sanggup kumpul duit nak beli air Mountain Dew yang botol warna hijau masa tu pastu minum cepat - cepat sebelum sampai rumah. Hohoho! Jadi, bila ada orang buat open house memanglah air bergas nih menjadi kewajipan aku untuk disebat dulu. Hohohoho!

Waktu dulu, raya kedua adalah hari kami sekeluarga melawat sahabat handai mak dan abah aku. Dan kewajipan di pagi raya kedua mesti kami akan pergi ke rumah kawan mak aku yang seorang nih. Menu wajib beliau ialah nasi lemak dan apa yang buat aku gembira ialah adanya 'air tajam' yang amatlah banyak di rumah beliau. Memang kalau aku datang jer mereka dah prepare air tu dekat aku. Dari coke, pepsi, 7up, F&N dan macam - macam lagi. Aku siap campur - campur lagi air tu. Hahahaha!


Waktu dulu air bergas nih kan sangat manis sebelum kerajaan putuskan kepada pengeluar suruh kurangkan jumlah sudu gula dalam minuman tu. Sekarang pun manis lagi. Hohoho! Jadi, memang nikmatlah minum air bergas nih. Aku ingat lagi waktu aku nak pergi tuisyen mesti aku singgah kejap dekat kedai runcit dan beli air gas. Hari - hari beb aku minum! Memang cari nahas! Patut nyamuk suka gigit aku. Darah manis! Hahaha!

Entah macam mana tiba - tiba minat aku terharap 'air tajam' nih hilang secara tiba - tiba. Mungkin sebab semakin meningkat usia maka makin rasa tak selesa selepas minum air yang penuh dengan gas nih. Tambahan pula dengar ramai yang kena kencing manis dan dipotong kaki gara - gara setiap hari minum 'air tajam' nih setiap masa. Dan sekarang teramatlah jarang aku minum air nih melainkan bila makan pizza atau dekat Mcd. Itu pun selalunya aku tukarkan air bergas nih dengan Ice Lemon Tea atau Milo. Hohohoho!
Tadi, aku ikut keluarga aku pergi beraya dekat rumah kawan mak aku yang selalu ada air bergas nih. Makcik tu pelawa lah aku minum tapi aku cakap sekarang aku dah tak berapa nak minum dah. Hahahaha! Apa - apapun, air mineral juga yang paling best! Kan? Jadi, minumlah air kosong atau air suam 8 gelas sehari yer.


P/S : Assignment Aku Tak Bergerak Lagi. Aku Cadang Nak Buat Esok Tapi Tiba - Tiba Mak Aku Kata Nak Balik Kampung. Aku Macam Nak Bagi Alasan Tak Nak Pergi. Tapi Macam Menipu Pula. Haih! Berbelah Bahagi Betul Lah Aku Sekarang!

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam kembar.. Bgs ar tu kau dah brubah.. Aku syg ko lebih2.. Ko brubah tuk kebaikan tak pe.. Skrg nie aku nak ubah sorang budak nie.. Susah nak cakap. Ar.. Ko bg tips sikit.

    BalasPadam
  2. saya memang tak suka minum air tajam!

    BalasPadam
  3. Air Tajam.. Hahahaha. Lawak bunyik dia

    BalasPadam
  4. hanc : kadang2 aku minum juga...tapi xbanyak lah

    cik helena : hohoho....

    faiz : itu bahasa aku budak2..umur 3-4 tahun

    BalasPadam
  5. same la. tapi aq xkemaruk air gas cam ko. hahaha. skg lbey ske air mineral. manis2 sgt pn taka dah xley g~

    BalasPadam
  6. hans,
    ada kwn satu opis.
    masa dulu2, minum minuman gas hari-hari. xde air mineral or air kosong..
    impaknya; sekarang menghidap kencing manis.. dan beberapa penyakit lain..

    jauhi air tajam..
    say no!

    BalasPadam
  7. Gerrard tak leh minum air tajam, nanti manager marah =P

    BalasPadam
  8. jenuh guwa fikir apa dia ayaq tajam..
    hahhahaha..

    BalasPadam
  9. saya suka air gas jgk! lepastu siap la kena bleter ngn ayah. hehe. now suke jgk tp suke 1 je, 100+ :)

    BalasPadam
  10. tak suka tak suka!

    asada kata hans suka gaduh manja dengan dia. hahaha

    BalasPadam
  11. air bergas minum sekali sekala bleh ar.. setakat nk hilangkan nafsu yang membuak-buak terhadap air bergas hehe

    BalasPadam
  12. haha...aku pun suka air tajam ni
    tapi skang dah krg mnum, lgpun family history ade diabetes

    BalasPadam
  13. salam..wah! aku pun memang ketagih air nie..tapi bila mak dah larang... sekali seminggu je beli..ehhe

    BalasPadam
  14. lu suka cuci buah pinggang? gua tak suka. jadi kawal minuman bergas

    BalasPadam
  15. dari kecik memang xsuka air tajam.. sbb ape?? sebab manis.. tapi kalo g kfc or mekdi tetap jugak minum air tajam nih :P hehee~

    BalasPadam
  16. betul tu minum air masak bru kita makin sihat..

    BalasPadam
  17. haha.. ak time raye 6 botol ak balun.. susah sgt nk minum hr biase..

    BalasPadam
  18. mmg air tajam ni sbati dgn raya..huhu

    BalasPadam
  19. eiii!

    aku tak suka air tajam ni

    kalo minum kt kfc ke mcd, mesti x abes
    huhuhuh

    BalasPadam
  20. hahaha..air potong kaki pon ko jgn lpe..bahaye!!

    weyh ko xjenjalan belog beraye kew?
    ^_^

    BalasPadam
  21. ceq jarang minum air berkarbonat ni.. tapi hang tau tak? ice lemon tea pon dikategorikan sebagai air berkarbonat.. sebab ia mengandungi carbonic acid..

    tu fevret ceq tu :p

    BalasPadam
  22. mak aku marah aku minum air bergas.. padahal umur aku dah 26 dah kot.. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama