Isnin, 4 Oktober 2010

Mendoakan Result Mandarin Semester Nih Adalah Terbaik

Petang tadi gua pergi shooting video untuk subject Mandarin dengan dua orang member gua. Drama kali nih gua dengan member - member gua kasi panjang dan buat kelainan sikit lah.Nak dijadikan cerita gua kena pegang watak tambahan dalam drama tu. Watak tambahan tu sebagai seorang penjual baju kurung wanita jadi gua memang kena berlakon jadi jurujual yang lembut lah. Auwwww!


Memanglah member - member gua make up gua kasi cantik punya tadi. Hahahahaha! Gua pilih butik dekat kawasan paling belakang sekali sebab memang tak ada orang langsung waktu tu. Tapi bila waktu gua nak shooting jer tiba - tiba ramai betul manusia lalu. Cess! Malu betul gua rasa tapi nasib sebab gua kena buang cermin mata jadi gua tak perasan pun muka diorang. Gua buat bodoh jer! Yang tak tahan tu ada pula yang berjalan tu siap boleh berhenti tengok! Haram toi! Hahahaha!


Tapi gua rasa gua lebih relaks sekarang bila berlakon watak - watak teruk dan mencabar macam tu. Watak - watak gua memang mencabar, Jadi pengemis lah! Jadi budak skema lah! Sekarang jadi Sally pula! Hahahaha! Bila fikir balik seronok juga berlakon watak - watak yang orang tak mahu nih! Apa - apapun, agak mencabar dan seronok juga shooting tadi. Ada lagi 3 babak nak kena buat. Haih! Tak sabar nak habiskan dan mulakan sesi mengedit.

P/S : Pertama Kali Gua Tengok Kawan Gua Dari Part 1 Takut Nak Berlakon Sampai Macam Tu Sekali!

11 ulasan:

  1. pergh..amek mandarin ek..bagus2.hopefully ko akan berjaya ngan cemerlang!!!
    pst-aku sem dpn kompius nk amek mandarin aau arabic :P


    jom bace entri terbaru nas klik:

    pakai tudung ala-ala tudung tin biskut:sekejap

    tutup sekejap buka

    BalasPadam
  2. ehehe! ni hau ma? ngeh3! <---itu je aku tau cakap~ wakakka! tu pon, ntah cantonese ato mandarin~ wakakakka!

    BalasPadam
  3. nas : hahaha....ko amik mandarin ker arab

    mazeer : wo hen hao....ni ne?

    BalasPadam
  4. lepas ni dpt tgk hans blakon dlm drama cina kt tv plak..
    Haha..

    BalasPadam
  5. good luck.. insyaAllah berjaya...!!

    BalasPadam
  6. selamat bermandarin
    zamanku dah berlalu

    wo shi kie-yu
    hehe
    *test power*

    BalasPadam
  7. hehe..minat belajar bahasa jepun or korea je..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com