Filem 2 Alam : Sudah Bersediakah Rakyat Malaysia Untuk Menggeletar Menyaksikan Filem Ini Di Pawagam?

Lagi seminggu maka rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menonton sebuah filem yang paling kontroversi pada tahun nih tak lain tak bukan filem 2 Alam iaitu pada 18 November ini. Bak kata penerbitnya iaiatu Dr Rozmey, filem bergenre seram ini akan menghidangkan kengerian tanpa hantu, ketakutan tanpa kata - kata, kesayuan tanpa dialog dan keinsafan yang mendalam sehingga ke lubuk hati malah boleh membuatkan pipi dilinangi air mata. Dia lah yang kata. Aku taip balik jer. Hahahaha!



Memang sekarang dekat facebook ada macam - macam kumpulan atau group yang menyokong atau mengutuk Dr. Rozmey nih. Hakikatnya, memang banyaklah yang mengutuk daripada menyokong kan. Hahaha! Bagi aku sendiri, ada benda yang aku suka pasal Dr. Rozmey nih dan ada juga yang tidak.

Aku suka cara promosi DRR nih sebab bagi aku belum ada lagi pengarah filem yang berani buat macam mana dia buat. Mana ada orang yang baru pertama kali menerbitkan filem di Malaysia nih yang berani nak target sampai RM20 juta mahu pun RM40 juta sebab filem - filem dari luar yang box office pun belum pernah dapat RM20 juta daripada wayang - wayang di Malaysia. Selalunya promosi yang Dr. Rozmey buat sekarang nih kebanyakkan di lakukan oleh penerbit - penerbit Hollywood sahaja. Apa - apapun, ini sebenarnya salah satu cara promosi yang menarik.

Namun, promosinya kadang - kadang kelihatan keterlaluan dan seolah - olah seperti memperkecilkan orang lain dan terlalu meninggi diri. Ini melalui apa yang aku tengok dekat iklan - iklan dia di surat khabar Kosmo lah. Dululah waktu mula - mula dia iklan. Sekarang aku skip jer helaian iklan 2 Alam tu. Hahahaha! Tak tahulah dia kutuk ker puji tapi melalui pemahaman aku membaca macam mengutuk jer. Entah, hanya dia yang tahu tapi apa yang aku tahu aku tak suka iklan - iklan tu. Hohoho!

Mula - mula dulu sewaktu aku tengok trailer filem 2 Alam nih dan aku rasa agak menarik. Tapi lepas keluar poster yang didapati kantoi sebab ada imej apa entah diorang ambil dari filem luar dan selepas tayangan perdana di mana komen - komen dari wartawan hiburan adalah negatif maka memang semua tu buat aku rasa malas nak menonton pun. Ditambah lagi dengan promosi - promosi yang ada gambar dia atau kata - kata dia di atas kerusi tu..hahahaha!  Macam - macam hal kan!

Apa - apapun, ramai juga yang puji kata filem nih bagus! Ialah! Macam apa - apa filem pun. Ada akan suka dan ada akan kata bosan atau buang masa! Jadi, secara kesimpulannya kita akan dapat tahu sendiri jika kita pergi menonton. Itulah yang aku kata bagusnya promosi Dr. Rozmey nih. Walaupun target dia RM20 juta tu memang kelihatan tak realisitik tapi dia buat ramai penonton yang teringin nak pergi tengok. Teringin nak pergi tengok nih tak bermaksud seluruh rakyat Malaysia akn terketar - ketar untuk menyaksikan filem 2 Alam sebab aku tak terketar langsung pun nak tengok. Nak kata teruja pun tak. Cuma bila dia buat macam nih maka akan menyebabkan ramai penonton yang nak tengok dekat wayang sebab :-

  1. Mereka nak tengok apa yang hebatnya sangat filem 2 Alam nih.
  2. Mereka nak tengok filem 2 Alam nih betul ker boleh dapat RM20 juta.
  3. Mereka nak tengok semata - mata nak kutuk filem 2 Alam nih.
  4. Mereka nak sokong hasrat Dr. Rozmey yang mahu filem dia pecah panggung.
  5. Mereka terpengaruh dengan ayat - ayat RM20 JUTA.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang tak mahu menonton. Walaupun ada yang kata sokonglah filem Melayu tetapi dalam waktu yang sama awal - awal lagi sudah cakap mahu membeli cetak rompak atau pun download. Hahahah! Entah apa - apa lah!

Apa - apapun, sebenarnya aku bangga jugalah bila tengok ada usahawan Bumiputera yang berani melabur besar dan mengambil risiko untuk membuat promosi sebegini rupa. Aku tak kisahlah dia untung ker dia rugi sebab itu duit dia dan dia sebagai orang business mesti dah fikir buruk baiknya bila berniaga cuma satu jer aku tak suka sebab cara dia berkata - kata di dalam iklannya di Kosmo atau dalam video dia dekat youtube yang macam tengah sampaikan waktu hari raya yang seperti terlalu membangga diri. Hahaha.

Pasal rambut dia...hahaha! Hakikatnya, memang aku tak suka pun tapi aku rasa itu satu identiti dan promosi yang bagus sebab melalui rambut dia aku rasa Dr. Rozmey nih boleh jadi famous macam sekarang. Apa - apapun, itu rambut dia so biarkan jer lah. Dia rasa okay maka okaylah bagi dia. Hohoho!

Apa - apapun, sekali lagi aku nak cakap aku tak lah terketar - ketar, teruja atau pun taksub sangat nak tengok 2 Alam nih. Entah, aku tak rasa sangat  pun nak tengok melainkan jika terdapat banyak review yang positif yang meyakinkan aku untuk tengok cuma secara jujurnya aku sangat teruja nak tahu kutipan filem 2 Alam nih. 

Pada pandangan peribadi aku, mungkin tak akan sampai 20 Juta tapi kutipan filem nih cukup untuk membuatkan Dr. Rozmey lebih kaya sebab promosi agresif dia tu. Hohoho! Selamat menonton pada yang memang mahu menonton yer dan jangan lupa buat review.


P/S : Aku Tertarik Dengan Ayat Seorang Kawan FB Aku Pada Rakan - Rakan Dia,"Biarlah Dia Nak Angkuh Ker Apa Ker Macam Orang Lain Kata Sebab Paling Tidak Dia Dah Ada Produk Filem Dia Sendiri Walaupun Tahap Kualitinya Kita Tak Tahu! .... Kita??"


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. xsanggup untuk tgk cerita ini! langsung!

    BalasPadam
  2. kenzo : haahaha...habislah..kutipan dia dah jadi RM19,999,999.00...
    hgehehe

    BalasPadam
  3. gua salah seorang yang tak akan menonton citer tue.. kerana gua memang bukan kaki wayang.

    cukup 'meluat' dengan cara dia 'angkat' cerita tue..
    alahai... tapi betullah... dia punya sukalah nk capai berapa pun.

    *teringat kata seorang wartawan;
    Dr Rozmey hanya boleh dapat RM40 juta dalam mimpi je~~

    BalasPadam
  4. kenzo : ekekekeke

    pearls : mimpi pun belum tentu,..hahaha

    BalasPadam
  5. Dah biasa nengok manusia 2 alam ... dua jantina ka...dua pe'el kelaku ka... manusia dok dua duan ka.....tak minat

    BalasPadam
  6. sbbkan ramai sgt org bercakap pasal cite ni... walaupun aku tak tahu ape pun yg drg cakap tu, aku rasa mcm nak pergi tgk plak. haha.

    BalasPadam
  7. aku confirm akan tgk filem ni
    yeah!

    tapi download jela
    tgk pon smate2 nk kutuk2
    haha


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  8. aku konpem tak tgk kot citer nih..aper2 entah...over kot...haha

    BalasPadam
  9. btw...wah...kau punyer blog nice ar hans...cehh..lamer dah tak jenguk

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama