Isnin, 3 Januari 2011

Jom Jalan - Jalan Cari Makan Di Kedai DENAI dekat Menara UOA Bangsar

 Gambar Hiasan


Pemilik:
Mohd Idzral @ Bob (juga sebagai chef) & Kak Azlinda
 
**Perhatian** :- Chef Bob Berpengalaman Selama 10 Tahun 
Sebagai Sous Chef di Pan Pacifil Hotel (kini Seri Pacific)


 Nama Kedai:
Denai


Alamat:
12, Bangsar Utama 9 (Belakang Menara UOA Bangsar)


Waktu Operasi:
8.00 a.m - 5.00 p.m

Konsep:
Nasi Campur & Ala - Carte


Jenis Menu:

Ikan Bakar(dibakar menggunakan arang), ikan cencaru inti goreng panas,
Masakan Melayu, Padang, Western dan Chinese Noodles(recommended).

**Perhatian** = Western dan Chinese Noodles Akan Dimasak Chef Bob Sendiri.


Harga Menu:
Nasi Campur = Ikut Jenis Lauk
Menu Lain = Standard Kedai Makan Biasa


Perkhidmatan Lain :
Catering untuk meeting, kenduri kecil dan majlis perkahwinan


Nombor Telefon:
012 - 2276454


Peta Lokasi Dan Gambar Kedai:
Akan Diletakkan Bila Diberi Oleh Tuan Punya Restoran


Kak Azlinda minta tolong aku untuk mempromosikan kedai makan ini yang bakal dibuka pada 3 Januari 2011 atau lebih tepat lagi awal tahun depan lah. Katanya kedainya masih biasa - biasa atau lebih tepat sederhana sebab dia dan suaminya abang Bob nak tengok dulu macam mana sambutannya dan jika bagus mereka akan memperbesar dan menambahkan lagi kemudahan - kemudahan di situ. Makanan memang sesuai untuk semua golongan awam dan harga pun berpatutan.

Jadi, selamat mencuba makanan di sana bermula pada 3 Januari 2011 ini yer. Insyaallah! Moga perniagaan mereka maju dan semakin berkembang. Amin!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

11 ulasan:

  1. laaa. tak bukak lagik ghupanya...hoho

    BalasPadam
  2. puteri sarah biru : baru promote...hah..nanti ada rezeki gi makan aku jadi la kejap maria tunku sabri..hohoho

    BalasPadam
  3. Laaaa aku ingat da bukak. Punya la semangat ingat nak pi weekends ni.. Hahaha

    BalasPadam
  4. Amin.. InsyaAllah Berjaya!

    Hey jom belanja ceq :P

    BalasPadam
  5. awal sangat promote ni.. nanti dah buka, promote lagi erkk... :)

    BalasPadam
  6. Thanks Harnis.

    Memang kalau boleh memang nak buka secepat mungkin tetapi owner kedai ni buat haji, terpaksa tangguh ke bulan Januari..

    BalasPadam
  7. jadi duta DENAI RESTORAN ke bro?
    terbaik la

    BalasPadam
  8. tak bukak lagi?? laa br nk serbu.. nk rasa western food. nnt inform kalau dah bukak! :))

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Hans,

    Akak nak bagitahu yang DENAI dah mula beroperasi mulai semalam 3.1.2011. Buat masa sekarang kami buat breakfast, lunch and hi tea dulu. Kalau ada kekurangan akak minta maaf dulu kepada yang datang. Baru2 ni mungkin banyak kelemahan. insyallah akan beri yang sebaik mungkin.

    Untuk western food, akak akan bagitahu bila beroperasi. Mungkin, lepas hubby resign dari hotel kami akan all out. Secepat mungkin.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com