Kau Nak Berhenti Berblog? Sudahlah! Hentikan Jer Lah Kata - Kata Kau Tu! Hahahaha!

Sebelum tu aku nak bagitahu entry aku sebelum nih buat ramai kawan - kawan aku tak kira kawan sekolah lama, kawan di U, kawan hostel, mahupun kawan - kawan di FB makan hati, berkecil hati, senyum paksa dan yang sama waktu dengannya. Hehehehe! Janganlah macam tu kawan - kawan! Tahu - tahu jer lah aku nih nakal sikit. Suka mengusik kan! Hehehe! Apa - apapun, aku sayang korang semua tau! Korang semua dah macam adik aku, abang aku, kakak aku, awek aku dah walaupun korang tak anggap macam tu pun. Hahahahaha!

Okaylah! Aku pening sikit dengan nuffnang nih. Kejap dia update earning hari Khamis. Kejap hari Isnin. Nih tadi dia update hari nih pula. Poning kepalo den nih hah jang! Hah! Minggu nih dapat RM1.50. Alhamdulilah! Rezeki di minggu lepas. Haih! Bilalah nak dapat seminggu RM100 entah! Boleh juga aku berangan - angan nak beli Jeans jenama Apple. Ini nak berangan - angan pun takut. Muahahahaha!


Okaylah! Sepanjang bulan nih aku dapat banyak persoalan atau pertanyaan mahu pun meminta pandangan aku tentang satu hal nih = Nak Tutup Blog. Kiranya dah tak nak berblog dah. Macam - macam alasan atau masalah yang mereka bagitahu. Ada kerana tak tahan dengan komen anonymous yang mereka tak kenal atau kenal. Ada juga yang tak nak bagitahu. Katanya biar mereka saja yang tahu. Ada juga yang kata dunia blog nih hipokrit. Ada juga yang kata blogger sekarang dah lari dari tujuan atau matlamat asal berblog. Kira macam - macam sebablah.

Tapi, setakat aku berblog selama 2 tahun nih dimana aku baru serius berblog selama 11 bulan, semua orang yang aku jumpa ini memang akan stop berblog. Tapi tak lama. Paling kurang 2-3 bulan pasti mereka akan berblog balik. Bila ditanya kenapa berblog balik maka selalunya jawapan yang aku dapat ialah,"Jiwa Aku" ataupun "Rasa Nak Menulislah Sebab Dah Biasa Menulis!" Yeah! Aku mengakui aku pun dulu pernah juga berhajat nak berhenti. Dua kali jugalah. 1st sebab anonymous dan 2nd sebab tak ada mood nak berblog. Tapi, senang cakap kalau memang kau suka menulis(maksud disini menaip..hahaha) maka memang dunia blog dan diri kau agak susah dipisahkan.

Memang boleh kalau nak berhenti tetapi hati kena cekal lah. Macam orang hisap rokok. Kata nak berhenti tetapi mulut masih menghisap. Maka tak jadi juga berhenti. Jadinya, kalau korang kata nak stop ker apa semua tu hentikanlah melainkan memang korang dah tekad. Tekad disini bermaksud delete terus blog tanpa membiarkannya wujud tanpa update. Apa - apapun, aku rasa tak payahlah berhenti berblog. Kalau rasa tak ada mood jadi kau rehat lah. Kalau ada masalah dengan komen anonymous kau jadikanlah dia spam dan delete tanpa perlu baca. Hahahaha! Apa susah!

Apa - apapun, kepada rakan - rakan semua berblog lah jika korang minat. Kita memang takkan dapat puaskan hati semua orang. Sedangkan dimana - mana negara sekalipun akan ada dua atau lebih kumpulan atau puak yang berlainan pendapat. Yang baik kita ambil jadi pengajaran. Yang buruk kita buang jauh - jauh. Okaylah! Yang tu jer aku nak cakap. Apa - apapun, aku suka berblog sebab aku dapat kenal ramai orang yang lain cara pemikirannya. Tak kisahlah korang nih nerd ker tak ada keyakinan diri ker, terlebih pandai ker atau apa jer macam yang orang luar kata janji kalau korang ikhlas berkawan dengan aku maka aku pun ikhlas berkawan seadanya dengan korang. Thanks semua! Berblog lah dengan gembira yer! Selamat!

Malam nih nak layan filem Bollywood aku baru download. Hohohoho!


P/S : Seronok Tengok Blog Kawan - Kawan Dah Maju. Siap Ada Penaja Bagai. Blog Nih Tak Ada Sapa Nak Taja Ker? Dr. Rozmey Taknak Taja Ker? Boleh Juga Aku Promote Filem 2 Alam Dekat Blog Nih. Hehehehe!

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gua dah bape kali tah nak tutup! tapi xtertutup lah! har har!

    BalasPadam
  2. betul lah.. selalu je rasa malas nak berblog n kadang2 nak tutup aje.. tapi cakap aje lebih.. bila terpandangkan pc ni.. automatik nak tengok blog aje.. hahaha..

    BalasPadam
  3. gua dah bape kali tah nak tutup! tapi xtertutup lah! har har!

    BalasPadam
  4. belum masanyer lagi tuk tutup..heheh

    BalasPadam
  5. tu la.
    ramai gak orang yang konon je nak berhenti berblog tapi last2 tak berhenti.
    sebab apa?
    sebab org2 sume komen ckp jangan berhenti.
    padahal saje nak raih comment je.
    hahahahaha

    ok la naik 1.5 nuffnang.
    aku tak sampai singgit pun naik

    BalasPadam
  6. klu da stat berblog...fb dianaktirikan je.kan3

    BalasPadam
  7. aku pun mula2 nak brhenti jgk bila dh hbis cerita hantu atulis tu? tp xjd tetiba rasa syang plak kt blog? hehehe

    BalasPadam
  8. berblog best apa. walaupun terkadang ada benda yg menyakitkan hati. tapi lantak apa kan. haha!

    BalasPadam
  9. kalau rajin i update blog ...bila no tym I hilang ...nanti ada waktu terluang update lagi ...belum terfikir nak tutup ...

    BalasPadam
  10. aku tak pernah tutup blog.

    tp rehat byk kali. hehe.

    BalasPadam
  11. miahahaha. mimpi. angan2 dan cita2.

    BalasPadam
  12. meh aku taja ko.. taja mkn ch0ki2 :p mau? sedap oo~

    BalasPadam
  13. apa yang penting berblogging for fun

    BalasPadam
  14. tulis jer apa nak tulis,kalau rasa malas rehat jap... lakukan apa saja asalkan bahagia dan tidak merosakkan orang lain dan diri sendiri...
    berapa kali bilang mau tutup daaaa...

    BalasPadam
  15. kalau nak benti blogging,just quit,xyah cakap kan?kalau cakap aku nak quit, x lama pastu sure blogging balik...haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama