Upin & Ipin Agenda Yahudi? Alahai Surat Berantai!! Bikin Panas Jerr!! Sila Baca Sampai Habis Yer!

*****************************************************************
**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***


Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." 

Sebutlah Ariffin bukan Ipin
Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin.
"U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. 
Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". 

kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

*****************************************************************


Tunggu kejap! Jangan maki aku dulu! Hah! Sila baca apa yang aku tulis di bawah ini!

Terima kasih sangat - sangat kepada blogger Faiz Tapit kerana sudi memberi aku peluang untuk berkongsi artikel surat berantai nih kepada kamu semua. 1st time aku baca memang aku rasa marah sangat - sangat dekat si blogger faiz nih sebab aku ingat dia percaya dan terus masuk kan dekat entry. Nasib aku nih jenis yang akan baca habis setiap entry dan akhirnya aku tahu si blogger faiz nih pun memang tak puas hati dengan surat berantai nih. Hahaha! Nasib aku baca habis! Alhamdulillah!

Hakikatnya, inilah surat berantai yang pertama kali yang berjaya buat aku marah. Mungkin sebab pertama seperti ramai orang kata aku ialah peminat siri Upin dan Ipin. Hehehe! Sebab kedua ialah aku rasa perkara nih nonsense sangat! Mungkin betul atau tak aku tak pasti berkenaan maksud Upin dan Ipin tu tapi anggaplah itu kebetulan. Kalau semua benda kau nak kaitkan dengan zionis lah Amerika lah apa kejadah lagilah memang minda kau takkan bergerak.

Bagi aku kartun Upin dan Ipin nih majoritinya orang Islam sendiri yang buat. Banyak sumber inspirasi dan moral kepada kanak - kanak serta kita yang dewasa. Kartun nih ajar pentingnya puasa, pentingnya doa, pentingnya menyayangi keluarga, pentingnya hormatkan orang tua! Yahudi juga ker? Kartun nih pun dah menaikkan martabat industri animasi Malaysia dan semakin maju. 

Memang jenis orang kita tak boleh tengok bangsa sendiri maju kut. Bila nampak bangsa sendiri maju mulalah rasa tak senang duduk ibarat ada bisul atau terkena buasir. Mulalah rasa badan panas ibarat suhu mencecah 70 darjah celcius. Mulalah keluh kesah ibarat sedang cuba menyelesaikan masalah dunia dengan diberi masa cuma 5 minit. Aku pelik betul! Bukannya harta kau luak pun kalau kau lihat dengan gembira kejayaan anak bangsa sendiri! Manusia memang pelik!

Ada banyak benda lagi kau boleh buat untuk mendapatkan pahala. Senang cakap masalah di sekeliling kau sendiri pun sebenarnya banyak. Ini benda yang sepatutnya tak perlu pun kau susahkan diri nak sibuk tapi kau cuba juga cari masalahuntuk menjatuhkan orang lain. Kepada semua yang sedang membaca, tolonglah jangan terlalu mudah percaya dengan perkara - perkara macam ini kerana secara tidak langsung anda bersekongkol menyebarkan fitnah kepada orang yang tak bersalah dan ini juga boleh menyebabkan periuk nasi manusia lain terjejas.

Bagi aku...aku pegang satu perkara! Hidup jangan terlalu taksub pada sesuatu benda atau perkara kerana jika kita terlalu taksub maka kita takkan jumpa atau dapat menilai yang mana satu baik atau yang mana satu buruk kerana kita akan sentiasa menganggap semuanya baik belaka pada pandangan mata kita walhal sebenarnya perkara itu buruk atau tidak baik.

Apa - apapun, terima kasih lagi sekali kepada blogger faiz kerana sudi berkongsi info ini dengan pembaca H.P.B Blog dan harapnya animasi Upin Dan Ipin semakin maju dan menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia. Sekian!

42 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bukan ciptaan org melayu ker? upin ipin an name org melayu.. pendapat mak saye lahh

    BalasPadam
  2. Cik Zatie : Nih Sah Baca Tak Habis Nih...

    BalasPadam
  3. aiyooo...fenen2...mne satu yg sahih...hehe...

    *minat jugak ipin upin..bley leka ngan cte neh

    BalasPadam
  4. hahaha.. siyes aku sengih. mungkin kawan aku kat kampung yang namanya Ipin tu adalah konspirasi israel jugak kot!! HA HA HA HA..

    kenapa tak nak kata Usop Sontorian tu ambik dari nama US???! lepas tu boleh la aku kata kawan aku nama usop tu agenda dari US!!

    ambik la pengajaran dari kisah upin & ipin tu yoh. ajar kanak2 dekat dengan masjid, ajar baca doa makan.. ajar hormat orang tua. banyak sangat pengajaran boleh diambik.. tang mana jarum halusnya?

    kan boleh saya kata, Upin dan Ipin adalah jarum halus orang islam sebarkan dakwah. anda nak kata apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebutlah Uffin bukan Upin...
      Sebutlah Ariffin bukan Ipin...

      Padam
  5. ini kalau orang tak baca habis memang confirm ramai yang marah
    haha

    cerita upin ipin kan banyak bagi unsur2 baik untuk kanak-kanak
    tak logik dek akai~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taubat tak nak tengok katun² much lagi

      Padam
    2. Taubat taknk tengok katun hahaahahaa -_-b

      Padam
  6. aku dah penat dengan surat berantai yang merapu2.. suka nak fitnah2 pasal org lain.. kadang2 buat aku angin je.. cukup la islam dipijak2.. xkan nak benda mcm tu pun nak fitnah bangsa dan agama lain.

    bak kata mr K (blog the other khairul) : nak ke orang kata islam ni jadi digelar agama pemfitnah ??

    p ingat mati lebih baik dr dok sebar surat mcm ni..

    BalasPadam
  7. biasa la skang ni byk sgt orang yang taksub ni..
    menyampah gile dohh

    BalasPadam
  8. tadi hampir-hampir nak marah
    dah la upin ipin ni favourite punye citer

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Bukanlah, hidup islam..... yop pekeme . Shial

      Padam
  10. I pun boleh untuk Islam kan??
    U untuk "Ugama" haha....dulu2 punya ejaan...

    BalasPadam
  11. patut la ko panas sgt dgr surat berantai camni..
    aku pikir pn mcm ngarut jerk!
    dammit..

    BalasPadam
  12. tu laa...sis pun memula igt si faiz punye original entry,rupenye surat brantai...

    nonsense betul lah...terang2 Mlaysian kite yg buat kartun tu...suami kpd pemilik suara Opah tu haa bos Les copaque ! huhh...mentaliti cetek betol

    BalasPadam
  13. aku pon rasa nak backhand pakai kayu hoki laju2 kt sape yg buat surat ni...

    BalasPadam
  14. mengarut je ni..dalam kartun tu pun mne de unsur-unsur yahudi..diaorg mengajar bnde baek pe..rse ni hasad dengki org yg xsenang tgk org laen maju

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kalau ya pun kenape diorang letak doa baca mkn lah doa bukak puasa lah aku tak mrh org yg buat blog nie ke blog lain ke kita kena salah kan orang yang pertama ckp pasal bende nie aku jgk tk mrh kat faiz ngan hans

      Padam
  15. pelik2 ...xkan psl name upin&ipin tu boleh jdi punce agenda yahudi ..upin&ipin kn mmg nme biase org... asl x dri dulu dipersoalkan nme gelaran tu ...hahah U & I .. mcm ayt boleh buat dgn u & i .. :P

    BalasPadam
  16. apekesengalgiletakdekejenaksebarfitnahnakbuatcerite~

    BalasPadam
  17. wait..
    doreamon pun termasuk dlm agenda israel...??
    are their silly??!!!!!
    doraemon r give tooooooo many moral value especially how to take care alam sekitar...
    n so on...

    BalasPadam
  18. npe la ngok sgt 0rg yg wt artikel ni (bkn pnulis bl0g ni erk..hrp maklum..)...haish...mcm2 la k0rg ni...6t kl0 jd fitnah..xke naye uh...dosa besar ag uh dri bnuh org..ish2..tu la..kl0 nk mlawak p0m biar la bertempat...one more thing...bijak ugak er Yahudi nih..(kl0 bt0l r ape yg k0 mrapu uh..)..smpai leh ajar kite tntg islam...aikk...kl0 cm2 YAHUDI ni islam ke ape..?..xkn kte tru amalan ye k0t..?..ce tg0k bt0l2 upin ipin uh..xke ye ajar byk bnde kt kte tntg islam...

    BalasPadam
  19. Aku umar start dri u... usa kah.. agenda yahudi lah ni

    BalasPadam
  20. lmbng (u) tu bermaksud umat..(i)bermaksud islam..cerdik!

    BalasPadam
  21. dasar melayu. dengki tgk melayu lain maju. bende ni mmg ada dlm genetik kita beb.

    BalasPadam
  22. Islam pun mula dari i jugak agenda yahudi ke bodoh betul oran yang buat surat berantai ni

    BalasPadam
  23. Islam pun mula dari i agenda yahudi juga ke ni apabendalahhhhhhh fvck lahh

    BalasPadam
  24. Islam pun mula dari i agenda yahudi juga ke ni apabendalahhhhhhh fvck lahh

    BalasPadam
  25. itu semua fitnah orang yang dengki

    BalasPadam
  26. itu semua fitnah,ada orang yg dengki

    BalasPadam
  27. JANGAN PERCAYA INI SEMUA YAHUDI YG NAK MUSNAHKAN ISLAM

    UPIN DAN IPIN KAN ORANG MELAYU YG BUAT.SIAP KAK ROS PAKAI TUDUNG DAN UPIN DAN IPIN PUN PUASA.APA YG TAK ELOK NYA....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama