Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010


Baru selesai menonton drama yang baru ditabalkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 baru - baru ini iaitu drama Antara Garisan lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani, Isma Yusoof dan Ismail Abd Aziz. Selain daripada itu, drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Drama Terbaik. Tahniah di ucapkan kepada semua krew produksi dan pelakon - pelakonnya,

Alhamdulillah aku berkesempatan menonton drama ini selepas mendowload drama ini DISINI sebab rumah aku tiada Astro jadi sangat bersyukur akhirnya dapat juga menonton drama yang sememangnya terbaik ini. Jadi, aku mengharapkan marilah ramai - ramai menonton drama ini kerana hakikatnya manusia sekarang tambah - tambah apa yang aku lihat termasuklah diri aku sendiri tidak lari daripada suka menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Alhamdulillah, filem ini mengajar dan memberi banyak mesej yang sangat bagus.

Sesungguhnya memang benar apa yang dikata dan aku sendiri pun pernah menyaksikan juga perkara ini berlaku sepanjang aku hidup cuma cara dan situasinya saja berlainan tetapi masih berlandaskan kepada satu perkara yang menjadi objektif utama di dalam drama ini. Hari ini anda melihatnya sebagai manusia yang paling teruk, yang paling jahil atau sebagainya tetapi esok lusa mungkin anda pula akan berada di tempatnya yang dulu yang paling anda hina atau keji. Percayalah!

Memberi nasihat tidak salah! Memberi teguran tidak salah! Tetapi, biar kena caranya dan secara berhemah! Jangan menjatuhkan hukuman membabi - buta kerana anda menjatuhkan hukuman itu kepada manusia dan anda sendiri pun sebenarnya manusia. Apa - apapun, aku suka ayat terakhir drama nih :-


"Aneh bukan? Dalam sekelip mata manusia boleh berubah tempat tanpa mereka sedari. Sebuah kisah tentang sifat manusia yang seringkali merasakan diri mereka lebih baik dari yang lain sehingga menyebabkan mereka gemar menjatuhkan hukuman sesama mereka seolah - olah dosa dan pahala mereka sesama mereka yang tentukan. Apakah mereka semua lupa yang mereka semua sebenarnya sama sahaja. Kalau ada pun yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka akan melintas garisan itu."


Selamat Menonton!

 
Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kita hnya manusia biasa dik...xtrlepas dr melakukan kesilapan.....
    drama tu mmg best la....

    BalasPadam
  2. best jgk cte ni aku xthu pun selama ni nnt nk tgk la...

    BalasPadam
  3. kalo ade mase..
    nanti aku mau tgk!
    hakhak!

    BalasPadam
  4. nza : yups...memang patut jadi drama terbaik

    dayah : wah,memang hebat...sebab tu menang tu

    nizam : best kan

    kizz : gi la tgok

    nick : tgok la skrg

    lelaki ini : pernah ker ko ada masa?

    BalasPadam
  5. ahhh. belum tgk agi cerita tu. tp dari ulasan anda, umm... suka...

    cik coklat akan donlod gk nnti :)

    BalasPadam
  6. woh tengs hans! mmg tgh crik drama nih..sb kt umh pon xde astro.huhu..dunlud skang gk! :)

    BalasPadam
  7. mmg best n byk pengajaran dri cter ni.. 1st buka tv tgk cter ni, terus mata tak berganjak.. tahniah pd pengarah, penulis skrip, pelakon2, especially Norkhiriah n Amani, dan krew2...

    BalasPadam
  8. Yee , dah tengok dah cerita ni . Memang ta patut bg hukuman degan tindkn yang melulu . hmm . *+ve impact foe me :)

    BalasPadam
  9. thanx for the link
    aku dah downlaod skrg

    try tgk cter fantastic mr.fox dan paprika

    BalasPadam
  10. yanpn ske drama ni.. ulang2pun tgk gak.. tp ms memula tgk rase geram ngan ustaz tu.. ngan setan tu jugak (si isma)

    salam...
    jemput vote anak kite klu sudi.. tq
    http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html

    BalasPadam
  11. citer ni mmg best...byk kali tgk...hehehe...so kite x bleh nilai seseorg itu sesuka ati...

    BalasPadam
  12. saya dah pernah tgk sebelum ni. memang drama ni bagus.

    yg paling tak sangka, watak isma yusoff tu adalah syaitan.

    mmg patut menanglah...

    BalasPadam
  13. ms sis tgk drama ni mng sis xpueh ati...sebabnye?sis xpenah tgk ! hohoho...sis bet drama laen yg mng..trlopeh plak mnonton drama antra garisan nih..

    eh kamoo donwload2 kat komputer ni tak slow/sangkut2 ke ?

    BalasPadam
  14. Sapa lah kita nak menghukum sesama manusia kan dik....

    Kalau zaman dulu, seorg palacur boleh dimasukkan Allah ke syurga hanya kerana dia sanggup memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan menggunakan kasutnye, layakkah kita nak menghina org sesuka hati hanya kerana kita sembahyang cukup 5kali sehari?

    BalasPadam
  15. manusia tak lepas dr melalukn kesalahan..
    tp jgn disebabkn kite dipndg mulia oleh org lain kite bleh memberi hukum ikut suka kite..salah dah tu..kite hanya manusia biasa..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama