Ahad, 31 Januari 2010

Episode 2 JJMM : Kedai Makan Bandi Amuk

Hai semua! Bersama saya lagi Hans Tunku Sabri dalam rancangan JJMM iaitu Jalan - Jalan Mari Mengketedarah episod ke-2.
V.O : Jalan - Jalan.....Mari Makan.....lalalalalalalala(suara latar rancangan berkumandang)

Baiklah! Hari ini saya akan bawa anda semua mencari tempat - tempat makan yang sedap di Shah Alam. Ini dia kedai kedua yang kita nak serbu hari ini -> Kedai Makan Bandi Amuk (sambil menunjukkan tangan kepada kedai untuk penonton)

Baiklah, saya dengar kedai ini milik penyanyi Bandi Amuk. Tak kenal? Alah, yang pakai topeng yang menjerit Yeyehhhhhh! tu. Kedai nih juga di seksyen 7 bertentangan dengan Restoran Abe yang tak sedap tu. Apa tunggu lagi. Jom kita mengketedarah! (berjalan masuk ke dalam kedai).

Di atas meja saya sekarang ini ialah Nasi Goreng Luar Biasa yang di kata - kata orang sangat sedap tu. Hah! Apa yang luar biasa sangat nasi goreng nih? Owh, rupa - rupanya ada seekor udang, potongan ayam dan telur rupanya. Sambal belacan pun ada? Saya suka nih. Harga dia tak mahal dan tak murah. Cuma RM5.50 jer. Saya ambil menu yang murah jer ni. Company tak cukup budget. Tunggu apa lagi. Saya mengketedarah dulu yer(sambil menyuapkan nasi goreng luar biasa kedalam mulut).

Hurm! Boleh tahanlah!(sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus dan terus makan lagi dengan pantas).

Disini juga terdapat persembahan live dari band - band yang baru nak meningkat naik saya rasa. Suasananya juga menarik. Untung - untung anda semua boleh lihat wajah Bandi yang tidak bertopeng. Sayang saya tak berkesempatan nak jumpa Encik Bandi kerana beliau sedang sibuk dengan urusan lain pada hari ini.

Jadi, kepada saudara saudari yang nak merasai sendiri kehangatan dan kelazatan nasi goreng luar biasa restoran Bandi ini bolehlah berkunjung ke seksyen 7 berdekatan dengan Restoran Nasi Kandar Hakim.

Encik Bandi! Ini plat JJMM tanda kami sudah merasai keenakan makanan encik.(sambil menyerahkan plat JJMM kepada wakil Encik Bandi).

Anda tunggu apa lagi? Jomlah datang sini mengketedarah!

P/S : Nantikan Episode Ke-3 JJMM

Review Film : Tooth Fairy Buat Aku Ketawa Lagi


Film ini mengisahkan tentang The Rock(aku lupa nama watak dia) yang digelar Tooth Fairy di dalam pasukan hoki aisnya berikutan serangan dia terhadap ahli pasukan lawan yang mampu mematahkan gigi mereka.

The Rock nih tengah couple dengan seorang perempuan ni. Nama melayu dia Limah(juga aku lupa nama wataknya dalam filem ini). Si Limah nih ada 2 orang anak. Sorang laki dan sorang perempuan. Jadinya, The Rock nih kena ambil hati anak - anak si Limah nih jugalah.

Mengikut kepercayaan Barat yang kita sedia tahu, gigi susu terakhir budak - budak wajib diletak di bawah bantal sebelum tidur dan apabila bangun pagi esok gigi itu akan bertukar kepada wang. Jadi, gigi susu terakhir si anak perempuan Limah nih pun gugur pada suatu hari dan anak si Limah nih letak la bawah bantal. Si Limah dah tukarkan gigi tu dengan duit tapi tiba - tiba si The Rock nih curi nak buat main pakau ker apa entah.

Jadi, The Rock nih hampir bagitahu pada anak si Limah yang pari - pari tu tak wujud. Jadi, esoknya bila The Rock bangun dia dapat memo dari fairyland yang dia didenda menjadi pari - pari gigi @ tooth fairy. Jadi, dari sini segala - galanya bermula dan bagaimana The Rock mula faham imaginasi itu sangat penting untuk kanak - kanak.

Film nih memang lucu walaupun ending last dia aku tak suka. Sebenarnya ending dia yang last tu okay cuma aku dah banyak tengok dalam filem - filem lain. Tapi, aku suka lakonan The Rock. Makin hebat dia berlakon. Filem ini memang lucu dan kreatif juga bagi aku.

Senang cakap aku bagi 4 Bintang jugalah untuk filem ini daripada 5 Bintang. Tak rugi pun tengok. Memang best!

P/S : Aku Tak Sabar Nak Tengok Film Baru Shah Rukh Khan(Aku Lah Tu..Hahaha) & Kajol. Tajuk Dia Tak Silap Aku My Name Is Khan Kut!

Sabtu, 30 Januari 2010

Pandangan Aku Mengenai Lempang Guru & Lempang Pelajar.

Selepas aku membaca entry Abe Long bertajuk Lempang maka aku sangat tertarik untuk mengupas isu ini. Sekarang banyak artikel berkenaan guru lempang murid sampai murid jadi pekak lah, bisulah, jadi gilalah(saja aku kasi hiperbola sikit) dan begitu juga sebaliknya. Ada pelajar yang belasah cikgu masing -masing juga sampai masuk ICU pun ada. Kalau zaman aku dulu setakat gores - gores kereta atau pancitkan tayar jer lah. Itu pun dah rasa macam sangat kurang ajar dah sebenarnya.

Sebelum aku teruskan, aku tegaskan dekat sini bahawa ini hanya pandangan aku. Aku hanya melontarkan pandangan - pandangan yang sedang bermain di dalam kepala otak aku sekarang.

Masa aku darjah 2 dulu, guru kelas aku ialah seorang Melayu sebelum ditukar kepada seorang guru wanita berbangsa India. Guru Melayu bertukar kerana sudah sampai seru untuk bersara. Cikgu India itu aku panggil sebagai Cikgu Kamachi. Beliau memang garang gila ditambah dengan 4 subang di setiap telinga memperlihatkan lagi kegarangan dia. Pantang salah sikit mesti kena maki punya dan selalunya perut atau telinga menjadi mangsa cubitan. Dan yang penting di sini ialah memang sakit. Tetapi, berani ker aku nak bagitahu mak ayah?Pemikiran mak ayah aku masa dulu sama seperti pada zaman mereka bersekolah. Dahulu, kalau betul pun mak ayah kau tak salah tetapi takkan beraninya mahu bagitahu sama datuk atau nenek kau kerana tidak pasal -pasal mendapat habuan dari datuk atau nenek kau pula. Orang dahulu sangat menghormati guru.

Sewaktu aku di darjah 5, aku mendapat seorang guru berbahasa inggeris wanita. Aku lupa nama beliau. Apabila beliau dalam keadaan marah dengan serta merta dia akan mencarut pada semua budak - budak dalam kelas. Sungguh dasyat sebenarnya. Banyak juga budak - budak yang tak suka tetapi tak boleh nak kata apalah.

Masa aku di tingkatan 2, macam aku cerita ada seorang cikgu matematik bernama Hassan Salleh yang sangat garang. Pantang salah sikit memang pelempang bersaiz gorilla akan hinggap di belakang badan kau sampai buat kau rasa tiada tulang belakang. Tetapi, budak - budak dulu tak boleh buat apa. Terima sahajalah dengan redha kalau tak suka. Kalau bagitahu mak ayah pun belum tentu diorang nak percaya. Alih - alih kita pula kena kutuk.

Masa di tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku dan rakan - rakan selalu kena rotan dengan warden. Bukan buat salah apa pun. Cuma, warder mesti akan cari salah untuk denda. Contoh, macam tingkap berhabuk sedikit. Itupun dah kena rotan sampai dah lali dengan rotan. Itu pun kami semua bersabar jer.

Tetapi, bila aku kenang balik semua benda tu aku ketawa sendiri. Dulu aku tak suka. Aku menyumpah seranah bila aku kena benda - benda macam tu sebab bagi aku bukan aku buat salah. Tetapi, akhirnya itulah yang mematangkan diri kau. Itu sebenarnya satu cabaran buat kau. Bila difikir balik itu hanya ujian kecil saja sebelum kau menempuh halangan seterusnya di hadapan.

Berbalik pada topik asal dan terbaru pasal kes Cikgu Lelaki lempang pelajar dan kemudian keluarga pelajar itu lempang balik cikgu lelaki itu memang menjadi topik panas juga. Aku pun tak tahu sebenarnya siapa yang salah. Sebab, sekolah aku dulu ada seorang cikgu lelaki bersaiz gorilla dan suka mendenda atau menangan pelajar - pelajarnya. Tetapi, di zaman sekarang juga memang ramai budak - budak tak kira lelaki atau perempuan yang sebenarnya boleh dipanggil jantan atau betina. Sangat kurang ajar. Tak tahu hormat orang tua.

Ada orang berfikiran bahawa seperti ini,"Sedangkan mak ayah dia tidak pernah jentik dia jadi apakah hak untuk cikgu itu berbuat demikian pada anak mereka?". Perkara itu sesuai jika memang betul budak itu tidak bersalah. Tetapi, kalau budak itu memang betul - betul bersalah rasanya ayat itu tidak sesuai digunakan.

Budak - budak sekarang tidak seperti dulu. Masing - masing semakin berani. Emak ayah terlalu percayakan anak - anak. Anak - anak minta duit terus bagi tanpa banyak soal. Anak - anak minta motosikal terus beri walaupun tahu anak tidak ada lesen. Anak - anak kata mahu keluar ke bandar terus diberi kebenaran tanpa ada apa - apa syarat.

Bukannya aku kata mereka harus mengongkong anak - anak tetapi masalah ibu bapa muda sekarang ialah mereka terlalu sambil lewa dalam hal - hal macam ini. Anak - anak selalunya akan berlakon baik di depan mereka bak kata pepatah "Pijak Semut Pun Tak Mati" tetapi di belakang mereka? BELUM PIJAK SEMUT DAH MATI.

Dulu aku pernah memberontak di dalam hati. Aku kata asal aku dikongkong. Asal kawan - kawan kelas aku mudah sahaja mahu keluar? Mudah sahaja mahu beli barang? Mudah sahaja dapat duit? Senang kata rakan - rakan kelas aku serba serbi mudah untuk buat apa yang aku suka.

Tetapi, apabila aku dah semakin matang aku rasa sangat bersyukur keluarga aku mendidik aku macam itu. Aku tak nafikan bukan semua kawan - kawan kelas aku rosak akibat terlalu di manjakan tetapi hakikatnya memang ramai yang rosak. Masing - masing dah tidak tahu halal haram. Tidak tahu dosa pahala. Alhamdulillah, aku gembira dan berterima kasih sangat pada keluarga aku kerana mendidik aku sebegini.

Mak ayah sekarang diberi kuasa yang bukan - bukan. Boleh menyaman guru atau pihak sekolah jika melempang anak - anak mereka. Jika anak mereka sehingga sanggup meludah muka guru, bercakap lucah dengan guru haruskah mereka - mereka ini dibela sebegini rupa? Walaubagaimanapun sikap guru anda, hormatilah mereka. Kalau setakat kena marah atau rotan tu biasa jer lah. Melainkanlah kalau tiba - tiba berlaku gangguan seksual kepada kau semua, itu memanglah tidak dapat dimaafkan.

Emak ayah sekarang terlalu percayakan anak - anak. Kadang - kadang aku pelik dengan budak - budak kecik yang menjerit - jerit di dalam cc bermain game online pada pukul 10 malam. Mak ayah mereka tak marah? Mak ayah mereka tahu ker mereka di situ? Aku musykil.

Bagi aku, ada masanya mak ayah kena bertegas. Lepaskan mereka apabila diyakini mereka boleh membuat keputusan sendiri. Entah, pening dengan kerenah budak - budak sekarang. Siapa yang jadi cikgu sekolah menengah mesti faham dengan apa aku cakap.

P/S : Maaf Entry Caca Merba. Aku Tulis Apa Yang Terlintas Di Kepala Jer.

Review Film : Adnan Sempit Memang Sempit Tetapi Best Giler!


Filem ini mengisahkan tentang Adnan, seorang penghantar surat yang bekerja di sebuah syarikat yang besar. Di situ, Adnan meminati si perempuan @ boss beliau yang dilakonkan oleh Intan Ladyana. Si Adnan nih memang menaruh hati pun pada si bos dia nih sehinggalah satu hari boss dia bawa si Adnan nih jumpa kawan - kawan dia dan memperkenalkan Adnan nih sebagai kekasih dia.

Dari sinilah bermulanya konflik cerita ini. Adnan kena belajar cara hidup si boss dia ni dan boss dia kena belajar cara hidup Adnan. Cerita nih mudah sahaja sebenarnya. Tidak ada apa - apa yang perlu difikirkan. Jalan cerita dia tidak berbelit dan straight to the point.

Cuma yang uniknya dalam cerita ini ialah si Adnan lakonan Shaheizy Sam nih memang berjaya menghidupkan wataknya sebaik mungkin. Lakonan dia hidup dan gaya lakonannya mantap. Riak muka dia sangat menghidupkan suasana. Dialog - dialog yang diucapkan dia pun sangat lucu dan dibantu pula oleh si Angah ker si Along yang dari Raja Lawak tu. Kira sangat luculah.

Objektif filem nih aku rasa mudah. Pengarah nak bagitahu bukan semua orang yang bawa motosikal tu mesti dituduh sebagai mat rempit dan bukan semua mat rempit itu jahat. Percubaan yang bagus sebenarnya. Adegan bergaduh sebenarnya menunjukkan memang wujud pun perkara macam ini. Mungkin sesetengah orang tidak boleh terima tetapi hakikatnya memang macam itu.

Adegan - adegan yang suka memanipulasikan unsur - unsur lucah juga banyak digunakan dalam filem ini. Ada sesetengah berjaya untuk menukar pandangan streotype kita dan ada sesetengah yang dimaksudkan memang merujuk pada unsur - unsur lucah tetapi adegan ini hidup dan berjaya. Adegan - adegan yang ganas juga berjaya diubah menjadi lucu seperti aksi kemalangan dimana kepala penunggang itu tercabut dan tercampak keluar. Menarik juga.

Apa - apapun untuk hiburan, filem ini memang menarik dan bagus. Jadi, bagi anda yang tidak tahu filem apa yang mahu di tonton untuk menghilangkan stress inilah filem yang wajib anda tonton.

Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk filem komedi yang tak perlu anda susahkan otak untul berfikir apa yang berlaku.

P/S : Kalau Lu Fikir Sendiri De Movie Macam Filem Adnan Sempit Nih Kan Best!!!

Kau Buatlah Macam Mana Pun! Mereka Akan Tetap Merokok!

















P/S : Iklan Mana Paling Best? Hahaha!

Jumaat, 29 Januari 2010

Macam Mana Nak Bagi Blog Menarik? Menarik Apa? Menarik Orang>

Ada ramai juga blogger tanya aku macam mana nak bagi blog menarik. 1st terima kasihlah sangat - sangat sebab buat aku rasa macam aku nih blogger otai atau artis yang famous. Padahal blog aku baru berusia 1 tahun lebih jer pun. Hahaha.

Benda nih ramai dah blogger yang kupaskan. Aku tak tahulah macam mana nak cakap pasal benda nih sebab blog tu menarik untuk ramai orang baca bergantung pada faktor - faktor tertentu juga macam :-

1) Entry Blog

Kau kenalah buat entry kau terasa sangat seronok bila dibaca. Mungkin kau boleh buatkan entry kau menjadi cerita dongeng, lucu, seram, jiwang dan sebagainya. Entahlah sebab kalau macam aku...aku taip ikut kepala otak jer. Tak ada dah nak edit - edit ker apa bagai semua nih. Lepas tu ramai juga cakap diorang gelak bila baca entry aku. Aku pun pelik sebab tak tahu apa yang lawaknya. Mungkin saraf ketawa aku ada problem kut. Entah.

2) Layout

Bergantung pada layout juga sebenarnya. Kalau kau sumbat macam - macam dekat blog akan buatkan blog kau berat. So, bila orang nak masuk blog kau pun susah. Macam iklan nuffnag tu orang letak satu atau dua jer tapi kau letak sampai 10 jadi memanglah berat kan. Jadi, layout yang ceria dan ringan pun memainkan peranan untuk nampakkan blog menarik dan orang suka singgah. Tapi, untuk layout blog aku nih sah - sahlah tak menarik sebab aku tak reti nak kasi dia jadi cantik. Hahaha.

3) Contest

Hahaha. Ini pun sebenarnya boleh dijadikan satu tarikan juga. Ramai blogger suka join contest tambah - tambah kalau contest tu mudah dan hadiah dia menarik macam dapat RM5,000 ker atau dapat Mac Book ker. Aku pun kaki contest juga. So, kalau korang banyak duit bolehlah buat contest setiap seminggu sekali atau sebulan sekali. Confirm, ramai orang akan tahu blog kau dan bila kau buat contest tu kau letakkan syarat dia kena buat sticky mode untuk contest. Mesti ramai orang akan kenal blog kau dan tertarik untuk lihat blog ko.

4) Blogwalking

Kau nak blog kau menarik orang tetapi macam mana orang nak tertarik kalau diorang tak tahu kan? Tak perlu buat banners atau flyers lepas tu gantung atau edarkan pada orang ramai dekat sekolah ker IPTA ker Tesco ker apa....cuma blogwalking dan tinggalkan komen dekat chatbox atau entry si blogger itu. Selalunya daripada 100 blog mungkin 8-10 orang akan singgah kembali ke blog kita. Hahaha. Benda itu sebenarnya bergantung pada kerajinan kau lah kan. Kalau dah ko nak sangat menarik orang pergi blog ko silalah buat macam tu.

5) Followers

Sila follow blog siapa - siapa yang kau nak dan mungkin mereka akan follow balik blog kau dan mengikuti perkembangan blog kau. Hal ini aku tak leh komen sebab aku tak pernah buat pun. Pandai - pandailah.

6) Social Networking

Kau promote dekat facebook ker myspace ker atau sebagainya pada member - member kau.Paksa mereka masuk dan komen. Kalau tidak kau putus kawan dengan mereka. Hahaha. Menarik tak idea nih?

Tetapi, kalau lepas kau dah buat semua nih dan masih tak dapat menarik orang untuk tertarik dengan blog kau mungkin kau dah boleh delete blog kau. Eh, aku bergurau jer lah. Hahaha. Sebenarnya, aku rasa kau kena jujur bila tulis entry. Kalau kau jiwang kau jadilah jiwang dalam entry kau. Kalau kau gila kau jadilah gila dalam entry kau. Kalau kau blur kau jadilah blur dalam entry kau. Mungkin itu yang terbaik.

Okaylah! Aku dah jawab soalan - soalan kau semua. Tetapi, aku rasa korang patut tanya si blogger Hanis Zalikha. Dia lebih layak untuk jawab soalan ini. Aku Hanis bukan Hanis Zalikha. Hahaha.

P/S : Tips Dah Bagi. Mana Upahnya? 1 Tips RM50 Kut. Hahaha!

Tahniah Pada Calon - Calon Yang Menang Bertanding Untuk Jawatan MPP

Tahniah pada member gua yang menang bertanding jawatan MPP dekat Uitm Merbok, Kedah. Hahaha, mulut gua memang masin. Dia taknak menang tapi gua kata dia mesti menang punya. Sebab bila kita nak kan sesuatu selalunya kita tak akan dapat. Kalau dapat pun itu namanya rezeki. Tetapi, kalau kita tak nak atau cuba elakkan sesuatu mesti benda itu akan datang kepada kita. Apa - apapun tahniah sekali lagi kepada Umar @ Fitri. Hahaha.

Untuk calon - calon fakulti gua....gua tak tahu pun sapa yang menang. Gua pun tak kisah. Semalam kena undi 2 orang daripada 5 orang. Gua memang nak mengundi pun cuma gua paling semangat nak undi semalam sebab lepas mengundi dapat air kotak ice lemon tea. Itu memang salah satu air favourite gua tu so rugilah kalau tak pergi kan.

Ada 5 orang yang bertanding. 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Kesemuanya menjalankan promosi masing - masing dengan menampal poster. Tetapi, gua tertarik dengan poster yang tidak ada gambar. Cuma ada kertas A4 putih beserta nama yang ditulis menggunakan marker hitam. Ada dua orang calon buat macam tu tetapi seorang daripada calon itu akhirnya keluarkan poster gambar juga.

Memang ada orang akan kata mengapa mahu undi mereka kerana nampak seperti mereka tidak bersungguh - sungguh tetapi bagi aku cara itu unik. Lagipun, manifesto masing - masing semuanya merepek bagi aku. Mahu beri parking kereta pada pelajar lah, hilangkan palanglah dan macam - macam lagi tu memang retorik semata - mata. Hahaha.

Tahun depan lu suruh gua bertanding? Lu gila? Gua tak minat benda - benda macam nih. Gua tak ada masa nak fikirkan pasal parking kereta pelajar - pelajar. Gua pun tak ada kereta. Hahaha. Lagipun, menjadi orang biasa lebih indah bagi gua buat masa sekarang. Jadi, bagi sesiapa yang menang silalah tunaikan manifesto anda. Kalau tak dapat tunaikan siapa suruh anda beriya - iya buat manifesto yang bukan - bukan.

Semoga berjaya semua MPP baru.

P/S : Kelas Cancel. Best Betul Tidur Tadi!

P/S : Rajin - Rajinlah Click Nuff Aku Yer. Lama Tak Promote Nuff Nih. Hahaha!

Khamis, 28 Januari 2010

Sekitar Hari Calon - Calon Membentangkan Manifesto.....

Hahaha....sangat lawak melihat mereka berkempen kelmarin. Tak tahu pasal apa. Hari ini adalah hari mengundi calon - calon yang berkempen petang kelmarin di cafe.

Aku bercadang nak undi antara 2 calon daripada 5 tak silap aku. Sebab apa aku undi 2 calon nih? Sebab kempen diorang hanya meletakkan kertas A4 dan ditulis nama sahaja lalu digantung di tepi dinding dan sebagainya. Aku rasa benda nih simple dan mudah bila diorang buat macam itu.

Aku pun tak perlu nak baca manifesto - manifesto yang bagi aku merepek dan hanya janji kosong. Entah! Dan kelmarin juga aku bertindak melakukan vandalism dengan membuat onar kepada salah seorang calon. Maklumlah, sticker wajahnya boleh di perolehi daripada air mineral yang diberi percuma kepada kami. Aku ambil sticker jer. Airnya aku bagi dekat member aku.

Jadi, aku dan beberapa rakan mengambil sticker itu dan menampal kepada tempat - tempat yang menjadi tumpuan ramai orang seperti...(lu fikirlah sendiri). Tujuan kami sebenarnya untuk mempromosikan beliau agar menang. OKAY!!AKU TIPU!!!Hahaha....!

Entah! Saja suka - suka tapi rasa best bila sekali sekala jadi jahat macam tu. Lagipun, calon yang dianiaya memang tidak disukai oleh ramai orang. Jadi, aku secara stereotype mengandaikan calon ini harus diboikot. Hahaha.

Tiba - tiba teringat pada si Ghostone. Apakah nasib beliau sama macam si calon yang divandalism oleh aku hari nih?

Hahahahaha!

P/S : Siapalah Menang Agaknya?

Rabu, 27 Januari 2010

Episode 1 JJMM : Char Kuewteow Sani Mai Dari Penang Punya....

Hai semua! Bersama saya lagi Hans Tunku Sabri dalam rancangan JJMM iaitu Jalan - Jalan Mari Mengketedarah.
V.O : Jalan - Jalan.....Mari Makan.....lalalalalalalala(suara latar rancangan berkumandang)

Baiklah! Hari ini saya akan bawa anda semua mencari tempat - tempat makan yang sedap di Shah Alam. Ini dia kedai pertama yang kita jumpa -> Char Kuew Teow Sani Penang (sambil menunjukkan tangan kepada kedai untuk penonton)

Baiklah, saya dengar Char Kuew Teow Sani nih sedap. Jom kita mengketedarah! (berjalan masuk ke dalam kedai).

Di atas meja saya sekarang ini ialah Char Kuew Teow Penang yang di kata - kata orang sangat sedap tu. Hah! Tengok tu! Ada 3 ekor udang dalam nih. Eh, kerang pun ada? Cili potong pun ada? Saya suka nih. Harga dia tak mahal. Cuma RM3.50 jer. Saya ambil yang biasa jer nih. Company tak cukup budget.

Nih air Teh Ais. RM1 jer. Tunggu apa lagi. Saya mengketedarah dulu yer(sambil menyuapkan char kuew teow kedalam mulut).

Hurm! Sedap!(sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus dan terus makan lagi dengan pantas).

Fuh, sedap betul saudara dan saudari sekalian. Sekarang saya nak rasa teh ais dia pula. (minum dengan sekali sedut sahaja sambil menunjukkan tanda bagus).

Jadi, kepada saudara saudari yang nak merasai sendiri kehangatan dan kelazatan char kuew teow Sani ini bolehlah berkunjung ke flat PKNS berdekatan dengan pusat Komersial. Tempat ini terletak bersebelahan dengan sekolah rendah tamil dan blok bernombor 50.

Encik Sani! Ini plat JJMM tanda kami sudah merasai keenakan makanan encik.(sambil menyerahkan plat JJMM kepada Encik Sani).

Anda tunggu apa lagi? Jomlah datang sini mengketedarah!

P/S : Nantikan Episode Ke-2 JJMM

Kadang - Kadang Kita Tak Pernah Puas Dengan Apa Yang Kita Ada

Kadang - kadang kita kena ingat apa yang kita nak tidak semestinya kita dapat.

Kadang - kadang kita kena sedar sehebat mana pun kita merancang tetapi tidak semestinya perkara yang kita rancang dengan teliti akan berjaya. Semua itu telah ditakdirkan Allah.

Kadang - kadang kita diberi apa yang kita tak nak. Walaubagaimanapun mungkin ada hikmah di sebalik semua itu.

Kadang - kadang kita terlalu mengharap pada sesuatu dan apabila kita terlepas pasti kita akan berasa sangat kecewa.

Kadang - kadang kita terlalu memberi tekanan pada diri sendiri sehinggakan secara tak sedar kita telah menzalimi hati dan jiwa yang kita miliki.

Kehidupan sebenarnya tidak boleh terlalu taksub pada sesuatu perkara. Kerana apabila terlalu taksub kita akan memperoleh salah satu dari dua perkara ini iaitu sama ada memperoleh kejayaan yang hebat atau kegagalan yang mengecewakan.

Fikir - fikirkanlah!

P/S : Contest Kanak - Kanak Ribena Tu Bukan Aku Yang Buatlah. Aku Join Jer Kut. Adess!

Selasa, 26 Januari 2010

Aku Dengan Ini Mengistiharkan Perang Terhadap Burung Di Awan!!!

Cess!!! Musnah mood aku hari ini tapi nasib sekejap jer. Hari nih ada satu kelas jer. Kelas yang mengajar aku supaya tidak tahu malu iaitu Radio & TV. Kenapa aku cakap mengajar aku supaya tak tahu malu? Sebab aku dilatih menyanyi dan minggu depan kena menyanyi depan orang. Suara aku kan sedap! Hahaha.

Waktu mula masuk kelas tu tiba - tiba budak - budak kelas tegur aku.

Director : Ada apa dekat belakang baju ko?

Aku : Benda apa pula?

Director : Itu dekat belakang ko tu...putih - putih panjang.

Aku : Eh, ada kapur ker? Nih sah sebab aku bersandar dekat dinding nih.

Director : Oit, rempit! Cuba ko tengok dekat belakang dia.

Rempit : Ar ar...ada putih - putih lah.

Aku : Benda apa dekat belakang baju aku nih? Cuba korang tengok.

Director : Loh, tahi burung nih.

Aku : Serius? Babilah burung. Nih aku malu nih(diorang cakap nak kuat pula kan!!)

Director : Hahaha...betul - betul! Ko pergi toilet lah cuci. Baru kena nih.

Aku : Adoi! Tension aku!!

Jadi, aku dengan selambalah pergi masuk toilet staff lepas tu cuci kejap bahagian terkena najis mutawasitah tu. Pastu keringkan dengan benda apa yang bila letak tangan bunyi bising dan kuarkan angin panas tu? Lantaklah, janji dah kering dan bersih secara luaran nya.

Bongoklah punya burung nih. Agak - agaklah kalau nak lepas hajat pun. Aku tahu siapa kau memang nahas. Satu keturunan kau aku musnahkah. Okay! Aku tipu! Mana aku tahu burung mana yang buat. Kalau aku tahu memang aku potong kepak dia lepas tu aku jerut leher dia.

Okay! Aku memang kejam! Hari ini adalah hari melancarkan perang terhadap burung di atas awan. Siapa - siapa ada senapang dan peluru sila tembak burung yang terbang di atas anda dengan segera.

P/S : Benci Burung Yang Berak Di Atas Awan!!!

Kena Ingat Apa Yang Kita Tulis Orang Pantau

Berkenaan isu blogger kutuk Sultan Johor ker apa tu. Aku tak berapa baca sangat sebab sibuk blogwalking(alasan jer tu).

Bagi aku sebenarnya bila ko nak tulis apa - apapun ko kena fikir juga dan ko kena sanggup hadapi risiko dari apa yang kau tulis sebenarnya.

Sebab kau kena ingat apa yang kita tulis nih ada orang yang memantau sebenarnya. Jadi, elakkan dari menyentuh isu - isu berkenaan kuasa, orang besar, agama, kaum, bangsa dan apa - apa isu yang sensitif.

Sebenarnya kau boleh menulis berkenaan isu - isu sensitif tetapi kau kena bijak dalam pengolahan ayat dan kena mempunyai fakta yang kuat untuk menyokong hujah - hujah kau. Jika tidak sila lupakan sahaja dan tulislah berkenaan benda yang simple sahaja seperti perihal kucing anda atau tentang semut yang menyerang biskut bergula anda.

Apa - apapun, ahli fan page blog nih sudah meningkat. Hahaha. Gembira hatiku bila buka fb. Thanks semua.

P/S : Awas! Anda Sedang Diperhatikan! Sila Bersembunyi Di Tempat Yang Terlindung! Hehe!

Isnin, 25 Januari 2010

Penulis! Rajni! Dinner Plate! Sengal Sungguh!!!!

Kerana kegilaan aku mengarang assignment CTU tu sampai menjadi tebal sedangkan orang lain tak segigih aku akhirnya tiba - tiba aku digelar penulis. Tetapi, aku memang suka menulis pun. Sebab tu entry dekat blog aku nih panjang - panjang.

Kerana gambar facebook @ blog aku ada gambar SRK & Rajni...aku digelar Rajni dan SRK...yang SRK aku suka...yang Rajni aku tak suka...HAHAHA!!

Kerana baju kemeja aku berwarna merah dan design ala - ala baju pekerja KFC...ramai order dekat aku dinner plate dan twister!! Dan perkataan BABI juga terkeluar dari mulut aku dengan banyak kali serta pantasnya selepas itu. Hahaha!

Sengal juga sebenarnya budak - budak kelas aku nih!!!

P/S : Setiap Perbuatan, Hasil Kerja Dan Pakaian Anda Sentiasa Diperhatikan! Hati - Hati!

2 Kali Pergi Low Yat, 2 Kali Basah Lencun!!

Fuh, semalam gua teman budak rumah pergi hantar printer dekat Low Yatt. Naik motosikal pula tu. Gua sebagai pembonceng setia memegang kotak berisi printer tu daripada Shah Alam hinggalah ke Low Yatt. Serius gua punya kaki sangat lenguh dowh. Dengan kedudukan gua yang statik jer menegak tu memang buat gua seperti Afdlin Shauki dalam filem Gila - Gila Pengantin Popular.

Baliknya pula hari tiba - tiba hujan. Haih, sekali lagi lencun @ basah kuyup diri gua seperti mana hari pertama pergi Low Yatt hari tu. Juga dengan motosikal budak umah gua tu. Agaknya dah kena sumpahan kut kalau pergi Low Yatt dengan motosikal jer pasti hujan dan basah lencun. Hahaha.

Fuh, diharapkan kali ketiga nanti jika aku berkesempatan pergi lagi ke Low Yatt...minta - mintalah pergi dengar kereta. Sebab kaki gua rasa macam nak tercabut pun ada sebenarnya.

P/S : Duit Nuff Naik RM1. Suka Betul Aku. Selalu Naik 25 Sen Jer. Hahaha!!

Ahad, 24 Januari 2010

Aku Sudah Faham Kenapa Orang Benci Hari Isnin Tetapi Suka Hari Jumaat

Hari Isnin bermaksud kau terpaksa memulakan kembali apa sahaja tugas yang sedang kau sandang sekarang. Ia juga bermaksud cuti kau pada hari Sabtu dan Ahad sudah pun ditamatkan. Kau tidak dapat lagi berehat seperti dua hari ini dan bangun lewat atau keluar lepak dengan kawan - kawan.

Hari Jumaat pula ada permulaan kepada penemuan hari - hari cuti. Walaupun hari Jumaat itu kita masih bekerja atau belajar tetapi kita seolah - olah mendapat sebuah kekuatan kerana dijanjikan hari cuti pada esok hari dan lusanya juga.

Esok adalah permulaan kelas dan rutin bangun awal pagi kembali diteruskan. Nasib kelas esok adalah kelas - kelas yang menjadi kegemaran aku. Walaupun malas tetapi hidup perlu diteruskan juga.

Jadi, selamat kembali ke sekolah, kampus atau pejabat!

Selamat Hari Isnin!

P/S : Tidur!! Esok Bangun Awal!!

Bonsak Main Bosan Giler.......

Best betul Lee Chong Wei menang Terbuka Malaysia buat kali ke-6.

Tetapi, lagi best kalau dia menang dengan Lin Dan.

Ini lawan dengan Si Bonsak yang sangat membosankan.

Sekarang tengah tunggu beregu Kie Keat & Tan Bong Heong pula.

Minta - minta game diorang buat aku berdebar - debar pasnih.

Tahniah Dato Lee Chong Wei atas kemenangan anda.

P/S : Entry Baru Ada Di Bawah

Kenapa Perlu Nak Adakan Apa Yang Tak Ada?

Aku pernah jumpa sesetengah orang yang berperangai seperti tajuk di atas. Korang pernah jumpa tak dengan orang macam tu? Tak rasa pelik ker bila ada manusia berperangai macam nih?

Sebagai contoh kau bercerita berkenaan kau pernah bekerja sebagai P.A artis misalnya dan tiba - tiba seorang budak menyampuk mengatakan kakaknya juga bekerja sebagai P.A artis sedangkan realitinya dia tidak mempunyai kakak.

Contoh kedua, kau bercerita mengenai perniagaan bapa kau yang maju dan tiba - tiba seorang budak menyampuk memberitahu bapa dia juga mempunyai bisness yang sama. Tetapi, hakikatnya bapaknya bekerja sebagai guru atau kerani.

Contoh ketiga, kau bercerita berkenaan perkhemahan PBSM misalnya kepada teman - teman. Tiba - tiba budak ini menyampuk mengatakan dia dahulu pun ahli PBSM dan bercerita dengan bersungguh - sungguh berkenaan perkhemahan PBSM yang disertainya. Hakikatnya, dia ahli Puteri Islam.

Contoh ke empat, ada budak yang berkata dia tidak makan kedai - kedai tepi jalan kerana kotor dan membangga diri mengatakan tempat makan paling lekeh pernah dia makan pun hanyalah KFC atau Pizza Hut sedangkan kebenarannya dia makan jer di gerai.

Contoh ke lima, ada budak yang sebenarnya tidak kaya tetapi cuba berlagak sebagai anak orang kaya dengan hanya berkawan dengan manusia yang berada dan menghina manusia yang tidak ada duit. Sebetulnya, dia pun miskin.

Sebenarnya, aku tak suka sikit pada manusia macam ini sebab mereka cuba mengadakan benda yang tidak pernah ada. Semata - mata untuk nampak hebat atau dikagumi orang ataupun untuk mencari kawan yang berperawakan menarik bukanlah alasan untuk membuat segala jenis penipuan macam nih.

Tolonglah ubah sikap yang buruk lagi memualkan ini kerana sedar tak sedar masa yang semakin pantas berlalu akan membuatkan anda sendiri nampak bodoh sedikit demi sedikit akibat pembohongan anda.

P/S : Buat Selambakan Senang. Kalau Tak Tahu Tanya. Kalau Tak Faham Suruh Orang Ajar. Walaupun Mungkin Kadang - Kadang Perkara Itu Akan Memalukan Kita Tetapi Kita Juga Peroleh Manfaat Daripada Tak Tahu Apa - Apa Tapi Buat Tahu. Sudahlah Tak Dapat Apa - Apa. Selepas Itu Dicop Pula Sebagai Penipu. Sendiri Fikirlah Senang!

Teringat Kisah Markah Subjek - Subjek Yang Senang Masa Sekolah Dulu.....

Selepas solat Jumaat ada kelas yang amat membosankan. Bukan bosan kerana subject tu tetapi bosan dengar suara lecturer yang membosankan lagi membuatkan aku mengantuk. Fuh, aku mampu bertahan setengah jam jer kut. Lagi 2 jam aku tak tahu apa aku buat. Owh, aku melukis orang lidi, sms kakak aku dan rakan - rakan serta menulis dialog di dalam kertas dan bertukar - tukar kertas dengan member aku si Yatie. Itupun masih belum mampu melawan kebosanan kelas itu.

Petang tu sambil membuat assignment bersama group di seksyen 7 pusat komersial sempat jugalah berborak pasal markah - markah yang pernah diperoleh untuk subjek - subjek yang 'senang' masa sekolah menengah dulu seperti Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik. Hahaha.

Sebagai contoh subject Add Math. Dulu kalau aku dapat markah atas daripada 15 pun dah rasa hebat dah. Hahaha. Antara dialog - dialog yang terhasil adalah :-

Aku : Markah hang berapa weih?

Budak Kelas 1 : Aku dapat 5 jer weih. Tapi, okaylah tu. Ada juga markah.

Aku : Hahaha. Aku dapat 8. Gila betul markah sikit.

Budak Kelas 1 : Babi lah markah tinggi dari aku. Hang dapat berapa pula weih?

Budak Kelas 2 : Aku dapat 10 jer. Eh, budak tu dapat 13 markah weih. Gila pandai.

Aku : Tu pompuan tu dapat 20 markah. Paling tinggi dalam kelas kita kut. Nanti aku nak pi belajaq dengan dia lah.

Budak Kelas 3 : Hebat betoi hang pa noh ada markah.

Aku : Awat? Hang dapat berapa?

Budak Kelas 3 : Aku dapat 0 markah jer kut.

Budak Kelas 2 : Hahahaha....hang malas belajaq sangat. Eh, hang dapat berapa weih?

Budak Kelas 4 : Tengoklah sendiri.....

Semua : Hahhhh????Negatif 7?

Semua : .........Hahahahahhahhahaha!!

Fuh, siap ada yang dapat markah negatif tu. Cuba bayangkan kesilapan yang telah dilakukan sampai boleh dapat negatif markah. Sangat hebat tu. Hahaha.

Memang best giler borak pasal benda nih. Macam matematik moden aku pun tak pernah dapat A. Dari ujian awal bulan sampailah ker trial SPM semuanya gagal. Nasib cikgu Mat Mod aku maki satu kelas hingga buat aku tercabar. Lepas tu baru dapat A. Kalau tidak aku rasa memang aku tak dapat masuklah Uitm nih. Ialah! Kalau dah matematik pun gagal macam mana nak masuk sedangkan itu syarat wajib nak masuk belajar. Hahaha.

Aku sedang gembira dah menyiapkan 3 assignment dalam masa sehari. Penat juga aku bertapa dalam bilik nih menaip dan menulis menggunakan tangan. Esok nak buat flip book ker atau nak buat comm research dulu? Benci betul aku nak lukis - lukis untuk flip book nih. Adoi!

P/S : Tak Ada Ker Orang Buat Contest Lagi Yang Hadiahnya Duit? Aku Nak Masuk Nih. Nak Tambah Pendapatan Sampingan. Hehehe!

Sabtu, 23 Januari 2010

Fan Page Blog Dekat FB

Serius aku tengah ketawa besar.

Aku tak tahu pasal apa.

Hahaha.

Pada siapa - siapa yang tahu mesti faham maksud aku nih

Pertama Kali Bertengkar Di CC......

Kisah berlaku petang Khamis yang lalu. Dengan keazaman yang tinggi semata - mata untuk menyiapkan assignment CTU maka keluarlah aku membazir tenaga berjalan ke Cyber Cafe bernama Astaf yang dimiliki oleh seorang lelaki India.

Begitu khusyuknya aku mencari artikel yang sesuai dengan tajuk sehingga berjumpa dengan satu artikel yang amat ku cari selama ini. Masa untuk mencetak artikel tersebut tetapi tiada apa - apa pun yang berlaku hatta bunyi print di hadapan pun tidak kedengeran oleh gegendang telingaku.

Cess!! Asal sastera sangat bahasa aku di atas? Okaylah! Kiranya benda itu tak dapat lagi di print out. Lalu, aku panggil si owner CC tu untuk bagitahu aku nak print artikel nih. Dia pun datang.

Aku : Saya nak print artikel nih jer.

Owner CC : Semua?

Aku : Semua artikel nih saja(sambil menunjukkan apa yang aku nak). Yang lain - lain nih tak nak.

Owner CC : Semua?

Aku : ........(bodoh ker apa kau nih?aku kata nak artikel nih jer). Saya nak yang nih saja.

Owner CC : .......(melakukan kerja - kerjanya menghidupkan printer dan memprintkan untuk aku)

Aku : Eh, tunggu kejap! Asal nih cetak sampai 10 keping?

Owner CC : .......(berlalu pergi dan aku membuat andaian dia pekak)

Aku pun cuba menghentikan printer dari terus print 10 keping tu tapi aku tak berjaya. Aku dah tahu CC nih mahal kalau print apa - apa benda nih. Sekeping 40 sen. Gila babi punya mahal. So, aku pergilah depan kaunter dia dan cakap aku hanya nak 3 keping nih sahaja bukannya 10 keping.

Lepas tu si owner nih pula tak faham. Babi betul!! Aku cakap benda mudah jer kut. Itu pun tak faham. Lepas tu dia asyik cakap "SEMUA" berulang kali. Aku tak peduli. Customers is Always Right. Lagipun, memang aku bagitahu benda betul pun. So, aku cakap juga aku hanya nak bayar untuk 3 keping nih jer.

Lepas tu si owner bangang nih pun cakap dengan pekerja dia dalam bahasa ibundanya. Aku ada dengar juga nada suara dia kadang - kadang tinggi. Nih sah ada kutuk - kutuk aku nih. Celaka betul!! Mentang - mentang aku tak faham. Kemudian, pekerja dia tanya aku :-

Pekerja : Abang. Dia kata tadi abang suruh print semua.

Aku : Saya kata print artikel jer. Bukan semua sampai 10 keping nih.

Pekerja : Betul nih?

Aku : Betul lah. Cuba tengok lagi 7 keping nih. Buat apa saya nak print benda - benda merepek nih? Takkan saya nak print iklan lah, chatbox lah, apa benda semua nih pula.

Pekerja : Siapa yang printkan?

Aku : Semua dia yang buat(sampai menjuihkan bibir kepada si owner yang muka tengah tension).

Pekerja : Dia printkan ker?

Aku : Yups, semua dia yang buat. Saya dah bagitahu dia suruh stop kan print tu sebab saya nampak ada 10 helai yang printer tu cetak. Tapi, dia blah jer tadi.

Pekerja : Macam mana yer nih?

Aku : Mana saya nak tahu. Nih semua dia yang print(sekali lagi melihat pada si owner dengan mata yang tak puas hati)

Si pekerja dan si owner pun sekali lagi berbincang menggunakan bahasa ibunda masing - masing.

Pekerja : Abang..dia suruh abang bayar juga semua tu.

Aku : Asal pula saya kena bayar? Padahal salah dia. Dia nih tak reti cakap Melayu ker apa?

Pekerja : Dia nih susah sikit abang. Lain kali kalau abang nak print, abang jangan datang cc nih lah. Sini kalau nak online ker nak main game ker okay lah. Dia nih payah sikitlah abang. Bukan dia faham sangat.

Aku : Owh, macam tu pula? Asal dia tak suruh kamu jer tadi tanya aku kalau dia tak faham? Nih, kalau sekeping berapa?

Pekerja : 40 sen sekeping.

Aku : Tengok!!! Dah lah mahal. Tu aku cakap nak 3 keping jer. Nih pergi print sampai 10 keping. Apalah dia nih. Suruh dia(owner CC) kira semua.

Selepas tu si pekerja dan si owner pun berborak - borak lagi dalam bahasa ibunda. Selepas itu, si owner yang bangang nih pun bagitahu aku harga semua dengan muka yang tak puas hati tapi dia tak pandang aku pun. Berani pandang aku. Muka aku lagi bengang dari muka dia.

Tiba - tiba baru aku perasan semua orang dalam CC tu pandang aku waktu tu tapi peduli apa aku. Dia yang bodoh. Duduk Malaysia bertahun pun tak reti - reti nak faham bahasa Melayu. Si Indonesia dengan Philipines baru setahun duduk Malaysia pun dah pandai cakap bahasa Melayu.

Tambah - tambah artikel yang aku buat pasal Sekolah Wawasan. So, secara automatik aku lagi menyokong idea nih walaupun sebelum nih memang aku dah sokong. Serius, aku bengang gila hari tu. Jangan harap lepas nih aku nak print dekat kedai tu melainkan kalau aku terdesak jer lah.

Bodoh punya Owner CC Astaf. Sendiri salah sendiri tak nak mengaku!!

Buang masa aku jer bertengkar sampai 15 minit!!

P/S : Melayang Duit Aku RM4. Sekarang RM1 Pun Berharga Sebab Boleh Buat Isi Minyak Motor Aku!!

P/S : Aku Buat Kerja Gila + Membuang Masa Dengan Create Fan Groups Untuk Blog Nih. Dekat FB. Entah Sapalah Nak Join! Hahaha.

Khamis, 21 Januari 2010

Semakin Hari Rasa Semakin Malas.....Merancang Sesuatu...Bertapa...

Walaupun assignment dah bertimbun manakala duit pula macam dah tak kelihatan dalam dompet nih...tetapi aku terasa sifat kemalasan yang maha melampau telah melanda diri aku. Bila tak ada duit ia boleh merubah kau jadi jahat. Aku mula berkira - kira mahu menjual barang - barang elektrik tuan rumah sewa seperti peti ais, televisyen dan mesin basuh untuk menampung perbelanjaan hidup aku.

Aku juga mula berfikir cara - cara mahu merompak 7E berdekatan rumah aku. Mungkin memakai topeng atau sebagainya. Perniagaan abang burger, abang char kuew teow dan makcik nasi lemak ayam juga agak laris disini. Perlukah aku menjadi stalker dan merompak duit mereka bila semua data - data seperti waktu memulakan perniagaan dan waktu balik ditemui?

Atau perlukah aku yang hanya seorang nih mengugut si Bangla, si Indon atau si Vietnam yang berjumlah paling minimum 4 orang di kaki lima? Atau adakah aku akan diugut jika aku mengugut?

Arhhhh, assignment pun dah makin banyak nih. Nasib petang tadi sudah cari artikel - artikel yang sesuai. Jadi, malam ini aku sedang bertapa di dalam bilik menyelesaikan semua assignment yang ada. Walaupun malas tetapi kalau ditangguh lagilah bertambah - tambah. Aku terpaksa memaksa diri aku melakukan perkara yang dipaksa.

Baik, masa untuk melangkah dan tidur...eh....membuat kerja.....zzzzzzzzzzzzzzz

P/S : Duitttttttttttttttttttttttttt..................Duitttttttttttttttttttttttttttttt.............Dimana Kau Duitttttttttttttttttttttttttt!

Selamat Ulang Tahun Ke-4 Sayangku

Gua tak ada apa nak bagi dekat lu.

Gua tengah kering + kesempitan hidup sekarang.

Gua hanya mampu doa agar lu sentiasa hidup dan berbakti pada nusa dan bangsa.

Sudah lama sebenarnya gua kenal lu.

Dari lu baru lahir sampai lu sudah tua sekarang.

Mula - mula gua kenal lu, gua tatang giler lu.

Gua rasa macam gua paling gembira masa tu.

Makin lama gua kurang amik berat sangat pasal lu...

Tapi gua tak pernah lagi baling - baling lu dekat dinding ker apa...

Walaupun wajah lu semakin tua dan gua tak pernah pun hantar lu pergi wat treatment muka..

Tapi gua tetap sayang sama lu...

Terima kasih hp nokia gua kerana setia berbakti tanpa banyak ragam....

Moga masih mampu berbakti lagi 2 tahun....

P/S : Ucapan Ditujukan Kepada Handset Sendiri...Harap Maklum!

Rabu, 20 Januari 2010

Owh,Syialll!!Hari Mengetawakan Manusia..Malu Saya Dibuatnya!

Gua punya demam adalah lagi sikit - sikit tapi 'Wak Jempret' dan 'Wak Umar' telah berjaya dihapuskan. HAHAHAHA!!!

Kelas hari nih sangatlah pack gua cakap lu. Memang letih giler menghadapi 5 kelas tanpa henti dowh. Dua kelas telah membuatkan gua diketawakan ramai. Cess...!!

Satu pasal PSA gua berkenaan tandas dan satu lagi sewaktu gua mengeluarkan vokal 'lunak' gua masa present kelas animation. MALU SAYA DIBUATNYA!!

Tak tahan tu minggu ke-3 dah ada orang nampak hantu. Mungkin bahana tak solat maghrib lah kut diorang nih. Entah, aku layan dengar jer. Malas nak tanya lebih - lebih sebab aku lapar gila.

Tadi makan dekat restoran baru buka. Nama Abe. Haram tak sedap. Cess, bazir duit aku yang tak berduit nih jer.

Sudah, gua mahu rehat. Malu! Malu!

Selasa, 19 Januari 2010

Mari Melihat Dunia Luar

Dua sahabat sedang berada di dalam sebuah gua yang gelap. Namakan mereka sebagai Wak Jempret(WJ) dan Wak Umar(WU). Perbualan bermula :

WJ : Sejak bila kita berada dekat sini?

WU : Entahlah weih. Sedar - sedar dah ada dekat sini. Pelik juga kan?

WJ : Itulah pasal. Sudahlah tempat nih gelap. Banyak pula semak samun. Rimas betul aku.

WU : Eh, aku nampak cahaya dari luarlah. Jom kita pergi kesana mahu tak Jempret?

WJ : Umar, aku takutlah mahu pergi sana. Macam seram jer.

WU : Jomlah...takkan selama - lamanya kau nak duduk dekat tempat gelap macam nih?

WJ : Kalau jalan dulu. Aku ikut dari belakang.

WU : Penakut betul....hish!!

WJ : ........

Mereka pun bergerak dengan kelajuan yang sederhana dan mereka melihat dunia yang cerah di hadapan mereka. Dunia yang sangat indah. Tetapi, tiba - tiba datang ribut taufan yang kuat melanda dan menolak mereka kembali kedalam gua itu.

WJ : Adoi...asal kita tak boleh keluar dari tempat nih?

WU : Manalah aku tahu. Kita usaha lagi amacam?

WJ : Baiklah..1...2...3...cepatttttttt!

Mereka berdua berusaha lagi dan walaupun perkara yang sama berlaku mereka sentiasa berusaha sehingga akhirnya mereka berjaya keluar ke dunia luar.

WJ : Yes!!!!! Kita dah berjaya Umar!! Kita dah berjaya!!!!

WU : Yeyeye....kita dah di dunia luar tetapi dimanakah kita sekarang?

Tiba - tiba turun dari langit sebuah air yang sangat lebat bak laut yang diterbalikkan dan mereka berdua di hanyutkan sebuah dunia gelap yang baru.

WJ & WU : Tolonggggggggggggggggggggg!!!!

Mereka berdua pun dihanyutkan air itu dan hilang entah kemana.

Wak Jempret dan Wak Umar sebenarnya adalah mukus yang terhasil dan menetap di hidung(gua) manusia. Kemudian, mereka dikeluarkan dari hidung dan menetap sementara di sink sebelum air paip menghanyutkan mereka ke longkang dan entah kemana menghilang.

P/S : Hahaha! Entry Diaplikasikan Daripada Tahap Kesihatan Terkini. Okay! Nak Tidur Jap! Chow!

Aku Tension Dengan Mukus Nih!!!

Sebelum tu wayang yang gua tengok semalam kena bayar yer. RM6! Bukan free! Filem itu akan ditayangkan bulan 2 nih. Semalam itu tayangan amal. So, harap maklum. Lagi satu pasal entry gua minta maaf tu. Haih, salahkah lelaki nak minta maaf? Takkan perempuan saja boleh minta maaf? Nabi Muhammad yang tak pernah buat salah pun sentiasa minta maaf kepada Allah sewaktu berdoa apatah lagi kita semua manusia biasa. Jadi, sila matangkan pemikiran anda.

Semalam gua diserang keletihan yang luar biasa. Masuk bilik dan terus tidur. Bangun pagi tadi dan gua rasa tak selesa. Rasa hidung gua tersumbat. Tekak gua semakin sakit. Sedikit batuk dan terasa mukus ada di dalam hidung. Pening kepala pun ada sedikit. Jadi, gua memang letih lalu memontengkan diri dari menghadiri AGM yang sedang berlangsung sekarang dan akan sekali lagi memontengkan diri untuk kelas pada petang ini. Nasib kelas elektif.

Gua pun sebenarnya tak ada selera. Tak tahu nak makan apa. Tengah mengumpul tenaga mahu pergi beli panadol sekejap lagi. Adoi!! Tak larat aku nak berjalan! Okaylah..chow dulu!!

Eh, gua nak bagitahu buat berapa ratus kalinya gua lelaki yer. Penat betul aku nak cakap aku lelaki. Tapi, kalau U nyah nak kata I perempuan pun I tak kisah. Boleh juga I menyamar jadi lesbo ker pengkid ker. Dah lama I tak menyamar U. Hahaha.

P/S: Aku Sudah Merepek Di Perenggan Akhir..Sebelum Lebih Teruk Baik Aku Blah Dulu..Chow Chin Chi!

Entry Khas Untuk Razman : Maaf Jika Komen Aku Menyakitkan Hati Anda Atau Menyinggung Anda....

Entry Di Karang Pada Pukul 1.00 Pagi Tapi Menggunakan Auto Publish Yang Di Set Pada Pukul 10.30 Pagi Untuk Dipublish

Semalam gua letih gila lepas tengok wayang tetapi gua gigih juga buka blog and facebook.


Tiba - tiba dapat komen dari Pakcik Man dekat FB. Dia tanya asal tak join gath hari itu sebab dah dekat kan. Lepas tu komen dekat blog pula dia tanya asal tak bagitahu dia sebab dia nak ajak aku lepak.

Gua pelik juga sebab rasa - rasanya selama nih gua dah bagitahu cuma taklah detail sangat. Lagipun aku rasa si Iylienaz dgn Ghostone tahu aku study dekat sini.

So, aku balas balik komen Pakcik Man. Bila aku baca balik aku rasa macam kasar pun ada. Aku minta maaflah yer Pakcik Man kalau kau terasa ker apa. Maklumlah, otak tengah mabuk - mabuk pening nih. Masa tulis entry nih pun rasa sakit kepala jer. Sorry yer Man. Jangan terasa hati pula.

Pasal gath hari itu, serius aku nih seorang manusia yang susah nak ingat jalan. Dari fakulti nak balik rumah sewa pun aku ambil masa dekat 3-4 hari semata - mata nak ingat jalan. Tambahlah mana sungai Rambai ker apa yang gath hari itu. Sah - sahlah aku tak tahu. Lagipun, bulan nih sangat serabut dengan macam - macam hal. Jadi, memang aku taknak bebankan kepala aku pun.

Pasal lepak nih serius aku dah pokai sebenarnya. Kalau ada aku lepak dengan member - member aku tu pun sebab tiba - tiba aku terjumpa duit dekat bag laptop atau dekat poket baju. Sekarang tengah survive dengan duit yang ada sehingga awal bulan 2. Itupun jika dapat bertahan la dan aku sedang cuba. Macam aku cakap aku segan nak minta duit dengan mak ayah.

Nantilah pakcik Man...kalau dah dapat PTPTN aku cubalah budget lepak dengan kau. Itupun kalau tak busy. Tapi, yang sebenarnya aku nih pemalu orangnya. Sila percaya. Hahaha. Untuk membuktikannya, sampai sekarang aku tak lepak lagi dengan si Iylienaz. Sebabnya segan maaa. Hahaha. Nanti kalau korang jumpa aku sila ringankan mulut bercakap sebab mulut aku ada emas. Hahaha.

Okaylah, sebelum mabuk pening kepala aku semakin melarat aku sekali lagi minta maaf pasal komen tu sebab aku rasa macam kasar gila pula. Sorry again! Okaylah, mau tidor. Chow!

P/S : Tak Suka Ada Perasaan Serba Salah So Sebab Itu Aku Wat Entry Macam Nih.

Review Film : Lu Fikirlah Sendiri De Movie Buat Aku Tak Boleh Berfikir!

Sebelum tu terima kasihlah banyak - banyak pada siapa - siapa yang sudi ceritakan episode akhir Cinta Balqis. Padahal aku tengok kut tadi. Hahaha. Member aku si Piqah datang jemput aku pukul 7.20 jadi memang aku layan lah juga tengok. Alhamdulillah, Hasan dapat juga kahwin dengan Balqis. Tak sia - sia tunggu berbelas tahun.

Okay, lupakan itu semua! Beralih kepada tajuk asal. Eh, sebelum tu aku nak cerita dulu pengalaman pertama tengok wayang dekat Dewan Seri Budiman. Sampai dekat sana, aku lihat ramai gila manusia dan yang paling ramai semestinya perempuan original dan tidak original. Pakaian jangan cakaplah. Semua nak lalu red carpet padahal nak tengok wayang jer kut. Adoi!

Waktu nak masuk satu hal pula. Bertolak - tolak macam budak - budak. Depan, kanan, kiri dan belakang aku semua perempuan. Menghimpit - himpit pula. Rimas aku. Kalau segak tak apa juga. Boleh layan stim ker apa nih semua muka bukan taste aku. Jadi, aku sangat tak suka dengan situasi tu. Rasa macam mereka mengambil kesempatan jer pada aku. Cess!

Sekarang tiba pada tajuk utama berkenaan filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie lakonan Nabil Raja Lawak, Mila, 'Aduh Saliha'(pelakon wanita yang jadi heroin filem Aduh Saliha yang tak siap tu), Zizan Raja Lawak, Ebby Yus, Meet Uncle Hussein, dan ramai lagi pelakon - pelakon tambahan yang hebat - hebat seperti Faizal Tahir, Amy Search dan banyak lagi. Filem ini di arahkan oleh seorang wanita yang juga pensyarah. Filem ini berdurasi lebih kurang 1 jam 20 minit tetapi ini hanya anggaran sahaja.

Baiklah, aku memang tidak menaruh harapan besar pun sebenarnya kepada filem ini. Aku cuma datang untuk bersuka ria sahaja. Jalan cerita filem ini sebenarnya mudah. Si Nabil dan Si Aduh Saliha tu mula mengenali antara satu sama lain melalui situasi yang tidak menyenangkan atau lebih tepat lagi dalam situasi bergaduh. Mereka sebenarnya suka antara satu sama lain tetapi masing - masing tidak sedar atau cuba menafikan perasaan itu.

Jadi, timbul pelbagai konflik sepanjang perkenalan mereka. Si Nabil ini pula anak kedua dari 3 orang adik beradik dan keluarganya hidup susah. Nabil melakukan banyak kerja dalam sehari. Pagi sebagai penghantar surat, malamnya pula membantu seorang lelaki menjual kuewteow dan di hari minggu bekerja di bengkel motosikal. Jadi, filem ini sebenarnya berkisar pasal benda itu saja.

Filem ini sebenarnya banyak dibantu oleh watak Nabil barangkali. Aksinya yang kadang - kadang bersahaja sungguh lucu. Watak pembantu seperti Ebby Yus yang menjadi Pak Guard Uitm juga cukup menghiburkan. Watak yang lain? Aku rasa watak mereka langsung tidak hidup. Mungkin kerana scene yang dipegang mereka terlalu pendek atau mereka tidak tahu mengekspresikan watak mereka sendiri.

Jalan ceritanya yang agak berterabur, tiada kesinambungan dan kadang - kadang tidak logik juga membuatkan aku sangat penat. Di mana - mana sahaja mesti ada kumpulan Meet Uncle Hussein yang membawa gitar dan menyanyi. Sekali dua mungkin mampu membuatkan aku ketawa tetapi jika selalu menggunakan mereka untuk menaikkan mood lucu itu agak keterlaluan sebenarnya. Sudah hilang sebenarnya pengaruh lucu MUH apabila sering digunakan dengan cara yang sama.

Watak - watak sampingan yang sering timbul secara tiba - tiba juga sebenarnya membuatkan aku tertanya - tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh si pengarah. Sebagai contoh watak abang long Nabil dan ayah Nabil yang tiba - tiba muncul. Mungkin patut dikupaskan dengan lebih mendalam bagi menguatkan jalan cerita filem ini.

Kebanyakan scene - scene filem ini juga mendatar dan orang panggil cliche(aku tak pasti ejaannya apa tetapi tiada tanda merah sewaktu menaip..jadi aku anggap betullah tu). Penonton boleh jangka dan ini membuatkan aku sangat bosan. Filem ini juga cuba memaksa aku gelak. Memanglah ada scene - scene yang lucu tetapi jika anda terlalu menyogokkan kepada penonton maka penonton akan cepat jemu. Cukuplah rasanya kritikan ini.

Baiklah, aku hanya boleh memberi pandangan dan mengkritik. Aku faham menghasilkan sesuatu filem pendek yang mengambil masa 5 minit pun susah apatah lagi menghasilkan filem yang berdurasi lebih sejam. Tetapi, hakikatnya aku sangat kecewa dengan filem ini kerana ia dihasilkan oleh orang yang mempunyai ilmu. Bagi aku sepatutnya beliau boleh menghasilkan yang lebih baik berbanding ini.

Namun tayangan tadi agak gamat dengan hilai ketawa penonton. Itu hanya pandangan aku. Lain orang lain pandangannya. Filem ini sebenarnya akan di tayangkan tidak silap aku 11 Februari nanti. Jadi, kepada sesiapa yang mahu bergelak ketawa ini mungkin filem yang sesuai untuk anda.

Dari 5 bintang, aku bagi.......Entah! Aku tak berani nak letakkan nilai bintang itu disini. Pergilah tengok sendiri.

P/S : Kesian Si Piqah. Letih Jer Aku Tengok! Sila Tidur Dengan Lena Yer!

Isnin, 18 Januari 2010

Terpaksa Lupakan Balqis Demi Mila Gedik

Adoi, tak dapat tengok final episode Cinta Balqis. Cess!

Pikah lah nih pergi beli tiket. Nak cancel tak gamak pula aku!

Terpaksalah pergi tengok si Mila gedik dalam Lu Fikirlah Sendiri.

Hopefully, this movie bukannya lawak bodoh!

Chow!

Kegilaan Menonton Wayang Vs Kasih Balqis Episod Akhir Hari Ini!!

Sejak menonton filem Paranormal Activity hari itu membuatkan semangat dan ketagihan menonton wayang kembali memuncak. Lupakan pasal pop corn kerana ketiadaan duit membataskan nafsu makan aku terhadap pop corn.

Esok sahabat aku si Pikah ajak pergi tengok Adnan Sempit pada tengahari. Sayangnya kelas aku tamat pukul 12 tengahari jadi memang tak sempat. Malamnya pula dia ajak pergi tengok film Lu Fikir Sendiri dekat Dewan Seri Budiman. Aku rasa aku mahu pergi. Walaupun aku tak suka tengok Mila tapi aku mengakui aku suka dengar lagunya jika aku tidak nampak dia menyanyi. Mungkin aku akan pergi. Insyaallah.

Tambahan pula esok adalah episod akhir untuk drama Kasihnya Balqis dekat TV3. Walaupun sudah lama tidak menonton tetapi aku masih teruja mahu melihat episod akhir kerana aku mengikutinya dari episod pertama lagi. Tambahan pula, budak rumah aku yang seorang nih pun beriya - iya mahu menonton drama nih.

Jadi, esok nampaknya aku kena pandailah membahagikan masa. Banyak betul hiburan yang mahu ditonton sedangkan duit aku juga ibarat pop corn. Sedap digunakan tetapi sedar - sedar sudah habis. Mahu minta duit pada mak ayah? Sekarang aku sangat - sangatlah malu mahu minta duit. Tak tahu sebab apa. Tapi, mungkin awal bulan 2 aku akan minta. Duit yang ada nih aku rancang akan digunakan sehingga awal bulan 2.

Insyaallah!

Mampuslah Kau Senior Ker Kau Tua Ker.......

Tajuk nak gempak pula kan? Hahaha. Abaikan perkataan mampus tu. Saja jer tunjuk rasa marah sikit. Sebenarnya pukul 12 tengahari nih ada perjumpaan part 3 course aku. Kitaorang ada 2 kelas. Kelas A untuk budak lepasan STPM or Matrik manakala kelas C untuk lepasan diploma dari Uitm.

Perjumpaan itu dirancang di adakan pada hari ini bertujuan murni untuk merapatkan silaturahim antara kelas A dan kelas C. Aku suka tujuan yang murni ini tetapi apabila mendengar khabar angin bahawa tujuan itu di adakan berikutan kelas C dituduh sombong dengan kelas A sewaktu di dalam sebuah kelas yang memerlukan dua kelas ini bersama. Fine! Kelas C sombong tetapi kalau dah tahu kelas C sombong kenapa kelas A tak boleh ringankan mulut beramah mesra?

Tak kisah sangatlah pasal sombong ker apa nih sebab itu pandangan awal kan? Setiap orang ada pandangan pertama masing - masing. Tetapi, bila dituduh kelas C skema pula sebab duduk depan itu membuatkan hati aku membara jugalah. WTF skema. Dah kau semua budak kelas A...kelas mula pukul 8.30 dan kau semua pukul 9 baru nak masuk apa cerita? Sudahlah lewat masuk boleh pula lepas masuk berborak - borak dengan member macam 2 tahun tak jumpa. Apa kejadahnya? Ini bukan masa diploma..eh silap, korang terus masuk degree kan? Maklumlah orang bijak tetapi maaflah sebab bagi aku otak kau semua tak matang langsung.

Itu pun jadi hal. Serius aku terkejut juga sebenarnya. Nak ajak jumpa sebab nak saling kenal mengenali tetapi belum ada apa - apa sudah judge satu kelas C macam tu. Gi mampuslah korang. Aku malas mahu menjatuhkan maruah jumpa korang. Buang masa jer. Lagipun, kelas hari ini cancel dan aku malas membazir masa menunggu 2 jam semata - mata nak jumpa kau semua yang tidak skema dan tidak sombong.

Baik aku masak nasi dan makan. Lagi berfaedah. Maaf kau semua wahai kelas A. Pandangan aku terhadap korang sekarang adalah negatif. Cuba lakukan sesuatu agar pandangan aku kembali positif seperti asal. Nasi dah masak. Chow!

P/S : Letih Juga Menulis Script Nih...Dakwat Pen Aku Macam Dah Nak Habis Dah Jer!

Pengumuman : Aku Berjaya Menghapuskan Seekor Nyamuk Betina Yang Dahagakan Darah Aku Sebentar Tadi. Babi Punya Nyamuk. Tak Cukup Dengan Malam, Waktu Pagi Pun Nak Hisap Darah Juga. Bawalah Berdiet Sama.

Peringatan : Sila Baca Entry Bawah Juga. Tersilap Set Masa Pula. Aku Nak Publish Pukul 12.30 Malam Tadi Tapi Tersalah Set Letak 12.30 Hari Plak. Aiyak!

Ahad, 17 Januari 2010

Bodoh Punya Mesin...Bazir Jer 20 Sen Aku....

Tadi gua merempit dengan bebudak rumah pergi beli barang dapur untuk makan tengahari. Lepas dah habis membeli dan membelah gua pun pergilah serbu kedai roti King untuk bersarapan. Gua lupa mahu bagitahu sama budak - budak rumah lain. Gua pergi serbu jer. Hahaha. Nasib gua ditemui kembali oleh mereka. Kalau tidak malulah gua kena pergi jumpa security sebab nak buat report pasal kehilangan member - member gua. Kalau hilang anak tu lainlah kan. Nih takkan dah besar - besar pun nak hilang. Hahaha.

Lepas tu budak rumah gua minta gua 20 sen. Gua kata apa mahu bikin? Rupa - rupanya nak timbang berat badan. Berat member gua 65kg. Gila berat tetapi badan kecil jer kut. Sebelum nih dia timbang dan dia bagitahu berat dia 54kg macam tu jer. Gua pula selongkar dompet gua cari 20 sen sekeping. Nasib jumpa! Gua pun semangatlah naik dan masukkan duit 20 sen tu. Kuar sekeping kad lepas gua masukkan duit. Berat gua 75kg. Bapaklah menipu ini mesin. Gua dekat sini makan pun sikit. Seluar yang ketat pun dah longgar macam mana berat boleh naik mendadak sebegitu rupa.

Cilakak punya mesin. Penipu betul. Rugi duit gua 20 sen. 20 sen sangat berguna untuk membeli gula - gula bagi menghilangkan mengantuk masa kelas Dr Ngu. Cess, gua tak puas hati sama itu mesin. Hahaha.

Pasal lagu Bad Romance yang Lady Gagah nyanyi tu, gua pelik tul. Bila pula gua kata lagu Lady Gaga tu seram? Gua suka lah lagu Bad Romance tu. Yang gua kata seram pasal lagu yang gua download tu bukan lagu Lady Gaga tetapi lagu apa entah yang si mamat tu nyanyi. Cuma title jer sama. Adoi....lagu Bad Romance tu mana ada seramnya. Aiyo.

Wokay! Nanti jumpa lagi. Tata!

Sabtu, 16 Januari 2010

Seram Tul Pagi Semalam

Semalam aku on9 tak ingat dunia. Sampai ke pagi kut. Semua manusia dah tidur dalam rumah. Aku pula baru lepas tengok drama 100 Harijadi. Tetiba rasa seram jugalah.

Lepas tu aku carilah lagu Bad Romance - Lady Gaga sebab nak download. Dah lepas download aku bukalah untuk dengar. Gila lagu entah apa - apalah aku download. Serupa lagu Blackmetal puja syaitan jer. Meremang bulu roma aku dengar. Aku dengar sekejap jer terus delete lagu tu. Hahaha.

Kesimpulannya, downloadlah lagu di waktu siang. Hahaha. Tatata.

Solat Jumaat Tadi Yang Paling 'Khusyuk'

Alhamdulillah, penjelasan entry sebelum ini membuatkan lebih ramai yang mengerti maksud yang cuba gua nak sampaikan sebenarnya. Pasal perbezaan pendapat tu gua tak amik kisah sangat sebab normal lah percanggahan pendapat kan. Bukan semua manusia berfikiran sama.

Jadi, hari ini gua nak story dekat lu semua sewaktu gua pergi solat jumaat dekat masjid area seksyen 16. Sangat padat orang seperti dalam bas Rapid pula. Cuma bezanya sekarang bas ialah kenderaan manakala masjid adalah struktur bangunan yang besar. Bila dilihat wajah - wajah dekat situ memang dah bukan macam 1 Malaysia dah tapi meliputi satu Asia barangkali. Ada muka mat Bangla, muka Indon, muka Vietnam, muka Jepun..senang cakap macam - macam ada.

Kerana kepadatan penduduk yang terlampau tinggi dekat situ maka terpaksalah gua dengan member - member gua duduk dekat bahagian luar yang tidak berbumbung tu waktu mendengar khutbah serta solat jumaat. Mula - mula hari sangat redup tetapi makin lama makin panas. Naik pening juga gua sebab gua tak makan nasi lagi. Lewat datang pun sebab siapkan makanan sebab kelas ada lagi pukul 3 karang.

Kiranya berpeluh jugalah gua waktu solat jumaat tadi. Memang 'khusyuk' gila gua cakap lu. Orang sebelah gua pun berpeluh - peluh. Mana gua tahu? Gua tak tengok dia yer tapi waktu masing - masing sujud tu memang tersentuh tangan. Dah rasa tangan beliau basah. Fuh, memang mencabar tul solat jumaat dekat bahagian luar nih.

Minggu depan gua nak cuba pergi awal lagilah kalau boleh. Tak nak duduk bahagian luar lagi. Itu nasib panas. Kalau dibuatnya hari hujan, tak ker basah jawabnya. Hahaha.

Okaylah, sudah pukul 3 lorr...Masa untuk gua tidur! Chow! Assalammualaikum dan Xiajie, ni hao!

P/S : Seronok Nasi Gua Dipuji! Hahaha!

Jumaat, 15 Januari 2010

Jahatkah Aku?

Berkenaan entry semalam sebenarnya. Banyak juga komen yang aku dapat. Terima kasih yer semua. Terkejut juga aku dapat satu komen yang mengatakan aku jahat. Apa yang jahatnya aku pun tak pasti sebab aku tak suruh pun anak - anak menghantar emak ayah mereka ke rumah orang tua - tua. Aku juga tidak menyuruh anak - anak menderhaka pada emak ayah masing - masing.

Jadi, aku membuat kesimpulan ada beberapa pembaca yang tak faham apa yang aku maksudkan sebenarnya. Disini aku terangkan dengan lebih mendalam.

Ibu bapa banyak kerenah? Apa yang aku maksudkan disini ialah aku berharap bahawa si ibu bapa tadi supaya boleh bertolak ansur dalam beberapa hal. Adakalanya benda yang kecil pun dibesar - besarkan. Jadi, aku mengharapkan agar mereka bertolak ansur. Ialah, hati manusia nih selalunya rapuh. Tidak semestinya kuat selalu. Kadang - kadang manusia yang baik pun boleh berubah dalam sekelip mata. Memanglah sewaktu kita kecil ibu bapa kita letih melayan kerenah kita yang pelbagai itu tetapi memang lumrah sewaktu kecil kita merengek yang bukan - bukan. Maksud aku di sini bukannya aku nak cakap sewaktu tua kita tidak boleh merengek atau apa - apa. Cuma bergantung pada situasi. Seboleh - bolehnya jagalah juga perasaan anak.

Kepada si anak pula di harap bersabarlah kalau anda mendapat ibu bapa yang bersikap begitu di kemudian hari. Sebab itu pada entry semalam aku berkata bahawa tidak rugi bersabar. Mungkin itu satu ujian dari Allah atau ada hikmah daripadanya. Janganlah kerana emak ayah selalu merungut hingga mendorong anda tergamak menghantar mereka ke rumah orang tua - tua. Aku juga ada berkata jangan sesekali pun berfikir mahu menghantar ibu bapa anda kerumah orang tua kerana ia berpotensi mendorong anda melakukan perkara yang difikirkan.

Jadi, aku tak tahu sebenarnya apa sebab sehingga aku dituduh jahat. Mungkin entry nih kelihatan seperti aku melatah. Adalah sikit - sikit aku rasa tapi aku perlu juga perbetulkan apa yang kurang jelas. Bagi aku dua - dua pihak kena bertolak ansur dan aku berkata aku tak boleh nak tuduh yang mana satu yang salah sebab kita tak tahu cerita sebenar. Hakikatnya, memang ada sesetengah ibu bapa yang berkelakuan seperti pakcik itu di mana mereka cuba mencari peluang untuk berkelakuan seperti itu dan tiba - tiba anak pula yang terpalit dengan gelaran derhaka.

Aku menulis melalui pemerhatian aku selama nih. Dan jika kau lihat di dalam cerita - cerita di Televisyen pun sebenarnya kau boleh mebuat dua andaian iaitu sama ada memang anak itu derhaka atau itu atas inisiatif si emak atau bapa. Jika anaknya yang betul - betul derhaka..nauzubillah. Tapi, kalau itu memang hajat si ibu atau bapa macam mana anak nak menghalang?

Itulah maksud aku dan aku sangat bersyukur kerana aku mempunyai mak dan ayah yang alhamdulillah bagus dalam mendidik aku setakat nih dan aku sangat menyayangi mereka. Entry semalam juga aku ada berkata SAYANGILAH IBU BAPA ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA.

Jadi, aku pun masih keliru bagaimana aku boleh dituduh jahat. Mungkin miss communication atau terlepas pandang sewaktu membaca. Wallahualam.

P/S : Hanya Mahu Menjelaskan Apa Yang Kurang Jelas.

Anak Derhaka, Rumah Orang Tua - Tua Atau Kerenah Ibu Bapa?

Maklumlah kalau bloggers lain dah banyak tulis pasal entry ini. Aku tersangatlah sibuk sampai surat khabar pun tak sempat nak baca. Nak usha - usha online news pun tak sempat. Tetapi, hari ini nasib sempat baca surat khabar Kosmo masa dalam perjalanan balik dari Klang sebentar tadi. Isu yang menjadi tumpuan mata aku sudah tentulah nombor 4D...hahaha..tipu jer lah! Mestilah isu pasal jawapan anak seorang lelaki tua berkenaan sebab apa tinggalkan ayahnya di pondok menunggu bas.

Aku sangat terkejut juga baca jawapan daripada anak dia mengikut tulisan wartawan. Tak tahulah kalau itu jawapan asli atau sudah diolah dan ditokok tambah oleh wartawan terbabit. Wallahualam. Kalau betul aku rasa sangat sedih juga sebenarnya sebab aku merasakan anak kepada lelaki tua nih macam tak sedar diri yang beliau juga akan merasa tua juga satu hari nanti. Tak takutkah jika anak beliau sendiri melakukan perkara yang serupa seperti mana yang beliau buat pada orang tuanya hari ini?

Kemudian, aku membaca kesemuanya dan aku melihat jawapan yang bercanggah di dalam artikel itu. Si anak berkata si bapa yang menyuruh beliau berhenti di situ manakala si bapa berkata sebaliknya. Jadi, aku membuat kesimpulan bahawa aku tak boleh nak salahkan si anak seratus peratus kerana kita tak tahu perkara sebenar. Mungkin juga si ayah yang bermasalah sebenarnya. Mungkin cerewet pada suatu benda atau terlalu ego hingga menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri.

Bagi aku senang sahaja. Kalau betul anak dia derhaka maka marilah sama - sama berdoa supaya kita tidak mengikut jejak anaknya itu. Tetapi, jika si ayah tadi terlalu cerewet juga tidak bagus. Kadang - kadang ada yang berkata "Mengapa Mak Ayah Boleh Jaga 10 Orang Anak Tetapi 10 Orang Anak Tak Boleh Jaga Mak Ayah". Harus diingat mak ayah boleh memukul anak - anak jika mereka degil tetapi takkan anak - anak mahu memukul mak ayah. Itu memang sah - sah derhaka namanya. Jadi, aku rasa mak ayah janganlah terlalu cerewet. Seboleh - bolehnya apabila tinggal bersama cubalah jaga hati anak masing - masing. Mereka juga punya keluarga, punya anak - anak, tekanan kerja sekarang yang lebih hebat dari dahulu. Insyaallah, kalau masing - masing boleh bertolak ansur tiada masalah rasanya.

Rumah orang tua - tua ialah satu bangunan yang amat menggerunkan. Janganlah sesekali anda berfikir mahu menghantar emak ayah anda ke situ kerana sekali anda berfikir kemungkinan untuk melakukannya adalah 80%. Sesusah mana pun anda cubalah berusaha menjaga mak ayah anda. Fahamilah perubahan hormon. Semakin tua semakin cepat terasa. Cuma bersabar sekejap sahaja. Insyaallah, tak rugi pun kalau susah menjaga emak ayah terutama yang sudah nyanyuk tambah - tambah yang jenis membuang najis merata - rata. Apa salahnya berbakti pada ibu bapa sendiri.

Maaflah jika ada yang tak sependapat dengan aku tetapi ini apa yang aku rasa dan aku cuba memberi pandangan aku. Aku malas nak buat kesimpulan pasal kes itu sebab membaca saja belum cukup untuk kita membuat kesimpulan. Hanya mereka yang terlibat lebih mengetahui kisah sebenar. Aku cuma mendoakan bahawa anak kepada si lelaki tua itu tidak tergolong dalam kategori anak derhaka dan jika dia derhaka aku mendoakan agar pakcik itu memaafkan anaknya. Insyaallah!

Apa - apapun sayangilah mak ayah anda sementara mereka masih ada!

Khamis, 14 Januari 2010

Paranormal Activity Membuatkan Hidup 4 Orang Menjadi Tidak Normal..Hahaha.

Gua baru balik dari tengok wayang dekat JJ B ukit Tinggi. Jauh bebenor berjalan sebab JJ dekat Shah Alam nih ramai betul manusia. Memanglah ada sale pun tapi bukannya murah mana sangat. Pelik juga aku. Tak kisahlah. Gua pergi dengan 2 member Gua iaitu Pikah dan Yatie dan seorang member baru. Apa entah nama dia...Hidayah?Aliah?Lupa pula.

Sebelum tengok wayang pergi makan dulu dekat food court sana. Lama tak makan makanan ber sizzling nih. Akhirnya tertunai hajat nak makan. Sedap jugalah. Mungkin sebab lapar kut.

Lepas tu kitaorang pergilah tengok wayang Paranormal Activity. Gua tak boleh nak cerita semua sebab masa tak sempat. Apa - apapun gua benci scene akhir film nih. Bukan sebab bosan tetapi buat gua takut. Hahaha.

Okaylah. Gua nak rehat kejap. Tekak gua sakitlah. Telan air liur pun sakit. Lepas tu gigih pula gi minum air batu. Lagilah sakit. Okay, chow. Papai. Sheishei sebab baca.

P/S : Bila Nak Kaya Nih?

Seronoknya Beratur Sejam Lebih.

Xiojie, ni hao!

Ni hao ma?

Wo hen hao, xiexie. Ni ne?

Ni mang ma?

Hahaha. Baru belajar Mandarin darjah 1 jadi sedang menghafal lah nih. Okay, tadi aku pergi ke fakulti sebab nak tambah jam kredit. Gila letih sebab sejam lebih aku beratur semata – mata nak siapkan perkara yang tak sampai 5 minit pun. Macam buat medical checkup jer.

Sudahlah suara aku nih bila aku bercakap tanpa sedar seolah – olah aku bercakap dengan orang yang sebatu jauhnya. Aku siap mengutuk lagi si Fauzi yang pelajar perempuan kata kacak sangat tu. Sampailah si kakak mana entah cakap suara aku kuat. Hahaha. Baru aku sedar aku mengutuk dengan lantangnya. Mungkin muka akan di blacklist selepas ini.

Apa – apapun aku sebenarnya agak kagum dengan akak – akak yang bekerja dekat pejabat fakulti nih. Walaupun ramai budak – budak merungut tetapi diorang masih cool. Dalam hati tak tahulah tapi dari riak wajah tu tenang jer aku tengok.

Sama sekali berbeza dengan makcik – makcik atau kakak – kakak yang bekerja dekat Uitm Melaka tambah – tambah yang jaga bahagian kolej. Mulut semua lancing jer. Tanya sikit jer pun dah marah – marah. Kalau kita bertanya dengan nada yang kuat tak kisah juga tapi dengan nada yang sopan dan dibalas dengan hentaman yang keras. Mestilah panas kan. Padahal kerja bukan banyak mana pun. Kalau sibuk pun sewaktu awal semester jer sebab ramai budak – budak masih pening atau keliru jer.

Apa – apapun aku kagumlah dengan kakak – kakak dekat situ dan terima kasihlah sudi melayan kami semua dengan penuh sabar walaupun sempat juga anda – anda semua bergosip atau memakai selendang ataupun melihat langsir baru. Dan kepada budak – budak yang masih berada di Uitm Melaka, jika makcik – makcik kolej asrama bermulut lancang itu bising – bising pada anda maka lawanlah mereka sehingga mereka diam dan berasa malu pada diri sendiri kerana mereka memang patut dilayan sebegitu.

Okay, aku mahu menonton wayang kejap. Kelmarin ada 5 kelas daripada pukul 8.30 pagi sampai ke pukul 10 malam tetapi nasib lecture tu bagi balik pukul 8.45 malam. Rehat hanya 1 jam sahaja daripada pagi kelmarin sampai kelas terakhir. Sangat letih. Jadi, hari nih masa untuk menghabiskan duit. Eh, ada lagi ker duit? Hahaha.

P/S : Mandarin Asas Jer Atas Tu. Nak Aku Ajar? Bu Mang! Haha!

Selasa, 12 Januari 2010

Cara Mudah Dapatkan Duit

Gua tahu ramai sekarang kesempitan duit. Berbagai - bagai cara dilakukan untuk meningkatkan pendapatan masing - masing. Disini gua ada beberapa tips untuk diikuti oleh korang semua agar masing - masing menjadi lebih kaya dari sekarang.

1) Pada sesiapa yang bekerja pasti akan mendapat cuti pada hari Jumaat atau Sabtu. Jadi, pada hari cuti tu janganlah korang berehat sebaliknya segeralah bersiap - siap menghiaskan diri menjadi buruk atau nampak selekeh. Pakailah baju yang compang - camping. Kusutkan rambut kamu. Bawalah mangkuk atau sapu tangan sebagai alatan bekerja. Pergilah ke pusat bandar dan carilah tempat yang sesuai seperti di perhentian bas, hadapan bank, tepi mesin ATM ataupun jejantas. Insyaallah, jika tips ini diikuti sepenuhnya maka hasil pendapatan anda pada hari itu bersamaan dengan sebulan gaji anda.

2) Pergilah ke tempat - tempat yang sesak dengan orang ramai seperti Low Yat dan carilah suspek - suspek yang berpotensi untuk membantu anda seperti penunggang motosikal khususnya. Katakan kepada mereka duit anda tidak cukup akibat dompet anda di seluk saku dan mintalah kepada mereka RM5 atau lebih selamat katakan begini,"Encik/Cik bagilah seikhlas hati. Saya harap sangat Encik/Cik dapat membantu saya". Insyaallah, kutipan anda dalam sejam mampu menjangkau kepada puluhan atau ratusan ringgit. Ini bergantung kepada riak wajah anda dan cara anda berkomunikasi. Semakin sedih riak wajah dan suara anda maka semakin lebat duit yang anda akan dapat.

3) Jika muka anda memang jenis bengis dan jika anda senyum pun orang ingat anda mahu membunuh mereka, jangan ditunggu lagi. Gunakan kelebihan itu untuk mendapatkan lebihan wang di hari minggu. Alatan yang diperlukan hanya pisau rambo sahaja. Carilah budak - budak sekolah atau nenek - nenek untuk di ugut atau di pau. Ini kerana mereka adalah mangsa - mangsa yang berisiko rendah untuk menyerang kamu.

4) Jika anda dan rakan - rakan juga mengalami masalah yang sama iaitu kesempitan wang, maka kalian bolehlah menubuhkan sebuah kumpulan di facebook dan merancang rompakan secara besar - besaran terhadap fan kumpulan anda. Pastikan fan yang menyertai kumpulan adalah orang kaya dan pastikan penyamaran anda sangat berhasil sehingga mampu mendapatkan nombor telefon atau alamat rumah mereka.

5) Jika anda tidak sanggup melakukan perkara - perkara di atas maka pergilah bermain judi atau menikam nombor ekor. Perkara ini sangat berisiko kerana mungkin sehingga anda mampus sekali pun belum tentu anda akan menjadi manusia bertuah memenangi loteri ini. Jika menang anda agak beruntung. Yang pentingnya anda mestilah manusia yang selalunya tidak berkeadaan malang dalam segala hal jika mahu memenangi loteri.

6) Akhir sekali, apa kata hujung cuti minggu anda dihabiskan dengan menjadi pawang atau bomoh. Suruhlah rakan anda menyamar menjadi pesakit dan menghebohkan bahawa beliau sembuh kerana anda kepada rakan - rakannya. Maka, perkara ini akan tersebar dan ramailah orang akan menyerbu anda untuk memasukkan susuk, meminta nombor ekor dan sebagainya. Oleh itu, anda bolehlah meminta wang yang banyak sebagai tanda rawatan yang diberikan anda setaraf dengan Hospital Pantai. Tetapi, jika anda ingin melakukan perkara ini pastikan rumah yang anda duduki adalah rumah sewa. Ini baik untuk keselamatan anda di kemudian hari.

Sebenarnya bukan senang nak jadi senang dan bukannya susah nak jadi susah. Gua tak tahu pun apa yang gua tulisnya. Jadi, lu fikirlah sendiri.

P/S : Maaf Membuang Masa Anda Membaca Entry Ini.

Isnin, 11 Januari 2010

Banyak Aku Nak Cakap Nih!

Aku mahu lihat wayang. Aku terpandang filem Ju On yang baru. Setakat nih semua film dia aku dah tengok dan semua seram - seram belaka. Jadi, ada tak siapa - siapa yang dah tengok? Boleh bagi tahu aku filem nih mengecewakan atau tidak?

Aku sangat berkeinginan untuk makan besar. Kalau boleh semua mahu makan. Maklumlah, berat badan dah turun balik. Hahaha. Seronoknya kalau dapat makan besar nih. Bila agaknya tu?

Aku rasa nak balik rumah masa Chinese New Year nanti. Korang tolong doakan assignment tak banyak atau tak ada langsung waktu tu. Hahaha. Boleh aku balik rumah dengan aman.

Aku mahu beli beg. Rasa rimas pula bawa fail jer. Ada beg senang sikit nak buat kerja lain seperti mengambil nasi di restoran Ummi atau memegang barang - barang tertentu.

Aku sudah buat keputusan mahu ambil Mandarin. Mungkin susah tapi aku akan cuba. Kalau aku boleh jadi hebat bahasa Mandarin lepas nih senang sikit nak dapat barang murah. Hahaha.

Hari pertama bawa motosikal dan waktu pulang boleh pula tersesat. Dua tiga kali aku lalu tempat yang sama. Malu pun ada tapi buat bodoh sudah. Bukan diorang kenal pun siapa aku yang kacak nih. Hahaha.

Bila semakin meningkat umur maka makin terasa segan untuk minta duit dekat mak ayah. Semua benda yang aku nak buat perlukan duit. Duit buku saja dah berapa. Nasib ada member aku si Pikah. Dapat juga jimat duit sikit. Jadi, apa - apa pun cubalah survive dengan duit yang ada. Insyaallah! Duit menang contest hari tu pun tak guna lagi. Hahaha.

Lagi satu kepada follower yang baru dan sudi follow blog aku yang meraban dan caca merba nih, kalau boleh tinggalkan komen anda. Kalau nak komen sekali jer pun seumur hidup pun tak apa. Sebab mahu link anda kerana kadang - kadang bila click dekat followers tu tak pula keluar link korang.

Dan sorry banyak - banyak sebab tak dapat nak blogwalking. Susah! Broadband bukannya laju. Nak post entry nih pun berpuluh kali aku fresh. Harap korang jangan terasa hati yer. Sumpah aku minta maaf sangat banyak - banyak. Aku terharu sebenarnya tambah - tambah korang setia komen blog aku walau aku tak sempat langsung komen blog korang. Thanks sangat - sangat weih. Sayang korang. Hahaha.

Duit nuff aku naik 25sen. Hahaha!

P/S : Doakan Kebahagiaan Aku Dekat Sini