Ahad, 28 Februari 2010

Mari Cuba Main Archery

Hari Jumaat lepas kan aku pergi Sunway sebab tengok wayang dengan 4 orang member aku iaitu Pikah, Faiz, Putat dan Yan. Habis tengok wayang kami semua pergi makan dekat Gasoline ker apa entah nama kedai tu. Makanan dia boleh tahanlah. Aku suka air TARZAN dia(campuran chocolate & banana).


Aku Dengan Pikah

Lepas tu buat pertama kali aku main achery. Hahaha. Masa dekat sekolah teknik dulu pernah join sekejap kelab memanah masa form 4. Waktu tu memang berkobar – kobar gila nak belajar memanah tapi sebab 3 minggu aku pergi asyik dengar ceramah jer so aku buat kesimpulan kelab tu hidup segan mati pun segan. Terus aku cabut masuk kelab lain. Alih – alih waktu form 5 tiba – tiba kelab tu aktif plak sampai jadi johan dekat Perlis. Sakit jiwa betul.

Aku nih memang tak ada duit dah jadi memang tak nak main sebenarnya. Paling tidak dalam otak waktu tu fikir nak minta jasa baik diorang jer lah nak cuba memanah sekali dekat papan bulat tu. Tapi, apa entah diorang buat sampai abang yang jaga kaunter tu bagi aku join main. Terharu betul aku.

Lepas tu si instructor situ pun ajarlah cara – cara nak masukkan anak panah, nak pegang busur tu dekat mana dan macam – macamlah. Awal – awal aku memanah tu memang lawak lah. Macam – macam jadi. Anak panah melantun baliklah, kena besi lah, anak panah terjatuh kebawah sebelum memanahlah dan yang best tu anak panah pergi dekat bulatan orang sebelah. Hahaha. Maklumlah memang tak tahu apa – apa.

Tengah best memanah tiba – tiba datang instructor tu suruh berhenti. Aku mulalah tiba – tiba rasa malu tak pasal – pasal. Dalam hati asyik bercakap,” Asal dia suruh aku stop nih? Teruk sangat ker aku panah? Bahaya ker? Adoi, malulah aku macam nih. Dah belakang ramai orang duduk dekat kerusi tu”. Rupa – rupanya semua kena berhenti sekejap sebab diorang nak cabut anak – anak panah sebelum nih. Fuh, nasib tak sama macam apa yang aku fikir. Hahaha. Lepas tu kena tukar tempat memanah.

Aku Yang No 4

Tapi, lepas tu memang power gilalah(POWERLAH SANGAT..HAHAHA). Yakin pula aku cakap aku pemanah hebat bernama Hans Marbawi. Nama sempena nama pemanah Malaysia si Marbawi Sulaiman ker apa nama dia. Kehkehkeh! Padahal anak panah asyik kena bulatan putih dengan biru jer. Sasaran aku yang singgah dekat bulatan kuning atau tengah – tengah tu hanya 2-3 anak panah jer. Cuma yang best semua anak panah yang aku panah lepas tukar tempat tu memang kena dekat bulatan tu. Hahaha.


Aku, Pikah & Faiz Selepas Tamat Sesi Memanah

Apa- apapun, memang bestlah main archery nih dan mungkin ini boleh dijadikan hobi terbaru selain main bowling. Hahaha. Lepas nih nak save sikit duit untuk main lagi sekali lah game nih. Misi sekarang adalah untuk memastikan setiap anak panah mengenai sasaran berwarna kuning dan menewaskan RATU MEMANAH iaitu PIKAH.

P/S : Salah Seorang Daripada Kami Berlima ‘Menguasai Pentas’ Dengan Baik Sewaktu Memanah. Kagum Dengan Satu Anak Panah Beliau. Hahaha.

PERHATIAN : Di Ruangan Iklan Di Atas Terdapat 1 Contest Untuk Anda. Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut.

Jangan Melayan Wanita Seperti Lelaki

Kepada lelaki – lelaki di luar sana tidak kiralah anda adalah seorang gangster, kaki pukul, mat bunga, budget hot, alim ulama atau apa – apapun gelaran yang anda terima jangan sesekali melayan rakan wanita anda seperti lelaki. Maksud gua di sini ialah jangan sesekali kau menganggap mereka sama seperti anda.

Jika kau merokok janganlah kau anggap semua orang merokok. Janganlah kau cuba – cuba memaksa rakan kau merokok tambah – tambah wanita. Bagi aku perkara itu sangat biadap. Cukuplah jika kau hanya bertanyakan,”Kau merokok tak?” dan tidak lebih daripada itu walaupun sebenarnya itu pun dah dikira biadap.

Kadang – kadang kau juga kena sedar batas – batas kau dalam perbualan. Janganlah kau sesuka hati mahu melihat barang – barang peribadi wanita atau menjenguk masuk ke bilik wanita tanpa kebenaran. Mungkin kau rasa perkara itu normal bagi kau tetapi tidak bagi orang lain. Kau tak boleh menganggap semua manusia adalah sama seperti kau. Hormatilah hak kaum wanita jika kau mahu ibu, isteri, adik perempuan atau anak perempuan kau dihormati oleh orang kerana hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang – kadang kita di atas dan kadang – kadang kita di bawah.

Mungkin bagi lelaki ia satu perkara biasa apabila bercakap sesama mereka sambil diselangi dengan ayat – ayat carutan atau makian tetapi kau tolonglah buat sikap itu sewaktu berbicara dengan wanita. Hati wanita tak sama macam lelaki. Kau kena ingat lelaki dan wanita adalah dua makhluk yang tidak sama. Yang sama hanyalah kedua – duanya manusia yang mempunyai akal dan hati. Sedangkan tidak semua lelaki boleh menerima gaya percakapan yang diselangi oleh bahasa – bahasa kesat apatah lagi wanita.

P/S : Tolonglah Ingat Tentang Perkara Ini.

P/S Lagi : Aku Dah Buat Siap - Siap Dah 2 Entry Akan Datang Lepas Nih. Aku Dah Set Publish Auto. So, Memang Aku Tak Sempat Terjah Mana - Mana Blog Pun. Jangan Dok Buat Merajuk Apa Plak. Aku Tak Layan. Hahaha.

Prank

Khamis minggu lepas membuatkan gua mengalami sedikit tekanan emosi selepas menjalankan proses temubual untuk assignment gua. Lepas sesi temuduga yang memeritkan tu, gua terperangkap pula dekat HEP yang berdekatan dengan library sebab hujan lebat. Gua pergi menyemak dekat situ sebab ambil cop pengesahan dekat Kaunselor untuk PTPTN gua.

Tapi yang bagusnya gua terserempak dengan member sekolah rendah gua. Selalu sms atau borak dekat muka buku jer tetapi hari tu terjumpa pula dekat situ. Itu pun sebab dia tegur gua. Kalau tidak memang gua tak perasan langsung sebab gua tengah feeling menghayati deruan air hujan yang turun laju menghempap motosikal gua. Maaflah pada member gua si Fitriah tu sebab gua blur waktu tu. Tak tahu apa nak cakap. Dah gua makan pun belum makan lagi. Hahaha.

Tunggu punya tunggu tetapi hujan tak berhenti – henti juga. Dah sejam lebih nih gua menghayati air hujan sambil memandang kereta - kereta yang lalu depan gua. Gua terpaksa jugalah meredah hujan sebab petang tu ada test subjek animation pula. Nasib gua pakai sweater so dapatlah selamatkan dokumen – dokumen yang gua ambil cop pengesahan tu. Mesti pelik jer manusia lain tengok perut gua dah jadi bentuk segi empat masa naik motor hari tu. Hahaha.

Lepas tu ada member gua call ajak gua lepak tengok wayang malam tu. Gua dah janji dengan orang lain nak sambut besday member gua pada waktu yang sama. Lagi pun Jumaat esoknnya gua dah janji dengan member gua si Pikah mahu tengok wayang. Penjimatan duit amat perlu diwaktu sekarang. So, gua tak dapatlah join dan tiba – tiba member gua yang call nih merungut dan letak telefon lepas cakap kononnya susah sekarang nak ajak gua keluar macam dulu – dulu. Gua nih dah letih nak jaga hati orang so gua buat gelak – gelak kambing jer lah. Gua malas nak ambil kisah atau nak emosi jadi gua buat bodoh jer lah.

Nasib test animation tu gua boleh jawab. Gua tiru..eh…bertukar – tukar pendapat pun untuk 2-3 soalan jer. Yang lain – lain gua buat sendiri. Lepas kelas gua dengan dua orang member gua si Yatie dan Erna dah rancang mahu sambut besday member diploma kitaorang nih. Ramai jugalah yang berkomplot. Memang best lah gua cakap lu. Perancangan yang teliti dan rapi.

Tak sia – sia jugalah gua join kenakan member gua tu. Makanan nak banyak dan sedap pula. Tambah – tambah besday cake member gua tu Choc Indulgent Secret Recipe. Memang gua layan lah beb. Kek kesukaan gua tu(apa motif gua bagitahu kek kesukaan gua nih? Budget nak korang kasi kek tu ker? Hahaha). Tetapi, gua makan kek tu sehiris pun terus gua kenyang. Hahaha.

Paling best gua dapat sembur besday girl dengan spray buih. Hilang tension gua malam tu. Memang gua sembur habis satu botol. Hahaha. Seronok betul bila gua tengok sejarah besday member gua nih. Setiap besday dia mesti member – member dia akan sambut dengan kek dan prank yang best - best. Memang best. Eh,apa motif gua cakap macam nih lagi? Adakah gua mahu korang sambut besday gua? Hahaha.

Entah, aku rasa gembira malam tu dapat jumpa dua tiga orang member kelas diploma dulu. Borak tak ingat dunia. Apa – apapun terima kasih dan tahniah pada semua yang terlibat dalam sambutan tu sebab segala perancangan berjalan dengan lancar dan tidak kantoi. Dan paling penting makanannya sedap – sedap. Hahaha.

P/S : Teringat Waktu Snap Gambar Mereka Di Waktu Gelap Sewaktu Menunggu Besday Girl Tiba….Seram!!!

Sabtu, 27 Februari 2010

Review Filem : Niyang Rapik Komedi Seram


Hajat gua mahu menonton My Name Is Khan tetapi sayangnya tempat duduk kosong hanya ada untuk 4 orang sahaja sedangkan gua berlima dengan member gua. Jadi, gua tak boleh pentingkan diri lalu selepas berfikir selama 10 saat akhirnya kami berlima setuju mahu menonton filem melayu terbaru minggu ini iaitu Niyang Rapik. Sebuah filem bergenre seram yang dilakonkan oleh pelakon – pelakon hebat terdiri daripada Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Kamal Adli, Awal Ashaari, Sharonizam dan Nasir Bilal Khan.

Filem ini mengisahkan tentang 5 orang pelajar daripada bidang kajian sejarah yang baru pulang daripada membuat kajian tentang bahan arkeologi yang terdapat di sebuah tempat yang jauh di pedalaman iaitu Niyang Rapik.

Selepas pulang daripada kampung itu, seorang daripada mereka iaitu Fizz Fairuz diserang penyakit aneh dan akhirnya mati disebabkan perkara itu. Selepas disiasat mereka berempat membuat kesimpulan kejadian itu berlaku disebabkan Fizz Fairuz telah mengambil satu bahan arkeologi sejarah kepunyaan kampung Niyang Rapik iaitu sebuah gambir.

Jadi, mereka berempat merasakan mereka perlu kembali ke kampung Niyang Rapik untuk memulangkan semula gambir itu. Zed Zaidi telah mengutus surat kepada Laila(Liyana Jasmay) iaitu anak ketua kampung Niyang Rapik untuk memberitahu tentang kedatangan mereka ke sana. Sewaktu perjalanan mereka ke kampung tersebut sehinggalah mereka tiba di sana, pelbagai rahsia dan masalah melanda mereka berempat. Tanpa mereka sedar, ada seseorang mahu membalas dendam kepada mereka.

Persoalannya di sini, apakah kesalahan yang telah mereka lakukan? Adakah ini semua berpunca daripada perbuatan mencuri gambir? Atau mereka telah melakukan kesalahan atau melanggar pantang larang sewaktu berada di kampung Niyang Rapik? Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini silalah menonton filem Niyang Rapik di pawagam berhampiran anda.

Mungkin ada sedikit persamaan dengan jalan cerita mana – mana filem hantu dari negara luar tetapi gua tolak ke tepi jer lah. Sebab setiap tahun berpuluh - puluh filem di hasilkan di mana – mana negara dan jika dicongak secara kasar memang beribu – ribu filem di hasilkan setiap tahun. Jadi, jika ada persamaan tu memang gua abaikan jer lah. Bagi gua jalan cerita filem ini menarik.

Berkenaan tahap keseraman filem nih pula, gua suka sound effect film ini sebab boleh buat gua cuak. Hahaha. Tetapi, imej hantu – hantu dalam filem ni kurang menakutkanlah bagi gua. Ada juga yang berwajah seram cuma mungkin juga sebab member gua suka buat lawak jadi mengurangkan sikit rasa takut pada wajah hantu – hantu tu tetapi gua memang tergelak juga tengok hantu – hantu dia. Ada hantu yang muka macam bapok pun ada. Hahaha.

Adegan paling lawak dalam filem ni sewaktu Kamal Adli dan Shaheizy Sam makan mee goreng dekat sebuah warung yang terdapat dekat kampung Niyang Rapik tu. Sesiapa yang sudah tengok mungkin bersetuju dengan gua. Serius gua gelak besar tengok watak pemilik warung yang dilakonkan oleh Den Wahab. Gua rasa watak tu tak sesuai dengan dia. Hahaha.

Apa – apapun gua suka lakonan Shaheizy Sam sebab watak dia sangat hidup dan sempoi. Pelakon lain pun tak kurang hebatnya lah. Apa – apapun gua rasa tak rugilah tengok filem nih dan gua mencadangkan kalau korang dah tahu nak tengok filem apa pilihlah filem ini.

Dari 5 bintang, gua bagi 4 bintang lah untuk filem nih.

Selamat menonton.

P/S : Ada Jer Halangan Nak Tengok My Name Is Khan!!!

Khamis, 25 Februari 2010

Harap Esok Menjadi Kenyataan


Menanti dan terus menanti.....

Memberi Galakan, Menyindir atau Kedua – Duanya?

Apabila kita telah berjaya mencapai sesuatu yang kita idamkan di dalam hidup kita sama ada di dalam bidang kerjaya mahupun alam rumah tangga seharusnya kita berkongsi rahsia kejayaan kita itu dengan orang lain.

Kita berasa pelik kenapa ada orang yang tidak berjaya mencapai angan – angan seperti yang telah kita kecapi di dalam hidup sekarang. Adakah kerana malas atau pemalu tetapi kelihatan orang itu terlalu kuat berusaha. Mungkinkah telah ditakdirkan nasibnya begitu? Atau tiada rezeki?

Jadi, bagaimana kita mahu menggalakkan orang – orang seperti ini supaya paling tidak mengikut sedikit cara – cara yang membuatkan kita berjaya? Perlukah kita memberi galakan pada mereka? Atau perlukah kita menyindir mereka sehabis boleh? Atau perlukah kita memberi kedua – keduanya kepada mereka ini?

Kita cuba memberi galakan kepada mereka supaya cuba keluar dari kepompong mereka sekarang. Mungkin dengan cara itu ia akan membakar semangat mereka supaya lebih kuat berusaha, membuang rasa malu dan membina sifat agar mereka tidak takut kepada kegagalan. Tetapi, mungkin dengan hanya memberi galakan hanya akan memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Bagaimana pula dengan menyindir? Adakah ini akan mematahkan semangat orang itu? Sudah semestinya semangatnya yang berkobar akan hancur lebur dan perasaan malunya akan semakin meningkat. Atau mungkin orang itu akan lebih bersemangat dan akan membuktikan segala sindiran yang diterimanya itu adalah salah?

Jika kedua – duanya pula iaitu memberi galakan dan dalam masa yang sama menyindir, bagaimana pula kesannya kepada orang tersebut? Semangatnya yang mungkin malap tiba – tiba berkobar apabila diberi sedikit galakan tetapi semangat itu mungkin akan kembali luntur apabila disindir pula selepas itu. Atau mungkin juga sebaliknya.

Kadang – kadang kita perlu juga beringat juga daripada mana kita bermula hingga mencapai tahap sekarang. Kita juga harus ingat bukan semua orang bernasib baik seperti kita. Semua mempunyai alasan masing – masing kenapa dan mengapa mereka berkeadaan begitu pada masa kita melihat mereka berdiri di depan kita.

Tidak salah kita memberi galakan tetapi jika betul kita ikhlas, berilah galakan itu seikhlas mungkin kerana kata – kata kita pasti memberi paling tidak sedikit kesannya kepada individu yang terbabit.

P/S : Sentiasa Beringat Dan Tidak Mahu Perkara Yang Sama Berulang. Insyaallah.

Berfikir Adakala Positif Adakala Negatif

Kadang - kadang kita tidak dapat lari dari memikirkan perkara negatif yang berlaku di sekeliling kita atau pun melalui pemerhatian mata kita.

Tak salah berfikiran negatif cuma jangan terlalu percaya pada pemikiran anda.

Ada baiknya berfikiran negatif supaya kita tidak melakukan apa yang kita rasa negatif cuma yang salahnya apabila kita membiarkan perkara negatif itu tadi menguasai diri kita sendiri.

Kisah ini berdasarkan pemerhatian terhadap seorang wanita tua sewaktu membeli burger. Jika ada kelapangan barulah kisah ini akan bersambung...

Sekian....

Rabu, 24 Februari 2010

Apa Aku Nak Tulis?

Sebelum tu gua nak ucap terima kasih banyak - banyaklah sebab ekau semua sudi lagi berkunjung dekat blog gua.
Ada yang komen kenapa gua dah tak jenguk blog ekau dan sebagainya. Jangan risau maaa. Nanti kalau rumah sewa gua sudah pasang sumber internet gua blogwalking blog ekau semua.
Sekarang memang tak ada tempat nak online. Ini pun sebab tiba - tiba ada makmal komputer nih ada internet. Dapatlah online kejap.
Huhuhu. Gua rindu nak blogwalking sebenarnya. Gua nak tahu kisah - kisah menarik ekau semua tapi nak buat macam mana. Tak berkesempatan. Nanti ada peluang gua lawat blog ekau semua.
Thanks doakan gua boleh jawab midterm tadi. Alhamdulillah, gua boleh jawab tapi tak tahu betul ker tak.
Nanti jumpa algi.
Assalammualaikum.

Isnin, 22 Februari 2010

Tidak Ada Sumber Internet Mahu Update

Yeah, gua sudah sampai Ke Shah Alam semalam menaiki bas 2 tingkat. 1st time naik. Hahaha.

Budak perempuan tepi gua tersadung waktu nak duduk dekat seat dia. Tapu, dia yang ketawa. Gua punyalah tahan ketawa taknak dia malu.

Lepas tu makan char kuew teow dengan member gua. Thanks sebab tolong jemput gua dari stesen bas seksyen 17 tu.

Sumber internet tiada. Streamyx belum dipasang. Nih gua guna broadband budak rumah gua kejap. Jadi, gua memang jarang update la lepas nih.

Duit pun tak ada. So, memang berpuasa maggi dengan nasi putih jer lah gua 2 minggu nih agaknya.

Midterm rabu nih. Sepatah haram pun tak baca lagi. Mungkin malam nih baru mula buka buku. Buka sahajalah. Baca belum tentu.

Kerja semakin banyak. Gua nak chow dulu. Thanks semua. Nanti kalau gua kaya gua pergi CC untuk update. Chow.

P/S : Doakan Kejayaan Aku.

Sila Check Link Ada Di List - List Yang Saya Letak Itu

Entry Publish Auto

Siapa - Siapa yang saya masih belum link kan atau tersalah link.

Mana tahu yang perempuan di link lelaki dan sebaliknya ker kan..sila bagitahu...letak kan link anda di komen ini.

Sekian!

Ahad, 21 Februari 2010

Terima Kasih Semua...Jumpa Lagi!!

Waktu entry ini di publish Auto, gua sudah berada di dalam bas menuju Shah Alam.

Owh, Gua Sangat Malas Mahu Balik Shah Alam!!!

Gua Hari Tu Bawa Balik Banyak Buku. Waktu Tu Semangat Gua Berkobar - Kobar Nak Buat Kerja. Aliha - Alih Balik Rumah Gua Ada Streamyx Plak. Memang gua hanya buat kerja - kerja yang penting jer lah.

Kerana kelajuan Streamyx jugalah traffic blog gua tak berhenti - henti meningkat. Gembira pun ada. Maklumlah. Gua blogger baru kan. Terima kasihlah pada semua yer.

Selepas nih gua memang tak sempat nak blogwalking macam nih dah. Mungkin bulan 5 nanti la pula gua rajin blogwalking sebab tengah cutikan. Apa - apapun doakan kejayaan gua. Assalammualaikum!

P/S : Asal Bila Cuti Jer Mesti Rasa Cepat Jer Habis???

P/S : Jika Saya Ada Salah Silap Pada Kamu Semua, Maafkanlah Saya!

P/S : Jangan Lupa Add Facebook Dan Twitter Saya. Mencapap Plak Nampaknya Disini. Hahaha.

P/S : Jangan Lupa Click Nuff Saya..

P/S LAGI : Ada Siapa - Siapa Nak Tempah Iklan? Sila Email Saya Yer. Hehehe.

Lagi - Lagi Pesanan : Tak Ada Dah..Takut Korang Bakar Laptop Atau Pc Plak Kalau Banyak Sangat Pesanan. Hahahahaha.

Sabtu, 20 Februari 2010

Rindu Mak Abah Dan Keluarga...Rindu Bumi Alor Setar...Serius Saya Rindu Kamu Semua....


Gua Chow Dulu....


Doakan Kebahagiaan Dan Kejayaan Gua Di Sana.....

Assalammualaikum!!

Jangan Cakap Aku Jiwang....Aku Hanya Bernostalgia

1) Teringin mahu pergi pasar waktu pagi macam dulu. Seronok tengok orang menjerit - jerit,"Ikannnnnn....Ikannn...Murah - murahhhhhhh".

2) Teringinnya mahu berbual dengan kawan lepas baca Yassin malam Jumaat dekat luar masjid. Seronoknya bertenggek tepi dinding.

3) Seronoknya berkejar - kejar makan nasi dekat kedai makcik tepi Super Store Taman Badlishah tu. Siap lepas makan angkat pinggan bawa ke dapur lagi. Sebab tu selalu dapat makanan lebih.

4) Gembiranya main kejar - kejar dengan Polis Tangkap Pencuri dekat taman permainan dekat rumah lama. Siapa kata budak gemuk tak suka bersukan. Hahaha.

5) Bangganya dapat pakai baju hujan warna hitam sewaktu balik dari sekolah petang sewaktu hujan lebat. Rasa macam artis plak waktu tu.

6) Indahnya makan beramai - ramai waktu rehat bawah pondok. Semua makanan dapat rasa. Mana tak gemuk.

7) Beraninya mampu baca doa depan budak - budak waktu perhimpunan pagi dulu. Yang bestnya walau depan ramai orang tapi taklah terketar - ketar macam kena parkinson sewaktu presentation seperti sekarang.

8) Terkejut pemadam yang mahu dibaling kepada kepala seorang murid perempuan melompat ke meja cikgu yang sedang bercakap dan hampir kena mukanya. Kena maki 5 minit. Haha.

9) Rasa tak sedar diri apabila mengutuk cikgu Muzik seorang wanita yang gemuk sedangkan diri sendiri pun gemuk juga. Mungkin cermin yang aku tengok dulu nampak muka jer kut. Hahaha.

10) Rindunya nak naik basikal pergi kesana dan kesini macam dulu - dulu dan boleh main lumba - lumba dengan budak - budak dekat rumah. Masa dapat basikal dulu seperti dapat motosikal. Sangat rasa gembira. Satu daerah aku keliling dengan basikal.

11) Mana pergi anjing - anjing yang garang yang suka menakutkan, mengikut atau mengejar aku? Adakah sudah menjadi mendiang?

12) Teringin mahu berutus surat dengan kekasih lama. Hahaha. Macam nak gila setiap hari Sabtu sanggup tunggu posmen berhenti depan rumah. Jika berhenti pasti terukir senyuman sentiasa tetapi jika posmen terlajak ke rumah sebelah pasti muka mencuka.


13) Kerana penangan cekodok pisang mak aku tadi buat aku bernostalgia tiba - tiba tentang kisah lampau.

Aku rindu semua itu cuma sayang Doraemon tidak wujud. Jika tidak sudah lama aku kembali ke masa lampau menggunakan mesin pengimbas masa.

Tetapi, jika Doraemon wujud mungkin aku tidak menghargai semua perkara di atas kerana aku boleh mengulanginya pada bila - bila masa yang aku mahu.

Pengalaman itu sangat berharga dan tidak ada sesiapa yang boleh membeli pengalaman kerana pengalaman ini hanya untuk dirasai dan bukan untuk dibeli.

P/S : Hargailah Pengalaman Anda Kerana Bukan Semua Orang Bertuah Mempunyai Pengalaman Yang Sama Seperti Yang Anda Miliki.

Info Hari Ini -> Macam - Macam Ada

Selepas membaca KOSMO sebentar tadi mari kita lihat berita - berita menarik :-

1) Lelaki berumur 23 tahun tewas di tangan lelaki berumur 63 tahun. Waraskah?

2) Tuntutan saman 1 juta terhadap Mawi digugurkan. Selamat Mawi.

3) Lagi gadis Malaysia menyesal mengikut lelaki Lombok. Bila susah baru teringat mak ayah!

4) Lagi - lagi skandal pemain Golf si Tiger Woods dan pemain bola sepak Chelsea, Ashley Cole.

5) Perdana Menter Malaysia terharu sambutan rakyat terhadap Facebook beliau. Adakah ini berita penting yang berguna untuk pembaca?

Fuh, seronok baca Kosmo tadi. Adoi, pasal film Tamil semalam pula memang bestlah gua cakap sama lu. Cuma RTM potong banyak gila scene - scene filem nih. Bayangkan cerita Tamil yang selalunya 3 jam lebih boleh jadi 2 jam jer. Itu tak campur dengan tolak masa iklan lagi. Adoi, potong stim betul. Cerita dia macam Sivaji The Boss la tapi dua - dua ada kelainan masing - masing.

Siapa - siapa yang cakap film Tamil lebih best dari Bollywood, aku rasa betul. Film Tamil nih jalan cerita dia best sikit. Siapa cakap heroin dia tak lawa? Semalam putih melepak plak heroin dia. Dari keturunan Kapoor plak. Memang cun habis. Aku rasa heroin dia sedara Karisma Kapoor rasa - rasanya.

Tadi baru dapat surat pasal konvokesyen diploma. Wah, duit lagi nak pakai. RM440 pula. Adoi, sebab tu aku gigih buat iklan dekat atas nih. Hahaha. Aku tak tahulah siapa yang nak iklankan produk diorang. Ada ker tak pun tak tahu. Aku budget blog aku macam Hanis Zalikha la plak kan. Tak apalah. Asal nama sama sikit - sikit pun kira okay lah tu.

Hari ini aku tak ada selera makan. Kenapa? Mungkin sebab esok nak balik Shah Alam dah kut. Tak puas cuti. Tak puas berblog dengan selesa. Adoi. Okaylah. Malam nih mungkin update lagi satu entry kalau ada masa. Assalammualaikum.

P/S : Makan Cekodok Petang Nih. Cekodok Pisang. Yeyeye!!

Jumaat, 19 Februari 2010

Masa Untuk Menonton Filem Tamil Di TV2 Di Kala Midnight Nih

Seronok blogwalking tadi. Banyak blog aku dah jelajah. Lepas nih memang aku tak dapat buat benda yang menyeronokkan nih lagi.

Apa - apapun, aku nak tengok film Tamil dekat TV2 kejap lagi. Sedutan iklannya nampak menarik dan memukau.

Selamat menonton kepada aku dan kepada awak, kamu, kau, kome, mung dan sebagainya itu...selamat bermimpi!!

Assalammualaikum!!

P/S : Sebelum Tidur Basuh Kaki Yer!! Kang Mimpi Jumpa Ju On Plak. Hahahaha!

Nama Dan Gincu

Dah macam tajuk film Gol Dan Gincu pula tajuk di atas. Sejak ada seorang blogger nih buat lawak pasal gincu menggunakan nama gua sebagai watak utamanya jadi secara tidak langsung mengingatkan gua pasal kisah silam.

Masa gua kecik - kecik. Gua sangat Kurus GEMUKK. Gemuk pun tak macam gua. Sudahlah gemuk...selekeh,skema dan senang cakap memang teruklah gua waktu kanak - kanak sugus dulu. Sebab gemuk mungkin gua lebih suka makan ayam saja. Sayur susah gua nak sentuh. Jadinya, bila gua duduk dekat asrama bermula tingkatan satu, gua mengalami banyak peristiwa berkaitan dengan gincu.

Cikgu A : Eh, asal kamu nih pucat jer? Demam ker?

Cikgu B : Nih, kenapa asyik tidur dalam kelas nih?? Eh, kamu demam ker?

Cikgu C : Saya tengok kamu macam tak sihat jer. Pergilah tidur dekat bilik sakit.

Cikgu D : Kamu nak pergi klinik? Owh, kamu demam rupanya. Pergilah. Saya izinkan.

MUAHAHAHAHAHHA!!! Ini disebabkan mulut gua memang jenis cepat pucat. Tanpa gua sedar ia akan menjadi putih jika gua kekurangan atau kurang minum air. Putih yang pucat macam orang nak demam. Jadi, kalau gua nak ponteng kelas memang gua selalu pergi klinik tetapi sebenarnya gua pergi pekena ABC. Nak pula Kedah nih selalu panas. Memang nikmat hidup gua masa tu. Tak sangka budak skema macam gua waktu tu boleh buat benda macam nih. Hahahaha.


Sekarang bibir gua dah jarang pucat tetapi ada sekali tu tak silap dua minggu lepas masa nak masuk kelas waktu gua jalan - jalan dekat koridor tu tiba - tiba ramai pandang gua. Gua dah cuak dah. Zip seluar terbuka ker? Kena tahi burung ker dekat baju? Ada hantu Mak Lampir ker belakang gua? Rupa - rupanya bila gua tengok muka gua dekat cermin tandas, bibir gua pucat nak mampus. Hahaha.

Gua pernah pakai gincu yang gua rembat dari member perempuan gua, pakai vaseline lah Lipas Lipice lah untuk kasi bibir gua menawan dan ceria tetapi mesti ada kesan - kesan di kemudian hari. Jadi, gua terpaksa biar jer lah kalau kering. Banyakkan makan sayur dan minum air. Adoi!!!!

Itulah kisahnya!!! Pasal nama? Nantilah gua sambung sebab dah panjang dah entry nih. Chow!!

P/S : Esok Gua Update Lagi 2 Entry Sebelum Pulang Ker Shah Alam.

Cuti Gua Sudah Mahu Sampai Ke Penamatnya!

Selepas ini kalau gua online pun gua hanya mampu update entry sajalah. Kalau nak blogwalking tu memang susah sebab internet tak laju ditambah dengan kesibukan gua selepas ini yang memang sibuk.

Jadi, memang traffic blog nih aku jatuh menjunam punyalah. Hahaha. Blog gua lepas nih kalau terupdate pun mungkin sebab gua dah siapkan siap - siap entry - entry dan set auto publish jer. Jadi, kepada semua blogger jangan merajuk pula kalau nampak blog gua terupdate tapi tak nampak gua singgah blog lu plak kan.

Apa - apapun, cuti - cuti nih blog gua sangatlah banyak orang datang. Rasa macam nak jadikan blogger sebagai pekerjaan tetap plak. Budget jadi blogger gaji RM5 Juta la plak kan. Hahaha.

Okaylah..nanti gua ada idea gua update yer. Nak blogwalking kejap. Thanks semua atas sokongan anda.

P/S : Fuh, Berpinar Mata Aku Terjah Semua Blog. Hahaha.

Kenapa Engkau Selalu Dengki Dengan Aku? Apa Salah Aku Pada Kau?

Aku peliklah. Aku selalu jer pergi buang duit dekat company dia semata - mata nak tengok wayang. Bukannya sekali dua jer aku pergi. Dah berkali - kali aku pergi tempat yang sama. Aku dah simpan duit dari bulan 1 hari tu semata - mata nak tengok film yang aku berlakon suka nih.



Tambah - tambah filem ini arahan pengarah Karan Johar pula. Dah tu pasangan aku si Kajol pula berganding dengan aku Dato SRK pula. Memang filem yang aku nantikan.

Tetapi, yang buat aku tak puas hati dekat Big Cinemas nih adalah sebab apa mereka tak menayangkan filem ini dekat Alor Setar tetapi di tayangkan di Kulim? Kenapa kami wayang disini dianaktirikan. Kecewa betul lah aku. Ini macam terpaksalah beli DVD. Haih.

Aku sangat dengki dengan sesiapa yang dah tengok. Macam mana lakonan Aku Dato Srk? Mantap tak? Aku nak tengok macam mana dia boleh jumpa Barrack Obama dalam tu. Haih....benci Big Cinemas !!!!!!

P/S : Tak Dapat Tengok Aku Dato Shah Rukh Khan Berlakon.

P/S : Twitter Aku Dah Ada 5 Orang. Hahaha.

P/S : Lawak Aku Baca Poll Nuffnag Aku Nih. Kehkehkeh.

Khamis, 18 Februari 2010

Aku Dah Twitter...Mari Tweet Tweet Tweety...

Aku tak tau apa guna dia pun.

Dah ramai sangat suruh aku buat.

Aku Buat jer lah.

Hahahha.

Twitter ada dekat sebelah kiri blog nih bawah muka buku.

Apa - apapun aku tak faham lagi fungsi dia.

P/S : Nantilah Aku Blogwalking. Nak Menghabiskan Masa Bersama Keluarga.



Apabila Hari Tersangat Panas, Otak Aku Tersangat Blur...

Aku tadi nak pergi print borang PTPTN. Jadi, aku pun bersiap - siaplah. Aku pun membawa motosikal dengan berhemahnya ke BSN nak mengeluarkan duit. Cadangnya aku nak bank in balik duit Sis Hanie yang termasukkan duit lebih waktu aku menang contest Top Commentar dekat blog dia tu dan cadangnya nak beli buku Lagej yang selalu bloggers dok baca sekarang nih.

Sesampainya di depat ATM BSN tu, aku pun seluklah poket aku. Adoi! Macam mana boleh lupa bawa????? Sakit jiwa betullah. Sudahlah bumi Aloq Staq nih suhu dah 41 darjah celcius. Terbakar kulit aku yang 'putih' nih. Bertambah putihlah jawabnya. Patah balik pergi rumah. Mak dengan abah aku pandang aku pelik jer lah sebab aku masuk sekejap dan keluar balik.

Lepas tu pergi pula ATM BSN tu lagi sekali. Lepas dah cucuk duit terus pergi CIMB nak bank in kan duit. Tiba - tiba baru terfikir aku cucuk RM70. Duit Sis Hanis Rm30. Owh, RM20 tu boleh cucuk sekarang nak beli buku Lagej. Aku carilah akaun bank blogger Kejora. Haram tak jumpa pula. Macam mana boleh hilang dalam hp nih? Mesej - mesej simpanan aku semua hilang. Buang masa lagi di situ.

Aku pun menujulah cyber cafe berdekatan nak print. Mak aku suruh photostat satu resipi nih. Aku pun photostatlah. Tak kisahlah. Pergi CIMB balik sebab dah ada duit kecil. So, dapatlah bank in balik RM30 tu pada blogger sis hanie. Aman hidup aku tak ada hutang dah. Lepas tu balik rumah. Aku semak balik kertas photostat tu tak adalah pula salinan untuk resipi yang mak aku suruh photostat tu. Haih, dah nak kena pergi balik.

Hari yang panas sangat membuatkan otak aku blur sebab dah tak mampu nak fikir atau ingatkan sesuatu. Aku tengok pokok banyak jer dekat bumi Alor Setar nih tapi masih panas juga. Hurm, bila nak hujan nih?

P/S : Tengah Menuju Ke Kedai Photostat.

P/S : Jawab Poll Nuff Aku Weih...Baru Aku Tahu Macam Mana Nak Kasi Poll Keluar..Hahaha...Otak Aku Memang Blur...Pasal Colour Pink? Aku Tak Tahu..Dah Memang Colour Tu Yang Keluar..Hahaha.

Apabila Lelaki Gila Seks Menggoda Aku?

Letih gila dari tengahari sampai ke malam asyik menghadap laptop jer membuat assignment. Sudahlah mengantuk dan bertambah - tambah mengantuk lagi selepas menelan sesudu besar ubat batuk. Nasiblah banyak rakan - rakan membantu terutama salah seorang member baik gua iaitu Diva Pikah . Dia sekarang tengah gila contest so kalau korang ada tahu mana - mana contest boleh bagitahu dia secepat mungkin. Kalau korang rajin selalu - selalulah singgah dekat blog dia nih. Blog dia sangat cantik dan entry dia pun menarik juga. Silalah melawat blog dia yer.

Berbalik kepada tajuk sebenar di atas, sewaktu aku tengah pening fikir idea nak buat soalan - soalan yang bakal di tanya kepada budak - budak Uitm tiba - tiba YM aku berbunyi. Adoi!! Siapakah ini? Adalah seorang makhluk nih berlatar belakang gambar kala jengking(KJ) menegur aku.

Bro KJ : Hai, adik! Apa khabar? Rindu abang tak? Abang rindu adiklah.

Aku : Eh, abang saya tak ada YM. Nih saper?

Bro KJ : Alah, takkan tak kenal abang kut. Hari itu kan kita ada chat.

Aku : Erk? Bila?

Bro KJ : Baru dua hari lepas?

Aku : Mana ada saya main YM pun. Dah berbulan - bulan saya tak masuk channel YM. Dah bosan.

Bro KJ : Alah, malu - malu kucing pula. Nih abang dekat sebelah rumah U nih.

Aku : Sebelah rumah saya tak ada orang. Rumah dia tengah renovate.

Bro KJ : Abang dekat sebelah nih. Pergilah tengok.

Aku : Dah tengok. Tak ada orang pun.(gila apa aku nak pergi tengok)

Bro KJ : Sedaplah nasi lemak U.

Aku : Nasi lemak? Owh, itu memang gambar YM aku letak dari dulu lagi.(gambar YM aku ialah nasi lemak)

Bro KJ : Amboi! Garangnya cik adik. Tak rindu dekat abang ker?

Aku : Bro..nak rindu apanya.Aku laki kut. Takkan ko rindu aku plak?

Bro KJ : Eh, takkan lelaki pula. Kan kita baru chat hari itu. Tak ngaku plak U nih perempuan.

Aku : Aku lakilah bro. Adoi..nak tipu buat apanya?

Bro KJ : Eh, kau lelaki ke?

Aku : Ialah..sudah sudah...aku banyak kerja lagi nak buat. Tak ada apa - apa lagi kan?

Bro KJ : Eh, betul ker?

Aku : Ya Allah....Aku lakilah pakcik. LELAKI! Faham bahasa tak?

Bro KJ : Hurm.......

Aku pun mendiamkan diri. Kemudian YM aku dibuzz banyak kali. Akhirnya, tanpa segan silunya aku menekan tetikus ke arah perkataan SPAM.

Muahahahaha!

Padan muka kau!!

Degil!!

Apa kejadahnya aku nak ber YM dengan kau wahai si Kala Jengking?


P/S : Tak Tahu Nak Post Entry Apa...Nasib Si Kala Jengking Membuzz YM Aku. Ada Juga Cerita Untuk Hari Ini. Hahaha.

Rabu, 17 Februari 2010

Fuh, Bila Assignment Nih Nak Siap?

1) Baru siapkan setengah. Itupun belum tentu betul ker tak. Ada sesiapa yang nak tolong buatkan assignment saya? Saya belanja makan prosperity burger 2 kali. Mahu?

2) Baru call P.A Datin yang berkuasa di akademi bahasa untuk menempah hari untuk menemuduga beliau. Berani pula aku hari ini call orang. Selalu takut - takut jer. Nasib P.A beliau baik. Minta - minta hal ni dapat di settlekan minggu depan.

3) Aku tak suka melukis tiba - tiba dapat pula assignment yang memerlukan aku lukis. Sesiapa mahu buat flip book aku? Lukis kasi cantik - cantik dan bila gerakkan memo pad tu nampak kartun tu bergerak. Jika mahu aku belanja kamu makan kfc. Mahu?

P/S : Gambate Gambate....U Can Do It..Kasi Sokongan Pada Diri Sendiri.

Doakan Kejayaan Aku...Aku Tension...

Aku tak tahulah aku mampu siapkan tak assignment nih. Ada satu assignment yang aku tak suka dan sangat sukar bagi aku iaitu com research. Aku dah tak faham apa yang benda nih nak sebenarnya.

Aku cuba buat hari ini dan nampaknya aku tak sempatlah nak blogwalking. Nanti kalau dah siap atau aku bercadang nak tunda buat esok atau aku give up sekejap buat assignment aku blogwalking kembali.

Doakan aku mampu selesaikan semua assignment tu. Tengah tension sekarang.

P/S : Entry Publish Auto! Dah Tahu Dah Tension! Sekarang Tengah Buat Kerja Yang Berlambak Tu!!!

Selasa, 16 Februari 2010

Kau Mahu Gadis/Jejaka Yang Cantik/Kacak/Baik/Pandai/Sopan Tetapi Kau Pula???

Perempuan A
Nama : Salmah
Nama Panggilan : Sally Taylor
Tahap Pendidikan : PMR
Pekerjaan : Penjual Goreng Pisang
Pakaian : Seksi - Seksa
Hobi : Clubbing
Ciri - Ciri Lelaki Idaman :
I mahu lelaki yang bijak..kalau boleh yang kaya. Lepas tu lelaki yang beriman yang boleh bimbing I ke jalan yang betul.

Perempuan B
Nama : Fatimah
Nama Panggilan : Mariah Carey
Tahap Pendidikan : Diploma
Pekerjaan : Kerani
Hobi : Mengumpul Teman Lelaki Sebanyak Mungkin
Pakaian : Bertudung Litup
Ciri - Ciri Lelaki Idaman :
I mahu lelaki yang soleh yang boleh menerima diri I seadanya. Yang memahami diri I dan yang penting dia cintakan I sepenuh hati tanpa pandang perempuan lain.

Lelaki A
Nama : Samad
Nama Panggilan : Rodrigoz Albert
Tahap Pendidikan : SPM
Pekerjaan : Kaki Pukul @ Ah Long
Hobi : Belasah Orang
Pakaian : Iras Ahli Kongsi Gelap
Ciri - Ciri Wanita Idaman :
Gua mahu wanita yang lemah lembut budi pekerti. Kalau boleh mahu yang sopan santun dan amat menyayangi diri gua.

Lelaki B
Nama : Taha
Nama Panggilan : Tony Williams
Tahap Pendidikan : Ijazah
Pekerjaan : Pemandu Peribadi Dato Z
Hobi : Lepak Kedai Mamak
Pakaian : Baju Kemeja Putih Berseluar Slack Hitam
Ciri - Ciri Wanita Idaman :
Saya suka tengok muka artis yang cun melecun macam Fazura, Tiz Zakiah dan lain - lain tu. Saya harap wanita yang bakal saya kahwini nanti macam merekalah. Senang cakap taste saya mesti macam artis.


Maaf terlalu banyak sangat sample seperti di atas. Aku tertarik kerana ramai sangat menulis tentang lelaki atau wanita idaman mereka. Bagi aku tak salah kalau berangan - angan tetapi jika kau serius mahukan lelaki atau wanita seperti yang kau dambakan maka kau kena lihat diri kau sendiri terlebih dahulu.

Seperti Perempuan A, dia mahukan lelaki yang beriman dan boleh membimbingnya ke jalan yang betul. Jika dia mahukan lelaki seperti itu maka perlulah dia sendiri berusaha membawa diri sendiri ke jalan yang betul. Islam sendiri ada menyatakan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

Seperti Perempuan B, dia mahukan lelaki yang setia padanya seorang tetapi dia sendiri pun tidak setia. Jadi, tidak hairanlah jika teman lelakinya pun mungkin 2 x 5 sepertinya.

Seperti Lelaki A pula, dia mahukan wanita yang lemah lembut dan sopan santun sedangkan dia seorang yang sangat panas baran. Wanita mana yang mahu tersangkut dengan dia?

Seperti Lelaki B pula, dia mahukan wanita yang seperti artis sedangkan dia hanya pemandu. Jika difikirkan tahap kelayakan memanglah antara langit dan bumi sebenarnya.

Tidak salah mahu berangan - angan kerana hakikatnya memang jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi jika kau mahu gadis atau jejaka seperti yang kau impikan silalah mengajar diri anda berubah kepada lebih baik terlebih dahulu. Insyallah, jika anda seorang yang baik dan mahukan pasangan anda juga baik mungkin hajat anda akan termakbul.

P/S : Rimas Dengan Wanita Yang Berkata Mahukan Lelaki Yang Beriman Yang Boleh Menghafaz Semua Juzuk Al-Quran Sedangkan Si Wanita Masih Tergagap - Gagap Membaca Surah Al-Fatihah.

P/S : Rimas Juga Dengan Lelaki Yang Tak Habis - Habis Berbangga Dengan Kisah Mereka Bersama Bekas - Bekas Teman Wanita Mereka. Tidak Perlu Heboh Satu Dunia Sebenarnya Sebab Ada Lebih Ramai Kasanova Yang Hebat Berbanding Kalian.

Jika Kau Tidak Faham...Aku Juga Tidak Faham

Kadang - kadang aku terfikir kenapa aku perlu belajar sesuatu benda yang mungkin kadang - kadang tidak bersangkut paut langsung dengan kerjaya yang bakal aku pilih. Kenapa perlunya aku belajar semua ini sedangkan aku sedar aku takkan menggunakan apa yang aku belajar nanti di masa akan datang.

Kadang - kadang aku tertanya adakah aku belajar untuk mencapai sasaran iaitu mencapai pointer yang tertinggi atau aku sedang belajar bagaimana cara untuk kekal dan menghabiskan pelajaran aku di peringkat ijazah ini sehingga tamat. Kerana bagi aku kadang - kadang manusia di dalam dunia ini memilih bulu atau bersikap berat sebelah. Kadang - kadang mereka menilai manusia lain melalui bodekan atau kata - kata manis dan bukannya berdasarkan hasil kerja.

Jadi, apa gunanya hasil kerja kau yang mungkin bagus jika perkara yang sepatutnya di pandang atau dinilai itu di tolak ketepi? Mungkin aku hanya perlu memikirkan bagaimana cara untuk kekal di dalam dunia persaingan ini atau mengikut rentak mereka? Jika ke kanan maka ke kanan lah aku dan begitulah sebaliknya?

Namun, aku sedar aku tidak mampu mengikut rentak mereka kerana aku tidak mampu berlakon seperti itu. Yakinlah untuk menjadi diri sendiri.

P/S : Sasteranya Ayat Gua. Hahaha.

P/S : Duit Nuff Minggu Ini 0 Sen. Hahaha. Kesian Aku.

Rindu Sama Assistant Baru Aku

Apabila malas membuang kulit buah limau maka aku akan serahkan tugas itu pada assistant baru aku.

Apabila rasa kepala pening atau mahukan sedikit urutan kepala, aku tidak perlu ker SPA kerana assistant baru aku mampu melaksanakan tugasnya.

Apabila rasa dahaga, aku boleh arahkan assistant baru aku mengambil air di dalam peti sejuk.

Apabila rasa bosan, aku boleh terhibur dengan gurau senda assistant baru aku.

Apabila rasa mahu membuli, aku juga boleh membuli assistant aku.

Kenapa cuti begitu mencemburui kita?

Aku akan rindukan assistant baru @ 2 orang anak buah aku.

P/S : Tunggu Cuti Semester Lah Plak Kalau Nak Jumpa.

Isnin, 15 Februari 2010

Kan Bagus Kalau Pakcik Buka Tingkap Tu...

Kisah nih terjadi pada tahun lepas sewaktu aku di semester akhir diploma. Waktu itu aku dan 2 orang ahli kumpulan bergegas menaiki teksi pergi ke Media Prima untuk berjumpa dengan orang - orang yang terlibat di sebalik Buletin Utama.

Kami bertiga menaiki teksi yang di bawa oleh seorang lelaki melayu berusia di dalam lingkungan 40-an. Harga teksi agak mahal jika dibandingkan dengan teksi yang kami naiki sebelum ini tetapi kerana mengejar masa maka kami tiada pilihan. Tidak kisahlah jika terpaksa membayar lebih namun masa perjumpaan harus ditepati untuk menjaga imej diri sendiri juga.

Aku berada di bahagian depan bersebelahan dengan pemandu teksi tersebut manakala dua orang rakan perempuan aku berada di belakang. Sewaktu di dalam teksi, aku merasakan seperti sedang dibakar hidup - hidup. Penghawa dingin yang dibuka langsung tidak terasa oleh kulitku yang halus mulus seperti bayi ini. Dengan berkemeja membuatkan aku kurang selesa. Aku melihat rakan - rakanku dibelakang melalui cermin sisi dan kelihatan mereka juga menghadapi kepanasan yang melampau.

Pakcik Teksi : Haih, baru hantar pergi mekanik hari tu. Benda nih buat pula.(sambil mengetuk - ngetuk)

Aku : .......(ialah tu kau baru hantar)

Pakcik Teksi : Pelik - pelik. Diorang nih buat kerja apa nih. Bukannya murah. Minggu lepas dah kasi RM100. Minggu nih rosak pula.

Aku : .......(dah lah pakcik...dah memang lama rosak dah nih...berlakon pulak kau)

Kereta dibawa terus menuju ke Media Prima. Aku ternanti - nanti bila pakcik teksi nih mahu membuka tingkap. Sehinggalah kami bertiga tiba di hadapan pagar bangunan Media Prima.

Aku : Wah, sejuknya dekat luar nih.

Pakcik Teksi : .....(tak ada perasaan)

Rakan - rakan aku juga mengeluh kepada aku tetapi apakan daya kerana masing - masing saling mengharapkan agar pakcik teksi membuka tingkap kereta untuk membenarkan angin masuk ke dalam menyejukkan kami bertiga. Atau mungkin pakcik teksi menanti kami bertiga menyuruh dia membuka tingkap?

Tidak perlu masuk Biggest Loser untuk kurus sebenarnya. Cuma peruntukkan 2 jam untuk naik kereta pakcik teksi tersebut. Mesti berat badan anda menyusut dengan lancar.

P/S : Dah Tahu Kereta Tu Rosak Ngaku Jer Lah...Kan Senang Pakcik Teksi!!

Perhatian : Sesiapa Yang Tahu Link Blog Cik Bun Bun Ker Apa Yang Anjurkan Contest Yang Hadiahnya Ialah Camera Tu....Sila Bagi Pada Saya...Member Saya Nak Join Contest Tu...Thanks!

Jangan Biar Kematian Kau Dicemuh Orang..Kasihanilah Ibu Bapa Kau!










Semalam waktu gua terjah blog Pawaka19 dan gua ternampak gambar - gambar nih. Jadi, gua cilok gambar - gambar nih dekat blog lu yer untuk entry gua pada hari ini. Maaf Encik Pawaka sebab dah cilok baru bagitahu. Hahaha.

Pertama kali gua tengok pic nih selepas habis membaca artikel berkenaan, mulut gua laju menyebut,"Nah,ambik kau! Padan muka. Biar kau rasa!!" Kadang - kadang terfikir kejam juga aku nih rupanya. Eh, aku memang kejam. Terlupa plak. Hahaha.

Sebenarnya, apabila kau mahu melakukan sesuatu perbuatan baiklah kau fikirkan dulu apa kesannya di kemudian hari. Jika kau tidak sayangkan diri kau seboleh - bolehnya kau ingatlah wajah kedua ibu bapa kau sebelum kau buat kerja - kerja bodoh seperti mencuri kabel telefon ini.

Orang menyumpah kau beratus - ratus kali sebenarnya sehinggalah nasib kau kurang baik sehingga menjadi rentung seperti ini. Yang malu akhirnya mak ayah kau. Mana mereka nak letak muka? Kau mahu lihat mak ayah kau membina pondok di hutan dan tinggal di sana kerana tak mampu menanggung kesalahan kau dan menghadapi masyarakat di luar sana? Kesalahan yang kau buat terpaksa ditanggung oleh mak ayah kau sepanjang hayat mereka.

Aku mengaku aku bukan insan sempurna sebab manusia memang tidak sempurna. Bak kata orang putih Nobody Perfect dan aku pun bukanlah baik sangat. Tetapi, kalau aku nak buat sesuatu perkara bodoh atau jahat sekali pun perkara pertama yang akan aku fikirkan ialah bukannya pasal diri aku tetapi pasal mak abah di rumah. Aku tak mahu mereka malu jika perkara yang aku buat nanti akan menjadi bahan tohmahan mulut - mulut orang lain.

Kita tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang ditambah pula jika perkara yang mereka katakan itu memang benar. Jadi, sebaik - baiknya berfikir dulu sebelum bertindak. Jangan diikut sangat nafsu atau kata hati yang lebih ke arah kejahatan atau kemaksiatan.

Okaylah, nikmatilah gambar di atas puas - puas dan cuba kau semua berfikir mahukah pemergian kau nanti di hina dan di cemuh seperti manusia di dalam gambar itu? Apa perasaan dan keadaan keluarga mereka sekarang? Derita menanggung malu atas perbuatan kau yang tidak bermoral?

Kasihani dan sayangilah keluarga anda tidak kira mereka masih ada mahupun telah lama pergi meninggalkan kita.


P/S : Minggu Ini Blog Ini Mungkin Akan Lebih Bersifat Kekeluargaan Barangkali.

Teringin Nak Tengok Teater....

Siapa - siapa blogger di sini yang suka tengok teater boleh tak ajak saya tengok nanti?

Tiba - tiba rasa teringin mahu menonton depan mata.

Mungkin selepas ini sibuk tetapi bulan 5 nanti mana tahu ada masa ker.

Siapa yang join gathering dekat Pulau mana entah bulan 5 nih? Ramai tak join?

P/S : Saja Nak Tahu

Ahad, 14 Februari 2010

Tidak Perlu Kau Mempersoal Atau Merasa Pelik

Pakcik Z(pemandu teksi) :
Cina yang raya tetapi Melayu juga yang ramai balik.

Mak Cik B(penjual buah) :
Haih, ramai betul orang balik tambah - tambah Melayu kita.

Kak J :
Benci betul aku jalan raya sesak nih...yang budak - budak nih pun semua raya diorang nak balik kampung. Benci betul.

Bro K :
Asal Melayu suka balik kampung waktu raya? Raya Cina pun diorang nak balik kampung juga ker?


Aku rasa tidak perlulah mempersoalkan kenapa ramai orang memilih untuk pulang ke kampung halaman masing - masing. Kalian sepatutya merasa bersyukur kerana manusia di Malaysia terutama remaja masih mempunyai sifat kasih sayang dan ingat mengingati keluarga masing - masing.

Mungkin ada yang balik hanya untuk bertemu dengan kekasih hati masing - masing sempena Valentine yang tak patut disambut tetapi masih ramai yang berhati murni mahu menemui keluarga tercinta di rumah mereka. Tidak perlulah sebenarnya mempersoalkan kenapa pelajar Melayu balik atau tidak sewaktu hari raya kaum - kaum lain.

Aku bertambah pelik dengan sikap sesetengah golongan peniaga terutama Melayu. Tidakkah mereka berasa beruntung kerana apabila ramai orang Melayu terutama pelajar yang kaya dengan duit pinjaman masing - masing berbelanja ke kedai mereka? Bukankah perniagaan mereka juga bertambah untung?

Cuba bayangkan suatu hari nanti, pada setiap hari raya tetapi jalan raya langsung tidak sesak atau sibuk tetapi apabila tibanya hari Valentine dan jalan raya sangat sibuk seperti sekarang. Aku rasa waktu itu adalah wajar untuk kau mempersoalkannya tetapi buat masa sekarang aku rasa baik kalian semua bersyukur kerana hati anak - anak muda masih ada pada ibu bapa mereka.

P/S : Persoalkan Benda Yang Wajar Adalah Lebih Baik Dari Membuang Masa Memikirkan Perkara Yang Tak Patut Difikirkan.

Perhatian : Sila Lihat Box Dekat Atas...Thanks Kepada Blogger Zack Zuhairi Atas Bantuan Anda...Hehehhee! Ramai - Ramailah Jadi Ahli Blog Nih...Yuran Penyertaan Adalah Percuma! (Lepas Beberapa Hari Aku Tukar Tempat Box Nih Letak Paling Bawah Sekali..Hahaha)

Luangkan Masa Dengan Keluarga

Sangat bahagia sebenarnya bercuti dirumah. Aku tak tahu apa perasaan manusia yang lain tapi aku sangat gembira berada dirumah.

Walaupun assignment banyak dan aku cuba - cuba buat lupa pasal benda tu tapi yang aku tahu aku enjoy jer cuti sekarang.

Aku harap korang semua hargailah keluarga korang. Banyakkan masa berbual - bual, bergurau senda dan apa - apa yang dapat merapatkan hubungan korang sekeluarga.

Selamat bergembira di samping yang tersayang.

P/S : Tunggu Naga Datang Depan Rumah Tapi Barisan Rumah Aku Tak Ada Orang Cina. Sedih Betul!!

P/S : Nuff Aku Dah Bangun Tu...Sila Buat Apa Yang Patut...Hahahha

Sabtu, 13 Februari 2010

Pengalaman Malam Raya Yang Mencabar...

Aku tak tahu sebab apa...walaupun batuk dan demam bergabung ditambah dengan penat akibat traffic jammed pagi tadi di lebuhraya utara selatan tapi aku rasa seronok sangat dapat balik dengan kereta bersama Piqah dan Amri.

Dengar diorang membebel - bebel dan macam - macam lagi. Lepas tu dari Kulim naik bas ke Alor Setar. Dah lama tak naik bas henti - henti nih. Rasa best giler.

Lepas tu balik rumah, semua orang ada pula. Seronok lagi. Kemudian ditambah pula dengan Streamyx yang baru dipasang. Sangat laju. Jakun sekejap. Seronok!! Walaupun baru telah 2 biji panadol tapi tak jadi tidur sebab nak menghargai streamyx.

So, sempena cuti sebelum aku mula membuat assignment bolehlah aku menjenguk semua blog.

Selamat bercuti.

P/S : Gembira!!!Thanks Piqah Dan Amri Dan Sesiapa Yang Terlibat!!!

P/S : Makan Buah Limau Tu Jangan Lupa Click Nuff Aku Yer!!!Hehehehe...

Jumaat, 12 Februari 2010

Chinese New Year Memang Untuk Chinese Jer Sebenarnya

Mengikut situasi aku sekarang aku memang redha dan tawakal dengan tajuk di atas. Sebabnya, assignment aku sangatlah berlambak - lambak. Istimewanya cuti kali ini ialah kau tidak perlu ke kelas dan boleh makan sedap - sedap. Owh, lagi satu kemungkinan mungkin tidak perlu berhadapan dengan nyamuk - nyamuk yang dahagakan darah lagi

Malam ini akan balik buat pertama kalinya menaiki kereta. Selalunya aku menyahut seruan kerajaan menggunakan pengangkutan awam yang selalu meragut banyak nyawa manusia iaitu bas. Doakan aku selamat sampai yer.

P/S : Selamat Bercuti Dan Menikmati Buah Limau Besar.

Review Film : The Wolfman Memang Mengejutkan...

Sebelum tu gua nak cakap cerita hantu semalam bukan pasal episod akhir Jangan Tegur tu sebab gua tak layan pun cerita tu. Dan cerita hantu tu gua taip waktu petang lepas pintu bilik gua bergerak ke depan dan ke belakang seolah - olah ada sesuatu yang cuba mengusik gua. Tu gua dapat idea untuk buat cerita hantu tiba - tiba tu. Hahaha.

Sebelum nih gua ada menonton film Legion tapi gua malas buat review sebab gua tak suka film tu. Tapi, bagi sesiapa yang ada belajar tentang Bible mereka mengatakan film itu best tapi bagi gua...tak apalah. Gua tak suka film tu. Gua sebenarnya batuk dan demam semalam tapi sebab gua nih kaki wayang so gua join jer pergi tengok. Waktu gua taip entry nih, gua masih demam dan ponteng kelas. Hahaha.



Film ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang pulang dari perantauan selepas mendapat khabar tentang kematian adik lelakinya. Dia pun pulanglah ke rumah dan melihat mayat adik lelakinya yang sangat teruk dikerjakan oleh sesuatu makhluk buas yang dipercayai beruang.
Tetapi, dalam waktu yang sama juga terdapat dua orang lagi lelaki yang mati dalam keadaan demikian.

Pada suatu malam, si lelaki ini pergi ke tempat tinggal puak gipsi dan berjumpa dengan pawang mereka menanyakan tentang siapa punya angkara sebenarnya. Sewaktu ini, ada serigala jadian datang menyerang dan si lelaki ini cuma menembak serigala itu tetapi beliau telah digigit di tengkuk.
Mengikut kepercayaan, lelaki ini akan berubah menjadi serigala apabila bulan purnama jika tidak dibunuh namun sebenarnya bukan lelaki ini sahaja yang akan berubah menjadi serigala kerana terdapat lagi seorang lagi yang juga bertukar menjadi serigala apabila bulan mengambang.
Banyak rahsia akan terbongkar apabila si lelaki ini mengetahui sesuatu rahsia daripada bapanya.

Nak tahu lebih lanjut? Pergilah menonton sendiri di pawagam berhampiran anda.
Kesan khas sewaktu si lelaki bertukar menjadi serigala agak mengagumkan bagi aku. Jalan ceritanya juga menarik sebab aku tak terasa sangat filem itu 1 jam lebih. Dan banyak scene yang buat aku terkejut dan tutup mata sebab aku dah lah demam dan tiba - tiba tersalah pilih seat pula duduk depan. Sound effect dia sangat mengejutkan. Hahaha.

Apa - apapun film ini menghiburkan dan tak rugilah tengok. Pada sesiapa yang tak tahu nak tengok film apa sempena tahun baru cina nih bolehlah memilih filem ini sebagai filem anda.
Daripada 5 bintang, gua kasi 3.95 bintang.

P/S : My Name Is Khan & Lighting Thief.....Nak Tengoklah Bila Balik Rumah Nanti.

Perhatian : Saya Dengan Ini Mengucapkan Berbanyak - Banyak Terima Kasih Kepada Pengundi Ataupun Yang Sekadar Menjenguk Sahaja Entry Saya Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal Tempoh Hari Pada Minggu Lepas. Alhamdulillah, Saya Menang Dua Kategori. Keputusan Top 5 Ranking Minggu Depan Tapi Saya Tak Target Apa - Apapun.

Khamis, 11 Februari 2010

Apabila Kau Sedar Kau Bukanlah Berseorangan...

Sewaktu kau berada di dalam rumah seorang diri sama ada di tinggalkan rakan - rakan atau keluarga ataupun memang kau mahu duduk seorang diri dirumah tiba - tiba terdengar bunyi aneh di bahagian dapur. Kedengaran bunyi air jatuh berguguran daripada sinki air di dapur. Jelas juga bunyi seperti orang sedang mengetuk - ngetuk garfu di pinggan.

Apabila kau melihat jam di dinding, waktu menunjukkan pukul 11 malam. Kau cuba mengingati hari apakah pada hari ini? Khamis!! Yeah, hari Khamis! Kau sekali lagi melihat jam di dinding. Tiba - tiba bulu roma kau mencanak naik serta merta. Kau berasa hembusan angin sayup - sayup merentasi di tepi telinga kau.

"Kenapakah suasana pada malam ini tidak seperti malam - malam yang lain?" kata kau sambil tertanya - tanya. Tiba - tiba kau terdengar bunyi televisyen dari luar bilik kau. Adakah rakan - rakan atau keluarga kau sudah pulang? Tidak pula kedengaran bunyi kereta mereka dari luar. Kau terus berlari keluar menuju ruang tamu. Tetapi, tidak ada sesiapun di situ. Televisyen juga tidak dibuka. Kau berasa pelik. Dari mana datangnya bunyi yang kau dengar tadi tetapi kau cuba mengendahkannya.

Kau menuju pula ke tandas untuk membuang air kecil serta memberus gigi. Sewaktu kau sedang memberus gigi, kau perasan ada satu bayang - bayang melintasi pintu bilik air kau yang tertutup rapi berulang kali. Wajah kau mula berubah. Kau sudah tidak seberani tadi. Perasaan ketakutan kembali menghantui kau.

Kau keluar dari tandas perlahan - lahan dan dengan sepantas kilat kau berlari ke bilik kau. Kau kembali ke meja yang menempatkan komputer kau dan cuba menenangkan hati dengan bermain game di laman masa kini iaitu facebook. Di hadapan meja kau ialah sebuah cermin besar yang menunjukkan pintu bilik kau yang sedang terbuka.

Tiba - tiba kau terlihat pintu bilik kau terbuka dan tertutup berulang - ulang kali seolah - olah ada orang yang cuba bermain - main dengan pintu itu. Kau sudah tidak mampu menahan perasaan takut lagi. Kau berlari mengunci pintu dan terus menutup lampu bilik. Kau berlari ke katil dan terus menyelubungi diri kau dengan selimut.

Kau lupa menutup komputer kau di atas meja. Tiba - tiba komputer kau berbunyi lagu - lagu berformat mp3. Kau makin terasa seramnya. Tiba - tiba lagu - lagu yang sedang berkumandang di dalam laptop kau berhenti. Kau berasa pelik. Kau cuba melihat apa yang berlaku disebalik selimut yang membaluti tubuh kau.

Tiba - tiba, pintu bilik kau diketuk bertalu - talu. Kau mula menangis sehinggalah kedengaran suara rakan atau keluarga kau yang menyuruh kau membuka pintu. Kau berasa gembira kerana akhirnya rakan - rakan atau keluarga kau telah pulang ke rumah. Jadi, kau tidak perlu berasa takut lagi untuk menghadapi suasana yang menyeramkan itu.

Kau membuka pintu dengan lajunya tetapi tiada orang pun di depan pintu itu. Muka engkau berubah. Tiba - tiba kedengaran suara sayu daripada belakang kau,"Awak cari saya kerrrr?Saya dekat belakang awak nihhhhh."

Kau berpaling ke belakang perlahan - lahan dan terus...........(lu fikirlah sendiri)

P/S : Sempena Malam Jumaat Marilah Kita Sama - Sama Menikmati Kisah Ini Sebagai Hiburan Di Kala Malam Yang Sunyi. Selamat Membaca Dan Terhibur. Amacam? Best Tak Kisah Nih? Hahaha.

Apabila Lelaki Berbual....

Perempuan memang tidak dapat lari dari bergosip sesama mereka. Itu boleh dikatakan lumrah jika tinggal di Malaysia. Memang bukan semua perempuan akan bergosip apabila duduk bersama mereka tetapi kebanyakkannya begitu.

Lelaki juga tidak terkecuali daripada berbual sesama mereka tetapi adakah lelaki juga bergosip? Sudah semestinya juga tetapi selalunya ada topik - topik tertentu yang dibicarakan. Antara yang selalu diborakkan ialah :-

1) Perempuan

Lelaki akan berbicarakan tentang perempuan. Dari segi apa? Daripada semua segi. Dari kecantikan rupa, kelunakan suara, kebesaran dada, penampilan, sikap dan sebagainya. Dari perbincangan ini, mereka dapat kenal dengan lebih mendalam tentang wanita yang mungkin mereka sukai tanpa disedari orang lain.

2) Sukan

Lelaki juga suka berbual tentang sukan terutama bola sepak. Kadang - kadang perkara yang kecil tentang bola sepak pun boleh menyebabkan pergaduhan besar antara mereka. Masing - masing akan menegakkan pegangan dan menekankan kelebihan dan kekuatan pasukan mereka. Walaupun, mereka bukannya pemain untuk kelab yang mereka minati tetapi mereka telah meletakkan sepenuh jiwa mereka kepada pasukan tersebut.

3) Gadget

Lelaki juga suka berbicara tentang gadget - gadget baru yang terdapat di pasaran sama ada dari jenis komputer atau pun telefon bimbit walaupun sedar mereka tidak mampu membelinya. Jadi, untuk mengetahui tentang gadget, software atau aplikasi yang paling baru adalah dinasihatkan bertanya kepada lelaki.

4) Filem

Lelaki juga suka berbincang dan menganalisis filem yang baru ditonton mereka bersama - sama. Selalunya, lelaki lebih cenderung untuk berfikir tentang apa mesej yang cuba disampaikan oleh filem itu berbanding wanita. Wanita selalunya hanya pergi untuk menonton. Jika lucu, mereka akan ketawa dan begitulah sebaliknya. Tetapi, kalau lelaki pula walaupun mereka ketawa tidak semestinya mereka suka dengan filem itu. Selalunya, lelaki akan berbicara tentang relevan atau tidak filem yang baru ditonton mereka.

5) Kenderaan

Lelaki juga suka berbicaran tentang kereta atau motosikal. Ini kerana wanita lebih suka menaiki pengangkutan awam kerana menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk menjaga alam sekitar. Mahu tidak mahu lelaki terpaksa berbicara tentang perkara ini dan secara tidak langsung mereka akan menambah ilmu pengetahuan dan untuk kesenangan di masa hadapan.

Itulah antara perkara yang selalunya dibualkan antara lelaki sesama lelaki. Ada banyak lagi tetapi malas pula nak taip.

P/S : Suara Gua Sangat Rock Hari Nih. Hahaha!

Rabu, 10 Februari 2010

Suara Tak Ada...Denggi?Esok Test..Malas Study...Kuiz Mandarin Senang..Full Mark!!

Esok test...aku malas nak study...suara aku makin hilang...tengah makan coklat cadbury....adoi.....macam manalah nak jawab test esok...tatata....

seronoknya sebab kuiz mandarin senang...
2 minit jer aku jawab...
betul semua....
yeyeye

P/S : Doakan Aku Mampu Menghadapi E-Test Esok

Tengah Study Mandarin

Doakan Aku Leh Jawab Test Mandarin Esok...

Amin...

P/S : Tengah Menghafal

Selasa, 9 Februari 2010

Ekspresi Muka. Macam Mana?

Aku menghadapi masalah dalam menunjukkan emosi sebenar dalam diri aku melalui beberapa situasi. Bukannya selalu terjadi tetapi kadang - kadang ia berlaku dalam waktu yang kerap.

Situasi 1 / Selamba

Human X : Relakslah weih! Takkan itu pun nak marah. Aku gurau jer lah.

Aku : Bila pula aku marah? Aku relaks jer kut.

Human X : Muka tension jer.

Aku : Erk?

Situasi 2 / Fokus

Human X : Semangat giler kau dalam kelas tadi.

Aku : Semangat?

Human X : Ialah. Fokus jer aku tengok kau tadi.

Aku : Aku berangan kut.

Human X : Iaker?

Aku : Adoi!

Situasi 3 / Marah

Human X : Hahahaha. Nasib kau relax jer kan. Selalu orang marah.

Aku : Bukankah aku tengah marah nih?

Human X : Eh, aku tengok macam biasa jer pun.

Aku : Ini tak nampak macam marah ker?

Human X : Mana ada. Kau nih buat lawak boleh.

Aku : Adess!!

Situasi 4 / Tak Buat Lawak

Human X : Hahaha. Kelakar lah ko nih kadang - kadang. Sakit perut aku ketawa.

Aku : Bila pula aku buat lawak?

Human X : Yang tadi tu apa?

Aku : Bila?

Human X : Tadi tu.....

Aku : Haihhhh!

Situasi 5 / Gurauan

Human X : Kau nih.....aku gurau jer maaa.

Aku : Aku pun gurau . Adess.

Human X : Yer ker?

Aku : Ialah.

Human X : Betul ker ko bergurau?

Aku : Sukati kau lah.

Situasi 6 / Takut

Human X : Weih, gila relaks jer kau kan buat benda nih. Berani betul.

Aku : Kau tak nampak ker muka aku takut?

Human X : Mana ada pun. Dan dan nak kata takut plak.

Aku : Adoi!!!

Situasi 7 / Cool

Human X : Hahaha..kawan - kawan. Jangan risau. Dia nih cool jer. Tengok! Dia tak melenting pun.

Aku : Muka aku tengah cool ker? ( dalam hati,"budak nih nak makan pinggan ker kuali?")

Human X : Yups.

Aku : Mak aih. Macam nih pun di kata cool.

Entah, kadang - kadang ekspresi muka kita tidak menunjukkan apa yang kita rasa. Mungkin kena memperbanyakkan latihan untuk menunjukkan riak wajah yang bertepatan dengan situasi yang sedang dihadapi.

P/S : Muka Senyum Tak Bermakna Sedang Gembira Dan Begitulah Sebaliknya.

Isnin, 8 Februari 2010

Lagi - Lagi Kisah Nyamuk....

Aku tahu nyamuk itu salah satu serangga ciptaan Allah. Allah cipta nyamuk yang makanannya ialah darah dan mesti ada sebab mengapa Allah ciptakan nyamuk menghisap darah. Cuma aku nak tahu adakah sekarang ialah musim nyamuk membiak dan menyerang manusia habis - habisan?

Petang tadi aku merajinkan diri mengemas dapur. Sedang seronok mengemas tu terasa kaki gatal - gatal. Ini sah kerja nyamuk tapi aku buat endah tak endah jer. Setakat menggoyangkan kaki sebagai isyarat menghalau nyamuk.

Tapi, makin lama makin gatal. Maka terkeluarlah sedikit carutan kepada makhluk bernama nyamuk :-

Aku : Babilah kau nyamuk. Siang - siang pun nak gigit aku ker?(tidak memandang bawah).

Aku : Haih, kau nih dah melampau sangat dah nih. Mati kau lepas nih!!(sambil memandang bawah)

Aku : Mak dato. Pasaipa banyak sangat menatang nih. Haram toi lah hang nyamuk. Babi babi!(ada 9 ekor nyamuk menyerang serentak kaki aku)

Lantas berlari mengambil penyembur racun serangga berjenama Shieldtox dan berseorangan menentang mereka yang ramai tu. Pantang nampak mereka terbang lantas ku hulurkan muncung penyembur racun itu dan aku semburkan kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, aku gunakan kaki aku untuk melenyek - lenyek mereka sehingga hancur. Betapa kejamnya aku terhadap nyamuk - nyamuk yang menyedut darah aku tadi.

Aku pelik minggu ini tiba - tiba sahaja keturunan nyamuk menjadikan rumah nih sebagai rumah kedua mereka. Sebulan sebelum ini tidak pula. Tolonglah nyamuk! Silalah berpindah ke rumah bangla di hadapan. Mereka ada 10 orang. Kami hanya ada 6 orang sahaja. Tolong!!

P/S : Tension!!

P/S : Thanks Pada Semua Yang Click Nuff Aku. Terharu Plak Rasanya.

Apabila Rakan Kelas Menulis Peristiwa Di Pagi Sabtu

Terkejut sebab setahu gua, rakan kelas gua nih selalunya dia jarang ambil kisah sangat pasal benda yang mungkin remeh - temeh bagi sesetengah orang.

Tetapi, pagi tu masa dengar ceramah pasal radio dan cara menyampaikannya memang gua perasan riak wajahnya berubah gara - gara satu sesi perkenalan seorang rakan kelas lain. Itupun selepas gua dan rakan gua di belakang berkeadaan sebegitu juga.

Entry gua sebelum ini berkenaan PANDANGAN PERTAMA YANG BAIK tu sebenarnya berkenaan hal pagi Sabtu tu. Ramai yang kata gua serius. Ada yang kata gua punya kisah. Ada yang kata gua kena kencing. Tetapi, gua diam jer. Gua malas nak cakap itu kisah gua ker tak.

Tapi, bila gua baca entry member gua tadi gua ketawa dan pada masa yang sama gua teringat balik semua tu sebab gua baru jer bercerita dengan rakan gua masa makan malam tadi. Dan dengan ini gua nak cakap entry itu sebenarnya gua tuju pada orang yang membuatkan ramai orang terasa hati selepas dengar apa yang dia kata.

Bagi gua memang kejujuran tu bagus tetapi kau kena fikirkan perasaan orang lain juga. Tidak perlulah kau kata kau masuk course yang kau belajar sekarang sebab result SPM kau teruk. Aku tahu result SPM aku bukanlah bagus mana. Tetapi, bukanlah sampai result aku tak ada A langsung. Memang kau cakap itu sebenarnya menuju pada diri kau tetapi cara kau melontarkan apa yang kau cakap itu salah. Kau kena ingat bukan semua orang sama macam kau. Sebagai contoh, jika kau pandai makan menggunakan garfu dan pisau, kau tidak boleh menganggap semua orang di sekeliling kau pandai menggunakan garfu dan pisau untuk makan. Mungkin ada yang hanya tahu menggunakan tangan atau chopstik sahaja sewaktu makan. Begitulah juga dengan keputusan SPM. Ada sahaja budak - budak di dalam kelas tu yang resultnya gempak - gempak.

Sebenarnya, kau dah salah menyusun ayat - ayat kau sehingga membuatkan kata - kata kau tu terkesan di hati orang lain. Kau sedar ramai orang tak sukakan kau. Macam aku cakap sebelum ini, kalau seorang dua jer tak suka tu mungkin kau tak buat salah tetapi kalau sampai lebih daripada 10 orang pasti ada kesilapan kau buat. Tetapi, bila kau dah tahu kau pula cuba mengasingkan diri. Bagi aku, bukannya kami tak suka kau tapi kami kurang selesa dengan kau sebenarnya. Kau kena faham dunia diploma dan ijazah berlainan. Pensyarah - pensyarah disini semua berpangkat doktor atau prof. Pemikiran diorang pun lain dari yang lain. Kadang - kadang jangan terlalu mengajuk kerana gara - gara kau mungkin yang lain - lain pun akan menjadi mangsa sewaktu keputusan dikeluarkan nanti. Kau kena tahu yang nak bagi kita lulus atau tidak ialah si pensyarah. Jika mereka tidak sukakan kelas kita gara - gara sikap kau bukan kau sahaja yang mendapat balasannya tetapi satu kelas. Jadi, cubalah berhati - hati sewaktu berkomunikasi.

Aku simpati dan kasihan sebenarnya. Serius walaupun aku pernah kata diri aku nih kejam tetapi hakikatnya itu hanya kata - kata. Aku faham bagaimana bila kau sedar diri kau rasa terasing dan bagaikan dipulau. Tetapi, apabila aku baru mula nak simpati tiba - tiba kau mula membuat perkara yang membuatkan simpati aku mula hilang dan timbul perasaan lain iaitu marah. Aku tetap bercakap dengan kau selepas itu tetapi entahlah. Macam aku cakap aku tak sampai hati nak buat macam beberapa orang lain yang buat kau macam tak wujud tetapi itulah....hanya kau yang mampu buat orang lain berubah sikap terhadap kau.

Tolonglah hormati perasaan orang lain jika kau nak diri kau dihormati. Aku pun bukannya baik sangat tetapi tak salah kalau kita cuba rendahkan ego kita sendiri. Ubahlah sikap. Jangan kata itu sikap kau dari dulu sampaikan langsung tak boleh diubah. Sudah lumrah manusia sentiasa akan berubah. Buanglah apa yang buruk dan amalkan apa yang bagus.

Aku rasa kau bagus sebenarnya tetapi sebab perkara ini orang anggap kau macam tak berguna. Jadi, aku rasa cuba kau buktikan kau bagus selepas ini melalui assignment kau. Insyaallah, mungkin orang akan mula buka mata pada kau. Aku juga rasa kau sebenarnya baik dan cubalah belajar menghormati orang lain melalui kata - kata kau.

P/S : Kasihan Tapi Aku Mengharapkan Dia Lebih Kasihan Pada Dirinya Sendiri. Aku Percaya Kau Mampu Buat Apa Yang Aku Harapkan.