Rabu, 31 Mac 2010

Fan Page H.P.B Blog Sudah Mencapai 200 Orang

Aku sempat tidur dalam sejam lebih masa emosi aku sangat - sangat terganggu tadi selepas mendapat markah midterm untuk subject management. Tak pernah seumur hidup aku dapat markah yang sangat 'TINGGI' macam tu. Bila dapat macam tu aku mula membayangkan benda yang bukan - bukan.

Selepas mendapat nasihat dari seorang member baik iaitu Diva Afiqah yang menyarankan aku tidur sekejap untuk menenangkan fikiran maka aku pun tidurlah sebab memang aku tak boleh fikir apapun. Bangun dari tidur nak kena buat assignment Script pula sebab petang nih nak hantar. Jadi, aku pun gigihlah siapkan dan ubah sikit - sikit apa yang salah sebelum ini.

Terjumpa classmate merangkap groupmate iaitu si Erna di facebook. Aku pun mintalah tolong dia printkan assignment aku sebab aku memang tak ada mood nak pergi kelas. Lagipun hari macam nak hujan jer. Lepas tu dia tanya aku asal aku pelik jer. Aku pun ceritalah apa yang terjadi. Lepas tu dia pun cerita dan nasihat aku lah macam - macam. Dia mengingatkan aku pada kakak aku dekat rumah. Hahaha.

So, sekarang aku rasa dah sedikit tenanglah. Lagipun cadang nak main game dekat iklan Mr Potato tu. Macam best jer. Haha. Thanks lah pada korang yang sentiasa click nuff aku. Malam nih aku akan blogwalking click nuff korang. Insyaallah. Adoi, menaip punya best sampai lupa pula nak cerita pasal topik di atas.

Dulu, aku gelak macam nak gila waktu mula - mula buat fan page blog nih dekat facebook. Aku fikir siapalah nak join. Kalau aku invite pun mungkin diorang ignore jer. Tapi tak sangka jugalah sekarang dah ada sampai 200 orang join H.P.B Blog dekat facebook. Thanks lah pada semua. Cuma aku tak tahu siapa orang yang ke-200 tu. Hahaha.

Apa - apapun, aku masih dalam mood yang kurang bagus lagi dan aku nak ceriakan kembali hidup aku. Baiklah! Aku terima cabaran nih. Aku akan buat sehabis baik untuk subject management dan insyaallah paling tidak aku takkan repeat subject nih. Aku akan berusaha untuk lepas subject nih. Doakan kejayaan aku yer. Amin!

Assalammualaikum dan thanks pada semua. Hanya Allah mampu membalas jasa korang.

Tersangat Down.....Terkejut Dengan Markah Result....

Gua sangat down sekarang hingga tak mampu fikir nak buat apa.

Tiba - tiba gua terfikir masa depan. Kenapalah begitu teruk sangat keputusan nih.

Apabila ditanya apa yang gua tulis adalah betul..semua betul cuma dia mahu specified kan lagi tapi tak ada markah.

Gua risau. Semangat gua jatuh. Gua sangat down.

Gua tak tahu nak buat apa - apa sekarang walaupun kerja banyak. Gua nak menangis pun air mata tak keluar. Gua paksa - paksa pun dia taknak keluar.

Gua nak tidur tapi kerja banyak lagi nak kena siapkan.

Entah....gua bencilah hari nih. Ini hari paling teruk dalam hidup gua.

31/03/2010 adalah hari yang betul - betul memberikan gua seribu satu kepenatan emosi dan fizikal.

Chow!

Filem Melayu Hebat Tahun Ini Yang Aku Nantikan

Apabila Pengemis Original Bertemu Dengan 'Pengemis' Yang Kacak

Hahahaha...Korang rasa apa riak wajah pengemis yang memang betul -betul pengemis apabila berjumpa dengan orang yang berlakon sebagai pengemis yang kacak??

Korang rasa dia jadi apa? Terkejut? Marah? Ketawa? Senyum? Menangis?

Hahahahaha.

P/S : Nanti Aku Cerita...Nak Menghafal Dengan Buat Assignment Nih Walaupun Penat Dan Mengantuk Gila.

CLICK MR POTATO...NANTI AKU DAH HABIS KEJE AKU BALAS BALIK

Selasa, 30 Mac 2010

Apa Aku Teringin Nak Buat Waktu Nih?

1. Tidur 50 Jam Tanpa Henti

2. Makan Sambil Tengok TV 24 Jam Tanpa Henti

3. Blogwalking 15 Jam Tanpa Henti

4. Main Bowling 10 Game Tanpa Henti

5. Tengok Wayang Sambil Curi Popcorn Awek Sebelah Tanpa Henti

6. Berjalan - Jalan Dengan Penuh Keamanan Tanpa Henti

7. Mahu Balik Rumah Di Kedah Berjumpa Keluarga Tanpa Henti

Ini Gambar Seram Punya....Nih Kalau Lu Semua Tengok Mahu Terkencing Terberak Tanpa Henti Nih.Silap - Silap Kena Heart Attack!


"Aku ialah Hantu Belaan Hans. Siapa Yang Tidak Mahu Diganggu Oleh Aku Silalah Jaga Hati Hans Dengan Menekan Atau Click Dengan Aktifnya Nuffnang Beliau. Jika Tidak Nantikan Aku Di Bilik Tidur Atau Tandas Pada Waktu Malam Yang Akan 'MENCERIAKAN' Hidup Kau.
HAHAHAAHAHAHAHAHA!"

Apabila Wajah Kau Yang Kacak Cuba Dihodohkan Tetapi Tidak Berjaya...Amacam??

Hari nih gua busy gila dengan assignment & presentation. Untuk presentation CTU tadi gua tak sempat prepare apa - apapun tapi nasib baik gua boleh present tadi. Gua rasalah kan. Lepas tu petang tadi plak gua pergi shooting drama bahasa asing untuk assignment gua dekat seksyen 7.

Fuh, watak gua sebagai seorang pengemis yang kacak tu agak mencabar sebenarnya. Bukan mencabar dengan dialog tetapi dengan persepsi orang ramai. Cess! Gua sudah disolekkan dan muka gua yang kacak berubah menjadi seperti pengemis yang selekeh, kotor dan ibarat sakit. Tetapi, untuk menghilangkan kekacakan gua mengambil masa yang cukup lama iaitu lebih dari 30 minit. Itu pun kekacakan gua masih belum hilang. Hahahaha.

Gua pergi ke lokasi dengan memakai sweater yang menutup rambut dan melindungi muka gua dengan sekeping kertas. Tetapi masih lagi menjadi tumpuan ramai. Sudah gua kata aura kekachaks gua tidak akan pudar walau dengan apa cara sekalipun. Lepas tu kerana gua rasa tidak berguna melindungi muka gua jadi gua biarkan sahaja ia menjadi tatapan ramai dan akibatnya orang yang sedang membawa kereta berlanggar antara satu sama lain. Yang berjalan juga berlanggar antara satu sama lain sehingga jatuh terduduk. Kanak - kanak yang sedang makan aiskrim juga terlepas aiskrim daripada tangan mereka selepas melihat gua. Itu semua gara - gara aura kekacakan gua pada waktu itu.

Fuh, gua rasa seperti artis terkenal waktu itu. Begitu ramai mata yang memandang. Shooting pun bermula dan selesai bila azan Maghrib berkumandang. Tetapi, baru settle scene ke-2 baru. Ada lagi 2 scene belum settle. Letih betul gua hari nih. Sudahlah menjadi tumpuan gadis - gadis serta jejaka - jejaka...tidak ketinggalan mamat bangla juga tidak henti - henti memerhatikan daku.

Susah menjadi orang kacak yan disolek menjadi pengemis!!!

P/S : Esok Nak Kena Solek Lagi. Haih!! Gatal Muka Betul Pakai Segala Mak Nenek Benda - Benda Tu.

P/S : Click Nuff Gua Banyak - Banyak Tau. Gua Pun Rajin Sekarang Click Nuff Ekau Semua. Hehehe!

Isnin, 29 Mac 2010

Tidur Dulu Sebab Penat..Sorry Tak Dapat Jenguk Blog Korang Or Click Nuff Korang

MATA DAH TAK BOLEH NAK BUKA....

MENGANTUK GILA......

LETIH.......

SORRY TAK DAPAT NAK BLOGWALKING MALAM NIH...

ASSIGNMENT PUN DAH TAK LARAT NAK BUAT....

P/S : ENTRY BARU DEKAT BAWAH...BACA LAH..TAK RUGI PUN...

TIDUR DULU DAN DOAKAN SAYA MIMPI INDAH - INDAH....

Duit Nuff Gua Minggu Nih Ialah 4 Juta Weihhhhhh

Hahahaha....lama dah tak dapat 4 Juta yang bersamaan dengan RM4.

Kiranya petua yang aku menuntut dan bertapa tu betullah tu.

Hahaha....thanks pada yang click. Gua pun click untuk ekau juga.

Semoga bergembira bersama - sama.

Jangan lupa click nuff gua selalu yer.

Nak gi shooting kejap. Tata.

Duit Nuff Gua Minggu Nih Ialah......

Ekau nak tahu duit nuff gua minggu nih berapa? Macam tak percaya beb. Serious amat mengejutkan...

Duit nuff gua ialah...........???

P/S : Teka Lah Gua Dapat Berapa?

P/S : Jangan Lupa Rajinkan Click Nuff Gua Lagi Yer.

Gua Ternanti - Nanti Duit Nuff Gua Minggu Ini Berapa...

Gua nak tengok betul ker petua mereka selama nih yang mereka suruh gua lakukan pada minggu nih menjadi kenyataan atau tak. Kalau betul memang gua gembiralah tapi kalau tak betul hurmmm gua buat bodoh jer lah.

Today is my CTU presentation. So, mesti tidur awal lah macam nih? Boleh ker tidur awal? Just wait and see! Hahaha. Apa lah aku merepek nih? Adoi...so tiredlah today. Gua mahu makan banyak - banyak lah esok.

Bye - Bye semua.
Wish me luck for tomorrow.
Hopefully everything will be success.
Xie Xie.
Zaijian.
Wan an!

P/S : Don't Forget To Always Click Gua Punya Nuffnang Okay. Assalammualaikum!

Ahad, 28 Mac 2010

Kisah Hans Bersama Preity Zinta

Pada suatu hari sedang Hans yang kacak lagi bijak berjalan - jalan di taman permainan berdekatan rumahnya tiba - tiba beliau terdengar satu suara yang cukup merdu di sebalik rimbunan pokok bunga di sebelah kanannya.

Hans yang kacak pun meninjau - ninjaulah dari mana datangnya suara yang merdu itu. Tiba - tiba dia terpandang Preity Zinta keluar daripada rimbunan pokok itu sambil menyanyikan lagu Hum Dil De Chuke Sanam. Ditariknya Hans lalu diajak menari sekali. Tiba - tiba datang segerombolan lelaki dan perempuan yang lebih kurang sama bilangannya berlari ke arah Hans dan Preity Zinta. Mereka semua memakai baju yang sama corak dan warnanya lalu turut serta sama menari bersama Hans dan Preity Zinta.

Hans yang pelik dengan situasi itu tetapi masih mengikut rentak Preity Zinta. Selepas habis menyanyi satu rangkap tiba - tiba baju Hans bertukar. Baju Preity Zinta juga begitu. Eh, baju ramai orang yang turut menari besama mereka juga bertukar. Eh, tempat yang tadinya taman permainan bertukar menjadi gunung yang tinggi yang mempunyai salji. Owh, indah betul tempat nih. Hans menghayati sekejap sebelum tiba - tiba muncul Preity Zinta menarik tangan Hans dan mengajaknya menyanyi sambil menari lagi.

Hans dan Preity Zinta sudah penat menari dan akhirnya mereka berdua pergi berjalan - jalan ke tempat lain. Semua penari lelaki dan wanita tadi hilang secara tiba - tiba tanpa dapat dikesan. Lalu, Preity Zinta bertanyakan sesuatu :-

P.Zinta : Aku sangat mencintaimu. Kamu?

Hans : Aku cinta juga pada kamu.

P.Zinta : Marilah kita pergi berkahwin.

Hans : Eh, siapakah itu?

P.Zinta : Eh, itu Rani Mukherjee lah.

Hans : Baiklah. Cintamu ditolak. Aku mahu bercinta dengan dia.

P.Zinta : Hans!!Jangan tinggal daku.

Hans : Aku terpaksa tinggalkan mu untuk dia. Bye Bye.

...................................................................End..............................................................................................

Kau Ingat Dengan Membunuh Diri @ Commit Suicide Akan Menyelesaikan Segala - Galanya??

Tadi gua berkunjung ke blog Lumut dan tiba - tiba dia bercerita pasal seorang anonymous yang mahu membunuh diri. Aku kurang pasti sama ada si anonymous ini kecewa kerana sebab - sebab apa tapi bagi aku membunuh diri bukanlah jalan yang terbaik.

Memang kadang - kadang kita rasa sangat kecewa bila kita kehilangan sesuatu atau berasa ditipu, diperbodohkan, ditinggalkan atau apa - apa sahaja. Kebanyakkan kes macam nih selalunya melibatkan pasangan yang sedang bercinta dan salah seorang dari mereka ditipu hidup - hidup. Tolonglah jangan buat kerja bodoh macam nih. Kehidupan itu adalah sesuatu yang indah yang kau kena rasa hingga ke penghujungnya.

Tipulah aku kata kehidupan aku sentiasa jer gembira sebab buktinya entry aku pagi tadi tersangatlah marah gila - gila punya. Tapi, itulah kehidupan. Adakalanya gembira dan adakalanya sedih. Setiap hari kita diuji oleh Allah sama ada kita sedar atau pun tidak. Kau rasa dengan membunuh diri semua masalah boleh selesai. Tidak sebenarnya. Kau akan menghadapi masalah di dunia baru kau iaitu selepas kau mati jika cara kau mati dengan membunuh diri. Ibu bapa kau juga akan dipandang serong oleh masyarakat kerana cara kau mati itu menimbulkan unsur - unsur fitnah dan cakap - cakap yang semestinya buruk tentang kau.

Janganlah pentingkan diri sendiri. Kadang - kadang kau rasa tiada gunanya kau hidup tapi kau kena fikir ramai lagi orang yang mahu hidup lama tapi tidak berkesempatan kerana Allah sudah takdirkan ajalnya lebih cepat daripada jangkaannya. Tapi kau pula lain. Kau mahu menamatkan ajal kau sendiri. Sebenarnya dalam hidup ini banyak lagi yang kau perlu teroka dan tolonglah jangan buat kerja bodoh dengan berfikir mahu membunuh diri. Bukan saja kerja itu bodoh malah merugikan anda kerana kemanisan sebenarnya ada dihadapan tetapi jika kau bunuh diri kau macam mana kau nak kemanisan di depan kau.

Okaylah, senang cakap membunuh diri adalah perkara yang bodoh kerana ramai orang menjaga kesihatan, beli ubat itu dan ini semata - mata nak hidup lama tapi kau pula bodoh nak bunuh diri sebab kononnya dah tak mampu hidup menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Toonglah jangan fikirkan langsung mahu membunuh diri.

P/S : Dari Kau Bunuh Diri Baik Kau Click Nuff Aku Ker...Makan Pizza Ker...Ada Juga Faedah.

P/S : Thanks Pada Anonymous Yang Membetulkan Tajuk Gua. Malu I Tersalah. Itulah Laju Sangat Nak Publish. Thanks Tau Anonymous.

P/S : Jangan Lupa Jawab Poll Dekat Sebelah Tu.

Mahal Betul Makanan Dekat Kedai Paksu Tadi

Seketul ayam
+
seekor ikan keli
+
nasi
+
sambal
+
sedikit ulam
+
teh ais
=
RM8.50

Selalu gua makan paling mahal pun RM6.00 lebih tapi ini sangat mahal lor.

P/S : Jangan Lupa Vote Poll Baru Gua Tau. Selamat Menjawab Soalan - Soalan Tu.

Apabila Terlampau Annoying Dan Membuatkan Aku Jijik Dan Rasa Nak Termuntah Melihat Kau...Maka Bye - Bye Dan Pergi Mampus Sama Kau!!

Pagi semalam dalam pukul 3 pagi lebih macam tu, gua tulis dekat status wall facebook gua pasal ada sesiapa yang tahu nak terjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab tak? Nasiblah ada seorang blogger yang namanya dekat Facebook ialah Aeyrul Joe. Thanks weih tolong.

Ada orang tanya asal tak pergi translate dekat google jer. Okaylah, untuk pengetahuan kamu semua, gua bukannya malas atau lembap sangat sampai tak tahu nak translate dekat situ. Sebab masa buat skrip mandarin kelmarin, gua dengan geng gua pun guna benda tu. Tapi dari English nak converted ke Arab tu, bila kau click dekat translate yang keluarnya dalam bahasa jawi. Gua takut gua tersalah sebut. Sebagai contoh, mana tahu dari perkataan Anta gua tersebut Anti ker. Sebab tu gua tulis dekat wall gua minta tolong. Thanks lagi sekali pada Aeyrul Joe.

Lepas tu adalah seorang mamat nih. Bekas budak sekolah agama gua. Tiba - tiba dia kutuk gua kata,"Bekas ex-smka saja". Fuh, memang panaslah beb gua sebab selama nih dekat sekolah ker atau aku jumpa dia secara berdepan ker atau pun dekat facebook sebelum nih pun memang gua dengan dia tak pernah cakap elok - elok dan selalunya yang memulakan ayat - ayat kurang ajar tu ialah dia. Macam sebelum nih, apa entah si mangkuk nih komen dekat wall gua yang maksud dia lebih kurang mendoakan gua mati awal walaupun sebenarnya dia bergurau. Tolonglah beb. Lu bukan member baik gua dan lu jangan anggap gua suka dengan cara lu. Serius gua loya tapi sebelum - sebelum nih gua buat bodoh jer.

Lepas tu dia suka menulis yang berbaur nak mencari gaduh. Dari dulu sampai sekarang perangai kau sama jer. Memang buat gua panas dan gua cakap,"Sila berambus dari wall saya jika tidak mahu tolong".


Bagi gua, kalau tak mahu tolong jangan nak menyemak dekat wall gua sebab gua minta tolong pada orang yang nak tolong sahaja. Bukan gua hadap pergi dekat wall kau dan paksa kau tolong gua. Tolonglah beb! Gua tak ingin pun nak minta tolong sama lu. Yeah, gua memang sekolah agama dulu tapi sampai form 3 sahaja dan keputusan Bahasa Arab gua memang sangat teruk dan tidak bagus. Hanya mendapat D dalam PMR kerana gua tidak berminat selepas result Arab gua jatuh waktu form 2. Dari gua buat pandai pergi translate sendiri apa salah gua tanya orang yang lebih tahu. Lepas tu tak semena - mena dia balas,"Pergi Mamposlah Lu....Aku Nak Berambuslah Nih..Ada Aku Kesah??"

Gua yang baru bangun tidur nih baca memanglah menyampah dan ketawa kecil. Gua balas jer,"Kau mamposlah sorang - sorang. Gi matilah kau". Lepas tu, sebab tahap menyampah gua sudah naik kemuncak, gua pun terus delete dan block kan mamat tu dari Facebook gua. Fuh, rasa gembira gila kerana mampu mendelete orang yang terlalu annoying. Gua peduli apa kau nak kata apapun lepas nih. Gua pun tak pernah ada hati nak add lu. Kau yang terhegeh - hegeh nak add gua dekat FB dan lepas tu sentiasa bercakap kurang ajar. So, pergi mampuslah sama lu.

Serius weih! Gua tahu gua bukannya pandai atau bijak tetapi kalau kau semua bijak sangat dan ada orang minta tolong, kau tolonglah mereka jika kau tahu. Jika kau tak tahu, kau diam jer lah. Jangan jadi macam si mangkuk ini!! Perangai macam sial yang minta kaki gua bertempek dekat muka dia. Tolonglah jangan jadi terlampau annoying macam nih tambah - tambah jika orang yang kau cuba sampaikan kata - kata kau tu bukanlah rapat dengan kau.

Macam mamat perasan bagus tu. WTF kau tak rapat dengan gua dan kau nak cakap - cakap macam tu ibarat kau kamceng dengan gua. Lagi sekali,"PERGI MAMPUS DAN PERGI JAHANAM LAH LU".


P/S : Dari Aku Buat Lebih Banyak Dosa Sebab Maki Kau Dekat FB, Aku Rasa Langkah Mendelete Dan Memblock Kau Dari Menyemak Dekat Facebook Aku Adalah Yang Terbaik. Kau Tak Puas Hati? Sekali Lagi Aku Cakap,"PERGI MAMPUS SAMA KAU!!!!"

Jangan Tinggalkan Daku

Sudah lama tidak bertemu kamu.

Hatiku semakin rindu.

Setiap masa merenung memikirkan kamu.

Kamu datang padaku tapi hanya seketika.

Baru sekejap aku mahu bersamamu menikmati mimpi yang indah tetapi kau pergi meninggalkan aku.

Owh, aku rindu kamu.

Jangan Tinggalkan Daku Wahai Mimpi.

P/S : Mengantuk Gila Tapi Lena Tak Boleh Juga

Hari Nih Gua Menuntu Ilmu Pasal Nuffnang...Baru Gua Tahu....

Member pompuan gua merungut dekat gua masa gua buka blog gua tadi sebab pakwe beliau sekarang sangat addicted dengan blog tapi sebenarnya lebih addicted pada nuffnang. Owh, gua pun berkesempatanlah chat dengan pakwe beliau.

Gua nak jugalah tahu berapa duit nuffnang beliau sebab beliau baru 2 bulan letak nuffnang dekat blog. Gua tanya duit dia berapa? Gua budget dalam RM20 lebih jer tapi alih - alih dah RM70. Wow! Padahal baru 2 bulan kut letak. So, gua tanyalah dia seminggu dapat berapa? Dia bagitahu dalam RM10 ke RM12. Wow! Terkejut gila aku sebab dia bagitahu visitor dia tak sampai 500 orang pun. Lepas tu dia tanya aku dapat berapa tiap - tiap minggu. Aku bagitahulah aku selalu dapat around RM0.25 hingga RM0.75 jer. Dia tak percaya sampai gua percayakan dia. Hahaha.

Serius! Paling tinggi gua pernah dapat RM4. Itupun masa mula - mula letak nuffnang. Lepas tu masih RM4 dan RM4. Sehingga tiba - tiba berkurang ke RM3 dan jatuh ke RM2. Hinggakan selepas itu sehingga sekarang hanya dalam RM0.25 hingga paling hebat pun RM1.00 jer. Ada 3 kali dapat RM0.00. Hahaha. Hari tu gua dapat buffered sampai tiga tapi gua dapat RM1.50 jer yer. Hahaha.

Kebetulan hari ni gua tiba - tiba terjumpa secara tak sengaja pasal banyak info berkenaan nuffnang. So, diorang kata kena letak 3 iklan dekat blog kita nih means dekat header, sidebar dan bawah entry. Owh, selama nih gua letak dua jer. Hahaha. Entahlah, gua pun kadang - kadang pelik juga. Dekat chatbox tu bercambah jer orang kata,"Click Nuff...Click DG...Click Maxis.." tapi tiba - tiba gua dapat RM0.00 dan itu buat gua pelik. Hahaha. Mungkin diorang click tak habis kut. Macam gua kalau click gigih tunggu loading habis pastu tekan macam - macam dalam tu baru gua tutup. Hahaha.

Gua tak kisahlah. Ada rezeki adalah tu. Kepada yang dapat banyak tu bersyukurlah yer. Kepada yang dapat sikit macam gua nih pun bersyukur jer lah. Nasib tujuan utama gua berblog sebab gua suka menulis. Kalau gua nak duit memang gua tension. Tapi, secara jujurnya memang gua jealous lah pada orang yang dapat banyak. Diorang kata blogwalking jer dekat blog orang. Tulis dekat chatbox dan blah. Rasa macam tak sanggup jer gua nak buat.

Kepada sesiapa yang kata gua cuba berbohong atau taknak bagitahu berapa jumlah duit nuffnang yang gua dapat setiap minggu tolonglah percaya gua hanya dapat tak lebih daru RM1 setiap minggu. Buat apa nak bohong maaa...

P/S : Minggu Nih Tiba - Tiba Dapat RM2 Juta...Macam Mana Tu? Hahaha.

P/S : Bukan Gua Minta Simpati Yer..Gua Cuma Nak Bagitahu Kalau Ekau Malas Nak Click Nuff Gua Jangan Paksa Diri Atau Bagi Harapan Palsu Dekat Gua. Hahaha.

P/S : Tadi Bertwitter Dan Tiba - Tiba Hanis Zalikha Balas Mesej Twitter. Tetiba Aku Rasa Gembira. Tak Boleh Blah Kan Perasaan Itu. Hahahaha.

Sabtu, 27 Mac 2010

Haih, Letih Betul Shooting. Ramai Betul Orang Offer Jadi Watak Utama Nih...

Hahahaha...Tajuk diatas amatlah riak lagi sangat takbur yer. Gua baru balik dari shooting video mandarin. Hah, terbelit lidah gua nak berlakon tadi. Gua pergi shooting dekat I-City tadi. Fuh, penat nak mampus padahal shooting jer pun. Shooting penat maaa...huhuhu.

Esok, ada orang panggil lagi jadi watak utama untuk drama Berbahasa Aneh. Hahaha. Entah apa jadi dekat aku esok pun tak tau lah. Malam nih nak kena buat assignment lagi padahal mata dah macam tak larat dah nak buka. Terpaksalah..nak wat macam mana lagi.

Berkenaan contest tu...sebab apa buat bulan 5? Sebab sekarang hanya ada lagi 2 minggu. Assignment dari 18 sekarang ada lagi 10 nak kena settle. Esok nak kena settle lagi dua assignment. Fuh, sebab tu lah gua buat bulan 5. Gua tengah cuti semester dan tiada tekanan. Jadi, gua nak mengadili pun tak ada tension - tension ker apa. Hahahaha.

Apa - apapun, gua nak out dulu. Letih. Assalammualaikum

Jumaat, 26 Mac 2010

Streamyx Dah Wujud Di Rumah Sewa....Yeyeyyee...

Tengah menikmati kelajuannya yang amat mengagumkan...Yuhuuu!!

Entry sebelum nih menimbulkan kontroversi. Ada orang berkata gua kejam, tidak ada sifat kebapaan dan sebagainya.

Gua tak peduli apa lu semua nak kata. Itu pandangan gua. Bagi gua, kalau lu nak manja anak lu itu lu punya suka.

Gua rasa sometimes kita boleh guna diplomasi dan sometimes kita mungkin guna sedikit kekerasan untuk mengajar anak - anak. Masalahnya orang sekarang, apabila gunakan kekerasan mereka biarkan anak - anak mereka menyimpan dendam. Senang cakap kalau lu baca komik Anak - Anak Sidek dan lu tgok itu Allahyarham Haji Sidek mendidik anak. Itulah gua maksudkan.

Tapi, taklah segarang itu. Apa yang aku maksudkan contoh jika lu melempang anak lu atau merotan anak lu...dan selepas itu lu biar dia cool dulu dan kemudian lu terangkan sebabnya lu buat macam tu. Sebab bagi gua jika lu hanya gunakan cara diplomatik jer dan hasilnya tengoklah budak - budak sekarang.

Lagi satu benda nih bergantung pada cara didikan lu. Lu kena tengoklah tahap sensitiviti diorang. Ada yang boleh terima dan ada yang tak. Gua nak cakap dekat lu semua tambah - tambah pada sesiapa yang bawa anak dekat masjid...niat lu baik tapi lu kena ingat tanggungjawab lu jaga anak - anak lu juga. Kalau dah sampai time orang tengah nak sujud dan waktu tu lah anak - anak lu berlari - lari melintas memang boleh bikin jemaah hilang khusyuk.

Nak kata diorang budak - budak. Memang diorang budak - budak dan dari budaklah lu kena ajar dia sebab kalau lu tak ajar bila besar jadi kurang ajar. Lagi satu, lu semua tak payah nak bising - bisinglah. Kalau lu tak suka cara gua nanti lu dapat anak lu didik lah cara lu suka. Gua anak pun tak ada. Lagipun bukan gua kahwin lagi pun. Lu nak kecoh - kecoh macam lah gua nih dah jadi bapak.

Okay, chow dulu.

Lu tak suka gua? Tak setuju gua? Gua peduli apa....Chow!!

P/S : Bestnya Streamyx Yang Laju Nih.

P/S : Nuff Atas Nih Macam Sentiasa Ada Jer....Pelik Pula Gua!

Rasa Macam Nak Pelempang Jer Budak - Budak Nih

Tadi masa solat Jumaat, adalah budak - budak kecik yang berbaju melayu putih dan bersamping hijau nih asyik berlari - lari jer. Waktu tu semua tengah solat nih. Itu satu hal lah kan.

Lepas tu waktu lepas sujud dan nak duduk antara dua sujud tu, cuba kau bayang aku baru angkat kepala tiba - tiba nampak budak tu melompat dan mendarat depan aku.

Nasib aku tak melatah. Kalau tidak tak ker batal solat aku. Ikut hati aku macam nak lempang waktu tu juga. Kalau kena kepala aku tadi memang nahas lah budak tu. Sakit hati betul dengan budak - budak yang bising nih.

Korang cakap asal tak marah? Aku tadi kalau marah sah - sah tangan aku pun laju jer melempang diorang. Pastu buat bapak diorang jenis sayang anak pastu badan nak macam sazali samad plak memang matilah aku plak yg kena lempang.

Aku dah pening kepala dengan assignment yang tak pernah habis nih. Haih...tak tahulah macam mana nak cakap. Nak Lempang Budak - Budak Tu...

P/S : Jangan Lupa Click Nuff Gua.

Sampai Bila Lagi Nak Tunggu Dan Lihat Tanpa Mengambil Tindakan Drastik?

Apabila terbaca surat khabar mengenai rakyat Singapura yang mengamuk kerana kebanyakan peluang pekerjaan mereka telah diambil oleh rakyat asing maka aku berfikir apakah nasib rakyat Malaysia di masa akan datang.

Apabila satu kenyataan sebelum ini oleh seorang menteri yang terkejut melihat kebanjiran ramai pendatang asing membanjiri tempat – tempat tumpuan negara maka hal itu juga membuatkan aku sangat terkejut. Bukannya terkejut dengan lambakan pendatang asing tetapi terkejut dengan kenyataan menteri itu. Sampai sekarang aku masih tidak dapat menerima apa yang cuba disampaikan oleh menteri itu.

Hal ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Jadi, kenapa baru sekarang beliau mahu terkejut dengan hal ini? Aku betul – betul musykil. Bukankah mereka sepatutnya sudah tahu lebih awal kerana ini adalah salah satu masalah besar yang wujud sejak sekian lama dahulu dan makin mencengkam keamanan negara?

Singapura adalah negara yang sangat tegas mengawal kedatangan pendatang asing dan harus diingat pendatang asing yang ada di Singapura bukanlah jenis pekerja bawahan kerana kebanyakkannya adalah pekerja berprofil tinggi. Itupun telah memberikan kesan yang serius kepada keharmonian rakyatnya. Apatah lagi kita di Malaysia yang mana rakyat asingnya datang bercambah – cambah sama ada melalui cara yang sah ataupun haram dimana kedua – duanya sama banyak.

Tolonglah wahai pemimpin – pemimpin yang mempunyai kuasa. Tegaslah dengan tindakan dan bukannya dengan kata – kata. Buat apalah berlembut sedangkan yang ruginya kita sendiri. Sayangilah rakyat sendiri dan jangan biarkan pepatah ‘Kera Dihutan Disusukan Sedangkan Anak Mati Kelaparan’ menjadi kenyataan.

P/S : Maaf Entry Sekarang Agak Politik Sebab Aku Rimas Dengan Suasana Sekarang.

Kadang - Kadang Aku Berasa Pelik...

Kadang – kadang aku pelik dengan segala macam hal di luar sana. Masing – masing menegakkan benang yang basah. Masing – masing cuba untuk menjadi jaguh. Masing – masing mahu memberitahu diri mereka hebat. Masing – masing mengaku hanya mereka sahaja yang betul.

Mereka ada kuasa dan ditakdirkan mempunyai kuasa. Tetapi, kenapa mereka tidak menghargai kuasa itu. Kenapa tidak gunakan kuasa itu untuk kebaikan? Kenapa perlu bergaduh sesama sendiri? Sedangkan masih banyak masalah belum selesai dan masalah baru juga semakin banyak mencengkam kehidupan. Kenapa perlu menambahkan masalah yang ada?

Mereka berkata mereka cerdik pandai tetapi kata – kata dan perbuatan mereka menunjukkan sebaliknya. Adakah ini yang mahu dibuktikan pada pemerhati diluar sana? Belum sedar lagikah masalah yang lebih besar bakal menimpa? Kenapa mereka tidak sedar atau adakah buat – buat tidak sedar?

Mungkin mereka bijak namun bukan dalam semua perkara. Jadi salahkah jika merendahkan diri untuk menerima pandangan atau cadangan orang bawahan? Walaupun mereka orang bawahan tidak bererti mereka bodoh. Dan tidak perlulah membangga diri mencanang satu dunia bahawa mereka telah berjaya melakukan perubahan. Hakikatnya perubahan itu sepatutnya sudah lama dilakukan kerana hakikatnya idea itu telah lama diutarakan oleh orang bawahan. Jatuhkah imej jika mengaku idea itu diambil daripada orang bawahan?

Masing – masing berebut kuasa. Masing – masing bermain kotor. Perkara yang sepatutnya memberi dan berkongsi maklumat terpaksa dikotorkan dengan perkara sampah seperti ini. Adakah mereka belum sedar zaman sudah berubah? Masing – masing menerima pendidikan jadi janganlah samakan mereka seperti kanak – kanak tadika.

Tersangatlah rugi apabila keindahan yang sepatutnya wujud dan dapat dirasai semua tiba – tiba berubah menjadi sebaliknya. Inilah jadinya apabila ketamakan menguasai diri. Amanah yang sepatutnya dilaksanakan telah ditolak ketepi. Mereka menjerit mengatakan mereka memperjuangkan keamanan tetapi hakikatnya merekalah perosak kebahagiaan hari ini.

P/S : Sedihnya Hati Melihat Perkara Ini Berlaku Di Hadapan Mata Pada Hari Ini Tanpa Mampu Melakukan Apa – Apa.

Khamis, 25 Mac 2010

Kadang - Kadang Aku Terfikir Tentang Teori Akomodasi

Kadang – kadang aku bertanya diriku sendiri kenapa begini jadinya.

Kadang – kadang aku berfikir siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini.

Kadang – kadang aku pelik apakah sebenarnya yang mereka mahukan.

Kadang – kadang aku teringin mahu melihat adegan mesra di jalanan.

Kadang – kadang aku mahu melihat adegan mesra di mana – mana sahaja.

Kadang – kadang aku berangan mahu berjalan seiringan dengan mereka.

Kadang – kadang aku terbayang aku bergelak ketawa dengan mereka.

Kadang – kadang aku tersenyum seorang diri apabila salah satu anganku menjadi kenyataan.

Kadang – kadang aku berasa mahu kekal dalam ruang bercahaya yang indah itu untuk 5 minit lagi.

Kadang – kadang aku lupa itu hanya salah satu tuah yang datang kepadaku walau sekejap.

Kadang – kadang aku cuba menggapai cita – cita itu namun aku tak mampu melakukannya seorang diri.

Kadang – kadang aku sedar itu semua sia – sia kerana orang diluar sana cuba memusnahkan impian aku.

Kadang – kadang aku benci dengan mereka yang berlagak jaguh sedangkan merekalah perosak dunia.

Kadang – kadang aku memberi harapan bahawa impian ini boleh digapai walaupun hakikatnya masa yang diberi sudah terlalu lama.

Kadang – kadang aku hairan kenapa mereka tidak nampak kebaikan impian ini.

P/S : Alangkah Indahnya Jika Masing – Masing Mengamalkan Teori Akomodasi Dengan Betul Dan Jujur. Sayangnya, Itu Semua Seakan Fantasi Yang Cuba Digambarkan Sebagai Realiti.

Rabu, 24 Mac 2010

Bersama Dr Hans Kamsah Siri 3

"Jangan kasihankan dia. Biarlah dia menangis kerana jika tidak dia akan lupa dia masih ada bahagian badan yang boleh bergerak."

Ada ketika kita terlalu menyayanginya tetapi kita terpaksa membiarkan dia menghadapi masalahnya seorang diri. Ini bukan bermakna kita pentingkan diri namun kita mahu menyedarkannya bahawa dia sebenarnya tidak lemah dan perlu berdikari untuk meneruskan kehidupannya.

"Jangan terlalu melindungi kerana kesakitan itu adalah pengalama yang paling berharga."

Biarkan sekali sekala kesakitan itu datang kepada kita kerana tanpa kesakitan kita tidak akan belajar daripada kesilapan yang lalu. Walaupun kesakitan itu datang sebagai satu perkara yang buruk namun di penghujung pasti kita akan merasai keindahannya walaupun keindahan itu susah untuk kita sedari.

“ Kasih sayang ibarat madu yang memberi seribu satu kemanisan. Namun jangan terlebih memberi kasih sayang kerana ia ibarat gula yang meracuni seluruh kehidupan.”

Tidak ada sesiapa mampu mempertikaikan bahawa kasih sayang itu penting walaupun ia adalah sesuatu yang kita tidak nampak. Namun, kita dapat merasainya dan kita sangat memerlukannya sebagai salah satu kekuatan untuk meneruskan hidup dan menghadapi cabaran yang tidak pernah lekang setiap hari. Namun, kasih sayang yang berlebihan atau lebih tepat lagi istilah “terlalu memanjakan” mampu merubah kebahagiaan menjadi neraka dunia.

“Jangan memperlekehkan angan – angan kerana kejayaan bermula daripada angan – angan. Namun, jangan biarkan angan – angan menguasai diri tanpa ada sebarang usaha untuk mendapatkannya.”

Kebanyakan kejayaan bermula daripada angan – angan walaupun kita sering memperlekehkan hal ini sebagai perkara bodoh, sukar, mustahil untuk dicapai atau sia – sia untuk difikirkan. Sebenarnya, angan – angan itu penting sebagai salah satu cara untuk mengejar cita – cita cuma yang salahnya apabila kita berangan – angan tanpa berusaha. Kata – kata tidak mampu mengotakan impian jika tidak disusuli dengan tindakan yang tepat.

“Kita selalu merasa diri kita betul sehinggalah kita melihat seseorang itu dikatakan salah apabila dia melakukan apa yang kita katakan betul."

Kadang – kadang tanpa sedar kita telah melakukan perkara yang sebenarnya salah atau bertentangan dengan norma kehidupan. Kita terlalu yakin kita di pihak yang benar sehinggalah suatu ketika kita sedar bahawa selama ini apa yang kita lakukan salah selepas terpandang kesilapan diri sendiri dilakukan oleh insan lain.

“Jangan disangka senyuman itu tanda kegembiraan dan jangan merasa tangisan itu tanda kesedihan.”

Manusia selalu terpedaya dengan emosi manusia lain. Manusia mampu mencipta riak wajah yang diimpikan untuk menutup perasaan sebenar mereka. Manusia ialah makhluk yang bijak dalam menipu sesama mereka.

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Kadang – kadang anda rasa diri anda kuat sehinggalah pada suatu tahap anda diuji dan anda menyerah kalah pada takdir. Anda kata ini semua melampaui daya ketahananm diri anda. Namun, sebenarnya jika anda mempunyai semangat yang kuat, pasti segala halangan berjaya dilepasi. Ingatlah tentang satu perkara ini, ”Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka sendiri”.

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

Jangan bermegah untuk bercerita atau menasihati manusia lain jika anda cakap tidak serupa bikin. Memang betul perkara yang baik harus dikongsi namun jangan anda cemarkan perkara yang baik itu jika anda sendiri tidak mengamalkannya dalam kehidupan anda.

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.”

Kata – kata itu adalah susunan ayat yang indah. Dan di dalam indah itu juga boleh dimanipulasi untuk tujuan lain. Kata – kata boleh menggambarkan perasaan kita ketika itu namun ia juga mampu digunakan untuk mengaburi mata orang lain daripada mengetahui perasaan sebenar kita.

P/S : Akan Kembali Dengan Siri 4.

Selasa, 23 Mac 2010

Kepada Followers Baru Sekalian Atau Yang Selalu Komen Entry Gua....

Maaflah kalau gua tak link korang.

Bukan sebab gua taknak link tapi gua tak sempat.

Nanti ada masa gua link kan. Sorry lagi sekali yer.

Gua pun baru link balik blog si blogger ganas Ayu Deathwish. Hahaha.

Apa - apapun thanks atas sokongan korang semua.

Mari Menyanyi Bersama Hans Yang Kacak...Hahahaha

Inilah ragam manusia,
Manis di bibir,
Pandai bermain lidah,
Berputar – putar membelitkan kata.

Janganlah hanya memungkir janji,
Sedangkan dikau masih mencari,
Adakah benar kata – kata,
Bukan ungkapan sementara.

Siapakah di antara kita,
Dengan rela menjadi pendusta.
Siapakah dulu yang bina harapan,
Dan siapa yang musnahkan impian.

Apa maknanya impian,
Datang dan pergi,
Membawa hati menyusuri kembali,
Jalan – jalan sepi.

P/S : Amacam Berkaraoke Bersama Hans Yang Kacak? Hahaha.

P/S : Nih Aku Combine Lagu - Lagu Yang Aku Suka Nyanyi Sekarang

Isnin, 22 Mac 2010

Kisah Pengembaraan Hans Di Waktu Pungguk Merindukan Bulan(Part 1)

Sekarang gua sangat suka melepak di Mcd semata – mata untuk memanfaatkan wifi yang sangat laju di samping menjimatkan wang gua. Dengan hanya RM2 gua boleh online selama mana yang gua nak. Cuma tebalkan sedikit muka dan berlakon seperti biasa. Jadi, kepada sesiapa yang suka menubuhkan group – group yang sangat merepek di facebook tu, gua menyarankan kau semua create lah satu group yang bernama ‘Kaki Online di Mcd’ dan jangan lupa invite gua untuk join group tu yer. Hahaha.

Baiklah, gua mahu cerita kisah pengembaraan gua pada malam Isnin minggu nih. Gua dengan 2 orang budak rumah gua dengan bersemangat waja bersedia menyerang Mcd Seksyen 3 untuk online sampai muntah. Malangnya wifi di situ tidak dapat digunakan sedangkan makanan sudah dibeli. Gua tak beli pun sebab budak rumah gua dah beli. Hahaha.

Demi tidak mahu mengewakan diri masing – masing maka kami bertiga menggagahkan diri menuju Mcd di seksyen lain pula untuk mencuba nasih. Akhirnya, kami berjaya menemui Mcd yang mempunyai wifi yang laju dan persekitaran yang sungguh selesa sekali. Syukur pada Allah kerana memberi kami kesempatan ini. Jadi, masing – masing pun mengonlinekanlah diri dengan bersungguh – sungguh.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi dan tiba – tiba gua mendapat satu mesej dari seorang rakan gua di facebook. Tapi, gua setakat tengok jer sebab gua fokus pada benda lain. Tiba – tiba gua mendapat satu panggilan telefon daripada member gua yang mesej gua dekat facebook tu. Rupa – rupanya dia ajak gua teman dia pergi LCCT dekat Sepang tu.

Pukul 3 pagi? Wah, gua rasa macam malas gila nak ikut. Mula – mula gua taknak ikut tapi selepas tu member gua lagi sorang telefon bagitahu pasal benda tadi. Fikir punya fikir gua rasa nak ikutlah sebab macam best jer pagi – pagi pergi sana. Lagipun macam kesian plak kalau biar member gua pergi sorang – sorang. Kang terjumpa mak lampir ker kepala Maya Karin terbang ker tak ker susah hidup. Lagipun gua tak pernah buat lagi benda – benda gila macam nih dekat Shah Alam. Jadi, gua pun terpaksalah balik rumah dulu sebab nak simpan motor gua.

Sewaktu dalam perjalanan tu, tiba – tiba satu aroma bauan yang cukup wangi menusuk lubang hidung gua. Orang tua kata jangan tegur tapi gua tertegur pula sebab bau dia memang buat gua terangkat gila. Tiba – tiba gua ternampak……

To Be Continue……

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

Bersama Dr. Hans Kamsah Siri

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kadang – kadang kita meragui setiap perbuatan atau tindakan seseorang kepada kita. Kita selalu merpersoalkan adakah mereka melakukan semua itu dengan ikhlas atau sebaliknya. Hakikatnya, keikhlasan itu memang sukar untuk ditemui kerana bila kita bersangka baik tetapi sebaliknya ia bertentangan dengan apa yang kita fikirkan dan begitulah juga jika kita bersangka buruk. Walaupun keikhlasan itu wujud namun ia amat sukar untuk dijumpai.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Manusia akan kagum kepada orang yang boleh dikatakan bodoh yang tiba – tiba mampu berkata – kata berkenaan ilmu dan ideanya diterima ramai. Namun sebaliknya kepada manusia yang pada permulaan dikenali sebagai bijak tetapi tiba – tiba melakukan perbuatan bodoh atau bercakap tanpa isi. Jadi, sulamilah setiap kata – kata anda dengan penuh makna agar anda sentiasa dihormati oleh orang lain.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Kaya atau cantik bukanlah satu dosa kepada sesiapa yang bertuah memilikinya. Cuma hargailah kelebihan yang anda miliki dan gunakanlah sebaik – baiknya tanpa melupakan si pencipta anda iaitu Allah.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Jadilah sahabat yang jujur jika anda menyayangi rakan anda dan berhati – hatilah memilih manusia yang boleh dibuat kawan kerana kejahatan atau keburukan mereka jika tidak ditangani dengan baik mampu member sedikit kesan kepada kita.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Jangan memandang rendah kepada manusia lain kerana melihat tidak bererti mereka nampak apakah di hadapan mereka dan jika mata terpejam tidak bererti mereka tidak tahu apa yang menanti mereka di hadapan sana.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Jangan anda ingat yang kecil itu lemah dan yang besar itu kuat. Dan jangan anda ingat yang si bodoh itu tidak bijak dan si bijak itu tidak bodoh. Masing – masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing – masing.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kehidupan itu sangat indah jika kita tahu menghargai dan menghidupkannya. Jadi, nikmatilah segala suka duka dan dugaan dalam kehidupan anda kerana memang itulah kehidupan. Disebalik kedukaan ada kegembiraan. Nikmatilah hidup yang singkat ini dengan gembira dan penuh syukur.

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

Kisah Pengembaraan Hans Di Waktu Pungguk Merindukan Bulan(Part 2)

Korang rasa apa gua nampak lepas gua tegur bau wangi tu? Hantu? Preity Zinta? Bukan..salah – salah! Sebenarnya gua terpandang kilang coklat Cadbury dekat sebelah kanan gua. Bau coklat tu lah yang buat gua terangkat tu. Hahaha. Jadi, gua mengharungi jalan yang sunyi seorang diri sambil menikmati angin yang sejuk tu dengan kepuasan.

Sampai di rumah gua simpan laptop gua dan sempat kedarah epal 2 biji sebelum member gua tu sampai rumah gua. Gua pun tanyalah dia apa ker hal nya pukul 3 pagi nak pergi LCCT nih. Rupa – rupanya dia kena jemput seseorang yang istimewa sebab penerbangan beliau delay. Haih, begitu kisahnya. Gua ingatkan apalah tadi.

Jadi, sepanjang perjalanan gua cuba timbulkan pelbagai cerita bagi mengelakkan kami berdua mengantuk sekaligus menjamin kehidupan gua di hari esok masih ada. Gua rasa gua buat keputusan yang betul sebab kalau dibiar member gua yang penakut nih datang seorang diri memang gua tak dapat bayangkan. Dengan jalan yang sunyi, kadang kala tiada lampu jalan dan di kiri kanan dikelilingi ladang kelapa sawit memang mampu membikin cuak sesiapa sahaja.

Sempat juga dalam kereta bercerita pasal hantu dengan membayangkan hantu berkepala mengekori kereta dari tepi tingkap sambil tersenyum kepada kami memang agak menyeronokan sebenarnya. Hahaha. Akhirnya, tibalah kami di LCCT dan selamatlah sudah orang istimewa rakan gua tadi. Kami pun terus memulakan perjalanan untuk pulang semula ke Shah Alam.

Bermula dari sini gua sudah rasa mengantuk dan teman istimewa member gua nih membuat banyak juga cubaan membuka topic untuk berbual dengan gua. Tapi, otak gua sudah blur dan telinga gua seakan – akan tidak berfungsi ketika itu. Mata celik tetapi jiwa berada di angkasa bersama pramugari MAS. Hahaha. Kalau gua sedar gua balas balik apa dia tanya tapi selalunya gua banyak mendiamkan diri sebab gua tak sedar pun dia berbual dengan gua. Kehkehkeh.

Akhirnya, gua tiba dengan selamatnya di rumah sewa gua dan mereka berdua mengucapkan terima kasih kerana gua sudi menemani mereka di pagi buta ini. Akibat keletihan yang keterlaluan akhirnya gua tidur mati pada hari itu.

Penat maaa!

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

Ahad, 21 Mac 2010

Liverpool Mesti Menang...Go Torres Go!!!


Hahahaha....Aku yakin Liverpool mesti menang malam nih. Yuhuuuu.....!!!



Malam Nih Pasti Muka Torres Macam Nih...Yeah!!


Malam Nih Muka Rooney Macam Nih Lah....Hahahaha!!!

Aku Telah Memecahkan Rekod Lama Di Mcd.....15 Jam....

Semalam gua update banyak entry tapi semua sikit - sikit jer sebab untuk mengisi masa terluang gua sementara menunggu untuk recording suara gua untuk satu program bagi memenuhi keperluan assignment gua.

Gua kena rekod untuk rancangan dokumentari yang berdurasi sekitar 13 minit hingga 15 minit. Jadi, gua bertolak dari rumah dengan budak rumah gua si Eman pada pukul 10 pagi macam tu. Rupa - rupanya dah ramai dah orang menanti giliran untuk recording. Lepas semua tulis nama aku tersenarai di nombor 10 dalam senarai manusia untuk merakam suara masing - masing untuk siri dokumentari nih.

Aku ingatkan sekejap sahaja tetapi rupa - rupanya seorang dalam sejam lebih. Rakam 15 minit + Render 15 minit + tukar jika ada salah apa semua 30 minit + nak edit letak lagu apa 15 minit. Jadi, juruteknik studio, Abang Ayie hanya nak buat 10 orang jer sebab yang tu jer pun yang sempat. So, akulah orang terakhir yang bakal rakam untuk semalam.

Aku pergilah lepak - lepak makan - makan kejap dekat luar pastu datang balik. Dan terus lepak dekat dalam studio tu dengan budak - budak lain. Selain online dengan meminjam laptop member - member seperti Amira dan Min, aku pun sempatlah pergi karaoke dengan Eman, Syikin, Putat dan Yan. Seronok dowh karaoeke free. Melalak kuat - kuat pun tak ada sapa dengar sebab bilik tu kedap bunyi. Huhuhu.

Terima kasih juga kepada Putat dan Yan sebab bawa roti butterscotch untuk dinner. Kalau tidak boleh mati aku dalam tu kelaparan + kesejukan. Thanks juga pada abang Ayie sebab bagi bihun untuk kami ramai - ramai makan. Waktu sampai turn aku untuk rekod suara, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Abang Ayie memang dah tak larat gila. Aku pula risau sebab aku dah tunggu lama dah. Tak sanggup aku nak datang balik esok pagi.

Nasib abang Ayie buat juga dan alhamdulillah aku pun tak buat banyak salah. Dah akhirnya dapat menghabiskan segala recording tu sebelum pukul 1 pagi. Fuh, alhamdulillah. Settle satu kerja. Thanks pada semua pengalaman semalam. Sangat best dan menakjubkan. Akhirnya, rekod berada di Mcd selama 12 jam telah dipecahkan pada semalam dengan 15 jam berada di studio. Huhuhu.

P/S : Lawak Dengar Suara Sendiri. Macam Mana Nak Take Over Farah Fauzana Nih? Hahaha.

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

Sabtu, 20 Mac 2010

Adakah Harapan Aku Akan Menjadi Kenyataan Esok?

Tak sabar menanti hari esok....

Mungkin itu sekadar angan - angan atau bakal menjadi realiti

Kita merancang tetapi Allah yang menentukan

Aku Dapat Buffered Earning Yang Ke-2

Hahaha...Selang sejam aku pos entry baru...itu tanda aku tak mahu mati bosan dalam studio nih.

Nak balik malas...nak tunggu lama...kerja tak tahu dah apa nak buat...so jadilah seperti ini..lambakan entry....

Haih,aku pelik tul asal nuffnang bermurah hati kasi banyak sangat buffered earning dekat aku. Adakah dia telah mendengar luahan hati aku yang mahu jadi kaya minggu depan dengan memperoleh RM5 juta dalam masa seminggu? Hahaha.

Jadi marilah ramai - ramai mengclick iklan nuff aku yer....

Wallah...

Hurmmmmmmm.......Hantuuuu

Tadi pergi dekat toilet..pandang siling atas jamban tu..nampak seram....tiba - tiba terbayang kalau muncul Sister Ngesot keluar dari bumbung tu.

Buat pula kalau waktu tu tengah berak...macam mana nak lari? Hahaha...

Kesejukan dalam studio nih dah setaraf dengan kutub utara. Kadang - kadang aku tak rasa aku ada kaki. Fuh, ini waktu siang. Giliran aku nak recording nak malam pula. Memang beku dah aku rasa.

Haih, orang lain enjoy - enjoy keluar habiskan duit..aku plak enjoy habiskan masa tunggu giliran.

Nak wat camner...dah nasib...

Gembira....Yeyeyeyyee

Lepas nih gua boleh makan sedap - sedap
Gua boleh jalan - jalan
Gua boleh guna streamyx...
yes,thanks for the good news for today..
sangat best

Hidup Umpama Aiskrim...Nikmatilah Ia Sebelum Cair...Tapi??

Adakah hidup aku sekarang ibarat aiskrim yang sudah cair?

P/S : Gua Perlu Rehatkan Blog Ini Buat Seberapa Waktu...Bye - Bye!!

Jumaat, 19 Mac 2010

Naik Belon Panas Di Putrajaya Hanya RM10 Untuk Seorang

Member Gua lah cakap naik belon tu RM10 untuk seorang.

Tapi, benda tu ada masa dia..mungkin macam dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari...pastu rehat kejap dan mula dari pukul 3 petang sampai ker...

Gua pun tak pasti dan sebab kerja semakin menimbun di waktu yang semakin terhad nih mungkin gua batalkan hajat gua tu.

Tengoklah..kalau ada rezeki gua pergilah....

Aku Tak Sabar Nak Rehat Tanpa Fikir Banyak Kerja - Kerja Nih.....

Ya Allah...Bagilah Semester Nih Semuanya Berjalan Lancar

Khamis, 18 Mac 2010

Semakin Banyak Kerja Semakin Malas Dan Semakin Nak Enjoy

Gua serabut gila dengan assignment yang membukit nih. Siap satu datang 4(sangat hiperbola yer).

Jadi, gua rasa sangat teringin mahu naik belon panas yang besar gedabak dekat Putrajaya tu. Masalahnya assignment sangat banyak.

Adoi, apalah malangnya nasib ini.

P/S : Minggu Nih Asyik Ponteng Kelas Jer Tapi Bukan Sebab Merancang..Cuma Terlajak Tidur.

Dr Hans Kamsah Bercerita Tentang Kata – Kata Nasihat

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Senyuman itu adalah suatu sedekah jadi janganlah kalian semua meremehkan perbuatan baik ini. Jika ada orang yang senyum pada kalian maka balaslah kembali senyuman itu. Walaupun hakikatnya memang wajah orang itu bermuka senyum, kalian senyum sahajalah.


2. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Mana ada dekat dunia nih hidup seseorang itu indah sentiasa. Sedangkan Rasullulah pun sentiasa diuji dalam hidupnya tambahlah kita manusia yang tidak sempurna nih. Tetapi, perkara yang indah itu tetap akan kekal di dalam memori kita melainkan kita menghidap Alzheimer.


3. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Hidup ini tidak perlu terlalu berpura – pura atau hipokrit. Lebih baik menjadi diri sendiri jika pegangan yang kita amalkan sekarang betul. Jika tidak kita sama seperti buih – buih yang walaupun banyak tetapi tidak kuat kerana akhirnya apabila pekung di dada terbuka maka musnahlah segala – galanya.


4. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Bak kata orang tua – tua, biar tewas dengan bermaruah daripada menang dengan cara kotor. Hakikatnya, biarlah kejayaan yang kita raih itu memang betul – betul dari hasil usaha kita sendiri. Dan apabila bersedekah biarlah orang lain kata sedekah itu sedikit asalkan kita memang ikhlas daripada mencanang muka di media memberitahu beliaulah yang paling dermawan di dunia.


5. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Setiap orang pasti mempunyai kisah silamnya sama ada manis atau buruk. Dan jika insan itu pada zaman mudanya adalah manusia yang selalu melakukan dosa tidak semestinya dia tiada masa depan atau penghujung usianya penuh dengan dosa kerana setiap insan itu boleh mengubah dirinya untuk melakukan perkara yang baik jika dia mahu.


6. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Kata – kata yang lembutnya khususnya daripada wanita yang solehah mampu mencairkan hati manusia yang sedang panas membara ibarat api yang disiram dengan air. Namun, hati yang lembut dapat dimusnahkan oleh kata – kata yang sangat tidak sopan atau kurang ajar. Jadi, jagalah tutur kata anda sewaktu berkata – kata.


7. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Lidah ialah salah satu pancaindera manusia yang mempunyai kekuatan yang unik. Boleh digunakan untuk perkara baik atau pun kejahatan. Jika anda bijak, lidah boleh digunakan untuk menewaskan musuh yang jahat. Namun, jika anda tersalah guna, lidah boleh membunuh orang yang tidak bersalah.

P/S : Bertemu Lagi Bersama Saya Dr. Hans Kamsas Dalam Segmen Akan Datang.

P/S : Jangan Lupa Click Nuff Gua Selalu Untuk Minggu Nih. Gua Nak Tengok Hasil Campaign Nuff Tu Berkesan Ker Tak. Thanks Tau!! Ingat! Kalau Tak Click Gua Hantar Hantu Yang Dalam Pic Hari Tu. Hahaha!

Rabu, 17 Mac 2010

Gambar Kedua Yang Seram Giler Punya...Ada Berani Tengok?


Amacam? Korang Takut Tak Sama Ini Hantu??


P/S(Disalin Semula) :
Jangan Lupa Click Nuff Gua Selalu Untuk Minggu Nih. Gua Nak Tengok Hasil Campaign Nuff Tu Berkesan Ker Tak. Thanks Tau!! Ingat! Kalau Tak Click Gua Hantar Hantu Yang Dalam Pic Hari Tu. Hahaha!

Pic - Pic Picnic Di Kala Bulan Tak Mengambang...

Waktu yang gua join budak kelas gua pergi picnic dekat Dataran Shah Alam memalam buta tu. Ini gambar - gambar yang gua janji gua nak masukkan tu. Gambar mengikut turutan masa yer. Haha!

Makanan yang gua makan malam tu antaranya ialah spaghetti, nugget, fries, sandwich, cheese dan banyak lagi.











P/S(Disalin Semula) :
Jangan Lupa Click Nuff Gua Selalu Untuk Minggu Nih. Gua Nak Tengok Hasil Campaign Nuff Tu Berkesan Ker Tak. Thanks Tau!! Ingat! Kalau Tak Click Gua Hantar Hantu Yang Dalam Pic Hari Tu. Hahaha!

Isnin, 15 Mac 2010

Jika Kau Rasa Kau Hebat, Kacak, Cantik, Berakal...Mari Main Teka Gambar....

Hah? Kalau Korang Hebat Apakah Objek Dalam Gambar Nih?


Nih Pula Apa? Cepat Teka Cepat!


Nih Kalau Korang Tak Tahu Aku Tak Tahu Nak Cakap Apa Dah.

Hah? Kau Rasa Siapakah Yang Kacak Dalam Gambar Nih?

P/S : Cuba Teka 4 Gambar Di Atas Jika Anda Hebat!!

P/S : Jangan Lupa Click Nuff Gua Selalu Untuk Minggu Nih. Gua Nak Tengok Hasil Campaign Nuff Tu Berkesan Ker Tak. Thanks Tau!! Ingat! Kalau Tak Click Gua Hantar Hantu Yang Dalam Pic Hari Tu. Hahaha!


Pertama Kali Gua Dapat Buffered Earnings Nuffnang...Jadi Jangan Mengeji Gua...

Hahaha..tadi gua check lah nuffnang gua sebab minggu lepas gua dapat 0 Sen. Mana tahu hari nih dapat RM1 Juta ker kan. Tengok - tengok dapat sikit juga. Haih, tak kisahlah. Sajalah gua click earnings gua tu.

Alih - alih nampak ada buffered earnings campaign name. Tak pernah - pernah plak gua nampak benda nih. So, diharap kalian semua tolonglah click banyak - banyak yer. Hahaha. Tolonglah gembirakan hati gua yang tengah duka melihat midterm CTU gua tadi.

Soalan cam haram jer. Apa ker soalan dia tanya pun gua tak tahu sebab jawapan dia berbelit - belit.
Haih, nak rest kejap before buat assignment dengan group.

Assalammualaikum.

P/S : Tolong Jangan Keji Gua Sebab Gua Suruh Korang Semua Click Iklan Nuff Gua. Gua Mau Minggu Depan Gua Dapat RM5 Juta. Please Tunaikan Permintaan Gua Nih. Hahaha!!

Ahad, 14 Mac 2010

Aku Tak Percaya Aku Lepak Dekat Mcd 12 Jam

Ini memang kerja gila. Bagi akulah. Lepas habis kelas tambahan di pagi Sabtu tiba - tiba budak rumah aku si Fizi ajak pergi online dekat Mcd. Kiranya sampai dekat Mcd seksyen 3 tu pukul 11.45 tengahari.

Tunggu Mcd lunch dulu sebelum order Mcdeluxe. Waktu tulah baru dapat info baru yang assignment kena buat individual pula. Aku baru nak enjoy - enjoy online terus terbantut semangat berfoya - foya dengan laptop.

Lepas tu tiba - tiba ada seorang perempuan datang dekat aku,"Awak nih Hans kan?". Member aku dah terkejut dah. Aku pula rasa macam pernah tengok tapi siapa yer. Aku pun berani dirilah tanya dia sapa. Rupa - rupanya awek Si Moyang Man tak lain tak bukan Si Azzaliena . Sorry saya blur semalam. Hahaha. Lepas tu budak rumah aku kata ada peminat datang jumpa. Macam haram. Hahaha.

Lepas tu, jumpa lagi seorang budak kelas Si Wana. Borak biasa - biasa jer lah. Lepas tu aku tak tahu berapa kali kitaorang berdua refill air pepsi tu sampailah dah malam jumpa balik dengan si Wana. Terkejut dia sebab kitaorang tak balik lagi. Mula dari situ kitaorang bertiga main tagged post dekat Facebook. Masing - masing cari kembar yang kerja dekat Mcd tu. Mau ketawa macam nak gila sampai budak - budak perempuan dekat belakang aku tu mencebik muka.

Malas nak ambil peduli. Hahaha. Sampai pukul 12 macam tu lepas dah rasa mata pun berpinar asyik pandang laptop jer so kitaorang berdua pun chow lah dari situ. Pergi makan Char Kuew Teow Sani kejap dengan sorang lagi budak rumah Si Rempit.

Balik rumah mandi kejap pastu terus tidur tak ingat dunia. Aku mimpi apa pun tak tahu. Duit pun dah makin menyurut. Hahaha. Okaylah. Nak chow dulu. Assalammualaikum!

P/S : Nak Makan Apalah Malam Nih.

Diberitahu Salah…Tak Diberitahu Rasa Bersalah..Senang – Senang Dengarlah Kata Hati

Mesti setiap dari anda semua pernah mengalami situasi seperti tajuk di atas. Baru – baru ini gua juga mengalami situasi yang sama seperti ini. Dua minggu lepas, gua berkesempatan duduk di baris hadapan sekali untuk subjek CTU dan gua dengar dengan jelas sekali yang ustazah akan adakan midterm test pada minggu lepas. Untuk mengukuhlah lagi kenyataan itu gua ada catatkan di halaman pertama buku teks CTU.

Jadi, gua pun mengingatkanlah pada sesiapa yang berkenaan bahawa Isnin minggu nih ada midterm CTU dan jangan lupa study pula sebab ada 3 chapter yang masuk iaitu chapter 1,2 dan 3 mengikut silibus dan soalan terdiri daripada objective dan essay. Jadi, kebanyakan daripada mereka semua terkejut dan mula kelam kabut. Ada juga yang menghubungi ustazah bertanyakan kesahihan berita itu.

Tiba – tiba gua diperlekehkan kerana mereka diberitahu ustazah bahawa tiada midterm pada minggu ini. Gua berasa pelik dan gua cuba menghubungi rakan – rakan kelas yang duduk sebaris dengan gua. Mereka mengakui ustazah ada memberitahu bahawa midterm akan dijalankan pada minggu ini.

Gua tidak kisah sebenarnya midterm dibatalkan tetapi gua agak kecewa kerana diperlekehkan beberapa pihak sebab niat asal gua cuma nak membantu dan mengingatkan sahaja dan bukannya untuk mengenakan mereka. Takkan gua dah tahu gua nak simpan sorang – sorang pula. Hinggalah gua teremo di dalam kelas sekejap pagi tu walaupun mereka cuma bergurau dengan gua. Maaf kerana gurauan anda tidak kena pada waktunya sebab kesan sindiran semalam masih terasa dan terbawa – bawa ke pagi itu.

Jadi, gua merasakan bahawa jika diberitahu pun salah dan jika gua tak beritahu pun gua rasa bersalah maka jalan penyelesaiannya dengarlah kata hati sendiri. Lepas nih gua malaslah nak bagitahu sebab takut jadi macam benda nih. Buat biasa jer lah sebab takut tersalah pula bagi info walaupun hakikatnya betul.

Serius gua tension dengan ustazah CTU hari tu.

P/S : Semoga Berjaya Untuk Rakan – Rakan Kelas Pada Minggu Depan.

Sabtu, 13 Mac 2010

Review Film : Alice In Wonderland Antara Isi Atau Animasi

Film Alice In Wonderland arahan Tim Burton nih adalah sebuah filem tentang dunia pelik yang melibatkan dua pihak iaitu The Red Queen dan The White Queen. The Red Queen merasakan bahawa sebagai seorang kakak atau lebih tua maka dia berhak menaiki takhta jadi dia merampas hak itu daripada adiknya The White Queen. Sudah ditakdirkan si Alice ini akan menjadi penyelamat kepada The White Queen untuk menewaskan seekor naga yang dikuasai oleh The Red Queen. Aku malas nak mengupas tentang film ini. Anda semua boleh pergi menonton sendiri. Tetapi, bagi aku cerita ini terlalu pendek untuk mengupas tentang banyak watak - watak yang terdapat dalam cerita ini. Film ini bagi aku ada yang menarik dan ada yang tak.

Alice
(Macam Ada Yang Tak Kena Dengan Pelakon Yang Membawa Watak Nih)

Red Queen
(Aku Suka Watak Dia)

White Queen
(Watak Dia Gedik Macam Fazura Dalam Pisau Cukur..Hahaha)

Hatter
(Alangkah bagus kalau watak nih dikembangkan lagi)

Tweedledum & Tweedledee
(Lucu dan Comel)

Watak - watak seperti The Mad Hatter (lakonan Johnny Depp), The Chesire Cat, The White Queen (lakonan Anne Hathway) dan the Red Queen itu sebenarnya menarik jika lebih dikembangkan lagi. Watak kembar Tweedledum & Tweedledee juga agak lucu dan comel.
Pelakon yang memegang watak sebagai Alice tu aku rasa macam ada yang tak kena. Entah tak tahu di mana tapi macam kurang umm sikit.

Plot cerita dia agak cepat dan ia adalah kesinambungan daripada cerita dahulu mungkin.
Ideanya bagus dan banyak tetapi tidak cukup untuk filem yang berdurasi 2 jam. Watak - watak lain patutnya dikembangkan dengan lebih baik. Mungkin Tim Burton terlalu memfokuskan kepada penghasilan animasi. Aku tak pasti.

Entahlah, aku suka cerita dia tapi macam terlalu cepat dan animasinya terlalu nampak animasi. Senang cakap korang tengok sendirilah. Aku tak tahu nak komen apa.

3 Bintang!

P/S : Aku Sangat Suka Watak Red Queen.

Picnic Di Waktu Malam

Lepas PPKP tu sesetengah budak kelas gua nak pergi picnic dekat dataran Shah Alam ker apa nama tempat tu. Kira diorang semua gigihlah masak spaghetti, buat sandwich dan macam – macamlah. Gua pun join goreng kentang.

Gua join saat – saat akhir sebab gua ingat diorang nak makan – makan dekat rumah jer.Lama jugalah tunggu budak – budak lain sampai dekat rumah gua sebelum bertolak sekali. Pukul 11 macam tu rasa gua baru bertolak. Perut gua dah masuk angin berapa liter pun gua tak pasti lah.

Semua budak kelas yang join picnic malam tu bukannya budak kelas asal gua jadi dari situ gua cuba kenal mereka semua sehabis boleh.Okay! Enjoy! Dah lama tak makan – makan dekat padang macam tu. Makanan pun sedap. Kira tak rugilah aku join. Hahaha. Rasa gembira memandang bintang – bintang di atas langit sambil baring beramai – ramai mendengar cerita – cerita atau gurauan lucu masing – masing.

Sesi bergambar yang menyilaukan mata aku pun agak menyeronokkan. Senang cakap selepas penat menghadapi PPKP yang agak bosan tu, ini adalah salah satu terapi yang menarik untuk dicuba.

Apa – apapun thanks pada yang sudi ajak aku join picnic bersama korang.

P/S : Susah Betul Nak Ambil Gambar Malam Tu Dekat Camera Budak Rumah.

Jumaat, 12 Mac 2010

Busking & Forum Anime

Waktu rehat PPKP yang dalam sejam lebih tu, member gua si Ezul ajak gua ikut dia pergi tengok member – member dia busking. Macam gua cakap gua suka benda – benda yang unik dan tambah – tambah ada orang nak bawa pula gua pergi tempat tu so gua okay jer lah. Cuma gua segan sebab gua gigih pakai formal hari tu. Dengan panas teriknya waktu tu memang rasa macam hampeh gila.

Tapi, member gua suruh gua cool jer. Buat slumber. Jadi, gua pun buat slumber lah walaupun gua rimas dengan kemeja, slack hitam dan kasut hitam gua tu. Sampai dekat Seksyen berapa entah so member gua nih pergilah jumpa member – member dia. Gua nih kan pemalu(macam haram)…eh,gua memang pemalu lah pada orang yang gua tak kenal so gua cuba – cubalah buat muka baik dan ramah tapi tak tahulah macam mana muka gua kan waktu tu. Hahaha. Sempat jugalah member – member pada kawan gua nih bergurau pasal baju formal gua tu sebab gua seorang jer formal. Cess!

Sampai dekat sana, ketua orang yang buat forum anime ker apa tu pun mulalah berceramah. Tiba – tiba gua teringat dekat blogger – blogger. Gua rasa mesti perjumpaan blogger pun macam nih. Hurm, macam best plak kan. Tapi, sebab dekat situ gua tak kenal sapa – sapa pun so gua diam jer lah. Kalau orang cakap dengan gua baru gua cakap dengan diorang. Mulut gua ada emas plak. Kahkahkahkah.

Walaupun gua bukan kaki anime sebab gua minat doremon, gua tertarik sewaktu mendengar ceramah tu pasal freelance untuk menjadi writer dan sebab tu gua tercongok lama dekat situ mendengar dengan teliti. Haih, kalau ada sesiapa nak gua jadi freelance writer mana – mana majalah ker komik ker sila contact gua dengan segera sebab gua suka menulis dan gua pun minat buat skrip sekarang sejak belajar tentang subject script nih.

Itu mungkin pertama kali rasanya gua pergi benda – benda macam tu. Gua tak sempat tengok diorang busking tapi tak apalah. Masa pergi fakulti gua perasan poster yang pasal Mimpi ker apa yang ada blogger Aloy Paradoks dengan Maqruf Lim tu. Wah, nanti kalau ada benda – benda macam nih gua nak pergilah sebab gua rasa gua macam dah jatuh cinta dengan aktiviti – aktiviti macam nih.

Terima kasih pada Ezul kerana memperkenalkan aktiviti Busking pada gua walaupun gua buta seni pasal benda – benda macam tu.

P/S : Gua Hebat Bermain Piano Kalau Korang Nak Tahu…Gua Tekan Jer Ikut Suka Hati…Hahahaha…Janji Keluar Muzik.

Hari PPKP Yang Bosan

Hari Sabtu minggu lepas gua ada PPKP.Walawehhhhhh, malas siyotttt! Sudahlah hari Sabtu adalah hari cuti ditambah pula dengan hujan yang turun pada waktu pagi yang hening tu. MASYUKKK BEBB!! Tapi kalau gua ponteng PPKP nih kang gua kena repeat untuk next semester plak. Jadi, gua paksalah diri gua pergi.

Sesi pertama adalah mendengar ceramah. Ada dua penceramah iaitu seorang ustazah dan seorang lagi lelaki yang ala – ala ustaz sikit. Gua suka ustazah tu sebab dia rock gila beb. Memang respect lah sama itu ustazah. Gila – gila, rempang, brutal, agresif dan ganas. Semua tu ada pada dia. Gua memang layanlah dengar ceramah dia. Kiranya gua tak mengantuklah. Rindu mahu dengar celoteh ustazah tu lagi.

Sampai dekat penceramah kedua yang lelaki tu buat gua bosan gila macam nak mati. Awal – awal lagi dia dah buat gua kurang berminat mahu dengar ceramah dia sebab dia memberi persepsi yang kurang menarik pada pandangan pertama gua. Sangat bangga dengan kisah – kisahnya di Dubai dan seperti sedikit emo memang buat gua hilang minat. Tanpa gua sedar gua tertidur 2-3 detik jugalah.

Maaflah si penceramah yang ala – ala ustaz itu. Gua cuba bertahan tetapi gua memang tak dapat tahan sebab ceramah anda hanya biasa – biasa saja. Ini sudah kali ketujuh gua menghadapi benda yang bosan seperti ini. Jadi, jika apa yang anda cuba sampaikan sama seperti dahulu maka tidak ada apalah yang menarik pada gua. Maaf lagi sekali.

Waktu rehat, member gua si Ezul ajak gua ikut dia pergi tengok group dia busking. Gua rasa macam pernah dengar busking tu apa tapi gua buta seni sikit untuk bab – bab macam nih. Gua cuba bagitahu dia apa yang gua rasa gua tahu pasal busking dan Alhamdulillah sedikit tepat. Nanti gua cerita hal itu pada entry berikutnya.

Sebab aku layan jer duduk dengar ceramah dekat sana so memang agak lewat nak pergi sesi kedua yang bermula pada waktu petang. Sesi PPKP mula pukul 2 tapi aku dengan Ezul sampai pukul 2.30 petang. Nasib aku kenal orang yang kendalikan sesi PPKP tu sebab dia bekas lecturer aku yang baik. Hahaha.

Alhamdulillah, sesi petang best sebab banyak permainan. Itu jer lah. Aku sebenarnya dah kurang berminat pasal PPKP sebab bagi aku semua tu benda yang sama. Cuma aku cuba ambil apa yang baik yang aku mampu buat.

P/S : PPKP Nih Pada Pendapat Aku Macam Membazir Duit Saja…Pendapat Akulah!

Khamis, 11 Mac 2010

Demi PTPTN….(Part 3)

Sebenarnya yang lori datang tu tak wujud pun. Saja jer gua buat suspen. Hahaha. Gua pun merempit macam tak sayang nyawa dan lepas tu jumpalah Wiyah dekat KFC. Terus cari tempat duduk dan dekat situlah gua dengan Wiyah sign, gunting setem hasil dari borang yang salah dan tampal balik dekat borang baru. Siap bawa gam lagi kut. Nasib Wiyah ada pen. Pen gua mana jatuh pun gua tak tahu. Inilah sebabnya gua tak suka rushing macam nih. Xie Xie Wiyah Xiaojie.

Gua call Gina tanya pasal kaunter cop pengesahan. Dia kata buka lagi. Alhamdulillah. Terus gerak ke sana. Dekat traffic light terserempak dengan Fizi budak rumah merangkap rakan kelas. Dia punya masalah PTPTN lagi teruk. Gua pun follow jer lah dia pergi tempat tadi. Sampai dekat sana, gua pergi ambil cop pengesahan. Alhamdulillah dekat kaunselor yang sama gua minta hari tu. Semua dah selesai.

Sedang menunggu angka giliran gua dipanggil, tiba – tiba baru gua teringat lagi satu borang iaitu borang pengesahan pendapatan yang gua belum tukar lagi sign mak dan ayah gua. Owh, tidak!!!! Gua dah letih dengan dugaan yang datang tak berhenti – henti nih. Takkan nak pergi print borang tu plak. Gua dah penat gila. Nasib Fizi bagitahu gua borang tu ada dekat kaunter. Lepas ambil borang tu satu gua minta tolong budak kelas, si Syafiq tiru sign member gua. Alhamdulillah, thanks Syafiq sebab tolong gua.

Sampai giliran gua dan gua tengok budak perempuan depan gua nih menghadapi masalah yang sama macam gua. Dia lagilah kesian sebab waktu tu dah pukul 4.30 petang. Nak print lagi nak ambil sign lagi nak cop pengesahan lagi memang tak sempat sebab pukul 6 dah nak tutup. Kesian dia dan dalam masa yang sama gua bersyukur sebab gua sempat buat semua tu.

Gua sekali lagi berlakon baik depan pegawai yang bertugas. Kali nih seorang perempuan. Alhamdulillah semua selesai dengan baik cuma waktu nak matikan setem hasil tu dia tegur gua sebab tangan gua menggeletar. Nasib dia tegur cara baik dan gua pun ketawa jer lah. Mana tak menggeletar. Gua penat campur lapar dahaga semua ada.Akhirnya, permohonan gua diluluskan.

Memang rasa nikmat gila waktu tu sebab macam – macam halangan gua tempuh semata – mata untuk borang PTPTN. Alhamdulillah, lepas nih tak payahlah nak ikat perut sangat dan yang paling penting Streamyx semakin dekat untuk tiba di rumah sewa gua. Yehaaaa!

P/S : Thanks Pada Semua Rakan – Rakan Yang Banyak Membantu Saya Tadi. Bertuah Saya Mempunyai Rakan – Rakan Seperti Anda.