Rabu, 30 Jun 2010

Mari Perangi Kutu Kepala

Apa itu kutu kepala? Mestilah kutu yang tinggal di kepala. Jika kutu tinggal di pusat itu namanya kutu pusat. Adess! Aku tak pernah tengok kutu. Aku hanya selalu mendengar cerita tentang kutu. Kawan - kawan aku kata bila dapat tangkap kutu pastu picit dia dan keluar bunyi yang membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mencari kutu dan memicit kutu bagi menghilangkan keghairahan mendengar bunyi kutu yang dipicit.

Apa yang aku tahu kanak - kanak perempuan yang mudah dijangkiti kutu. Seumur hidup aku rasa - rasanya yang aku tahu kena serangan kutu - kutu nih majoritinya perempuan lah. Kenapa yer? Darah kepala orang perempuan lagi sedap dari lelaki ker? Kutu suka makan darah dan kulit kepala akan terasa gatal kerana sewaktu itulah kutu sedang mencari sesuap nasi..eh..sesuap darah untuk kelangsungan hidup mereka.

Orang kata paling bahaya apabila kutu dah mula buat perkampungan kutu dekat kepala kita. Apabila ada kampung maka pasti ada ketua kampung. Bila ada ketua kampung pasti ada anak - anak buah ketua kampung. Itu tandanya populasi sang kutu semakin meningkat dari sehari ke sehari kerana sudah mula bertelur. Diorang kata telur kutu ada yang warna kuning dan ada perang. 

Bekas pembela kutu juga ada bagitahu yang anak kutu nih warna putih pastu mak dengan bapak kutu warna hitam. Entahlah! Aku tak pernah pula tengok! Cuak sebab dengar kata kutu nih boleh buat aksi stuntman lompat dari satu kepala ke satu kepala lain. Cuak weih!! Kutu mudah berjangkit dari kepala melalui :

1) Sikat Rambut
2) Tuala
3) Topi
4) Tudung
5) Tuala

Jadi, jika sudah diyakini anda telah menjadi penternak kutu yang berjaya tanpa anda sedari maka perlulah cepat - cepat mengubatinya jika tidak mahu geran tanah di rambut anda menjadi hak milik mutlak sang kutu nih. Paling teruk jika perkampungan mereka berubah menjadi bandaraya dan ia pastinya membuatkan kehidupan kalian tidak aman. Korang boleh menggunakan :-

1) Sikat Kutu
2) Syampu
3) Bersihkan cadar dan sikat

Anda ada pengalaman dengan kutu? Sejauh mana perhubungan kalian? Kongsikan dengan aku yer.

 Adakah Kutu Berwajah Kacak Dan Jelita Seperti Ini?


P/S :
Kepala Aku Gatallllllllllll!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Tapi Awas!! Bukan Kutu Yer! Jangan Buat Hipotesis Sendiri!! Hahaha!!

Spain Bob Aku Menang...Portugal Telur Ayam!! Yehaaaaaaaaa!

Tak sia - sia aku berdebar - debar tengok dekat tv...Hahahaha...Amik kau Ronaldo! Baju belomoih! Habuk pun tarak! Hahaha..Thanks David Villa...U're hero for ur country! Love Spain!!

SPAIN 1 VS Portugal 0(Telur Ayam)


P/S : Sekali Tengok David Villa Nih Muka Nak Macam Penyanyi Fazley Pun Ada...Hahaha!

Selasa, 29 Jun 2010

Mari Makan Ubat Cacing

Aku rasa macam dah lama tak makan ubat cacing. Kali terakhir makan tahun lepas kut. Hahaha. Apa yang aku tahu melalui pembacaan dan kerajinan menggunakan google tadi ialah cacing nih ada 3 jenis iaitu :


1) Cacing Gelang

2) Cacing Cemeti

3) Cacing Kerawit

Antara tanda - tanda cacing - cacing nih mengganas dalam badan kita ialah :-

1) Cacing keluar melalui lubang najis ataupun ada cacing pada najis.

2) Kegatalan yang sangat gatal di bahagian punggung.

3) Sakit perut, cirit - birit atau lemah badan.

4) Tiada selera makan.

5) Kurang berat badan walaupun selalu makan banyak.

6) Alahan dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakkan setiap cacing - cacing nih dari terus bermahajarela dalam badan kita maka dinasihatkan agar :-

1) Jumpa doktor atau beli ubat cacing.

2) Pastikan kuku dipotong pendek. 

3) Mengamalkan cara pembersihan sayur yang betul.

4) Mengamalkan cara memasak daging yang betul.

5) Pastikan tidak berkaki ayam apabila keluar daripada rumah.

6) Amalkan membasuh tangan seperti yang disarankan di televisyen walaupun kelihatan seperti membazir air. Hehehe! Pastikan membasuh tangan sebelum makan dan juga selepas membuang air besar sebersih - bersihnya.

7) Jangan lupa juga untuk sentiasa membersihkan badan dan mencuci punggung anda untuk menghilangkan telur cacing yang masih ada dan bakal ada.

Jadi, mari makan ubat cacing! Hohoho!

P/S : Tak Beli Lagi Ubat Cacing!

Lirik Lagu Padang Kota

Lepas tengok drama Anak Mamak Menantu Mami terus tangkap cintan dengan lirik lagu Padang Kota. Kehkehkeh! 

Lirik Lagu Padang Kota

Padang Kota
Ya Ribba Ya Ribba
Mari Adik Dan Kakak
Sungguh Cantik Dan Segak
Pak Ngah Pak Long 
 Pak Mentua Dan Mak Mentua
Kita Makan Nasi Kandaq Makan Pasemboq
Dan Makan Sotong Bakaq
Bila Terasa Dahaga Kita Minum
Ayaq Nyoq Satu Telaga


Mai Cheq Mai Semuanya
Abang Aney Dan Nyonya
Mai Minum 
Kopi Tarik Kopi Tarik
Padang Kota
.Padang Kota
Padang Kota
Kotaaa

Pulau Pinang Pulau Mutiara
Disini Ada Apa Sahaja
Kebun Bunga Dan Bukit Bendera
.Mari Saudari Saudara
Makan Minum 
Pasti Jamin Berselera
Padang Kota
Padang Kota
Padang Kota
Kota

Penyanyi : M.Shariff & The Zurah II

Isnin, 28 Jun 2010

Sandra : Juara Survivor Heroes VS Villains Dan Menjadi Satu - Satunya Peseta Yang Memenangi 2 Kali Rancangan Survivor

3 hari 3 malam aku bertapa menonton Survivor Season 20 : Heroes Vs Villains dekat youtube. Hahaha! Apa - apapun bagi aku survivor season 20 nih adalah yang paling terbaik dan penuh kejutan sebab kesemua yang bermain game nih kali nih adalah yang pernah bermain untuk season yang lepas - lepas.




Mereka yang dipilih adalah terdiri daripada bekas pemenang, peserta favourite penonton Amerika, peserta yang kuat dan peserta yang bermain menggunakan strategi jahat. 




Bagi season 20 nih, aku memang ada 3 peserta yang aku suka 
dan ketiga - tiga tu daripada puak Villains.


Boston Rob 

Tak silap aku dulu menang survivor musim ke berapa entah. Waktu final dulu dia lawan dengan peserta perempuan yang sekarang jadi bini dia, Amber. Sekarang dah dapat seorang anak yang comel. Dan dia nih juga pernah menang Amazing Race. Untuk season 20 nih, dia terkeluar tapi aku suka cara permainan dia.


Sandra 

Dia nih pula adalah pemenang Survivor season 20 nih dan dia merupakan satu - satunya peserta survivor yang memenangi survivor sebanyak 2 kali dan menariknya dia baru menyertai 2 kali pertandingan survivor dan menjadi juara untuk kedua - dua season. Aku suka cara dia main sebab dia jenis manusia yang loyal. Bila dia cakap dia akan setia pada alliance dia maka dia akan setia. Menariknya dia tak pernah menang pun apa - apa cabaran imunity untuk single player tapi dia still jadi juara survivor. Sandra memang best!


Courtney

Dia nih pula aku perasan waktu survivor China. Waktu tu dia nih memang aku menyampah gila sebab dia nih nakal - nakal sikit tapi dia lucu. Hahaha. Dan untuk season kali nih Courtney tetap Courtney. Dia kalah tapi dia dengan Sandra adalah sekutu kuat untuk season kali ini. Apa - apapun, Courtney tetap lucu. Hohoho.


Sudah semestinya dalam setiap siri Survivor ada peserta yang tidak digemari dan di sini aku sangat tidak sukakan peserta bernama Russel.


Russel 

Dia nih memang main cara jahat punya. Hahaha. Cuma bak kata Boston Rob, si Russel nih bermain untuk kekal di dalam game dan bukan untuk menang. Jadi, tiada sesiapa pun mengundi Russel sebagai pemenang untuk season kali ini. Tapi, strategy game dia sangat best jugalah kerana dari awal - awal lagi orang cuba singkirkan dia tapi tak berjaya. Hahaha.


 Parvati

Si minah cun nih memang sangat cun. Hahaha. Dia nih sekutu kuat kepada si Russel dan antara TOP 3 Final. Ramai juga vote dia tapi rezeki pada Sandra. Dia nih juga ramai orang nak singkirkan tapi seperti juga Russel, mereka tak berjaya singkirkan dia sebab dia selalu memang cabaran immunity dan jumpa immunity. Strategy Parvati kali nih memang cool gila. Puak Heroes kalah sebab strategy bijak dia. Aku suka dia sebab cun tapi aku tak suka sebab dia geng Russel. Muka nak senyum - senyum jahat jer. Tapi strategy dia bermain sangat aku suka. Hahaha.


Apa - apapun menanti host rancangan nih si Jeff untuk season baru yang akan datang. Tak tahu pula season baru nih dekat pulau mana pula. Apa - apapun Si Jeff nih memang best jadi host survivor dari season 1 sampai sekarang.


Jeff

P/S : Tak Sia - Sia Tunggu Loading Setiap Part. Season 20 Nih Memang Best!

Hahahahahahahahaha

Hahahahahahaha.....

4-1......

Hahahahahahaha
(Gelak Jahat Sambil Berangan Tengok Pasukan England
Naik Flight Economy Macam Team France)

Ahad, 27 Jun 2010

Survivor Season 20 : Heroes Versus Villains

Petang tadi tengah best tengok cerita - cerita dekat Youtube tiba - tiba teringat pasal reality game Survivor. Yang aku tahu kali akhir aku tengok survivor dekat China ke apa yang ada peserta nama Peh Gie tu. Lepas tu NTV7 dah tak tayang dah tak silap aku.



Saja usha - usha dekat youtube dan terjumpa season nih. Apalagi! Terus tengok! Sekarang tengah tengok episod 1. Nak loading punya lambat. 1 episod ada 9 part plak. Hohoho.




Sesiapa yang dah tengok boleh bagitahu siapa menang season nih? Peserta yang aku kenal Rupert, Amanda, Rob, Cherie, James...best betul nih! Layan kejap! Chow!

P/S : Dah Season 20 Dah Rupanya! Aku Dah Terlepas Banyak Gila Season2 Survivor Nih. Hahaha!

Sabtu, 26 Jun 2010

Yehaaaaaaaaa! Spainbob Dapat Menyerap Kepedasan Cili Sos!!

Akhirnya aku dapat tidur lena.

Spainbob 2 - Chile Sos 1

P/S : 
Torres Nih Entah Apa - Apalah! 
David Silva & Inniesta! 
Jom Makan Burger Dekat Gemilang! 
Aku Belanja! Haha!

Berdebar - Debar Gila

Separuh Masa Pertama = 2-0

Sekarang = 2-1....

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Spain Bob Lawan Cili Sos Pagi Nih

Wah! Team favourite gua si spainbob nak lawan sos cili pagi nih. Berdebar betul! Ini kalau kalah alamatnya ikut italy dgn france bungkus awal lah balik rumah. Hahaha.

Adakah team span aku mampu menyerap kepedasan cili pagi nih? Aku tengah menuntut ilmu perbomohan dari bomoh pompuan afrika tu. Dia ramal Argentina menang tahun nih. Fuh! Kalau menang sah bomoh tu femes sebab tekaan nih betul. Hohoho.

Apa - apapun moga team Spainbob gua menang pagi nih. Boleh jumpa Brazil ker Portugal ker nanti masa pusingan ke-2. Hohoho!


P/S : 
Hari Nih Makan Terlampau Banyak 
Sampai Tak Boleh Bernafas. 
Itu Petanda Spainbob Bakal Menang Ker Tak Tu?

Jumaat, 25 Jun 2010

Setahun Pemergian Michael Jackson

Hari nih 25 Jun menandakan sudah setahun pemergian lagenda Michael Jackson. Seluruh peminat MJ merancang pelbagai sambutan sama ada secara terbuka atau tertutup melalui pelbagai medium.

Salah satunya melalui facebook dengan meminta peminat - peminat MJ menyalakan lilin pada hari ini sebagai tanda mengingatinya tapi aku bukan nak korang semua nyalakan lilin pun. Saja berkongsi informasi.



Apa - apapun aku senaraikan  apa yang menarik dan buatkan beliau masih diingati oleh peminat - peminatnya :-

1) Tarian Moonwalk

2) Album Paling Laris Sepanjang Zaman - Thriller(1984)

3) Berkahwin Dengan Anak Elvis Presley

4) Pembedahan Plastik

5) Menulis Lagu Amal - We Are The World 

5) Film Documentary - This Is It

6) Menyatukan Kaum Kulit Putih Amerika Dan Kaum Kulit Hitam Afrika Amerika

7) Merobohkan Ego Saluran MTV

8) Memeluk Agama Islam


Apa - apapun Michael Jackson memang berbakat.

P/S : 
Suka Tengok MJ Menari
Dengan Seluar Panjang Yang Singkat Di Bahagian Kaki. 
Unik!

Khamis, 24 Jun 2010

Filem Apa Yang Bakal Ditayangkan Yang Agak - Agak Korang Best?

Bagi suggestion korang sebab aku nak download. Hahaha. Seronok betul download macam - macam movie nih sampai tak tahu nak tengok yang mana satu. Aku baru habis download filem animasi dari Thailand versi yang dah dialih bahasa ke bahasa Melayu.

Nak pergi tengok dekat wayang sah - sah member aku semua tak nak tambah waktu tu ada lagi filem yang gempak - gempak. Hahaha. Okaylah! Aku nak tengok Jumbo Gajah Biru kejap.

 Comel kan gajah - gajah nih! Hohohoho!


P/S : Tak Sabar Nak Makan Nasi Beriyani.

Rabu, 23 Jun 2010

Ada Satu Tahap Semua Orang Tiba - Tiba Jadi Malas Atau Hilang Selera Makan Atau Penat Atau.....

Malas! Itu adalah salah satu perkataan yang aku rasa pasti pernah terpacul pada mulut kita semua. Mungkin sekali seumur hidup atau mungkin berkali - kali atau mungkin juga setiap hari. Kadang - kadang kita rasa malas mahu makan secara tiba - tiba. Sebelum ini elok sahaja selera makan tetapi tiba - tiba rasa malas mahu makan. Tengok lembu panggang berpusing - pusing atas kayu balak pun tak rasa nak makan walaupun sebelum nih air liur meleleh - leleh bila terpandang serta terhidu aroma yang menusuk hidung.

Kadang - kadang kita akan rasa penat walaupun kita tak buat apa - apa. Pelik tetapi benar. Sedangkan sebelum ini 20 jam kita bertungkus lumus bekerja tetapi bila tiba waktu kita tiada kerja tiba - tiba diri terasa penat sangat ibarat bekerja lebih 20 jam. Penat tak bermaya sehingga perlukan rehat yang agak lama.

Dan sekarang aku dilanda kemalasan. Kemalasan yang amat sangat untuk menulis entry baru ataupun untuk menjenguk atau dengan erti kata lain blogwalking ke blog - blog lain. Serius sangat malas! Tak tahu kenapa! Mungkin perasaan itu hilang atau hanya hilang seketika dan bakal muncul kembali. Aku tak pasti. Apa - apapun aku mahu minta maaf awal - awal kalau tak menziarah ke blog kalian semua sebab tahap kemalasan aku sudah mencapai tahap tertinggi.

Apa - apapun, aku masih belum terfikir lagilah untuk berhenti menulis di sini seperti beberapa blogger lain buat. Kalau nak berhenti pun mungkin bukan sekarang. Aku cuma perlu rehat barangkali! Apa - apapun terima kasihlah pada semua yang sudi baca dan komen setiap entry aku walaupun aku tak menziarah blog kalian. Semua itu amat aku hargai.

Aku hanya akan menulis bila ada perasaan dan semangat.

P/S : Rehat!

Selasa, 22 Jun 2010

Seronok Apa Bela Hantu!!

Hahaha...Tajuk tu macam ganas jer kan? Hantu apa yang seronok dibela? Erk? Aku tak pernah bela hantu dan tak bercadang pun nak bela. Tapi aku pernah bela ikan hantu. Hah, bukan burung jer ada nama burung hantu. Ikan pun ada nama ikan hantu. Korang pernah tengok rupa ikan hantu macam mana? Tengok dekat bawah nih.



Eh, tersilap pula!! Malaslah aku padam! Tengok yang bawah nih pula!!



Comel weih ikan nih! Waktu mula - mula aku beli dia aku tak tau apa nama dia. Sebab bentuk dan bila dia bergerak macam bulu ayam so aku namakan dia Ikan Bulu Ayam! Alih - Alih dekat Underwater World dekat Langkawi tu aku tengok nama dia Ikan Hantu. Fuh! Relaks jer selama nih aku bela hantu dalam akuarium. Hahahaha.

Senang - senang aku cerita pengalaman aku memelihara arwah - arwah ikan aku nih. Best gila gua cakap lu! Ikan nih memang rock habislah!

P/S : Nak Bela Arnab Tapi Nak Bagi Makan Jer Lah! Tahi Dengan Mandi Suruh Arnab Tu Uruskan Sendiri! Hahaha!

Besarnya Kapal Nih! - Part 6

Orang Tua : Wahai anak muda! Nampaknya engkau telah terlepas peluang untuk menaiki kapal besar itu!

Zaqhrie : Arghhh! Tidak mungkin! Kenapa semua ini berlaku kepada aku?

Budiman : Kenapa dengan tuan hamba? Dari jauh hamba lihat tuan hamba seperti sedang bermuram durja sahaja.

Faruqi : Hamba pun perasan riak wajah tuan hamba seperti orang yang bagaikan dilanda kecewa yang amat sangat. Kenapa saudaraku?

Zaqhrie : Hamba tidak dapat menaiki kapal besar itu wahai saudaraku sekalian. Hamba tidak dapat menunaikan cita - cita hamba sendiri mahu pergi belayar mengelilingi dunia yang luas ini sedangkan hamba sudah pun memperoleh peluang keemasan ini. Hamba gagal! Hamba gagal wahai saudaraku! Hamba sangat kecewa!

Budiman : Hamba rasa tuan hamba tidak gagal. Tuan hamba masih punya peluang!

Zaqhrie : Peluang apa lagi yang hamba ada wahai saudaraku Budiman? Hamba sudah tidak berpeluang lagi untuk merasai nikmatnya pergi merentas lautan yang luas itu sambil ditemani pemandangan matahari terbit dan terbenam di lautan biru yang indah. Peluang hamba sudah pun tertutup. Sudah tertutup wahai tuan hamba!

Budiman : Siapa kata peluang tuan hamba sudah tertutup? Hendak seribu daya wahai saudaraku Zaqhrie.

Zaqhrie : Apa maksud tuan hamba?

Faruqi : Maksud saudara Budiman itu ialah masih belum terlambat jika tuan hamba mahu mengejar kapal besar itu. Mungkin kapal itu akan berlabuh di mana - mana buat seketika waktu. Maka disitu tuan hamba masih berpeluang untuk menggapai cita - cita tuan hamba dengan menaiki kapal besar itu.

Zaqhrie : Perlukah hamba mengejar kapal besar itu sedangkan kapal itu bergerak terlampau pantas wahai saudaraku. Mustahil! Mustahil apa yang kalian bicarakan ini!

Budiman : Percayalah! Tuan hamba masih belum terlewat. Pergilah sekarang saudaraku. Hamba mendoakan tuan hamba dapat menunaikan impian yang sudah lama terbuku di hati tuan hamba itu.

Faruqi : Cepat saudaraku! Tuan hamba masih punya waktu untuk mengejar kapal besar itu!

Zaqhrie : Jikalau begitu kalian doakan perjalanan aku sentiasa dilindungi Allah dan aku selamat menaiki kapal besar itu yer. Aku pergi dulu. Assalammualaikum!
Budiman & Faruqi : Waalaikumsalam.


To Be Continue.....

Kena Ugut Baru Dia Nak Menang!! Babap Kang Baru Tau!!

Hahahaha....!! Akhirnya selepas pasukan Sepanyol menerima ugutan dari aku baru mereka nak menang. Sepanyol sekarang menduduki tangga ke-2 di belakang Chile selepas menundukkan Honduras dengan 2 gol tanpa balas. Kedua - dua gol dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-17 dan minit ke-51.

Sebab diaorang takut dengan ugutan aku yang mahu tukarkan lagu dekat blog aku nih dari lagu Shakira - Waka Waka kepada Amelina - Asyik maka akhirnya mereka memenangi perlawanan ini. Tapi Honduras bukanlah pasukan yang hebat sangat. Ujian getir bakal menanti pada perlawanan selepas ini.

Apa - apapun majulah Sepanyol untuk sukan Sepanyol. Hohoho!

P/S : Waka Waka!

If Spain Kalah Lagi Pagi Nih......

Aku buang lagu Shakira - Waka Waka dekat blog aku nih. Hahahaha.

Harap - harap pagi nanti Spain menang besar! Tolong jangan menghampakan aku!

Hahaha!!

P/S : Team Underdog Juga Yang Gempak!

Isnin, 21 Jun 2010

Minggu Nih Tidak Akan Meluangkan Masa Kepada Blog

Hanya Update Saja Jika Ada Masa...

Sudah Lama Tidak Blogwalking...

Alhamdulillah Masih Ada Yang Sudi Membaca Dan Memberi Komen...

Duit Nuff Minggu Ini Tidak Sebanyak Minggu Lepas Tapi Alhamdulillah Dan Terima Kasih Pada Sesiapa Yang Sudi Click....

Baiklah! Moga Terhibur Dengan Entry2 Yang Akan Datang!

P/S : Menikmati Baki - Baki Cuti Yang Ada!

Tolong Saya!!! Menang Loteri!!

Email 1 : Saya sudah menikahi mas Joko pada tanggal 21 Januari yang lalu. Ditakdirkan bahawa mas Joko sudah meninggal dunia. Tiba - tiba keluarga suami saya berkata bahawasanya saya tidak layak untuk mewarisi harta peninggalan arwah Mas Joko. Kononnya, perkahwinan saya tidak sah. Jadi, sekarang saya hanya tinggal sehelai sepinggang. Saya harap kamu sudi membantu saya. Sila balas email ini dan saya akan beritahu kamu apa yang patut di buat.

Email 2 : Email anda telah terpilih sebagai email bertuah untuk memenangi hadiah berupa wang tunai RM100,000. Sila balas email ini untuk menuntut wang anda. Segala langkah - langkah untuk mendapatkan wang akan diberitahu pada email seterusnya.

Itu antara email - email yang aku selalu terima. Walaupun aku menyenaraikan email itu sebagai spam tapi pasti akan ada juga yang baru dapat menceroboh inbox aku. Adoi! Penat mahu click button DELETE. 

P/S : Kalau Email Nombor 2 Tu Betul Dah Lama Aku Kaya Raya. Hahaha.

Ahad, 20 Jun 2010

Besarnya Kapal Nih! - Part 5

Zaqhrie : Adakah bonda tidak membenarkan anakanda pergi belayar? Jikalau begitu anakanda redha dengan keputusan bonda.

Budiman : Mungkin kali ini bukan rezeki tuan hamba. Banyak - banyak bersabar wahai saudaraku.

Faruqi : Hamba rasa adalah lebih baik jikalau tuan hamba mendengar sendiri keputusan itu dari mulut bonda tuan hamba sendiri tanpa membuat sebarang andaian.

Ibu Zaqhrie : Betul kata sahabat anakanda itu. Bonda sebenarnya membenarkan anakanda untuk pergi belayar di lautan sana namun bonda harap anakanda tidak akan melupakan bonda di sini.

Zaqhrie : Anakanda tidak akan sesekali berlaku kejam terhadap bonda sehingga tergamak melupakan bonda di sini. Jangan risau! Insyaallah anakanda akan pulang kembali ke sini jika Allah mengizinkan umur anakanda panjang wahai bondaku. Anakanda berharap agar bonda mendoakan keselamatan anakanda di sana.

Ibu Zaqhrie : Jangan risau anakanda ku! Bonda akan sentiasa mendoakan anakanda pagi dan malam.

Budiman : Bagaimana pula dengan waktu petang?

Faruqi : Wahai saudaraku Budiman! Adalah tidak baik jika tuan hamba mengganggu percakapan orang lain tambah - tambah jika orang itu lebih berumur daripada kita wahai saudaraku.

Budiman : Maafkan hamba!

Zaqhrie : Baiklah Bonda! Anakanda pergi dulu yer! Selamat tinggal bonda!

Ibu Zaqhrie : Baiklah! Selamat jalan anakanda! Hati - hati di sana nanti! Jangan lupa solat! Jaga makan minum! Jaga diri baik - baik yer di sana.


Mereka bertiga pun bertolak kembali ke sungai berdekatan pasar basah tadi. Setibanya di sana kelihatan kapal besar itu sudah tidak kelihatan lagi di sungai itu.

Zaqhrie : Eh, kemanakah kapal itu menghilang wahai tuan hamba berdua?

Budiman : Hamba pun kurang pasti.

Faruqi : Apa kata jikalau tuan hamba bertanya kepada si orang tua itu.


Zaqhrie pun mendekati lelaki tua itu tadi dan dengan sopan menegur orang tua itu dengan lembut dimulai dengan memberi salam terlebih dahulu.

Zaqhrie : Assalammualaikum!

Orang Tua : Waalaikumsalam! Uhuk - uhuk! Owh, anak muda! Ada apa - apa yang boleh pakcik bantu?

Zaqhrie : Hamba mahu tumpang bertanya. Pakcik tahukah kemana kapal besar itu pergi?

Orang Tua : Owh, kapal besar itu sudah pun belayar sebentar tadi. Kenapa kau bertanya wahai anak muda?

Zaqhrie : Apa? Kapal itu sudah pergi belayar?


To Be Continue.....

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 36

Asyraff : Baiklah! Aku benarkan kau main! Lagipun team kitaorang memang tak cukup orang hari nih. Tapi, kau nih serius ker nak main bola dengan kami semua nih?

Siti Nurbaiyah : Asal? Kau pun tak yakin perempuan macam aku nih boleh main bola sepak?

Asyraff : Eh, bukan aku tak yakin tapi aku takut nanti apa - apa jadi dekat kau macam mana? Lagipun, kitaorang nih kasar sikit bila main bola sepak nih. Kau tak takut?

Siti Nurbaiyah : Kau jangan risaulah mat! Ini Baiyah Rossi! Setakat main bola sepak nih tak adalah ganas mana pun. Kau cool jer okay?

Asyraff : Owh, nama kau Baiyah Rossi? Wah, macam nama Mat Salleh lah nama kau.

Siti Nurbaiyah : Erkk! Hahaha. Yang Baiyah tu nama aku lah. Yang Rossi tu sajalah aku letak. Kasi orang cuak sikit bila dengar nama aku. Hahaha.

Asyraff : Hahaha. Okay! Macam tu aku letak kau dekat bahagian middle lah yer Baiyah Rossi!

Siti Nurbaiyah : Aaaa....aaaapa? Bahagian middle? Pehal plak lu nih mat? Takkan letak gua dekat bahagian tengah kut. Tak best lah!!

Asyraff :  Erk!! Habis tu kau nak main dekat posisi mana? Defender?

Siti Nurbaiyah : Tak best lah! Aku nak main bahagian lain!

Asyraff : Kau nak jadi penjaga gol? Kau nih biar betul?? Hish!! Jangan merepeklah!

Siti Nurbaiyah : Bukanlah!! Aku nak jadi penyerang!

Asyraff : Apa?? Penyerang?? Kau nak jadi penyerang?

Siti Nurbaiyah : Kenapa? Kau pun macam si Firdaus tu juga ker? Pandang rendah pada aku sebab aku nih perempuan?

Asyraff : Eh, bukan macam tu! Jangan samakan aku dengan mamat tu. Aku lain!

Siti Nurbaiyah : Kalau betul kau tak sama macam mamat tu...kau letaklah aku dekat posisi penyerang untuk pasukan kau!

Asyraff : Hurm! Aku pergi bincang kejap dengan budak - budak lain. Kau tunggu sini yer!

Siti Nurbaiyah : Okay!


Sementara Asyraff sedang berbincang dengan rakan - rakan sepasukannya yang lain, Elmyra pula datang menghampiri Siti Nurbaiyah dengan wajahnya yang berkerut tanda tidak bersetuju dengan pilihan rakannya itu untuk bermain bola sepak bersama budak - budak lelaki kampung mereka.

Elmyra : Kau nih betul - betul ker nak main bola sepak nih Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Ish! Betul lah Myra! Takkan aku main - main plak. Tengok muka aku nih! Muka serius kut!

Elmyra : Kalau tengok muka kau ibarat aku sedang tengok filem sedih tetapi filem tu buat aku ketawa. Haha!

Siti Nurbaiyah : Cisss!

Elmyra : Kau tak takut ker kalau mak kau dapat tahu? Mahu dia mengamuk lagi macam dulu - dulu waktu dia tahu kau main bola sepak dengan budak - budak lelaki nih.

Siti Nurbaiyah : Hish! Takkan mak aku tahu punya kalau tak ada orang bagitahu. Relaks sudahh!

Elmyra : Buatnya mak kau tahu macam mana?

Siti Nurbaiyah : Aku cari kau dululah Myra! Hahaha.

Elmyra : Eh, pehal plak kau cari aku? Apa kena mengena aku dengan hal nih plak.

Siti Nurbaiyah : Sah - sah lah kau yang bagitahu mak aku. Hahaha.

Elmyra : Ewah - ewah! Sedap jer mulut kau tuduh aku macam tu kan. Nih yang dekat padang nih! Ada lebih 22 pasang mata yang tengok kau main bola sepak tau hari nih. Mereka semua nih ada potensi untuk ikut jejak  langkah Makcik Timah dengan Makcik Joyah sebagai ahli baru mesyuarat tingkap kalau kau nak tahu.

Siti Nurbaiyah : Hurm! Aku malaslah nak fikir Myra. Yang aku tahu sekarang aku nak kalahkan pasukan Firdaus tu. Itu jer misi aku sekarang!

Elmyra : Kenapa yang kau marah sangat dekat si Firdaus tu Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Sebab mamat tu Poyo! Sombong! Bongkak! Takbur! Angkuh! Perasan handsome! Busuk! Bongok....

Elmyra : Eh, dah lah tu! Buat tambah dosa kau jer Baiyah! Hish! Marah betul kau dengan dia yer! Jangan lepas nih kau jatuh cinta dengan dia sudah! Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Hello! Excuse me! Mamat tu kau bagi free pun aku tak mau lah! Hishhh!

Elmyra : Ek eleh! TAK MAHU KONON!!! Tak percayalah aku!

Siti Nurbaiyah : Tapi, kalau si Mat tu macam okay lah juga! Handsome! Hehe! Eh! Dah! Dah! Jangan ganggu aku! Aku tengah fokus nih!

Elmyra : Ciss! Fokus apa kebendanya! Mata kau tu aku tengok asyik pandang si Firdaus tu jer dari tadi!

Siti Nurbaiyah : Ini namanya peperangan psychology! Salah satu cara untuk menakutkan musuh! Kau apa tau!!

Elmyra : Hahahaha! Jangan kata musuh! Aku pun tak takutlah Baiyah! Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Bisinglah kau!!


Kemudian, Asyraff datang menghampiri mereka berdua dengan wajah yang tidak dapat digambarkan apa perasaannya ketika itu. Mungkin sekarang dia sedang gembira atau mungkin sedih atau pun sedang gundah gulana atau mungkin juga dia memang tiada apa - apa perasaan pun ketika itu.

Asyraff : Baiklah! Kau jadi penyerang!

Siti Nurbaiyah : Betul nih? Yes! Thanks weih Mat sebab kau bagi peluang dekat aku! Nih aku sayang kau nih...eh? Nih aku suka team kau nih!

Elmyra : ..............

Asyraff : Tapi rakan - rakan lain bagi kau peluang dalam 15 minit jer tau. Kalau kau main okay kitaorang akan suruh kau stay dengan team kitaorang tapi kalau kau main tak bagus...kau terpaksalah keluar dari team kitaorang. Amacam?

Siti Nurbaiyah : 15 minit? Lebih dari cukup lah tu! Okay! Aku akan main dengan bersungguh - sungguh petang nih.

Elmyra : Erk! Tumpang tanya yer saudara bernama Mat! Si pompuan nih main dalam pasukan awak sebagai apa?

Asyraff : Nama saya bukan Mat! Nama saya Asyraff! Boleh panggil Acap! Owh, Baiyah ini main di posisi penyerang!

Elmyra : Apa? Penyerang? Kau dah gila ker Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Hehehehehehe......


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 37
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

Sabtu, 19 Jun 2010

Update Ringkas! Episod Baru ADKDA! Pasal Cerita Kapal!

Owh, pemberitahuan sekejap! Siri Antara Dia, Kau Dan Aku episod 36 akan menemui korang semua pada pukul 11.30 malam nih. Sebelum tu nak minta maaf sebab lama tak update siri ADKDA tu sebab saja nak rehat - rehat. Kesian pada korang yang ada bertanya bila nak updatelah, dah berhenti ker buat siri tu dan sebagainya. Insyaallah aku akan sentiasa teruskan sebab aku tak suka buat kerja separuh jalan. Doa - doakan sempat aku habiskan siri tu.

Semestinya siri tu masih panjang. Lagipun, siri tu boleh diklasifikasikan sebagai novel online peringkat amatur. Hahaha. Jadi, sah - sah lah panjang. Sedangkan episod Gerak Khas pun dah bertahun - tahun apatah lagi siri ADKDA yang baru berusia berapa hari jer tu. Kuikuikui.

Berkenaan cerita kapal di bawah nih pulak. Ini bukan cerita bersiri. Wah, tak larat aku nak buat 2 cerita siri sekali gus. Hahaha. Tapi cerita kapal tu sengaja aku buat berepisod. Dan cerita tu pelik sikit. Bila korang baca sampai habis nanti semua episod dia baru korang akan faham. Hahaha.

Okaylah! Nak bagitahu tu jer pun! Okay! Selamat membaca! Bye bye!


P/S : Setiap Episod Pasti Ada Pertanyaan! Itu Gaya Aku! Hehehe!

Besarnya Kapal Nih! - Part 4

Zaqhrie : Hamba masih belum mengemas barang hamba! Pada pandangan tuan hamba berdua adakah sempat hamba menaiki kapal ini jika hamba pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil pakaian hamba?

Budiman : Hamba rasa tuan hamba masih sempat pulang kerumah untuk mengambil baju tuan hamba. Mari kita pulang segera!

Faruqi : Ayuh tuan hamba berdua. Nanti saudara Zaqhrie kita ini lewat pula untuk menaiki kapal besar itu.

Zaqhrie : Mari cepat tuan hamba berdua. Hamba takut hamba tidak sempat pula untuk melihat apa yang ada di dalam kapal besar itu.


Mereka bertiga pun bergeraklah ke rumah Zaqhrie dengan pantasnya. Setibanya mereka di hadapan rumah Zaqhrie maka seraya itulah Zaqhrie melompat dari basikal dan terus berlari memasuki rumahnya.

Ibu Zaqhrie : Kenapa dengan kamu wahai anakanda ku? Bonda lihat kamu tergesa - gesa sebegini rupa. Apa kamu mahu kemana sebenarnya wahai anakanda ku?

Zaqhrie : Bonda ku! Anakanda mahu pergi belayar jauh mengelilingi dunia dengan sebuah kapal besar yang sekarang sedang berlabuh di sungai sana. Apa bonda mahu membenarkan anakanda pergi belayar?

Ibu Zaqhrie : Adakah anakanda sudah tidak sayangkan bonda lagi hingga sanggup meninggalkan bonda keseorangan disini?

Zaqhrie : Wahai bonda ku yang ku sayang sepenuh hatiku ini. Anakanda sebenarnya tidak sanggup untuk meninggalkan bonda berseorangan di sini. Namun, anakanda juga mahu mengejar cita - cita anakanda belayar mengelilingi dunia. Sebab itu anakada mahu meminta izin dan restu dari bonda. Apa bonda mahu benarkan anakada pergi belayar? Jika bonda tidak benarkan maka anakanda tidak akan pergi walaupun anakanda tahu peluang untuk anakanda belayar di kemudian hari memang tidak ada.

Ibu Zaqhrie : Berikan masa bonda berfikir dahulu wahai anakanda ku.


Sedang ibu Zaqhrie berfikir di dalam bilik tiba - tiba muncul Budiman dan Faruqi di belakang Zaqhrie.

Budiman : Wahai tuan hamba! Kenapa begitu lama tuan hamba mengemas barang? Kita sudah tidak ada masa wahai saudaraku.

Faruqi : Apa yang dikatakan saudara Budiman itu sangatlah benar wahai saudaraku Zaqhrie. Apa tuan hamba tidak jadi pergi belayar dengan kapal besar itu?

Zaqhrie : Hamba sedang menanti jawapan daripada bonda hamba.


Tiba - tiba keluarlah ibu Zaqhrie sambil air matanya tidak henti - henti jatuh berlinangan membasahi pipinya yang mulus itu.

Ibu Zaqhrie : Bonda telah membuat keputusan dan bonda harap anakanda menerima keputusan bonda dengan redha. Bonda rasa anakanda.....



To Be Continue.....

Besarnya Kapal Nih! - Part 3

Zaqhrie : Entahlah Tuan Hamba! Hamba pun tidak pasti dari mana hamba mendapat wang sebanyak ini. Hamba sengaja menyeluk kocek seluar hamba dan tiba - tiba hamba merasakan bahawa hamba mempunyai wang yang cukup banyak. Mungkin ini takdir dari Allah untuk memberi hamba peluang menaiki kapal besar yang mewah ini.

Budiman : Wahhhh! Beruntungnya tuan hamba! Apabila pergi belayar nanti jangan lupakan hamba yer!

Faruqi : Tuan hamba juga jangan lupakan hamba yer!

Zaqhrie : Jangan risau! Kalian berdua kan sahabat hamba. Hamba pasti tidak akan lupa.

Pakcik : Wahai anak muda! Ini tiket tuan hamba!

Zaqhrie : Apakah duit hamba tadi cukup wahai pakcik penjual tiket?

Pakcik : Alhamdulillah! Duit yang diberi oleh tuan hamba tadi itu cukup RM500.

Zaqhrie : Jikalau begitu bilakah kapal ini akan kembali belayar ke lautan?

Pakcik : 1 jam dari sekarang kapal ini akan belayar semula wahai anak muda.

Zaqhrie : Apa? 1 jam dari sekarang? Oh, tidakkkkkkkkk!

Budiman & Faruqi : Kenapa dengan tuan hamba? Apa sudah jadi?


To Be Continue.....

Selamat Hari Bapa

Saya mengucapkan selamat hari bapa kepada lelaki - lelaki di luar sana yang sudah bergelar abah/ayah/bapak/baba atau apa - apa panggilan yang melambangkan anda sebagai bapa. Sesungguhnya jasa kalian semua tidak mampu di balas oleh kami semua sebagai anak - anak kalian.

Kalian yang mengazankan kami sewaktu kami baru kenal apa itu dunia. Kalian yang mencari nafkah untuk kami membesar, untuk kami menuntut ilmu, untuk kami menumpang kasih. Kadang - kadang kalian memukul kami tapi itu kerana kalian sayangkan kami. Kami faham kenapa kami dimarahi dan sebagainya kerana kami tahu kalian mahu kami jadi insan sempurna yang berjasa pada keluarga, agama dan bangsa.

Walau apapun yang kami lakukan, jasa abah/bapa/ayah/baba tetap tidak terbalas kerana apalah sangat jasa kami jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan besar kalian. Namun, kami tetap berjanji akan sentiasa berbakti, mengambil berat dan mendoakan agar abah/bapa/ayah/baba sentiasa gembira, sihat, dimurah rezeki dan sentiasa bahagia apabila bersama kami.

Kami sayang kalian semua!

Selamat Hari Bapa!

P/S : 
Hari Bapa Juga Seperti Hari Ibu! 
Sambutlah Setiap Hari Dan Bukannya Pada Hari Ini Saja
.

P/S : Kalau Rajin Vote Lah Poll Warna Oren Tu. 

Jumaat, 18 Jun 2010

Besarnya Kapal Nih! - Part 2

Zaqhrie : Hamba sudah berfikir semasak - masaknya wahai kalian berdua. Hamba perlu menaiki kapal ini. Ayuh kita pergi membeli tiket di kaunter sana.

Faruqi : Maafkan hamba wahai saudaraku! Hamba tak mampu untuk mengikut tuan hamba menaiki kapal yang besar ini. Hamba masih mahu tinggal di negeri ini.

Budiman : Hamba pun begitu juga! Hamba masih belum bersedia untuk belayar jauh!

Zaqhrie : Jikalau putih kata tuan hamba berdua maka putih jugalah kata hamba! Hamba tetap mahu menaiki kapal ini walaupun hamba keseorangan. Jikalau begitu temanilah hamba membeli tiket ini walaupun tuan hamba berdua tidak mahu menyertai hamba pergi belayar di laut sana.

Faruqi : Baiklah! Mari saudara Budiman!

Budiman : Ayuh!


Mereka bertiga pun pergilah ke kaunter tiket kapal untuk bertanyakan tentang jumlah tiket yang masih ada. Berdebar - debar hati Zaqhrie memikirkan kemungkinan tiket sudah habis dijual kerana dia sangat teringin mahu menaiki kapal yang mewah itu.

Zaqhrie : Wahai pakcik penjual tiket. Hamba mahu bertanya sama ada masih ada lagi atau tidak tiket untuk menaiki kapal besar itu?

Pakcik : Tuan hamba sungguh beruntung kerana masih ada satu lagi tiket untuk menaiki kapal besar ini.

Zaqhrie : Owh, benarkah apa yang dikatakan oleh pakcik? Syukur alhamdulillah!  Jika begitu hamba mahu membeli tiket yang terakhir itu.

Pakcik : Harganya sungguh mahal wahai anak muda. Adakah engkau mempunyai wang untuk membayar harga tiket kapal yang sangat mahal ini?

Zaqhrie : Berapakah harga tiketnya wahai pakcik?

Pakcik : Harga tiket bagi kapal mewah ini ialah RM500.

Budiman : Apa? RM500? Wah, mahalnya!

Faruqi : Harga tiket itu bersamaan dengan perbelanjaan rumah hamba selama 2 tahun. Lupakah sahaja hajatmu wahai saudaraku. Engkau tidak mampu untuk membayar harga tiket yang mahal ini.


Tanpa disangka tiba - tiba Zaqhrie menyeluk tangan kanan ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan kepingan - kepingan not berwarna biru.

Zaqhrie : Cukup?

Pakcik : Biar hamba kira dulu yer wahai anak muda.

Budiman : ..............(terkejut)

Faruqi : Dari mana tuan hamba mendapat duit sebanyak ini?



To Be Continue.....