Sabtu, 31 Julai 2010

Mari Makan Buah Tomato!

Sewaktu saya kecil dahulu sebutlah apa saja jenis sayur pasti tak terlintas pun di hati saya nih nak merasa walaupun secubit kecuali ubi kentang, daun bawang, bawang goreng, kucai, timun dan salad. Saya merasakan makan sayur sewaktu kecil seperti dipaksa memakan racun tikus! Bertambah deritanya hidup saya apabila sewaktu tingkatan 1 saya sudah terpaksa menetap di asrama sekolah kerana semua pelajarnya diwajibkan tinggal di asrama walaupun jarak rumah dengan sekolah hanya sehasta.

Apabila tinggal di hostel, saya tidak boleh lagi bersifat pemilih kerana jika tidak makan maka saya akan kelaparan atau lebih tepat lagi kebuluran. Saya dihidangkan dengan sayur - sayuran yang berlonggok - longgok di dalam dulang seperti sayur sawi, bayam dan kangkung . Apatah lagi apabila ada pelajar lain yang mengadu terjumpa ulat sayur sebesar jari kelingking serta paku dan sebagainya sehingga membuatkan saya semakin anti untuk memakan sayur - sayuran. 

Keluarga saya selalu berleter kepada saya kerana tidak mahu makan sayur. Ditambah pula alahan kulit saya yang memang teruk hingga membuatkan tangan dan kaki saya bergerutu sewaktu itu menguatkan lagi leteran mak dan abah saya. Tapi, apa boleh buat! Saya tidak mampu untuk menelan sayur - sayur sebegitu! Tekak terasa seperti tersekat sewaktu mahu menelannya!

Akhirnya, saya belajar memakan sayur - sayuran cuma masih ada sayur yang saya tak mampu lagi nak telan seperti terung dan labu. Sekarang saya sangat suka makan sayur.  Siapa sangka saya yang dahulunya manusia anti sayur berubah kepada manusia yang fanatik pada sayur - sayuran. Antara sayur kegemaran saya ialah ubi kentang, brokoli dan tomato. Saya suka makan tomato mentah. Maksudnya disini jika tomato itu dimasak sehingga menjadi lembik maka saya tidak ada selera untuk menjamahnya.

Apa yang saya perasan ialah saya sangat meminati tomato sewaktu saya kerap makan di luar! Setiap hidangan nasi goreng apatah lagi nasi ayam mesti ada beberapa hirisan tomato dan yang pastinya saya tanpa segan silu akan meminta lebih hirisan tomato itu sehinggakan para peniaga yang sentiasa berurusan dengan saya sanggup memberi sebiji atau dua biji tomato yang dipotong dua kerana saya sangat menyukai tomato.

Seperti di Melaka dimana saya suka makan nasi ayam di kedai Haji Nikmat di hadapan Uitm Lendu, peniaga di kedai itu yang saya bahasakan dirinya sebagai nenek juga sudah faham dengan kehendak saya. Tomato pasti akan diberi lebih tanpa menaikkan sedikit pun harga makanan. Sebentar tadi juga saya baru melantak sebiji besar tomato mentah di Restoran Ummi di Seksyen 7!

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon Esculetum sangat kaya dengan anti-oksida dan juga mengandungi vitamin A dan C, zat besi, serat yang baik untuk badan. Disamping itu tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral.

Tomato ialah sejenis sayur buah berwarna merah dan boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak bersama makanan lain seperti sup, tomyam, kari, dalca dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, tomato turut membekalkan kita 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C dalam badan kita.


Kelebihan Tomato :-

1) Mengurangkan risiko barah prostat di kalangan lelaki.
2) Mengurangkan jerawat dan merawat penyakit kulit.
3) Membersihkan kulit muka dan mengecilkan liang roma.
4) Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menghalang bengkak dan radang.
7) Menguatkan sistem pertahanan badan.
8) Mengurangkan risiko kanser.


Jadi, mulakan hidup sihat dengan memilih tomato sebagai makanan wajib anda setiap hari.




P/S : 
Ada Tak Syarikat Perusahaan Tomato
Yang Mahu Menjadikan Saya Sebagai Duta Anda? 
Hubungi Saya Segera Yer!

Rasanya Makanan Bertambah Sedapnya Jika Ia Dibelanja! Terima Kasih Belanja Temannya!

Sebelum tu teman nak bagitahu mika semua yang blogger DenaiHati.com masih lagi menganjurkan contest 2 Notebook Acer Aspire One Untuk Dimenangi dan kepada sesiapa yang mahu menyertainya silalah berbuat demikian dengan segera kerana mika semua masih berpeluang untuk memenangi hadiah - hadiah yang ditawarkannya.


Berbalik kepada tajuk diatasnya! Teman pernah memberitahu mika sebelum nih yang teman ada pergi ke Low Yatt nya membantu kawan temannya si Jue membeli notebook! Dari pagi membawa ke malam dengan mengangkat Imac nya dengan kereta rosaknya maka akhir kawan teman nih hah katanya nak belanja temannya macam Mcd! Bak kata orang tua - tuanya 'Rezeki Jangan Ditolak! Musuh Jangan Dicari' maka temannya mengikut sajalah niat murni member teman tu hah!

Semalamnya teman kurang sihat sikit sebenarnya! Dari pagi membawa ke petang tu rasa tak sedap badannya dengan panasnya kepala nih hah! Tapi, lepas temannya minum ayor nya bebanyak dengan mandinya lama - lama tiba - tiba teman rasa dah sihat sikit! Tiba - tiba kawannya teman si Khaider nih bertanya di Facebooknya bilanya si Jue nih mahu belanja. Si Khaider nih yang membantu si Jue nya menghidupkan bateri keretanya yang mati dengan jumper keretanya.


Sebelum nih budak - budak kelas teman ada mengajak temannya menonton filem Garam @ Salt tapi sebab temannya tak sihat maka teman malas nak mengekornya. Tapi, bila teman rasa badan nih dah sihatnya teman pun teruslah tanya si Jue nya dekat facebooknya juga. Nasibnya si Jue online dan akhirnya perancangan dibuat. Cadangnya nak pergi ke petang tapi si Khaider dengan si Nukmannya ada kelas jadi dibawanya ke malam.


Seronok bebenorlah temannya bila dibelanjanya teman makan GCB saiz besarnya beserta Sunday Cone sekali! Berboraknya pasal informasi semasa sambil melantak kentang gorengnya! Sedap bebenor teman melantaknya! Jadi, temannya nak mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada member temannya si Jue kerana sudi belanja teman dan member teman GCB nih! Terasa begitu sedap bila makanannya dibelanja. 

Hohohoho! Trimas juga diucapkan pada member teman si Khaider kerana mengambil teman dari rumah nih hah dan tak lupa pada si Nukmannya dan si Anasnya! Teman pulang ke rumah dengan penuh kekenyangannya! Hohohoho!

P/S : 
Seronok Juga Dapat Berborak 
Dengan Pensyarah Teman Waktu Diplomanya Dahulu! 
Terasa Beliau Cool Pula Semalam!

Jumaat, 30 Julai 2010

Buku Yang Saya Paling Suka Baca Adalah Buku Teks!

Teman nih memang gemor bebenornya membaca buku - bukunya tapi yang paling teman 'gemor' sekali tentulah buku teks! Dari temannya kecik - kecik dulu membawanya kepada besor panjangnya sekarang nih hah! Ya Allah! Dah berapa banyaknya buku teks teman dah habis khatam hah!
Nak dijadikan ceritanya semalam nih temam adalah membaca buku pasal law - law nih hah! Teman bacanya pun sebab dipaksanya untuk buat rumusan untuk setiap babnya! Teman punyalah suka membacanya hinggakan menguapnya teman nih berkali - kali! Mata teman nih hah kejap terang kejap malap dah serupa lampu kalimantang yang rosak dah lagaknya! Idoklah teman rasa teman tak cukup tidornya tapi entahlah!


Teman bacanya dari muka surat 1 membawa ke muka surat 7! Tiba - tibanya teman berada bersama Lisa Surihaninya! Itu temannya dah tahu bebenor lah tu! Kalau ada Lisa Surihani tu tandanya mimpilah teman gamaknya! Lepas terjaganya maka teman sambung lagilah membacanya! Dari muka surat 7 membawa mata temannya membaca hingga ke muka surat 39 nya...masyallah! 5 kali teman menguapnya dalam sesaat! Dah tak serupa orang dah temannya waktu membaca buku nih! 5 kali sesaat! Dasyatnya haih!

Orang Utan Nih Pun Kalah Lawan Menguap Dengan Teman Nih Hah!

Gembiranya teman nih hah bila dah habis bahagian pertamanya! Temannya kena membaca 3 babnya sebelum boleh dibuat summary nya! Temannya pun tengoklah balik isi kandungannya! Tiba - tibanya pandangan teman menjadi gelap - gelita.

Bahagian 1 : Muka Surat 1-36

Bahagian 2 : Muka Surat 37-114

Bahagian 3 : Muka Surat 115-195


Ya Allah! Temannya dah terasa nak pitam gamaknya! Bahagian 1 nya saja teman dah penat membacanya! Ditambah lagi 2 babnya! Ya ampun! Terus teman rasa kurang sihatnya! Teman rasa temannya diserang resdung sebentar tadi! Teman dah rasa petandanya macam nak demam! Ini semuanya kerana buku yang membosankan nih! Terpaksa korbankan jiwa temannya nak baca buku macam nih!




P/S : Tadi Temannya Melantak Nasi Lemak Ayam 2 Pinggan Tapi 
Habisnya Sama Dengan Orangnya Yang Makan Sepinggan!
Muaahahahaha! Balik Rumahnya Terus Rasa Nak Demam!

Anda Dah Bolehnya Like Entry Saya Sekarangnya! Yehaaaaaaaaaaaaaaaa!

Terima kasih tak terhingganya kepada Orang Kampung Temannya yang tolong ajarnya teman macam mana nak letaknya benda LIKE tu dekat bawah entry nya. Sebelum nih temannya cuba juga membuatnya tapi tak pernahnya menjadi! Kali nih alhamdulillah berjaya juga teman buatnya! Jadinya, kalau dah sukanya click lah LIKEnya sebab teman dah letaknya dibawah entrynya!

Kenapalah teman suka bebenornya letak perkataan NYA sekarang nih yer? Hahahah! Sebenarnya, ini adalah habit buat masa sekarangnya. Nanti dah bosan - bosannya tuko lah gamaknya! Hohoho! Temannya tengah sakit perutnya ketawa dari balik makan tadinya hinggalah sekarangnya! Ini semuanya sebab facebook punya hal nya!

 Dekat rumah sewa teman nih hah! Kalau nak keluar rumahnya sebab nak pergi kuliahnya memang kena sign out facebooknya! Nak pergi bilik airnya nak mandi pun disunatkan untuk sign out akaun facebooknya! Jika tidak memang malanglah nasibnya sebab mesti ada si hackers yang berniat 'baiknya'! Hahaha! Dalam rumah nih hah ada 7 orang semuanya! Seorang itu masih dalam rekod bersih laginya! Tak pernah hack atau di hack oleh yang lain - lainnya. Ada juga 2-3 orang yang rasa - rasanya tak pernah hack tapi  mereka selalu menjadi mangsa si hackers dalam rumahnya. Hahaha! Antara tukang yang suka hack facebook yang lainnya ada 3 orang sajanya!


Sorang tu botak rambutnya!



Sorang tu kerinting rambutnya!



Sorang lagi tu kacak orangnya!


Tak lain tak bukan teman nih hah! Hahahaha! Tadi lepas balik dari makan malamnya tiba - tiba budak rumah temannya yang sorang tu menjerit meroyannya berkata :-

"*&&^&%!! SIAPA HACK FB AKU? MEMANG AKU SUMPAH SAPE YANG HACK FB AKU NI!!!!!! BUKAN AKU YG TULIS "SAYA ENSEM TAK?" TU...... AKU SUMPAH DIE KENCING N BERAK CIRIT TAK BERHENTI SELAME SEMINGGU!!!!!!!!!!!! ARGHHHHHHH!!!!!!!!!!! SUMPAH KO!!!!!!!!!!!"

Hahahahaha! Marah bebenor gamaknya member temannya tu! Alahai! Nasib bukan teman yang buatnya! Kalau tidak mau kurus jari - jemari teman nih hah hari - hari asyik memberusnya toto disebabkan kencing sepanjang masanya. Hohohoho! Sekarang hal ini masih dalam siasatan lagi dan suspek - suspeknya masih belum dapatnya dikenal pastikan lagi! Hohoho! 

Walaubagaimanapun, teman rasanya ini semua pasti kerja si botaknya sebab sebelum nih memang ada beberapa percubaannya tapi terkantoi! Apa - apapun, tidak sabarlah temannya mahu tahu siapa punya angkaranya! Teman nak layan lagu Lady Gaganya lah kejap! Pelik bebenor video clip si pompuannya! Layan ajalah nya yer!


P/S : Si Hackers Pun Di Hack Juga Oleh Si Hackers Yang Lainnya! Haha!

Khamis, 29 Julai 2010

Dulu Bencinya! Sekarang Sukanya!

Waktu teman kecik - kecik dulunya memang cerewet bebenor bab memilih makanannya. Ini tak mahu itu tak mahunya! Senang cakap memang susah nak diberi makannya! Asyik nak melantak ayam jer kejenya! Mana tak gemuknya teman nih hah! Kalau dulunya pandang sebelah matanya pun teman tak ada seleranya tapi sekarang kalau terbaunya saja pun sudah cukup buat air liur teman nih kecurnya. Fuh! Sungguh kuat godaannya!


Durian

Dulunya waktu teman nih kanak - kanak sugusnya, kalau diberi 1 jutanya pun teman tak berkenan bebenor nak memakannya. Dulu teman boleh gengnya dengan mat dan minah sallehnya yang tak suka memakan duriannya. Tapi, sekarang nih hah! Pantang nampak isi duriannya dekat rumahnya memang laju sungguh teman menyebatnya! Sekarang sebutlah apa - apanya daripada buah durian, aiskrim durian, jem durian, pulut durian...memang semua teman telankan ajanya! Cuma teman tak mampunya nak makan si tempoyaknya! Tekak tak mampu nak telannya!


Kelapa

Teman waktu bebudak dulunya memang tak berkenan sungguh dengan kelapanya! Daripada airnya hinggalah kepada kelapa parutnya! Tambah memenatkan temannya bila ada kuih - muihnya yang sedap bebenor tapi ada pulaknya taburan kelapanya! Penatlah temannya mengasing - asingkan kelapa parutnya tu! Mak temannya pun mestilah asyik berleternya 24 jam melihat temannya yang cerewet sungguh dalam bab makannya! Sekarang temannya pantang nampak air kelapa atau orang Kedah panggil air Nyoq dalam peti aisnya! Dari penuh satu bekasnya tinggal setengah sajalah airnya! Bab kuih - muih memang teman sebat semuanya! Sampai licin bekasnya!


Cempedak

Temannya dulu memang anti gila buah cempedaknya! Tapi, walaupun temannya tak suka buah nih tapi teman suka bebenor bau buahnya waktu digoreng. Rasa bebenor nak jamahnya sikit tapi lepas jamahnya rasa tekak nih meloya sungguh rasanya. Teman pun tak ingatnya bila teman suka bebenor makannya tapi memang sedap sungguh melantaknya! Haihhh! Makan seulasnya terasa mahu makan seulas laginya! Memang sedap buahnya!


Jagung

Temannya dulu - dulu nih nak dikhabarkan memang tak gemor memakan benda alahnya nih! Kalau dulu ada dalam cucurnya memang dah lama teman nih asing - asingkannya. Tambah nak disuruhnya teman memakan jagung rebusnya! Memang rasanya macam teman nih dipaksa memakan racun lagaknya! Tapi, sekarangnya? Ya Allah sedap bebenor rasanya! Makan jagung rebusnya, cucur jagungnya, aiskrim jagungnya, jagung bakarnya! Memang sedap semuanya! Teman pernah makan mentahnya! Waktu tanam jagung waktu projek KH nya! Manis bebenor rasanyanya! Nasib tak keracunan perutnya! Itulah yang teman nak katanya! 

Dulu Bencinya! Sekarang Sukanya!


P/S : Teman Nak Pergi Makan Dulunya!

Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nampaknya?

Semalam buat pertama kali aku pergi makan dekat Nasi Lemak Kampung Baru nya. Sebelum nih sepupu aku rajin bebenor lah bercerita dekat teman nih hah! Dikoba beliau betapa sedapnya nasi lemak kampung baru dekat situnya. Teman nih terliyor jer lah mendengarnya. Tiba - tiba semalam kawan teman kata nak pegi sana melantaknya. Teman pun ikut jer lah pergi sananya!




Mula - mula teman sampai situ adalah mat pit sorangnya jaga parking keretanya. Muka dan badannya kurus kering bebenor sangatnya! Teman takut bebonar nak poie bagi duit parkingnya! Alih - alih kawan teman yang bagi duitnya. Masuk dalamnya maka terlihatlah nasi lemaknya. Alahai, keciknya! Perut teman nih kalau setakat 2 bungkus tak cukup gamaknya. Jadi, teman ngambil lah 3 bungkuih! Lauknya pula teman ambik burung puyuh dengan kawan si Paul nya(sambal sotong).

Nak dijadikan cerita makanya melantaklah teman malam tu dengan bersungguh - sungguhnya sampai retak gigi teman gara - gara tulang burung puyuhnya. Fuh! Risau teman sampai pergi jumpa doktor gigi tengahari nya! Nak buat appointment cuci karang gigi makanya dapat waktu bulan puasanya! Teman tak mahu pontengnya maka dia kata hari Jumaat nih kalau teman ada masanya! Teman pun tengah memikio nak buat ker tidaknya! Sudahlah kena dengar syarahan doktor giginya! Teman pulak masa tu tengah seram sejuknya! Haih!

Nak dijadikan cerita lagi adalah kawan teman yang lagi seorangnya! Tengah teman khusyuknya mengulangkaji bahasa mandarinnya tiba - tiba dikatanya teman nih nampak kuruih bebenor! Teman pun pelik jugaknya! Nak kata kuruih teman rasa teman makin tembam sekarangnya! Teman bila melantak nauzubillah banyak sungguh dalam pinggannya! Nak kata teman bulimia tak adanya teman muntah - muntah lepas makannya. Nak kata teman anorexia teman makan sehari banyak kalinya(duit PTPTN dah makin menipis nampaknya).




Tadi pun teman melantak dekat Restoran Ayam Penyetnya! Makan Ikan Lele/Keli yang sedap tak terkatanya! Lepas tu makan pula aiskrimnya ditambah wafernya dekat kedai depan MPH nya! Kemudian, makan Sister Crispy Popia tepi ekslatornya! Itu baru dalam Sunwaynya! Belum lagi dekat luarnya! Macam mana mereka boleh kata teman nih nampak kurusnya? 




Teman pun pening memikiokannya! Teman rasa member - member teman rabun agaknya! Takpun saja nak sedapkan hati teman rasanya! Teman tetap nak makannya! Tak ada niat mau dietnya! Asal banyak bebenor perkataanya nya nih? Pening teman membacanya! Sudah - sudahlah menaipnya! Letih teman nih hah menengoknya! Baca bukulah kejapnya! Selamat malam lah semuanya!


P/S : Rasa Gila Pun Ada Juga Kadang - Kadangnya!

 

Selasa, 27 Julai 2010

Kena Tidur Awal Nih! Esok Ada Kelas Pagi!

Semalam aku tidur agak awal daripada biasa. Rasa - rasanya pukul 1 pagi lebih macam tu aku sudah belayar di alam imaginasi tanpa kawalan minda. Ini semua gara - gara esok ada kelas pagi bersama Legend! Akhirnya, aku terjaga pada waktu yang ditetapkan melalui nada dering telefon bimbit yang ligat mengeluarkan bunyi - bunyian lagu. Aku bangun tetapi bukannya terus mencapai tuala tetapi menghentikan bunyian muzik tadi lantas menetapkan waktu yang baru supaya telefon aku itu berbunyi kembali.




Sekali lagi aku terjaga dan sama seperti tadi aku menghentikan deringan telefon dan menetapkan masa yang baru. Akhirnya, sekali lagi aku tertidur dan apabila sedar sudah pun pukul 9.50 pagi dan apa yang pasti rasa - rasanya seperti ramai manusia lain yang tidak pergi ke kelas pada pagi ini. Tekaan ku tepat! Dianggarkan 15 orang daripada 32 orang budak kelas tidak menghadiri kelas kerana sebab - sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan.

Apa - apapun, aku gembira menikmati tidur yang panjang sebentar tadi dan insyaallah kelas petang ini aku akan pergi untuk menyerahkan tugasan kepada pensyarah. Terasa mahu memanjakan diri di dalam bilik air selepas ini. Selamat pergi ke kelas!


P/S : Malam Nih Nak Baca Buku Akhbar Dan Kuasa Lah!

Thanks Pada Yang Berkenaan!

 
Saya dengan gembiranya mengucapkan Terima Kasih Yang Tak Terhingga kepada semua rakan - rakan yang terdiri daripada mereka di kelas broadcasting, kelas diploma, uitm, kelas pengurusan makanan SM.Teknik Kangar, SMKAK, SK. Jalan Pegawai dan juga blogger - blogger yang :-


Mendoakan Kebaikan Saya.

Mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada Saya.

SMS Saya.

Tweet Saya.

Komen Di Blog Saya.


bersempena hari lahir saya yang ke-'18' semalam! Terima kasih semua! Semoga Allah memberkati kita semua! Amin!

Hari lahir kali ini saya tidak menyambut atau disambut oleh rakan - rakan saya seperti di diploma dahulu. Jika tidak saya dikejutkan dengan kejutan yang bermula dengan lakonan dan diakhiri dengan kemunculan kek atau maggi istimewa namun tahun ini semua itu tidak ada. Cuma pagi tadi ada segelintir rakan kelas saya yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada saya serta diketahui oleh pensyarah selepas 4 kali rakan - rakan saya cuba untuk memberitahu hari lahir saya kepadanya.

Cuma kali ini wall di facebook saya sangat dipenuhi dengan ucapan - ucapan selamat hari lahir. Tidak seperti tahun sudah di mana boleh dibilang dengan jari kerana kebanyakkan rakan - rakan saya akan mengucapkannya melalui sms sahaja. Pada tahun ini masing - masing menghantar ucapan selamat ke wall facebook saya. Terasa seperti artis apabila melihat wall facebook sendiri dipenuhi ucapan - ucapan setiap masa. Hahaha!

Cukup terharu apabila orang tersayang seperti kakak saya mengucapkan selamat hari lahir dan juga rakan - rakan sekolah saya yang masih kekal bersahabat dengan saya terutama rakan - rakan sekolah rendah dan menengah. Tidak kira sama ada mereka lebih berjaya dari saya ataupun saya lebih berjaya daripada mereka namun yang pasti segelintir daripada mereka masih mengingati saya. Alhamdulillah!

Pada tahun ini juga saya tidak sempat menggunakan sebaik mungkin tawaran Maxis untuk menghubungi mana - mana nombor Maxis secara percuma hanya pada hari lahir saya kerana kekangan waktu. Sayangnya kelas hari Isnin saya sangat padat. Jika tidak pasti sejarah tahun lepas berulang di mana saya bercakap sambil bersandar di dinding dimana telefon bimbit sedang di cas selama berjam - jam. Tadi, saya hanya sempat berbual dengan mak, kakak dan kawan baik saya sejak di sekolah menengah iaitu Nazrul. Sudah 9 tahun kami berkawan dan alhamdulillah silaturahim kami masih seperti dulu. Bercakap selama 1 jam 30 minit secara terus tanpa sedar kerana banyak benda mahu diborakkan.

Jika tahun lepas saya mendapat coklat, t-shirt dan tiket wayang sebagai hadiah namun pada tahun ini masih belum nampak sebarang kelibat hadiah. Hahaha! Oh, lupa! Saya menerima sehiris kentang dimasak sambal manis daripada budak rumah saya sewaktu menjamu selera di restoran Ummi di Seksyen 7 tengahari tadi. Hadiah - hadiah saya pada tahun ini lebih bersifat kerohanian iaitu doa daripada rakan - rakan semua. Terima kasih!

Apa - apapun, saya gembira mengharungi usia baru saya ini dengan seribu satu senyuman! Alhamdulillah! Rasa bertuah dan gembira dilahirkan sebagai seorang insan yang dipanggil sebagai Hans di blog ini. Terima kasih lagi sekali kepada semua!


P/S : Terima Kasih Juga Pada Sesiapa Yang Follow Blog Nih 
Dan Click Nuffnang Saya! Dah 3-4 Minggu asyik RM0.25 Hingga RM0.75! 
Tiba - Tiba Hari Nih Dapatlah Seringgit Dua! Alhamdullilah!

Isnin, 26 Julai 2010

Apabila Terlampau Bercakap Dan Sebenarnya Itu Semua Hanya Isi Yang Kosong!

Apabila seseorang dilanda musibah seperti kehilangan orang tersayang, putus cinta, kehilangan barang berharga, gagal dalam peperiksaan, tidak diterima bekerja dan sebagainya maka emosi masing - masing akan bercelaru. Dan pasti akan ada insan lain yang datang mendekati sambil menasihati kita agar bersabar dan adakalanya mereka akan berkata,"Saya memahami apa yang awak pernah lalui sekarang!" atau pun "Saya juga pernah melalui perkara yang sama!"

Ia! Memang betul kadang - kadang kita memahami atau pun pernah melalui hal yang sama namun walaubagaimana sama pun situasinya tetapi tetap tidak akan sama kerana sang pelakunya adalah orang berbeza dan sang penerimanya juga adalah orang berbeza. Kita tidak boleh menganggap apa yang dilalui oleh mereka itu adalah sama seperti mana yang kita telah lalui dan begitu juga sebaliknya. Situasinya sahaja mungkin sama tetapi kesannya adalah berbeza.


Kadang - kadang kita melihat orang lain melakukan kesalahan dan kita akan berkata," Jika aku menjadi dia pasti aku tidak akan melakukan sebegitu rupa!". Tetapi, jika kita menjadi dia pasti kita akan melakukan perkara yang sama kerana kita menjadi dia dan bukan menjadi diri kita sendiri. Kita mampu bercakap demikian kerana bukan kita yang melakukan perkara atau berada di situasi tersebut.

Kadang - kadang kita memberi jawapan yang sebenarnya kita sendiri tidak pernah amalkan. Kita hanya tahu berkata - kata tanpa menyelami maksud sebenar kata - kata kita sendiri. Hakikatnya, pandangan kita sentiasa berubah bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan kita sehari - hari. Mungkin kadang - kadang kita perlu mengkaji sendiri kefahaman atau kata - kata yang keluar dari bibir yang merah ini.


Selamat berfantasi di bumi yang nyata!


P/S : Hujan Membawa Kesejukan Yang Membuatkan Badan Ini Mahu Rebah Di Atas Tilam Sambil Mata Terpejam Rapat Meneroka Alam Misteri!

Fasa Kehidupan Kali Nih Berbeza Dari Sebelumnya!

Jika selalunya aku lebih risau memikirkan bilangan yang sentiasa meningkat dan pastinya tidak akan turun namun untuk kali ini perasaan itu lenyap entah kemana.

Aku menerima dengan ikhlas sekali dan ingin menikmatinya segembira mungkin. 

Buang masa sahaja jika aku memikirkan perkara yang pastinya tidak dapat diputar kembali. Cuma memandang ke hadapan dan melaluinya dengan seribu senyuman.

Terasa hati tenang dan jiwa juga semakin ceria. 

Perlu menikmatinya bersama alam mimpi yang sentiasa menawarka kejutan yang semestinya penuh bermakna.

Terima kasih kerana memberi peluang padaku untuk mengecapi kenikmatan dunia ini!


P/S : Hari Isnin Yang Penuh Bermakna!


Ahad, 25 Julai 2010

Kenapew Waks Niew? Shayer Tak Sukew Law! Itew Sala Inew Sala! Menciks Taww!

Hahahaha! Aku sedang mempraktikkan amalan merosakkan bahasa melalui ejaan perkataan! Sebenarnya aku sedar pasal perkara ini sudah lama. Ada seorang junior aku sewaktu sedang bercouple dengan aweknya akan menaip perkataan seperti tajuk di atas :-

Junior : Waks! Shayer indu waks gilew - gilew yaww! Bwink ah lam nih! Tark taw nuw wark pew! (Awak! Saya Rindu Awak Giler - Giler Punya! Boringlah malam nih! Tak tau nak buat apa!)

Awek Junior : U niew napew tba jew ckp shayer? Ma xshukew lerw! (You nih kenapa tiba - tiba cakap saya? Mama tak suka lah)

Junior : Alalaow! Ma namau lerw cm itew! Pa guraw jer yaww! (Alalalah! Mama takmau lah macam tu! Papa gurau jer yer!)

Awek Junior : Pa! Ma apa arr! Nk mam lerw. Jom lerh Pa! (Papa! Mama lapar lah! Nak mamam lah! Jom lah Papa!)

Junior : Pa ru mam lerw! Ma mam lerw swng2 luw ekk? (Papa baru mamam lah! Mama mamam lah sorang - sorang dulu ekk?)

Awek Junior : Lah! Jom lerw man Ma g mam! Menciks Pa tau!! (Lah! Jom lah teman Mama pergi mamam! Benci papa tau!)

Junior : Yer lerww! Jap! Pa g d jap! Jpa kt cafe yerw! (Yer lah! Papa pergi mandi kejap! Jumpa dekat cafe yer!)




Itulah antara balasan sms antara junior ku dan aweknya. Mula - mula baca tu aku seperti orang mengeja pun ada. Ada juga yang aku tak faham jadi lepas tu ku tanyalah dia :-

Aku : Apa kejadah ko taip nih pakcik?

Junior : Yang mana?

Aku : Ini yang ko taip ,"Pa ru mam lerw! Ma mam lerw swng2 luw ekk?" Apa benda nih?

Junior : Owh! Papa baru mamam lah! Mama mamam lah sorang - sorang dulu ekk! Kenapa? Tak faham?

Aku : Jadah apalah taip sampai macam nih! Dah lah ada huruf W banyak. Nih macam mana nak menyebut Lah kalau ditaip lerw nih?

Junior : Hahaha! Itu taip jer lah!

Aku : Owh! Taip jerw kerw?

Junior : Aik? Macam perli jer ko nih bro?

Aku : Manew adew perli! Ku tanyew jerw lerw!

Junior : Hahaha! Malas aku layan ko!

Aku : Nak kemanew tew?

Junior : Dah! Dah! Sengal punya abang senior!

Aku : Naperw katew ku sengal?

Junior : .....lalalalalalala...sungguhku tak mampu menahan rindu..ah ah ah(menyanyi tanpa menghiraukan lagi pertanyaan aku)


Hahahaha! Selepas tu aku suka jugalah membahan dia! Tapi aku bahan dia pun tak kisah sebab aku agak rapat lah juga dengan dia. Dia pun tahu aku bergurau jer. Tapi, serius! Adakalanya bila terbaca benda - benda macam nih ia boleh jadi satu hiburan juga. Kau akan rasa gembira jika dapat teka dengan betul apa yang penghantar sms tulis.

Tapi kalau kau tengah tension lepas tu dapat pula sms macam nih memang rasa - rasa macam nak baling jer handset ke dinding. Handset murah cam aku lah. Kalau kau sekarang pakai Blackberry memanglah kau 'bijak' nak baling ke dinding.

Cuba bayangkan nanti bila kita bersms punyalah nak jimat huruf nih lalu taip macam nih :-

Penghantar Sms : N.M.D.M.H.N?

Aku : N.P.M.D.M.H.N?

Penghantar Sms : Hish! Susah tul sms kau nih. NAK MAKAN DEKAT MANA HARI NIH?

Aku : O! M.D.M.S.O?

Penghantar Sms : Erk? Apa tu?

Aku : Oh! Makan Dekat Mulut Sudah. Okay?

Penghantar Sms : B Ki Ko!

Aku : Apa tu?

Penghantar Sms : Itu Bahasa Kesat Untuk Kau!

Aku : Hahaha!


Hahahaha! Apa - apapun fenomena menaip macam nih boleh buat kau rasa ketawa, terhibur, menyampah, geli dan sebagainya bergantung pada waktu dan persekitaran sewaktu membaca sms seperti ini.


P/S : Pew Ri Niew Sa Nk Dow Jerw Nta!
(Kenapa Hari Nih Rasa Nak Tidur Jer Entah) Hahahahahaha!

Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler!


Filem : 
The Sorcerer's Apprentice

Genre : 
Aksi, Sains Fiksyen, Pengembaraan & Komedi

Durasi : 
1 Jam 51 Minit

Pelakon : 
Nicholas Cage, Jay Baruchel, Alfred Molina, Teresa Palmer, 
Toby Kebbell, Monica Belluci, Gregory Woo, Ethan Peck.

Pengarah : 
Jon Turteltaub

Klasifikasi ::
Umum

Sinopsis ::

Filem ini bermula dengan kisah ribuan tahun yang lampau di mana ia mengisahkan tentang Merlin yang mempunyai 3 orang apprentice yang dipercayai iaitu Balthazar(Nicholas Cage), Veronica(Monica Belluci) dan Holvart(Alfred Molina) namun sepatutnya dia hanya perlu percaya kepada 2 orang sahaja iaitu Balthazar dan Veronica kerana Holvart telah berpaling tadah akibat kekecewaannya kerana cintanya terhadap Veronica tidak berbalas. Veronica cintakan Balthazar dan bukannya Holvart. Holvart telah bekerjasama dengan ratu sihir yang jahat bernama Morgana.

Merlin tertipu dengan helah Morgana lalu diserang oleh anak didiknya sendiri yang telah mengkhianatinya iaitu Holvart. Veronica pula yang cuba menyelamatkan Balthazar terpaksa menyimpan roh jahat si Morgana tetapi malangnya roh itu menguasai badannya lalu mereka berdua termasuk Holvart juga dikurung di dalam satu bekas yang berlapis. Apabila Merlin hampir di ambang ajal, dia telah mewasiatkan kepada Balthazar untuk mencari Prime Merlinian di mana Prime Merlinian ini sahajalah yang mampu untuk menewaskan si Morgana.

Jadi, si Balthazar nih pun pergilah mencari bakal Prime Merlinian nih ke seluruh pelusuk dunia dari Mesir, China, India dan merata lagilah. Malaysia tidak ada di dalam destinasinya. Hahaha! Nak dijadikan cerita apabila tiba waktu Millenium nih terdapatlah seorang budak lelaki bernama Dave Stutler(Jay Baruchel) nih mengikuti satu rombongan sekolah. Dia meminati seorang budak perempuan bernama Becky(Teresa Palmer) dan kemudian menulis sebuah nota di atas kertas memo pad lalu diserahkan kepada budak perempuan itu. Dia menulis,"Sudikah awak menjadi teman wanita saya?" Budak perempuan itu membalas dan meletakkan nota itu di tempat duduknya tapi nota terbang di bawa angin.

Di dalam pencariannya mengejar nota itu, Dave Stutler termasuk di dalam satu kedai lama yang memuatkan beratus - ratus barang antik dan disitulah dia terjumpa Balthazar. Disitulah Balthazar tahu bahawa Dave Stutler ini adalah Prime Merlinian yang dia cari apabila cincin naga Merlin melingkar di jari budak lelaki ini. Kerana Dave Stutler ini adalah seorang budak yang sedikit cemerkap maka dia telah terjatuhkan satu bekas yang bernama Grimhold dimana bekas ini digunakan untuk mengurung ahli - ahli sihir jahat. Selepas itu keluar ribuan lipas(sumpah aku geli) dan terbentuklah sebuah jasad manusia yang bernama Holvart, si pengkhianat.

Balthazar terpaksa mengurungkan Holvart serta dirinya sendiri di dalam sebuah bekas selama sepuluh tahun. Akhirnya, selepas 10 tahun si Holvart bebas daripada bekas itu termasuk juga si Balthazar. Holvart kini dalam usaha mencari Dave Stutler untuk mendapatkan cincin Merlin berbentuk naga bagi membebaskan Morgana dan dalam waktu yang sama cuba membunuh Dave Stutler. Bagaimanakah nasib Dave Stutler? Apakah Morgana dapat dibebaskan? Adakah si Balthazar mampu menghalang niat jahat Holvart dan menunaikan janjinya kepada Merlin?

Saksikan sendiri filem hebat ini di pawagam - pawagam berhampiran anda untuk menikmati kepuasan visual yang mengagumkan!


Komen Penulis

Penulis sangat suka filem sebegini kerana terdapat unsur - unsur magis yang mampu mengkhayalkan penulis. Jalan ceritanya mudah! Tidak berbelit - belit kerana semuanya straight to the point. Susunan plot filem ini memang tersusun kemas! Lakonan pelakon terutamanya lakonan Nicholas Cage dan Jay Baruchel memang mengagumkan! Kesan khas yang boleh dikatakan berjaya dan hidup! Filem ini lengkap dengan elemen komedi, cinta, sedih, dendam dan yang pasti ia adalah satu filem yang amat menghiburkan.

Dari awal hingga akhir filem ini sentiasa membuatkan penulis celik mata dan mengikut setiap adegan dengan penuh khusyuk. Yang pasti jenaka pelakon - pelakon di dalam filem ini memang hidup. Penulis tidak mahu komen banyak kerana bagi penulis filem ini memang menghiburkan dan menarik. Tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. 

5 bintang untuk filem ini!


P/S : Kalau Ada 3D Nak Tonton Lagi Sekali Filem Ini! Mesti Bertambah - Tambah Teruja Jika Dapat Menonton 3D. Menonton Secara Biasa Pun Sudah Teruja! Lagu Blog Pun Dah Siap Tukar Dah! Layan Lagu Secret By One Republic!  Hohoho!


Perhatian :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Sertai Sekarang Sebelum Terlewat!

Sabtu, 24 Julai 2010

Pagi Tadi Ada Gempa Bumi Rupanya!

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Richter telah berlaku di Mindanao,Kepulauan Filipina pada 1.35 petang 24 Julai 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 6.2 utara dan longitud 123.7 timur.612km dari Timur Laut Lahad Datu,Sabah.(sumber daripada portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia)
Patutlah kecoh jer tadi dekat blog dan facebook pasal gegaran selama 10 saat yang dirasai oleh segelintir rakyat Malaysia. Apabila soalan berbunyi,"Anda rasa tidak gegaran gempa bumi yang melanda Malaysia selama 10 saat sebentar tadi?"
Maka jawapan balasnya ialah ,"Saya sedang di alam fantasi ketika itu!"




Jadi, terlepas untuk merasai perasaan menghadapi gempa bumi. Namun, aku dah pernah dah rasa waktu aku kena denggi dulu. Sewaktu aku di wad dan tiba - tiba gempa bumi berlaku. Mula - mula aku ingat aku pening tapi lepas aku amati betul - betul dan memang gempa bumi sedang berlaku. Walaweh! Waktu tu aku tak rasa takut tapi rasa teruja. Entah kenapa! Mungkin sebab pertama kali kut merasai gempa bumi yang tak lah sehebat seperti di Indonesia, Iran, Pakistan Atau Amerika.

Apa - apapun, aku bersyukur kerana kita hanya menerima tempias gempa bumi sahaja. Susah jika negara kita yang kena gempa bumi kerana struktur bangunan negara kita kebanyakannya direka bukannya untuk mengekang gempa bumi. Apa - apapun, sedang bersiap - siap untuk keluar sekali lagi sebelum membuat assignment esok. Minta - minta ada tiket wayang lebih! Bye!


P/S : Patutlah Mimpi Aku Rasa Macam Bergetar - Getar Jer!

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Semalam adalah hari dimana memang mulut tak berhenti - henti mengunyah. Bermula dengan bangun awal pagi dan mengambil nasi lemak Akak Rock sebagai menu sarapan. Nasinya memang banyak dan apabila makan memang puas hati. Perut pun tidak lagi menunjukkan protes dengan menyanyikan lagu berunsur metal.


 Nasi Lemak


Kemudian, selepas solat jumaat perut diisi kembali dengan Snack Plate Spicy di KFC sebelum perjalanan diteruskan ke Pavillion. Rasa macam lama juga tak makan KFC dan terasa wing dan drumstick ayam KFC sangat sedap.Terasa seperti mahu refill ayam tetapi sayang KFC atau mana - mana restoran makanan segera masih belum melakukan proses ini. Mungkin jika proses ini dilakukan lebih ramai pelanggan akan datang menyumbangkan wang mereka.


 KFC Snack Plate


Kemudian, kereta yang dinaiki oleh 4 orang remaja berwawasan(aku, Dr. R, Wawa dan Mira Bieber) pun terus menuju ke destinasi yang dikehendaki iaitu Pavillion. Walaupun tersilap jalan dan boleh dikategorikan sebagai sesat namun akhirnya terjumpa jua tempat yang mahu dituju. Popcorn dibeli sebelum menonton wayang. Sayangnya popcorn sudah dimasuki angin walaupun bukan kesemuanya tetapi ia sudah cukup untuk menggangu fokus lidah terhadap makanan. Namun, Ice Lemon Tea memang terbaik! Terima kasih kepada Wawa yang sudi membelanja kami.


Pavillion


Selepas tamat menonton wayang, aku mengikuti jejak langkah mereka mencari barang yang dikehendaki. Terlihat papan tanda Body Shop dan terasa seperti mahu membeli sesuatu terhadap diri sendiri. Namun, perasaan malas yang menguasai diri membuatkan niat mahu pergi ke ATM terpaksa dipadam terus. Tiba - tiba, Mira Bieber menyuarakan hasrat murninya mahu membelanja kami semua roti dari Lavender. Roti - roti dari Lavender sangat sedap dan setiap chef membuat roti - roti ini di depan para pelanggan. Menikmati roti - roti dari Lavender membuatkan air liur merembes laju kerana kelazatan roti - rotinya yang memang sedap. Terima kasih kepada Mira Bieber yang sudi membelaja kami.


 Lavender


Kemudian, sewaktu dalam perjalanan pulang dimana masing - masing sedang seronok bercerita tentang tempat - tempat makanan yang menarik untuk dicuba akhirnya kami semua sebulat suara memilih William sebagai tempat melampiaskan nafsu makan malam. Tidak dipastikan ejaan William itu betul atau tidak tetapi jika disebut bunyinya sama seperti mereka yang menyebut kedai makan William ini.

Kedai makan William sama konsepnya seperti kedai makan Murni. Harga setiap makanan adalah dalam lingkungan RM15 keatas tetapi makanan akan dihantar dalam kuantiti yang amat banyak di dalam pinggan yang besar. Jadi, adalah lebih baik jika berkongsi bersama seorang lagi rakan dan pesan makanan yang sama. Jangan risau kerana anda bukannya makan berdua dalam satu pinggan yang sama. Mintalah pinggan yang  baru kepada pelayan - pelayan di situ dan mereka akan memberikan kepada anda pinggan kosong yang baru beserta pakej sudu serta garfu.

Mahukan nasi goreng seafood sebagai menu santapan malam namun makanan yang memenuhi ciri - ciri tersebut ialah nasi goreng ketam yang berharga RM25 sepinggan. Penuh dengan ketam, udang dan sotong memang membuatkan diri ini teruja seketika. Sayangnya, ketam bukanlah makanan kegemaran kerana rasa leceh untuk memakan isi ketam serta rasanya di lidah tidaklah sesedap mana. Tambahan pula, diri ini akan terasa kegatalan yang luar biasa apabila ketam bersemadi di dalam ruang perut.

Namun semalam apabila memikirkan sayang juga jika tidak merasa langsung ketam maka mulut ini digagahi juga untuk menjamah barang 3-5 isi ketam yang sudah digoreng tepung. Kemudian, perut diisi dengan sebuah gelas besar berisi jus tembikai yang sangat segar. Tidak ada masalah untuk menghabiskan jus tersebut kerana sebagai penggemar jus buah - buahan memang itulah yang dimahukan sewaktu pesanan dibuat.


 Lebih Kurang Macam Nih Lah Saiz Kuantiti Air Yang Diminum


Akhirnya, pulanglah kami semua ke kawasan kediaman masing - masing dan terima kasih kepada Dr R kerana sudi meluangkan masa menyertai kami dan sudi makan di William walaupun mempunyai agenda lain pada malam tersebut selepas menghantar kami semua pulang. Ini adalah kali pertama meluangkan masa menyertai mereka bertiga keluar dan sangat terhibur keluar bersama mereka. Mungkin perjalanan semalam ialah untuk meraikan hari makan sedunia barangkali.

 Tengah Melihat Ciri - Ciri Persamaan Yang Ada Pada Dr. R 
Dan Sedang Membandingkannya Dengan Gambar Dr. Rozmey Ini!


P/S : Bahana Memakan Ketam Apabila Kegatalan Masih Dirasai Pada Hari Ini!

Review Film : Ong Bak 3 Sangat Lucu! Hahaha!

Gua baru balik dari menonton film aksi Thailand berjudul Ong Bak 3 sebentar tadi di GSC Pavilion. Sebelum tu nak bagitahu pop corn GSC sini tak sedap sebab dah masuk angin. Ekekekeke! 




Filem Ong Bak versi pertama telah membuatkan seni mempertahankan diri Muay Thai tiba - tiba menjadi sebutan ramai manusia. Tanpa aksi atau kesan khas filem itu dianggap memberi satu kepuasan kepada para penonton kerana keaslian setiap babak - babak aksi di dalam filem itu. Filem ini akhirnya menjadi sungguh terkenal dan bualan ramai penggemar filem tidak mengira bangsa. Dari situ, filem Ong Bak sudah mempunyai pengikut dan peminatnya  yang tersendiri yang boleh dikatakan sangat ramai.

Tetapi, apabila pengarah mengarahkan Ong Bak 2 yang langsung tidak ada kena mengena dengan Ong Bak(pada pendapat akulah) dan secara tidak langsung telah mengetepikan Ong Bak 1 yang sebenarnya lebih asli ceritanya. Jadi, Ong Bak 3 ini adalah kesinambungan pada filem Ong Bak 2. Secara jujurnya aku tak pernah menonton Ong Bak 2 kerana aku lebih berminat pada keaslian Ong Bak tetapi tadi sebab terpaksa jugalah sebenarnya. Hahaha! Dah tak ada filem lain!

Jadi, apa yang boleh aku cakap filem Ong Bak 3 lakonan pelakon Tony Jaa yang memegang watak sebagai Tien amat melucukan. Aku ketawa menonton filem nih. Hahaha! Padahal filem aksi tapi jadi filem komedi. Ceritanya apabila si Tien nih ditangkap selepas membunuh raja apa entah. Jadi, kemudian dia diseksa sebelum dibunuh. Bila aku tengok cara dia kena belasah tu memang dasyat beb. Ini Rajnikanth pun kalah dowh! 

Kena pukul dengan besi ker batang buluh ker entah! Darah dah memancut - mancut dah nih tapi nak kata hero dia siap boleh lawan lagi owhhh! Tapi, selepas dah masuk berpuluh - puluh tentera tu dia kalah jugalah! Hohoho! Tapi, waktu dia nak dijatuhkan hukuman bunuh tu tiba - tiba muncul lelaki yang dipanggil sang gagak! Aku sebenarnya musykil sikit sebab ada dialog yang seperti merujuk Sang Gagak nih adalah semangat jahat si Tien nih. Entahlah! Masalah sebab aku tak tengok Ong Bak 2. Hahaha!

Apa - apapun, akhirnya filem ini berakhir dengan kejayaan apabila Tien berjaya menewaskan Sang Gagak yang jahat gila tu! Senang - senang korang download jer filem nih! Pastu tengok sendiri! Hahaha!

Kenapa aku kata filem nih lucu? Pertama waktu watak si Tien baru sembuh daripada balutan - balutan luka. Macam bila kita patah tangan ker kaki ker mesti ada berbalut kan? Hah! Kira macam tu lah keadaan Tien dibalut seluruh badan. Jadi, bila dah lama tak bergerak memanglah tangan dan kaki kau keras jer. Yang lawaknya tu ada perempuan yang jaga si Tien nih menyanyikan satu lagu untuk bagi semangat Tien nih supaya bergerak dan bangun berjalan dengan menyanyikan satu lagu. Lagu dia berbunyi,"Noi! Noi! Noi! Noi!" Serius sangat lucu babak tu sebab cara perempuan tu menyanyikan lagu tu macam tak kena jer. Hahaha.

Adegan lucu yang kedua waktu si Tien nih meningkatkan lagi ilmu Muay Thai dia dengan memasukkan elemen tarian tu. Waktu dia menumbuk tangan kanan dan kiri berselang seli ke langit diikuti gerakan punggung tu memang buat aku gelak gila punya sebab apabila elemen maskulin yang tiba - tiba kelihatan sedikit feminin memang nampak sedikit janggal.

Adegan lucu yang ke-3 waktu si Tien nih berjalan seperti berkawad tu. Serius pelik dowh! Seperti Mr Bean berjalan tetapi dengan gaya ganas. Kalau Mr Bean jalan memang dia nak buat lawak. Tapi, si Tien nih jalan dengan muka penuh dendam nih tapi nampak lucu! Adoi! Memang nampak aneh betul! Hehehe!

Adegan lucu ke empat ialah satu watak iaitu seorang lelaki yang kurang siuman yang cuba meniru aksi pertarungan si Tien dan terpijak kaki si askar Istana. Itu baru betul - betul lucu! Hohoho! Dan bila masuk lagu akhir sewaktu filem nih tamat juga memang jiwang habis. Hahaha! Kacau betul mood!

Aksi berlawan dia tak dinafikan memang hebat tetapi adegan - adegan tambahan yang buat filem nih hilang sengatnya. Plot dia juga agak kacau sedikit sebab banyak menggunakan teknik imbas kembali. Aku tak pasti watak siapa sebenarnya yang cuba pengarah nih tekankan sebab kelihatan banyak watak untuk si Sang Gagak dan Si Raja yang disumpah berbanding si Tien. Watak perempuan yang menjaga Tien juga kurang ditonjolkan kepentingannya.

Apa - apapun, filem Ong Bak 3 bagi aku tidak mampu untuk menyaingi kehebatan filem Ong Bak! Cuma yang pasti Tony Jaa memang hebat di dalam aksi pertarungan! Itu tak dinafikan! Hohoho! Kepada sesiapa yang rasa - rasa nak tengok tu download jer lah! Hohoho!


P/S : Terlupa Bawa Student Card! Kan Dah Kena Bayar Mahal! Sob Sob Sob!



Perhatian :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Sertai Sekarang Sebelum Terlewat!