Dari lagu Maher Zain aku ubah terus pergi lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Padahal nak balik kampungnya Jumaat minggu depan. Hahahaha! Tak silap aku lah antara ramai - ramai housemate rumah aku nih, aku seorang rasanya yang masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga tercinta lagi nih. Fuh! Minta - minta masih berpeluang berbuka dan bersahur bersama - sama. Amin!
Sudah beberapa hari aku tak bangun sahur! Memang tak sedar! Kunci jam macam mana pun mesti yang aku sedar aku akan diamkan handphone aku tu dan tukarkan waktu untuk hp aku tu berbunyi balik pada jam yang seterusnya. Hohoho! Tapi, berbanding dekat Melaka dulu aku rasa dekat Shah Alam nih lagi bagus. Dulu dekat Melaka, budak - budak rumah aku semua bersahur tapi aku sorang ja terbongkang tidur dalam bilik. Hahahaha!
Cuma kadang - kadang aku pelik! Ada sesetengah manusia yang walaupun bangun bersahur tapi masih tak mampu nak berpuasa! Peliklah! Bagi aku manusia macam nih mengalahkan budak - budak kecil! Aku tadi pergi bengkel sebab nak tukar bateri motosikal aku. Signal lampu motosikal dah tak keluar cahaya dah. Aku nak pergi ke kanan nanti pemandu lain ingat aku nak ke kiri. Nasib umur panjang.
Nak bunyikan hon motosikal pula macam tak perlu jer. Sebab bunyi kentut aku kuat lagi dari bunyi hon motosikal aku. Hahahaha! Tapi lepas dah tukar bateri motosikal nih dah memang bunyi hon motosikal aku sangat kuat dan bertenaga. Kuikuikui! Apa - apapun, macam biasalah duit aku waktu bulan puasa nih mengalir laju betul! Macam air terjun pula lagaknya! Huh!
Gambar Hiasan
Nak dijadikan cerita ada 4 orang mekanik dekat bengkel tu. Dua orang melayu. Seorang cina dan seorang lagi tak dapat dikenal pasti. Yang dua orang mekanik melayu nih betul kan motosikal aku. Tiba - tiba yang Melayu seorang nih selamba badak jer teguk air mineral botol besar depan aku. Aku pun fikir positif lah."Dia nih Siam bukan Islam kut. Kalau tak takkan dia minum depan aku." Hohoho!
Alih - alih si mamat tu boleh pula menyanyi lagu Wali Band sambil membetulkan motosikal aku tu. "Yankkkk...Coba engkau...." Haih, mamat nih minat pula lagu Wali Band.
Tiba - tiba kotak bateri motosikal aku tu terjatuh dan seraya itulah mamat tu menyebut "Allahuakbar!"
Sah! Sah! Islam rupanya! Jadi, memang betul lah dia tak puasa! Tiba - tiba bro Melayu yang lagi sorang tu pun suka hati dia jer minum depan aku! Mak aih! Selera aku tengok dia minum! Air masak tu dia minum macam air tembikai laici jer! Dah tu, berani pula dia order mee goreng mamak dekat belakang tu depan aku!
Aku nih jadi serba salah pun ada. Nak tegur kang tak pasal - pasal dia jahanamkan motosikal aku plak. Tak tegur rasa hati tak tenang. Akhirnya, yang aku ingat selemah - lemahnya kita berdoa dalam hati. Aku pun doa jer lah moga diberi hidayah! Lepas habis dua - dua mamat tu betul kan motosikal aku. Aku cakaplah terima kasih. Ikut hati nak ucap selamat berbuka tapi masalahnya diorang dah berbuka lebih awal dari sepatutnya. Hohohoho!
Budak Nih Penat Puasa Sampai Macam Nih Jadinya.
Entahlah! Memang kerja diorang tu penat tapi masalahnya bukankah puasa itu satu kewajipan? Ada lagi pekerjaan yang lebih penat dan mencabar daripada menjadi seorang mekanik tapi mereka masih boleh berpuasa. Paling tidak jika betul pun tidak puasa tak payahlah ditunjuk depan - depan. Malu pada orang bukan Islam. Apa pula pandangan mereka pada kita orang Islam nih pula nanti.
Ramai orang suka berkata,"Lihatlah pada agama! Jangan lihat pada penganutnya!" Kadang - kadang memang betul tapi bukan semua orang berfikir seperti mana kita fikir. Sebab, apa - apapun kita akan pandang pada kelakuan orang tu juga. Jadi, siapa anda sebenarnya akan mencerminkan agama anda juga pada pandangan orang lain.
Seperti kes buang bayi sekarang. Memang boleh kata hampir semua berita yang dilaporkan melibatkan gadis Melayu. Bukannya tak ada kaum lain! Ada tu ada! Tapi, bila kita kata Islam tu agama yang penyayang, yang suci dan berbagai - bagai lagi tapi bila orang lain melihat si pelakunya Islam memang sikit sebanyak memberikan mesej yang buruk pada agama kita yang tercinta iaitu Islam.
Aku pun bukanlah baik sangat! Tapi, paling tidak tolonglah ubah sikit perangai kita! Kalau bukan bulan puasa kita kata kejahatan yang kita lakukan angkara syaitan! Tapi, kalau dah bulan puasa kau jadi lebih jahat dari hari - hari sebelum datangnya Ramadhan...Siapakah syaitan yang menghasut kau kalau bukan nafsu kau sendiri?
Merdeka sudah semakin hampir tapi apa sebenarnya maksud dan pengertian merdeka dalam diri kau? Adakah kau suka merdeka kerana dapat cuti? Adakah kau betul - betul menghargai kemerdekaan itu? Adakah hadiah kemerdekaan kau yang nak kau berikan pada negara, bangsa dan agama kau ialah persetubuhan haram atau seks bebas dan 9 bulan mulai sekarang maka bersepah lagi berita di televisyen atau surat khabar pasal kes buang anak? Fikir - fikirkanlah!
Kepada yang suka ponteng puasa pula cuba jadikan kanak - kanak kecil yang berpuasa sebagai role model kau! Paling tidak tolonglah tanam dalam diri tu,"Aku rasa malu! Aku rasa lemah! Aku rasa aku teruk sangat jika aku tak puasa tapi kanak - kanak umur 4 atau 5 tahun boleh berpuasa penuh!" Kita dah besar jadi pandai - pandailah fikir.
P/S : Aku Sebenarnya Nak Tulis Pasal Perasaan Nak Balik Kampung
Tapi Dah Melencong Jadi Syarahan Benda Lain Pun Ada.
Tak Apalah! Harap - Harap Ambil Lah Benda Yang Baik
Yang Ada Dalam Entry Nih Yer.
Perhatian Semua :
Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!