Rabu, 29 September 2010

Kongsi! Mahu?

Pagi tadi ada listening dan oral test untuk Mandarin. Aku tak sempat nak prepare apa - apa semalam sebab sibuk buat kerja yang baru dapat. Pagi tadi nasib dengan 'Iphone' baru aku nih buat aku terjaga dan aku pun teruslah study Mandarin. Tapi, aku nih jenis manusia yang susah sikit nak ingat sesuatu makna kalau study last minute tambah - tambah benda yang aku study tu Mandarin pula.

Tadi ujian pertama adalah listening test yang ke-2. Aku dapat tengok markah listening test aku sebelum nih dan aku terkejut gila. Terkejut bukannya sebab dapat sikit tapi terlampau banyak. Hilang 1 markah jer dari 10. Hahaha! Punyalah tak percaya sebab hari tu rasa susah gila. Semangat jugalah nak buat listening test ke-2 tadi tapi memang hati rasa tak sedap. Akhirnya, aku rasa macam orang bodoh jer jawab tadi. Aku tak tahu pun apa video tu merepek. Dari 20 soalan aku rasa leh jawab dalam 8-9 jer. Haih! Tension aku!

Rasa penat sangat! Penat dari segala segi! Kalau lama - lama aku macam nih mahu gugur rambut aku yang semakin mengembang nih! Ada sesiapa tak yang mahu berkongsi kepenatan dan kesedihan aku hari nih? Jom belanja aku makan steamboat! Secret Recipe ker! Hahahaha!

P/S : Cuaca Sekarang Dekat Shah Alam Melambangkan Jiwa Aku!

Bulan Yang Memenatkan! Penuh Tekanan! Bermain Dengan Emosi!

Penat bila benda yang beberapa saat atau jam tetapi aku terpaksa menunggu terlalu lama untuk menyiapkannya.

Tekanan bila bekerja dalam keadaan yang terkejar - kejar dengan masa yang semakin berkurang.

Haih! Baru selesai buat assignment tapi mesti akan ada assignment baru. Dah nak habis semester pun masih dapat assignment baru.

Menyampah betul aku~!

Apa - apapun, esok ada listening dan oral test untuk Mandarin. Aku baru nak mula study sebab baru selesai buat assignment production. Serius letih gila!

Doakan kejayaan aku dan rakan - rakan yer. Amin!

P/S : Tak Sabar Nak Berehat Tanpa Fikir Beban - Beban Seperti Sekarang!

Selasa, 28 September 2010

Review Film : Devil Karya M.Night Shyamalan Kurang Berat Tapi Hebat


Film:
Devil

Pengarah:
John Eric Dowdle

Genre:
Seram, Misteri Dan Thriller

Penulis:
M.Night Shyamalan

Pelakon:
Chris Messina, Logan Marshall-Green, Jenny O-Hara, Bojana Novakovic, 
Bokeem Woodbine, Geoffrey Arend, Jacob Vargas & etc.


Sinopsis:


Kisahnya mengenai 5 orang manusia yang terperangkap di dalam sebuah lif. Setiap seorang mempunyai karakter dan sejarah silam masing - masing dan ditakdirkan mereka berlima ini bertemu di dalam sebuah lif. Mengikut kepercayaan, mereka ini semua akan mati satu persatu akibat perbuatan jahat mereka sebelum ini dan dipercayai salah seorang daripada mereka adalah syaitan yang menyamar menjadi manusia. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berlima? Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Bintang:
4.8/5 @ 8.9/10


Ulasan Tuan Punya Blog:


Mungkin sudah ramai yang menonton atau menyaksikan filem Devil ini sebelum review ini muncul di blog. Ada yang berkata filem ini biasa saja. Ada yang kata filem ini kurang seram dan pelbagai lagi komen. Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman gua menonton filem - filem daripada karya M.Night Shyamalan nih, filem dia sebenarnya bukannya bertujuan untuk menyeramkan penonton tapi lebih kepada untuk membawa kita berfikir tentang karya yang cuba beliau sampaikan kepada kita.

Dengan tagline 'Setiap Perkara Buruk Yang Berlaku Ada Sebabnya' memang mesej itu sampai kepada gua. Gua suka filem beliau kali nih. Mungkin kelihatan 'simple' bagi sesetengah orang tapi bagi gua filem nih memang kreatif. Boleh dikatakan 90% jalan cerita filem ini berkisarkan tentang mereka berlima di dalam lif di mana seorang demi seorang mati tanpa kita sedar siapa yang membunuhnya tetapi kita masih rasa mahu menonton setiap babak atau adegan hingga ke penghujung.

Ada yang berkata hantu memasuki badan perempuan tua itu dan membunuh mereka semua seorang demi seorang tetapi sebenarnya semua suspek boleh disyaki sebagai pembunuh kerana si wanita muda menyimpan kaca di poket dan boleh jadi mangsa sebelum ini mungkin di bunuh oleh wanita muda itu juga. Hakikat sebenar filem ini bukanlah filem hantu. Anda jangan salah faham sewaktu menonton filem ini. Jalan ceritanya sangat kreatif kerana setiap orang mempunyai kriteria untuk menjadi pembunuh. Walaubagaimanapun, buat pertama kalinya tekaan gua tentang siapa pembunuhnya adalah tepat cuma ia bergantung bagaimana cara kita berfikir sewaktu menonton filem ini.

Senang cakap filem ini sesuai kepada orang yang menonton sambil berfikir tentang rasionalnya sesuatu perkara itu terjadi kerana memang filem karya M.Night Shyamalan nih suka membuatkan kita terfikir. Jika anda jenis yang hanya menerima bulat - bulat  apa yang anda tonton dan terus mengatakan filem ini tidak seram atau tidak seronok mungkin anda tersalah menonton filem.

Tahap keseramannya boleh tahan dan pelakon - pelakonnya juga memang hebat. Apa - apapun, memang gua enjoy gila tengok filem nih dan filem karya M.Night Shyamalan ini selepas The Sixth Sense dan 2 filem lagi yang gua lupa tajuknya memang gua faham dan buat gua berfikir banyak benda.
 
Tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan filem nih.


P/S : M.Night Shyamalan Bukan Pengarah Filem Ini Cuma Ini Hasil Karya Beliau. 


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Kerinduan Gua Pada Vibrate Handphone Terubat Dengan Iphone Yang Baru Dibeli Tadi

Walaweh! Sudahlah tak dapat nak melahirkan perasaan sedih selepas kehilangan handphone tersayang! Macam mana nak sedih kalau ada pula member yang senasib dengan aku pun boleh lagi buat lawak. Kerja gelak jer dari sebelum handphone hilang sampailah hilang hinggalah aku beli handphone baru tadi. Hohohoho!

Yang menyakitkan hati aku pada si pencuri tu...sudahlah dia curi boleh pula dia on lagi hp aku tu! Memang haram jadah tul! Aku dah sumpah dah pencuri tu jadi abu! Haih! Dah satu kerja pula aku nak kena cari balik nombor telefon member - member. Nasib ramai memberi kerjasama. Terima kasih!

Punyalah macam sengal bila mana situasi yang memerlukan handphone berlaku. Memang gelak sudah! Contoh - contoh situasi :-


Situasi 1(dalam bas)

Member :
Ko dah kenapa tiba - tiba seluk poket?

Aku :
Poket aku macam rasa vibrate tadi!

Member : 
Hahahahahahahaha!

Aku : 
Cis! Nak buat macam mana! Terasa poket macam vibrate!


Situasi 2(di rumah)

Aku : 
Mana kunci motosikal aku entah? Hari tu siapa pinjam?

Member : 
Cuba kau call si P tanya tengok mana dia letak kunci.

Aku : 
......(Melangkah mahu ke bilik mencapai handphone tapi tiba - tiba)....
haram betoi! Hp aku mana ada gila!


Situasi 3(selepas makan)

Aku : 
........(meraba - raba poket)

Member : 
Kau cari apa?

Aku : 
Asal poket seluar sebelah kanan aku kosong? Aku bawa kunci dengan dompet jer ker?

Member : 
.......(diam)

Aku :
hahahahahaha(baru teringat hp dah tak ada)


Situasi 4(baru masuk kelas)

Pensyarah : 
bla bla bla bla(tengah mengajar)

Aku : 
Eh, aku dah silence handphone ker belum nih. 
Kang memekak pulak(sambil meraba - raba poket)

Tiba - tiba baru sedar handphone dah tak ada!


Haih! Jadi sebab susah gila handphone tak ada di saat - saat semakin sibuk tadi maka pergilah membeli handphone baru. Akhirnya, berjaya juga aku membeli Iphone dengan harga yang istimewa.

Hah! Nih Lah Iphone Aku! Hahahaha!


Aku sebenarnya nak pergi gunting rambut. Budget nak buat rambut cacak ker punk ker mohawk ker tapi duit tu terpaksa digunakan untuk beli 'Iphone' aku nih. Haih! Tak apa lah! Utamakan yang penting dulu! Hohohoho! Dibawah nih ada flyer untuk member aku yang juga turut mengalami nasib yang sama dengan aku. Hah! Macam mana tak gelak! Walaupun situasi nih sebenarnya menyedihkan tapi tak tahu kenapa kami masih ketawa hingga sekarang! Hahahaha!


Sudah Diedit Oleh Seorang Lagi Member 
Yang Bernasib Baik Tidak Menjadi Mangsa Kecurian!
Tapi Beliau Menjadi Mangsa Penipuan!
Hahahahahaha!


P/S : Nanti Ada Masa Gua Cerita Aktiviti - Aktiviti Dekat Sana! 
Tunggu Budak Lain Upload Gambar Dulu!

Jumaat, 24 September 2010

New TV Drama : The Crossings Kreatif Serta Penuh Tanda ?

Petang tadi aku pergi ker PJ Life Arts dekat Petaling Jaya untuk screening new tv drama untuk saluran NTV7. Hajat tercapai untuk bertemu, berborak dan bergambar bersama Dira Abu Zahar serta Xavier Fong. Apa boleh aku cakap sewaktu menonton episode pertama siri The Crossings nih, memang aku enjoy habis. Drama Inggeris ini memang menarik dan kelakar walaupun seram. Tahniah pada semua krew dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan siri ini.


Station: 
NTV7

Genre: 
Dark Comedy

Duration: 
1 Hour

Episode: 
13 Episodes

Language: 
English

Time Slot: 
Every Friday(8.30 - 9.30 p.m)

Start Date:
1 October 2010

Synopsis

‘Crossings’ is the story of Bob Boroi, a wimpy copy-writer whose uneventful life has become a mundane blur of terminal boredom. Repeatedly belittled by his boss and constantly humiliated by his mean colleagues, Bob seems to be living right down to everyone's expectations that he will always be a loser.... And that's the least of his challenges!

After a sudden freak accident that also cost his life, Bob suddenly obtains the gift of seeing dead souls and helping them move on in the afterlife... It isn’t long before Bob finds himself to be an unlikely
hero attempting to help the dead in his own bizarre but often amusing ways.

Now, with more excitement and purpose in his life, Bob slowly finds the courage to live his own life. Follow the adventures of Bob and his odd group of companions as they try to solve the dying wishes of the souls they encounter, while trying to juggle everyday work, life, friendships and relationships.

Bob may not be your average hero, but he will always be the character everyone will root for every step of the way!

Main Cast

Zaki Zamani as Bob Boroi


Dira Abu Zahar as Katie

Hansen Lee as Danny Boy

Supporting Cast

Xavier Fong as Anthoin

Ruzana Ibrahim as Brenda


Nina Shahril Khan as Miss Merlin Kumar

Yalal Chin as Sifu Chun


P/S : Sudah Menonton Episod 1! Menarik! Kelakar Walau Seram! Menanti Episod Seterusnya! Korang Kena Tengok Beb! Memang Best!


Maaf Tak Dapat Nak Ulas Panjang Kerana Tak Ada Masa! 
Esok Nak Kena Pergi Pangkor!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Rabu, 22 September 2010

Lain Rasanya Bila Benda Yang Sedia Ada Berubah


Kita selalu mempersoalkan benda atau perkara yang berubah daripada apa yang kita mahu lihat atau percaya apabila ia kelihatan janggal di mata kita. Seperti mana rasa janggal aku melihat blog sendiri yang tiba - tiba tiada sebarang langsung bloglist gara - gara serangan malware baru - baru ini.

Lain rasanya apabila sesuatu perkara atau benda yang selalu kita lihat, hadapi atau percaya tiba - tiba berubah secara drastik. Kadang - kadang kita sukar untuk menerima perubahan tersebut. Kadang - kadang kita sudah menerima perubahan itu tetapi tiba - tiba kita sendiri berubah pendirian untuk menolak apa yang kita percaya sewaktu itu. Kadang - kadang perubahan itu sebenarnya sesuatu yang baik namun kita sendiri yang ego untuk menolaknya secara mentah.

Masing - masing punya hak untuk menerima perubahan itu secara positif atau negatif. Apa - apapun pastinya perkara itu akan berbalik kepada diri sendiri. Orang lain boleh memberi cadangan atau memujuk kita untuk menerima tetapi keputusan terletak di tangan sendiri. Ada sesetangah perkara atau benda dimana walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan perkara atau sesuatu benda yang telah pun berubah namun hormatilah hak individu lain.

Ada kalanya kita mahu lihat apa yang kita kehendaki sedangkan itu tidak adil kepada individu yang tiba - tiba dihakimi oleh kita. Tak semestinya apa yang kita mahukan itu terbaik untuk kita. Hormatilah perubahan yang boleh dikatakan baik yang sedang berlaku kepada kita atau orang sekeliling kerana tidak selama - lamanya kita akan terus terpesong dek hasutan nafsu yang tidak pernah cuai bertindak apabila kita leka walaupun sedikit.

Mulut berkata - kata tetapi hati mendiam seribu bahasa. Kadang - kadang kita tersalah percaya kepada benda yang kita tidak patut percaya. Insafkan lah diri! Ingatilah ibu bapa kita! Semakin banyak kita melakukan dosa semakin derita kedua ibu bapa kita! Kita kata kita sayangi mereka tetapi itu hanya di mulut. Kebenarannya adakah tindakan kita membuktikan kata - kata kita? Jawapannya ada pada kamu!


P/S : Tidak Berguna Jika Ilmu Dunia Penuh Di Dada 
Tetapi Berjiwa Kosong Hingga Tidak Dapat Menerima Perubahan Orang Lain.
P/S: Gua Bukan Gangster! Hati Gua Nih Bukan Seratus Peratus Kering! Harap Maklum!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!


Selasa, 21 September 2010

Sekali Sekala Gua Feeling Rasa Hujan


Kita tidak mahu menjadi air mata,
Ia tidak kekal lama di mata,
Mahu pun di permukaan pipi,
Melambangkan kelemahan diri.

Kita mahu jadi memori bahagia,
Kerana ia selalu dikenang,
Namun itu semua palsu,
Buktinya ada di depan mata.

Kita mahu itu,
Kita mahu ini,
Kita mahu ia,
Semuanya kita mahu.

Ikutkan hati tanpa halangan,
Ikutkan jiwa tanpa paksaan,
Ikutkan nafsu tanpa batasan,
Apa lagi yang ada.

Kenapa bencikan air mata,
Sedangkan itulah tenaga,
Membawa berat beban, 
Yang tidak mampu ditanggung.

Kenapa khianati lidah,
Bersubahat dengan bibir,
Hingga sanggup ungkapkan,
Perkara yang hati nafikan.

Kenapa butakan mata,
Yang sedang celik,
Ketika ia sedang terbuka,
Dan jelas kesemuanya.

P/S : Tidak Rugi Apa - Apa


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!


Owh! Awak Blogger Ada Seat Khas Untuk Awak!

Hahahaha! Ayat tu keluar dari bekas lecturer aku petang semalam yang mengajar aku semester lepas untuk subject animation. Sampai sekarang aku tergelak - gelak lagi bila teringat dialog tadi. Al - kisahnya lepas kelas yang konon ada midterm test tapi sebenarnya tak ada tu maka aku dengan dua orang lagi budak kelas pergi lepak dekat cafe fakulti kejap. Makan lah sepam dua dulu untuk isi perut.

Lepas tu waktu dalam perjalanan nak pergi kelas tu tiba - tiba lecturer aku nih panggil kami bertiga. Dia ajak kami bertiga pergi Press Conference untuk satu drama baru nih. Hari Khamis bermula 6.30 petang. Tak kisahlah kan pasal jam berapa tu dan tiba - tiba bila dia pandang muka aku dan seraya berkata,"Hah, untuk blogger kitaorang ada sediakan seat khas untuk kamu."


  Dira Abu Zahar Naik Motor Besar! Aku Sangat Kagum!

Seraya tu dua orang kawan aku tu pandang muka aku sekejap. Aku adalah terkelu 2 saat lepas tu terus aku mencelah,"Hahaha. Blogger apanya! Biasa - biasa jer kut!" Walaweh! Aku memang tak tahan dengar ayat ada seat khas tu. Serupa aku reporter pula. Yang bestnya drama tu Dira Abu Zahar berlakon. Hahaha! Tiba - tiba rasa semangat nak pergi sebab nak ambil gambar dengan dia. Orang tengah sibuk press conference aku pula dok sibuk angan - angan nak bergambar.

Comel Betul Lisa Menjadi Gadis Kampung!

Tiba - tiba lecturer aku kata ada Lisa Surihani pula. Cess! Macam tipu jer aku rasa! Hahaha! Tapi kalau betul pun best juga cuma rambut aku sekarang macam Medusa. Nak ambil gambar pun macam segan. Nak pergi salon pun macam tak sempat jer. Kuikuikui! Entah! Aku macam tawakkal jer nak ponteng kelas Khamis petang nih. Tengoklah macam mana. Kuikuikuikui!


P/S : Khamis Pagi Ada Midterm Test! Jumaat Pagi Ada Presentation! Lepas Presentation Kena Pergi Pangkor Pula! Berjalan - Jalan Sambil Buat Assignment! Fuh!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!

Isnin, 20 September 2010

La Comedie Humaine Filem Komedi Yang Bermakna


Filem :
La Comedia Humaine

Pengarah :
Chan Hing-Kai, Janet Chun Siu-Jan

Penulis : 
Chan Hing-Kai, Janet Chun Siu-Jan

Genre :
Komedi

Pelakon : 
Chapman To Man-Chat, Wong Cho-Lam, Hui Siu-Hung, Fiona Sit Hoi-Kei, Kama, 
Lee Lik-Chee, C.Kwan, Maggie Li, Tsui Tin-Yau, Wong Yau-Nam, Law Wing-Cheong, 
Soi Cheang Pou-Soi, Carl Ng Ka- Lung, Derek Kwok Chi-Kin

Sinopsis:
Spring sebagai seorang assassin(pembunuh) sedang menanti seorang rakannya yang juga seorang pembunuh di atas sebuah apartment. Tiba - tiba Spring terlibat dalam satu kemalangan kerana terlanggar area televisyen beberapa buah apartment dan Soya, seorang jejaka yang lurus dan skema merangkap penulis skrip yang mahu melihat apa yang terjadi pada antena televisyen akhirnya menjumpai Spring yang terbaring selepas dihempap beberapa antena besi televisyen itu.

Soya membawa Spring pulang ke apartment beliau dan menjaga Spring yang pitam. Apabila Spring sedar dan mendapati dirinya dalam keadaan berbogel dan hanya di selimuti sebuah selimut maka Spring menjadi marah dan dalam diam cuba melakukan pelbagai perkara untuk membunuh Soya kerana terasa maruahnya sebagai seorang pembunuh professional tercalar.

Banyak cubaan yang dilakukan namun tidak berjaya. Ada saja halangan yang menimpa. Namun, semuanya berubah apabila Soya menceritakan tentang gadis yang dicintai iaitu Tin-Oi, gadis psycho kepada Spring. Nak tahu apakah kesudahannya? Download lah sendiri. Hehehe!


Filem nih memang kelakar. Ketiga - tiga pelakon iaitu Chapman To, Cho-lam Wong dan Fiona Sit berjaya membawakan watak masing - masing dengan bergaya sekali terutamanya Fiona. Fiona yang membawa watak gadis yang sedikit psycho memang kadang - kadang melucukan dan kadang - kadang rasa kasihan itu jatuh kepada wataknya. Cho-lan Wong pula memang hebat dengan wataknya sebagai penulis skrip yang skema. Memang dia betul - betul menjiwai watak itu. Tahniah untuk mereka bertiga.

Filem ini cuba untuk menyampaikan mesej tentang nilai persahabatan, keberanian dan kasih sayang. Walaupun setiap babaknya mesti akan diselitkan unsur komedi namun komedinya bukanlah komedi bodoh atau slapstik. Aku terhibur menonton filem ini dan 3.8 bintang kepada filem La Comedie Humaine.


 Kisah Spring Bermula


 
 Aksi Lucu Yang Buat Aku Ketawa Besar


 
 Aksi Tin-Oi Dan Soya Sewaktu Janji Temu Pertama Mereka

 
 Cubaan Spring Untuk Membunuh Soya


 
 Cubaan Spring Yang Entah Berapa Kali Untuk Membunuh Soya


 Pertemuan Antara Spring Dan Maggie Chan Mengubah Segala - Galanya


P/S : Esok Bermulalah Rutin Lama! Bangun Awal Pagi!





Perhatian Semua :


Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!


Ahad, 19 September 2010

Perjalanan Yang Amat Memenatkan!! Tak Guna Punya Syarikat Bas!

Patutnya bas aku bertolak pukul 7 malam. Aku pun pelik sebab selalunya bas hanya ada 2 sesi iaitu pagi dan malam. Kalau pagi di dalam lingkungan 10 pagi dan kalau malam pun di dalam pukul 10.30 malam macam tu. Tiba - tiba kali nih pukul 7 malam. Wah! Gila awal! Aku bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 petang untuk ke Shahab Perdana. Terlepas Upin Ipin aku. Hahaha! Sampai dekat sana maka ayah aku suruh aku pergi tanya kaunter bas tu dulu platform mana.

Tiba - tiba akak kaunter tu cakap bas pukul 7 malam nih dah cancel dan ganti dengan bas lain pada waktu lain. Aku dah cuak dah. Gila babi apakah ini? Padahal tiket bas tu dah beli 2-3 minggu sebelum raya kut. Ayah aku dah marah - marah dah kaunter tu. Lepas tu dia cakap bas aku pukul 11.30 malam lagipun katanya mereka dah reserved awal - awal dah untuk siapa - siapa yang beli tiket bas macam aku beli tu. Terpaksalah balik rumah balik. Tak guna punya syarikat bas!

Marah Nih!!

Lepas tu dalam pukul 10.50 malam tu bertolak balik ke stesen bas balik. Kempunan aku nak habiskan tengok cerekarama dekat TV3. Haih! Punyalah ramai manusia dekat situ. Lepas tu terserempaklah kejap dengan budak sekolah lama. Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 11.40 malam baru bas datang. Aku tak ingat nama syarikat bas apa tapi tadi dia gantikan bas tu dengan Bas Bintong Ekspress. Aku agak malu sewaktu mencari seat aku sebab selalunya nombor kerusi dekat atas. Lama aku cari tapi tak jumpa - jumpa. Rupa - rupanya dekat bawah cermin tingkap bas. Tapi muka cool sudah! Ekekekekeke!

Dah best duduk tiba - tiba ada seorang mamat tu berhenti tepi aku. Rupa - rupanya seat yang aku duduk tu pun seat dia juga. Maksudnya tempat duduk kami sama. Hah! Sudah!! Aku dah lah panas hati waktu tu nasib lepas tu pakcik bas cakap free seat. Fuh! Lega tak payah nak bertengkar ker nak tukar tempat duduk ker apa. Penat hoh! Kejap tidur kejap terjaga! Entah macam mana dia berhenti dekat Hentian Duta. Lepas tu tukar bas pula untuk pergi ke Shah Alam. Aku cukup tak suka jenis kena tukar - tukar bas nih. Nak angkut beg semua pergi pindah dekat bas lain. Leceh dan menyakitkan hati!

Lebih Kurang Macam Nih Lah Tadi!

Sudahlah bas yang aku naik untuk ke Shah Alam tu sejuk nak mampus. Terketar - ketar aku dalam bas tu. Entah penumpang lain perasan ker tak. Aku tak boleh nak kawal. Kadang - kadang menggigil sampai terangkat - angkat badan. Itu pun pakai sweater lagi. Kalau tak pakai aku rasa aku dah demam. Sampai jer dekat Shah Alam dalam pukul 6.40 pagi macam tu. Aku takut budak rumah aku tak bangun lagi jadi dalam otak aku target nak naik teksi jer. Turun - turun jer dari bas....fulawehhhhhhhh!

Punyalah ramai manusia beratur nak naik teksi. Dah tu aku tengok pemandu teksi asyik ambil penumpang yang jenis berkumpulan jer. Aku nih dah lah balik sorang - sorang. Wah! Tak boleh jadi nih! Penat nak menunggu kalau macam nih. Aku pun cuba nasib sms budak - budak rumah yang aku tahu dah balik. Alhamdulillah, ada seorang budak rumah dah bangun waktu tu. Jadi, dia datang ambil aku lah. Terima kasih yer Azahir. Jasamu dikenang.

Gambar Mana Entah Aku Bedal Tapi Lebih Kurang Cam Ni Lah!

Lepas tu sampai rumah jer aku usha motosikal aku lah. Cuak juga tinggal nak dekat 2 minggu. Alhamdulillah semua okay cuma nak start enjin tu ja lah payah sikit. Dah lama tak hidupkan kan. Pergi isi minyak dan yang seronoknya dapat makan nasi lemak Kak Rock lagi pagi tadi. Hohoho! Kalau hari - hari biasa susah nak dapat makan nasi lemak dia sebab pergi kelas atau tak bangun tidur lagi. Hohoho! Sekarang mahu rehat kejap sebelum membuat kerja lain. Assalammualaikum.


Entry Wajib Di Baca Bagi Peminat Teater :


P/S : Nak Pesan Dekat Ayah Aku Suruh Ambil Bas Transnasional Dengan Sani Jer Lah! Okay Sikit! Terima Kasih Pada Yang Rajin Click Iklan Nuffnang Aku Yer! Click Lah Lagi! Boleh Aku Beli Motorsikal. Hahahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

Sabtu, 18 September 2010

Adakah Ini Pencapaian Yang Membanggakan?

Sebentar tadi aku memberanikan diri mengambil penimbang berat badan untuk mengetahui status terkini jumlah lemak - lemak tepu yang setia berada di dalam tubuhku ini. Aku pergi di satu sudut yang sunyi lalu aku menyalurkan keseluruhan tenaga aku pada sepasang kakiku ini untuk melangkah naik ke atas penimbang kejam yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan manusia itu.
 Cari Gambaq Laki Tak Ada Aku Bantai Gambaq Mak Limah Seksi Nih Kejap!


Hati aku berdebar - debar seketika mahu memandang ke bawah. Tiba - tiba......! Wahhhhhhhhhh! Nampaknya jarum sakti menunjukkan trend penurunan dan ini membuatkan aku agak gembira. Sebelum ini aku ada juga menimbang berat badan sebelum raya dan sewaktu raya ke-3 jika tidak silap dan ia menunjukkan peningkatan yang agak menakutkan. Namun tadi segala - galanya berubah! Gembira aku melihat penurunan yang memberangsangkan itu.



Penurunan sebanyak 200 gram membuatkan bibir aku yang seksi ini mengukir senyum yang tidak putus - putus. Namun adakah ini pencapaian yang perlu dibangga atau diraikan?


Entry Wajib Di Baca Bagi Peminat Teater :


P/S : Pergi Shah Alam Nanti Mesti Kurus Balik Sebab Duit Dah Tak Berapa Nak Ada. Sob Sob Sob! Doakan Aku Selamat Sampai Shah Alam Yer!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Kawan

Setiap dari kita memerlukan kawan dalam kehidupan. Tak kiralah sama ada kita kaya, miskin, sihat, sakit, jahat, baik dan sebagainya kita pasti perlukan kawan dalam hidup. Yang kaya perlukan kawan untuk menjadikannya lebih berjaya. Yang miskin perlukan kawan untuk mengadu nasib dan memohon bantuan. Yang sihat perlukan kawan supaya lebih ceria. Yang sakit perlukan kawan untuk memberi sokongan. Yang jahat perlukan kawan sebagai pelindung. Yang baik perlukan kawan sebagai dorongan.

Dalam kehidupan kita bermula dari kecil lagi iaitu pada waktu kita masih belum mengenal bentuk huruf atau angka pun kita telah belajar untuk berkawan dan mempunyai kawan. Di tadika atau di sekolah mahu pun ketika di universiti atau sewaktu bekerja pasti kita akan bertemu orang baru dan menjadikan mereka sebagai kawan jika kita selesa dengan mereka. Ada yang kekal berkawan dengan kita. Ada yang tiba - tiba hilang daripada pandangan mata kita. Ada yang tiba - tiba menjauhkan diri daripada kita. Ada yang betul - betul meninggalkan kita.

Dalam setiap proses ini kita belajar untuk mengenali apa sebenarnya maksud kawan. Ada kawan yang berkata sanggup sehidup semati dan menerima kita seadanya namun bila kita berubah mereka hilang entah kemana kerana mereka mahu kita menjadi seperti mereka. Ada pula yang kawan yang mulutnya terlebih gula bila bercakap di depan kita tetapi apabila di belakang entah kemana hilangnya kemanisan gula itu. Ada juga kawan yang apabila kita senang maka kerap kalilah jasad dia muncul di hadapan kita namun bila kita susah bunyi tapak kakinya pun langsung tidak kedengaran di gegendang telinga. Ada juga yang tumpul di depan tapi tajam di belakang.

Kawan selalunya datang dan pergi mengikut waktu. Jika ada yang masih kekal bersama alhamdulillah. Kadang - kadang terfikir sesekali baik ada sedikit kawan tetapi menyayangi dan mengambil berat hal kita daripada ada banyak kawan tapi tidak dapat berkongsi kesedihan  yang ada di dalam jiwa. Alhamdulillah, kali ini aku berkesempatan untuk mengenali seseorang yang agak istimewa pada pandangan fikiranku. Rasa selesa untuk meluahkan segala - segalanya yang dirasa perlu. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku dan secara tidak langsung seperti adik beradik aku sendiri. Terima kasih yer!





Entry Wajib Di Baca Bagi Peminat Teater :



P/S : Kamu Ada Satu Keistimewaan Yang Membuatkan Aku Selesa Berbicara Dengan Kamu! Terima Kasih Atas Segala - Segalanya.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Pementasan Teater BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR


Amnesty International Malaysia 
dengan kerjasama 
Rumah Anak Teater 
mempersembahkan:

Penerbit: 
Nora Murat

Penerbit Eksekutif: 
Faisal Mustaffa

Pengarah Artistik: 
Nam Ron

Pengarah / Penulis Skrip: 
Moizzis RCong

Pelakon: 
Xavier Fong, Dira Abu Zahar, Mardiana Ismail, Tuan 'Tapai' Faisal, Saiful Razman.

Sinografer: 
Yusman Mokhtar / Amar Asyraf

Multimedia: 
Fairuz Sulaiman

Sumbangan minima: 
RM10

Tempahan / Keterangan lanjut: 
03-79552680 / amnestydptheatre@gmail.com

Masa :  
Ahad, Oktober 10 pada pukul 6:30pm - Oktober 14 pada pukul 10:00pm
Lokasi :
Black Box @ MAP Level G2-01,
Block A5, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Off Jalan Duta
Untuk Melihat Kedudukan Lokasi Boleh Lihat Di Sini http://bit.ly/aiMkIS

Sinopsis

Banduan Akhir ialah sebuah penceritaan yang diinspirasikan daripada kisah sebenar yang dilalui oleh Yong Vui Kong, seorang remaja Malaysia yang berhadapan dengan Hukuman Gantung di Singapura. Pada tahun 2007, remaja lelaki yang berasal dari Sabah berusia 18 tahun yang datangnya dari sebuah keluarga yang berpecah - belah ini ditahan kerana memiliki 47 gram heroin dan dijatuhkan Hukuman Mati Mandatori. Sejak itu, Vui Fung, gadis Malaysia memulakan perjuangannya bagi membebaskan abangnya, Yong Vui Kong daripada tali gantung. Dalam jangka masa tiga tahun, gadis tersebut melalui pelbagai dugaan sewaktu berhadapan dengan pihak berkuasa bagi membebaskan abangnya. Sungguhpun demikian, bersama Ravi, seorang peguam hak asasi manusia di Singapura, kedua-dua mereka ‘percaya’ bahawa sesuatu boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Yong Vui Kong. Drama 50 minit ini menunjukkan waktu-waktu gelita Yong Vui Kong berhadapan dengan Hukuman Gantungnya.


Insyaallah aku akan usahakan pergi jika ada masa dan tiada apa - apa hal. Kepada rakan - rakan yang nak pergi tu sila bagitahu cepat - cepat sebab malas aku nak melayan sentap korang. Hahahaha! Aku memang nak pergi sebab dah lama dah dapat tahu pasal teater nih. Lagipun, dapat tengok lagi sekali Xavier Fong berlakon. Dalam teater Short Eyes dia jadi polis. Kali nih watak utama. Tambah best tu sebab ada Dira Abu Zahar. Minta - minta ada peluang untuk menonton teater nih.


P/S : Mahu Ambil Gambar Dengan Dira Abu Zahar. Hari Tu Gua Segan Sama Dia. Kali Nih Kalau Ada Peluang Gua Tak Nak Segan - Segan Dah. Hohohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

Jumaat, 17 September 2010

Seronoknya Balik Kampung

 Ini Bukan Jari Atau Tangan Aku! Udang Jer Sama Bentuk!

Walaupun sekarang dah tak dapat nak pergi menyauk udang dan ikan dekat sungai sebab semak samun yang merimbun hingga memungkinkan anaconda membiak di situ namun aku tetap suka balik kampung yakni rumah mak lang aku dekat Pulau Pinang. Seronok bila dapat berjumpa dia dan berborak - borak dengan dia. Lagipun ada sepupu dengan anak sepupu aku sama.

Anaconda

Cuma kali nih aku agak sedih sebab tengok seorang anak buah aku nih sakit teruk. Memang dah tak ada harapan dah. Orang kata tunggu masa jer. Kali terakhir aku jumpa dia tu masih okay lagi. Orang kata badan tu berisi lah. Sekarang tinggal kulit dengan tulang jer. Mata pun dah tak nampak. Nak bergerak berjalan pun dah tak boleh. Aku tak boleh pandang lama - lama. Nanti tak pasal - pasal menitik laju pula air mata aku. Apa - apapun, aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan kehidupan anak buah aku tu.


Ada Orang Panggil Pallas Jazz. Hehehehe!

Baiklah! Aku tak nak sedih - sedih! Semalam nih dah raya ke-7 kan? Hah! Baru semalam nih aku melantak ketupat palas. Hahaha! Dekat rumah waktu aku terasa nak makan ketupat tapi ketupat dah habis gara - gara sambutan luar biasa tetamu yang datang tahun nih. Jadi, pekena lah 6 biji ketupat dengan rendang dagingnya sekali makan. Sedap! Mau aku tak mabuk lepas makan tu. Sempatlah tidur 30 minit lepas makan. Hahahaha.


Kuih Loyang

Lepas tu kedarah kuih loyang pula sebekas. Ditambah pula makan nasi dengan ikan goreng, sambal belacan dengan sayur asin masak lemak! Fuh! Marvelous! Delicious! Sedapcious! Hahahah! Bertambah pula aku makan! Dah tu petang tadi waktu tengok episod akhir Ular Emas tu mengketedarah keropok lekor dari Terengganu pulak. Itu pun mak lang aku cakap aku kurus lagi bila malamnya aku makan nasi sepinggan ja. Haih! Tersenyum simpul aku walaupun aku tahu sebenarnya itu dusta. Maksud aku disini mungkin sebab mak lang aku jarang jumpa aku jadi tak nampaklah sangat perubahan aku padahal sebetulnya muka aku dah berisi. Hahahahaha!


Balik jer rumah aku paksa diri aku atau lebih tepat lagi jiwa aku buat assignment. Cadangnya nak buat satu jer tapi dah siap 2 assignment. Hahahaha! Esok nak perah otak buat lagi 1 assignment. Haih! Aku rasa malas betul nak buat assignment. Kadang - kadang rasa malas nak belajar dah pun ada. Entah kenapalah otak aku fikir sampai macam tu. Sekarang tengah pujuk hati supaya bersabar. Lagi setahun jer pun lagi nak habiskan semua nih. Haih! Apa - apapun, selamat hari raya puasa 6 kepada sesiapa yang berpuasa 6 yer.


P/S : Orang Tanya Dah Bila Nak Kahwin Sebab Kawan - Kawan Dah Mula Menikah Dah Sorang Demi Sorang! Hahahaha! Kerja Pun Belum! Nak Bagi Anak Orang Makan Apa? Haih! Sabaq Dulu Sat Pakcik Makcik Noh!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Khamis, 16 September 2010

Balik Kampung Hari Nih

Kalau laptop nih boleh bercakap atau bergerak mesti dia dah lama bersorak atau melompat.

Akhirnya si laptop mampu berehat lebih lama hari nih kerana aku bakal pulang ke kampung.

Assignment pun ditunda. Sama ada buat lepas balik dari kampung(macam mustahil jer) atau buat hari Jumaat nih.

Sememangnya aku sangat malas nak buat assignment sekarang. Adoyai! Bosan! Bosan dengan assignment!

Minggu nih agak seronok kerana dapat kenal ramai orang baru. Kadang - kadang macam ada satu tarikan magnet pula sebab walaupun kenal tak lama tapi rapatnya macam dah kenal bertahun - tahun.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Anda telah menceriakan hari saya. Kita semua ada masalah masing - masing tapi bila bersama dan berkongsi rasanya seperti hilang masalah kalian. Aku rasa kita seperti keluarga besar walaupun tak pernah bertemu.

Moga semuanya gembira selalu dan harap kalian semua tidak bersedih lagi. Baiklah! Mahu tidur kerana esok perlukan tenaga yang banyak. Selamat tinggal blog untuk sehari. Hehehehe!



P/S : Selamat Hari Malaysia.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


Rabu, 15 September 2010

'Air Tajam' Memang Sedap

Waktu aku kecik - kecik dulu aku sangat suka minum 'air tajam'. Apa itu 'air tajam'? Hah! Kalau nak tahu 'air tajam' tu adalah air bergas atau berkarbonat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sebut air bergas nih dengan nama 'air tajam'. Mungkin sebab bila minum banyak - banyak tekak rasa pedih jer kut. Apa - apapun, memang aku amat gilakan air nih waktu  zaman kanak - kanak sugus dulu.


Mak aku dulu memang tak bagi aku minum 'air tajam' nih. Dapat tahu memang cari nahas. Tu bila balik sekolah sanggup kumpul duit nak beli air Mountain Dew yang botol warna hijau masa tu pastu minum cepat - cepat sebelum sampai rumah. Hohoho! Jadi, bila ada orang buat open house memanglah air bergas nih menjadi kewajipan aku untuk disebat dulu. Hohohoho!

Waktu dulu, raya kedua adalah hari kami sekeluarga melawat sahabat handai mak dan abah aku. Dan kewajipan di pagi raya kedua mesti kami akan pergi ke rumah kawan mak aku yang seorang nih. Menu wajib beliau ialah nasi lemak dan apa yang buat aku gembira ialah adanya 'air tajam' yang amatlah banyak di rumah beliau. Memang kalau aku datang jer mereka dah prepare air tu dekat aku. Dari coke, pepsi, 7up, F&N dan macam - macam lagi. Aku siap campur - campur lagi air tu. Hahahaha!


Waktu dulu air bergas nih kan sangat manis sebelum kerajaan putuskan kepada pengeluar suruh kurangkan jumlah sudu gula dalam minuman tu. Sekarang pun manis lagi. Hohoho! Jadi, memang nikmatlah minum air bergas nih. Aku ingat lagi waktu aku nak pergi tuisyen mesti aku singgah kejap dekat kedai runcit dan beli air gas. Hari - hari beb aku minum! Memang cari nahas! Patut nyamuk suka gigit aku. Darah manis! Hahaha!

Entah macam mana tiba - tiba minat aku terharap 'air tajam' nih hilang secara tiba - tiba. Mungkin sebab semakin meningkat usia maka makin rasa tak selesa selepas minum air yang penuh dengan gas nih. Tambahan pula dengar ramai yang kena kencing manis dan dipotong kaki gara - gara setiap hari minum 'air tajam' nih setiap masa. Dan sekarang teramatlah jarang aku minum air nih melainkan bila makan pizza atau dekat Mcd. Itu pun selalunya aku tukarkan air bergas nih dengan Ice Lemon Tea atau Milo. Hohohoho!
Tadi, aku ikut keluarga aku pergi beraya dekat rumah kawan mak aku yang selalu ada air bergas nih. Makcik tu pelawa lah aku minum tapi aku cakap sekarang aku dah tak berapa nak minum dah. Hahahaha! Apa - apapun, air mineral juga yang paling best! Kan? Jadi, minumlah air kosong atau air suam 8 gelas sehari yer.


P/S : Assignment Aku Tak Bergerak Lagi. Aku Cadang Nak Buat Esok Tapi Tiba - Tiba Mak Aku Kata Nak Balik Kampung. Aku Macam Nak Bagi Alasan Tak Nak Pergi. Tapi Macam Menipu Pula. Haih! Berbelah Bahagi Betul Lah Aku Sekarang!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!