Ahad, 31 Oktober 2010

Aku Ingat Lagi

 
Aku Ingat Lagi,
Waktu Blog Nih Kosong,
Tak Ada Siapa Pun Nak Baca,
Tak Ada Siapa Pun Nak Pandang,
Tak Ada Siapa Pun Ambil Kisah,
Tapi Aku Tak Rasa Apa - Apa.

Aku Ingat Lagi,
Waktu Blog Nih Dapat Komen Pertama,
Rasa Sangat Gembira,
Rasa Nak Melompat,
Rasa Nak Menjerit,
Macam - Macam Rasa Ada.

Aku Ingat Lagi,
Waktu Aku Paksa Kawan - Kawan,
Untuk Baca Dan Komen Blog Nih,
Ada Yang Menyindir,
Ada Yang Mengutuk,
Ada Yang Ketawa,
Aku Masih Selamba.

Aku Ingat Lagi,
Manusia Di Sini,
Melalui Tempat Ini,
Melalui Ruangan Ini,
Menjadi Kenalan,
Aku Sangat Gembira.

Aku Ingat Lagi,
Setiap Orang,
Pasti Hilang,
Pasti Pergi,
Pasti Sunyi,
Pasti Terjadi.

Aku Ingat Lagi,
Mereka Kata,
Kita Kawan,
Tapi....Tapi,
Susah Sama - Sama,
Senang Lain - Lain ,
Janji Manis Dilupakan,
Memang Semuanya Khayalan.

Aku Ingat Lagi,
Sejarah Berulang,
Orangnya Saja Berbilang,
Buat Aku Rasa Hilang,
Apa Yang Diidamkan,
Itu Hanya Angan - Angan,

Aku Ingat Lagi,
Aku Bukannya Sesiapa,
Mereka Juga Bukanlah Sesiapa,
Buat Baik Tidak Minta Dibalas Baik,
Kenangan Manis Sentiasa Di Hati,
Teruskan Kegembiraan Sepanjang Hari.


P/S : 
Terima Kasih Untuk Janji Palsu Kamu Dan Kamu Dan Kamu. 
Sekurang - Kurangnya Bibir Ini Pernah Juga Terukir Senyuman.
Walaupun Senyuman Yang Ikhlas Itu Menjadi Sia - Sia 
Kerana Kepalsuan Kamu Dan Kamu Dan Kamu.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 


Kelantan Juara Piala Malaysia 2010


Pertama kali dalam sejarah aku menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang tidak melibatkan negeri kesayanganku iaitu Kedah Darul Aman atau lebih mesra dengan panggilan Hijau Kuning atau Kenari di dalam dunia bola sepak Malaysia. Sebab utamanya mungkin nak tengok aksi penyokong bola sepak Kelantan sebab macam - macam andaian, kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada mereka.


Separuh masa pertama menyaksikan Negeri Sembilan mendahului Kelantan dengan jaringan 1 gol tanpa balas pada minit ke-14 kalau tak silap iaitu melalui sepakan penalti. Negeri Sembilan menguasai babak pertama dengan baik dan menunjukkan tanda - tanda seperti bakal memenangi permainan kali nih. Sewaktu di kedai makan, penyokong Kelantan sangat diam membisu dan hanya sesekali bersuara apabila pasukan Kelantan mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Lain pula dengan penyokong Negeri Sembilan yang begitu teruja pada waktu itu.

Suasana berubah secara drastik di babak kedua. Kesilapan pasukan Negeri Sembilan yang bermain secara bertahan akhirnya menyebabkan dua jaringan gol yang pantas dan menarik dari pasukan Kelantan dan secara tidak langsung telah membangkitkan semangat penyokong Kelantan di kedai makan tadi dan membuatkan kesemua penyokong pasukan Negeri Sembilan terdiam membisu. Akhirnya, kemenangan menjadi milik Kelantan dengan 2 gol berbalas 1. Inilah kemenangan pertama pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia jika tak silap aku.

Apa - apapun, penyokong Kelantan memang agak susah dikawal. Selalunya orang akan baling botol air atau mercun sewaktu pasukan mereka kalah. Tetapi, hal ini sangat berlainan kerana penyokong Kelantan membaling botol air sewaktu pasukan mereka menjaringkan gol. Mungkin terlalu ghairah menikmati hasil jaringan agaknya. Hahaha!

Apa - apapun, tahniah kepada pasukan Kelantan dan moga mutu bola sepak Malaysia semakin meningkat. Majulah sukan untuk negara.

P/S : Esok Cuti Peristiwa Untuk Kelantan Ker? 
Yang Aku Tahu Pemain Kelantan Mesti Dapat Bonus. Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 


Sabtu, 30 Oktober 2010

Apa Sebenarnya Maksud Nasi Lemak Pada Pandangan Anda?

Setiap hari bila aku buka laman web nuffnang dan lihat dekat KEYWORDS untuk hari nih...pasti akan ada satu keywords yang boleh dirumuskan sebagai keywords tetap dekat H.P.B Blog nih. Nak tahu apa keywords nya? Sila lihat bawah nih :-


Aku tak nafikan kadang - kadang aku nih manusia yang bersifat agak lurus sikit dalam sesetengah perkara. Bila aku tengok keyword nih setiap hari aku cuma terfikir mungkin diorang nak cari gambar nasi lemak. Sebab aku pun ada juga buat entry yang letak gambar nasi lemak atau menceritakan tentang kesedapan nasi lemak kak rock yang aku selalu beli bila aku bangun awal pagi.

Tiba - tiba apabila orang kecoh tentang dialog panas daripada filem melayu terbaru Cuti - Cuti Cinta yang berbunyi,"Nasi Lemak 50 Sen!" maka tiba - tiba aku teringat pasal keywords aku tu. Sebab setiap hari mesti keywords tu ada dan aku mula musykil.

Adakah mereka betul - betul maksudkan nasi lemak itu adalah yang ini.....


Atau pun nasi lemak yang dimaksudkan itu adalah dialog filem yang ini.....


Kalau yang mereka maksudkan adalah nasi lemak untuk gambar pertama...alhamdulillah! Tapi kalau mereka maksudkan nasi lemak tu seperti dialog dalam filem Cuti - Cuti Cinta...maka aku ada hadiah untuk mereka. Inilah hadiahnya :-



Hah! Amacam? Seksi tak? Korang usha lah gambar nih puas - puas! Haih! Macam - macam lah kan! Hahahahaha! Okaylah! Malam nih final piala Malaysia. Korang sokong Kelantan ker Negeri Sembilan?

P/S : Aku Sokong Pengadil! Kuikuikuikui!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Selamber Jer - Sekali Lagi Keluar Di Dalam Surat Khabar

Selamber Jer adalah sebuah variety show yang merupakan projek akhir untuk subjek Production bagi kumpulan Muda Mudi Production di mana salah seorang ahli kumpulannya adalah aku sendiri. Jika entry sebelum ini Kerana Berita Harian Dan 1200 aku ada menyatakan yang Selamber Jer keluar pada surat khabar Berita Harian.


Tetapi, hari ini sekali lagi Selamber Jer keluar tetapi berlainan akhbar iaitu di surat khabar Utusan Malaysia. Yang menggembirakan kami semua ialah Selamber Jer memenuhi satu muka surat surat khabar berkenaan. Alhamdulillah! Ini semua berkat usaha kuat rakan - rakan Muda Mudi Production serta penglibatan artis - artis seperti Zizan, Zahid Af, Amylea Af, IV Flava, Adi Mentor, Fira Mentor dan Hafidz Mytv3 yang memberi kerjasama yang sangat baik dan professional sewaktu rancangan ini dirakam. Terima kasih semua!

Walaubagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki untuk rancangan nih dan kami semua masih belum boleh berpuas hati. Insyaallah, kami semua akan berusaha untuk menjadikan program - program yang bakal dibuat oleh kami nanti lebih bagus dan berkualiti lagi dan membawa dimensi baru kepada rancangan - rancangan televisyen di Malaysia. Doakan kejayaan kami semua.

P/S : Kawan Saya Ada Menjual Sticker, Sticker Kereta Dan Buku Nota Berlambangkan Kucing Peliharaannya Serta Sebagai Kempen Menyayangi Haiwan Terbuang. Jadi, Jika Ada Sesiapa Yang Berminat Untuk Membeli Atau Bertanyakan Apa - Apa Mengenai Ini Bolehlah Emailkan Pada Saya Di hanis_narnia@yahoo.com


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kenapa Lelaki Tua Suka Merenung Wanita Muda Dari Dalam Kereta?

Aku selalu keluar dengan rakan - rakan aku yang kebanyakkan daripada mereka adalah wanita kerana kawan - kawan aku yang memiliki kereta pun kebanyakkannya terdiri daripada wanita. Jadi, aku selalu menghadapi satu situasi di mana apabila kereta berhenti menunggu lampu hijau atau pun keadaan jalan raya menjadi sangat sesak dengan deretan kereta pasti penumpang di dalam kereta akan menjadi perhatian pemandu sebelah.

Oleh kerana yang duduk di depan selalunya wanita maka pastilah mereka akan menerima 'renungan menggoda' daripada pemandu di sebelah jika pemandu itu adalah lelaki. Cuma yang membuatkan aku rasa nak tergelak(tetapi hakikatnya memang aku akan ketawa dalam kereta sekuat hati) apabila yang merenung kawan - kawan aku itu adalah seorang lelaki tua yang berkaca mata hitam sambil tersenyum menunjukkan susunan giginya yang putih sambil di sebelahnya terdapat seorang wanita atau lebih tepat dikatakan isteri dan anak - anaknya.


Memang betul senyum itu sedekah tetapi janganlah senyum tanpa henti selama 5 minit dan berada pada kedudukan yang statik sahaja tanpa mata berkedip atau memandang tempat lain. Memang susah menjadi seorang wanita kan sebab gangguan seksual ada di mana - mana sahaja. Kadang - kadang terasa lelaki tua tadi seperti seorang yang psycho. Paling tak tahan bila dia terpandangkan aku dan membuat muka sedikit terkejut! Adakah dia ingat aku seorang pengkid? Hahaha!

Apa kata anda wanita - wanita di luar sana? Mempunyai pengalaman yang sama seperti rakan - rakan saya? Kongsikan!

P/S : Masih Ketawa Mengingatkan Susunan Gigi Si Pakcik Tua Itu Sebentar Tadi. MUAHAHAHAHA! 


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Kerana Berita Harian Dan 1200


Aku sangat menyayangi surat khabar berita harian pada bulan ini disebabkan 2 artikel yang aku hantar untuk assignment aku dimasukkan di dalam ruangan Surat. Alhamdulillah! Dan pagi nih pula tiba - tiba team production aku iaitu Muda Mudi Production sekali lagi kecoh apabila assignment kami yang terakhir iaitu variety show Selamber Jer pula dicetak di dalam akhbar tersebut.

Team Muda Mudi

Agak lama untuk aku melihat sendiri artikel tersebut dan ini adalah link untuk ke artikelnya -> Selamber Je Sesuai Disiarkan Di Stesen TV dan ia agak bagus juga untuk meningkatkan mood gembira aku. Terasa usaha selama nih tidak sia - sia. Alhamdulillah berkat kerjasama yang baik kali nih yang menjadikan variety show Selamber Jer nih berjaya.


Dan tadi tiba - tiba terpandang jumlah follower blog ini sudah 1200. Hahaha! Tak tahulah dapat kekal ker tak sebab kadang - kadang dia berkurang dan kadang - kadang nombor tu bertambah. Apa - apapun, thanks pada semua yang masih sudi membaca, mengomen dan meninggalkan jejak di H.P.B Blog.

Okaylah! Nak bergerak beli tiket bas kejap! Assalammualaikum!

P/S : Esok Pagi Bermulalah Final Exam Yang Pertama. Haih!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Akhirnya Tamat Sudah Riwayat Kamu Wahai Si Hijau

Dah nak masuk 10 bulan atau senang cakap dah nak dekat setahun dah aku dan budak - budak rumah menggunakan khidmat si hijau apabila kami semua memasak. Awal semester sewaktu kami semua berada di semester 3 dulu memang kitaorang agak rajin menggunakannya. Sebab duit PTPTN masuk lambat iaitu sebulan sebelum cuti semester datang. Memang tak silap aku hari - hari mesti guna sampailah dah dapat duit PTPTN tu aku rasa macam aku dengan si hijau ibarat musuh. Tak boleh bertemu. Hahaha!

Semester nih pula aku agak jarang menggunakan si hijau. Awal semester dulu rajin sedikitlah tapi sebab memandang keadaan dapur tu buat aku malas nak guna. Cuma hari nih tiba - tiba aku mendapat seruan nak guna si hijau. Memang aku masak ayam lah tadi lepas tu masak bihun pula. Kira kalau dapur tu boleh bercakap mesti dia tanya,"Awak nih baru tinggal sini ker?"

Sebelum nih kami budak rumah ada buat teori  dan andaian masing - masing dan antara teorinya ialah :-
  1. Asal si hijau nih asyik tak habis -habis lagi? Padahal kita selalu jer guna. Jangan - jangan....!
  2. Mana kita selalu guna pun. Kalau selalu guna si hijau nih mesti dah lama habis dah lah!
  3. Pelik lah! Aku rasa aku selalu guna! Hari - hari guna! Kenapa tak habis lagi?
  4. Meremang pula bulu roma aku! Haih!

Akhirnya, sudah terjawab sudah segala persoalan hari nih! Si hijau telah pun pencen daripada arena masakan! Dan selepas ini dapur rumah nih tidak akan berasap lagi sehinggalah awal semester depan. Insyaallah! Terima kasih si hijau! Jasamu akan kami semua kenang selagi kami ingat! Hehehehe!


Obituary

Si Hijau


P/S : Tengah Berfikir Pelawaan Kawan 
Untuk Jadi Volunteer Waktu Cuti Semester Nih!
Kalau Ramai Join Aku Nak Join Jugalah!





Perhatian Semua :


Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Khamis, 28 Oktober 2010

Tiba - Tiba Teringin Nak Makan Satay Tapi.....


Mataku tidak berkedip,
Saat aku terpandangkan wajahmu,
Saat aku menatap kulitmu,
Saat aku melihat fizikalmu.

Aroma mu memikat hidungku,
Hinggakan aku terkaku,
Tidak mampu melakukan apa - apa,
Hanya gara - gara kamu.

Di kala waktu ini,
Hanya kau di mata,
Hanya kau di hati,
Tiada yang lain buat masa ini.

Satay oh satay,
Kenapa hargamu begitu mahal,
Kenapa isimu begitu nipis,
Kenapa kuah kacangmu begitu sedap,
Satay oh satay.


Ada seorang kawan yang sms aku mengajak makan satay malam nih. Malang betul nasib aku. Sudahlah tidak ada duit mahu makan satay...kredit handphone pun tak ada! Sob Sob Sob! Haih! Sudahlah rasa letih baca nota -nota nih lepas tu kempunan pula nak makan satay!

P/S : Blog Aku Sudah Ada Chatbox Selepas Setengah Tahun Dibuang. Hahahaha!

Mahu Menonton Filem Crayon


Filem:
Crayon

Genre:
Keluarga

Pengarah:
Dean A. Burhanuddin

Pelakon:
Adibah Noor, Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Joshry Adamme dan lain - lain.

Tarikh Tayangan:
11 November 2010

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Adam dan Rafaat yang merupakan pelajar dari sebuah universiti di Singapura yang menghabiskan masa percutian semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia. Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim di sana. Salah seorang penghuni anak yatim yang mereka temui di sana, Afiq seorang kanak  - kanak yang amat aktif dan mudah disayangi walaupun nakal. Tingkah laku Afiq telah membuka mata mereka berdua untuk menghargai kehidupan ini. 

Pada waktu yang sama juga mereka melihat dengan mata sendiri kesusahan yang ditempuhi oleh setiap penghuni di rumah anak yatim itu. Konflik mula berlaku apabila pemaju tanah ingin mengambil hak milik tanah dimana rumah anak yatim itu didirikan untuk keuntungan mereka. Disinilah persahabatan antara Adam dan Rafaat akan diuji. Dapatkah mereka mengatasi halangan ini atau sebaliknya? Sama - Sama kita menonton nanti!


P/S : 
Mungkin Filem Ini Bakal Menggantikan Atau Meneruskan 
Legasi - Legasi Filem Seperti Filem Allahyarham Yasmin Ahmad. 
Aku Rasa Aku Suka Filem Ini! Insyallah!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Rabu, 27 Oktober 2010

Gambar - Gambar Sekitar Picnic Di Bukit Belacan

Antara Peserta - Peserta Perkelahan Bukit Belacan Semalam
(Hahahah..Ayat Nak Skema Ja)




















Perjalanan Ke Bukit Belacan Pun Bermula Dengan Konvoi Beramai - Ramai 
Yang Sentiasa Ada Kereta Tertinggal Di Belakang...HAHAHA!





Akhirnya Sampai Di Destinasi Yang Dituju...Bukit Belacan!






Sudah Berjumpa Port Yang Sesuai Jadi 
Bermulalah Sesi Mengangkat Barang - Barang BBQ!





Sesi BBQ Dan Perebutan Ayam Pun Bermula!



 







Waktu Bermandi - Manda Dan Meneroka Kehijauan Alam Semula Jadi! Bestttt!








Tiba Masanya Untuk Pulang! Sob Sob Sob! 
Kadang - Kadang Best Juga Jadi  Macam Budak - Budak Kecik!









P/S : Trimas Pada Ieyra, Shury Dan Maria 
Kerana Sumber Gambar Daripada Camera Mereka!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!