Selasa, 30 November 2010

I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

Sekali lagi tajuk dah boleh buat satu perenggan! Maklumlah zaman sekolah dulu suka subjek bahasa Melayu penulisan. Hehehe! Baru jer update entry dan update entry lagi selang 30 minit. Hahaha! Biasalah! Bila baca balik entry lepas rasa marah jer memanjang jadi terus buat entry baru.

Okay! Kali nih aku nak beri pandangan peribadi aku berkenaan tajuk di atas. Aku pernah buang chatbox a.k.a shoutmit chat dekat blog aku nih dulu sebelum aku pasang balik macam sekarang. Agak lama juga aku buang dan tak silap aku adalah dalam 6-7 bulan jugalah!

Tiga perkara yang membuatkan aku tersangat benci dan menyebabkan terus aku buang chatbox aku dulu. Mari lihat apakah perkara - perkara itu :-


1) Jom Baca Entry Saya


Hah! Ini salah satu sebab yang agak menarik untuk dikupaskan. Secara jujurnya aku sangat suka baca entry - entry dari mana - mana blogger. Bukannya bermaksud aku tak bagi kamu semua letak link tetapi jangan menipu aku. Menipu dari segi apa? Sebagai contoh :-

Blogger XY meninggalkan jejak di chatbox dengan mesejnya -> "Eh, Anda tahu Lisa Surihani masuk hospital petang tadi sebab kemalangan! Langgar lori tu beb!"

Wah! Aku pun apa lagi! Mestilah nak baca betul ker tidak. Jadi, aku teruslah klik dekat nama Blogger XY dekat chatbox tu. Alih - alih yang keluar iklan YOUTHSAY! Entah, macam tu ker ejaannya aku tak pasti. Kalau satu dua tak apa lagi tetapi sampai 8-9 orang melakukan taktik yang sama. Sangat membazir masa aku!


2) Iklan - Iklan SPAM Yang Besar Gedabak Tulisannya

Ini antara penyebab utama sebab iklan - iklan besar tu menyakitkan mata. Sudahlah makan ruang yang sangat besar. Haih!


3) Followers


Hah! Ada 2 benda dalam hal nih yang buat aku tak suka. Pertama sekali bila ada blogger cakap dia susah follow blog kita tetapi bila dilihat kembali tak ada pun. Sanggup menipu untuk menambah follower sendiri. Dan lagi satu yang memaksa kita untuk follow blog mereka. "I dah follow blog You! You bila nak follow blog I?"

Aku selalunya akan terus terang bagitahu yang aku tak follow mana - mana blog pun. Jika tidak percaya boleh lihat sendiri. Sejak dari aku mula - mula buat blog. Sejak dari entry yang ditaip dan tidak ada siapa pun mahu baca atau komen! Sejak dari follower hanya 1 dan alhamdulillah sekarang agak seronoklah bila tengok jumlahnya! Bila aku bagitahu macam tu memang ada yang terus UNFOLLOW. Ada juga yang kata,"It's okay. Saya tak kisah lah follow ker tak!" tapi lepas tu UNFOLLOW juga. Hahahaha!

Bagi aku macam nih lah! Biarlah orang follow blog kita kerana mereka minat membaca blog kita! Senang cakap macam nih lah! Okay, blog aku ada 1000 orang follower! Korang pernah tengok ker mana - mana entry aku ada komen sampai 1000 komen? Tak ada kan? Memang bila follower ramai ia ibarat satu kepuasan kepada blogger tetapi biarlah berpada - pada. Tidak perlu memaksa orang untuk follow blog kita balik sebab jika dia nak follow mesti dia akan follow tanpa paksaan. Dan bila anda follow sesuatu blog maka biarlah seikhlas hati. Janganlah harapkan balasan!


 Entah Siapa Dia Nih! Aku Jumpa Dekat Google. Hikhikhik!


Okay! Mungkin ramai yang terasa dengan apa aku tulis nih akan marah! Akan UNFOLLOW blog nih! Akan terasa hati dan mungkin juga bermacam - macam tohmahan lagi akan dihujankan pada aku. Tetapi, aku terpaksa taip lagi entry macam nih untuk kesekian kalinya selepas meletakkan shoutmix aku kembali. Prinsip aku dalam bab followers nih senang! Aku tak kisah korang nak kata aku sombong ker a1000 orang bukannya ramai sangat! Ada blogger yang followers mereka beribu - ribu lagi!

Aku cuma harapkan biarlah orang yang follow blog nih sikit janji diorang ikhlas nak follow sebab minat atau senang untuk diorang baca entry. Itu jer harapan aku. Jadi, maaflah jika ada yang terasa hati! Tambah - tambah aku pun sedang menaip sambil hati terasa sakit terkesan dengan entry sebelum nih. Hahaha! Okay! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

Hah! Tiba - tiba aku teringat pasal beca a.k.a trishaw selepas membaca entry seorang blogger yang berkunjung ke blog aku hari nih. Aku mempunyai banyak pengalaman menaiki beca sewaktu kecil sebab waktu pergi mengaji Al-Quran dengan pergi sekolah bermula darjah 1 sampai darjah 3 aku naik beca. Yuran bulanan beca lebih murah daripada bas jadi beca lah menjadi pengangkutan aku. Hehehehe!


 Kuat Betul Pakcik Nih!


Beca untuk pergi mengaji Al-Quran dan beca untuk ke sekolah adalah berbeza. Aku lebih suka pakcik beca yang menghantar aku ke sekolah berbanding yang menjemput aku daripada habis mengaji Al-Quran. Hah! Kecil - kecil dah pandai dah nak suka ker tak kan? Hahaha! Aku suka pakcik beca yang hantar aku ke sekolah sebab dia tepati masa dan yang paling penting tak pernah lupa jemput aku ke sekolah! Lagi seronok tu sebab dia baik lah! Entah, aura dia tu aku suka!

Lain pula hal nya dengan pakcik beca yang lagi satu nih. Selalu jer lupa nak datang ambil aku lepas aku habis mengaji Al - Quran! Penat aku tunggu sampai sejam lebih tapi tak datang - datang. Akhirnya, aku nekad melintas jalan dan itulah pertama kalinya aku belajar melintas jalan sewaktu kereta di kiri dan kanan bertali arus datang tanpa henti. Bila fikir balik waktu mula - mula melintas seorang diri tu memang lawak sebab asyik kena hon dan kena marah tapi berjaya juga akhirnya melintas dengan selamat! Kalau tak memang tak wujud lah blog nih! Hahahaha!

Lepas tu nak bersabung nyawa pula lagi sekali berhadapan dengan anjing - anjing liar yang tinggi - tinggi dan garang - garang. Haih! Dengan saiz badan aku yang 'kurus' ketika tu memang agak 'laju' aku berlari jika dikejar anjing. Hehehehe! Lepas tu bila aku bagitahu mak dengan abah aku memang diorang bising - bisinglah dekat pakcik tu! Esoknya pakcik tu datang dan dengan selamba minta maaf! Dia kata dia lupa! Haih! Aku fikir - fikir mungkin sebab dia dah tua la kut sebab tu kerap lupa tapi pakcik beca yang lagi seorang tu pun tua juga. Tak pernah pula dia lupa! Musykil aku waktu tu!

Kalau sekali dua tak apa juga tapi memang berkali - kali juga dia lupa sampai akhirnya bila aku dah ada basikal sendiri dan dah tahu melintas maka aku pergi sendiri jer. Cuma yang aku pelik dengan pakcik beca tu, bila tiba bab minta duit sewa bulan - bulan tu bukan main laju dia ingat! Masuk ja awal bulan terus minta! Hahahaha! Yang pasti benda tu dia tak pernah lupa!  Kan bagus kalau dia lupa! Naik percuma lah aku! Hahaha! Apa - apapun, kedua - dua mereka telah pun meninggal dunia! Al - Fatihah!

Memang waktu kecil dulu kadang - kadang rasa segan sangat naik beca sebab orang semua naik bas! Tak pun ada mak ayah hantar! Tapi, alhamdulillah aku berpeluang naik beca setiap hari sekolah dulu - dulu dan yang seronok tu naik dengan anak - anak jiran aku juga sekali! Hahaha! Nanti aku update kisah pergi sekolah naik beca pula. Itu pun aku rasa pengalaman yang agak best juga lah! Okaylah! Lenguh jari nih kerja menaip jer. Hohohoho!

Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote dan harap - harap masih ada yang sudi vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Isnin, 29 November 2010

Alhamdulillah! 1st Time Traffic Blog Nih Banyak Macam Nih!

Salam hari Isnin! Hari dimana banyak manusia yang apabila bangun sewaktu Subuh akan merungut kemalasan kerana kena pergi bekerja semula selepas cuti hari minggu. Hehehehehe! Baiklah! Macam biasa apabila tiba hari Isnin entry yang selalu akan ditaip berkenaan traffic blog atau apa - apa yang berkaitan dengan nuffnang. 

Jadi, entry kali nih aku nak berkongsi kegembiraan aku dan nak sangat ucap terima kasih pada semua yang sudi singgah, baca, komen dan follow blog Hans nih. Terima kasih sangat - sangat yer!


Klik Untuk Tumbesaran Yang Hakiki


Alhamdulillah! 1st time dalam sejarah berblog jumlah views hari - hari sentiasa 1000 ke atas. Tapi jumlah uniques tak adalah sampai ribu - riban pun. Hahaha! Apa - apapun, rasa seronok jugalah! Paling tidak rasa seronok sebab dalam 1000 yang datang tu paling tidak adalah juga orang sudi nak baca entry - entry dekat blog nih. Mungkin ada akan kata,"Banyak apa! Sikit jer pun! Itu pun nak kecoh!" Hahahaha! Memanglah tak banyak sebab ada blogger sehari pun dah 5 ribu ke 6 ribu views sehari tapi bagi aku amat susah untuk nak capai tahap tu. Jadi, macam nih pun dah cukup gembira lah.

Alhamdulillah! Minggu lepas ada banyak juga entry yang bagi aku ada info, ilmu atau nasihat yang berguna yang aku post kan dekat blog nih. Tapi, macam biasalah! Tema blog nih meluas atau senang cakap banyak merepek jer pun! Hahaha! Jadi, aku akan cubalah buat entry - entry yang lebih baik dan bermanfaat. Insyaallah! Aku tak janji apa - apalah sebab selalunya bila aku buat sesuatu entry tu waktu idea tu datang.

Apa - apapun, thanks sangat - sangat pada semua yer! Gembira lagi tu sebab 1st time dapat assignment daripada Churp Churp. Tak kisahlah dapat duit ker tak sebab twitter aku bukan ramai orang follow pun. Tapi, paling tidak aku dah tahu buat assignment dia. Hehehe! Dan terima kasih sangat kepada blogger - blogger yang banyak membantu aku! Dan aku harap bila korang masuk blog nih dan lepas baca korang akan rasa gembira atau terhibur. Mari kita senyum selalu! Assalammualaikum!

Lagi sekali aku nak ucap terima kasih banyak - banyak sanagt pada yang sudi vote aku untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

Tajuk macam biasalah! Kalau tak panjang sedepa mesti panjang sehasta. HAHAHAHA! Aku mendapat idea apabila tadi ada seseorang yang juga blogger bertanyakan beberapa soalan kepadaku. Soalan dia agak menarik dan sebenarnya selalu juga ditanya oleh blogger - blogger yang lain kepada blogger lain juga. Jadi, aku reka dialog - dialog berdasarkan situasi - situasi sebenar :-




Blogger XY : Eh, kau kenal tak blog (Y^_^Y = Rahsia) nih?

Aku : Owh! Kenal! Kenapa?

Blogger XY : Aku lihat blog dia banyak gila followers. Komen pun beribu - riban! Tapi...

Aku : Tapi...?

Blogger XY : Aku rasa blog dia macam biasa - biasa jer! Aku rasa blog (Y#_#Y = Rahsia Juga) lagi bagus! Pandangan aku jer lah!

Aku : Entah! Aku jarang sangat ke blog mereka! Jadi, aku tak boleh nak komen lebih - lebih.

Blogger XY : Bukan apa! Aku rasa kalau nak bandingkan antara dua - dua blog tu memang blog (Y#_#Y = Rahsia Juga) lagi bagus dari blog (Y^_^Y = Rahsia) nih!

Aku : Entah! Mungkin apa kau kata tu betul! Mungkin juga salah! Ialah! Lain orang lain citarasanya! Mungkin juga beliau pandai promosi blog dia. Atau rajin blogwalking! Atau memang entry dia bagus!

Blogger XY : Aku tak rasa begitu. Kau pun boleh tengok sendiri!

Aku : Entahlah! Bagi aku senang jer! Sebagai contoh, katakanlah satu blog nih asyik bercerita pasal zapin jer. Jadi, jika kau tidak meminati zapin tetapi meminati perkara lain maka kau selalunya akan berkata blog itu tidak best atau kau tidak berminat untuk pergi ke blog itu. Tapi...

Blogger XY : Tapi?

Aku : Tapi, lain pula pada peminat zapin. Mereka akan berkata itu adalah blog yang amat menyeronokkan sebab mereka meminati zapin. Jadi, kau nampak tak apa aku cuba maksudkan disini?

Blogger XY : Maksudnya?

Aku : Jadi, mungkin kau tak meminati blog dia tetapi masih ramai lagi orang di luar sana yang meminat blog dia. Lagipun, biarlah! Rezeki dia macam tu kan? Lagipun, ramai jer lagi blog - blog yang famous selain dia. Bukan dia seorang jer famous! Aku rasa tak ada apa - apa masalah pasal benda nih.

Blogger XY : Owh! Okay!


Jadi, bagi aku setiap blog tu ada keistimewaan masing - masing tak kisah lah dia baru sehari berblog, seminggu berblog, sebulan berblog atau bertahun - tahun berblog. Ada yang hebat dengan entry kartun! Ada yang hebat dengan entry tutorial! Ada yang hebat dengan entry lucu! Ada yang hebat dengan entry bergambar! Ada yang hebat dengan entry sukan dan isu semasa! Semuanya ada kelebihan dan kekurangan! Jadi, buang jer lah perasaan dengki ker apa! 

Tapi, kalau ada perasaan dengki yang bukannya berbuat khianat okay! Maksud aku disini, dengki apabila melihat seseorang berjaya dan kemudian menanam keyakinan di dalam diri untuk mencabar diri agar menjadi lebih hebat dari orang itu tanpa menjatuhkan dia. Itulah yang terbaik! Jadi, inilah entry repekan aku yang terbaru. Moga ada lah sikit - sikit manfaat kan! Dah nama pun merepek! Hahaha! Chow Chin Chau dulu! Tata! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum tu gua nak ucap terima kasih pada yang sudi vote gua untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010

Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Ahad, 28 November 2010

Nak Jadi Artis Ker Nak Habiskan Belajar Dulu? Aku Buntu!

Hari nih gua bangun agak lambat! Mungkin sebab semalam kurang sihat maka tidur pun lena betul. Jadi, lepas dah gosok gigi tanpa memandikan diri teruslah buka laptop. Baca surat khabar kejap dan terus online lah. Hahahaha! Tiba - tiba aku terdengar ada bunyi posmen berhenti depan rumah. Ini mesti ada surat untuk aku nih. Budget artis hari - hari ada peminat hantar surat. Hahahaha!

Rupa - rupanya betul! Ada surat untuk aku. Sampul sederhana besar! Dekat depan sampul tu ada satu logo besar yang bercetak NOVARTIS. Wah, ini syarikat artis mana pula nih? Cari pelakon ker? Model ker? Penyanyi ker? Adakah dalam sampul nih terdapat borang untuk sign agreement menjadi artis dibawah label mereka? Huh! Bahaya nih!

Bayangkan dia cakap dia nak aku jadi artis untuk mereka tahun nih juga. Habis macam mana dengan pelajaran aku? Rugilah nak berhenti sebab ada lagi setahun jer lagi kut. Haih! Aku berbelah bahagilah waktu tu ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa. Macam mana yer? Kalau aku bincang dengan keluarga aku pun mesti mereka tak setuju aku nak berhenti belajar semata - mata nak jadi artis. Haih! Macam mana nih?

Cess! Berangan kuat mampus! Hahahaha! Aku pun bukalah sampul tu. Tiba - tiba........Jeng Jeng Jeng!

Korang Pernah Tengok Tak Iklan Nuffnang Nih?


Hah! Rupa - rupanya Novartis tu syarikat product nih! Hari tu aku click lah iklan nih dekat SINI. Lepas tu dia cakap kalau nak Free Sample isilah maklumat dekat situ. Jadi, aku saja - sajalah isi. Kemudian, tadi dalam sampul dia bagi percuma 2 sachet untuk product nih. Aku baru cuba 1 tadi. Masukkan di dalam air dan minum. Lepas tu perut rasa best pula. Hahahahaha!

Haih! Baru berangan dapat offer jadi artis tapi rupa - rupanya dapat 2 sachet Benefiber. Okaylah tu! Bermula dari bawah dulu! Kahkahkahkah! Apa - apapun, terima kasih Novartis atas 2 sachet percuma tu yer. Saya akan manfaatkannya sebaik mungkin. Pada yang nak cuba merasa Benefiber nih boleh click SINI

Apa - apapun macam biasa aku nak ucap terima kasih pada yang sudi vote blog nih untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010 dan terima kasih sekali lagi yer.

Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Jika Followers Blog Ramai Adakah Duit Nuffnang Blogger Itu Banyak?

Aku baru balik dari makan kenduri di Penang tadi. Alhamdulillah! Banyak benda aku nak tulis esok atau lusa tapi letih lah! Tiba - tiba aku bersin lebih dari 10 kali dalam masa 4 minit. Sah resdung datang balik nih! Penat! Tak sempat nak balas balik kunjungan korang semua! Tengoklah esok kalau dah sihat aku blogwalking kembali ke blog kamu semua.

Terus terang aku cakap entry ini bukannya bertujuan yang aku nak bagitahu satu dunia bahawa followers blog nih banyak ker apa sebab aku rasa ada lagi blog yang lebih ramai follower mereka macam blog Zack Zuhairi, Ben Ashaari, Cik Epal dan sebagainya lah. Blog aku nih biasa - biasa jer. Tetapi, hakikatnya aku rimas dengan 2 perkara yang selalu ditanya kepada aku.

Perkara pertama pasal 'Saya Dah Follow Blog Awak! Awak Follow Blog Saya Pula Yer!'. Tak mahu komen panjang sebab aku pernah buat entry pasal nih. Aku nak komen perkara kedua yang buat aku rimas atau lebih tepat seperti tajuk entry ini. Banyak betul tanya aku dapat berapa duit nuffnang setiap minggu. Aku nih jenis manusia yang cukup senang marah bila aku bersungguh - sungguh bagitahu benda betul tetapi orang kata aku tipu. Jom tengok perbualan yang aku reka berdasarkan situasi sebenar.


Blogger XY : Duit nuffnang bro berapa tiap - tiap minggu?

Aku : Tak tentu! Kadang - kadang 25sen! Kadang - kadang 50sen! Kadang - kadang RM1 ker RM2 ker! Adakala tak dapt langsung!

Blogger XY : Tipulah! Followers punya ramai! Takkan bro dapat banyak tu jer!

Aku : Betul lah! Kenapa? Kamu dapat berapa?

Blogger XY : Saya nih tiap - tiap minggu pun paling tidak RM3 atau RM4.

Aku : Baguslah tu! Rezeki kamu lah tu!

Blogger XY : Haih! Janganlah kedekut bro! Bagilah tips macam mana nak dapat duit nuffnang banyak macam bro!

Aku : 25 sen atau 50 sen tu lebih banyak daripada RM3 atau RM4 ker?

Blogger XY : Adess! Rahsia - rahsia pula bro nih! Tipulah! Haih! Kongsilah sikit - sikit dengan saya. Saya pun nak kaya juga macam bro!

Aku : Ya Allah! Dah betul duit nuffnang aku sikit! Nak tipu buat apa! Lagi pun itu kan sampingan jer! Kalau ada maka adalah! Tak ada nak buat macam mana!

Blogger XY : Yer lah tu! Tak apalah! Tak nak kongsi bagitahu jer lah! Kan senang! Tak lah buang masa saya dekat sini! Saya boleh tanya orang lain! Okaylah! Bye!


Disini, aku nak cakap terus terang yang duit nuffnang aku tak banyak mana pun. Aku yang boleh cashout hari tu pun sebab alhamdulillah rezeki daripada Buffered Earning. Kalau nak harap click daripada blogger - blogger nih kadang - kadang tu banyak dan kadang - kadang tu sikit. Tapi, sangat susah nak dapat sampai RM4 ker RM5 ker apa ker!

Aku bukan tak nak kongsi tapi masalahnya apa aku nak kongsi? Kalau seminggu aku dapat atas RM10 ker dapat RM100 ker memanglah aku boleh berkongsi. Ini memang betul lah aku dapat kadang - kadang 50 sen kadang - kadang tak dapat apa - apapun. Followers blog nih memanglah kelihatan agak banyak pada korang tetapi diorang follow pun sama ada memang diorang nak follow sebab minat atau nak suruh aku follow diorang balik dan bukannya sebab nak click iklan nuffnang.

Dan disini juga aku nak cakap siapa yang tak suka dapat wang kan? Jadi, nuffnang nih sebagai sampingan jer. Aku tak jadikan dia mata pencarian aku untuk mendapatkan wang. Jadi, memang duit nuff aku tak banyak pun setiap minggu. Dan, disini aku nak bagitahu aku bukan tak nak kongsi atau kedekut ilmu pasal bagaimana dapat banyak income dengan nuffnang nih tetapi masalahnya dah memang income aku sikit. Hahaha!

Aku berblog nih sebab aku suka menulis! Aku suka merepek! Aku suka baca info - info baru! Nuffnang memang best sebab boleh bagi duit tetapi aku tak kejar sangat. Mungkin di awal - awal aku memang agak excited. Ialah! Kau hanya menaip dan kau boleh dapat duit! Tapi aku excited sekejap sahajalah! Jadi, jika anda bertanya dan bila saya jawab berapa seminggu saya dapat dengan nuffnang maka silalah percaya.

Buat apa aku nak bohong! Kalau aku bohong lepas tu nuffnang bagi RM1000 tak apa lah juga! Ini kalau bohong tak dapat apa buat apa! Buat tambah dosa jer sebab bohong! Kan? Okaylah! Mahu rehat! Assalammualaikum!

Sebelum tu gua nak ucap terima kasih pada yang sudi vote gua untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Sabtu, 27 November 2010

Gua Nak Tanya Pasal Dr Rozmey, Rayyan Fantasi, Endhiran, Aarif Lee Dan Bruce Lee

Minggu ini adalah minggu gua sangat fanatik dengan blog. Hahaha! Entah! Dah lama kut gua tak blogwalking dan kalau blogwalking pun dengan blogger - blogger yang gua kenal jer. Semua blogwalking nih berpunca daripada kes Dr Rozmey. Hahaha! Sebab banyak sangat entry - entry yang dibuat oleh blogger - blogger tentang dia dan filem 2 Alam dia maka gua sangat suka baca. Terhibur rasanya hati dan jiwa! Hehehehe!

Jadi, sepanjang minggu gua berblog dekat blog tersayang gua nih tak kiralah entry tu fakta, info, merapu - meraban atau lucu maka gua nak kemukakan beberapa soalan untuk setiap entry bagi menghuraikan kekusutan di kepala gua nih.




Soalan Gua Nak Tanya :-
  1. Kenapa Korang Semua Suka Sangat Puji Kata Rambut Dia Cantik? Tipu Dosa Mehh!




Soalan Yang Gua Nak Tanya :-
  1. Siapa Dah Beli Dan Baca Novel Terbaru Rayyan Fantasi? Ada Buat Review Tak?



 


Soalan Yang Gua Nak Tanya :-
  1. Kenapa tak percaya gua layan filem nih? Filem nih best beb!


 


Soalan Yang Gua Nak Tanya :-
  1. Kenapa korang tanya gua dia Islam ker tak? Gua pun tak pastilah! Hehehe!





Soalan Yang Gua Nak Tanya :-
  1. Kenapa korang cakap korang takut tengok muka perempuan nih? Gua rasa lucu jer!





Soalan Yang Gua Nak Tanya :-
  1.  Kenapa muka gua sama macam muka Bruce Lee dalam gambar nih? Hehe!


Jadi, itu jer lah yang gua nak tanya! Hehehe! Gua sebenarnya nak pergi kenduri nih tengahari nih! Jadi, gua bersiap - siap dulu! Sebelum tu gua nak ucap terima kasih pada yang sudi vote gua untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan.

Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Fakta Menarik Mengenai Bruce Lee Yang Perlu Peminat Bruce Lee Tahu

Sebelum ini aku ada buat entry pasal Aarif Rahman @ Aarif Lee yang memegang watak sebagai Bruce Lee di dalam filem Bruce Lee My Brother tu. Kemudian, adalah blogger yang aku agak baik dengan beliau dari mula - mula dulu lagi aku blogging iaitu Cik Pearls yang nak tahu lebih lanjut pasal insan bernama Bruce Lee nih.

Jadi, aku pun sebab dah berjanji nak cuba cari info dan aku google lah maklumat - maklumat. Kalau nak harap taip memang tak tahu apa - apalah. Tiba - tiba terjumpa satu entry dekat sebuah blog dan aku rasa entry tu sangat menarik dan penuh info. Entry itu dekat blog Takusahrisau's Blog dan aku pun dah bagitahu dia aku nak copy entry dia. Tak tahu dia bagi ker tak tapi paling tidak aku tak lah copy terus dan mengaku ini entry aku kan? Hahaha! So, korang baca lah yer!

Bruce lee adalah individu yang pertama yang menjadi pelakon filem aksi tetapi mempunyai asas kukuh seni bela diri. Banyak aksi dalam filem – filem lakonan beliau adalah hasil buah tangannya sendiri. Malah dalam satu aksi lompat – kuang(summersoult) dalam satu adegan filem pecah panggung, Enter The Dragon adalah hasil aksi beliau sendiri.

Tidak salah untuk mengatakan Bruce Lee adalah individu yang tersangat obses dengan seni bela diri. Meskipun asas sebenar seni mempertahankan diri beliau adalah Ving Tsun, namun beliau banyak belajar seni mempertahankan diri yang lain seperti tinju, jujitsu, judo, karate, tek-wan-do, army boxing dan sebagainya.

Bruce Lee meninggal dunia pada usia yang dikatakan begitu muda iaitu 32 tahun pada 20hb Julai 1973. Selepas kematiannya, beliau telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai lagenda filem aksi tersohor. Untuk entry kali ini, mari kita berkongsi FAKTA yang mungkin tidak ramai orang di luar sana yang mengetahui mengenai bapa kepada Brandon Lee ini.


1. Bruce Lee sebenarnya adalah peminat Silat. Ini diakui sendiri oleh kawan akrabnya iaitu Dan Inosanto dalam satu temubual majalah seni bela diri terkenal. Beliau berkata bahawa Bruce Lee yang memperkenalkan seni silat kepada beliau yang kemudiannya dipelajari olehnya selepas kematian Bruce Lee. Inosanto sekarang telah menguasai beberapa jenis Silat yang dipelajarinya selama berpuluh tahun. Antara guru Inosanto adalah Nik Mustapha iaitu Mahaguru silat daripada Malaysia.

*Jika Bruce Lee masih hidup, 
mungkin Jeet Kune Do mempunyai banyak unsur – unsure Silat*


Dari Kiri : Jason Saxon, Bruce Lee, dan Bolo


2. Bruce Lee terkenal sebagai ahli bela diri yang gemar mencabar lawan – lawannya. Sifat ego Bruce Lee ini adalah normal bagi pengamal ilmu bela diri. Antara sebab beliau bersikap demikian adalah kerana beliau mahu menguji seni Jeet Kune Do beliau. Jeet Kune Do direka khas oleh Bruce Lee bagi pertarungan sebenar dan bukannya seni bela diri yang mempunyai tarian dan pembuka langkah.
 
*Beliau anti dengan seni pertahanan diri yang lebih berpaksikan pertunjukan*

 Bruce Lee dan senjata 'kesayangannya', Nanchunku!


3. Bruce Lee sangat menggemari ilmu falsafah. Banyak ‘quote’ yang keluar daripada mulut Bruce Lee amat – amat tinggi maknanya. Ilmu falsafah ini beliau terapkan di dalam Jeet Kune Do. Walaupun kelihatan tidak selari dengan ilmu bela diri tetapi ia sebenarnya membuatkan Jeet Kune Do ciptaan Bruce Lee mempunyai dinamik dan relevan. Antara kata – kata berunsur falsafah daripada Bruce Lee adalah :-

Using no way as way, having no limitation as limitation.


 Bruce Lee Dicabar Stuntman Beliau



Ayat ini merupakan asas falsafah Jeet Kune Do

~Bruce Lee sebenarnya pernah menjadi siswazah di University of Washington dalam Bidang Falsafah tetapi memutuskan untuk berhenti bagi menumpukan perhatiannya dalam bidang seni bela diri.


4. Bruce Lee pernah mengalami kecederaan tulang belakang yang amat serius. Terdapat pelbagai khabar angin mengatakan Bruce Lee cedera akibat dihentak secara curi – curi semasa bertarung dengan seorang pengamal seni bela diri di California. Ketika pemulihan tulang belakangnya, Bruce Lee banyak menghabiskan masanya untuk menulis buku mengenai Jeet Kune Do dan falsafah – falsafah mengenai Jeet Kune Do.


 Satu Adegan Di Dalam Filemnya.


5. Bruce Lee adalah seorang manusia yang rabun dekat. Sebelum terjun di dalam bidang filem, beliau selalu kelihatan memakai kaca amta. Selepas terjun dalam bidang filem, beliau memilih kanta lensa sebagai pengganti kaca mata.


Bruce Lee Melakukan Flying Kick


6. Bruce Lee tidak pernah memakai kasut bertapak licin sejak peristiwa beliau tergelincir semasa bertarung akibat diserang oleh sekumpulan lelaki. Bruce Lee memilih untuk memakai kasut bertapak getah sebagai langkah berjaga – jaga sekiranya beliau diserang secara tiba – tiba.


 Bruce Lee


7. Bruce Lee akan menerima lamaran untuk bertarung dengannya hanya apabila si pencabar itu mempunyai ‘6-pack abdomen’. Ini penting baginya kerana jika si pencabar tidak mempunyai 6-pack abdomen, ia bermakna pencabarnya tidak mempunyai latihan yang cukup.


 Bruce Lee Dan Produsernya


8. Dalam satu kejadian semasa penggambaran Enter The Dragon, Bruce Lee tiba – tiba dicabar oleh ‘stuntman’ beliau. Kebanyakkan stuntman dalam filem Enter The Dragon adalah ahli puak samseng Hong Kong. Bruce Lee langsung tidak gentar. Hanya beberapa langkah sahaja Bruce Lee berhasil membuatkan mereka berdarah mulut. Bruce Lee kemudian menyuruh mereka kembali membuat kerja dan langsung tidak memecat mereka.



Bruce Lee Dan Inosanto


9. Satu hasil autopsy Bruce Lee selepas kematian beliau mendedahkan bahawa Bruce Lee hanya mempunyai 1% lemak di dalam badannya. Ia terlalu sedikit berbanding manusia biasa lain. Bruce Lee terkenal sebagai individu yang obsess dalam penjagaan tubuhnya serta mengamalkan regim latihan yang ketat. Menurut Linda, Bruce Lee kehilangan beratnya sehingga 30% daripada berat asalnya ketika penghujung hayatnya.


 Bruce Lee Mempunyai Bakat Menulis Yang Baik


10. Lagi berkenaan penjagaan badan Bruce Lee. Bruce Lee adalah individu yang tidak mengambil minuman keras dan merokok. Agak pelik bukan? Percayalah kerana inilah kenyataannya. Bruce Lee kerap kali menolak sapaan kawan – kawannya untuk minum ketika di pub. Beliau memilih untuk mengambil ‘soft drink’ sahaja. Menurut Bruce Lee, beliau tidak akan mengambil bahan – bahan yang akan merosakkan tubuh dan mindanya. Suatu yang menarik anda boleh belajar dengan Bruce Lee bukan?


 Bruce Lee Melakukan Demonstrasi


11. Sejauh mana kepantasan Bruce Lee? Kepantasan Bruce Lee adalah pergerakan kakinya tidak dapat ditangkap dengan kamera 24 frame per second. Oleh sebab itu, beliau terpaksa memperlahankan pergerakan kakinya ketika berlakon dengan menggunakan kamera 32 frame per second. Dengan itu, apa yang dilihat oleh kita sewaktu Bruce Lee berlakon semasa bertarung dalam filem – filem petarungan beliau adalah hasil daripada pergerakan perlahan kakinya!


 Kelajuan Pergerakan Kaki Bruce Lee Memang Mengagumkan


12. Majlis pengebumian Bruce Lee telah diambil sebagai salah satu adegan di dalam filem Game to Death. Filem ini adalah filem terakhir arahan dan lakonan Bruce Lee. Beliau tidak sempat untuk menghabiskan lakonannya di dalam filem ini. Oleh itu, banyak jalan cerita telah diubah. Produser file mini mengambil peluang dengan majlis pengebumian Bruce Lee untuk menjadikan ia adegan terakhir dalam Game of Death. Adegan terakhir ini mengisahkan bagaimana Bruce Lee berpura – pura meninggal dunia bagi mengelakkan mafia daripada terus memburu beliau. Adegan ini jelas menunjukkan wajah Bruce Lee yang sudah tidak bernyawa.


Wajah Bruce Lee Yang Tidak Bernyawa


13. Pada 1964, Bruce Lee telah dipelawa untuk membuat demonstrasi semasa Kejohanan Karate di Long Beach, California. Bruce Lee telah membuat demonstrasi one-inch punch kepada seorang rakan demonstrasi beliau, Bob Baker, Dalam demonstrasi itu, Bruce Lee menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan one-inch punch ataupun pukulan satu inci. Akibat kekuatan daya pukulan Bruce Lee semasa demonstrasi itu, Bob Baker telah tercampak ke belakang. Antara lain, Bob Baker menyatakan dalam satu temubual :-

“I told Bruce not to do this type of demonstration again. When he punched me that last time, I had to stay home from work because the pain in my chest was unbrearable.”


 Bruce Lee Ketika Demonstrasi One-Inch Punch


14. Bruce Lee bukannya seorang cina yang tulen. Beliau mempunyai darah Jerman melalui datuk daripada belah ibunya. Oleh sebab itu, Bruce Lee telah di dikriminasi semasa mula – mula belajar Ving Tsun ketika kecil. Ramai instructor tidak mahu mengajar beliau kerana mengetahui beliau bukannya seorang cina yang tulen. Dengan itu, beliau belajar secara bersendirian dengan Mahaguru Ving Tsun, Yip Man.


 Bruce Lee Adalah Salah Seorang Daripada Ribuan Anak Murid Yip Man


15. Rasanya tidak lengkap fakta mengenai Bruce Lee jika tidak bercakap mengenai misteri kematiannya. Terlampau banyak khabar angin mengenai kematian beliau ini. Antaranya adalah :-

  1. Akibat dibunuh oleh Samseng yang memusuhi beliau. 
  2. Akibat sumpahan yang berlaku ke atas beliau dan keluarganya. 
  3. Akibat pukulan Dim Mak(pukulan batin) semasa pertarungan dengan individu tidak dikenali yang menyebabkan beliau mengalami kesakitan selama beberapa minggu sebelum kematiannya.

Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi menyatakan Bruce Lee meninggal akibat Cerebral Edema. Hasil daripada post mortem menyatakan Bruce Lee mengalami alahan terhadap ubat aspirin yang beliau gunakan. Alahan ini menyebabkan otak Bruce Lee membengkak sebanyak 13%. Beliau dikebumikan di Lake View Cemetery, Seattle, Amerika Syarikat.


Bruce Lee Ketika Demonstrasi Jeet Kune Do





Macam mana? Menarikkan info - info ini? Haih! Bruce Lee ada 1% jer lemak dalam badan dia. Macam tu aku berapa puluh peratus entahlah. Hahaha! Okaylah! Penat menaip balik nih! Rehatkan jari kejap! Bye!

Nak Jadi Tough Macam Bruce Lee...


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Jumaat, 26 November 2010

Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother


Aarif Lee @ Aarif Rahman merupakan pelakon utama filem Bruce Lee My Brother yang kini telah pun ditayangkan di pawagam - pawagam di Malaysia. Dia merupakan bintang baru yang paling bersinar di Hong Kong pada ketika ini. Dilahirkan pada 26 Februari 1987 di Hongkong dan berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina itu bermula sebagai seorang penyanyi sebelum beralih kepada bidang lakonan.

Bermula sebagai seorang penyanyi di mana telah pun muncul dengan 2 album dan dikenali dengan single paling popularnya, Fly Away. Kini, bakatnya dilihat lebih bersinar dalam dunia lakonan kerana pada tahun ini sahaja dia telah muncul dalam 3 buah filem bermula filem pertamanya, Echoes of Rainbow yang ditayangkan pada Mac yang lalu diikuti oleh filem keduanya, Frozen yang ditayangkan pada September lepas dan filem terbarunya, Bruce Lee My Brother yang sedang di tayangkan ketika ini .


Pelakon yang sedang meningkat naik ini telah diiktiraf sebagai Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hongkong ke-29 pada 18 April lepas menerusi filem sulunggnya, Echoes of Rainbow itu akan memegang peranan sebagai Bruce Lee ketika remaja di dalam filem terbarunya ini. Bruce Lee merupakan lagenda kungfu terkenal di China  yang dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal dalam usia yang muda iaitu pada 20 Julai  1973 sewaktu berumur 32 tahun.

Aarif yang baru berusia 23 tahun berasa sungguh bertuah dipilih membintangi filem tersebut dan dapat bekerjasama dengan pelakon tersohor Hong Kong iaitu Tony Leung Kar-fai dan Christy Chung. Jadi, kepada peminat - peminat Bruce Lee marilah ramai - ramai pergi menonton dan melihat aksi - aksi kungfu yang menarik di dalam filem ini yer. Selamat menonton!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

Main - Main Hantu : Anda Pernah Tonton Filem Ini?



Filem:
Main - Main Hantu

Tahun:
1990

Pengarah:
Junaidi Dahalan & Tommy Chung

Genre:
Komedi Seram

Bahasa:
Melayu

Klasifikasi:
Umum - U

Pelakon:
Nancie Foo, Hamid Gurkha, Melissa Saila, Alice Voon,
Lili Patra, Azman Hassan, Nor Albaniah, Bibi Yem


Sinopsis:

Sekumpulan pemain bola jaring bersama jurulatih mereka terkandas di sebuah kawasan yang sunyi sewaktu dalam perjalanan ke Melaka akibat bas yang mereka naiki rosak. Jadi, mereka terpaksa bermalam di sebuah banglo yang lama. Hubungan di antara pemain - pemain bola jaring dan jurulatih mereka tidak rapat jadi berlaku pelbagai kekecohan sewaktu mereka menginap di situ. Sewaktu mereka bermalam di situ, pelbagai gangguan diterima oleh mereka semua. Adakah banglo itu berhantu?

Saksikan di


*****************************************************************************************************


Hakikatnya, filem ini memang filem lama. Dah 20 tahun dah usia filem nih dan sudah lama aku mencari filem nih dan akhirnya terjumpa juga di youtube. Hahaha! Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa filem nih kelakar. Seram pun ada juga. Korang pernah tengok tak filem nih? Layan beb! Aku tengah download dekat youtube. Kejap lagi nak layan tengok. Hehehe!

Aku tak boleh nak taip entry sebab aku diserang oleh nyamuk - nyamuk durjana malam nih. Tiba - tiba terjumpa pula filem nih dekat youtube jadi memang layan jer lah. Hah! Tadi check nuffnang dan tengok duit poket dah bertambah. Hehehe! Thanks sangat - sangat pada yang rajin click iklan tu. Click lah selalu yer! Kehkehkehkhe! 

Okaylah! Esok kut baru update entry. Malam nih nak layan jiwa kejap! Apa - apapun, terima kasih sangat - sangat pada yang sudi berkunjung dan tinggalkan komen dekat entray - entry disini yer. Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!