Khamis, 10 Februari 2011

Roti Kebab! Traffic Jammed! Iklan Banner Blog! Video Matluthfi :- Typical Local Films!

Fuh! Hari nih aku bangun awal sekali lagi walaupun hari nih Uitm Shah Alam cuti sempena surat pekeliling apa entah. Aku tak ambil tahu pun sebab yang aku fokus hanya pada perkataan cuti. Hahaha! Jadi, mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan pelbagai urusan berkenaan assignment yang paling mencabar pada semester ini.

 Iklan Contest Kejap...Hahahaha


Dari pagi sampai ke petang selesaikan mana yang mampu! Pelbagai manusia dijumpai untuk bertanya tentang pelbagai perkara! Banyak perkara yang terkejut, menakutkan atau pun menggembirakan yang diperoleh pada hari ini. Apa - apapun, moga segala urusan akan sentiasa berjalan lancar. Dan tadi sempat jugalah aku merasa penangan Roti Kebab yang dijual di hadapan Coliseum Jalan TAR. Wow! Aku rasa boleh tahan lah sedapnya. Fuh! Lepas nih aku nak cuba makan Kebab Pita pula. Hohohoho!


 Kedai Tu Depan Panggung Coliseum


Aku sangat kagum dengan sesiapa yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur kerana aku sangat menyampah dengan situasi traffic jammed di atas jalan raya dalam tempoh waktu yang panjang. Hahahaha! Sangat memenatkan dan dari situ pelbagai ragam manusia boleh kau lihat. Kadang - kadang kau terasa pelik apabila melihat masih ada orang yang boleh tersenyum dan gembira seolah - olah tiada apa yang berlaku sedangkan waktu itu kereta dihadapan langsung tidak bergerak di dalam tempoh yang agak lama. Belum dicampur lagi dengan kegilaan manusia yang menyelit disana sini sesuka hati.


 Nasib Tak Jammed Macam Nih Tadi!!


Apa - apapun, badan terasa sedikit letih sekarang. Kemudian, mendapat satu perkhabaran istimewa apabila ada rakan yang sudi untuk meletakkan banner blog ini di ruangan iklan forum beliau iaitu di Santai.My. Terima kasih dan anda telah menggembirakan saya yang sedang mengalami kepenatan nih.


 Sila Klik Santai.My


Kemudian, ada pula rakan yang meletakkan video di bawah ini di wall facebook mereka dan aku tergerak hati untuk menonton. Sekali lagi ia menggembirakan aku kerana video ini seperti video yang dilakonkan oleh seorang Mat Salleh.. Maksud aku dari segi idea menggunakan seorang pelakon untuk melakonkan kesemua watak. Menarik juga. Hehehehe. Sila menonton di bawah.




Ada juga rakan yang bertanya,"Bila kau mahu couple?" dan aku hanya ketawa sekuat mungkin tanpa memberi sebarang jawapan. Mungkin jawapan yang paling sesuai adalah,"Jika ada yang sudi jangan katakan couple...esok pun boleh terus kahwin!" Hahahahaha! Apa - apapun, mahu memanjakan diri sekejap dengan berehat buat seketika. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

6 ulasan:

  1. terus2 nak kahwin. wow..hehe..

    ada sape2 tak nak ke? hans dah offer tu.. :D

    BalasPadam
  2. hasrol nizam : itu cuma gurauan jer lah...saya suka bergurau...

    BalasPadam
  3. Huh, dulu masa saya duk dekat KL punyalah seksa kalau naik kereta kawan.

    Saya lebih selesa naik LRT. Keluar awal sedikit, dapat tempat duduk.

    Kalau keluar lewat pasti kena berdiri berhimpit-himpit dengan pelbagai bau 'minyak wangi'...Letih-letih...

    BalasPadam
  4. huhuh.k.L mmg sesak...tak boleh nak wat ape dah...aishh ko citer makanan plak..ak tgh lapar nie uhuhu

    BalasPadam
  5. Kalau Lisa Surihani nak camne bro? haha..

    BalasPadam
  6. amir : saya menerima dengan hati yang sangat gembira....hahahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com