Rabu, 27 April 2011

Kalau Tak Suka Buat Apa Awak Approve Saya???

PERHATIAN : Kisah Di Bawah Adalah Berdasarkan Kisah Benar Yang Telah Diolah, Dirombak Dan Diubah Untuk Menyedapkan Jalan Cerita.


Pada suatu ketika dahulu lah tersebutlah kisah seorang jejaka yang kacak sedang melayari muka buku beliau dengan begitu gembira sekali. Tiba - tiba dia terpandang satu benda berwarna merah.



Rupa - rupanya ada seorang gadis yang cuba untuk berkenalan dengannya. Jejaka tersebut yang tidak tahu apa - apa dan tanpa usul periksa pun terus bersetuju untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
 

Sapaan jejaka tersebut tidak dibalas tetapi jejaka itu tak kisah pun. Beliau meneruskan aktivitinya seperti biasa. Selang 2-3 jam selepas itu tiba - tiba gadis itu menegurnya di ruangan kotak sembang.





Gadis itu menyoal beliau dengan beberapa soalan seperti,"Boleh saya tahu adakah awak belajar di sekian dan sekian? Awak siapa?". Jejaka kacak itu menjawab dengan sebaik mungkin dan disebabkan jejaka itu tidak mengenali gadis tersebut maka jejaka itu dengan rajinnya menaip dengan bertanya,"Boleh saya tahu awak nih siapa?"




Entah kenapa tiba - tiba gadis tersebut melenting,"Kenapa awak tanya macam tu dekat saya? Bukankah muka buku ini sesuatu yang umum. Sesiapa pun boleh berkawan? Kalau awak tak suka saya kenapa awak terima saya jadi kawan awak di muka buku nih? Baik tak payah approve saya! Padam jer lah saya dari muka buku awak! Menyesal saya buat keputusan nak berkenalan dengan awak!!"




Jejaka kacak yang pada mulanya tadi tiada rasa amarah tiba - tiba terasa panas mencengkam kepala dan dengan lajunya menaip,"Hoi, Bodoh! Yang kau nih tetiba nak melenting apa kejadahnya perempuan!! Aku tanya kau siapa sebab aku tak kenal kau lah bodoh! Kalau aku kenal buat apa aku tanya kau!"




Gadis itu melenting lagi,"Wah, cantiknya bahasa awak! Tak sangka awak layan saya macam nih!"




Jejaka kacak pula membalas,"Sesuai lah dengan kau! Bukannya otak kau di lutut tetapi kau sememangnya tak ada otak! Bukankah muka buku ini bersifat umum seperti yang kau katakan tadi! Kau bertanyakan aku soalan dan tak salah pun jika aku tanya kembali atau adakah kau nih sebenarnya psycho?"




Gadis itu melenting kembali,"Sudahlah! Kau padam aku segera dari muka buku kau!"




Jejaka kacak pula dengan bangganya berkata,"Kau ingat aku terhegeh - hegeh ker nak kenal kau? Kau yang tergedik - gedik nak kenal aku! Jangankan padam kau dari senarai rakan muka buku aku! Lebih dari itu aku akan buat khas untuk kau!"




Maka jejaka tersebut pun memadam serta menghadiahkan 2 lagi benda untuk gadis bertuah tersebut iaitu menjadikan gadis itu sebagai Spam dan menghalang gadis itu selama - lamanya dari melihat profil muka bukunya. Kesimpulannya, walaupun manusia itu kelihatan sempurna dan pandai menggunakan teknologi tetapi tidak semestinya manusia tersebut bijak. Buktinya anda boleh lihat pada watak gadis gila di dalam kisah di atas.

P/S : Kasihan Pada Jejaka Kacak Kerana Terpaksa Melayan Kerenah Gadis Gila Tersebut! Hahahaahaha!

61 ulasan:

  1. hahahaa.. bangang je rase..

    BalasPadam
  2. aduhai..macam2 kerenah la. perempuan tu pun satu..apa kes emo2 nie? adoi..sebab itu ak tak suka berkenalan di fb pasai tak kenal dan susah untuk bermesra

    BalasPadam
  3. assalam...hahaha,kecian pun ada, lawak pun ada...

    BalasPadam
  4. aku turut bersimpati.. hahahaha..

    siapa la lelaki kacak yang malang tu ea..

    nak padam 'api' kena simbah dengan 'air'.. kalau simbah 'minyak tanah', makin marak lah. terbakor...

    BalasPadam
  5. penah kena... sedih2.. tetibe dia yg meleting.. padahal dia yg add.. :kecewa

    BalasPadam
  6. aku pun rase cam dah pernah kena..tp xdelah ckp cam laki 2..ckp ok fine sudah..hehee

    BalasPadam
  7. apa lah cantik sangat bahasa nak melenting dengan kita dulu. rilek2 dah la..

    jangan ingat dekat fb ni semua orang nak berkawan sangat. dia approve tu pun dah kira nasib baik. kalau tak approve macam aku ni ha, padan muka.kah kah..

    BalasPadam
  8. cerita nie realiti @ tidak
    klu realiti
    jum kita bakor jaa ppuan 2

    BalasPadam
  9. hanya lelaki kacak yang faham perasaan lelaki kacak lain.
    dan nasib baik aku faham :)

    BalasPadam
  10. haha..

    tak penah kene, tapi cam kelakar jea..

    BalasPadam
  11. grrrr..haha....perempuan ni nampak sangat la...

    adoi....malu-malu...ni kisah sape ni??ke kisah hans si jejaka kacak??hehehe

    BalasPadam
  12. kesian jejaka kacak tu yer.. huhu...jgn dilayan org yg cepat melenting.. nnt lg panass

    BalasPadam
  13. hehe..kisah benar ker ni?

    BalasPadam
  14. aku rasa pempuan tu ada msalah mental la..muahahaha

    BalasPadam
  15. kesimpulan
    jgn aprove org y kt xkenal
    sekian;-p

    BalasPadam
  16. ishiko : hahaha..tu la pasal

    Amir Izzat : hahaha...ayat tu diubah kepada berkenalan...sebenarnya approve request jer..kikuikui

    Adamxis : lawak ek? kehkehkehkeh

    Asada : dah api bertemu api...kuikui

    Fariq : hahaha...kenapa sedih plak dah?

    Norshim : laki tu pun tak ada cakap macam tu pun...cuba baca ayat warna merah pada permulaan cerita untuk lebih memahami

    nizam : hahaha...tu la pasal

    Mie : realiti cuma diubah sikit...bako jer

    Kap : Give me 5!

    Izzah : kalau kamu kena mesti kamu rasa tak kelakar...hahaha

    C-tea : haahha....mungkin

    Cik Fara : itu la pasal..pelik kan?

    C.M.A : Itu la pasal...ksian jejaka kacak

    Wida : based on true story

    Syuwai : aku pun berfikiran sama macam ko..hehehehe

    Hasni : tak approve nanti di kata sombong..kalau approve jumpa pula manusia tak betul macam tu..hahaha...hidup nih penuh dengan risiko tapi kadang2 menarik.. :-)

    BalasPadam
  17. haha.better jd stalker dr jd pemarah mcm si gadis ni.haha =D

    BalasPadam
  18. budak katak : hahaha...tahu xper

    BalasPadam
  19. hehehe... ada jgk org mcm ni ye.
    pompuan tu desperate kot!!! cari kenalan utk dijadikan boyfren.

    BalasPadam
  20. pelik betul perempuan tuh, tetiba je marah. tak betul agaknya.

    Latest Entri :
    Resepi Kek Coklat

    BalasPadam
  21. hakhakhak. ade jugak orang macam tu kat dunia ni. teruk betul~

    BalasPadam
  22. haha..sapekah jejaka tersebut... x pasal2 je kan..mcm terdesak sgt gal tu..=)

    BalasPadam
  23. hahahaa.. sbr jela.. ak pun x ter approve kwn2 kt fb..

    BalasPadam
  24. ahaha..kelakar lah... ape da perempuan tu...

    BalasPadam
  25. aku tak paham apsal minah tu boleh emo tetiba. gila eh? haha.

    btw, apa boleh buat. benda2 macam ni memang slalu terjadi kepada jejaka2 kacak seperti kita. so, kena la terima hakikat.

    BalasPadam
  26. rasanya hormon estrogen dalam badan dia tak stabil tu kot. tak pun dia hilang ingatan sekejap ter add kamu..haha

    Sabo je la

    BalasPadam
  27. gedik sungguh pompuan tu
    dua2 sama je emo,hahah

    BalasPadam
  28. perghh tak pernah aku terpikir cerita macam ni.. kreatif ar bro.. cam ada pengalaman je ni haha

    BalasPadam
  29. nak wat cne? ko kacak sangat... wahahahhahaha

    BalasPadam
  30. haha...tendang jauh2 sudaa owg cm tue...ak pon ade block owg...sbb ak fikir,die dah ngate ak mcm2,dah ak remove t'hegeh2 mau add kite balek...ibarat jilat ludah die balek...0uh! kasar x...? haha

    BalasPadam
  31. haha...adeii kesian jejaka kacak

    BalasPadam
  32. perghhh tanya siapa pun dah melenting ke? ayoyooo...
    sepatutnya jawab je la. sebab kita tak kenal la kita nak tahu dia siapa kan.
    dunia dunia... hehhe...

    BalasPadam
  33. haha sengal nye pompan.
    huhuhu
    :D

    BalasPadam
  34. haha. macam tu la nasib org kacak kan. susah kan hanz jadi kacak ni?? kah3

    BalasPadam
  35. haha..cepat benar dua2 marah.

    BalasPadam
  36. haha~ adoi.. phsyco toi.. melenting ta pasal2

    BalasPadam
  37. budi bahasa budaya kita...tetiba kan..


    sorry tetiba leh lak tersesat kat sini..salam ziarah..:)

    BalasPadam
  38. ololo..yg dop p gatal add org tu pe pasal..lps tu nk marah2..

    BalasPadam
  39. mungkin die dah minat sgt dgn laki kacak tu kot..

    BalasPadam
  40. haha . 2 2 same je ! sorang mengamuk , sorang mengamuk balik . jodoh tu hanz jodoh , bek kau add dia blk

    BalasPadam
  41. dah rasa pun pengalaman kat atas nie tapi sy perempuan bertemu perempuan
    -___-

    BalasPadam
  42. sengalnyerrr wanita tersebut -_-''

    tapi muka buku ni memang banyak bahana kalau xreti nak gunakannya secara berhemah. hmm.

    BalasPadam
  43. aku geram baca hans... grrrrrrrrrr bako dier hehhee

    BalasPadam
  44. Humangaaaiii ... Ada ke orang camni... PElik,pelik ... KAt FB pun nak bergaduh ... Ish,ish,ish ...

    BalasPadam
  45. hokalohh....bahase pempuan cengitu skali...dasat!

    BalasPadam
  46. weh aku nk add fb ko r..hihi..tp jgn risau.aku warassss.hehe

    BalasPadam
  47. pelik2 kan..kalau kene kat sape2 pun bengang.huhu agak2 jejaka kacak lagilah bengang ye..hehe

    BalasPadam
  48. wahh secret admiree tue hanss..gile talakss kot..

    tue psl sis xsuke add org yg xkenal tkut jd cmne..xpun dia sbnrnye nak stalk kite jee..haihh xsuke nyee..no privasii..

    BalasPadam
  49. jejaka kacak tu hans ke? hehehe...

    macam2 ragam orang skang ni.. tak paham betul...

    BalasPadam
  50. wow..ada juga org macam ni..pity her..haha

    BalasPadam
  51. hahhaa.. tak pasal2 dua2 pun hangin dan tak pasal2 pompuan tu kena block. sama kes macam dulu dkt fb. tpi dulu budak laki nak add sya.

    dia suruh sya add dia balik sbb dia xdpt add sya. sya pun ckp la kenapa nak suruh add awak. sya tak kenal awak. sya pun bgitaw reason knapa sya tak add orang yg xkenal dan dia marah2. heh? apa kejadah budak laki tu nak marah. ikut suka hati la nak add ke tak. itu pun nak gaduh. hampeh tul!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com