Blog Dan Diari

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Adakah blog dan diari itu boleh dikatakan dua benda yang sama? Pada pendapat aku blog mungkin boleh menjadi diari tetapi diari tidak mungkin boleh menjadi blog. Hehehe! Mungkin ada yang menyatakan mereka menganggap blog merupakan diari mereka sendiri. Sama juga seperti aku yang kadang - kadang menganggap blog ialah tempat untuk aku mencoret atau meluahkan rasa, pengalaman, perjalanan dan cabaran hidup aku sepanjang aku membesar daripada seorang kanak - kanak kepada remaja dan seterusnya apabila berkeluarga nanti. Insyaallah!




Berbalik kepada blog yang dikatakan sebagai diari ini dan apa yang aku boleh simpulkan terdapat dua jenis blog berbentuk diari iaitu :-


1) Blog seperti diari yang sangat privasi dan hanya boleh dibaca oleh tuan punya blog.

2) Blog seperti diari yang mahu dikongsi bersama dengan pembaca blog tersebut.


Bagi aku pula aku beranggapan blog aku ialah jenis nombor 2 iaitu aku sedia untuk berkongsi pengalaman aku dengan pembaca - baca blog aku dan kemudian berpeluang untuk membaca pengalaman mereka pula jika mereka mahu berkongsi di ruangan komen. Perlu diingat bahawa apa sahaja yang kita taip atau coretkan di entry itu bukan sekadar untuk diri kita tetapi juga pembaca kita kerana blog jenis nombor 2 ini membenarkan entry kita dibaca oleh orang lain. Jadi, bersedialah untuk mengambil risiko jika entry kita itu tidak disukai pembaca lain kerana bukan semua orang sekepala dengan kita.




Jadi, sebab itu juga aku beranggapan kita perlu berfikir semasak - masaknya dahulu tentang perkara apa yang patut atau perlu untuk kita kongsikan dengan pembaca kita. Kalau kita nak berkongsi perkara yang terlalu peribadi pun maka fikir dulu adakah perkara itu sesuai untuk dikongsi dengan orang lain yang tidak mengenali kita. Apakah risiko dan kesannya di kemudian hari jika kita berkongsi perkara atau entry peribadi kita itu dengan orang lain. Adakah pada suatu hari nanti ia akan memalukan kita atau membanggakan kita? Tepuk dada tanya lah hati dan minda!




Jika kita lebih suka menulis tentang kisah - kisah hidup kita yang terlalu peribadi dan tidak mahu orang membacanya maka jadilah seperti blog nombor 1 dimana kita menulis hanya untuk kita. Lagipun sudah namanya kita menganggap ia sebagai diari hidup kita jadi buatkan blog kita tu hanya untuk kita atau orang kata sebagai private. Private kan blog dimana hanya kita sahaja yang boleh baca dan tidak untuk orang lain. Jadi, aku sangat tidak bersetuju jika ada yang melenting dan berkata mereka menulis entry itu hanya untuk mereka dan tidak minta entry mereka dibaca kerana hakikatnya blog itu bersifat universal. Jika kita tidak menjemput orang lain membaca pun pasti akan ada yang tersinggah dan kemudian membaca dan membuat telahan sendiri kerana blog anda boleh dimasuki pembaca dan pembaca boleh membaca semua entry yang telah anda hasilkan.




Kesimpulannya, jika kita tidak mahu entry blog kita yang bersifat peribadi dibaca maka silalah private kan blog anda khas untuk bacaan anda seorang seperti mana yang kawan saya sendiri pernah lakukan kerana beliau menganggap blog beliau sebagai diari serta sangat peribadi dan hanya untuk bacaan beliau sahaja. Namun, jika anda memilih untuk menyiarkan entry anda yang berbentuk peribadi dan semua orang boleh membacanya maka itu bermakna anda sebenarnya telah bersedia untuk menerima apa sahaja pandangan pembaca lain. Jadi janganlah melenting dan terimalah risiko atas apa yang anda telah lakukan. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Jika Anda Tidak Mahu Kisah Peribadi Yang Anda Letakkan Di Blog Dibaca Maka Buatlah Satu Blog Khas Yang Hanya Anda Sahaja Boleh Baca Dan Luahkan Segala - Galanya Disitu!! (^_^)Y

30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. jenis 1 pun ade..jenis dua pun ade..tapi yang blog yang sllu dibaca jenis 2..hehe

    BalasPadam
  2. aku tak tau la blog aku diari ke tak. tapi bila aku update aku nak semua orang baca ape yg aku kongsikan tu. :)

    BalasPadam
  3. betul2. mcm sy dulu ade blog yg private. tp x update2 dah skrg. tulis dlm diari sudah ler sbb x perlu guna streamyx. hehe :D

    BalasPadam
  4. pernah juga jumpa bl0g jenis no.1 tp blogku yg no.2..

    p/s kita serupa~~ hehehe

    BalasPadam
  5. pelangi punye lebih pada blog jenis kedua..kalau jenis satu.biarlah hanya di hati dan jantung.tak perlu nak luah luah dalam blog:)

    =)

    BalasPadam
  6. perkara yg nak dikongsi tu biarlah berpada-pada...

    BalasPadam
  7. tak larat plak kalau banyak sgt blog .. heheh

    kalau share2, jangan sampai share semua benda laa .. n banyak type 2 ni kalau pandai tulis, memang ada je org suka ..

    BalasPadam
  8. same..kadang-kadang kalo nk tulis entry takot lak entry tue peribadi sangat..
    jdik..asenye blog sy no 2 kot :)

    BalasPadam
  9. aku punya semi-personal.
    ada la selit-selit citer pasal aku. haha

    kalau aku buat personal blog pun aku nak ramai yang baca dan beri pendapat sekali ^^

    BalasPadam
  10. blog aku dulu bolehlah dikatakan diari.. skang xtahulah.. betul tu kena fikir dulu sebelum tulis klu blog kita ni bacaan public.. setiap org fikiran lain2..

    BalasPadam
  11. aku punye no2 kot..tula xfhm btol siapa yg xprivate kan blog dia tapi xsuka org lain baca..

    BalasPadam
  12. aku sokong part yang kalau nak bercerita pasal diri kita, kena terima la kalau orang tak suka sbb kita semua tak sekepala :) berpada-pada lah ye karang ada yang jadi macam kat kulim tu, gara2 kutuk dekat FB mati kena belasah.. -.-'

    aku punya blog tak taw la masuk kategori apa.. citer pasal aku tade lah banyak sangat sebab aku ni mysterious orangnya.. HAHA kategori blog merapu boleh la kot.. :P apa-apa pun dalam kita berblog biar lah at least ada manfaat orang boleh ambil dari blog kita.. tak banyak pon sikit..

    BalasPadam
  13. ade dua jugak . dan dua2 actually untuk muhasabah diri sendiri jugak .. walaupun yg dok ada ni lg byk merepek psal diri sndri :D

    BalasPadam
  14. blog tips kurus : dalam dunia nih benda apa je selamat? simpan duit dalam bank pun kadang2 boleh kena curi..tapi paling tidak kita ada inisiatif untuk tidak berkongsi hal peribadi dengan orang luar jika itu yang kita mahukan.. :-)

    BalasPadam
  15. My blogs r expression of my thoughts bout any issue..
    it might b personal a bit..
    but it's personal in terms of opinions..nuting much!
    Wahhhh~~ sekali Cik Mendezz speaking daa~~ =P

    BalasPadam
  16. blog aku mula2 macam no 1 tapi lama2 macam tak best je tulis tapi baca sorang2...maka jadilah no 2 pulak..haha..nasib baik tak privasi :D

    BalasPadam
  17. bukan semua benda kita perlu kongsi...ada bbrp perkara biar la rahsia...hanya tuan badan yg tau...

    BalasPadam
  18. Blog yang aku ada sekarang nie asanya lbih kepada perkara harian yang aku lakukan.. Nak advance ke penulisan umum lah nanti...

    BalasPadam
  19. hans punya personal diary tu leh uat dairy kongsi bila ada serius GF nanti...
    kasi seminggu utk dia tulis dan seminggu lgi utk Hans tulis...so korang leh nmpak perasaan dan aktiviti amsing2...romantik gitu!

    psl blog tu, mmg tak patut pun nak marah klu dah appear in public kan...redhaaa

    BalasPadam
  20. Blog sy of course la yg ke 2..heeee..tp x bleh la reveal banyak sgt, privacy tetap privacy kan :)

    BalasPadam
  21. blog adalh medium brkongsi sesuatu buah fikiran dan juga suatu catatan si penulis :)

    nice entry

    BalasPadam
  22. diari= secret,kita simpan,hanya kita baca

    blog= mesti ada owg lain baca,cuma nasib baik mereka tu tak kenal kita.

    Lagipun apa yg ditulis sbg entry dah ditapis...tak 100% disampaikan rite?

    BalasPadam
  23. blog saya kategori ke 2. setuju pasal private blog, sebab setiap orang ada privacy sendiri, saya pun ada private blog jugak, simpan je dlm komputer nih.

    BalasPadam
  24. sekali dh publish, tu mksudnya anda dh bersedia menerima kritikan sbb blog kita yg number dua kan hans hehe

    sy blogging sebab ni saja cara sy mengisi kekosongan tiada kwn disamping diri ni cewahhh..seronok bila dpt berinteraksi dgn rakan blogger..sy d rmh xda kwn, so blog je la cara sy bercerita hehe

    BalasPadam
  25. Setuju dgn Queen F.
    Yg penting tepuk dada tnya iman. =))

    BalasPadam
  26. dua2 pun ada,tp selalu update yg no 2. haha..

    BalasPadam
  27. lepas ni kena buat tutorial cemana nk hide atau letak password kepada sesetengah entri yg kita nak hny org2 tertentu je baca....

    ade kan feature camtu?

    hurm...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama