P/S : 1 Malaysia Tengok Filem Nih Dalam Panggung Tadi! Hehehe!! Nak Taip Panjang - Panjang Tapi Tak Larat Lah Pula Sebab Baru Siap Buat Review. Jadi, Selamat Membaca (^_^)Y
Assalammualaikum dan sejahtera! Kali ini gua saja menampilkan entri yang mungkin mampu membuat tekak anda loya atau mual. Jadi, kepada sesiapa yang tidak tahan melihat gambar ini juga kepada ibu mengandung dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan anda atau penglihatan anda di bawah ini!
Penerangan gambar di bawah sebenarnya hanya lah sekadar repekan gua. Jadi, anda jangan lurus bendul pula percaya tentang penerangan yang gua tulis di bawah setiap gambar tu yer! Hehehehe!
1) Lipas, Katak & Kala Jengking
Hans Merepek : Memandangkan populasi serangga seperti lipas semakin berkembang gara - gara sikap kurang bersih rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata - rata dan tidak menjaga kebersihan rumah menyebabkan akhirnya lipas akan dijadikan sebuah menu untuk menggantikan pisang goreng dan dijual di tepi jalan.
2) Sup Kelawar
Hans Merepek : Gua tak tahu nak taip apa! Hahahaha!!!
3) Cengkerik Goreng
Hans Merepek : Memandangkan cengkerik suka berbunyi di waktu malam dan ini mengganggu ketenteraman penduduk lantas mereka menangkap dan menggoreng haiwan ini. Tidak disangka rasanya yang sedap menyebabkan permintaan yang tinggi oleh peminat cengkerik goreng dan ini menyebabkan cengkerik menjadi satu kegilaan baru terhadap peminat makanan eksotik.
4) Sushi Serangga
Hans Merepek : Sushi serangga diperkenalkan untuk menjimatkan kos penjual dan nampaknya ia laris di pasaran kerana serangga menawarkan protein yang cukup tinggi.
Fakta : Di Eropah memang sekarang mereka tengah memperkenalkan sushi serangga seperti di dalam gambar kerana ia dianggap sebagai alternatif sumber makanan yang baru pada masa hadapan.
5) Satay Lipan
Hans Merepek : Disebabkan kekurangan ayam dan daging di pasaran maka lipan digunakan sebagai menu baru untuk dijadikan satay. Memandangkan lipan merupakan serangga yang bersaiz panjang jadi secucuk satay lipan ibarat memakan 5 cucuk satay ayam/daging.
6) Nasi Tikus
Hans Merepek : Melihat kepada gambar nombor 5 maka disebabkan kekurangan ayam dan daging maka nasi ayam telah digantikan lauknya dengan tikus! Erkkkkk!!! Tak boleh tahan lah tengok gambar nih! Loya gua! Hahahaha!!
P/S: Cari Beg Plastik!! Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! (^_^)Y
Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Hans. Tajuk entri kali ini ialah berkenaan memasak. Apa sebenarnya yang gua nak cakapkan berkenaan memasak nih? Sebenarnya gua nak cakap gua cukup kagum dengan sesiapa yang pandai memasak sebab bukan semua mempunyai kemahiran atau kreativiti macam nih. Sebenarnya sesiapa pun boleh memasak tetapi ia juga dipengaruhi oleh minat dan keberanian seseorang individu tersebut.
Ada juga sebenarnya yang tidak gemar memasak bukannya kerana mereka tidak minat tetapi hati mereka remuk(wow!ayat Sembilu sangat!) gara - gara masakan pertama mereka dikritik hebat oleh tukang rasa yang dipertanggungjawabkan untuk merasa masakan sulung mereka. Jika tidak tahan dengan kritikan maka cuma ada 2 perkara sahaja yang akan berlaku iaitu si tukang masak patah hati untuk meneruskan aktiviti itu atau tukang masak akan menghasilkan menu yang lebih baik pada masa akan datang.
Tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan jika pandai memasak gua beranggapan mereka mempunyai kelebihan yang sangat bagus di dalam hidup. Jika zaman dahulu gua rasa tidak lah ada rasa terkejut jika melihat wanita pandai memasak namun di zaman kini gua rasa jika wanita pandai memasak ia adalah satu pakej yang sangat menarik. Seronoknya bila memasak ini ialah apabila makanan anda dipuji dan anda akan berasa segala penat lelah anda berada di dapur berbaloi dan terbayar. Jika tidak percaya sila memasak dan pastikan makanan anda itu sedap untuk mendengar pujian dari si tukang rasa. Insyaallah, anda akan rasa perasaan puas itu menyelinap ke dalam sanubari anda.
Okay lah! Gua rasa entri gua kali nih sangat skema penggunaan ayatnya. Jadi, apa gua nak cakap memasak adalah satu aktiviti atau hobi yang sangat menarik dan kepada sesiapa yang minat memasak teruskan lah minat anda itu! Gua nak pergi makan kejap! Lalalalalala~!
P/S : Gua Suka Buat Biskut Dan Kek Tetapi Gua Bukan Yaya Dalam Boboiboy! Hahahaha!! (^_^)Y
Assalammualaikum dan salam sejahtera! Walawehhhh!! Aku sememang suka menonton rancangan Master Chef Australia dan US. Apabila dapat tahu yang Master Chef Malaysia bakal wujud sememang aku teruja dan menunggu sekian lama. Sedihnya rumah aku tidak mempunyai Astro jadi terpaksa lah memuat turun setiap episod siri ini untuk menonton.
Juri - juri yang terlibat di dalam Master Chef Malaysia ini ialah :-
1) Chef Johari
2) Chef Yahya
3) Chef Priya
Jadi, disini terdapat 24 orang peserta yang layak bertanding untuk merebut gelaran Master Chef Malaysia yang pertama dan juga bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan aku senaraikan 5 peserta pilihan aku untuk musim pertama ini dan baki 19 peserta yang lain.
Peserta Pilihan 1
Nama : Felix
Umur : 24 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Jurulatih Peribadi
Peserta Pilihan 2
Nama : Danial Firdaus
Umur : 18 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Kerjaya : Pelajar
Peserta Pilihan 3
Nama : Imelda
Umur : 30 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Pereka Aksesori
Peserta Pilihan 4
Nama : Saiful Alip
Umur : 26 Tahun
Asal : Sabah
Kerjaya : Penoreh Getah
Peserta Pilihan 5
Nama : Nik Michael
Umur : 21 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pelajar
Selain 5 peserta di atas, terdapat 19 peserta lain yang juga sama hebat dan mempunyai potensi dan peluang yang sama rata untuk bergelar Master Chef Malaysia yang pertama (P/S : Kedudukan 19 Peserta Tidak Mengikut Susunan Pilihan Aku!)
Nama : Terrence
Umur : 35 Tahun
Asal : Sabah
Kerjaya : Perancang Cara
Nama : Brian
Umur : 25 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Juru Audit
Nama : Mastura
Umur : 38 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Suri Rumah
Nama : Amita
Umur : 31 Tahun
Asal : Melaka
Kerjaya : Peguam
Nama : Shahriah
Umur : 37 Tahun
Asal : Johor
Kerjaya : Penulis Novel
Nama : Zuraidah
Umur : 52 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Suri Rumah
Nama : Wahidan
Umur : 42 Tahun
Asal : Sabah
Kerjaya : Pekebun
Nama : Deena
Umur : 25 Tahun
Asal : Kelantan
Kerjaya : Pegawai Projek
Nama : Raymond
Umur : 28 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pegawai Khidmat Pelanggan
Nama : Ari Malik
Umur : 40 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Artis / Penerbit
Nama : Zeri
Umur : 26 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pereka Fesyen
Nama : Ezani
Umur : 26 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Doktor Gigi
Nama : Azizah
Umur : 22 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Pelajar
Nama : Azilah
Umur : 26 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Perunding IT
Nama : Zamir
Umur : 19 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pelajar
Nama : Zahin
Umur : 21 Tahun
Asal : Johor
Kerjaya : Pereka Produk
Nama : Hui Ting
Umur : 21 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Graduan Lepasan Ijazah
Nama : Kamaruzzaman
Umur : 45 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Kaunselor Kerjaya
Nama : Azlina
Umur : 29 Tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pekerja Media Bebas
Apa - apapun, walaupun secara jujurnya aku kurang menggemari episod pertama dan kedua kerana gaya chef - chef nya yang agak skema bila berkata - kata seolah - olah seperti membaca skrip dan kelihatan terlalu memaksa diri untuk bercakap di dalam Bahasa Melayu dan gaya pesertanya yang berebut - rebut mengambil barang - barang seperti bawang dan tomato yang lagaknya seperti peserta Barat namun pada episod ke-3 dan seterusnya ia sudah kelihatan semakin menarik dan bagus! Chef - Chef yang menjadi juri bercakap dengan lancar dan peserta - peserta semakin menunjukkan kehebatan mereka. Jadi, aku akan setia menonton hingga ke episod akhir dan semoga berjaya diucapkan kepada semua peserta Master Chef Malaysia musim pertama!
1) Aku bengang gila bila aku tengah khusyuk menikmati keseraman filem seram dan tiba - tiba orang di belakang menendang kerusi aku dengan sangat kuat gara - gara terkejut! Padahal hantu tak keluar lagi pun! Nasib kerusi tu kukuh! Kalau tidak mungkin aku dah terbang ke depan!
2) Aku bengang gila bila sedang seronok menonton filem tiba - tiba kerusi bergoyang - goyang gara - gara orang sebelah atau dihujung menggoyang - goyangkan kaki mereka terlalu kuat. Macam aku tengah duduk atas kerusi urut elektrik jer!
3) Aku bengang gila bila sedang asyik menonton filem yang ditayangkan tiba - tiba orang sebelah aku jadi pengarah yang tidak bertauliah dengan menceritakan kepada orang sebelahnya tentang apa yang akan berlaku selepas ini. Adoyai!!
4) Aku bengang gila bila terdapat sekumpulan manusia yang selalunya terdiri daripada budak - budak sekolah atau remaja yang kurang cerdik yang suka membuat bising di dalam wayang yang tidak ramai penonton seolah - olah mereka itu gangster. Kalau seorang diri berani ker cakap tak senonoh kuat - kuat dalam wayang?
5) Aku bengang gila bila aku membeli tiket wayang untuk aku sahaja dan tiba - tiba akak di kaunter menyoal aku berkali - kali,"Satu tiket jer ker adik?"
6) Aku bengang gila bila aku beli popcorn yang bersaiz kecil sebelum menonton wayang maka aku diperli secara sarkastik oleh si penjual popcorn mengatakan popcorn itu selalunya hanya kanak - kanak yang beli. Suka hati lah aku nak beli popcorn saiz apa pun! Bukan minta duit kau pun!
7) Aku bengang gila bila tengah beratur beli tiket tiba - tiba ada manusia yang menyelit dan kemudian dia berlakon konon - konon tidak ada apa yang berlaku. Cisss!!!
8) Aku bengang gila bila orang ramai beratur panjang untuk membeli tiket tetapi kaunter buka satu jer!!
9) Aku bengang gila bila orang yang membeli tiket di hadapan duduk di depan kaunter begitu lama sampaikan 15 minit siap mengurat akak kaunter tetapi langsung tak beli tiket. Rasa macam nak bagi makan kasut jer!!
10) Aku bengang gila bila tengok dekat surat khabar dan laman web sebuah panggung wayang nih dan dikatakan filem RA. One akan ditayangkan pada hari ini tetapi bila aku telefon mereka kata bos mereka suruh simpan dulu filem tersebut! Apakah? Motif nak simpan? Nak buat pekasam?
P/S : Seronok Pula Buat Entry Pasal Bengang Nih! Cuma Aku Masih Waras Lah Walaupun Setiap Perkataan Ditaip Bengang Gila! Hohohohoho! (^_^)Y
1) Aku bengang gila bila aku pesan nasi kasi lebih tetapi dia bagi aku nasi kurang!
2) Aku bengang gila bila aku pesan nasi goreng pattaya lepas tu tukang masak kata telur dah habis padahal depan mata aku ada 3 papan berisi telur ayam yang disusun cantik bertingkat!
3) Aku bengang gila bila aku minta nasi goreng cili padi dan di dalam pinggan cili lebih banyak dari nasi!
4) Aku bengang gila bila aku minta air kosong tetapi air teh 3 layer yang kawan aku pesan sampai dulu!
5) Aku bengang gila bila aku pesan air buah tapi yang sampai teh tarik! Adoi! Tarak guna lu salin dalam buku kalau selalu silap antar juga wahai aney!
6) Aku bengang gila bila nasi dah tinggal sebutir dekat dalam pinggan di restoran tiba - tiba baru aku tersedar yang sebutir tu ialah seekor lalat!!
7) Aku bengang gila bila kena bayar RM1 untuk 3 biji kuih sebab Makcik tu kata sebiji kuih bernilai 30 sen!
8) Aku bengang gila bila pakcik pembuat roti canai tuduh kawan aku tak baca doa makan dan sebab tu roti canai tu ada anak lipas! Padahal kedai dia kotor! Huh!!
9) Aku bengang gila bila dah lebih 20 minit pesan makanan atau air tiba - tiba orang yang ambil pesanan tadi tu datang balik dan ambil semula pesanan seolah - olah aku baru sampai dekat situ!
10) Aku bengang gila bila yang datang ambil pesanan tu mempersoalkan jumlah menu yang aku pesan! Suka hati aku lah nak makan banyak mana pun! Huh!
P/S : Ilham Entri Ini Diperoleh Daripada Twitter! (^_^)Y
Gua tengah keliru melihat cetakan kecil poster filem ini di sebuah akhbar!
Setahu gua tajuk filem nih cuma Don't Be Afraid Of The Dark jer kan?
Habis tu dari mana datangnya perkataan TOYOL???
Ker pengarah filem nih pernah terbitkan filem Toyol?
Dah pernah ada ker orang Barat buat filem pasal Toyol?
Atau adakah ini adalah TYPO atau orang kata kesilapan teknikal?
Gua tengah dalam dilema nak ketawa ker tak nih....
Sebab kalau gua ketawa tiba - tiba buatnya memang poster tu betul macam tu....
Gua juga yang malu nanti!!! Hahahahaha!
Jadi, bagaimana dengan pandangan anda?
Kongsikan di ruangan komen yer!!
P/S : Kalau Betul Typo Sila Bagitahu Sebab Gua Nak Ketawa! Tetapi, Kalau Tak Typo Gua Nak Bersiul - Siul Buat Macam Tak Tahu Apa - Apa!! Hahahaha!! (^_^)Y
Assalammualaikum dan salam sejahtera! Walaweh! Gua balik dari kerja tiba - tiba dapat kiriman pos laju ker pos ekspress entah tadi! Gua ingat ker PTPTN ker apa rupa - rupanya ada orang hantar bungkusan. Gua pelik sapa pula yang hantar nih? Setahu gua ada lah gua minta member - member hantar duit negara luar tapi takkan duit besar buku pula kut! Contest apa pula gua join? Rasa - rasanya dah lama gua tak join apa - apa contest!
Gua pun buka sampul tu! Tudiaaaaaaaaaaaaaaa!! Ada baju kelawar(gambar diatas) dan gua dah aneh dah! Masa bila pula gua pesan baju kelawar nih! Gua belek - belek sampul tu...owhhh!!! Rupa - rupanya hadiah Contest Saya Nak Baju Kelawar Amni Collections lah! Wahhhhhhhhh!! Gua tak sangka la pula sebab gua menang hadiah saguhati jer! Rupa - rupa hadiah saguhati pun dapat baju kelawar. Yehaaaaaaa!!
Mula - mula gua nak bagi dekat kakak gua tapi mak gua tengok lepas tu mak gua berkenan pula! Jadi, mak gua telah menggunakan kuasa 'diktator' dan mengambil baju kelawar tu untuk beliau. Hahahahaha! Apa - apapun, terima kasih kepada penganjur dan penaja yer! Hadiah anda sudah sampai! Terima kasih!
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Fuh! Petang tadi gua khusyuk gila membuat kerja sampai tak perasan tinggal lagi sikit jer lagi untuk semuanya disiapkan! Memandangkan jam telah pun menunjukkan pukul 5.10 petang dan orang lain di dalam bilik tempat gua bekerja tadi pun telah pulang ke rumah maka gua pun mengambil keputusan untuk mengemas diri dan keluar dari bilik dengan perasaan yang teramat gembira untuk pulang.
Gua Gembira Macam Nih Lah Tadi!
Begitu yakin sungguh gua menutup dan mengunci pintu dengan menekan tombol beserta gaya yang sungguh hebat seperti artis gred A lagaknya dan tiba - tiba gua menyedari sesuatu! Sesuatu yang tidak bersama dengan gua! Yaaaaaaaaaaaaaa!!! Telefon bimbit gua tertinggal di dalam bilik tersebut! Tahniah pada Hans atas kejayaan anda menyusahkan diri sendiri! Walawehhhhhhhhh!! Gua dari rasa sakit perut nak melabur sebelum tu pun tak tahu mana perasaan tu terbang menghilang! Gua dah cuak, gelisah, gundah gulana, risau dan apa - apa lagi yang membuatkan proses pembakaran lemak lalu menghasilkan peluh berjalan dengan pantasnya sekali pada ketika itu.
Alamakkkkk!!! Telefon Akuuuu!!!!
Gua berlari turun ke bawah untuk mengejar salah seorang yang bekerja di dalam bilik tersebut namun sayangnya beliau telah pulang! Arghhhhhhhhhhhhh!!! Gua takut nak pergi pejabat dan tanya macam mana nak masuk bilik tu balik atau minta kunci sebab kemungkinan besar mereka pun tak ada kunci tu! Adoi! Gua mundar - mandir naik tangga turun tangga berkali - kali dan akhirnya gua membuat keputusan nekad untuk meminta bantuan daripada seorang wanita yang gua panggil Kak Su yang bekerja di situ! Aneh apabila Kak Su hanya senyum dan seperti tahu gua tertinggal barang lalu memberi gua kunci bilik tersebut!
Ini Ketawa Bukan Senyum!
Walawehhhhhhhhhh!!! Gua gembira gila sampai rasa macam nak peluk Kak Su tu ketat - ketat tanda terima kasih yang teramat - amat. Nasib baik memandangkan beliau ialah seorang gadis maka impian gua yang baru muncul di dalam fikiran selama 2 saat itu terpadam secara automatiknya. Gua pun naik ke atas dan membuka pintu bilik dengan megah dan bergaya sekali. Treng teng tengggggg!!! Gua dah bersama kembali dengan telefon gua! Alhamdulillah! Syukur gila!
Gembira!!
Kalau tidak gua tak tahu lah macam mana lah gayanya gua nak tidur lena malam nih! Ialah kalau dah telefon tertinggal macam tu kan! Buatnya ada orang ambil ker apa ker mahu menangis gua tak berlagu jadinya! Apa - apapun, gua memang jarang mengalami masalah kecuaian macam nih tetapi bila sekali ia berlaku maka kurus lah gua kerana bergerak ke sana - sini mencari bantuan! Nasib bukan esok hari Deepavali! Kalau tidak gua rasa peluang nak bersama dengan telefon gua memang teramatlah tipis! Hahahaha! Apa - apapun, terima kasih Kak Su! Jasamu gua kenang!
Demi menunaikan hajat rakan lama yang gua kenal sejak sekolah rendah lagi iaitu Blogger Amirah Yusof maka gua pun buat lah entri ini khas untuk beliau mengenali dengan lebih dekat ahli kumpulan Forteen ini.
Nama : Muhammad Izzul Islam Mazlan
Nama Panggilan : Izzue Islam
Umur : 21
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan : SPM
Pengalaman : Bergiat Aktif Di Dalam Lakonan
Nama : Mohamad Arif Ameerais Azhar
Nama Panggilan : Ameer
Umur : 21
Asal : (info tidak dijumpai)
Pendidikan : Food Institute Of Malaysia
Pengalaman : Aktif Dengan Indie Band
Nama : Muhammad Ridzuan Sharifuddin
Nama Panggilan : One
Umur : 22
Asal : Ipoh, Perak
Pendidikan : (info tidak dijumpai)
Pengalaman : One In A Million(OIAM) Musim Ke-3
Nama : Saiful Ridzuan Abdul Hamid
Nama Panggilan : Ariz
Umur : 22
Asal : (info tidak dijumpai)
Pendidikan : (info tidak dijumpai)
Pengalaman : KRU Menemui Video Nyanyiannya Di Youtube