Bila Hans Masuk MasterChef Malaysia Musim Ke-2

Minggu pertama MasterChef Malaysia musim ke-2 telah pun berlangsung kini. Nampaknya peserta harapan penonton Malaysia iaitu Hans telah tampil dengan resipi istimewanya iaitu Ayam Ku Ayam Mu Jua sempena minggu pengenalan iaitu setiap peserta boleh memasak apa sahaja sajian yang mereka mahukan tetapi mesti ada ayam sebagai hero utamanya.




Chef Riz : Awak masak apa tu Hans?

Hans : Saya masak ayam cara orang Sepanyol hari nih chef!

Chef Riz : Hurmmm! Baunya sedap! Teruskan!

Hans : Terima kasih chef!

Chef Zubir : Ingat yer! Masa yang tinggal cuma 30 minit sahaja lagi! Sepatutnya sudah 70% masakan anda sudah siap!

Hans : .......(Bising lah orang tua nih! Stress aku!)

Chef Zubir : Tinggal lagi 1 minit! Cepat - cepat!

Hans : .......(Harey toi! Gila cepat! Bukan tadi dia baru kata 30 minit ka?)

Chef Zubir : Nampaknya masa telah pun tamat! Semua berhenti! Berhenti! Selangkah ke belakang!

Hans : Alhamdulillah! (Muka yakin)

Chef Jo : Kami akan memilih menu 5 peserta yang terbaik yang berjaya memikat hati kami! Menu pertama.....Hans! Sila bawa pinggan anda ke depan!

Hans : Baik Chef!! (Muka cuak)


Ayam Ku Ayam Mu Jua


Chef Riz : Apa nama masakan kamu hari ini Hans?

Hans : Nama masakan saya hari ini ialah Ayam Ku Ayam Mu Jua chef.

Chef Zubir : Anda pasti ayam anda betul - betul masak? Anda kena ingat bahawa daging ayam yang tidak masak mempunyai kandungan salmonella yang sangat tinggi.

Hans : Saya yakin Cheffff!!! (berkata penuh keyakinan)

Chef Zubir : Baik! Saya rasa! (muka berkerut - kerut)

Hans : .........(sambil tangan menekup mulut tanda ketakutan)

Chef Zubir : Hurmmm...Ayam yang lembut! Hiasan yang cantik! Saya suka ayam anda!

Hans : Terima kasih chefff!!!! (Muka gembira)

Chef Jo : Salad anda saya suka! (sambil memberi senyuman)

Hans : Terima kasih chef!! (Muka makin gembira)

Chef Riz : Ayam kamu cukup lembuttt!! Lazattt!! Kentangnya pun sedap! Salad pun cukup harmoni! Hidangan ini ada potensi! Tahniah!! Susah saya nak berhenti makan sajian kamu nih!

Hans : Terima kasih chefffff!!! (senyum sampai ke telinga)


Barisan Juri


Kemudian juri - juri pun membuat keputusan! Sesi pengumuman pemenang telah siap untuk diumumkan!

Chef Zubir : Kami bertiga sudah sepakat! Masakan anda semua sememangnya bagus pada episod kali ini!

Chef Jo : Memang banyak kejutan yang berlaku!

Chef Riz : Jadi, kami akan umumkan pemenang untuk cabaran kali ini!

Semua Peserta : ....................(muka takut tetapi teruja)

Chef Riz : Kami semua sepakat untuk memilih.....Hans! Tahniah! Sajian kamu iaitu Ayam Mu Ayam Ku Jua telah berjaya menambat hati kami bertiga!

Hans : ............(terkejut kemudian melompat - lompat keriangan)


P/S : Sebenarnya Tadi Gua Makan KFC Jer! Dah Melalut Ke MasterChef Malaysia Pula Kan! Hahahahaha!! (^_^)Y


30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha..best...dialog sebijik.kandungan salmonela xtahan..haha

    BalasPadam
  2. cik eliza : youtube sudah..den pun youtube saja...hahaha

    cik yuz : kehkhkeh...aku dah boleh hafal ayat2 diorang...ekekekeke

    BalasPadam
  3. aduyaii... lawak la bile baca dialog ni.. mmg ayat yang selalu juri sebut la.. hahaha

    BalasPadam
  4. Aku belum lagi tgk rancangan tu..

    BalasPadam
  5. Hahaa awal2 lg dah book tmpat dlm Masterchef 2 ye hanss
    siap dah pro lagi bab dialog2 juri2 tu ^^

    BalasPadam
  6. hahah! ramai dok pakai demam master chef pulak lani =D

    BalasPadam
  7. hahahaa...kensel den nk stdy mlm ni lpas entry nih

    BalasPadam
  8. hahaha..
    pujiannye dan kata2 sama dalam master chef..

    BalasPadam
  9. Hahahaha.
    Ngok la ko Hans.
    Dah teringin sangat nak masuk Masterchef ke?
    Ko tak apply untuk season 2 nanti siap ko.
    Hahaha.

    BalasPadam
  10. walaupun aku kurang tgk..aku tergelak bce entry ni..haha..
    thumbs-up!

    BalasPadam
  11. Tahniah tahniah, haha :D dan dan le mng klau dh guna ayam kepsi.

    BalasPadam
  12. arghh, cuti dah habis nak layan masterchef

    pro gila ko igt sejibik ayat2 juri,haha
    minat tahap gaban dah ni

    BalasPadam
  13. ayam guling tepung hans~ahahahahaha :D ish2

    BalasPadam
  14. usaha yg bagus...cuma kalo di'blacklist'kan tag KFC tu...lagilah eksaited nk tgk resepi hari ni...cuba lagi!!!hahahaha

    ..hari2 tgk,konpem bley hafal...keh3

    BalasPadam
  15. heheh...setakat bwk kfc satu set ada hati nak masuk masterchef...

    BalasPadam
  16. hehee.. cantik nama masakan hans tu.. masih tak berkesmepatan nk tengok program tu..

    BalasPadam
  17. ni kalau KFC nampak ni sure dia amik kerja jd tukang cakap dia ni

    BalasPadam
  18. fokus pada lakonan jela kiah,ko bukan ade masa pon nak masak2.. better tersingkir awal je.hehe

    nak kepsi!

    BalasPadam
  19. fuh, hafal sebijik dialog chef2 tu.tiap2 episod hampir sama je komen diorang kan? heheh...

    BalasPadam
  20. aku pun baru2 ja tgk master chef ni..memang stlye kot depa ni masak. Kalau ko masuk pun ok.hehe.

    kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapala tuah.keh3

    BalasPadam
  21. amboi hans..kreatifnya hang ni..haha..:) dialog aku rasa sebijik macam aku biasa tengok kat rancangan masterchef..:)

    BalasPadam
  22. hahahah terbaiklah.. cam real jek...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama